The-Tone

0456
270910

Bila kita ditimpa musibah, macam2 yang akan difikirkan
Segala benda terawangan di dalam benak kepala, sambil satu soalan utama berlegar2 di kepala…
KENAPA??

Baru baru ini, aku ditimpa satu sesuatu
Dan ia menyebabkan aku dalam keadaan tak stabil untuk sekian lama

Tak ramai yang tahu, aku masih mahukan privasi dalam berahsia
Lebih sedikit tahu, bagi aku, lebih bagus…

Orang di luar takkan sedar, faking a smile, acting natural has been an easy task for me
Tapi di dalam siapa yang tahu

Di awal aku menyedari hakikat, otak aku asyik terfikirkan mengapa aku ditimpa ujian sedemikian rupa
Mengapa aku?
Mengapa saat ini?

Aku masih mahu mengharungi hidup
Aku masih mahu terus bernafas
Tapi, mengapa dugaan ini dating menyesakkan nafas?

Step 1 is menerima hakikat
Hampir 2, 3 bulan juga aku hidup in-denial tentang apa yang terjadi
Slowly, the reality seep in into my mind, I need to get up!
Aku tak boleh biarkan yang terjadi mematahkan semangat aku

Bila hakikat sudah diterima, mulalah aku mencari kawan2 rapat untuk bercerita
Keadaan makin tak tertanggung kalau aku menyimpannya seorang
Jadi aku perlukan kawan untuk meluah

Adalah sedikit manusia yang aku percaya, aku ceritakan segalanya
Dan seperti biasa, azalinya manusia, cara menerima agak berbeza-beza
Ada positif dan negatif

Tatkala positif, hati aku lega
Kurang-kurang dia faham
Tatkala negatif, aduh sakitnya merasa
Takpe, mereka tak kena, tak rasa

Di saat-saat begitu, perhubungan menjadi kacau bilau
Aku tiada lagi masa yang banyak untuk berhibur, masaku hanya untuk aku
Dan hasilnya, satu perhubungan yang diwar2kan secara terbuka di alam maya terkubur
Tiada apa-apa
Nothing…

Aku tak menyesal
Cuma sedikit ralat aku tidak diberi ruang waktu untuk membaiki keadaan
Di saat aku begitu, ia terjadi
Apa nak buat, benda nak jadi kan…

Aku sedang kuatkan diri
Aku cuba hadapi hari2 mendatang dengan terbaik
Aku lebih menghargai hari2 mendatang
Aku lebih bijak meletakkan pririti bagi benda2 yang sepatutnya

Kadang2 bila menyelusuri alam maya, aku terjumpa juga blog rakan2 yang sibuk membicarakan hal remeh temeh
Mungkin hidup aku bukan lagi keadaan begitu

Mak selalu pesan, jika aku inginkan sesuatu benda masa kecil dulu, - ingat orang yang kurang bernasib baik dari aku
Dan aku cuba lakukan
Betul mak, aku sedikit lega

Dugaan aku apalah cuma
Ada mereka2 yang lebih sengsara

Untuk itu, aku berterima kasih atas dugaan ini



p.s – maaf, udahlah malas update, sekali update, the-tone kembali daa..
p.s – don’t worry, be happy… live ur life to the fullest!!!



:::YTBACK!!!:::

Harap takkan berakhir...

0455
010910

Aku selalu perasan, tiba je bulan Ramadhan, aku akan lebih menjaga tingkah laku aku
Masa aku yang selalu terbuang, aku akan sibuk fikir kenapa perlu dibuang?
Kenapa tidak melakukan sesuatu yang bermanfaat…

Bila Ramadhan je, hati ini sering mengingatiNYA
Tapi kenapa tidak di hari-hari yang biasa?

Setakat mana yang aku sedar, aku kurangkan melakukan dosa
Itu semua dalam bulan Ramadhan
Kenapa tidak aku lakukan pada hari2 biasa?

Mendengar lagu
Ramadhan lebih tenang aku menyumbatkan alunan Al Quran di telingaku
Tapi kenapa tidak dilakukan pada hari2 biasa?

Sedikit ralat, bila makin menyedari ia makin pergi meninggalkan kita...

Sempatkah aku bertemu bulan ini lagi di masa akan datang?

Bolehkah kiranya aku harapkan ianya takkan berakhir???


:::YTBACK!!!:::

Positif

0454
010810

Maaf amat lama diam.
Hidup dah berubah, persekitaran dah berubah, prioriti dah berubah
Mungkin YT bukan lagi prioriti kini
Cuma, sekali sekala, teringat kepada YT yang satu ini.

Kesinambungan cerita di entri lepas, aku memutuskan, biarlah ia menjadi rahsia hingga kini
Lagi sikit orang tahu, lagi bagus

Walaupun pernah dalam secara tak sedar, aku merangka2 entri di dalam kepala aku untuk membicarakan soal itu
Tapi setelah dipertimbangkan, biarlah aku simpan sendiri
Dan hanya sebilangan orang yang mengetahui

Tuhan tidak akan menguji di luar batas kemampuan hambanya…

Kata2 itu menjadi penguat bila aku rasa aku hampir jatuh

Dan aku tahu, bagaimana, apa yang membuatkan aku jatuh tak penting
Cuma secepat mana aku bangkit kembali yang penting

Aku cuba untuk berada di ruang positif selama mungkin
Tunjukkan diri kuat, bergembira, bergelak ketawa
Tapi lama kelamaan positif makin jauh untuk dikecapi
Hanya negatif yang menghantui

Duh!

Pada mereka yang sentiasa mendoakan aku, terima kasih
Hanya Tuhan dapat membalas jasa kalian

Maaf, YT bukan lagi prioriti
Tapi siapa tahu, mungkin esok aku kembali…

Jaga diri!


:::YTBACK!!!:::

Hakikat

0453
280610

Aku tak tahu bagaimana aku nak cerita benda ini kat korang semua
Aku masih tak punya kekuatan
Masih cuba menerima hakikat
Dan berusaha sedaya boleh

The thing is, ini bukanlah sesuatu yang luar biasa
Bisa jadi kepada semua orang
Tapi bila diri sendiri yang kena hadapi dan rasai, bebanan yang ditanggung sendiri
Jadi, apa yang mampu aku lakukan adalah hadapinya!

Doakan aku,
Bila aku sudah ok, dan mungkin akan tiba masa aku cerita di sini, kalian aku tahu juga…
Buat masa sekarang, doakan aku, doakan aku!



:::YTBACK!!!:::

Yang Remeh Temeh

0452
170610

Aku rasa aku tak boleh dipisahkan dengan lagu
Hari-hari yang berjalan, ada saja lagu yang bermain dalam otak aku

Dan genre nya pelbagai, bukan statik pada satu sahaja
Apa saja, asalkan otak aku dapat menangkap melodi, ia boleh terngiang2 di telinga aku

Semalam, memandu pulang dari kerja
Terfikir masalah-masalah yang dihadapi
Tentang profesionalisme, tentang sikap
Tentang perangai, tentang orang

Entah kenapa, melodi lagu ini, terngiang-ngiang
Lantas sampai di rumah, terus mengugle.
Dan keluarlah lagu ini…

Hanya ingin berkongsi
Hayati bait liriknya…


Yang Remeh Temeh
Pak Pandir

Ada mata pandang
Ada telinga dengar
Ada mulut diam
Ada tangan garu
Ada kaki goyang

Ada otak pandai
Ada akal pakai
Ada bijak gadai
Ada mata pejam
Ada mulut kunyah

Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Buatlah..(buatlah..)
Buatlah tak tahu
Buatlah..(buatlah..)
Buatlah tak tahu

Rela jadi tunggul
Rela jadi patung
Tunggu dilelong
Suruh angguk-angguk
Suruh geleng-geleng

Oh puji lah aku
Ampu lah aku
Senang hidupmu
Ada tangan tadah
Ada maruah campak

Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Yang remeh dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Biarkan..(biarkan..)
Biarkan berlaku
Biarkan..(biarkan..)
Biarkan berlaku


Download mp3 here
View video from youtube here



:::YTBACK!!!:::

Jelak...

0451
150610

Aku ni susah untuk tak suka pada seseorang, aku percaya seseorang patut diberi peluang untuk dikenali…

Tapi kalau sekali aku dapat detect satu perangai yang aku tak suka pada seseorang, selamanya aku akan pandang orang itu dengan pandangan ‘tak suka’

Manusia berbeza-beza, latar belakang, kisah hidup, semuanya berbeza
Perangai pun berbeza-beza

Cuma jika perangai kau nampak jelak di mata aku, apa lagi mampu aku lakukan?

Aku hanya mampu memandang kau dengan penuh sinis…




:::YTBACK!!!:::

Damn tired...

0450
260510

Actually, I’m tired.
So damn tired!


But I couldn’t resist myself from writing something up here.
Dunno why. Maybe just need to vent.

2 minggu aku sibuk berkerja.
Siang dan malam.
Pulang lewat.
Even hujung minggu.

Satu sebabnya, projek yang aku handle sekarang berada di satu milestone yang penting.
Jadi persediaan itu perlu.

Dua, mungkin juga aku perlukan distraction untuk semua yang berlaku.
Macam2. Hingga aku keliru. Tak tahu mana nak tuju. Sekarang ni, hanya buat tak tahu.

Damn, how tired I am!

Kebelakangan ni, kerap dapat kad kahwin.
Sana sini dapat.
Sana sini jemput.
Tak putus2.
Hingga buat tertanya, adakah ini masanya?

Dan bila dah terlalu banyak jemputan, terlalu banyak pertanyaan dalam diri, mula lah cuak fikirkan diri sendiri yang takde masa depan in that department ni.
Mulalah mencipta alas an itu ini kenapa that department takde apa2 progress sehingga kini.
Mulalah yang terdalam kembali berbunyi.
And it hurts.

Sebenarnya, dah lama tinggalkan soal hati dan perasaan.
Entah kenapa. Mungkin sakit sangat kot.
Tapi minggu lepas, ia betul2 mencengkam.

Seseorang.
Sudah 8 tahun.
Kami YM bersama.
Antara aku dan dia, memang takde pape.
Aku tahu, dia tahu apa yang aku mahu bagitahu.
Tapi aku tak bagitahu2.
Aku pulak wat2 tak tahu.

End up, dia dengan orang lain.
Aku gini je lah.

Kami YM, tiba2 dia kata, mungkin awal tahun depan dia kahwin.
Aku tersentap!

She is not mine to begin with, but dunno why I felt that way.
Kinda separuh-jiwaku-pergi la.

Dan lama jugak aku recover.
2 3 hari jugak.
Cara recover – KERJA!

Pastu mula la fikir kawan2 yang mungkin aku rasa mende yang sama kalo diorang kata diorang akan kahwin.
Mulalah buat list kawan2 itu ini yang aku rapat, yang aku tak sanggup lepaskan diorang ke tangan orang lain.
Mulalah lagu If It Kills Me dari Jason Mraz tuh menjadi favret, sebab berkisar kawan2 yang suka each other tapi malu nak cakap.
Mulalah merepek2 otak ni fikir.

Sampailah satu masa, aku realize that, kawan2 tak boleh jadi exclusive.
Aku pernah dengar kawan aku cakap macam tuh, dengan kawan2 takde maknanya nak kapel2.
But aku tak percaya.

Bila dah lalui, bila dah try nak buat kawan kapel berkali2, kini aku akuinya.
Memang tak boleh!

In fact, selama ni, crush2 aku pun, asal dari kawan2 gak.
Dan aku rasa kita pun tahu apa kesudahan kepada crush2 aku dulu.

Dan ia mengembalikan aku ke alam nyata.
Kawan2 tak leh dikapel.
Walau serapat mana, selesa mana, sebebas mana kita dengan kawan itu, mereka tetap off limit.

Salah satu sebab, mungkin dah terlampau selesa, hingga dah takde rasa pape.
Mungkin la.
Aku tak tahu nak cakap macam mana.

Dan bila dah sedar semua itu, aku pun terus macam biasa, buat tak tahu.
Malas nak fikir.
Cari distraction.
Dan bekerja!

Hinggalah minggu lepas, di kala aku bekerja, adalah satu malam ini, aku balik lewat.
Dekat pukul 9 tuh aku penat, layan FB sat. Usya2.

Entah macam mana, entah dari alam ghaib mana tah, fb itu terarah ke ‘cinta monyet’ aku zaman dulu kala, which was like 10 years ago!
Aduh, ada lagi minah ni rupanya. Ingatkan dah lost contact.
Sekali jumpa balik.

Malas menegur dulu. Just bookmark fb itu.
Walau hati waktu tuh dah berbunga riang.

Dekat nak balik kerja, satu mesej masuk.
Dari kawan yang aku pernah minat dulu.
Takde angin ribut apa, tiba2 dia mesej.
Meminta maaf.

Aku sedikit pelik. Apahal ni?
Dia kata dia tiba2 rasa nak mesej aku. Duh!

Layan ala kadar, terus balik ke rumah.
Berfikir, giler la ari ni, sekali 2 manusia di zaman silam kembali dalam idop.
Itu belum lagi recent development yang berlaku sekarang.

Aduh, ape ni semua?
Pening aku pening.
Tak tahu macam mana nak handle.
Tak tahu macam mana nak react.

Yang pasti, rasa malas nak fikir, cari distraction, kerja!

Tapi...
Sekarang ni, kerja dah capai milestone, so dah kurang kerja…
Aku pulak dah penat bekerja.
Macam mana nak cari distraction kepada menatang ini?
So nak wat macam mana?

Haa.. tu la wat entri bengong ni.
Malas nak tapis2.
Baca je la, gelak2.

Kang aku rasa aku takleh handle kat sini pulak, aku delete entri ni.
Atau, lagi radikal, aku privatekan je blog ni.
Apa susah?


:::YTBACK!!!:::