Up & Down

0178
6 Mac 2008


Hello there!

Hidup umpama roda kan. Sekejap atas, sekejap bawah.
Semuanya boleh berubah dalam sekelip mata.

Just want to share, my up and down for current days in my life.


UP!!!

Malam isnin lepas
Ada satu meeting besar-besaran Expoconvo’08.


Aku sebagai mantan untuk SUB Penyelarasan Program menghadirkan diri jugak. Sebagai sokongan aku kepada yang akan datang ni dan juga sebagai ’pencerita’ pengalaman yang telah aku lalui.

Kepada yang blur2, memang masa Expoconvo’07 tuh aku kira besar gak tanggungjawab yang tersandang.
Banyak yang aku kena selaraskan, dan ia memang bukan satu tugas yang mudah.


Beberapa kali aku break down.
Nak berhenti. Nak letak jawatan.

Sebab kadang-kadang apa yang kita nak tak menjadi kenyataan.

Tapi ada sebahagian ’suara’ dalam hati ni mengatakan tidak.
”kalau ko berhenti sekarang, apa ko nak buat? Pengecut! Ada masalah sikit lari!


Dan aku bertahan kerana aku percaya kata hati aku.
Dan dalam susah payah, tensi yang agak menggila, pengimbangan antara studi dan tanggungjawab, aku berjaya jugak laluinya dengan agak berjaya.
Takde lah masalah besar ke hapa.


Dan, malam isnin tu, kedatangan aku ke Dewan Kuliah Utama 2 UMP itu adalah untuk bercerita. Berkongsi pengalaman.
Berkongsi apa yang aku rasa.

Melihat budak2 yang baru nak join program ni, tak ku sangka, dah setahun aku memegang jawatan itu dulu.
Betapa cepat masa beredar, sehinggakan, aku merasakan aku masih lagi memegang jawatan itu!
Dan sedar tak sedar dah 3 bulan aku menjadi mantan untuk jawatan yang akupegang selama hampir 8 bulan itu.


Perasaannya berbeza.
Anda adalah pemerhati.
Anda bisa memberikan pandangan, tapi jangan harap pandangan anda diterima seratus peratus.
Anda hanya mantan!


Pada junior sejawatan denganku, aku ceritakan, jangan terlalu bergantung dengan apa yang kami lalui.
Anda perlu guna adaptasi sendiri untuk mengatasi segala cabaran yang datang.
Apa yang anda semua bakal lalui bukan sama seperti kami.
Hasil kerja anda juga mungkin lebih bagus dari kami.
Jadi gunakan adaptasi sendiri.


Macam-macam juga aku ceritakan.
Dari satu benda ke satu benda.


Sampailah satu ketika, aku melihat semuanya menganga!
Dan aku lantas berkata,

”saya tahu, semua tugas ni nampak berat.
Semuanya memang di luar jangkaan.
Anda tak boleh predict apa yang berlaku.

Saya pun dulu ambik masa 3 hari untuk absorb segalanya dalam kepala otak ni.
Tapi dari masa ke semasa, saya belajar bersama anak-anak buah saya.

Anda lihat tentatif yang tebal ni (menunjukkan tentatif yang tebal itu), saya edit dan buatnya semasa studi week semester lepas.

Kalau anda fikirkan balik, mungkin anda takleh percaya.
Tapi itu kenyataannya.


Semua benda ni nampak susah.
Tapi bila anda bekerjasama, anda akan mengatasinya dengan mudah.
Saya bukan buat kerja ni sorang dulu.
Anak-anak buah saya terlalu banyak membantu, sehingga saya pun jadi kuat dan semangat untuk teruskan segalanya.


Tapi yang penting tahu bila waktu yang sesuai untuk buat kerja.
Tanyalah sapa pown, bahagian PC Expoconvo’07 merupakan bahagian yang paling sengal, poyo dan paling tidak disenangi.
Sebab itu tugas kita, kita kena kawal flow tugas orang lain untuk buat kerja kita.

Dalam bahagian kami bergurau, berjenaka.
Masa 1st day event tuh, bahagian PC je yang gedik2 tangkap2 gambar poyo sebelum event.
Masa buat kerja kami serius balik.
Kita kena pandai kawal semua tuh


Apa pun, guna kan adaptasi sendiri.
Lepas anda habis hadapi semuanya, anda akan rindukan kembali suasana bekerja di dalam expoconvo.

Percayalah”


Tiba-tiba masa tu, aku rasa sayu.

*dah habis semuanya!
Apa yang aku usahakan selama ini, secara officialnya berakhir bila aku menjadi mantan dan memberitahu pengalaman lepada muka-muka baru ini.
Selepas ini, aku hanya pemerhati!*


Balik itu, satu per satu perasaan timbul.

Aku bangga, sebab berjaya melalui semuanya.
Bila ceritakan balik apa yang telah dilakukan kepada orang yang tak tahu apa-apa, memang terasa terlalu banyak benda yang telah berjaya aku dan anak buah aku lakukan.
Sehingga budak-budak tu menjadi pening mendengarkan tanggungjawab yang digalas mereka.


Aku sayu, sebab kenangan itu takkan berulang kembali.


Semangatku kembali meninggi untuk menghadapi cabaran yang seterusnya!
I’m up up to the sky!

*****

DOWN!!!


Seperti yang aku katakan, ada atasa, ada bawah.


NOTICE: SEKARANG NI, SILA JERUTKAN MUKA ANDA.
CENGILKAN MATA.
KERUTKAN SEGALANYA!
BAYANGKAN PERASAAN ANDA KETIKA MARAH!
TERIMA KASIH!


Esoknya, aku dihambat oleh tanggungjawab yang lain.
Yang membuatkan aku teramat bengang!

Teramat-amat!


Sehingga malamnya,
Aku menelan panadol dan cuba untuk lelapkan mata.
Tapi tak boleh.

Sehingga aku buat macam-macam perkara bodoh sebab terlampau bengang!
Sehingga aku terfikir nak dapatkan ubat tidur di pharmacy.
Atau try ’ice’ ke, atau apa2.

Sebab aku terlampau bengang!


Kredibiliti aku dipersoalkan.
Aku digambarkan sebagai tak bertanggungjawab dan tidak melaksanakan tanggungjawab aku!
Sedangkan di sini, aku berusaha sedaya mampu untuk imbangkan antara studi yang membukit untuk budak 3rd year ni, dan benda itu!
Sehingga aku kepenatan, dan kepeningan.
Sehingga aku tak de masa untuk diri sendiri.


Yang berbunyi tak kenal aku siapa.
Dia tak pantau apa yang aku sudah lakukan.
Dia tak tahu apa yang aku usahakan.
Yang dia mahu tahu progress kerja.
Bila aku katakan semuanya dalam proses, dikatakan aku tidak menyumbang apa-apa.

Dikatakan aku begitu, begini.
Aku malas melayan.
Aku anggukkan saja.
Aku beredar.

Aku perlu berfikiran waras.
Aku kenal siapa diri aku.
Aku tahu betapa profesionalnya aku boleh jadi.
Aku tahu, ko tak kenal aku, jadi ko memang tak layak nak judge aku.

Seriusly, semalam aku down yang teramat.
Teramat-amat.
Tak pernah begitu!


Namun, pagi tadi, aku kembali.
Sembahyang, dan dengan semangat yang baru.
Aku laksanakan mana yang mampu.

Kepada yang hanya tahu berbunyi, tapi tak tahu nak menghormati.
Go to hell ku beri!!!



p/s – jangan risau, aku masih waras. Aku takkan cuba perkara yang merosakkan aku seperti dadah etc. even rokok pun aku jauhkan. Cuma waktu bengang, biasala, macam-macam difikirkan!

p/s – hope things will get better now

p/s – I do need a break!


:::YTBACK!!!:::

Nicknames

0177
2 Mac 2008


Tadi, semasa makan.
Aku dan rakan-rakan rancak bersembang.
Berbicara, bercerita.
Mengumpat!


Best jugak bila ada masa begini. Setelah pagi tadi penat berkelah di Bekelah, malamnya hanya duk lepak bersenda gurau.
(eheh, sapa yang doakan hujan tu, tadi cuaca mengizinkan dan baik... terima kasih!)


Tibalah satu topik yang disembangkan.
Dibicarakan, diceritakan.
Diumpatkan!


Topik nicknames.

*****

Nicknames?

Yeah, wuteva you call it, - nama panggilan, nama samaran, nama glamour - it all exclude in the same group.


Tiba-tiba aku teringat beberapa nama pelik, yang telah diberikan kepada kawan-kawan, dan yang kelakarnya melekat sampai sekarang!


Kadang-kadang aku ni jahat gak. Aku suka bagi nama-nama kat kawan. Selalunya adalah cerita yang menyebabkan nama-nama itu diberikan.


Entah kenapa, agaknya aku punya bahasa tinggi sangat kowt, atau menarik perhatin orang, nama yang aku bagi tuh kadang2 melekat, sampailah sekarang!


Takut pon ada sebenarnya. Yelah, macam benda jahat yang kita buat berpanjangan je. Menambahkan dosa aku je!


So, marilah kita tengok beberapa orang yang telah dengan jahatnya aku memberikan nama samaran....

*****

Case studi 1 – Kucik.

Nama dia ni sebenarnya Azri. Dia kawan aku masa matriks dulu. Duk depan bilik aku.


Masa orientasi, semua tak nak lah diam sangat. Masa tu dah rasa diri besar, dan patut bersosial dengan orang.


Sejak hari pertama lagi, bilik aku dengan bilik si Azri ni sering berhubung. Kiranya minggu orientasi, kitorang sama-sama pergi la.


Sampai la satu ketika, masa tu nak pergi bersukan petangnya.


Azri, tiba-tiba berkata,

”eh, jap tunggu. Aku nak betulkan seluar aku nih. KUCIK dia terkeluar lah!”


Aku memandangnya pelik. Bahasa pe ni?

Aku tengok seluarnya.
Ternampak poketnya terkeluar dari seluar!
Lantas aku tergelak!

”woi! Tu KOCEK la.. bukan KUCIK! Kampung giler panggilan... orang sekarang panggil poket la! Hahaha!”

”lantak la aku nak panggil apa pon. Asalkan aku rasa best!”

Dan kami berlalu ke tempat riadah.

Malamnya, aku cerita dekat kawan-kawan sebilik aku insiden tadi. Diorang tergelak terbahak-bahak.

Disebabkan terlalu ramai nama Azri dalam matriks tu, yelah, nama common kan, bila kitorang nak refer je kepada si Azri ni, kitorang akan panggil Azri Kucik.

From time to time, tiba-tiba hilang nama Azri tuh, jadilah Kucik je.


Sampailah sekarang…

Dan baru-baru nih, ada orang nak add aku kat friendster. Aku tnya la sapa.


”ni Azri la. Kawan matriks ko!”

”Azri? Hahaha, aku kenal KUCIK je. Aku tak kenal Azri!”

”Hampeh ko Kamal!”


*****

Case studi 2 – Bibik (Ribut-Ribut)

Ni satu lagi budak yang aku jumpa kat matriks. Roomate si Kucik.
Nama sebenarnya pun aku ingat-ingat lupa. Hairul kowt. Hik!

Kisahnya, dia ni mamat skema. Prasan bagus! Dia ni kelam kabut. Nak orang ikut cakap dia je.

Masa minggu orientasi, dia dengan tak malunya g bilik ke bilik untuk buat roll call. Padahal orang tak lantik dia pown! Kitorang ala-ala bengang la dengan dia.

Sampai lah satu ketika, aku ke bilik dia.
Aku pun terperasan la ada satu rak yang dia bawak dari rumah.
Ala, rak plastik yang selalu kita guna letak bawang, sayur-sayur dekat dapur tu! Yang bertingkat tu!
Mamat ni lak bawak untuk letak barang-barang dia.


Aku dengan tak de insurans nya sound la

”apsal ko bawak rak ni? Tak cukup ke loker tuh? Rak macam ni, bibik-bibik je pakai”

Kawan aku yang terdengar terus gelak.

”bibik, sedap gak nama tuh ek. Panggil Hairul ni bibik la lepas ni”

“Oii.. sedap-sedap je!”

Lama gak lah benda ni berlalu. Sampai satu ketika, ada event senamrobik besar-besaran kat matriks tu. Si Bibik ni biasala, dengan tak malunya wat perangai, panggil setiap orang suh g padang awal-awal.

Kitorang bengang la. Aku pun,

”bibik, mengapa ribut-ribut neyh? Enggak usah di ribut-ribut. Masa ada lagi. Koknya ku panggil kamu Ribut-Ribut mahu!”

Dan bila aku cakap camtu je, macam biasa, ada je kawan aku yang approvekan nama tu…

“haha, bibik bernama Ribut-Ribut. Memang sesuai. Dia nih memang kelam kabut pown. Macam Ribut”

Dan... nama tu melekat sampai la sekarang...
Baru-baru nih, jumpa kawan satu aras. Tukar-tukar cerita pasal semua kawan searas.

”eh, Ribut kat mana sekarang eh?”

”Ribut? Eh, melekat lagi ke nama tu kat dia???”
(konon rasa bersalah la!)

ha’a la melekat. Aku pun lupa nama asal dia apa sebenarnya. Asik panggil Ribut je. Dia kat mana ha??”

”tah, aku tak tahu. Bersama taufan dan angin kowt!”

Eheh!

*****

Case studi 3 – Pingu

Ni satu lagi mamat yang aku jumpa kat matriks (agaknya memang masa matriks aku jahat kowt!)

Dia nih pe’el nya macam si Ribut gak, perasan bagus, berlagak, tapi tin kosong. Suh wat keje, bukannya reti pown! Pastu masa orientasi ada ke patut nak sangat lantik diri sendiri jadi ketua praktikum!

Kitorang ya kan je la. Sebab masing-masing malas nak jadi ketua.
Sampailah pengurusannnya mamat ni. Dia pandai cakap je. Buatnya tidak! Bengang je kitorang.

Sampailah satu ketika, dia kacau aku. Aku malas layan. Yelah, kang aku sakit hati lak kan.
Tiba-tiba dia sound

”oh, tak nak layan aku ek. Wat tatau. Muka ko nih, sama macam katun kat TV tu – PINGU”

”ek ellen mamat ni. Antara aku ngn ko, ko tu yang lebeh macam PINGU. Cuba tengok betul-betul sket!”


Actually dia memang sedikit pendek, dan gempal pown. So samalah macam PINGU kan.

Dan nama tu melekat rupanya. Aku ingat men2 cakap tak melekat. Alih-alih sampai sekarang.

Seriusly, aku lupa apa nama asal dia. Yang aku ingat hádala PINGU!
Jahatnya aku!


*****

Apapun, sebenarnya topik malam tu pasal satu nickname yang tersebar di UMP ni. Malas citer lebeh2. kang jadi kontrobersi lak. Sekarang nih ramai dok baca sini.

Aku Cuma nak kongsi je, ke’jahat’an aku bagi nama kat orang, yang melekat lak tu. Sampai semua orang ikut.

Kadang-kadang rasa bersalah pown ada! Ish!
Tu nama yang aku ingat, yang aku tak ingat??? Abes la!


p/s – eh, aku ada teeerrr bagi apa2 nick name kat korang tak??? Eheh!


:::YTBACK!!!:::

Kekejaman Molecular & cell Biology!!!

0176
29 February 2008


Pagi tadi.
Tepat 11 pagi.
Di blok W, dewan kuliah 27.

Test 1 Molecular & Cell Biology.
Paper terakhir untuk mengakhiri ‘zon sibuk’ ini, bak kata Diya.


Sebetulnya aku sudah penat.
Sudah 2 minggu emosi dan professional tercabar.

Test, assignment, kuiz, dan study.
Tak termasuk projek yang menimbun.
Aku masih bertahan, aku kira.


Cuma test tadi, aku dapat rasakan aku kurang persediaan.
Baca pun ala kadar je.

*Lagipun, bio beb! Apa susah?*


Mungkin aku dah sedikit bosan bila benda yang sama diulang-ulang.
Sedari sekolah, matriks, 1st year,
Dan semuanya dah lekat dalam kepala otak teorinya.
Cuma tak hafal sedikit benda je.


Aku membuka kertas soalan.
Aku baca soalan pertama.
Aku mengeluh pendek.

*duh, apa ni??*


Lantas aku tinggalkan.
Dan teruskan soalan yang lain.
Soalan 2.
Soalan 3.
Soalan 4.


Takdelah pandai sangat.
Cuma teori dah ada.
Masa menjawab, aku menggoreng.

*Nasi goreng ayam, nasi goreng ikan masin, mee goreng mamak*


Segala menu dah dicuba.
Menyelerakan atau tidak, bergantung kepada pemeriksa.


Hampir sejam menggoreng soalan 2, 3 dan 4.
Aku kembali ke soalan pertama.

1. Define this
a. Virus
b. Virion
c.Viriod
d. Prion
e. Capsid

duh!
Mengeluh panjang sikit dari tadi.
Virus, Virion dan Capsid adalah sedikit idea dalam otak aku.
Cuma tak tahu nak goreng camna je.

*susah gak bila jadi chef tapi tatau nak masak ni!*


Tapi lagi 2 tu aku tak tahu nak gebang apa!

Lantas aku...


*****

Sebelum itu, mari kita lihat apa maksud virus melalui wikipedia.

“A virus (from the Latin virus meaning toxin or poison) is a sub-microscopic infectious agent that is unable to grow or reproduce outside a host cell.

Each viral particle, or virion, consists of genetic material, DNA or RNA, within a protective protein coat called a capsid.

The capsid shape varies from simple helical and icosahedral (polyhedral or near-spherical) forms, to more complex structures with tails or an envelope. Viruses infect cellular life forms and are grouped into animal, plant and bacterial types, according to the type of host infected”


*****

Dalam otak aku hanya terbayang T4 virus je.
Ala, macam gambar tu!
Lantas aku dapat idea...


Aku tengok keliling.....
Kenyitkan mata...
Mencari...
Dengan penuh kusyuk mencari….
Haaa... tu dia!

Aku mendepakan tangan.
Perlahan… perlahan….
Zap!!!
Aku genggamkan tangan.
Dapat!


Kepada tanganku aku bertanya


”haa, virus, kalau ko nak lepas, baik ko bagitau viriod ngan prion tu hapa. Cepat! Kalo nak selamat!”

”nyit, nyit, nyit”
(sambil cuba lepaskan diri)

”cepat! Nak selamat ke tak???”

”nyit, nyit, nyit”
(masih cuba lepaskan diri)

Tiba-tiba aku ada idea...


“selamat aku dah ada idea dah… selamat ko”


Aku pun lepaskan virus itu pergi.
Lantas aku menggoreng...

Viriod – the ’body’ of the virus
Prion – the site on virus that will infect the host cell
by inserting their genetic materials.

Hehe, tak tahu betul tak.

Yang penting aku dah goreng!

Semua idea datang bila aku melakukan kekejaman terhadap virus di dalam test Molecular & Cell Biology tadi!

Ngeh3!



p/s – aku tak tahu ada virus ke tak dalam udara aku tadi, aku men agak je, sebab budak depan aku bersin tadi

p/s – sini hujan dah 2 hari berturut, brenti pun sekejap je. Peralihan cuaca? Global warming??? Adalah tu sebabnya...

p/s – harap planning berkelah di Bekelah esok menjadi! Dan harap tak hujan! Bekelah??? Memang nama tempat tu macam tu la. Orang Kuantan tau lah kowt kat mana!


:::YTBACK!!!:::

Test, Tensi, Waterfall Abseiling, IVAC'08 dan BTDI'08

0175
23 February 2008


Maaf lama tak update. Nampaknya beta hanya boleh mencemar duli mengupdate masa hujung minggu je!

Minggu yang baru berlalu ni! Sungguh banyak yang berlaku.

Tapi still, takde lah teruk sangat pown.

Except the fact that i almost ruined my first test for Biosepation Engineering & Process Control & Instrumentation!
Sebab aku malas studi masa hujung minggu lepas tu! Asik update blog je… korang punya pasallah! Hehe


*****

Tapi apapun, minggu di mana aku macam ditambak tu menyaksikan banyak benda yang berlaku. Dan aku amat menghargai masa senggang begini, untuk aku bersama dengan diri aku sendiri.

Cuba bayangkanlah, minggu yang baru nih, esoknya ada test PCI
Malam tu cadangnya nak la studi, tapi kena sit for Biosep.
Dan last minute dapat satu topic untuk Molecular & Cell Biology untuk presentation pada esoknya!
Bengang tak bengang la. Aku nak ngamuk je.


Tapi slamat smua bagi kerjasama yang baik.
Macam best je, bila dalam waktu tensen begitu, masih ada sifat kerjasama dan bantu membantu.
So, the feeling of bengang dissolved away la.

*****

Talking about something else, aku ada bagi nama aku untuk Waterfall Abseiling. Cadangnya hujung minggu ni nak pergi. Alih-alih semua program luar universiti takleh diadakan sampailah kerajaan kita menjadi kerajaan semula, that means after pilihanraya. Dengarnya sampai dekat 30 program kena tunda. The impact of general election.

So, aku pown tunggu je la program tu nak buat bila. Kalo ada rezeki, dan masa tu pown aku free, aku joinkan aja!

*****

Talking about program, program antarabangsa aku ke Qatar tu dah ditukar menjadi ke Istanbul secara rasminya dalam minggu ni jugak. i-QiVAC’08 menjadi IVAC’08. Bila tukar tempat, matlamat dan cara fakir pun kena ubah sama.

Dan yang penting sponsor sponsor sponsor! (ada orang leh tolong tak??)


*****

Dan satu lagi program lawatan indutri kelas aku yang aku handle, semua masih di peringkat awal. Baru come out with the name of program. Bio-Tour de Industry’08 (BTDI’08). Aku agak suka gak nama tuh. Walau kuar masa kitorang random2 je main nama. Tak tahu nama ni kekal tak, aku suh lagi diorang mencari.

But, i like that name!


*****

Hurm, tatau nak cakap pe lagi. Ni short update je.
Nanti rajin, aku update secara serius dan berhemah sket. Hehe!

Benarkan aku menghayati hujung minggu ini ya!


:::YTBACK!!!:::

Sepagi bersama Engineer & Society...

0174
18 February 2008


Awal pagi Isnin.
Pemula setiap minggu.
Kena gak bangun awal, g kuliah.

Diorang ni tak faham maksud Monday Blues ke?
Selamba badak je buat jadual melibatkan Isnin pagi!
Aish!

Subjeknya – engineer & society
Satu subjek yang melibatkan fakta.
Yang lecturernya boleh cakap je berdasarkan pengalaman.
Dan slide power point hanya sebagai pelengkap dan guideline.


Aku tak kisah pon.
Best jugak bila dengar pengalaman orang ni.
Cuma, bila ianya Isnin.
Dan mengetahui banyaknya masa terbuang masa weekend.
Dengan assignment tak siap-siap lagi.
Aku sedikit tension berada dalam kelas tu.

Baik aku tidur lagi baik!

Tapi hari ni berbeza.
Suasananya lain.
Banyak kali gak aku terpanah.
Mungkin apa yang diceritakan mengenai situasiku kini?
Erm...

”whistleblowing is the act by employee of informing the public of higher management of unethical or illegal behavior by an employer or supervisor. It can be done by internally, externally, anonymously, or by acknowledging the faulty is you fault.

Kadang-kadang, kita dapati, kilang kita, atau organisasi kita, buat sesuatu yang tidak beretika, kita ada kesedaran yang benda tu salah, dan kita rasa nak ceritakan dan membetulkan keadaan. Adakah kita perlu bertindak untuk membetulkan keadaan?

Dalam situasi macam ni, banyak jugak yang perlu diambil kira. Adakah kamu mampu untuk menegakkan kebenaran? Apakah efeknya kepada kamu? Atau adakah orang lain yang lebih layak untuk memberikan pandangan mengenai isu tersebut? Semuanya kena diambil kira.

Tapi kita kan, sebagai orang Islam, kenalah fikir baik buruk. Takkanlah kilang awak buang wastewater secara berleluasa ke sungai berhampiran, menyebabkan penduduk sekitar sakit, dapat pulak production tinggi, awak nak diam je. Panggil Karam Singh Walia untuk menyelesaikan keadaan!”

Perlu kah aku meniup wisel yang ada ni? Perlukah aku bertindak? Mampukah aku? Atau aku terus keluar?

Itu profesional ke menyerah kalah? Takkan baru sikit nak menyerah kalah beb... ini cabarannya kan.. ko pown tahu...

”Effective communication will determine the succesful of one organisation. Tanpa komunikasi yang efektif, semua susah menjadi kenyataan. Kadang-kadang ada orang yang cuba mengubah sesuatu keadaan, cuba try tukar pump production pown, orang atasan tak amik kisah.

Tapi bila orang lain berkata-kata, walau sama taraf dengan kita. Orang atasan dengar pula kata-katanya. Inilah dinamakan bakat untuk berkomunikasi secara efektif. Dalam meeting contohnya, anda tak patut diamkan diri.

Ingat tak Prof. XXX? dia tu dalam meeting outspoken, dulu dia tu debater sekolah. Dan dia bila meeting, pandangannya memang orang akan focus, sebab bernas. Walau antara rakan sejawatnya, dia yang paling muda. Itu adalah antara satu contoh effective communication jugak."

Adakah aku dah bertindak sewajarnya dalam mengubah keadaan ini? Kenapa masa meeting dulu aku diam, sedangkan selama ni aku outspoken? Tak selesa maybe.

Camna aku nak ceritakan masalah ini pada pihak atasan aku, tanpa ada judgement yang mengatakan ia adalah untuk kepentingan aku?

Sekarang ni, aku cakap-cakap belakang bersama seorang lagi rakan. Kenapa aku tak luahkan dalam meeting? Kenapa aku tiba-tiba rasa suara aku kecik sangat nih???


”saya nak tanya awak satu benda. Antara kedai Melayu dengan kedai Cina, mana yang awak pergi? Masing-masing ada masalah masing-masing kan. Kalau Melayu, maybe kualiti servisnya kurang. Cina pulak kuat menipu. Ada kawan saya kata, kalau tak menipu tu bukan Chinese la, sampai macam tu sekali!

Tapi kena amik iktibar jugak dekat bangsa Cina ni. Diorang ni bangsa yang tak putus asa!”

Adakah aku nak berputus asa sekarang? Better awal-awal kan, dari last minute. Supaya adalah masanya diorang nak cari strategi bila ketiadaan aku.

Adalah hati aku akan merasa senang bila aku berputus asa? Tak ke nanti, satu ketika, aku lihat kembali ke belakang, dan kata, bodohnya aku untuk lepaskan peluang tu dulu?

”awak kena set mind awak. Dalam U ni, awak buat program, semua masih boleh bagi komitmen. In term of teamwork, dalam U ni, bagus. Sebab masing-masing takde kepentingan lagi.

Tapi bila dah masuk alam pekerjaan, nak dapatkan satu team yang betul-betul kuat adalah sukar. Itulah cabarannya. Masing-masing bergerak untuk kepentingan masing-masing. Ada yang minat tumpukan pada keluarga, hobi, dan macam-macam lagi yang akan mengugat satu teamwork tu.

Ini boleh diatasi dengan melihat kembali objektif utama organisasi tersebut. Jika semua orang bekerja untuk memajukan syarikat, cabaran ini slow2 akan dissolve jugak.”

Sekarang ni, semua bergerak berasingan. Masing-masing bagaikan nak lepaskan diri masing-masing. Penat lah camni.

Aku rasa semua kena fikir balik, apa tujuan kita buat nih. Jangan lari dari matlamat asal. Ini satu amanah. Bila fikir baik, tak beretika bila kita letakkan kepentingan kita dalam ni. Dapat dosa pon ye kan...

”Honestly may be the best policy, but it often come at a price”

Ya, memang.
Aku ingin bersuara. Tapi ini melibatkan banyak benda untuk difikirkan. Jadi jujur sangat pun susah sekali sekala. Aish!

Only random thoughts that i came across during that lecture.
Seriously, in a mode of making wise decision.
Tengah menimbang mana baik, mana buruk.
Dan proses penilaian ini memenatkan!

Sampai petang itu, aku demam ngada-ngada dan ponteng satu kuliah! Aish!

Doakan supaya beta mempunyai akal yang baik untuk buat keputusan yang terbaik ye!


:::YTBACK!!!:::

Ini Bukan Entri Untuk Mengampu Ye!

0173
17 February 2008

Fahami tajuk entry ini...
Selami betul-betul maknanya...
Lekatkan di benak fikiran....
Ingatkan di minda...

Ini bukan entri untuk mengampu ye!
Ingat tu!
Bukan untuk mengampu!
Serius la... bukan!
Tak men la ampu-ampu neyh!


Habis tu, kalau bukan entri ampu, ni entri apa?
Gigih tu menguodate blog dengan giat delam sela masa yang singkat!


Sebelum beta memulakan, ehem ehem!

”Dengan ini, beta mengisytiharkan diri beta sebagai organiser terulung untuk satu sambutan gilang gemilang yang diadakan hari ini!
Dengan muka tak malunya, beta mengurniakan kuasa veto, ke atas diri beta sendiri!
Habislah, diktator!”


Yelah, kena consider gak.
Siapa lagi yang layak menjadi organiser?


Nak harapkan Teddybearhijo?
Blog dia dah bersawang bagai dah!

Nak harapkan Irina?
Dia hanya mampu untuk melawat blog ini tanpa memberi komen!

(ingat aku tak tau!?)

Nak harapkan Azwan?
Dia sibuk dengan aktiviti kompangnya!

(hahaha, men tibai je! Macam la aku tahu!)


So... konklusinya di sini, hanya beta yang layak dan berkelayakan untuk menjadi organiser sambutan-tari-menari-gilang-gemilang-
negara-kita-yang-tak-berkerajaan-ini!

(ops! Politik! Takleh cakap lebeh2!)


Erk? Majlis tari menari ke?
Boleh kah orang ini menari? Atau dia hanya sekadar ’kayu’ macam Mawi?


Boleh, boleh.
Dulu dia suka menari-nari sambil head banging lagu M2M!
Sambil mulutnya dipenuhi biskut Meri, dia terus menari.

(wah rhythm lak!)


Apakah sambutannya???

Sambutannya adalah...
Music please!

(ambil mood....
ingat tempo rock macam lagu Faizal Tahir...
rock la tuh!

jangan tanggal baju sudah!)

Selamat hari jadi!!!
Yeyeah!!!

(Bandi Amuk interframe!)
Selamat hari jadi!!!
Ah!!! Ah!!!

(Amelina pula!)
Selamat hari jadi Hilman!!!
Selamat hari jadiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii !!!

(Ning Baizura dan Nikki lawan suara soprano!)


(Tiba-tiba Mahathir Lokman mengambil mic di atas pentas… alunan orkestra mengiringi segmen tribute ini…)

Hallo! Guten Tag!
Mohamad Hilman bin Nordin...
Dilahirkan pada 17 Februari 1986...
Merupakan anak pertama dari **** orang adik beradik...

(Tiba-tiba mic dirampas pula oleh Afdlin Shauki yang membuat rap!)

Yo yo!
Dia ni suka studi!
Suka makan biskut meri!
Penah jatuh cinta berapi!
Angau menonggeng macam nak mati!
Ya ak aw!

Tapi sekarang di dah lain!
Jadi MPP terlampau bukan main!
Keje belambak, sibuk mengalahkan Imran Ajmain!
Sampai update blog pun dia tak hingin!


(dengan sopan pula, Dato’ Siti Nurhaliza mengambil mic tersebut dari Afdlin Shauki dan menyanyikan lagu Bukan Blogger Biasa!)


Dirinya bukan blogger biasa...
Entrinya menyennntuhhh jiwa...
Tak ingin berpaling
Tak ingin berganti
Jiwaku sering berkata...

Andai mampu ku baca semua...
Ku pasti tiada yang curiga...
Entri kan hadir tiada terduga...
Hanya yakin menunggu....
Dia update......~~~


(sengal pulak Dato’ Siti nyanyi lagu neyh! Dato’ Siti terpaksa turun pentas, kerana Datuk Seri K memanggilnya memakan strawberi coklat!)


Organiser pening... dah takde artis nak naikkan atas pentas...
Lantas!

”mempersembahkan, cik Teddybearhijo untuk mendemostrasikan bear-walk sambil diiringi alunan kompang saudara Azwan dan tarian makyung cik Irina!”

...
...
...
...
...

”erk, apsal diorang tak naik atas pentas???”

Oho, sebab diorang tak join lagi celebration ini...

Jadi untuk acara seterusnya, pastikan diorang update blog dan join celebration ini, baru semuanya akan menjadi!


For now, let the celebration begins!!!
(bayangkan bunga api kuar dari ini blog tau!)


UPDATED 3 MAC 2008 - Setelah Februari berlalu, dan Mac menjelang tiba, baru ini beruang mahu buat celebration! Dengan entrinya Bila Teddybearhijo wat Bear Dance-Walk-Show~, minah ini memang bercadang ingin mengalahkan beta! siap letak gambar diedit lagi tuh! ish! btw, puas hati Man, 2 orang je???

UPDATED 7 MAC 2008 - kenapa la diorang nih suke je join2 last minute??? pastu men longgokkan celebration lak tuh! ish2... inilah miss Irina dengan entrinya Double Celebration....



p/s – organiser tengah sengal otak... tu yang jadi entri macam neyh... organiser juga tengah pening, mana nak cekau duit... banyak tu artis yang dipanggil untuk celebration ini! Duit bunga api lagi! Nak glamor punya pasal!

p/s – hari lahir ini juga disambut oleh former schoolmate, Aminul

p/s – for Hilman & Aminul – may this birthday be the beginning of high achievements in your life!

p/s – erk.. entri ini bukan untuk mengampu ye… harap entri ini tidak mempengaruhi keputusan pertandingan Chef of February! Hehehe!


:::YTBACK!!!:::

Aku yang dulu...

0172

16 February 2008


Tiba-tiba aku merasakan, aku ingin menjadi diri aku yang sebelum ini. Kamal yang sebelum ini. Kamal yang terdahulu.

Lantaran pelbagai perubahan berlaku dalam hidupku kini. Cara pemikiran, pergaulan, hidup, profesionalisme.... emosional.


Dulu, aku rasakan dunia aku agak mudah.
Aku hanya bersama diri aku.
Mana hala tujuku, aku yang tentukan.
Tak siapa yang akan mempengaruhi, tak siapa yang peduli.

Bila satu ketika, kebosanan melanda.
Kesepian mencengkam.
Aku terasa terasing...


Lantas, aku putuskan, aku perlu meluaskan ’dunia’ aku.
Aku perlu luaskan pergaulan aku.
Aku perlu mencari kenalan baru.
Aku perlu buka sedikit ruang untuk ’orang-orang’ masuk ke dalam hidup aku.


Dan, semuanya berjalan lancar.
Tiada lagi Kamal yang keseorangan.
Tiada lagi Kamal yang bersendirian.


It went well until some point, i guess.


Aku menjadi sedikit ceria.
Teruja.
Menghadapi satu perubahan.

Satu evolusi.
Dunia baru yang aku tak pernah rasai.

Pergaulan makin luas.
Jika ke kafe pon, ada saja yang menegur.
Ada saja yang mengenali.


Tapi, ada juga ’cons’ nya dalam dunia begini.
Aku kehilangan sesuatu yang dulunya aku amat hargai...

Cara aku menguruskan depresi...


Jika dulu, tertekan saja, atau depresi, aku membenarkan diri aku dihanyutkan ke alam khayalan.
Mendengar lagu, memejamkan mata, pergi ke dunia lain dan menghayatinya.

Bertahan juga selama hampir sejam.
Dan bila aku bukakan mata, aku sedikit lega.
Depresi ku hilang.
Ia bagaikan satu terapi.


Tapi kini, aku sudah kehilangan daya itu.
Aku sudah tidak boleh berkhayal di dalam lagu.
Aku sudah kehilangan ’dunia’ itu.
Aku sudah hilang cara aku menghilangkan depresiku.


Di manakah aku yang dulu?
Tiba-tiba aku merinduinya...


:::YTBACK!!!:::