270910
Bila kita ditimpa musibah, macam2 yang akan difikirkan
Segala benda terawangan di dalam benak kepala, sambil satu soalan utama berlegar2 di kepala…
KENAPA??
Baru baru ini, aku ditimpa satu sesuatu
Dan ia menyebabkan aku dalam keadaan tak stabil untuk sekian lama
Tak ramai yang tahu, aku masih mahukan privasi dalam berahsia
Lebih sedikit tahu, bagi aku, lebih bagus…
Orang di luar takkan sedar, faking a smile, acting natural has been an easy task for me
Tapi di dalam siapa yang tahu
Di awal aku menyedari hakikat, otak aku asyik terfikirkan mengapa aku ditimpa ujian sedemikian rupa
Mengapa aku?
Mengapa saat ini?
Aku masih mahu mengharungi hidup
Aku masih mahu terus bernafas
Tapi, mengapa dugaan ini dating menyesakkan nafas?
Step 1 is menerima hakikat
Hampir 2, 3 bulan juga aku hidup in-denial tentang apa yang terjadi
Slowly, the reality seep in into my mind, I need to get up!
Aku tak boleh biarkan yang terjadi mematahkan semangat aku
Bila hakikat sudah diterima, mulalah aku mencari kawan2 rapat untuk bercerita
Keadaan makin tak tertanggung kalau aku menyimpannya seorang
Jadi aku perlukan kawan untuk meluah
Adalah sedikit manusia yang aku percaya, aku ceritakan segalanya
Dan seperti biasa, azalinya manusia, cara menerima agak berbeza-beza
Ada positif dan negatif
Tatkala positif, hati aku lega
Kurang-kurang dia faham
Tatkala negatif, aduh sakitnya merasa
Takpe, mereka tak kena, tak rasa
Di saat-saat begitu, perhubungan menjadi kacau bilau
Aku tiada lagi masa yang banyak untuk berhibur, masaku hanya untuk aku
Dan hasilnya, satu perhubungan yang diwar2kan secara terbuka di alam maya terkubur
Tiada apa-apa
Nothing…
Aku tak menyesal
Cuma sedikit ralat aku tidak diberi ruang waktu untuk membaiki keadaan
Di saat aku begitu, ia terjadi
Apa nak buat, benda nak jadi kan…
Aku sedang kuatkan diri
Aku cuba hadapi hari2 mendatang dengan terbaik
Aku lebih menghargai hari2 mendatang
Aku lebih bijak meletakkan pririti bagi benda2 yang sepatutnya
Kadang2 bila menyelusuri alam maya, aku terjumpa juga blog rakan2 yang sibuk membicarakan hal remeh temeh
Mungkin hidup aku bukan lagi keadaan begitu
Mak selalu pesan, jika aku inginkan sesuatu benda masa kecil dulu, - ingat orang yang kurang bernasib baik dari aku
Dan aku cuba lakukan
Betul mak, aku sedikit lega
Dugaan aku apalah cuma
Ada mereka2 yang lebih sengsara
Untuk itu, aku berterima kasih atas dugaan ini
p.s – maaf, udahlah malas update, sekali update, the-tone kembali daa..
p.s – don’t worry, be happy… live ur life to the fullest!!!