Keputusan...

0443
200410

Kadang kadang, tertekan pun ada, bila diberi tanggungjawab yang kita tak mampu lakukan
I mean, bukan la tak mampu, but kita masih lagi baru dan takde kepakaran nak buat

Dan ia melibatkan macam2 keputusan yang kene dibuat, yang sebenarnya bukan patut aku buat pon!
Buat keputusan untuk kerja orang lain!

Bila senior engineer takde, selalunya aku yang dituju untuk buat keputusan
Sedangkan aku pun sama macam diorang, masih baru
Judgment aku pon bukan betul sangat
Dan keputusan aku pon tah betul tah tidak

Tapi, diorang keep tanya aku, macam aku tau semua benda
Sedangkan, kalau aku di tempat diorang, aku masih mampu lagi untuk berfikir apa nak buat
Ye la, kerja kau, kau lah decide macam mana ko nak buat!

Lain lah kalau crucial sangat,
Kalau macam tuh, g tanya orang yang lebih pengalaman

Lagi satu, kalau aku cakap tak tahu,
Dan aku beri nama orang2 berpengalaman untuk mereka bertanya, mereka akan reluctant untuk pergi bertanya...

Takutkah?
Kerja kau, tanggungjawab ko!!
Sampai bila kene aku assist untuk tanya dekat orang2 yang berpengalaman???

Kadang2 aku rasa diorang ni macam nak jaga reputasi diorang
Bodoh sombong
Tak tahu, tak nak tanya
Last2, tatau gak nak wat camna

Yang tak sedapnya, kalau aku tolong diorang buat keputusan untuk diorang untuk kerja diorang, bila keputusan tuh salah atau tak menjadi, mereka akan bercakap begini “tadi saya tanya Kamal, dia yang kata buat macam tuh”

Duh! Kerja kau!
Keputusan kau!

Kau yang patut bertanggungjawab!
Mengapa aku?

Sekian saja rambling dari opis buat kali ini…



:::YTBACK!!!:::

YTwitt!!!

0442
190410

Aku rasa, YT ini bakal menjadi lain dari yang dulu
Mungkin entri makin singkat2
Dan pendek2
Kinda like status FB …

Abis, kenapa tak letak kat FB???
Sebabnya, aku rasa benda2 ini terlalu personal
But at the same time I just need to vent!

Eleh, kalo takat update pendek2, baik update kat Twitter!
Nope, tak familiar lagi dengan Twitter
Masih ketinggalan.. =p

Buat masa ni, biarlah YT ini transform jadi YTwitt!!!




:::YTBACK!!!:::

Sedar...

0441
180410

Aku rasa aku mula sedar
yang aku mula minat dan sayang seseorang itu,
bila aku cuba untuk menahan diri dari menghantar mesej kedua,
setelah mesej pertama tidak dibalas…



Gosh, I hate people who don’t reply to messages that we send!!!


:::YTBACK!!!:::

Kerja

0440

07 April 2010

Masuk dalam alam pekerjaan ini, kadang-kadang boleh membuka mata
Boleh mengajar kita untuk mengetahui benda yang tak pernah kita ketahui sebelum ini
Pengalaman adalah sesuatu yang dipunya, pahit manis pun ia, ada sesuatu yang member pengajaran

Sejak mula bekerja ini, dunia aku berputar tentang kerja
Orang-orang yang aku temui, adalah orang-orang kerja
Masa-masa yang aku ada, dihabiskan di tempat kerja
Duniaku kini, kerja kerja kerja

Cuma sekali sekala di hujung minggu, aku berjumpa dengan mereka-mereka
Itu pun jikalau hujung minggu itu tidak ku habiskan dengan pulang ke kampong, ataupun menqada’ tidur
Jika tidak, semuanya berkisar tentang kerja

Aku tak kisah semuanya
Maybe ada yang kata aku takde life, aku tak peduli
Aku senang begini
Bagi aku, waktu beginilah perlu aku tumpukan untuk membina karier
Walau dari bawah sekali pun

Tambahan pula, masa aku tidak banyak tercuri untuk benda-benda lain
Contohnya, soal hati dan perasaan

Namun, dalam masa yang sama, aku masih manusia
Punya semua itu
Dan kadangkala, di tengah-tengah kesibukan kerja, hati ini tercuit jua

Hendak buat bagaimana, focus aku tidak ke situ
Ada memikirkan, tapi tidak mahu bertindak

Mungkin jua, sudah malas
Sudah letih
Sudah lelah
Dengan perkara-perkara untuk menjaga soal hati dan perasaan
Mungkin lah…

Dalam pada bekerja, banyak orang yang aku jumpa
Ada yang begini, ada yang begitu
Manusia pelbagai ragam, melakukan kerja yang sama, tapi mempunyai kehidupan yang berbeza

Mungkin kerana dunia aku adalah kerja, aku memerhatikan warna warni mereka
Ada yang cantik warnanya, menyenangkan!
Ada pula, cuma sekilas pandang, aku sudah merasa jelak

Aku bukanlah mudah untuk tidak suka pada seseorang
Aku lebih kepada menerima mereka seadanya
Walau betapa peliknya seseorang itu, aku tak kira
Asalkan boleh berkompromi dan berinteraksi

Macam biasa, ada yang aku tak puas hati juga
Macam biasa, orang-orang begini adalah orang-orang yang mempunyai ciri yang sama
Macam la tak biasa!

Kadang-kadang tak faham
Kenapa wujudnya manusia-manusia berlagak yang poyo bagai nak rak, tapi habuk pon takde?
Konon dari tempat yang bagus-bagus, otak yang bagus-bagus
Mentaliti, tetap terkebawah

Pung pang sini sana cakap itu ini tak bagus
Tapi tanggungjawab sendiri diabaikan
Dan, dalam masa yang sama, cari tanggungjawab lain, yang kononnya lebih mendatangkan hasil
Dan, akhirnya, tanggungjawab sendiri tak terlunas
Menyebabkan semua yang tak berkaitan terbabit sama

Mana kau datang, itu hanya sejarah
Apa kau lalui, itu hanya sejarah
Apa yang kau banggakan, itu hanya sejarah

Yang kini?
Yang kau lalui kini?
Yang kau ciptakan kini?
Bukankah bakal menjadi sejarah untuk masa hadapan?
Tapi, mengapa kau masih mendabik dada, kononnya kau yang terbaik, atas sejarah-sejarah kau dahulu

Masa kini
Saat ini
Hari ini
Apa usaha kau?

Aku benci dengan orang-orang begini
Entah kenapa, benci!
Jelak!
Mual!

Argh, sudah la!
Malas nak fikir!


:::YTBACK!!!:::

Selesa...

0439
05 April 2010

Aku sudah menaip tadi
Hampir 3perenggan
Tapi aku delete
Kerana rasa tak selesa

Aku sambung untuk menaip entri di YT
Dah panjang
Ada 6 7 perenggan juga
Tapi aku delete
Aku masih rasa tak selesa

Entah kenapa
Banyak ingin dicerita
Banyak ingin dikongsi
Semua akhirnya aku simpan sendiri
Kerana aku rasa tak selesa

Aku tahu, akhir nanti, mungkin
Aku sendiri akan lemas dalam rasa-rasa ini
Apa mampu aku lakukan
Sudah aku tidak selesa

Entah kenapa aku tak selesa
Aku tak pasti

Oh, mungkin
Mungkin

Mungkin sebab
Sebab


Sebab esok hari SELASA kowt!
*tiba2!!!* =p




p.s - aku lelah dalam penat.



:::YTBACK!!!:::

Entri Lompat-Lompat

0438
21 Mac 2010

Simpan dulu kisah 1, 2, 3 aku tuh. Bila aku rasa nak sambung, aku sambung.
Sori guys!

Aku nak ceritakan, kisah lain yang completely unrelated to that story.

Tempat keje aku ni ada, budak praktikal, dari UITM. Seorang perempuan.

Dia masuk praktikal sama masa aku mula2 kerja. Dan kami agak rapat la jugak.

Maybe sebab umur takde la beza sangat, dan masuk sama2 ke kompeni tuh. Dan maybe jugak sebab aku selalu berlawak sengal dengan dia. Well, u know me!

Keje kami surely berbeza, dia in charge bahagian grafik, and aku buat bahagian engineering.

Baru-baru ni, dia ada tanya aku satu soalan:


“Kamal, boleh tak aku bagi no telefon ko kat kawan aku?”

“Eh, apsal lak tiba2 ko nak bagi?”

“Saja nak kenalkan korang berdua.”

“Eh, apsal pulak?”

“Ye la, kawan aku mintak kenalkan dekat engineer yang muda2 n hensem2. Tuh yang aku nak bagi no ko tuh”

“So, ko nak kata aku hensem la ni?”

“Takde la. Aku nak bagi no sapa lagi. Yang lain dah tunang n kapel dah. Ko je single”

“Ces. Do I look that desperate?”

“Yes! Muka ko memang desperate pon!”

“Hampeh”


Eh, eh!
Apsal aku tulih pasal menatang ni sume?
I guess aku cuma nak kongsi kot.

There is no closure about this story....

Aku bagi tak no aku kat dia?
Well, tak.

Malas aku nak fikir semua benda ni!
Kerja pun tengah berterabur.
Later!

Haa, talking about praktikal students.
This is also completely unrelated story to above.
Hari ni kita main citer lompat2!

Bulan Mac datang lagi.
Dan aku ingat lagi, waktu2 begini, setahun yang lepas, apa yang aku buat?

Yes, aku sibuk mencari tempat untuk praktikal.

Amat sukar considering ekonomi tengah down, dan ada yang tak nak amik praktikal students dari U aku.
Aku tahu kesukaran itu, dan aku ingin membantu.

So, aku pon dengan rasa ingin membantu, berikan emel aku kepada junior dan lecturer di U aku.
Supaya aku leh la forwardkan resume2 yang berkaitan, untuk praktikal di tempat aku.

Kalau mereka dapat praktikal di tempat aku, aku rasa mereka amat beruntung kerana pendedahan engineering tuh banyak di situ.

Sejak aku berikan emel aku itu, emel aku bagaikan HR company, begitu banyak resume yang masuk.

Considering, I am the one who will recommend that to selected department, aku pon baca la resume2 diorang. Aku menjadi saringan pertama!

First yang tiba, ok!
Bagus budak ni.
Resume tersusun.
Dan emel pon, beradab. A
da la satu dua ayat mintak tolong, yang aku tak kisah sangat, sebab budak ni aku kenal di U.

Second, masuk lagi masa aku dekat bilik meeting.
Aku usya.
Erm. Ok.
Ayat copy paste dari cover letter diletakkan dalam emel aku.
No harm, a little bit formal.

Baca resume, aduh!
Tak edit ke resume ni, serabut!
Malas aku rasa nak forwardkan.

Third yang masuk.
2 minit selepas yang kedua.
Ini buat aku mendidih.
Hantar emel takde adab!
Hanya sekadar emel kosong, dan attachments.
Apa ko ingat, kalo ko hantar kat kompeni macam tuh, dia nak layan?

But, being an alumni, aku download la attachment2 tersebut.
Oh, ok.
Rumah budak ni dekat je ngan kompeni aku.
So, aku faham kenapa dia mintak sini.
Tapi, emel kosong?

Aku tak la mintak kata memuja ke hapa.
Just hantar and put some words, like, - Dear XXX, Please find enclosed my documents regarding internship at your company, for your perusal. Thank you.
Just as simple as that!
Baru senang hati sikit aku nak forward.
Bukannya susah sangat nak menaip!

Hasilnya, resume itu aku tak forward langsung.
Lantak la.
Nanti aku forward, dia wat hal, aku yang kena.

Aku pun baru je keje kat kompeni ni, bukannya kukuh lagi.
So, nak tolong pon kene beragak.

Ada lagi yang masuk, budak third year pon nak praktikal sebab penstrukturan kurikulum.
Budak2 third year ni, resume simple.
Aku faham, masa aku third year pon, aku takde kesedaran nak wat resume lagi.
Takpe la.

Tapi, resume takde gambar??!

Erm, enough said. Tak yah forward!

Dunno la, maybe sebab aku dah kerja, so maybe formality untuk deal ngan orang tuh aku serba sedikit dah develop.
Mungkin jugak dulu aku macam tu masa nak mintak2 dengan orang.
Tapi, please lah, beradab sikit.
Baru senang hati sikit nak forward.

Here are some feedback sejak aku jadi HR kompeni ni untuk 2 minggu kebelakangan ni:

1) Ada yang hantar resume in file ‘Word’. Agak2, kalau aku jahat, aku edit resume ko letak yang buruk2 ko tau tak? Please convert it to PDF. Baru senang sikit mata nak melihat.

2) Ayat
copy paste aku faham. In fact, aku perasan lagi ayat resume aku ada dalam resume budak2 ni. Bukan diorang tiru aku, aku pon tiru contoh2 lepas. But try to make u resume different. Aku pon akan edit balik resume aku.

3)
Nama file. Ada yang hantar sampai 5 attachment, dan nama file tuh mengarut2. Mana yang aku nak refer dulu? Lagi bagus, file2 itu dinamakan mula dengan nombor (1 – File name, 2 – File name). Baru orang dapat figure mana satu nak baca dulu n so on. Bukan semuanya ko letak dalam attachment!

4)
Adab. Walau aku alumni, beza umur ngan korang pon tak besar, adab kene jaga. Tulis la sikit, something, jangan hantar emel kosong. Be professional.

Biar la, 4 dulu points.

Tiba2 entri ni jadi entri educational la plak.

Bukan hapa, aku kalau nak menolong, aku tolong betul2.
Aku siap follow up in formal lagi dengan boss2.

But at the same time, tak nak lak nampak desperate sangat nak tolong dak UMP berpraktikal. Cuma remind2kan diorang suruh respon cepat.

Aku paham, penah lalui dulu. So, aku faham betapa tensennya tak dapat apa2 respon dari kompeni n so on.

Adeh, panjang entri ni.

Cukup sampai sini.

Adios! =p




:::YTBACK!!!:::

3

0437
10 Mac 2010


Tiada apa2 ikatan yang dikenakan dalam program GEMS
Meaning, anda boleh keluar dari program ini dengan notis 5 hari
Dan ia juga menggalakkan pesertanya untuk keluar hadiri temuduga di luar...

Aku pon tak terkecuali
Jika ada peluang untuk ditemuduga aku pergi sahaja
Demi pengalaman...
Satu temuduga yang tak menjadi menjadi bahan untuk aku kaji untuk temuduga akan datang

Satu panggilan aku terima ketika aku di dalam kelas di GEMS
No yang tidak aku kenali
Mengatakan yang aku dipanggil untuk temuduga pada 3hb November 2009

Dari kompeni yang aku tak pernah dengar, dan tak dapat sebut walau berulang kali si pemanggil memberitahu nama kompeni tersebut
Aku yang tak tahu menahu, pergi sahaja!

Yang kelakarnya, dah lah nama kompeni aku tak ketahui
Untuk jawatan apa pun aku tak tahu!
Memang aku redah je pergi interview...
Like i said, maybe sebab aku dah terleka dengan GEMS, sampai aku tak berfikir panjang

Tempat interview juga aku main agak2 je
Dekat je dengan tempat praktikal dulu
Cuma aku tak pernah sampai ke sana

Oleh sebab memikirkan aku dari PD, jadi aku mintak ditemuduga untuk sesi petang
Pukul 230 petang
Konon2 sempat lah untuk aku mencari tempat tersebut

Bertolak dan mencari
Main agak2
Hasilnya, aku sesat!
Hingga aku tiba di tempat interview pada pukul 240 petang
Lambat 10 minit tuh!

Masuk, buat selamba
Memerhatikan sekeliling
Tiba2 terasa tenang dan damai
Entah kenapa

Aku tak tahu, maybe aku ni jenis ada 6th sense
First impression aku selalunya membantu aku
Dan bila aku di situ, suasana pejabatnya aku suka…
Aku tertariklah kiranya

Interview bersama 2 panel
Seorang Head of Technical, seorang Senior Engineer
Rupanya aku ditemuduga untuk jawatan ‘Process Engineer’
Tuh pun sebab aku jelling fail aku yang dibaca oleh panel2 tersebut

Bila fikirkan balik, memang kelakar
Aku rasa aku zero pengalaman pasal benda2 ini
Dan jawatan itu punya spec pon aku tatau
Aku cuma sempat baca sedikit demi sedikit profil kompeni

Yang aku ada, hanyalah diri aku
Dan sedikit sebanyak pengetahuan hasil pembelajaran aku
Relevannya ke jawatan itu, aku pun tak tahu
Sebab memang seriusly aku takde pengalaman!

Waktu itu, memang aku agak buntu sebenarnya
Mau sambung master atau kerja
Ada dua pilihan
Dua pilihan yang aku tak tahu macam mana aku nak nilai

Aku tak tahu bagaimana situasinya master
Dan aku tak tahu bagaimana situasi kerja
Aku hanya mampu ’go with the flow’

Selalunya kalau dalam memilih, aku mampu buat pro n cons
Buat at that time, memang tatau bagaimana aku ingin membuat pilihan…
Mungkin kurang pengetahuan mengenai benda2 yang bakal dipilih…

So, aku ditemuduga
Ulang kembali thesis aku dan Plant Design aku di hadapan panel
Buat mana yang aku mampu
Syukur juga pembelajaran di GEMS mengenai temuduga banyak membantu

Habis temuduga, aku pulang saja
Aku memang takde berharap sangat
Sebab aku rasa aku dah buat mana yang aku mampu

Dalam otak, aku hanya fikirkan bagaimana aku nak kembali ke GEMS di PD
Macam aku cakapkan, aku terleka…

Dan aku meneruskan aktiviti2 aku di GEMS tanpa memikirkan, dan berharap apa2...


To be continued...


:::YTBACK!!!:::