Kelirukan Entri Ini???

0463
240111


Menutup mata, berfikir
Apa yang ingin aku kongsikan?

Terlalu banyak rasanya
Tak tertaip
Sedang masa kian suntuk

2 3 minggu ini, tumpuan pada kerja makin kurang
Badan perlukan rehat
Asyik sakit2
Emosi pun tak stabil

Lantas, dalm 2 minggu kebelakangan ini, aku mencipta masa ‘aku’
Kejap2 MC
Kejap2 cuti
Konon nak melapangkan fikiran

Dan aku kembali kepada aku yang selalu berfikir…

Berfikir itu bagus
Tapi bukan terlampau berfikir

Cara aku, bila aku berfikir, aku akan teringat kisah2 yang pernah berlaku dulu
Dan semuanya berputar, berlegar2
Tinggal aku last sekali dengan kekeliruan

Tapi kali ini, aku rasakan tumpuan pemikiran aku pada satu kisah ini
Ini kisah 8, 9 tahun lepas
Kisah2 dahulukala orang kata

Entah kenapa, bila difikir, diingatkan kembali, hati aku terpaut pada kisah itu
Di sudut hati bertanya kenapa aku tidak pernah mencuba
Sedangkan rasa itu ada

2 3 hari tumpuan pada kisah itu
Bila banyak berfikir, ia mencipta satu obsesi
Dan bila obsesi itu tidak dapat dipenuhkan, aku yang sengsara

Entahlah
Mungkin ini masanya aku mencuba
Menyambung kisah2 dahulu kala
Manakan tau hasilnya?

Doakan aku
Doakan aku
Doakan aku

Aku semakin jauh tersimpang
Tapi jauh di hati masih mengharapkan yang baik baik sahaja

Kelirukan entri ini?


:::YTBACK!!!:::

Jom Kembali??? Bla la!!!

0462
070111


Konon ingin kembali kan?
Tapi sekian lama baru muncul…

Aku cuba elakkan diri dari menulis tatkala ini
Sebab bagi aku, apa gunanya aku menulis di kala ini

Ingatkan tahun2 baru, ingin menulis sesuatu yang gembira
Tapi apa boleh buat, ujian kerap datang melanda
Dan aku tertinggal dengan satu kekesalan dan bitterness di dalam diri
Jadi, better aku elakkan diri dari YT kan?

Kadang2 dunia terlalu perit untuk aku cuba bergelak ketawa dan berkongsi bersama kalian di YT
Harap aku tabah tempuhi dugaan ini…

Korang, jaga diri k…


:::YTBACK!!!:::

Jom Kembali???

0461
311210

Aku ingin kembali…
Waktu2 ketika kita bersama2 dulu di YT…
Best kan?
Tiba-tiba terasa rindu…

Ini mungkin entri terakhir untuk tahun ini
Aku perasan sejak aku berpraktikal setahun setengah yang lepas, aku amat kurang menupdate YT

Maybe masa itu aku rasakan aku perlu beralih
Dari banyak menghabiskan masa di alam maya, kea lam reality
Aku perlu capai sesuatu!

Dan semenjak itu, banyak yang telah berlaku
Yelah, setahun setengah kan
Mesti macam2 punya

Setahun setengah ni, update pon celup celam
Macam nak tak nak je
Semua depresi2
Kan?

So, mari kita ubah
Aku ingin kembali ke YT
Biarlah aku ada advantage melayari dunia maya ni
Sebab sekarang dah bencikan dunia reality

Career wise, aku rasa aku sedang membinanya
Dan relationship wise, duh, part ni tertinggal banyak
Takpelah… maybe bukan masanya

So far, aku suka dengan kerja aku
Best bila aku dapat buat benda yang aku minat
Tapi yang tak best nya kena deal dengan kerenah orang
Oh, sungguh colorful!

Terfikir nak sambung belajar
Target untuk tengah tahun depan
InsyaAllah

Tahun baru hijrah dah berlalu
Tahun baru gregori bakal menjelma
Ingat lagi entri aku satu ketika dulu??? --->

Aku pun mulanya tak ingat
Tapi bila nak tulis tajuk entri ini, aku teringat aku pernah tulis tajuk itu
Jadi search di blog sendiri dan jumpa

Best jugak baca blog ni ketika2 dulu

Erm, jom kembali???


:::YTBACK!!!:::

Diri Sendiri...

0460
101110

Kadang kadang terasa,
halangan terbesar
dalam hidup ini
adalah untuk
menjadi diri sendiri…




:::YTBACK!!!:::

Sorry...

0459
121110

This might be the greatest depression I’ve ever had in all these while..
Everything is just a mess

Dunno how to act
Just force a fake smile to people around
Guess that is an easy solution

Sorry guys
Just need to vent
Thus this entry, with this tone


:::YTBACK!!!:::

...

0458
101110

Tiba-tiba terasa sangat sepi.
Sangat-sangat.
Amat.

Mungkin ketika ini, aku rasakan tiada siapa yang ada di sisi.
Sekeliling mungkin ramai.
Banyak.
Jamak.

Namun, tiada siapa yang dekat di hati.

Lihat orang2 lain, bergelak ketawa
Plan itu ini bersama rakan taulan
Sejam dua, ada panggilan masuk
Bertanyakan khabar atau apa sahaja
Aku?

Yang ada, hanyalah sms2 lama2
Panggilan perkara yang penting sahaja

Kadangkala mengagau mencari hanset bila ada sms yang masuk

Dan kerap kali hampa bila sms itu adalah daripada Hotlink
Dem you Hotlink!!!

Sampai bila???


:::YTBACK!!!:::

Marah

0457
021110

Aku tak suka marah
Aku tak tahu apa best sangat kalu marah
Aku tahu, tiada apa2 yang baik terhasil dari marah
Jadi aku benci marah

Namun, aku tetap manusia
Marah itu satu putaran
Kadang2 aku marah
Kadang2 aku di marah

Yang aku perasan, aku kalau marah akan keliru
Aku tak tahu nak marah kepada siapa

Walau aku tahu si polan si polan ni yang buat aku marah, aku tetap keliru
Keliru samada nak teruskan marah pada dia
Atau cuba memahami situasinya mengapa dia berbuat begitu

Dan kekeliruan aku kembali memakan diri, bila aku salahkan diri sendiri sebab marah
Mungkin benda itu terjadi atas sebab aku sendiri?
Apa yang boleh diperbaiki?
Apa yang boleh dibetulkan?

Point entri ini adalah untuk menyatakan yang aku akan keliru bila marah…


:::YTBACK!!!:::