0209
19 Mei 2008
*THE CONTEST*
Ok, meh la kita bercerita pasal ‘contest tiba-tiba’ yang beta buat sempena besday kedua YT!
(beta still tunggu lagi celebration 7 hari 7 malam beta! Huhu)
Nama contest nih ialah…
Pertandingan-Tiba-Tiba-Aku-Nak-Buat-
Sebab-Takde-Orang-Nak-Sambut-Besday-YT-
Dan-Aku-Punya-Sukalah-Nak-Gtau-Awal2-Ke-Tak...
(tepuk tepuk!)
Gitulah nama contestnya… memang tak gtau awal2, takde apa2 peraturan, takde pape!
Aku memang tiba2 nak wat.
Kisahnya, malam besday YT eve tuh, aku sibuk la godek blog.
Tengok la ruangan ‘Di Yang Terdalam’ tuh.
Waa, dah 104++. Nak dekat dah 10500.
Pastu kepala weng beta tiba2 ada idea nak wat contest!
Nak track sapa pengunjung yang ke 10500 tuh.
Yelah nak tunggu pengunjung ke sejuta mau berapa taun baru dapat kan!!!
So, malam tuh, sambil tengok movie, beta keep refreshing my blog. Nak track sapa yang ke 10500.
Jangan tanya aku track macam mana, lantak aku lah, aku organizer, aku lah judge kan.
So adil ke tak, aku yang tentukan!
Muahaha
Sampailah satu ketika dah 10499 nih.
Wah, saspen, sapa la yang menang nih!
Tapi, still YT bukan dikunjungi setiap saatkan...
Lagging masa antara satu pengunjung dengan pengunjung yang lain tak tetap
So nak tunggu the lucky winner nih agak lama la jugak kan.
Sambil tuh, beta sibuk la pasang movie.
*THE WINNER*
Satu saat, rasa nak stop movie and refresh my blog.
Blom sempat refresh, tengok2 bahagian chatbox tengah refresh sendiri.
(tu yang aku suke chatbox nih!).
Kuarlah kata-kata ini…
~PsYChO_X~
xmampu ar nk blanjer...ekeke...
len la me..me goreng yng enak....ekeke..
Komen nih actually was in response to what have I shouted out at his blog.
Aku suh dia belanja aku.
And dia sibuk menganjengkan nama panggilan aku kat umah (me)
Aku pulak sibuk panggil dia nama sayang-sayang-manja-manja dia kat umah, (bangcik) huhuhu.
Masa tuh, aku pk… aiyooo mamat ini lagi!!!
Takkan nak kene bagi adiah kat dia lak... dahlah dia selalu pow aku...
Tapi untuk berlaku jujur dan adil, (walaupun aku judge yang syok sendiri) aku umumkan jugak la kemenangan dia...
Tahniah kepada
AZMI MUHAMMAD a.k.a. BANGCIK
kerana telah memenangi
Pertandingan-Tiba-Tiba-Aku-Nak-Buat-
Sebab-Takde-Orang-Nak-Sambut-Besday-YT-
Dan-Aku-Punya-Sukalah-Nak-Gtau-Awal2-Ke-Tak...
(tepuk tepuk!)
Malam tuh gak beta gtau kat dia.
Dia punyalah excited nak kenakan beta, cakap tuh rezeki dia nak tau apa adiahnya.
Beta pening kepala nak bli apa untuk mamat nih.
*THE EVENTS OF THE GIFT*
So, tadi, dari pagi sampai petang, kitowang kuar.
Mamat nih skunk nih tengah sibuk wat PSM dia.
Dia sibuk uruskan tesis dia.
Dia sibok je bising cakap banyak gila duit yang dia kena kuarkan sebab nak buat hardbound cover untuk 4 copy of his thesis.
Satu dah RM 25, kalo 4???
Itulah ayat dia...
Pastuh, sebab nih last sem dia, dia sibok je psiko aku dengan ayat2 seperti:
~ala, 2 minggu je lagi….~
~aku tengah menghitung hari je nih~
Yang secara kasarnya menggambarkan dia inginkan perhatian sebelum dia g LI 2 Jun nih.
Dah nama pown ~PsYChO_X~ kan... so no wonderla...
So, kitowang kuar tadi uruskan hardbound untuk thesis dia.
1 –
Mula2, aku saja je, ngadu lapor... best nih kalo ada owang belanja…
Alih2 dia belanja r aku roti canai banjer ngn teh tarik…
2 –
Pastuh kitowang g printkan dokumen2
Dia tak sempat dia print sebab ink printer abes...
(dia makan ink printer sendiri ngn kwn2 dia punya! huhu)
Kat tempat print nih, terkejut giler kitowang
Akak tuh kata nak print satu page hitam-putih RM 1!!!
Dan kalo color RM 2!!!
Aku tanya la apsal mahal sangat, selalu 30 sen je.
Kat KL lagi tuh aku print.
Dia kata tanya boss dia.
Tapi sebabkan si Azmi nih dah wat muka pening pala sebab duet, n muka-1-setengah sen, kakak tuh nak kow tim sket.
Dia kata, ”meh saya printkan, pastu awak kira 30 sen satu. Pandailah cmna akak nak key in nanti. Boss bukan ada pown…”
Mula2 cuak gak, takut akak tu kene pape…
Tapi dah dia yakinkan… buat aja!
Ye lah bayangkanlah.
Adalah 77 page dia nak print
Kalo ikut harga sebenar, nak print je dekat RM 80!!!
Gila bapak banyak!
3 –
Pas tolongan kakak tuh, so keje dia nih pown siap la...
Aku pown drive la ke Indera Mahkota cari kedai yang dimaksudkan untuk buat thesis tuh.
Bagus gak, leh la aku tau untuk buat tahun depan.
Sampai kedai tuh, mula2 kitowang check sndri sebelum nak buat kan...
So aku pown tolong la check...
Mata tajam aku nih terperasan satu kesilapan… hahaha
Dia suh diam2 sbb malas nak wat balik…
Aku ugut dia nak gtau supervisor dia pasal mende tuh... huhu
Dan untuk hadiah contest tuh, kitowng dah setuju aku bayarkan satu thesis dia…
Bagos pon… senang,.. tak yah aku pening nak carikan mamat nih hadiah!
4 –
Bila dah selesai, kitowang g baiki keta aku yang dihentak oleh palang guard UMP yang *&(&(^&^ kat Tanjung Api.
Malas citer balik, dah berlalu, saket ati je, dan melayanglah RM 20.
Selamat murah giler mengetok tuh!
5 –
Sambung ke Berjaya Megamall pulok.
Tengok citer Iron Man.
Ok lah gak… technology yang melampau!
6 –
Tiba-tiba mamat nih mimpi apa tah, cakap nak blanja aku makan KFC.
Aku terkedu.
Terkesima.
Serius ke nih???
Tapi aku takde mood makan KFC, sebab bukan kenyang pown.
Alih2 aku ajak dia ke Taman Gelora makan cendol ngan rojak kat Mustafa Cendol.
Sedap la gak. Puas hati!
7 –
Pastu g lak Taman TAS, beli kotak untuk aku simpan barang2 aku sebelum balik umah ni.
Dan beli satu ’benda rahsia’ di sana!!!
8 –
Malam ni, ’benda rahsia’ itu akan digunakan...
Bagi hint sket, ingat tak entri ini???
Ini yang akan dilakukan malam ini!!!
Hahahahaah (gelak kejam)
So, harapnya hari nih berlalu dengan ok, dan yang kene tu tak ngamok, dan aku pown tak kotor sama!
UPDATED –
Aku paling teruk kene!!!
Tepung, air, sume skali!
Tapi best dan menggembirakan...
Lebih2 lagi untuk kenangan si Azmi yang terakhir bersama kitorang!
The 'mangsa'
The 'mangsa' & 'pemangsa'
The 'traitor' - siot je!!!
The innocent-and-tiba2-je-jadi-mangsa gak!!!
*THE PROMO*
Memandangkan dia dah menang contest tuh, aku pown amik kesempatan nak wat promo lah untuk blog dia.
Dia nih actually baru je bukak blog, hasil dari ’gelombang blog’ yang tengah berlaku dekat UMP ni. Aku pown tatau apsal.
Tapi blog dia ada domain sendiri!
Tapi katanya cap kambeng je, selalu server down.
So kalo korang tak leh bukak tuh paham2 je lah!
Then, being a comp sc student, dia ske edit2 sendri template dia.
Gambar-gambar pown sama!!!
Aku pown tak paham apa yang dia buat, tapi wat2 paham je bila dia citer.
Ya ampun!!!
G la lawat blog dia.
Ske lak bagi semangat kat blogger2 baru nih…
Ngeh3!
Tapi entri dia tak lah sengal macam aku!
Aku kan blogger tersengal abad ini!
So, mana bleh dia lawan aku!
Hahahahahahahahaha! (gelak poyo!)
p/s – mesti dia marah aku tulis macam2 pasal dia neh… aku larikan diri dulu!!! Hahaha
p/s – saya janji takkan men tepung lagi!!! huhuhu