1

0435
08 Mac 2010


Sedikit terharu dengan respon yang diterima melalui entri lepas.
Sedikit teragak-agak mana mahu ku mulakan untuk menulis kembali di sini.

Samada korang sedar atau tidak, entri di YT ni mula kurang ’rasa’ sejak aku tinggalkan UMP.
Sejak aku mula start praktikal, aku rasakan entri2 aku agak tergesa2 dan tangkap muat.

Kadang2, menulis for the sake of writing, without put so much effort and thought about it.
Tak tahu la korang perasan ke tak, tapi aku sedar akan hakikat itu bila aku membaca blik YT baru2 ini.

Jadi, bila aku katakan aku nak mulakan menulis kembali, aku teragak2, mana patut aku mulakan?
Bagaimana akan aku mulakan?

Hati kecil aku berkata, ’just go with the flow’.
So this is it.

Apa yang berlaku pada aku sejak aku meninggalkan UMP?

Well, emosional wise, I am still the same.
Mana boleh aku berubah sekelip mata!
Aku masih lagi aku yang dulu.

Career wise, mungkin banyak dah berubah.
Ada mungkin tahu pasal semua ini, ada mungkin tidak.

Untuk memulakan, sejak dari UMP, aku dah memulakan praktikal di satu badan kerajaan sebagai ‘research assistant’.

Ingat lagi waktu itu yang aku mintak korang tolong carikan tempat praktikal tuh?
Setelah bersusah payah mencari, dapat juga la di badan kerajaan ini.

Yang hampehnya, setelah aku konfomkan dengan badan kerajaan ini, macam2 tawaran praktikal dari kompeni2 besar aku dapat.
Dan kompeni2 yang aku nak kan sangat pulak tuh!

Sedikit hampa, tapi nak wat camna, aku rasa aku perlu ke badan kerajaan ini.
Bermulalah aku sebagai ’research assistant’.

Hari pertama aku di sana, aku dah rasa kurang selesa.
Setelah penat membuat thesis di tahun akhir, masa praktikal pon kene buat lagi?
Penat woo buat research, amat penat.
Jadi, aku agak sedikit tidak gembira.

Mungkin aku rasakan waktu itu, aku perlu untuk open kan diri aku kepada benda2 baru, bukan benda yang aku pernah buat ketika di U dulu.
Maybe the real working life.

Tapi macam biasa, seburuk mana keadaan, ada benda yang boleh dipelajari dari pengalaman itu.
Ia membuatkan aku berfikir mengenai profesionalisme dan arah aku.
Samada aku ingin kembali bekerja atau untuk terus menyambung master.

See, at that point, I am torn in the middle.
Aku mahu punya kelayakan yang lebih tinggi dari sekarang.
Tapi aku sudah penat dengan research.

Aku mahu buka diri aku kepada dunia pekerjaan.
Tapi, believe me, at that point, aku rasa useless giler, amat susah nak dapat kerja.

Hasilnya, setelah 3 bulan aku praktikal, aku berhenti.
Aku duduk di rumah dekat sebulan juga, menunggu untuk konvokesyen.
Awalnya memang agak lega, dapat berehat.
Tapi lama2, saket jiwa!
Aku perlu berbuat sesuatu!

Sementara di rumah, entah berapa puluh resume di hantar
Entah berapa harapan dan bayangan aku bazirkan, konon2 akan kerja di sini dan di sini
Entah berapa banyak masa dibazirkan.

Dalam otak aku, aku setkan masa, konvokesyen is the dateline.
By the convocation day, I must know how will i pursue with my life.

At that time, entah macam mana aku terjumpa pasal GEMS.
Dan bermulalah segalanya.

To be continued


p.s – aku perasan dunia blog sudah berubah. Aku sendiri pon kurang minat baca entri panjang2 dah. So kita buat part by part la! =p


:::YTBACK!!!:::

Adoi!

0434
4 Mac 2010

Aku sebenarnya jenis orang yang tak suka buat orang menunggu-nunggu...

When I said I want to update YT more frequently, harapan aku, aku boleh la datang ke opis tiap hari awal sikit, agar aku dapat menulis something.

Tapi dah 3, 4 hari aku datang ofis awal, in fact aku yang bukakkan pintu opis pon, aku masih tak berkesempatan untuk menulis. Adeh la!

Yang sempat, hanya amik sikit breakfast kat pantry, and terus check email, check FB n so on.
N by the time all of those are done, semua orang dah datang keje dah.

So, macam tak best la kan nak update masa tuh.

So, bertangguh lah update.

Camna nak atasi masalah ini haa?
Huhu


p/s - tak ske wat korang menunggu sebenarnya... =p



:::YTBACK!!!:::

Hidupkan kembali?

0433
27 February 2010

Setelah hampir 2 bulan tiada langsung entri di YT ni, aku kembali berbunyi.

Takde apa2 point pon untuk entri ini, cuma aku rasakan, aku ingin kembali ‘menghidupkan’ dunia YT ini.

Kadang2, bila ada benda yang berlaku dalam hidup aku, otak aku merangka2 entri untuk diluah dan ditulis di YT
Segala rasa, apa yang difikirkan, semuanya aku ingin kongsikan

Tapi, semuanya terbatas
Dari kekangan masa, sumber, dan juga daya untuk aku menulis, semuanya menghalang aku untuk menulis di sini.

Tambahan pula, aku makin kurang gemar ’segelintir manusia’ mengetahui kisah hidup aku. Tapi, rasa ingin menulis kembali.

Apa yang buat aku ’kuat’ untuk menulis entri ini, adalah apabila aku membelek sendiri YT dari zaman dulu2 sehingga kali terakhir aku menulis di situ.

Dapat aku rasakan dunia itu agak best, dan aku ingin kembali hidup di dalamnya...

Mungkin ada yang tidak membaca blog ini, tapi aku tetap ingin menghidupkan kembali YT.

Jom hidupkan kembali?



:::YTBACK!!!:::

Still here...

0432
30 Disember 2009


Its nearly the end of the year, I know, in my mind that I SHOULD write something in YT…
Dunno where to start, but I do hope this is the initiator…

Bukan tak mahu menulis, tapi masa tiada…

Dulu, aku ciptakan YT kerana merasakan dunia nyata tak mampu untuk menterjemahkan apa yang aku rasa…
YT went quite well, with certain of people that I met in this virtual world, which actually colored my days

Tapi, kini, aku dapat rasakan semua itu sudah berubah

Aku mengalami perubahan, YT alami perbuhan, yada yada!

Benda berulang2 aku ceritakan, bukankah ini pernah dituliskan di entri2 dulu?


Sekarang ini, aku rasa dunia nyata sudah cukup untuk aku harungi
Berkali2 mau ditutup YT, tapi tak berdaya

Di sini banyak yang telah tercipta, pahit manis, semuanya ada
Thus, aku tangguhkan menutup YT
Itulah sebabnya lama YT tiada update


Yang jelas nyata, aku bukan lagi aku yang dulu
Asasnya sama, tapi jalannya kini berbeza

Aduh, merepek apa ni?

Dahla2

Akan ku cari sedikit idea, dan pasni aku harap dapat menulis dan berkongsi

Kalau tak banyak, sikit pon jadi la kan!


:::YTBACK!!!:::

Kongsi Melalui Lagu...

0431
28 November 2009

Pernah ku katakan dulu, aku menganggap lagu adalah satu medium perantara untuk menyampaikan maksud dan perasaan…

Kadangkala, bila ada satu rasa muncul dalam diri, minda aku serta merta menyanyikan sesebuah lagu, yang kena dengan situasi yang dialami…

Seperti kini, aku ingin berkongsi berita
Tapi aku ingin berkongsi melalui lagu di bawah
Jika sampai maksudnya, sampailah
Aku hanya ingin berkongsi…

Apa pun, enjoy!!!



:::YTBACK!!!:::

Setelah Sekian Lama...

0430
27 November 2009

Melipatkan kaki, bersila.
Menggeliatkan badan, sakit di belakang masih terasa.
Membuka application word, meneliti.
Meneliti dan memerhati
Ke mana pula idea dibawa lari???

Hello kepada semua yang masih membaca YT
Maaf membuat anda ternanti2
Banyak perkara yang menghujani
Kegembiraan tanpa batasan yang dihadapi
Bila akhirnya terpaksa aku tinggalkan, termanggu seorang aku di sini

Dan aku kembali lagi ke sini
Di ruangan yang pernah dulu menemani

Aku tak lah pulak merancang nak memulakan entri ini dengan ayat2 di atas
Cuma yang aku tau, hari ini, aku perlu mencoretkan sesuatu
Sudah terlalu lama YT aku abaikan

Hilangnya aku, bukannya ke mana2
Aku baik2 sahaja
Malahan, aku teramat baik!
Aku teramat gembira!
Aku teramat bahagia!

Rutin waktu berat kadangkala
Jadual penuh sehingga pagi buta
Tapi hati ku gembira
Eh... kenapa aku menulis sebegini rupa???

Dah2 kamal, ini entri!
Bukannya sajak atau puisi!
See!
There you go again, see!!!

Stop2… haha

Seperti yang aku katakan, aku amat gembira dan berbahagia
Amat sibuk juga
Macam2 perkara

Ia menyebabkan aku kurang mempunyai masa untuk ke laman maya
Juga menziarahi kome kome semua
Apatah lagi nak memberitahu aku punya cerita

Kadang2 ada jugalah masa nak berinternet
Tapi terbatas di facebook sahaja
Sebab kalo blog, ia memerlukan aku lebih berfikir tentang isi cerita
Sedangkan aku berinternet selalunya, nak menghilangkan serabut kepala

Seperti yang anda sedia maklum, aku mengikuti kursus GEMS
Dengan kemewahan dilambakkan, makan minum, tempat tinggal dijaga
Elaun juga
Aku terpaksa membalas balik dengan mengorbankan masa untuk diri aku sendiri

Tiap hari, ada aktiviti
Tiap waktu, ada perkara yang perlu dibereskan
Tapi aku amat gembira
Amat berbahagia
Sebab bersama kawan2 yang persahabatannya baru bermula

Pernah terdetik di hati aku, tiba saat nanti, kalau ini berakhir, aku pasti bersedih
Sedih ingin meninggalkan memori dan kenangan

Dan kini, aku merasainya...

Aku stop dulu di sini... nanti aku sambung lagi k...
Tone hari ni mcm tak best je...
Haha

Take care semua
Dan trimas sbb masih membaca....


:::YTBACK!!!:::

Hi!

0429
18 November 2009


Hari ni terpanggil pulak nak mengupdate…
Sebulan aku hilang…

Rindukan aku ke???


To be continued….


:::YTBACK!!!:::