Apalah gunanya kawan
Showing posts with label KataKata. Show all posts
Showing posts with label KataKata. Show all posts
Di saat bertengkar, segala rahsia dicanang
Segala kata caci yang dia tahu aku-akan-vurnerable-bila-diucap dilemparkan
Apalah gunanya?
Aku lihat positif
Tuhan mahu tunjukkan aku
Kau tak layak dibelas ehsan
Atau diberi hormat
Atau diletakkan di satu sudut hati sebagai kawan
Hormat...
Satu perkataan
Besar maknanya
Baik perkara formal - untuk ibubapa atau guru
Hingga ke berpacaran dan berkawan
Hormat perlu ada
Mesti ada
Supaya perhubungan terjaga
Perkara asas dalam kemanusiaan
Hormat...
Penting dalam aku menilai seseorang
Akan melayan dengan penuh hormat
Jika aku merasakan kau juga mempunyai satu tahap hormat kepadaku
Bukan minta dipuja melambung lambung
Cukuplah hormat aku sebagai manusia lain
Namun
Jika aku merasakan rasa hormat kau pada aku sudah hilang
Saat itu, detik itu
Hormat aku untuk kau pun terkubur
Seperti saat ini
Aku sudah hilang hormat pada kau!
Banyak manusia hebat dipinjamkan, dilalukan di hadapan mata
Untuk aku lihat, tenung dan perhati
Jika tidak pun, untuk aku ikuti
Jauh di lubuk hati, aku tahu aku mampu
Tapi di mana jalannya aku tak tahu
Buntu
Moga dipermudahkan...
Kau,
dan Tuhan.
Dan telahku sebut nama Kau dahulu - berkali-kali, sebelum Tuhan.
Kerna aku fikir, Kau akan dapat dengar apa aku rasa jika aku jerit nama Kau seraung suara.
Tak, Kau tak dengar.
Aku ragu Kau cuba.
Tapi malam itu aku terjelepok di kaki lima, di tepi jalan desa.
Melutut kepada Kau, separuh menyembah.
Menangis mengalahkan budak kecil, berhingusan teresak menggenggam dada kiri, cuba meredakan sakit di hati.
Tak sangka hati manusia bole literally sakit.
Tak sangka sehingga begitu.
Aku sedar selama ini aku telah menjerit nama yang salah.
Nama yang kuingat tuan empunya kepada hati carik ini.
Lalu terjerit juga nama Tuhan,
Tuhan yang selama ini entah di mana.
"Allah tolonglah aku!"
"Allah!"
"Tolongla aku..."
Dengan tak malunya menagih simpati Kuasa yang wujudnya dipersoalkan, dipejam matakan.
Langit kelabu tak berawan malam itu meski luas, tak terdongak aku menahan hina.
Mujur tiada sesiapa yang lalu-lalang.
Mungkin kerana lewatnya malam.
Selewat dosaku.
Sudah lebih setahun malam itu.
Terima kasih Tuhan.
p/s - somehow, this post captured me...
Yang muda, riang berlari
Gelak ketawa, suka hati
Yang tua, bertemujanji
Dalam kolam, fisioterapi
Mengapa dia di sini?
*sayu bila keupayaan badan tidak seperti diharapkan*
Hasrat di anganan terukir lama
Cantik indah lawa
Namun bila ingin memulakan kata,
Akal memotong, "biar ia berlalu saja!"
Kini hasrat kembali berbunga
Menyala dan membara
Tahan akal, ikutkan hati
Semoga ukiran baru dinikmati
Kipas di alang putar.
Putar laju.
Seiring berganding.
Tiba saat, suis ditekan.
Maka terhentilah ia.
Begitulah hidup.
Selaju mana ia berputar.
Satu saat, terhenti jua.
Subscribe to:
Posts (Atom)