07 November 2008
Kadang kadang terfikir tak kenapa kita sukar sangat nak meluahkan apa yang kita rasa???
Hurm, first of all, cuba alihkan perhatian dari perkara cinta.
Dalam banyak situasi, benda ini berlaku juga.
Kita rasa tak selamat nak bagitahu apa yang kita rasa. Kita rasa malas nak bagitahu. Biarlah rasa itu disimpan sahaja oleh kita. Biarkan kita sahaja yang tahu.
Apa yang buat kita rasa begitu?
Bagi aku jawapannya mudah. Reaksi
Kita simpan segala rasa yang kita ada sebab kita tak sanggup berdepan dengan reaksi orang bila mendengar kata-kata kita itu.
Ambil contoh, dalam satu grup. Ko tengah bincang something. Tiba2 ko ada bau something pelik. Macam tak mandi!
Ko dah saspek dah sorang kawan ko ni. Sebab dia ni memang jenis gitu. Tak mandi pagi!
Tapi ko malas nak tegur dan bagitahu apa yang ko rasa. Ko takut dia bereaksi malu!
Contoh lain, ko perasan kawan ko ni asik suka menumpang orang lain. Bukan takat kereta je, kerja2, assignment, segala mende yang boleh ditumpang, ditumpanginya. Dah la menumpang, dia gunakan tumpangannya itu sepuasnya. Memang jenis parasit!
Ko nak tegur. Tapi ko tak pernah ditumpangi. Dan ko takut reaksi kawan ko tuh ialah kenapa ko nak sibuk2 hal dia. Sebab ko tak pernah kena. Tapi ko tau mende tuh berlaku. Cuma ko tak de sebab nak tegur.
Ok. Well, contoh lain.
Kita buka jugalah contoh cinta.
Ko dah suka seseorang ni lama giler. Lama, lama sangat.
Ko suka berada dekat dengan dia, ko tenang je bersama dia. Ko memang suka menghabiskan masa dengan dia.
Ko nak bagitahu apa yang ko rasa. Tapi ko tak nak. Ko takut.
Ko takut pada reaksi dia. Ko takut sebab ko meluah, dia menjauhkan diri. Ko takut, bila ko bagitau dia, dia akan jadi pelik dengan ko. Sedangkan ko suka keadaan yang kini. Ko tak nak sebab ko meluah, semua yang ko alami sekarang hilang.
Now, see. Mende2 macam ni mengganggu kita dari memberitahu dunia apa yang kita rasa. Dan ko end up memendam apa yang ko rasa.
Sebab tulah agaknya banyak blog makin dicipta. Sebab manusia memerlukan medium untuk diluahkan. Sebab dunia realiti tak memberikan kebebasan manusia dalam meluah.
Tapi, bila ko lama berblog, dunia yang ko ciptakan untuk meluah makin kurang. Bila blog ko makin dilawati, ko makin rasa teragak-agak untuk meluahkan apa yang ko rasa. Ko bimbang orang-orang di sekeliling ko tahu apa yang ko rasa. Ko bimbang dia dapat baca tindak tanduk ko.
Tambahan pula, dunia blog ni bukan terhad dibaca oleh orang-orang baik-baik sahaja. Bukan hanya dewa-dewa yang membaca. Ada juga orang-orang yang berhati busuk dan taraf setan-setan membaca. Orang-orang yang suka quote apa yang ko tulis, dan suka menyampai-nyampaikan, sehingga mencipta satu situasi tak tenteram untuk ko.
Ko sebolehnya cover dalam setiap apa yang ko tuliskan. Ko tak pernah letakkan satu nama pon dalam blog ko, mentioning this is the entry of this particular person. Ko tak pernah!
Tapi bagi orang-orang ini, mereka membaca bagaikan membaca misteri. Mereka cuba mencari dan menyelesaikan misteri itu, siapakah yang dimaksudkan oleh si blogger. Mereka mula menganalisa hidup ko, dan mengait2kan apa yang berlaku, apa yang mereka nampak dan akhirnya, dengan sedikit maklumat yang ada, mereka mula buat kesimpulan.
Kesimpulan yang salah!!
Dan bila misteri telah diselesaikan, hati mereka tak tenteram bila tak meluahkan. Memang nature kita kan suka meluah. Dan, untuk orang-orang hati busuk ini, akan mula menyebarkan. Dia beritahu kepada orang itu, dia beritahu kepada orang ini, mengatakan yang sib logger ini mengutuk si polan si polan dalam blognya.
Dan satu situasi pon tercetus.
Persoalannya, salah siapa?
Kita kadang2 suka berangan-angan. Bila satu keadaan berlaku, kita kadang-kadang tak boleh elakkan diri dari berangan lebih-lebih tentang sesuatu perkara itu.
Mungkin diwarisi dari mat jenin, tapi angan-angan itu tak pernah putus. Kita hanyut dalam angan-angan itu, kita hidup dalam angan-angan itu.
Sedangkan, antara angan-angan dan realiti jauh bezanya!
Aku pernah ditegur, kerana aku suka berangan. Bila sesuatu berlaku kepada aku, aku mula mencipta khayalan. Aku mula berfikir apa akan jadi kalau begini, apa akan jadi kalau begitu.
Dan tanpa sedar, satu dunia khayalan yang dipaksikan atas asas yang tak kukuh mula terbina.
Yang sakit dan peritnya adalah bila angan-angan, khayalan itu melibatkan seseorang. Kalau kita melibatkan pihak lain dalam angan-angan, bila ianya tak menjadi, kita akan sakit. Merasakan diri terjatuh dan terjatuh lagi.
Peritnya, hanya kita rasa.
Kalau kita angan-angan seorang, kita tak merasakan begitu. Sebab kita fleksibel dalam mengubah angan-angan kita, kerana hanya kita seorang yang terlibat!
Tapi bila ada pihak lain terlibat, kesakitan yang dirasa memang nyata. Dan secara tak sedar, kita pun memiliki sebuah kehilangan. Kita merasakan kita memilikinya, namun kita kehilangannya. Begitulah kiranya.
Namun, bila kita seorang, kita tak dapat lari dari terus berangan.
Beranganlah.
Berkhayallah.
Berimaginasilah.
Cuma jangan terlampau tinggi.
Takut nanti tak jejak bumi.
Takut nanti sakit dirasai bila kau terjatuh.
p.s – tatau mana ‘aura’ ini datang, aku hanya menaip tanpa edit entri ini.
p.s – again, no name mentioned. sapa terasa, lantak ko la…