0158 – 05 Januari 2008
Pre-entry
Banyak yang berlaku dalam masa yang singkat di yang terdalam diriku. Banyak yang ingin diceritakan, gelodak rasa, gelora perasaan yang ada dalam hati.
Aku hanya ingin meluah!
Saat aku merasakan semuanya, aku amat berharap sekali ada alatan yang boleh secara langsung menggambarkan apa yang aku rasa, dan seterusnya mengupdate blog ini. Namun ianya tiada, mahu tak mahu, aku terpaksa juga meneruskan dengan cara konvensional – taipan, yang mungkin akan mencapai matlamatnya, atau tidak.
Sebelum itu, ini entry yang mungkin lain dari yang biasa. Mungkin panjang, mungkin pendek. Aku hanya menurut kata hati.
3 hati. Kisah kekeliruanku memilih.
Di awal tahun baru ini, entah kenapa, aku rasakan aku sudah bersedia berdampingan.
Mungkin kerana environment sekitarku yang melihatkan orang berpacaran, sedikit sebanyak aku ingin juga merasainya.
Namun dalam pada masa yang sama, aku ingin melakukannya cara aku.
Banyak kisah yang telah didengar mengenai ’dunia’ ini, dan aku banyak mengambil nota untuk kegunaan diri sendiri di masa akan datang.
Tapi di tahun baru ini, rasa itu makin membesar, dan mengujakan.
Tambahan pula ada 3 hati yang kini bagaikan sengaja membuat aku keliru memilih antaranya.
Hati pertama.
Muda dua tahun dariku.
Pernah bersama melakukan program.
Aku selesa dengannya.
Mungkin juga dia selesa denganku.
Nothing much actually, the relationship is nothing but professional.
Tapi aku tak nafikan, bila dah rapat, mungkin segala rasa boleh timbul.
Satu ketika.
Out of the blue.
Dia yang menyatakan minatnya padaku.
Aku terdiam, terkaku.
Bagi aku, ekstrem giler!
Maybe i dont like the idea of women approaching men.
Aku katakan padanya, kita berkawan dulu sebetulnya.
Kenal hati budi.
Kalau ada, ada lah.
Aku katakan juga padanya.
Jangan terlalu berharap.
Kerana aku tak tahu apa hati aku rasa ketika itu.
Aku tak mahu sengaja menciptakan cinta padanya, sedangkan aku sendiri belum pasti.
Aku tak mahu menjadi ’pemancing ikan’ yang tak bertanggungjawab.
Mungkin juga aku perlukan masa untuk berfikir.
Kerana selama ini, aku melihatnya hanya sebagai kawan.
Aku perlukan perspektif baru melihatnya sebagai pendamping.
Selesakah aku?
Kekalkah nanti?
Persoalan ini ku biarkan ke tepi dulu.
Namun dalam sebulan cuti semester baru ini, aku kerap memikirkannya.
Perlukah aku mengikut lagu Cinta?
”aku junjung petuamu, cintai dia yang mencintaiku” ?
Atau aku perlu menurut kata hati,
Bila sudah ada depan mata, rasa bagai sudah dalam gengaman.
Minda separuh sedarku, terus mencipta khayalan demi khayalan.
Kerana bagi aku, dia sudah ada.
Hati kedua
Selalu ada dalam tahun-tahun ku di sini.
Kawan asalnya.
Tapi aku tak dapat menolak rasa yang ada.
Lewat dua semester sebelum ini, aku tersedar realiti perhubungan kami.
Kami tak pernah bergaduh.
Kami tak pernah bertengkar.
Yang ada hanyalah usik mengusik.
Yang ada hanyalah rasa gembira bila di sampingnya.
Ku sedari, kami tak pernah bermasam muka.
Gembira sahaja.
Tiada sengketa.
Sampai di saat itu, tiba-tiba lagu Didicazli – Dambaan Cinta bergema di cuping telingaku, dan di lubuk hatiku.
”kini baru ku sedari,
selama ini kau ku sayangi,
andai bukan itu hakikatnya,
mengapa rindu yang ku rasa?”
Dua minggu juga lagu ini menjadi favourite ku.
Semester baru yang bertandang ini.
Dia masih ada di sini.
Saban malam, dia yang menceriakan malam aku.
Di laman maya, kami bersembang.
Dia yang selalu menegur.
Hati aku dapat rasakan sesuatu.
Hati boleh mengenal bila mengetahui yang di sana sedang meminati.
Hati boleh tahu.
Hati ketiga.
Mula rapat di dalam programku yang baru ini.
Senior, setahun tua dari ku.
A long shot maybe.
Cos she is so gorgeous.
Dan menepati citarasa ramai orang.
Ramai orang pernah cuba, tapi rasanya tiada lagi yang berjaya,
Mungkin kerana cabarannya, aku bagaikan rela ingin mencuba.
Pernah cuba merapati,
Dia melayani.
Mungkin juga dia memang begitu, melayani setiap orang begitu.
Di sinilah, mata memainkan peranan.
Bila yang cantik melayan, yang terbayang semua indah je.
Walau mungkin pada waktu itu, layanannya hanya biasa-biasa sahaja.
Namun hati ku bergetar.
As i said, a long shot.
Aku tak tahu bagaimana ingin memula, tapi aku rasakan ianya terlalu jauh untuk dicapai.
Pada masa yang sama pula, aku memujuk hati, mana tahu ini yang dicari?
Aku semakin keliru.
Gelora
Tiba saat.
Bersiar dengan teman.
Menanjak awal pagi.
Sekitar 3 pagi kami masih melepak di luar UMP.
Makan, atas ’payungan’ seorang staff yang baik dengan kami.
Nasi goreng cendawan bersama Nescafe.
Berbual, bercerita.
Usik mengusik.
A form of friendship.
Senang sekali rasanya.
Sesudah semuanya.
Masa untuk kembali ke UMP.
Si staff hanya melambaikan tangan kepada guard yang menanti.
Kami lepas masuk hanya kerana sticker kereta si staff yang berwarna hijau.
Best plak rasanya.
Malam err... awal pagi itu.
Tidur di bilik staff ini.
Menemaninya.
Aku bersama 2 rakan berhimpit atas satu katil.
Berhawa dingin.
Selesa sekali.
Lampu dimatikan.
Mungkin kerana sudah selesa antara satu sama lain, kami berbual tentang pelbagai perkara.
Sampai satu topik.
Hati.
Cinta.
Entah dari mana, seorang kawan memulakan cerita,
”tahu tak, si ’hati pertama’ tengah cuba rapat dengan aku. Masa cuti tu, dia mula mesej2 aku”
Aku terkedu. ‘Hati pertama’ aku?
”err.. ye ke??”
”ha’a, ko nak baca ke mesej nya? Aku pun pelik la ngan minah ni. Dia yang approach. Aku takut lak”
“hurm… tah la”
“lagi satu, aku nampak dia ni social sikit la. Aku tak suke sikit. Entahlah, tapi sebab dia dah mesej macam tu, aku pun rasa best la”
Aku meneliti mesej2 nya.
Duh!
Sungguh romantik sekali.
Siap berabang-abang.
Waktunya adalah di waktu aku diapproach oleh nya.
Eee, nak kena budak ni.
Aku kumpul kekuatan.
”erm... aku bukan nak kata buruk la pasal budak ni tau. Tapi kan, ko ingat tak masa program kita dulu tu, yang ko nampak kitorang bersama tu...”
”ha’a, napa? Aku ingat...”
”masa tu, minah ni approach aku. Suh jadi balak dia.”
“serius?”
“yerla. Aku pun tatau nak cakap apa. Aku tak jawab lagi pun”
”erk... hampeh betul minah ni”
”kalo ko tak caya ko tengok pulak mesej2 ni”
Aku bukak hendset aku. Memang silap besar la. Handset aku boleh menyimpan hampir 1000 mesej!
Dia melihat. Buka satu persatu.
Terkedu sebentar.
”hampeh minah ni! Aku dah bajek gak dia pasang 2 3 ni. Memang nak kene!”
”eh, selamat gak ko bagitahu aku, bagus2. walau rasa sedih sikit la ni”
”ko sedih lak ke? Alah, silap pulak bagi tahu ko”
”tak de la. Kita kena realistik. Sebab dia cakap macam tu, aku rasa macam dah ada la. So rasa kehilangan sikit je”
Memang aku rasa sikit kehilangan. Sebab rasa itu dah ada dan dah mula dipupuk. Macam lagu Letto – Memiliki Kehilangan la.
“rasa kehilangan hanya akan ada,
jika kau merasa pernah memiliknya”
Kantoi bodoh je minah ni, hampeh! Ingat lelaki takde ’pillow talk’ ke?
Post-entry
Sejak dari saat itu, aku mula berfikir.
Tiba-tiba pandanganku terang.
Dalam kekaburan memilih, bagaikan ada suatu kuasa menunjukkan aku jalannya.
Peristiwa yang berlaku ini, ada hikmahnya.
Menjelaskan pandangan aku.
Aku tidak boleh tidur selebihnya.
Sedangkan 2 kawan aku lagi, berdengkur bagai nak rak!
Aku salahkan nescafe bodoh itu.
Aku keluar dari bilik itu.
Capai handset.
Pasang muzik.
Lagu Siti Nurhaliza – Cintamu bergema.
Aku membuai perasaan.
Dan hingga kini, lagu itu kian menggigit telinga.
Inikah yang ku cari?
Aku seakan yakin untuk memulakannya kini.
Tapi aku masih tidak mahu terburu.
Aku masih lagi perlu untuk bertanya hati.
Tapi, aku sudah rasa yakin dalam hati.
Cuma aku ingin betul betul pasti.
Aku tidak mahu menjadi ’pemancing yang tidak bertanggungjawab’
Di yang terdalam semuanya, tertranskrip.
Rasa keliru mulanya.
Disusuli bengang kerana dipermainkan.
Hingga kini, aku semakin jelas.
Mungkin ini bahagia yang ku cari....
p/s – saat aku menaip semua ini, ’hati kedua’ mula membuzz aku! Bagai tahu2 aku bercerita tentangnya!