Contacts

0403
28 June 2009

There was a problem with my late w850i, who has been by my side for nearly three years
And because of that, I’ve lost most of my contacts, and cannot be recovered

I know, some of you still have my number
N some of you, personally get it from me

Semua hilang
Takde tersisa
Aku pulak, hanya ingat beberapa nombor kawan baik aku
Dan sedikit daripadanya ada di dalam bentuk hard copy
But most of them are gone… =(

Jadi,
Jika anda masih ingin meneruskan kelansungan kita berhubungan,
aku harap sangat korang dapat sms balik no korang ke nombor aku yang korang ada,
dan state kan nama korang,
n maybe some details, like birthday etc.

Aku amat berharap…

Tapi,
Jangan pulak gatal2 pura2 konon2 antar sms nak kenal bagai
Konon2 nak ngorat aku
Takkan ku layan!!!
Bosan deh, asik orang ngorat aku sana sini! =p

Jadilah orang yang baik dan efisyen
Hantarkan sms sahaja, dengan nama
Kan murah je tuh
(jangan gatal mintak claim lak!)

Tak yah la nak buang2 sms kenekan aku dengan menyamar jadi orang len!

Contact aku balik ya!


p/s – got new c902! =p




:::YTBACK!!!:::

Bukan curi, tumpang...

0402
22 June 2009

Hidup praktikal ni kan, boleh menjadi amat membosankan

Dengan makan kene bajek
Dengan rumah yang serba serbi kekurangan
Dengan ketiadaan aktiviti rutin dan wajib
Memang ia boleh menjadi sesuatu yang membosankan!

Yalah, mana boleh lawan rumah yang sejak dari kecil diduduki kan
Semua lengkap di sana
Mesin basuh
Peti ais
TV

Dan, internet...

Macam kat sini, aku kembali ke zaman2 asrama, membasuh baju dengan tangan

Dan aku kini tidak minum ais
Kalo minum pon, dekat kedai2 makan je la...

TV?
Sejak dah kenal dunia internet mana nak tengok TV
Kalo nak tengok cerita, moh donlod...
Kene pandai cari r...

Dah 4 tahun duk UMP, asyik berinternet je keje
Aku dah jadi ketagih
Sehari tak jumpa tenet, rasa len macam

Gatal je tangan amik hanset, men GPRS, konon2 check emel
Sedangkan lagi mahal...

Macam duk umah sewa ni, tak masuk tenet lagi...
Sangapnya, jangan cakap la...

Sekali,

OIIIIIIIII!!!!
ORANG SEBELAH TENGAH BUKAK
WIRELESS INTERNET DIA WOIIII!!!!!
CEPAT!!!!!!!!!!!


Maka, bermulalah aktiviti ’penumpangan’ internet rumah orang!

Ingat!
Bukan curi... tumpang!

Muahahaha!!!!



p.s edit secara minimalis... kang tengah leka update, putus pula...



:::YTBACK!!!:::

Adjusting...

0401
21 June 2009

Its been a week since the last update in the YT
(the last entry was autopublish, so…)
And I have started my internship in Bangi

Actually, I was a bit nervous about that
The thing that you have waited for months, now finally arrive
It’s the matter of excelling it, or just be disaster

My first week?
What I can say is, I’m adjusting
A bit disappointed maybe, when comparing my experiences with all my friends who started their internship also

But, I think, it is too early to compare right???
This might turns out good

The first week saw me spending most of my time in the library
Reading articles, finding journals and patents, and understand them

It just like having a PSM all over again, when I’m entering this research-based company
Makes me think, am I done enough with researching?

Dunno, I’ll let these 5 months to decide
And don’t blame me if I’m having a PMS now and then
I’m researching here...

Living in the rent house is quite different I guess
Cos everything you want, you need to find it yourself
Bukanlah tak reti mencari, tapi again, I’m adjusting

Yela, kat U dulu, nak makan pon, kafe depan rumah
Sekarang ni, nak makan, kene tunggu, kelaparan sekian lama, baru pergi mencari
Adeh!

Hurm, nak tulis pe lagi ek?


Last entry tuh, means nothing now
But it meant something at that time

Biasala
Roda
Naik atas, turun bawah
Ada gembira, ada tak berapa
So I guess, let the last entry be something to add the color to YT

Seriously, tak tahu nak tulih pe lagi
Otak aku jam kowt.


Oh, currently I’m at home
Balik weekend
Amik keperluan yang tertinggal
Can you believe that I forgot to bring my towel and blanket???

Selimut takde hal, rumah tuh pun panas gak
So, tidur no hal
But towel???

Luckily (lucky ke?) aku ada bawak satu towel lama
Yang telah dikerat 3 ¼
Yang telah digunakan untuk mengelap cat waktu aku cat rumah baru2 ni
Jadi la, untuk semalam

Esoknya aku pergi mencari dan membeli yang baru

Deh, kata takde idea, taip jugak kan...

6 days, to go
Cant wait!!!
Eagerly looking towards that!!!

Dah2, pegi sambung buat keje
Jangan baca blog je!!!



:::YTBACK!!!:::

The 400th

0400
11 June 2009


This is the 400th entry in YT
Dah banyak yang berlaku
Dah banyak yang terjadi


YT has come a long way since 2006
Dan aku juga, aku telah menjadi aku yang lain

Tapi, kadangkala - sedang aku berfikir betapa lainnya aku ketika ini - benda yang sama kerap berlaku, berulang2 melewati diri aku

Hingga aku tertanya:
Benar ke aku kini aku yang lain?

Asas yang sama...
Diri yang sama...
Rahsia yang sama...


Mungkin yang berbeza hanya paket di luaran
Atau sedikit tambahan mentaliti di dalam
Juga sedikit rasional
Dan pengurangan emosional
Aku pun tak tahu

Yang jelas nyata:
Aku dah penat
Hati dah kering

Takde rasa

Dah jadi hati batu


Apa yang terjadi, masih lagi terjadi

Aku ni terlampau baik sangat
Fikir yang terbaik dan hanya yang baik baik sahaja dari orang sekeliling

Until at last, again and again
I’ve been blinded by it

Sedangkan buktinya jelas nyata
Nyata aku yang buta
Tak nampak segala yang tersurat
Bagi mencari maksud tersirat

Kelakar kan, aku malas mengupdate bila internet connection ada-laju di rumah?
Dan kelakar juga, bila dah saat-saat terdesak begini, di kala aku ingin pergi ke tempat tiada capaian internet, entri laju ku coretkan

Aku perlukan rehat
Bukan fizikal, aku dah bosan dengan rehat itu
Aku perlu rehatkan minda aku
Perlu, amat perlu

Hingga nanti, bila kedamaian ku temu, akan ku kembali ke sini
Berkongsi
Bercerita

Mungkin juga sedikit berahsia


Buat masa ini
Biar segala kisah di dunia maya ini
Aku kekal sebagai pemerhati...

Terima kasih membaca YT hingga saat ini
Aku akan kembali, bila yang ku cari, ku temui...

Entri ke 400...
Inikah permulaan, atau pengakhiran???




p.s - this is an auto publish entry... by the time you read this, i am long gone...


:::YTBACK!!!:::

Another filler entry...

0399
14 June 2009



Gadoh Trailer

Another filler entry

Why am I doing this???

Everything happens for a reason…


:::YTBACK!!!:::

GADOH - Kebenaran yang menyedihkan...

0398
13 June 2009


Apa ada pada perbezaan???
Kau pon tahu:
kau, aku, dia, mereka – berbeza
Kita tak sama
Kita berbeza

Namun, mengapa perbezaan yang kerap kita perhatikan???
Kerana ia nampak?
Kerana ia jelas kelihatan?

Atau kerana kita yang ingin melihat perbezaan itu???

Dalam hidup aku yang singkat ini, aku banyak melihat perbezaan
Juga, aku banyak mentertawakan perbezaan
Aku juga banyak mengkelas2kan perbezaan

Bila kau berbeza begini, kau cool
Bila kau berbeza begini, kau geek
Stuff like that.

Tapi, betulkah tanggapan kita atas perbezaan tersebut?

Betulkah apa yang kita nampak mengenai sesuatu itu?


Bagus sangatkah kita untuk mengkelas2kan manusia?


Aku kerap kali mentertawakan budak geek
Bagi aku, mereka tak cool
Until, pada waktu yang lain, aku pulak dikelaskan sebagai geek
Dan baru aku tahu bagaimana ditertawakan

Begitulah kita, sistem perbezaan dan pengelasan telah lama tertanam dalam minda kita
Dan bila kita melihat sesuatu yang berbeza, kita mula rasa tidak selesa
Jalan yang mudah untuk diambil, ialah dengan mentertawakan perbezaan tersebut
Menyisihkan mereka

Mengapa tidak kita mendekati dan mengetahui kisah mereka???

***************

Eheh!
Ayat aku macam di awal2 penubuhan YT lak
Bila saat2 begini, macam best untuk mengulang kembali cara penulisan aku di sini
Saat2 begini...

Apa yang buat aku tiba2 cakap ayat2 di atas???

Semalam, aku telah menyaksikan public screening cerita Gadoh
Tak pernah dengar?
Now you hear-lah!

Cerita ini kinda cerita underground (ye ke?) yang dihasilkan oleh orang2 yang ingin membawakan isu2 untuk dipaparkan ke masyarakat.

Cerita ini tak boleh dilihat di mana2 panggung wayang, hanya makhluk2 terpilih macam aku je yang boleh lihat.
Eheh!












Ghost Season 2

Tak la, sebenarnya cerita dia macam ni.
Korang tau tak cerita Ghost kat 8tv tuh
Sejak dari season pertama, aku amat minat cerita tuh!

Dan aku amat minat watak Cheryl Samad!
Kinda wise girl that I like! =p

















Cheryl Samad as Eza

Moving on, cerita tuh dah masuk ke season 2
Dan, dalam season ni, pelbagai watak ditambahkan
Salah satunya adalah Ridzuan














Zahiril Adzim as Ridzuan

First time tengok mamat ni, aku tanya gak siapa?
Mula2 aku ingatkan dia ni adalah Iqram Dinzly

Muka dekat sama je (sekarang aku tak rasa diowang sama)
But i was wrong...




















Zahiril Adzim

Turns out that, that mamat is Zahiril Adzim
Dan aku tahu, sekarang ni dia makin popular with Merah Putih and what I heard 100 harijadi kat astro??? (aku tatau, aku takde astro)

So, aku mulalah menguggle mamat ni
Dan jumpa la blog dia
Dan jumpa la facebook dia
Dan aku perasan, nonoi pon peminat setia ni!
Haha

Dari situ, aku mula keep in touch (konon) dengan aktiviti mamat ni
Sampai la, aku ternampak satu public screening yang free, yang boleh dilihat
Free, sapa tak nak???

Thus, aku tempah tiket aku melalui emel
Just like that!
























Gadoh Free Screening

But, untuk 1st screening, aku tak dapat pegi
Sebab dah penuh
The organiser kindly kept my emel add

And when the second screening was commencing, they emailed me asking whether I want the tickets or not
Aku pon apa lagi, terus tempah 4!

Semalam aku pon pergi ke sana, melihat sendiri filem tersebut
Dan, ia banyak membuat aku berfikir
Maklumlah, cuti2 ni, aku amaaaat kurang berfikir
Thus, semalam was a great experience

Cerita dia, aku pon tahu nak explain macam mana
But it was good
The plot, i think simple je

But the ‘pemikiran’ that the story bawakkan, amat besar
Dan jelas nyata
Sehingga yang menonton dapat rasakan apa yang ingin disampaikan

Ia sebenarnya realiti
Realiti begini, boleh dilihat di mana2
But not in wayang biasa
Sebab isu dia amat sensitif

Kisah perkauman.

Bagi aku, untuk membicarakan topic ini, aku tak mampu
Bak kata penulisnya semalam, kalau diekstremkan lagi, mungkin dia di bawah ISA
But, this is the kind of reality that we should watch and realize
















Gadoh

Aku tak la bijak sangat nak katakan macam mana cerita dia
Aku takut terkontroversi mana2
So, di sini, aku hanya mampu promotekan korang supaya tempah tiket sendiri, dan pergi menonton
Dengarnya akan ada public screening yang lain lagi

Pergi menonton, tolong buka minda anda
Jangan fikirkan kepentingan
Tapi fikirkan realiti
Dan bagaimana cara mengatasi

Bagus juga semalam, pemikiran aku berputar
And the production was kind enough to make a discussion afterwards
Banyak pandangan dari rakyat jelata yang kami dengar semalam

Aku pon ada pandangan
Tapi tak pandai lak menyusun dengan kata2
Hence, ayat2 kat atas tuh
Huhu

Btw, sempat gak snap gambar ZA nak bagi Nonoi jeles
Sekali tak jelas lak, sebab tangkap dari jauh
Nak tangkap dekat2, malu!
So, tak de gambar lah ye Nonoi...

Aku tak tahu nak akhirkan entri ni macam mana
Tengok, macam ni lah kalau aku dah berfikir
Tak boleh berhenti
Meraban je

Ok2 bersurai!
























Aku soh korang bersurai, tuh hapa lagi duk sini tuh???
Bersurai!!! Nak gadoh kaa???





p.s – the title for this post, aku cilok dari status facebook Mar yang amat terkesan dengan movie semalam. Siap kami pon ber-GADOH dalam kereta menegakkan pandangan memasing!!!

p.s – kita tak bodoh kan. Kita mampu berfikir sendiri.

p.s - the last pic is from ZA personal facebook.



:::YTBACK!!!:::

Oldskool

0397
12 June 2009

Sibuk merayau di youtube
Bukak klip sana
Bukak klip sini

Tiba2 terasa nak bukak klip lama2 Siti Nurhaliza
Dan kembali melayan lagu2 lama yang jarang dengar sekarang ni
Ni masa tahun 1998, 1999 kowt
Dah sedekad dah?
Bila layan balik, best gak!

Just want to share
Maybe ada yang tak tahu pon lagu2 ni ada
These are among my favourite



Siti Nurhaliza - Tak Rela Berpisah Dari Mu (1998, Adiwarna)



Siti Nurhaliza - Sendiri (1998, Adiwarna)



Siti Nurhaliza - Demi Kasih Sayang (1998, Adiwarna)



p/s - best gak gelakkan siti masa dia zaman muda2 ni... but still, lagu2 lama best didengar...
p/s – entri ini, entri filler


:::YTBACK!!!:::