Hidupkan kembali?

0433
27 February 2010

Setelah hampir 2 bulan tiada langsung entri di YT ni, aku kembali berbunyi.

Takde apa2 point pon untuk entri ini, cuma aku rasakan, aku ingin kembali ‘menghidupkan’ dunia YT ini.

Kadang2, bila ada benda yang berlaku dalam hidup aku, otak aku merangka2 entri untuk diluah dan ditulis di YT
Segala rasa, apa yang difikirkan, semuanya aku ingin kongsikan

Tapi, semuanya terbatas
Dari kekangan masa, sumber, dan juga daya untuk aku menulis, semuanya menghalang aku untuk menulis di sini.

Tambahan pula, aku makin kurang gemar ’segelintir manusia’ mengetahui kisah hidup aku. Tapi, rasa ingin menulis kembali.

Apa yang buat aku ’kuat’ untuk menulis entri ini, adalah apabila aku membelek sendiri YT dari zaman dulu2 sehingga kali terakhir aku menulis di situ.

Dapat aku rasakan dunia itu agak best, dan aku ingin kembali hidup di dalamnya...

Mungkin ada yang tidak membaca blog ini, tapi aku tetap ingin menghidupkan kembali YT.

Jom hidupkan kembali?



:::YTBACK!!!:::

Still here...

0432
30 Disember 2009


Its nearly the end of the year, I know, in my mind that I SHOULD write something in YT…
Dunno where to start, but I do hope this is the initiator…

Bukan tak mahu menulis, tapi masa tiada…

Dulu, aku ciptakan YT kerana merasakan dunia nyata tak mampu untuk menterjemahkan apa yang aku rasa…
YT went quite well, with certain of people that I met in this virtual world, which actually colored my days

Tapi, kini, aku dapat rasakan semua itu sudah berubah

Aku mengalami perubahan, YT alami perbuhan, yada yada!

Benda berulang2 aku ceritakan, bukankah ini pernah dituliskan di entri2 dulu?


Sekarang ini, aku rasa dunia nyata sudah cukup untuk aku harungi
Berkali2 mau ditutup YT, tapi tak berdaya

Di sini banyak yang telah tercipta, pahit manis, semuanya ada
Thus, aku tangguhkan menutup YT
Itulah sebabnya lama YT tiada update


Yang jelas nyata, aku bukan lagi aku yang dulu
Asasnya sama, tapi jalannya kini berbeza

Aduh, merepek apa ni?

Dahla2

Akan ku cari sedikit idea, dan pasni aku harap dapat menulis dan berkongsi

Kalau tak banyak, sikit pon jadi la kan!


:::YTBACK!!!:::

Kongsi Melalui Lagu...

0431
28 November 2009

Pernah ku katakan dulu, aku menganggap lagu adalah satu medium perantara untuk menyampaikan maksud dan perasaan…

Kadangkala, bila ada satu rasa muncul dalam diri, minda aku serta merta menyanyikan sesebuah lagu, yang kena dengan situasi yang dialami…

Seperti kini, aku ingin berkongsi berita
Tapi aku ingin berkongsi melalui lagu di bawah
Jika sampai maksudnya, sampailah
Aku hanya ingin berkongsi…

Apa pun, enjoy!!!



:::YTBACK!!!:::

Setelah Sekian Lama...

0430
27 November 2009

Melipatkan kaki, bersila.
Menggeliatkan badan, sakit di belakang masih terasa.
Membuka application word, meneliti.
Meneliti dan memerhati
Ke mana pula idea dibawa lari???

Hello kepada semua yang masih membaca YT
Maaf membuat anda ternanti2
Banyak perkara yang menghujani
Kegembiraan tanpa batasan yang dihadapi
Bila akhirnya terpaksa aku tinggalkan, termanggu seorang aku di sini

Dan aku kembali lagi ke sini
Di ruangan yang pernah dulu menemani

Aku tak lah pulak merancang nak memulakan entri ini dengan ayat2 di atas
Cuma yang aku tau, hari ini, aku perlu mencoretkan sesuatu
Sudah terlalu lama YT aku abaikan

Hilangnya aku, bukannya ke mana2
Aku baik2 sahaja
Malahan, aku teramat baik!
Aku teramat gembira!
Aku teramat bahagia!

Rutin waktu berat kadangkala
Jadual penuh sehingga pagi buta
Tapi hati ku gembira
Eh... kenapa aku menulis sebegini rupa???

Dah2 kamal, ini entri!
Bukannya sajak atau puisi!
See!
There you go again, see!!!

Stop2… haha

Seperti yang aku katakan, aku amat gembira dan berbahagia
Amat sibuk juga
Macam2 perkara

Ia menyebabkan aku kurang mempunyai masa untuk ke laman maya
Juga menziarahi kome kome semua
Apatah lagi nak memberitahu aku punya cerita

Kadang2 ada jugalah masa nak berinternet
Tapi terbatas di facebook sahaja
Sebab kalo blog, ia memerlukan aku lebih berfikir tentang isi cerita
Sedangkan aku berinternet selalunya, nak menghilangkan serabut kepala

Seperti yang anda sedia maklum, aku mengikuti kursus GEMS
Dengan kemewahan dilambakkan, makan minum, tempat tinggal dijaga
Elaun juga
Aku terpaksa membalas balik dengan mengorbankan masa untuk diri aku sendiri

Tiap hari, ada aktiviti
Tiap waktu, ada perkara yang perlu dibereskan
Tapi aku amat gembira
Amat berbahagia
Sebab bersama kawan2 yang persahabatannya baru bermula

Pernah terdetik di hati aku, tiba saat nanti, kalau ini berakhir, aku pasti bersedih
Sedih ingin meninggalkan memori dan kenangan

Dan kini, aku merasainya...

Aku stop dulu di sini... nanti aku sambung lagi k...
Tone hari ni mcm tak best je...
Haha

Take care semua
Dan trimas sbb masih membaca....


:::YTBACK!!!:::

Hi!

0429
18 November 2009


Hari ni terpanggil pulak nak mengupdate…
Sebulan aku hilang…

Rindukan aku ke???


To be continued….


:::YTBACK!!!:::

Move On...

0428
18 Oktober 2009


Hello there.

Lama tak berbunyi di sini. Berhabuk bersawang la tempat ni gamaknya.

Selalunya, aku tak update, sebab takde mood. But not this time. Aku agak busy...

Kamal busy?
Yes I am!
In fact, for the past week, aku agak busy dengan perkara yang baru aku mulakan minggu lepas. And it took me approximately a week to adapt with the changes and situation.

Guess, I have adapted, hence this entry is written.

Sejak berkonvokesyen, masing2 aku rasa mula memikirkan tentang diri masing2.
Apa nak jadi, ke mana lepas ni, apa hala tuju yang ingin dicapai.


Itu termasuklah aku.

Macam2 aku fikirkan, dan macam biasa, bila terlampau banyak fikir, aku agak kepeningan.
Semuanya kerana aku terlampau letakkan perkataan ’kalau’ di depan perkara2 yang aku fikirkan. Hasilnya, semua yang aku fikirkan hanya berlandaskan ’kalau’ ianya berlaku, bukannya atas sebab ’betul2 berlaku'.

Dah pening, hentikan pemikiran. Kembali di dunia nyata.
















Sekarang ini, ingin memasuki alam pekerjaan. Tapi disebabkan ekonomi yang agak kucar kacir, aku sukar memasukinya.

Dah apply banyak tempat, di jobstreet saja dan ada 7 tawaran kerja yang ’under consideration’. Itu tak termasuk lagi resume2 yang aku hantarkan melalui ’rakan2’ yang sudi membantu memforwardkan resume aku ke HR2 kompeni.

Tapi, buat masa ini, masih tiada jawapan. Dan aku masih berharap.

Jadi, apa perlu aku lakukan?
Duduk sahaja di rumah, menanti?


Aku dah penat menanti.

Bila berfikir ni, ia kembali kepada diri sendiri.
Bagaimana diri aku, apa kelebihan dan kekurangan aku.


Aku sedar faktanya yang kursus aku boleh masuk pelbagai cabang.
Research boleh, manufacture boleh, consultation, project-based, sales, and so on. Takpun, sambung master.
Dan ini lah masanya aku untuk evaluate diri, mana kekuatan dan kelemahan aku.

Aku tak mahu, bila aku dapat kerja, aku tak dapat melakukan yang sepatutnya.

Orang2 di sekeliling cakap, ’sebat je mana keje yang datang, cari pengalaman’. Ada juga sibuk berkata, ’sambung master, sebelum terlambat’. Dan macam2 lagi lah.

Being the Y generation, memang aku agak mengambil kira pandangan mereka. Tapi bila fikirkan balik, ia kembali kepada diri aku sendiri.

Aku yang bakal merasa.

Thus, hasilnya, aku merasakan aku kurang pendedahan ke alam pekerjaan. Ada memang ada, but kurang.

Dan pengalaman praktikal aku, sedikit cuma. Semua kerana aku memasuki research-based company. Thus, pengalaman yang aku ada, ada loopholes dan kurang. Bagi aku, ianya sama seperti pengalaman aku membuat PSM.








Sedar akan itu, aku mengambil keputusan untuk menyertai Graduate Employabolity Management Scheme (GEMS)

Basically, this program is a 2 and half month study, and 6 months practical with GLC and selected company.

Ada yang berkata, kenapa tak kerja terus, kenapa nak bazirkan masa 9 bulan baru nak bekerja.

Kerana, aku memerlukannya!

At least, with this program, aku dapat belajar balik semua yang kurang. Dan harapnya aku dapat menjadi lebih baik.

Program ni best sebenarnya. Duduk di resort, makan minum ditanggung. Plus, siap masukkan elaun RM750 tiap bulan untuk kelas, dan RM1000 untuk praktikal lagi. Sapa tak nak?

Tambahan pula, takde attachment. Meaning, kalau tengah2 program, ko ada tawaran kerja yang ko rasa nak pergi, ko boleh tinggalkan program ini with 5 days notice.

Dan yang agak bestnya, tiba2 ramai pulak rakan seuniversiti ada di situ. Ia menjadikan program ini macam satu percutian sambil belajar bagi kami.

Seminggu aku dah di sana, aku dapat rasakan manfaatnya program ini. Dan betapa seronoknya suasana di sana.

Mulanya, aku sangkakan aku akan menyertainya sekejap sahaja. Sementara menunggu peluang kerja dari kompeni. Tapi sekarang, aku mula mengambil keputusan untuk stay.

Aku rasa selesa di situ. Biar lah aku cuba memperbaiki diri di situ.

Namun, yang agak terkilannya, bila aku menulis mengenai penglibatan aku di GEMS di status aku di fb, reaksi yang aku terima, aduh! Menusuk!

Aku tuliskan, GEMS @ Casa Rachado, PD”

Ramai yang tahu pasal GEMS menulis kembali, program tuh best and so on. Ok la tuh

Ada pulak yang bertanya, GEMS tuh apa’

Tiba2, ada pulak yang menjawab begini, ‘GERMS tuh kuman. GEMS aku tatau, tapi itu program untuk yang tanam2 anggur la tuh!’

Aduh, menusuknya!

Mentang2 rezeki dia murah, cara ayat itu bagaikan bongkak tentang kerja yang dia ada sekarang.

Takpelah, malas bincang pasal hal ni.

Mungkin, bagi dia, kami yang tak bekerja ni hanyalah kuman kowt. But, at least aku cuba memajukan diri dengan menyertainya.

Kadang2, aku tak tahu kenapa orang2 yang berada di atas, suka mentertawakan yang di bawah.

Biarlah mereka!



:::YTBACK!!!:::

Heart Like a Wheel

0427
11 Oktober 2009

Some say the heart is just like a wheel
When you bend it you can't mend it
And my love for you is like a sinking ship
My heart is on that ship out in mid-ocean

They say that death is a tragedy
It comes once and then it's over
But my one only wish is for that deep dark abyss
For what's the use of living with no true lover

And it's only love and it's only love
That can break a human being and turn him inside out
That can break a human being and turn him inside out

When harm is done no love can be won
I know it happens frequently
What I can't understand please
God hold my hand
Is why it should have happened to me


:::YTBACK!!!:::