Entri Pengakhir Julai

0414
31 Julai 2009

Menurut kata filem Cinta:

"Kadang kadang hendak menyayangi
orang yang kita sayang itulah yang paling susah"


Betul tu...

















Walau tidak dibasahi hujan...
Namun tempiasnya menyegarkan...
Biarpun rembulan tidak di ribaan...
Namun cahayanya cukup menerangi bayangan...

Kaulah satu cinta terhalang...



p/s – entri pengakhir Julai... tadi terdengar lagu2 ini, dan just want to make them special by entering that in here... but somehow, it is related with my current situation…

p/s – pelik aku… tiba2 entri bawah ni banyak lak komennya… korang memang ske entri2 kontrobersi kan... =p

p/s - update pendek2 je boleh.. maklumlah, tenet curi! =p



:::YTBACK!!!:::

Kenapa nak berlagak???

0413
30 Julai 2009

Aku tatau la korang, tapi aku memang tak boleh tahan dengan satu jenis manusia ni – manusia yang berlagak...

Berlagak ni, macam2 jenis:
Ada yang berlagak mende2 besar
Ada yang berlagak mende2 kecik
Ada yang berlagak pasal intelektual
Ada yang berlagak pasal bakat
Ada pulak, aku pon kadang2 tak faham kenapa perlu diperbelagakkan...

Apa pun jenis berlagaknya, aku memang tak tahan

Kadang2, aku nampak yang orang berlagak ni, tak ingat atau tak sedar yang mende yang diperbelagakkan tuh adalah pinjaman, sekejap je dapat, dan boleh ditarik balik

Kalau ko berlagak pasal ko hensem/kacak/lawa/cun, senang2 je, esok ada orang simbah asid kat muka ko
Kalau ko berlagak pasal ko pandai/bijak/otak dari 7 petala langit, senang2 je, esok ko akan jadi blur/sedikit kurang pandai/ dan yang seangkatan dengannya
Ko berlagak pasal ko pandai menyanyi? Sok, sore ko jadi itik serati la tuh...


Jadi, apa point ko nak berlagak???

Kita memang ada banyak benda yang boleh dibanggakan
Pencapaian kita, bakat kita, anugerah yang kita dapat sejak azali lagi
Sebab kita diciptakan berbeza-beza mengikut oleh Maha Pencipta

Aku kadang2 cuba jugak, bila orang berlagak depan aku, aku try untuk terima yang itu memang kelebihan dia
Contoh, ko berlagak ko ada awek cun walau muka ko tak hensem, aku try terima yang itu adalah rezeki ko, dan mungkin juga ko memang terer bab2 ngorat awek cun tuh

Orang2 berlagak ni, suka berlagak bila depan orang yang takde apa yang dia ada tuh

Kalo ko ada kereta, berlagak depan orang takde kereta
Kalo orang cantik, berlagak depan orang yang kurang cantik
Kalo macam blogger2 yang suka makan, diorang suke berlagak dengan entri2 makanan diorang, dekat orang2 yang tak mampu makan macam aku ni! Cis!

Macam tuh la kiranya...

Persoalannya, kekalkah sifat2 yang ko berlagakkan tuh???

Yang aku nampak, bila seseorang itu berlagak, dia semakin menambah musuh

Yelah, bukan semua orang dapat rezeki macam ko dapat
Bila ko berlagak, ko akan buat orang lain sakit hati
Dan tak pasal2, ko jadi bahan kejian orang2 itu

Dan yang paling best bagi orang2 itu, adalah saat ko jatuh
Best giler ketawa, bila orang yang selama ini berlagak, jatuh tersungkur depan mata
Best giler!

So, the point is:
Tak yah la berlagak
Rentikanlah
Takde point pon


Setiap orang ada rezeki masing2
Rezeki yang dipinjamkan, yang mungkin akan ditarik balik di masa akan datang

Kalo dapat rezeki lebih tuh, simpan je diam2
Kalo nak kongsi ngan orang len pon, agak2 sket
Jangan sampai orang saket hati!

Tengok macam aku, mana ada aku pernah berlagak dengan korang???
Ada ke???
Takde kan....

Errr, tiba2 aku rasa aku berlagak pulak depan korang kerana tidak berlagak!
Hahahaha

Aku len, aku berlagak-poyo
Berlagak-poyo tuh tak serius ek!
Tuh memang penyakit bagi penulis entri ini

Aku tak suruh pon ko masuk sini kan...
So layankan aja!!!
Hahahaha


p/s – seasyik mana pon memandang bintang, merenung bulan tinggi di awan, jangan lupa bumi yang dipijak, rumput yang hijau

p/s - kadang2, bosan sket jumpa kawan2 lama ni. time tuh la masing2 nak try to impress each other... (ehhh, this is unrelated with this entry ok!)


p/s - aku tak faham apa kaitan aku dengan entri ini... cis!!!




:::YTBACK!!!:::

Ini Satu Pengalaman...

0412
26 Julai 2009

Awalnya, untuk entri ke 412 ni, aku ada sesuatu yang lain ingin diceritakan dan diluahkan
Aku sudah buat draf di word untuk disiapkan

Namun, ianya terganggu, sebab masa tuh aku menaip di lab, dan labmate aku telah kembali dari rehat
Jadi, aku biarkan dulu draf itu, dan berhasrat untuk meluahkan apa yang berlaku ketika itu, bila aku ada masa nanti di rumah…

Di rumah pula, lain ceritanya
Aku bagaikan berada di dunia lain, aku sibuk dengan rutin2 ciptaan aku
Dan draf untuk YT itu dipandang sepi…

2, 3 hari juga draf itu tidak disentuh
Aku pun sudah kehilangan ’semangat’ untuk menyambung kembali draf itu
Entah kenapa

Dan seperti biasa, semua ada sebabnya...

Secara umum, draf itu adalah mengenai aku dan seseorang
Ada benda yang berlaku, yang telah menyebabkan aku berfikir

Bila banyak berfikir, mula lah aku mencipta ‘alas-alas’ supaya mudah aku menulis di YT tanpa orang yang dimaksudkan mengesannya
Aku buat begitu pon untuk menjaga hati dan perasaannya

Hati aku akan puas bila aku mampu buat begitu, dengan menulis sesuatu di YT, yang cuma aku yang faham, namun tidak orang sekeliling yang membaca

Mungkin semuanya sebab aku kian merasakan YT makin terbuka...


Semua yang berlaku ada sebabnya
Kehilangan ’semangat’ aku menulis mengenai kisah aku dan seseorang itu dengan beralas, ada sebabnya

Hari ini, aku mendapat perspektif berbeza
Betullah orang kata, apa yang tersurat tak semestinya yang tersirat
There is always another side of the story

Hari ini, aku mendapat cerita dari sudut berbeza
Dan ia membuatkan aku faham semua yang berlaku antara aku dan seseorang itu

Rupanya kisah dari sebelahnya lagi berbelit2 dan mengelirukan
Sedangkan, aku hanya sibuk memikirkan kisah dari sebelah aku!

Dalam pada aku mula absorb dengan kisah dari sebelahnya, ayat2 dari Allahyarham Sudirman yang pernah aku dengar dulu, terngiang2 di telinga...

Perpisahan adalah pahit…
Dan ini adalah satu pengalaman..

Kita tidak akan merasa bertuahnya hidup dibumi ini…
Jika kita tidak membuka mata...
Dan melihat malang yang bertimpa timpa ditempat orang...

Setiap seorang dari kita...
Mempunyai tujuan dan cita cita yang berbeza...

Tujuan untuk mengecap kebahagian,kesenangan dan ketenangan

Memanglah, ini satu pengalaman...


p/s – maaf. YT tak seceria dulu dan semakin sukar difahami. Ada kisah boleh dikongsi secara terbuka, namun banyak kisah yang perlu disimpan sahaja!


:::YTBACK!!!:::

To Do or Not To...

0411
23 Julai 2009

11 julai baru-baru ni, macam aku cakap, it went well
Ada plan yang aku rancang bersama kawan2 malam tuh menjadi la kiranya
Thanks for the day guys!

Tapi, dalam masa yang sama, ada juga plan yang tak menjadi kenyataan
Semuanya kerana kekangan masa
Yelah, rancang plan pon pukul 3 pagi, mana nak sempat!

Plan tuh kiranya agak gila2 jugak
Pernah sebelum ni, masa tuh, dah rasa tak nak buat lagi
Tapi, malam tuh, rasa macam best lak nak wat plan giler tuh

Dah tak sempat, nak wat camna...

So, hari isnin berikutnya, aku keje kan
Masa keje tuh, otak sibuk memikirkan nak jayakan juga plan gila tuh
Nak jugak!

Masa keje tuh, kontek kawan
Dia ok je, setuju nak ikut
So, no harm done laa

Tapi, walau aku rasa nak sangat, hati aku berdebar
Tak tenteram
Rasa tak tenang je

Entah kenapa

Aku cuba menidakkan perasaan itu
Mainan perasaan je kowt
So, aku busykan otak aku dengan fikirkan mende2 yang best pasal plan aku tuh...

Balik umah, otak aku masih dibayangi ke’best’an plan itu
Dan aku pon bersiap lah nak pergi

But still, dalam hati berdebar
Tak tenteram
Rasa tak tenang je
Macam pelik


Apakah???

Masa tuh, aku mula meragui plan aku tuh
Nak buat ke tak nak ni?
Adakah perasaan ini petanda supaya aku tak buat plan gila aku tuh???

Itu perihal hati
Badan dan tindakan meneruskan rancangan
Terus je memandu ke sana bertemu kawan yang dimaksudkan

Tapi hati masih lagi berdebar
Tak tenteram
Rasa tak tenang


Bagai berlawan2 dengan tindakan aku

Mengapakah ini???

Sedang aku menantikan kawanku itu, aku menerima panggilan

”Kamal... ko kat mana???”

”Kat sini r, kan aku dah cakap nak jumpa kawan aku”


Dia diam. Agak lama.

”Hey, kenapa ni???”

Aku mula risau.

”Kamal, aku jatuh motor ni.
Boleh tak ko datang???”


Thats it!
Itulah sebabnya hati berdebar, tak tenteram, dan rasa tak senang tuh!
Sesuatu bakal berlaku rupanya!!!

Terus aku berjumpa kawan-plan ku itu, menerangkan ada kecemasan
Dan aku terus bergegas kepada kawanku itu

Saat itu, aku masih percayakan yang aku ni heroes sebenarnya, ada 6th sense
Eceh! Nak berlagak lak!

Maksud aku, semua yang berlaku ada sebabnya
Sebab kejadian itu, plan aku tak jadi kenyataan

Plan gila aku, hanya tinggal plan
Bila difikirkan balik, bagus pon ia tak terlaksana
Ia hanya memberi mudarat pada aku!



p/s - dun wori... my fren is ok... apa yang telah terjadi padanya telah mengelakkan aku memudaratkan diri!



:::YTBACK!!!:::

Berterima Kasih...

0410
21 Julai 2009

Baru-baru ni la, labmate aku kat tempat praktikal ni mintak aku tolong sket
Dia mintak aku tolong basuhkan satu bikar penuh dengan disposable pippette dan pippette kaca yang terletak sebelah sinki tuh
Dah lah kotor, terletak lak kat tepi sinki lab
So tak best la sket mata memandang...

Menatang tuh sebenarnya hasil peninggalan (eheh ayat!) orang2 yang praktikal sebelum aku
Meaning, dah praktikal, dah guna, tak reti nak kemaskan, n biar je tepi tuh!
Hampeh!

Tunggu la abes praktikal nanti aku balas!!!
Haha!

So, bila dia mintak tolong tuh, aku no big deal la
Ala, apa susah sangat
Takat basuh je
Kotoran dia pon bukan teruk sangat
Takat bilas2 ngn air je dah ok

Sementara aku tunggu reaction dalam gelap eksperimen aku tuh, aku pon basuh la
Membasuh dan membasuh
Membasuh sambil menyanyi... =p
Membasuh lagi

Dan akhirnya, habis la membasuhnya…

Labmate aku lak waktu tuh, dia pergi kuliah (dia sambung master), so dia takde la semasa aktiviti pembasuhan itu…

Balik-balik dari kuliah, dia tengok semua alatan tuh dah dibasuh
Aku siap masukkan dalam oven lagi untuk keringkan

Dia tengok macam tuh, lalu dia mengucapkan:

"TERIMA KASIH!"

Aku sedikit kaget.

Hurm, entahlah
Entah kenapa, aku rasa macam pelik pulak

Bukanlah aku nak sangkal dia mengucapkan terima kasih, tapi aku fikirkan yang ianya adalah sebahagian kerja aku juga – kemaskan lab
Aku tatau kenapa aku rasa pelik

Mungkin...
Dalam hidup ni, jarang orang mengucapkan terima kasih
Sehingga aku pun jarang menerima ungkapan itu
Dan aku juga sedikit tak pasti nak memberi reaksi macam mana kepada ungkapan itu

Mungkin...
Ucapan terima kasih tuh aku tak sangka
Sebabnya dia labmate, kawan bersengal bersama
So macam ucap2 terima kasih nih tak cool la untuk karekter kami

Lepas dia ucap terima kasih tuh, aku dapat rasa macam perasaan pelik la pulak
Rasa terharu
Rasa dihargai

Walau benda yang aku buat tuh, takdelah besar mana pun

Kadang2 benda2 kecil dalam dunia ni perlu dihargai!

Macam ucapan terima kasih kepada orang2 yang buat kerja yang kita nampak kecil, tapi mempunyai fungsi tersendiri
Makcik penjaga tol, akak tukang sapu, pakcik drebar bas
Kalo takde mereka, berfungsikah hari kita???

Eheh, mulalah entri mengarut2 ni

Bukan apa, aku mungkin terkejut dengan ucapan terima kasih itu
Sebab perbuatan kecilku dihargai...

Sedangkan banyak lagi benda besar yang aku lakukan, yang aku harapkan ucapan terima kasih, tapi takde pun apa2 perkataan yang diucapkan...

Macam aku curi2 tulih entri masa keje di YT ni nak hiburkan korang,
ADA KORANG BERTERIMA KASIH???

Haha, gurau je ek!

Hargailah setiap perkara yang kecil selagi boleh, kerana kita mungkin merasakan kehilangannya bila ianya tiada kelak...



:::YTBACK!!!:::

Aku dan Mimpi...

0409
18 Julai 2009

Tidak ku menduga...
Ini saat yang ku tunggu...
Kamu...
Yang selama ini...
Kau hadir dalam mimpi ku...
Hilangkan sunyi..

Dalam entri INI sebelum ini, aku pernah menceritakan mengenai satu mimpi yang aku sangkakan pada waktu itu, amat mustahil untuk berlaku...

Jadi, masa itu, aku telah menaipkannya – walau hanya mimpi cuma...

Berdiri aku tak lagi jauh...
Mengapa deras degupan jantungku...

Namun, againts all odds, ianya terjadi
Dan aku pun terbuai
Mimpi jadi kenyataan ni!
Suka, hatiku suka!

Mungkinkah aku mencintaimu sepenuh hatiku...
Ku harapkanmu menyayangiku...
Seperti aku teman hidupmu..

Dalam hati, ada perasaan gembira dan suka
Yang dinampak, hanya bayangan2 indah sahaja
Telah terbuai, peduli apa kepada yang tak indah!

Semakin hampir waktu untuk daku bertemumu...
Semakin aku rindu yang aku simpan selalu...
Semakin dekat aku,sedarku dari lamunan...

Hanya aku dan mimpi...
Cinta tak pernah ada...

Tapi, jelas nyata kan...
Hidup taklah seindah mimpi...
Apa yang kita harapkan terjadi, tak semestinya terjadi
Ia mungkin terjadi, tapi bukan seperti yang kita sangkakan

Berdiri kaku dan lebih jauh...
Terhenti nafas dan degup jantungku...

But, ianya telah terjadi...

Salahkah aku mencintaimu...
Sepenuh hatiku...
Katakan sesuatu...

Jangan biar ku keliru dan terus berlalu...

Tapi sedikit ralat, apabila ianya tak seperti yang digambarkan
Hingga aku rasakan, tak mimpi dan tak dapatkan benda itu pon takpe...

Inilah kisah aku dan mimpi...

Tidak ku menduga...
Mengapa ini terjadi...




p/s – kinda like this song... it carries mixed feelings…
p/s - khayal aku masih menciptakan mimpi rupanya... hurm!~



:::YTBACK!!!:::

Mengarut

0408
16 Julai 2009

Lama pulak tak mengupdate di YT...

Tak punya banyak masa untuk berinternet sebenarnya...
Mungkin kerana dunia kini dah makin berbeza...

11th July went well... I guess
Its kinda a mixed feelings all together, creating a peculiar sense of feeling
Biasalah, ada best, ada tak berapa best

Yang best tuh memang best la
Yang tak best tuh, aku try cari mana bestnya, sebab aku nak ianya jadi best, tapi tetap tak best!

Tak faham???

Oh, rasanya, terlalu banyak yang dah berlaku
Sukar pula nak ceritakan satu persatu

Yang jauh, mendekat...
Yang dekat, menjauh...
Yang sudah dekat, kembali menjauh...
Yang sudah menjauh, kembali mendekat...

Mengapa tak terus berada di sisi???

Haha, benci lak bila YT terpaksa gunakan tone2 begini
Maybe sebab i've lost all the fun in me
And all the days that I went through were just a routine, repeated over and over again

Di tempat kerja rutin
Di rumah pun rutin
Hingga kadangkala, hati dah penat dengan rutin
Dan tiba-tiba, hati ingin menciptakan sesuatu dunia yang berbeza...

Aku rasa aku selalu positif
Dalam seteruk mana pun keadaan, aku selalunya mampu untuk melihat di sebalik keburukan yang telah terjadi

Dan bila gembira pula menjelma, hati aku bagai tak selesa, sibuk memikirkan yang semua kegembiraan tak kekal lama, tunggu masa je nak pergi berlalu

Duh, kenapa aku macam ni???
Apa dah jadi pada entri ini???

Let me put it this way;

This is an entry for the sake of updating
I don’t put much thought on it, just type whatever comes to my mind

At the same time, I felt that what I wrote is limited
Cos, there are certain people involved in my story reads my entry, and indirectly try to read my mind
I don’t want that!

Like I said, to fake a smile is easy
What accumulated inside is more important

Duh, pelik benar aku ni!!

Dah2, bersurai sebelum aku bertambah teruk!!!



p/s – sebulan sudah LI ek... rasa kejap ke lama???


:::YTBACK!!!:::

23

0407
11 Julai 2009




















Alhamdulillah!



p/s – ironinya, entri ke 0407... 04 + 07 = 11...
my favourite numbers altogether, 04,07 and 11...



:::YTBACK!!!:::

Good vs Evil...

0406
10 Julai 2009

Kita kan, kadangkala, ada berjuta alasan untuk tidak sukakan seseorang
Tapi bagi aku, kadangkala, kita kena bertolak ansur, menerima manusia seadanya
At least, that’s what I learned in PRS during my school days

Aku susah nak benci orang
Aku cuba terima mereka seadanya
Aku yakin, ada sebab mengapa setiap makhluk dicipta pelbagai2 oleh Yang Maha Esa
Kalo semua sepesen je, tak best la kan…

Baikkan aku???
YERP!!! AKU RASA AKU BAIK!!!

But somehow, bila aku dah benci seseorang tuh, aku akan benci sepenuh hati
Tak kira la apa diorang penah buat kat aku, bila aku terasa hati, memang aku menyimpan dendam

Sekali je ko buat aku, aku memang ingat
Memaafkan mungkin, tapi aku akan ingat sampai mati!

Tak kira la, kalo lepas tuh dia buat baik dengan aku ke hapa, aku still ada perasaan insecure bila berdepan dengan orang yang pernah aku dendam
Sebab aku pernah rasa sakitnya atas perbuatan mereka!

Memanglah tak nampak aku berdendam
Depan mereka senyuman senang terukir di bibir aku
Senyuman kosong senang terpakai di situ

Tapi di hati, hanya Tuhan yang tahu betapa aku berdendam...

So sekarang aku keliru...

AKU NI BAIK KE JAHAT NI???


p/s – but i guess, semua orang ada perasaan2 ini kan.. Cuma besar atau kecil je... =p
p/s - happy 46th birthday to my mom!!!



:::YTBACK!!!:::

Why???

0405
09 Julai 2009

Why do we always take things for granted???
Why do we always miss the water when it is gone???

‘Things’ in this context include everything, from very high definition to smaller little pieces

It might be so big, in comparison to something that might be smaller
It might be so small compared to something that is even bigger

Big or small it is, it usually ends up in the same way -
when it is gone, we’ll be devastated!

But again, why do we always take them for granted???

Kerana kita merasa kita dah ada sesuatu yang lebih berharga
Dan kita mampu untuk hidup tanpa benda yang kita lihat sebagai kurang berharga

Tapi kita lupa, kadangkala yang kita nampak berharga itu tidak kekal, yang kurang berharga itulah yang akan berada di sisi

Namun, bila mana yang berharga hilang, yang kurang berharga pula tidak dapat lagi ditemui, kita yang tertinggal keseorangan…
Kiranya yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran!

Aduhai hidup...

Again, this is kinda entry that has
many layers in it
You might be looking at different perspectives, while my point of view might be slightly different

Being a blogger in all these years creates ability for me in
layering things
And it also varied the way I told my story

I might be the do-er
I also might be the victim…

You decide!

Something happened here, and it makes me think
Hence the entry



:::YTBACK!!!:::

Sentimen Sentimental...

0404
07 Julai 2009

Dah hampir sebulan juga aku memasuki alam praktikal
Dengan rutin harian yang berulang, benda yang sama disogokkan kepada diri aku tiap2 hari
Satu rutin...

Bukanlah aku katakan rutin ni benda tak bagus
Bagus sebenarnya

Ia menyebabkan kita selesa
Dan boleh mengagak apa yang bakal terjadi
(Sebab semalam ia pernah terjadi kan...)
Dan, kita boleh juga memperbaiki cara kita melalui rutin tiap2 hari

Cuma kebelakangan ni, aku perasan yang diri aku ni, banyak berfikir
Terlalu banyak

Sehingga kadang2 tuh, merepek2 pon ada
Fikirkan itu, ini
Teringat itu, ini
Mengapa ia tidak begitu ketika itu?
Mengapa ia tidak begini?
Mengapa aku tak buat begitu?
Mengapa aku tak buat begini?

Sehinggalah,
Minda aku menciptakan itu dan ini
Mengagak benda yang bakal berlaku jadi begitu, begini
Dan akhirnya, aku yang serabut!!!

Perlukah aku berhenti berfikir???

I’m not a spontaneous person
Every step that I take, I always think about it first
In a way, imagining it
How will it happen, how will I deal with such thing
How will I overcome it
Every little thing that I took, I always think

But sometimes, what I thought turns out to be wrong
Every imagination that I created are false
And it ends me up in making mistakes…

Duh, apa aku taip ni???
Where I will go from here???

Camnilah…
Bila aki berfikir, aku banyak berfikir tentang aku
Siapa aku
Apa yang pernah aku lakukan
Apa yang aku ingin lakukan

Bila fikir pasal diri sendiri ni, kadangkala bila terlampau dalam, sehingga wujud satu perasaan sentimental yang susah aku nak terangkan
Its kinda like knowing yourself like the way u never knew before...
And it is sentimental…

Sentimennya, bila perasaan sentimental itu kadangkala terbawa2 ke alam nyata

Ditambah pula dengan malam2 yang sunyi tanpa internet
Perulangan aktiviti menonton video, yang kadangkala hingga aku sendiri merasa loya
Dan juga semua rutin ini, ia menyebabkan sentimen sentimental ini perlu aku luahkan

Kepada siapa lagi perlu aku luahkan?

Dah nyata blog sendiri tak berupdate
Dah nyata wireless curi jiran ni sekejap ada sekejap takde
Dah nyata aku takde sesiapa

Jadi, jadilah entri yang anda tak faham ni kan...

Anda faham???
Aku pun tak faham!



p/s - membaca YT dari dulu hingga kini... dulu aku bebas berbahasa... kini terlalu banyak selindung, sehingga terhasil entri2 yang tidak difahami macam ni... aku menjadi semakin perahsia???

p/s - rindu kekerapan berblogging macam dulu.. tapi, ada yang membataskan kini...

p/s - ni entri sentimen ke, sentimental ke, mental ni???? =p





:::YTBACK!!!:::