26 September 2009
Lama sungguh YT aku abaikan. Tiada update dari aku, tiada cerita.
Hanya mungkin, sekali-sekala, apa yang dirasa, aku kongsikan melalui status2 aku di facebook. Mungkin facebook makin dekat di hati. Dan respon dari yang membaca pon agak cepat berbanding blog.
Bukannya rasa tak mahu update. Rasa mau mengupdate itu ada.
Cumanya, sekarang ini, macam2 perkara dalam otak aku, aku malas berkongsi. Apa yang berlaku, biarlah aku saja yang merasa. Aku punya hidup, aku yang rasa.
Dalam otak, banyak pemikiran mengapa ia begini, tidak begitu, dan sebagainya. Dulu, melalui YT aku selalu kongsikan pemikiran2 itu. Tapi kini, mungkin sebab terlalu banyak persengketaan, dan terlalu banyak bertentangan pendapat, aku memilih untuk diam.
Apa yang difikir dan dirasa, aku ketepikan, dan cuba untuk lupakan. Walau kadang, ianya terngiang2.
Mungkin ramai yang pelik, kenapa YT menjadi begini. Apa yang dah berlaku. Apa yang menyebabkan aku begini?
Entahlah. Aku pun tak tahu. Mungkin juga aku tahu. Tapi aku malas mencari ketahuan itu di dalam kepala aku, dan meluahkannya di sini.
Entah kenapa.
Seperti biasa, anggap sajalah entri ini sebagai entri2 lain di YT yang tak berarah. Nak tunggu entri2 best di sini, tunggulah, berkurun keluarlah satu satu. Atau, susah sangat, tak yah lah lagi follow blog ni. Buang masa korang je.
Sudahlah, baik aku berhenti di sini.
Salam, take care.