0430
27 November 2009
Melipatkan kaki, bersila.
Menggeliatkan badan, sakit di belakang masih terasa.
Membuka application word, meneliti.
Meneliti dan memerhati
Ke mana pula idea dibawa lari???
Hello kepada semua yang masih membaca YT
Maaf membuat anda ternanti2
Banyak perkara yang menghujani
Kegembiraan tanpa batasan yang dihadapi
Bila akhirnya terpaksa aku tinggalkan, termanggu seorang aku di sini
Dan aku kembali lagi ke sini
Di ruangan yang pernah dulu menemani
Aku tak lah pulak merancang nak memulakan entri ini dengan ayat2 di atas
Cuma yang aku tau, hari ini, aku perlu mencoretkan sesuatu
Sudah terlalu lama YT aku abaikan
Hilangnya aku, bukannya ke mana2
Aku baik2 sahaja
Malahan, aku teramat baik!
Aku teramat gembira!
Aku teramat bahagia!
Rutin waktu berat kadangkala
Jadual penuh sehingga pagi buta
Tapi hati ku gembira
Eh... kenapa aku menulis sebegini rupa???
Dah2 kamal, ini entri!
Bukannya sajak atau puisi!
See!
There you go again, see!!!
Stop2… haha
Seperti yang aku katakan, aku amat gembira dan berbahagia
Amat sibuk juga
Macam2 perkara
Ia menyebabkan aku kurang mempunyai masa untuk ke laman maya
Juga menziarahi kome kome semua
Apatah lagi nak memberitahu aku punya cerita
Kadang2 ada jugalah masa nak berinternet
Tapi terbatas di facebook sahaja
Sebab kalo blog, ia memerlukan aku lebih berfikir tentang isi cerita
Sedangkan aku berinternet selalunya, nak menghilangkan serabut kepala
Seperti yang anda sedia maklum, aku mengikuti kursus GEMS
Dengan kemewahan dilambakkan, makan minum, tempat tinggal dijaga
Elaun juga
Aku terpaksa membalas balik dengan mengorbankan masa untuk diri aku sendiri
Tiap hari, ada aktiviti
Tiap waktu, ada perkara yang perlu dibereskan
Tapi aku amat gembira
Amat berbahagia
Sebab bersama kawan2 yang persahabatannya baru bermula
Pernah terdetik di hati aku, tiba saat nanti, kalau ini berakhir, aku pasti bersedih
Sedih ingin meninggalkan memori dan kenangan
Dan kini, aku merasainya...
Aku stop dulu di sini... nanti aku sambung lagi k...
Tone hari ni mcm tak best je...
Haha
Take care semua
Dan trimas sbb masih membaca....