0055 – 21 Disember 2006
Emosi Maha Karya Cinta…
Prolog…
I did something bad today. Or maybe I just out of my mind. I dunno. It just happened.
It effects me and others. Hurt me mentally and emotionally.
At first I thought it was a perfect plan, and if do not operate this plan, I maybe regret a lot, considering I will faced another new semester,which is just around the corner. Starting new semester means, I have to be bussy and don’t have time for all these craps!
But how I was wrong. And now again, I am here, in depression tone, writing my heart out. (or maybe typing).
Kisahnya…
Ingat tak seseorangyang pernah aku tuliskan di entri yang lepas. Tentang betapa sakitnya aku melepaskan rasa itu pergi, betapa aku rasa aku ternanti-nanti, sehingga aku sendiri kehilangan harga diri, merayu-rayu agar semuanya kembali. Ingat tak?
Today, I went to mid valley, the place where we started to meet. Memang rancangnya nak keluar seorang. Nak menghayati segala rasa seorang. Nak jiwang-jiwang seorang.
Rancangannya, aku nak menghayati setiap kenangan yang pernah tercipta hampir 6 bulan dulu. Or to be exact on 4th July 2006. Aku nak mengingat kembali kesemuanya. Nak merasai kembali rasa yang seronok dan teruja seperti ketika itu.
Awalnya keluar keseorangan. Sengaja tak ajak sesiapa. Di pertengahan jalan, terasa sunyi, ingin memanggil rakan-rakan untuk menemani.
Tetapi hati ini kuatkan diri. Lantas hasrat memanggil mereka ku lewati. Biarlah saat ini ku sendiri dan merasai…
Tapi aku silap. Aku terasa buntu dan tertekan. Tambahan pula terlalu ramai manusia yang bersuka ria di sekeliling sedangkan aku ingin berjiwa-jiwa saat itu. Memang terlalu ramai di mid tadi!
Mengulang kenangan…
Pergi ke tempat pertama bertemu. Mph mid valley. Berhampiran coffee bean. Menyelusuri setiap rak yang ada.
Mengingat kembali, apa yang aku buat saat itu. Yang ku ingat, aku cuak. Kali pertama berjumpa, aku terlewat, masalah tren.
Berulang kali aku bersembunyi di balik rak yang tersusun, mencari-cari figura yang dimaksudkan. Nyaris sahaja saat itu aku batalkan hasrta kerana jantung berdegup terlalu kencang!
Tapi yang ku ingat, ku kuatkan diri mengatur langkah. Ke arah bahagian Asian Dictionary, berhampiran customer service kaunter 3. Langkah yang diatur tak ku toleh lagi.
Dari situ, sapaan ku mulakan. Adakah dia yang dimaksudkan? Dia mengiyakan dan kami berlalu.
Aku tersedar dari lamunan, dan mula mengatur langkah mengikut kenangan yang telah tercipta itu. Bagaikan ada satu wayang gambar di hadapanku yang menyatakan aku ke mana dan buat apa ketika itu.
Naik escalator, menghayati setiap rasanya. Dari satu tingkat ke satu tingkat. Hinggalah ke tingkat teratas.
Mengambil tiket wayang yang ditempah. Aku hayunkan kaki ke situ juga. Mengingati kenangan yang ada.
Ke mc Donald. Berjalan di celah orang ramai ke tingkat atas. Mengimbau memori di kerusi yang pernah diduduki ketika itu. Di kerusi yang pernah menyaksikan aku dan dia bertukar maklumat diri, hidup masing-masing dan berbual.
Banyak yang kami bualkan atas ketersamaan yang ada. Kursus yang sama dan meminati magik. *sengih*
Keluar dari mcd. Biarkan orang ramai berlalu di sekelilingku. Sedangkan aku termangu di situ bagaikan kehilangan arah. Aku bagai terhenti di tengah.
Aku biarkan semua kenangan yang tercipta, tergambar satu persatu. Kenangan yang amat manis itu terpampang di hadapan mataku.
Aku sebak. Nyaris sahaja aku menangis. Tapi yang nyata di yang terdalam hatiku aku sudah lama menangis!
Lantas kewarasan ku menjelma. Tidak boleh jadi ni! Kenangan ini memang pantas akan membunuhku!
Kewarasan…
Jadi aku berkeputusan memanggil rakan-rakanku menemani. Biar terisi sedikit hari ini. Biar aku tidak terus emosi.
Syukur mereka sudi menemani. Walau memang ajakanku terlalu last minute. Mereka sudi berdampingan denganku di situ.
Pada mereka aku memang tak pernah ceritakan kisah ini. Perihal diriku juga tak seratus peratus ku gambarkan kepada mereka.
Tapi kehadiran mereka sudah cukup. Kesudian mereka buat aku terharu.
Terus sahaja hari itu ku lalui dengan kehadiran mereka. Menonton wayang dan bergurau senda. Seakan lupa emosi itu.
Sehinggalah…
Kami kembali lagi ke tingkat terbawah, ke tingkat pemula,…
Mph mid valley. Berhampiran coffee bean.
Aku kembali mengingati emosi itu. Dan ia menyerangku kembali!
Masuk di dalamnya, sekali lagi aku menghayati apa yang telah tercipta.
Pergi ke tempat pertama bertemu. Menyelusuri setiap rak yang ada.
Berjalan lambat-lambat. Berpusing-pusing di tempat yang sama.
Menjauhkan diri sebentar dari rakan-rakanku. Aku perlu bersendirian untuk meneruskan. Agar mereka tidak perasan.
Tapi suasana di dalam kedai itu memang seakan-akan saat itu. Saat pemula. Dan yang terdalamku bergelocak kembali!
Aku tidak dapat menyembunyikannya lagi. Mereka sedarinya. Ku katakana] aku tiada mood. Dan seterusnya yang berlaku, aku tetap tiada mood.
Pulang dalam keadaan yang agak letih. Letih berperasaan! Atau ku letih berperasan? Aku tak pasti, yang nyata aku letih.
Emosi…
Mengapa yang tercipta perlu dimusnah? Mengapa adanya pertemuan jika berakhir dengan perpisahan? Mengapa dulu saling menghubungi kini menyepi?
Mengapa dan mengapa. Soalan bertemu soalan.
Semakin difikir semakin buntu!
Aku memang jenis menghargai perhubungan. Aku tidak suka buat orang tidak selesa denganku. Aku memang amat menjaga semua itu. Tanyalah pada siapa pun, pernahkah aku yang memula sengketa?
Tapi bila keadaan ini berlaku, aku tidak bias bertahan. Di zahirnya aku tabah, di yang terdalamnya, aku amat rapuh.
Adakah kerana kesilapanku itu aku dijauhi? Ataukah kerana dia sudah mempunyai dunia sendiri? Ataukah dia sengaja menguji?
Ku lihat ini ada hikmahnya. Yang terselindung dan tak ternampak di mata ini ketika ini. Mungkin lepas ini aku akan mengerti.
Apa pun perasaan ini aku tuliskan di sini, semoga di satu masa nanti, aku dapat mengingati saat-saat aku amat merindui seorang teman yang menjauhkan diri…
Aku tahu di bahagia kini, di samping seseorang. Aku tidak mahu menggantikan orang itu, cukuplah sekadar teman bicara sahaja.
Janganlah aku terus dbuang begini. Sehingga aku yang merana sendiri…Maha Karya Cinta
Begitu berat melangkah
Melihat kau bersamanya
Adakah aku yg salah
Atau hanya helah saja
Ku masih menyayangi diri kamu
Biar kau menjauh
Ku rindu ..
Kau bagaikan udara
Yang membantu aku untuk terus hidup diatas dunia
Tanpamu ku lemah
Pasti aku tak berdaya
Kerna kau maha karya cinta
Biarpun kau tidak mahu
Menerima kasih daku
Ku kan setia bersama mu
Sehingga ke akhir waktu
Kau takkan dapat aku lupakan
Kerna kau lah punca cinta kita
Mengajar aku erti bahagia
Kembalilah ..
Terimalah pesan daku
Yang akan terus menunggu ...
0054 – 17 Disember 2006
Syukur
Prolog
Badan aku penat ni, tapi aku rasa aku nak menulis jugak. Sebab aku rasa nak sangat meluah…
There you go again, making this blog like your own. Well, it’s mine right?
Tah kenapa, dua tiga hari ni perasaan tak menentu. Banyak yang aku fikirkan. Berselirat. Bercelaru. Dan ini adalah sesi luahan.
Recap…
Selepas peristiwa entri yang lepas, paginya aku berjumpa dengan dua kawan lama yang telah memberikan aku satu kenangan manis cuti ini. Aku tak tahu mengapa tetapi pertemuan kali ini terlalu istimewa. Mungkin kerana kami semakin matang dan bebas bercerita.
Makan dan bermain ice skating. The thing that aku dah lama idamkan since last time aku main masa f4. got some nice memory though.
To tell you the truth, peristiwa malanya telah menaikkan semangat aku. Aku macam nak mengecapi hari itu sebolehnya, seyakinnya. Tanpa rasa ragu lagi pada diri.
Tapi, seperti biasa ada yang membatasi…
Esoknya, aku bercadang untuk rehat sahaja dirumah. Tambahan pula sakitnya kaki bermain ice skating. Dah lama tak main kot. Online saja di rumah.
Again, ada sesuatu yang membatasi…
Hari khamis menjelang. Kawanku dari perlis turun ke kl untuk menghabiskan masa di kl sebelum pergi ke kem persatuannya.
Mulanya ingin turut serta, tapi malamnya aku telah cuba menghabiskan 1 Litre of Tears – cerita yang aku kiv kan di episode kedua. Menelusuri kisahnya, sedikit sebak di dada bila sampai tahapnya.
Cerita itu amat berguna. Mengubah perspektif aku mengenai hidup dan membuatkan aku tambah bersyukur. Sekurang-kurangnya aku cukup sifat. Maybe, korang pun patut tengok cerita ni.
Again, ada sesuatu yang membatasi…
Jumaat, seperti biasa. Rehat. Online dirumah. Menghabiskan siri tersebut. Mengubah lagi perspektif. Menjadi semakin jitu.
Sabtu menjelma, terkocoh bersiap untuk menurut program yang telah dijanjikan bersama kawan sejak dua minggu lalu. – Pelancaran Rockenstein di UM
A great experience indeed. Walaupun crowd kurang dan ianya kurang happening, I’m kinda satisfied.
Faizal is a superman! Dia pandai mengambil hati dan membawa lagu. Aku kagum cara dia project dirinya, dan also performance dia. Semakin menyukai Mahakarya Cinta dan The Medley.
Satu perspektif lagi terbentuk, setelah asyik mengejar siti di cuti yang lepas. Artis memang kena jadi muka tak malu. Dan kena yakin pada diri.
Aku bandingkan dengan diri. Maybe I still need to learn more. Maybe after this, kalau orang confess apa-apa, aku takkan lari lagi! =)
Again, sesuatu datang membataskan…
The point is…
Kadang-kadang citaku setinggi langit. Tinggi. Tak tercapai.
Ku yakin kalau ku berusaha akan tercapai. Ku yakin kalau aku diberi peluang aku akan menikmatinya.
Tapi aku adalah aku. Aku masih di sini.
Aku ada kekuatan, aku ada kelemahan. Tapi aku sering menyalahkan kelemahan sehingga menutup kekuatan.
Melihat 1 litre of tears, aku kagum dengan ketabahannya untuk meneruskan hidup walau dalam keadaan tak sempurna. Sabar dan menghayati apa yang ada tanpa ada rasa sesal!
Melihat persembahan Faizal, membuat aku kagum dengan keyakinan yang ditinjolkan. Walaupun majlis tersebut serba kekurangan. Walau tak ramai yang datang.
Melihat kawan-kawan dan perkara yang berlalu di sekelilingku. Apakah aku harus terus menyerah kalah?
Aku selalu yakin, apa yang berlaku ada hikmahnya…
And for me, as a blogger and a thinker, I will always look for the rainbow in every storm, I will try to forget how harsh the storm can be, and I will always enjoy the colour of the rainbow, although in the hard way.
Aku bersyukur aku masih di sini. Aku bersyukur aku adalah aku. Aku bersyukur au seperti ini. Aku bersyukur aku diuji.
Dan yang paling penting aku bersyukur aku dapat melihat hikmah di sebalik ujian-ujian tersebut!
Syukur.
0053 – 12 Disember 2006
Unexpected and the lessons...
Something unexpected has happened to me today. Seriously, it is definitely unexpected. And it has lifted up my mood to the sky!
Got this message in Friendster. A friend. Or must I call her a-msg-friend. She has been someone who repeatedly, without failed message me everyday, back in KMNS. A stalker maybe.
Huh? Motif kamal ada stalker?
Yes. Tak boleh ke?
Actually, she was someone who has lightened my days during matrixes with her messages, though at time anynomously. Aku tak tahu muka dia macam mana, dan aku tak tahu mana dia dapat nombor aku.
Kami kerap bersms setiap hari. Dia tahu aku di mana, tapi aku tak kenal dia. Aku hanya melayan. Orang nak kenal, apa salah kan. Aku kan baik.
Jap. Sebelum aku meneruskan, aku nak ingatkan sesuatu. Entri ini mungkin agak meloyakan untuk dibaca, sebab dekat sini aku nak angkat bakul setingginya. Jadi kalau tak nak loya-loya, baik berhenti baca di sini. Aku tak bertanggungjawab kalau apa-apa rasa loya wujud selepas pembacaan entri ini. Anda telah diingatkan! Sekian terma kasih.
Kena ingatkan dulu. Sebab aku nak cerita perkara yang betul dan jujur. Aku sebolehnya tak nak angkat bakul, tapi kalau dah relaiti nak buat macam mana kan? Hehe
The story…
Ok moving on.
Aku dapat mesej dari dia ni. Should I call her A. A ni kontek aku balik setelah hampir setahun setengah tak jumpa. Lepas matriks memang tak kontek dia dah.
Dia dah berubah. Dah ada balak dah. Padan je pasangan keduanya. Aku mesej dia balik bagi nick ym aku. Dan kami mula berbual.
Dan mulalah sesi pembongkaran rahsia satu demi satu yang secara tak langsungnya menerbitkan 2 perasaan dalam aku ketika ini – terlalu gembira dan terlalu bersalah.
Ok aku cerita satu persatu ek.
Ym dimulakan dengan sesi catch up life masing2. Macam biasa, Tanya cos ape, dekat mana sekarang.
Dia cakap dia sekarang di uitm shah alam
Aku pun cakap la aku pernah ke sana untuk masum. Untuk tengok kawan aku bertanding taekwon-do. Nak harap aku masuk? Lambat lagi la…
A ni cakap la, kenapa tak bagitahu, kalu tak boleh lepak sama-sama.
Aku senature aku. Pemalu. Aku memang pemalu kalau tak rapat dengan seseorang tu. Kalau dah rapay memang tanduk kat kepala ni runcing je keluar…
Aku bagilah macam-macam alas an. Cakap pergi ke sana last minute n so on.
A ni jawab balik, ala kerek gila tak nak hang out sama-sama.
Hang out sama2?
Did I mention that this girl is a hot total babe? Dia memang cun gila. In fact, masa mula2 aku jumpa dia, aku tak cakap apa-apa pun. Well, more details later…
Aku dengan pemalunya mengatakan aku takut bf dia marah. Aku memang menghormati pasangan2 couple ni. Aku tak nak jadi sesuatu di tengah.
Then the conversation move on, on how we know each other at the first place. I asked her, we did she get my number?
And here starts the story, yang aku sendiri tak percaya, dan aku harap ianya berlaku kat aku. Ianya dah berlaku rupanya tapi aku tak sedar. Serius, aku terkejut!
Aku sering mencari-cari cinta. Seringkali ragui aku ni ok ke dekat mata orang. Seringkali ragui kemampuan diri. Sehinggalah cerita dia ini membuka mata aku.A: act...
A: aku kenal ko camnie...
A: mase ko f2.. (Kuliah fizikal aku…)
A: ko duk kat depan aku..
A: time tue aku dgn kawan2 aku tgh buat lawak n gelak2..
A: then ko pusing belakang mcm nak tau... pastuh ko senyum tergelak..
A: aku nampak... then dlm hati aku..(comel pulak die nie bile senyum)
Di sini mulanya? In fact, aku tak ingat pun aku pusing belakang masa tu. Kalau siapa yang kenal aku, korang mesti tahu, itu adalah aku yang busybody! huhu
A: pastuh lame lepas tue aku dah xnampak...
A: aku igt ko dah pindah
A: bile aku realize ko dah xde...
A: aku mule ckp dkt kawan2 aku...
A: aku tny semua member2 aku..
A: tp yg kelakarnye.. aku xtau name ko..
A: so susah la nak carik...
Sebenarnya, lepas seminggu aku pindah ke kuliah hayat. So ‘kehilangan’ aku tu ke kuliah hayat la…
A: one day aku jalan nak pegi lab.. tetibe aku ternampak ko...
A: happy sakan la sbb ko still wujud kat kmns tp ko masuk hayat
A: then aku find out ko klas mane...
A: aku igt kat mane ade posibility yg bley terserempak ngan ko
Ada orang suka aku tak pindah? Huhu. Bila dia beritahu benda ni, aku dapat rasakan keseronokan tiba-tiba dalam hati aku…
A: tetibe aku dapat tau yg ko h6p2... pastuh english teacher ko same dgn aku
A: aku selalu pegang die nye notes or folder...
A: so.. one day.. die suruh aku catit name n do some stuff...
A: bile aku nak carik name budak kelas aku.. ternampak la senarai kelas ko...
A: pastuh ade jadual waktu...
A: aku salin jadual waktu ko...(sbb tue aku slalu tau ko berada kat mane)
Bila dia cerita ni, aku tak percaya, sampai macam tu sekali dia nak tahu aku kat mana. Sampai sanggup salin jadual kelas aku, supaya tahu aku dekat mana! Keseronokan kedua lahir dalam hati aku…
A: memandangkan aku byk pengaruh...
A: so byk la kawan2 aku yg tolong aktiviti aku nie...
A: dieorg sentiasa mengawasi ko...
A: ramai giler beb...
A: yeap...
A: ko pegi mane.. buat ape...
A: semua kawan aku report kat aku...
A: basically aku tau everything
Dekat sini keseronokan ketiga muncul... Aku diawasi di KMNS? Patutlah aku selalu perasan ada orang pandang-pandang.
Then, perbualan diteruskan dengan macam mana dia dapat no aku semua.
Secara generalnya, dia berusaha nak dapatkan no aku. Sambil tu dia kirim salam kat aku melalui kawan-kawan aku (taktik katanya supaya wat aku tertanya sapa A ni..)
Aku masa tu tak ambil kisah. Masa matriks adalah masa aku studi nerd gila, sebab aku baru sahaja tertekan tak dapat ke luar negara. So, masa tu aku hanya bayangkan dia ni adalah perempuan-perempuan yang biasa mesej2 sebab bosan. Dan seriously aku rasakan dia perempuan yang biasa-biasa saja, tak lah lawa mana pun.
So aku layan je la.
Then, aku dapat tahu rupanya dia dapat nombor aku dari orang yang dia tak kenal.
Actually, masa tu aku tengah berbincang dengan seorang ajk ni. Kami bertukar nombor telefon untuk memudahkan kerja.
Yang si A pulak ada kawan yang kenal ajk ni. Dia mintak kawan dia mintakkan nombor aku. So dari situ dia dapat nombor aku. Sampai macam tu sekali!
Sekali lagi keseronokan hadir dalam hati aku.
Kami mula bersms. Aku melayan. Aku kan baik, suka tak suka, aku balas sahaja. Lagipun tak rugi melayan.
Dan secara tak sengaja banyak yang kami bualkan. Dia memang telah menyerikan hari-hari aku di sana.
Akan tetapi, kerana cita2, aku terus melayan melalui sms sahaja. Aku tak nak berjumpa. Aku tak mencari siapa dia, walau dia dah bagi bermacam-macam detail pasal dia. Nama, kuliah, dan macam-macam lagi.
Sampaikan bila aku lalu di sisi dia, dia akan miss call, tapi lepas tu buat tak tahu. Aku call balik no itu, tapi dia silentkan handset. So aku tak tahu la siapa dia.
A: bile aku dah dapat tau no ko... start la aku kacau ko...
A: saje buat misscall...
A: setiap kali aku misscall... sebenarnye aku berada dekat sgt dgn ko...
A: kenkadang tue sebelah jek
A: tp aku silent phone
A: so.. bile ko call aku... aku xangkat
A: kelakar tgk ko mcm mencari2 n nak tau sape...
A: seronok sgt
A: jahat kan aku?? (mungkin sbb aku minat kat ko dlm diam)
A: setiap kali ko msg aku...
A: aku excited bangat sehh...
A: roomate aku tergelak tgk gelagat aku...
Lepas tu dia kata dia selalu jeles tengok aku jalan dengan budak perempuan kelas aku.
Kat sini, aku dapat rasakan betapa dia minat gila kat aku masa tu. Tapi aku yang buat tak layan. Sebab aku rasa tak penting masa tu.
Sampai la satu masa dia jumpa aku. Dekat koop. Masa tu sungguh aku tak sangka. Dia perkenalkan diri. Aku tergamam.
Dia cun gila siot!. Lepas itu aku tak tahu nak kata apa. Mulut aku kejang. Aku tak cakap hi pun. Aku terus blah.
Dia cakap, masa tu dia je tahu betapa malunya. Dia tegur aku tapi aku buat tak layan. Sebenarnya memang aku tak sangka, dan memang aku tergamam.
Mula dari hari tu, dia dah kurang minat kat aku.
Aku pulak mula macam orang sewel cari maklumat pasal dia. Dari kawan-kawan aku.
Aku dapat tahu, dia anak datuk, kira taraf hidup dia lagi tinggi dari aku. Dia budak fizikal, satu kuliah aku yang dulu. Ramai orang minat dia, tapi dia buat tak layan, sebab masa tu dia sibuk mesej dengan aku! Even kawan kuliah aku pun minat dia.
Masa tu aku tiba2 rasa aku tak layak untuk dia. Dia terlalu cantik dan tak setaraf dengan aku
Slowly, aku hentikan mesej-mesej semua. Namun aku masih berharap. Tapi aku tak bertindak.
Di hari terakhir, aku berikan dia sekeping kad. Buatan sendiri, last minute yang tak cantik pun. Sebagai tanda kenangan…
The point is, kalau lah…
… kalaulah aku layan dia dulu, maybe aku dah couple sekarang, maybe aku takde lah tensen je tak berawek…
… kalaulah aku tahu betapa malu dia bila aku tak layan dia bila kitorang first jumpa, maybe aku akan lebih banyak berkata-kata, at least aku akan berbual dengannya…
… kalaulah aku tak sibuk studi je, mesti aku sedar, rupanya ada mata yang memerhati tindakanku dan melaporkan kepadanya…
… kalaulah aku usaha sikit mencari siapa dirinya, mungkin aku akan kenal lebih pasal dirinya…
… kalaulah macam-macam lagilah!
Maybe dunia ini akan terisi dengan kehadirannya…
Unexpected and the lessons…
Tengok. Sesuatu yang aku tak sangka telah berlaku.
Rupanya dalam diam aku mampu juga untuk diminati oleh seseorang (walaupun kini aku meraguinya, bila aku dengar cerita dia aku kembali gembira – at least aku ni ada daya tarikan… hehe)
Aku sering bayangkan cerita filem hadir dalam hidupku, rupanya ianya telah hadir tanpa aku sedar!
Bila aku dengar betapa dia berusaha untuk mengenaliku, aku rasa bersalah pada dia. Mungkin pada masa itu aku tak mengendah sebab aku bayangkan dia biasa-biasa saja.
Lagi satu yang aku kesalkan, kenapa aku begitu? Adakah kalau dia tak cantik dan gemuk, atau tak lawa, aku tak layannya.
Perbualan ini sesuatu yang ku tak sangka.
Pertama – aku kembali yakin bahawa aku juga mampu diminati orang lain. huhuDan kerana perbualan ini, aku kini dapat dua pengajaran di atas.
Kedua – aku harus melayan semua orang seadilnya. Aku tak harus
memandang luaran.
Waa! Haruskah aku meratapi cinta yang telah berlalu?
Serius, rugi gila!~ =)
0052 – 11 Disember 2006
Entri Merapu
Hurm, tatau knapa tiba2 ada semangat nak menulis. Actually, takde idea nak tulis apa, tapi demi tidak mensiakan semangat yang dating ni, aku merapu je la…
So, this entry entitled – entri merapu!
Sbnarnya, aku tengah sibuk2 bukak2 blog orang tadi, ada banyak yang aku letak kat favorite. Ada yang dah update, ada yang belum. Ada kawan lama aku, ada kawan baru, ada manager artis, ada kerja macam-macam lagi la, ada plu, ada nyah, semua ada.
Membaca semuanya. Apa hidup yang mereka lakarkan. Ada yang boleh diambilkan pengajaran, ada yang ku baca sahaja.
Ada yang aku respon dengan memberi nama, ada dengan anynomous sahaja, kebanyakannya hanya sebagai silent reader.
Setelah hampir setahun dikenalkan dengan dunia blog ni, aku mula nampak betapa banyaknya yang berlaku kat dunia ni. Banyaknya masalah yang diceritakan. Banyaknya peristiwa yang berlaku. Banyaknya jenis manusia di dunia ini.
Dan itu menyebabkan aku sedikit berbangga bila aku mengetahui jalan hidup pelbagai jenis manusia. Ada yang educated, walau pada zahirnya tidak nampak begitu. Ada yang hidupnya dicemuh masyarakat, tapi mereka bahagia dan gembira. Macam-macam ada.
Dan ianya semua membuatku mempunyai perspektif sendiri. Cerita yang mereka kongsikan ada yang dijadikan pengajaran, sebagai something yang aku ada.
Neway, untuk menambahkan kemerapuan entri ni, aku nak merapu lagi la.
Aku bosan gila kat sini dowh!~ aku nak balik kolej awal, as in minggu depan. Tapi bila cakap kat parents, diorang marah aku balik.
Actually, there is nothing left for me here. Kalau la takde internet ni, memang aku mati tongong kat umah ni. So nak buat macam mana?
Kalo kat kuktem, at least aku boleh tolong petrus wat final projek dia. Boleh gak aku belajar sikit-sikit. Leh gak aku round2 naik beskal sekeliling kuktem. Boleh gak aku buat macam-macam.
Waa tensen gak kalau cuti lama-lama. In fact, to tell u the truth, malam aku balik ke sini hari tu pun aku dah rasa nak balik ke kolej balik.
Tapi nak buat macam mana. Itu je aku boleh cakap.
Hurm, to my reader, kalo susah nak komen entri merapu ni, tak yah la komen. Nanti korang pun merapu sama dan semua jadi ikan kerapu!
Merapu sungguh entri ni!
Aku janji tak buat lagi!~ =)
0051 – 09 November 2006
Monolog dalaman !~
Damn! I miss school!
Huh? Motif???
Tah kenapa tiba-tiba rasa nak balik ke sekolah,…
Mengecapi hidup dengan kawan-kawan - prep - tido masa prep - curi2 dengar walkman masa prep - kantoi - keceriaan kelas - kecerian rumah sukan (ni best!) -makan kat dm - kutuk2 makcik dm - kutuk cikgu dobi (huhu) - nyorok blakang timbunan buku untuk tido masa kelas cikgu rosli - wat2 tak paham kat cik nik (sweet memory) - cikgu rosliza (dah kawin ke belum tu) - dewan titiwangsa - drama jiwang Serunai Malam (hampeh!) - prs - kem kepimpinan prs - cd utk hari inovasi sains sbp (wat sendiri tu!) - jadi ‘men in the black’ masa pelancaran - tengok juara lagu dalam bilik pengawas (dengan tv kecik) - lari ke dm nak support ct - dengar lagu ct memalam - semayang sama2 - berebut bilik air - gaduh2 ngan adik dorm - pow pizza adik dorm - borak2 malam2 - biskut? M2m? selamat ada yang mengingatkan - sodorm (solat dalam dorm) - wat muka ‘slek’ bila selisih dengan perempuan satu batch - dan macam-macam lagi lah~! Wargh!!!
Motif tiba-tiba rindu sekolah?
Tah la…
Dengan tiba-tibanya aku bukak page frenster kawan-kawan lama aku.
(Aku memang dah jarang bukak friendster ni. Prefer new site. =)
But, bila bukak I barely recognized my frens, smua dah berubah!
(macam aku jugak, I guess)
Ada yang tiba2 je dah afro, ada yang jadi cun (hehe – ni yang penting), ada yang dulu gemuk sekarang ala-ala maintain gitu.
Bila dah cun tu, tiba2 je rasa gatal… (hehe garu2)
Tiba-tiba teringat cadangan raimi nak wat gathering bulan julai 2007 (rujuk circles kalau nak info). Macam best je tengok perubahan semua orang.
Tapi best ke? Tak ke nanti kekok. Dah lama takde cerita kan…
~There I go again, I think too much~
Well, to conclude this, this entry is a significant on how I miss schooldays very mush (after a long time I ignore this feelings). Kan best kalau kita kekal muda dan masih di sana…
Huh! Berangan!
P/s – monolog dalaman – tiba2 teringat izza jay yang suka ber’monolog dalaman’ tu… hish banyaknya tiba-tiba hari ni!

Semua Tentang Kita...
0050 – 08 November 2006
Kenangan yang membunuh!
Why does it really hurt to letting go?
Yeah, di Yang Terdalam, anda mengetahui, aku amatlah rapuh ketika ini.
Membayangkan kenangan lalu yang takkan kembali lagi, yang telah pergi
Merasakan setiap detik yang berlalu bagai wayang gambar yang berulang-ulang ceritanya.
Waktu seakan terhenti, dan aku di sini memerhati berhentinya masa itu.
Aku rapat dengan seseorang. Awalnya ianya sungguh baik. Memang rapat. Dan kongsi pelbagai.
Sampai satu tahap aku percaya padanya. Kerana dia terlalu baik. Dan walau kini dia telah berlalu, aku masih mengakui dia memang baik.
Bila aku percaya dengannya, aku mula memberitahu rahsiaku, yang selama ini memang tak pernah diberitahu, walaupun di Yang Terdalam! Dan dia pun berkongsi rahsia denganku, yang dia takuti orang akan tahu, dan amat penting baginya.
Kami sama-sama berkongsi sesuatu. Menjaga keduanya supaya tak terjejas.
Tiba saat dugaan dating, aku membuat silap. Ya, aku akui aku memang silap. Tapi bukanlah silapku itu dengan membocorkan rahsianya. Rahsianya akan aku pegang sampai bila-bila.
Kerana kesilapan kecil itu dia berlalu. Seakan dia hilang begitu sahaja. Tanpa khabar berita.
Setiap cara untuk menghubunginya tidak dibalas. Aku bagaikan meminta. Merayu-rayu untuk dimaafi, walaupun aku tahu kesilapanku amat kecil.
Sampai satu tahap, aku rasakan bagaikan aku tak punya harga diri. Merayu sebolehnya agar yang dulu kembali semula. Walau ianya sukar.
Sampai satu tahap juga, aku marah. Apakah layak harga diriku dimainkan sebegitu rupa? Aku bengang. Aku mula berfikir, mungkin ini terjadi ada sebabnya. Dan dia harus aku lepaskan, dan aku harus meneruskan jalan.
Aku ketahui itu semua. Tapi kini aku mendambakannya. Aku ingin bersamanya. Kerana kenangan lalu yang indah itu amat mengusik jiwa. Aku adalah manusia yang berperasaan!
Entahlah, aku buntu. Aku tak tahu apa akan aku lakukan untuk menghadapi semua ini.
Mungkin dengan meluah di sini aku lebih tenang. Mungkin…
Apapun, kenangan lalu tetap mengusik!
U’ll go on, n meet someone else…
I’ll just be a chapter in your tale…
But for me…
U were, u are and u always be…
The whole story!
Aku meminta pada yang ada, merayu pada yang sudi
Merisik khabar… bertanyakan berita… mendengar cerita… melaluinya kau ku hampiri tiap hari…
Harap ianya kembali normal…
0049 – 03 Disember 2006
Wish list
Tah kenapa, tiba-tiba nak buat wishlist ni.
Maybe to set goals on something for me to achieved, to satisfy myself in the mean time
So here is the list.
1) A new laptop with greater spec than this one
- Maybe with 80gb hard disk, 512 ram, dvd burner installed, n anything that greater than this
- dulu tak kisah pun pasal spec, asalkan ada laptop cukup, but I think now I am knowledgeable and has being exposed with this it world, I cant resist the temptation to have more. And I know this will not stop here cos there are always new things on market
2) A new one external hard disk with better storage (80gb++)
- had one with 80gb storage, n I was sastisfies. Spend about rm400 for that.
- but that was before when it is cramped with all clips, series, movies n many more, that what left on the disk is 2-3 gb storage only.
- so, I want a new one! N after went to the PC fair recently, I was shocked top see how the price of the external these days. There are cheaper! Rm330 for 120gb!
- must I wait some more time to get higher storage with lower cost?
3) A camera digital
- no matter what brand, with high megapixels (5++), n can allow me to keep my memories
- used to borrow my dad’s, but I just want it for my own
- once saw a nice one, rm 599, benQ with 5 mpixels. Also has screen touch pad too!
- but I guess I want to wait for it some more
4) A Sony Erricson Walkman Phone
- dunno why, when I know this is a walkman phone, I know this is designed for me, as I can’t be separated by music!
- but the price… duh tingginya!
- what I got now is nokia 3210, which already 2 years old. N keep seeing my frens keep changing their phone to a greater one. Slimmer, some with flip, some can slid, take pictures! Waa, jelesnya!
- tah kenapa, bila nampak warna oren putih je, rasa excired sangat!
5) Cd Player
- got one, used my matrices money to buy it for rm380. but somehow it broken
- I have mp4 now, but somehow when it is mp4, it does not have the feel for listening to music. Mp4 can stores lots of songs, that I can make them played randomly, but cd player will keep me to listen to every songs in greater details n try to appreciate them
6) A car
- don’t want to talk much about that. Have some issues
7) LASIK
- I’m tired of being rabun. I’m tired to wear glasses n contacts can make my eyes easily infected.
- my rabunness keep increasing day by day. Now I’m 700 on my right n 650 on my left eye. Hampir buta…
- a LASIK surgery which cost rm3000++ can solve this problem forever!
8) someone…
- can this be included. If can, I want to make this at the top of the list!
That’s all I can think from now. Harap-harap akan tercapai la yea.
Kalau tak tercapai, maybe I can find some ‘datuk’ to help me! Jadi gigolo pun gigolo lah…
p/s – ’datuk’ tak semestinya lelaki! huhu