0447170510Diam 1Mungkin ada yang tahu, mungkin ada yang tak tahu, aku ni jenis orang yang
paling tak suka kalau orang tak balas mesej yang kita beri.
Bagi aku, lambat atau cepat,
at least balas.
Aku faham semua makin busy dengan hidup masing2, mana de masa dan daya nak fikir pasal hidup orang lain. Aku faham itu...
Tapi takkanlah setakat nak membalas mesej dalam masa
10 saat pon susah kowt? Aku pun busy, aku pun banyak kerja
Kadang2, bila aku teringat seseorang, tak kira la
penah-spesel ke
kekawan, aku terus mesej. Just a msg beritahu yang aku teringatkan mereka2 ini
Yang membalas ok la. Yang tak balas,
aduh, saketnya hati!Rasa macam diri tak dihargai lak...
Ye la, mungkin sapa lah kita dalam hidup mereka2 kini.
Bukan siapa-siapa.Setelah berulang mesej tidak berbalas, kadang2 aku tahan diri dari mesej lagi.
Aku tahan.
Dan terus
diam. Biarkan saja semua
Nak buat apa mesej lagi tanda ingatan, jika tiada balasan?
Diam lebih baik kan?
Harap mereka faham atas ke’
diam’an aku itu…
Diam 2Dinner dengan ofismate.
Aku: pot pet pot pet… HAHAHAHA… pot pet pot pet!!!
Ofismate: eh, ko ni tak reti diam ke? Setiap minit ko nak bercakap. Cuba ko diam sekejap.
Aku: Kalau aku diam, orang akan risau. Ko nak ke risau pasal aku?
Ofismate: Eleh, takde punya nak risau2 pasal ko. Nah, aku cabar ko. (sambil tengok jam). Cuba ko diam sampai pukul 9 malam ni!
Aku: …. (anggukkan kepala sahaja, sambil tersenyum sinis…). Dalam hati, “Jangan menyesal!”
Makanan sampai. Bihun goreng yang aku order.
Banyak pulak tuh! Mana la aku tak gemuk!
Aku terus makan,
diam, slow2, kunyah. Mereka2 terus berbual itu ini.
Lima minit berlalu...
“Eh, dia betul diam la… pantang betul dia dicabar!”
Aku tersenyum sinis, sambil buat tak tahu. Aku terus makan.
Desert sampai. Tuan kedai belanja, sebab kafe dia dah macam kantin kitorang. Kitorang selalu lepak situ. Ambil seulas dua buah. Makan.
Diam. Sambil wat tak tahu.
Tiba2, aku tersedar.
Alamak! Karang macam mana aku nak bayar? Sure aku kena cakap dengan dak cashier tuh aku makan apa, baru boleh bayar. Abes la cabaran tuh kalau aku cakap!
Kaget ni kaget! Macam mana nak buat???
Berfikir sambil mengunyah. Tiba2 dapat idea!
Haa!Aku terus ke cashier. Kuarkan hanset. Pilih application
‘new message’. Taip:
“Bihun goreng satu.
Jus epal satu.”
Dak cashier tuh pandang, sambil cakap,
“Aik, dah bisu?”. Aku senyum dan angguk kepala.
Tiba2 dari dapur, abang restoran tuh cakap ngan aku,
“Awal gerak hari ni, nak pergi mana?”Aku
kaget. Camna nak jawab ni?
Kalau bersuara,
habis la cabaran!Lantas, aku buat isyarat takbir.
Tanda nak pergi sembahyang.
Brader tuh paham je.
Sepanjang perjalanan aku balik ke opis, aku tahan diri.
Diam. Tak bercakap.
Best jugak macam ni.
Asik bercakap je.
Diam best rupanya!
Sampai ofis, aku terus buat kerja. Masih lagi
diam.
Satu notification masuk dari facebook.
Ada mesej!“Sori la dear…” mesej dari ofismate aku tadi.
Aku wat tatau.
Buat kerja.
Masih
diam. Sambil headbanging lagu2.
Lelah wat kerja, usya facebook. 2 orang ofismate berstatus pelik2:
“Dia, kalau dah serius, jangan sapa la kaco!”
“=(“
Aku tertawa di dalam hati.
Hahaha,
U asked for it!!! Masih
diam. Jam melewati 9 malam. Waktu tamat cabaran ni!
Aku wat tak tahu.
Masih
diam. Sengaja cuba uji ketahanan diri untuk
diam.
9.30, seorang ofismate datang.
“Abang Kamal, jangan la merajuk… cakap la… cakap!”
Cilakak! Dia menganjeng aku!
Nak je aku jawab,
“Aku bukan merajuk. Aku cuma diam je!”Tapi kene tahan diri dari bercakap beb! Masih wat tak tahu.
Sampai pukul 950, ofismate yang mencabar aku tadi datang
“Kamal… jangan la macam ni… aku memain je cabar ko… jangan la merajuk… aku wat ko banana split nak? Nak?”
Aku wat tak tahu.
Sambil
diam. Heabanging lagu.
“Ala Kamal, jangan la macam ni”
Aku tergelak di dalam hati.
“Aku pergi buat banana split ek… ko makan ek nanti”
Aku
diam. Still wat tak tahu.
Dia berlalu.
Aku nak terketawa.
Baru ko tahu penangan aku diam!!!Tapi kesian pulak...
Aku berjalan ke bilik ofismate yang lain.
Masih
diam. Aku keluar je pintu, si ofismate datang menatang banana split dalam satu pinggan.
“Nah. Amik la. Jangan la marah lagi”
Adeh, kesian pulak aku tengok. Muka selenge macam nak nanges.
Lantas aku bersuara,
“Haa kan aku dah cakap. Orang akan risau kalau aku diam.
Baru 2 jam je kot. Hahaha”
“Yela2. Pasni aku tak buat main dah”
Aku terfikir sendiri.
Orang memang cuak ek kalau aku diam???Maybe sebab aku bising sangat kowt.
Haha…Tiba2, teringat kata2
cik Dewi 2 tahun dulu
“Kamal, ko nampak hensem bila serius dan diam bila buat kerja!”
Hahaha…
Esok nak
diam lagi la… nak tambahkan kehenseman! =p