Alhamdulillah

0346
14 Januari 2009


This entry related to this entry…
And this















Despite all things that happened last semester

All heartache and hatred

Confession and confusion

Tell the truth, but end up heart broken
I guess the cloud still has a silver lining
















I cannot change all things that has happened

But I guess this holds my future


Alhamdulillah
for all things that happened

HE knows better




p.s -
Pelik... bila mula aku taip entri ini je, playlist winamp aku memainkan lagu 'Yang Terdalam'.
Macam tau2 je!
Masih Dihantui Yang Terdalam???


:::YTBACK!!!:::

Jadual Blog

0345
12 Januari 2009

Tengah dalam zaman ke'busy'an
Macam2 mende nak buat
Hari sabtu ahad berhuha jimba2
Dan sekarang aku kembali busy

Tak sempat usya blog2 kowang
Dekat google reader aku dah dekat 300+++ dah entri kowang aku tak baca
Ada yang sejak tahun 2008 lagi aku tak baca n komen

Oh, for God sake, tak yah update banyak2 boleh tak???
Tak pon, meh aku buatkan jadual entri meh!

Jadual entri:

Seorang satu entri sahaja dalam masa seminggu
Tak boleh lebih, tak boleh kurang
Kalau tak beta hantar PUAKA!!!

Lelaki digalakkan update setiap hari Isnin
Tetapi mereka dibenarkan untuk update sesuka hati,
Kerana relatifnya lelaki memang kurang kerap update blog

Perempuan
setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis


Perempuan dibahagikan kepada 3 kumpulan
Anak dara cun (pipi kempis) – Hari Selasa
Anak dara tak cun (pipi ping pong, bola golf, bola tenis) – Hari Rabu
Mak2 dara kertu2 (sudah berkahwen) – Hari Khamis


Hari Jumaat, Sabtu Ahad jangan update blog!!!

G kuar merayap huha jimba2!!!

Takde life ke haa, asik update blog je???
Bak kata Yonna, ‘Kurang kasih sayang ke???’

Haha, merepek lak aku

Tapi jadual atas ikut tau!
Pilih kategori anda!
Jangan ngelat lak
Cermin diri anda, anda kategori mana!

Muahahahaha



p.s – blogger lelaki takde kategori.. sbb blogger lelaki biasanya hensem2... errr kecuali Bojeng!!! hahahaha
p.s.s - izinkanlah aku berhuha dekat blog ini…

p.s.s.s – camna nak beli Kotex haa??? Ada size ke menatang tuh??? PMS aku dengan PSM ni!!! =p
p.s.s.s.s - jangan marah haa... kang kedut muka!!! kah kah kah!!!



:::YTBACK!!!:::

Oda Bumi Anbia

0344
09 Januari 2009











Prolog:

Izinkanlah aku bercerita
Sebuah kisah yang telah engkau tahu

Dari kaca TV dan di dada-dada akhbar

Kau sendiri melihat dan mendengarnya bukan?


Penganiayaan satu bangsa terhadap

Satu bangsa yang lain

Begitulah apabila kemanusiaan
Di penghujung kewarasan


Merengkok tubuh mungil

Di atas pasir berbumbung langit

Entah apalah dosanya

Rebah dihinggap peluru yang tak bermata


Berkawat lasykar angkuh

Di balik jentera perisainya

Berselendangkan senjata

Tiada belas nuraga nun dihatinya


Dunia bagai pejamkan mata

Serta terpasung tangannya

Tidak mampu berbuat apa

Sedangkan mungkar beraja
Oh mengapa?

Monolog:
Netzarim, Khan Yunis, Gaza, Jenin,

Namlus dan sepanjang tebing barat
Hari demi hari
Lasykar angkuh ini
Terus mengganas mencari mangsanya


Kanak-kanak atau orang tua

Tidak mengapa

Pada mereka sama sahaja!


Mengalir darah merah

Di atas bumi suci Anbia

Laungan Intifada

Bergema membakar semangat perjuangannya


Epilog:

Sampai bila?

Sampai bilakah penindasan dan kekejaman ini akan berterusan?
Sampai bilakah bumi Anbia ini akan terus menyaksikan pertumpahan darah?
Sampai bila, rakyatnya harus terus terkapai-kapai mencari keadilan dan kebebasan?


Aku sendiri menanti jawapnya...











































Sometimes, I am being too ignorant…

Sometimes, I might be too arrogant…

Sometimes, I am captivated by the beauties of the world…

But there are always things need to be remembered…

And this is one of them…


Pray for the Palestine!


UPDATED 1.14 am


Tiba2 teringat satu perkara yang berlaku tadi…

Sejak lepas sembahyang jumaat, cuaca tidak terlalu panas seperti selalu
Ketika perhimpunan, awan makin banyak datang
Bagaikan melindungi kami

Dan ketika bacaan doa dibacakan, awan amat mendung
Angin bertiup, amat damai terasa!
KuasaNYA…

ALLAHUAKBAR!!!



:::YTBACK!!!:::

Maafkan Aku!!!

0343
08 Januari 2009

Tiada, kata maaf terindah dapat kulafazkan
Hanya ketulusan hati mengucapkan


Maafkan aku
Aku tak mampu
Aku tak berdaya melawan semuanya
Aku tak berupaya menongkah arus

Maafkan aku
Mungkin selepas ini engkau akan pergi
Pergi meninggalkan aku sendiri
Bersendiri lagi
Dalam kehampaan
Dalam kesepian

Maafkan aku
Aku hanya manusia
Aku bukan raja meraja
Aku bukan berpuaka!

Maafkan aku

Tiada, kata maaf terindah dapat kulafazkan
Hanya ketulusan hati mengucapkan!


Maafkan aku!

…
…
…
…
…
…
…
…
…
…
…
…
...
...
...
...
...
…
…

KERANA TIDAK DAPAT MENGUPDATE CERITA AKU DI YT

TIDAK DAPAT ME'LAMPIAS'KAN KASIH SAYANGKU KEPADA KALIAN!

BERSABARLAH SAYANG!!!~
SEKALI LAGI, MAAFKAN AKU!!! =P

Haha!




p.s –

antara suka dan duka,
antara profesionalisme dan huha jimba2
antara tugasan dan tanggungjawab…
antara PSM dan blog,
antara supervisor dan kalian,
antara bojeng dan diana k (tiba2!!!),
mana perlu diprioritikan???

harap mengerti! =p

p.s.s -

komen la baik2 sket... naikkan semangat aku... hantar PUAKA kang! muahaha


:::YTBACK!!!:::

PSM - Calibration Curve

0342
06 Januari 2009

Hari ini. sedikit kepenatan dengan tugas
Bangun dari subuh, tidak tidur sampai la ke petang
An achievement!
Kalo tak, menjelang tengah hari, itu tilam puaka akan memanggilku

Mungkin sebab kepala tengah dibebani dengan macam2 tanggungjawab
Thus, menyegarkan mata…


































Makmal Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli, UMP
Entrance 4
Napa tutup???
Ni masa cuti hari tuh
Aku tengah nunggu orang di dalam bukakkan pintu


Lepas subuh, terus sarapan sikit, mengedit lagi resume yang hampir 3 hari aku buat
Ada je aku tak puas hati!!!

Kemudian, pukul 10 pagi ke library baru UMP, ada discussion Plant Design
Buat pembahagian tugas, ada presentation kene buat pada 4hb Feb

Nampak gayanya tak balik la aku cuti raya cina ni…
Tak dapat la tengok PGLM!
Unless, all the work can be done before that
But, fat chance!

Pukul 12 – 1, menghabiskan kelas PME untuk minggu ini
Eh, menghabiskan kelas untuk minggu ini la…
Minggu ini takde kelas dah!
Haha





























Parking Lot
Kelihatan dari situ, bangunan baru UMP
Fakulti Kimia, Pusat Bahasa, dan Awam pindah ke situ
Termasuklah Library baru, Kompleks Sukan dll
Tak merasa la kowang senior2ku - chot dan kamal! =p


Balik bilik, merancang dan merangka eksperimen pertama PSM berkenaan dengan standard curve of BSA
Standard curve atau calibration curve, basically digunakan sebagai rujukan bila aku buat eksperimen nanti

Disebabkan aku guna benda yang standard, iaitu BSA (bovine serum albumine), lepas tuh aku dilute kan, tambah macam2 bahan kimia, kemudian aku detect optical density (OD) menggunakan UV Vis Spectrometer
Dari proses ini, aku akan dapat satu graf yang standard, yang akan aku plot guna Excel















Nak masuk clean room, kene masuk blower room dulu tau
Kat sini la ko akan di blow oleh angin, untuk hilangkan debu2 di badan mu!!! haha

Lab ada di sebelah sana blower room ini...

So, lepas ni, aku akan runkan air soya through satu alat ni, namanya KVICK Crossflow Filtration, collect protein dari air soya tuh through numerous transmembrane pressure (TMP), tambah macam2 bahan kimia mcm di atas, detect OD, dan aku akan comparekan dengan graf yang aku dapat tadi

Maknanya, dari graf tuh dan maklumat OD yang baru ni, aku leh tau la berapa banyak protein dalam itu air soya…

Bahan2 kimia yang digunakan – Folin, Lowry dan macam2 lagi…


































Reagent B of Lowry (cantik lak kaler2 nih!)
Reagent A & B of Lowry, prepared to be refrigerated


Gitulah kisahnya…

Air soya ni pulak, aku akan gunakan dua jenis air soya
Satu dari commercial punya, aku pilih Yeo’s SoyRICH
Yang kedua, yang tradisional punya

Asalnya mau membuat sendri air soyanya
Tapi rasa macam tak termampu je, dan dah lah storage tak cukup
Aku memerlukan lebeh kurang 30 L ++ air soya
Thus, nanti mau g pasar malam, mau tempah je kat mana2 makcik yang jual air soya tuh

Banyak juga air soya akan dibazirkan untuk eksperimen ni
30 L ++, satu kotak RM 3.80 tuh 1 L, nak dekat RM 120 ringgit aku kene beli air soya!
Tu belum masuk yang tradisional lagi, hari khamis ni baru nak berunding ngan makcik itu

So far, eksperimen tadi ok la
Walau ada la sket tak puas hati
Tengok la, kalo ada masa, aku ulang balik
Untuk dapatkan calibration curve yang lagi reliable















Ni borang tempah alatan ek...

Satu je – hampes kalo buat eksperimen tiada perancangan!
Enough talk about that, malas fikirkan pasal orang lain yang tatau merancang

Balik eksperimen tadi, around 6 pm, aku lunyai giler
Selalunya badan ni kan terbiasa dengan tido yang melampau!
So, sembahyang asar, rehat lepak2, sembahyang maghrib, g makan sat
Dan aku terus tertido sampai la pukul 11

Ni bangun pon mamai2, tah mana aura datang mau menaip tah
Thus, this entry…


p.s - semua gambar2 di atas adalah gambar lama, masa cuti hari tuh
tadi busy sangat, tak sempat menangkap gambar!



:::YTBACK!!!:::

Escapism

0341
05 Januari 2009

Awalnya tadi mau buat satu entri khas
Idea dah berangka2 dalam otak
Tapi aku rasa kene hold dulu entri tuh

Err bukan entri tuh je
Banyak je entri yang rangkanya dalam otak, but still on hold
Slow2 ok!

Kelas dah start
Untuk seminggu, beta ada kelas hari isnin dan selasa je
Tak ke heaven giler, 5 hari cuti!

Hari Isnin, 11 – 1, kelas Technoprenership
Kul 2 – 4, kelas Project Management & Economics (PME)

Hari Selasa, kelas PME pukul 12 hingga 1

Dan berakhirlah kelas untuk satu minggu!

Tadi buka memo
Ada satu memo yang menyesakkan jiwa
Rupanya, presentation pertama Plant Design beta akan diadakan pada 4 Feb 2009
Dan ia akan cover 10%, with 4 chapters to be presented by our group
Tak start apa2 keje lagi, besok baru mau buat initial discussion

PSM, minggu depan baru mau mula
Minggu ni, aku mau bermalasan sambel membaca kembali apa yang penah aku rancang semester lepas
Mungkin esok akan mula buat calibration curve

Apa tuh?
Erm.. esok la aku buat entri itu
Haha

Ish, sebenarnya entri ini tak berarah
Aku mau menulis je

Biasalah, escapism terbaik
Ada sesuatu menganggu fikiran
Haha



:::YTBACK!!!:::

First Entry for 2009...

0340
04 Januari 2009

Do you miss me???
Urgh, what a stupid question..

Certainly you do right???

Hahaha

This entry will be done in point form
Tak penah buat point form ni, kalo terpanjang gak, maafkanlah!
Layankan aja!!!

Apa yang beta buat
sepanjang 4 hari kehilangan beta
dari dunia blog???


31 Disember 2008 / 1 januari 2009

1. Malam tahun baru, seperti biasa, tidak menyambut. Hanya duduk di bilik, atas katil, sambil ditemani dunia internet. Buat apa aku nak terkinja2 macam orang gila? Buang masa!

2. Pagi tahun baru dimulakan dengan aku bangun agak awal, mungkin azam tahun baru. Kejut rakan2 dan ke fakulti untuk menolong seorang lecturer kami untuk pindahkan barang2 ke fakulti baru. Angkat takde la banyak, tapi dibelanja lunch!

3. Tido sebentar.

4. Petangnya, pergi ke arah Indera Mahkota, Kuantan. Budak ini sudah memulakan praktikalnya di Kuantan. Thus, beta datang konon2 nak memberikan pertolongan.

5. Berpusing2 mencari rumah sewanya hampir sejam. Indera Mahkota rupanya terlalu besar, dengan banyak fasa, dan signboard yang tidak membantu!

6. Sampai di rumahnya, semua kerja sudah siap! Menunggu pula seorang kawannya untuk sampai ke rumah itu.

7. Keluar makan malam di Tanjung Lumpur, dibelanja oleh keluarga kawan kepada budak itu.

8. Cadang ingin bermalam. Tetapi, memandangkan keluarga itu turut bermalam, terus pulang ke UMP.

9. Sampai di UMP kira2 pukul 12 malam.


2 Januari 2009


1. Hari yang paling sejuk di Kuantan. Hujan telah turun secara tidak berhenti selama hampir 2 hari.

2. Bangun pukul 10, ingatkan masih subuh! Cuaca memang gelap, dan rupanya ramai terbabas subuh secara berjemaah!

3. Malas ke mana2. Makan, dan kembali ke katil.

4. Seriusly, amat sejuk dan mendamaikan. Bercanda di tilam aja deh!

5. Tiada aktiviti yang bermakna malamnya. Hanya melihat movie, dan bermain internet.


3 Januari 2009


1. Kerana hujan menggila di Kuantan, si budak itu dan kawannya tidak dapat ke mana2. Mereka hanya ada motor sebagai pengangkutan. I'm a lifesaver! =p

2. Berkemas, menjelang tengah hari ke rumah sewa mereka.

3. Hujan masih menggila. Membawa Lisa berhati2.

4. Keluar makan di Restoran Taj, di Hotlink Walk di Berjaya Megamall. Masih hujan.

5. Ke Giant membeli belah. Aku beli bantal baru setelah 2 bantal aku sudah lembik dan lunyai. Aku terus beli yang keras punya! Amik ko!

6. Owh, hujan masih lagi tidak berhenti.

7. Menuju ke Sungai Isap, rumah sewa kawan perempuan budak2 itu. Mencari2 dan duh, jauhnya!

8. Dalam perjalanan, sibuk memberitahu segala bentuk jalan di Kuantan untuk mereka pergi nanti.

9. Kembali ke Megamall, menonton The Bedtime Stories. Best!

10. Mengusya jam. Tak tahan!

11. Hujan… masih!

12. Pukul 10 lebih, hujan mulai reda. Bergerak ke Teluk Cempedak.

13. Makan McD – double cheese burger, apple pie, hot milo dan twister fries.

14. Mamat cashier yang blur!

15. Memelecurkan lidah dengan secara rakusnya menghirup hot milo!

16. Berjalan di tepi pantai di kala hujan still kucing dan anjing!

17. Kembali ke rumah sewa mereka, konon mau tido.

18. Duh, berborak dan menonton Youtube sampai 330 pagi, sebelum syahid.


4 Januari 2009

1. Rupanya bantal itu, bantal berpuaka. Dalam satu tidur, 3 mimpi pelik menyinggah.

2. Satu mimpi yang menakutkan membangunkan aku untuk sembahyang subuh.

3. Memarahi budak itu kerana memasuki mimpi beta tanpa izin. Atau, ianya kerana bantal puaka?

4. Bangun awal2, sarapan di mamak.

5. Ada awek kolej mengusya beta sejak dari beta keluar dari kereta, makan di restoran, dan kembali ke kereta! Muahahaha, perasan!

6. Ke Mydin, membeli baju hujan.

7. Ke kedai rm2, membeli kelengkapan rumah mereka.

8. Ke Taman Gelora. Berjalan di tepi pantai. Men refleksologi.

9. Ke TC kembali. Mau menghayati TC waktu siang!

10. Kembali ke Megamall, beta tak tahan mau beli jam yang diusya semalam! Termimpi2! Jam lama sudah putus. Kalo jam lama tak putus, takdenya mengusya kedai jam.

11. Amoi itu cuba menipu beta dengan mengatakan harga jam itu RM50. Ayo amoi, semalam saya datang lu kata RM 48 juga. Akhirnya membeli, GA Blue, dengan 1 year warranty. Puas hati!

12. Kembali ke rumah sewa mereka. Having late lunch.

13. Pukul 530, sudah mau kembali ke UMP. Sudah separuh jalan, tiba2 mereka panggil kembali ke rumah itu.

14. Rupa-rupanya kawan mereka di Sungai Isap itu, rumahnya dilanda banjir! Mereka minta kami ke sana mengambil laptop. Takut2 terkena air.

15. Misi menyelamatkan mangsa banjir di Sungai Isap.

16. Jalan ke rumah mereka dinaiki air. Mengharung air untuk mengambil laptop. Haku bukan kenal sangat pown mereka. Tapi saja menolong, naikkan saham!

17. Menghantar kembali rakan ke Indera Mahkota. Balik ke UMP buat pertama kali melalui Highway Kuantan ke Gambang.

18. Tiba, mandi, sembahyang, berehat.

19. Terus menulis entri, kerana beta tau kowang rindukan beta kan???

Kan???
Kan???
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
Uh?

TAK RINDU SUDAH!!!



p.s – konon mau tiru Tun M buat entri by point. Tapi disebabkan telah menggunakan bahasa manglish, tiada ruangan “Edisi Bahasa Inggeris Di Bawah”. Harap maklum

p.s.s - suddenly, also because of the potluck, someone has opened her own new blog!!! there will be no anon comments anymore!!! check it out!!!



:::YTBACK!!!:::