0272
30 Ogos 2008
Aku bukanlah patriotik sangat
Aku bukanlah orang yang tiap kali dengar lagu patriotik akan berdiri tegak, sambil tangan lurus di sisi
Aku bukanlah orang itu!!!
Maybe, dulu aku tak rasakan aku patriotik
Tapi, bila macam2 berlaku kepada negara tercinta ini, aku tak dapat mengelak dari merasa sakit
Mungkinkah semangat patriotik hanya terbina bila kita merasa sakit???
Yelah, tengok orang dulu2, sebab dijajah, mereka patriotik...
Lepas kita merdeka, lepas kita selesa, kita kurang patriotik kan...
Kita tak peduli apa nak jadi
Dan tak ambik endah pown pasal apa yang berlaku pada negara
Aku pown mengalami zaman2 itu
Zaman di mana aku tak minat langsung baca pasal politik
Kalo suratkhabar, aku akan terus ambik bahagian hiburan
Politik? Campak tepi je...
Aku masa tuh dapat rasakan politik tu kotor sangat...
Sebab masa tuh aku selesa dengan hidup aku...
Sampailah ketika, hidup kita makin terancam
Dasar negara yang berubah, menyebabkan mata aku terbuka
Sebab dasar negara yang berubah, hidup aku terus berubah
Contoh ketara harga minyak la kan
Sejak itu aku mula baca pasal politik
Aku mula faham politik
Sedikit demi sedikit aku mula kenal politik
Pandangan aku mengenai politik tak juga berubah
Ia masih kotor
Penuh korupsi dan kontroversi
Malah aku lihat kini lebih kotor lagi
Macam aku cakap tadi, aku bukanlah patriotik
Tapi bila dicengkam begini, mungkin menyebabkan aku jadi patriotik
Patriotik aku bersyarat?
Ya, mungkin...
Setelah membaca dengan mata dan perspektif orang yang baru mengenal politik, aku tak dapat mengelakkan diri dari merasa bimbang
Aku bimbangkan Malaysia
Aku bimbangkan hidup aku
Esok mengikut kalendar, merdeka
Merdekakah kita?
Dulu, bila orang2 muda mengabaikan kemerdekaan, dikatakan orang2 muda masih dijajah dengan jajahan bentuk baru – jajahan pemikiran dari pihak luar
Tapi kini, bila orang2 muda dah mula buka mata, adakah jajahan pemikiran itu datang dari pihak luar?
Dalam aku yang bukanlah patritik, dan sibuk dengan kerja aku, aku kini tak dapat elakkan diri dari merasa bimbang
Merdekakah kita???
*perbualan dengan rumate*
Aku : Weh, esok harga minyak turun r... 15 sen!!!
Dia : Oh ye ke? *sambel wat tatau*
Aku : Ye la! Kenapa ko macam tak excited je?
Dia : Harga makanan kat kafe turun tak? *masih buat tatau*
Ia buat aku berfikir.
Satu soalan je yang ditanyakan, tapi ia menyebabkan aku berfikir dan merumuskan –
Bila harga minyak diturunkan, adakah peniaga2 ini akan menjadi ’baik’ untuk menurunkan sekali harga barangan diorang?
Kemudian, bila kita wat tak endah pasal penurunan harga minyak itu, kita dimarahi pulak dan diugut ditarik rebat.
Nak respon bagaimana, hidup kami tak berubah pon kerana harga barangan masih pada harga yang mahal.
Semuanya kerana kenaikan harga minyak melampau dahulu.
Hurm...
Fikirkan...
Buat negara Malaysia – Selamat Menyambut Kemerdekaan Ke -51
Cuma, fikirkan, merdekakah kita?