THE END

0464
070211

Lama aku tangguhkan hasrat untuk menulis entri2 sebegini
Entri2 yang akan menyebabkan aku sendiri tak tahu nak tulis apa

Tapi sebab dah terlalu lama bertangguh, aku perlu juga menulis

This is the last entry in YT
This is the last
After this, there will be no more entry here
And this site might be gone forever


See, its difficult for me too to take this step
By taking this step, I literally kill a part of me that being here in all these years
But taking this step is a must, as when I see YT, I cant recognize it anymore

Hasratnya dulu diciptakan laman ini adalah untuk memberikan pandangan
Mula2 memang tak ramai yang datang ke mari
Yang ada pun cuma kawan2 yang dipaksa untuk membaca

Hingga tiba satu ketika, Teddybearhijo datang (yeah I still remember ok)
Dan selepas itu, slow2 ramai yang datang menghuni di sini
Kita bertukar2 cerita, bergurau senda
Berkongsi
*sebak pulak rasa ni*



Seriously, this site has been a great experience for me
Ingat lagi di kala blog ini di zaman kemuncaknya, tiap detik bagaikan ingin aku tuliskan di sini
Aku ingin berkongsi semuanya
Kerana waktu itu blog ini terasa amat tenang dan bahagia
Dan kalian semua ada di dalamnya

Walau kita tak bersua muka kita macam saudara
Aku sungguh2 menghargainya

Hingga sampai satu saat, apabila aku ada berita gembira, perkara pertama yang terlintas adalah untuk update blog ini
Betapa berharganya blog ini

Tapi kini aku sudah rasa tidak kena
Kaget
Rasa asing di tempat sendiri

Mungkin aku tidak berapa suka bila blog ini semakin open kot
Dan diakses oleh ramai orang

Eleh, kalo itu masalahnya, jangan buat blog!

Bukan lah, maksud aku bila ramai mencari
Dan ramai membaca,
Literally, they like reading my mind

Dan yang tak bestnya
Bila segala benda yang dibaca diulang2 bagai radio rosak di telinga aku
Dan juga segala rahsia yang konon2 ditulis di YT, mau dikorek sedalam2nya
Dan dihebah2

Ada satu peristiwa, di mana waktu itu blog ini dipvtkan
Dan yang hanya boleh mengakses adalah sebilangan orang kepercayaan
Dan waktu itu, aku ada menulis mengenai sesuatu

Yang tak disangka, dalam sebilangan orang inilah yang aku tak boleh percaya
Aku telah diserang mengenai satu entri aku

Waktu tu, aku bukanlah direct menulis untuk orang tu
Aku macam biasa, berkias
Yang tak bestnya, bila ‘orang kepercayaan’ ni yang buat assumption
Dan beri baca kepada orang yang konon2 aku tulis di dalam tu

Maka timbullah konflik…
Dan aku diserang…

Ya, korang memang tak tahu
Aku biarkan ia berlalu dan sekarang baru aku buka cerita

Pada masa tu, hasrat menutup YT tak terlintas pon
Aku anggap ia sebagai cabaran

Tapi lepas 2 3 peristiwa terjadi, better aku berhenti
Aku tak mahu ulangi lagi
Lebih2 lagi bila masa depan aku menjadi taruhan
Perhubungan dan kerjaya
Aku tak mahu lagi mengambil risiko

Jadi, ini adalah selamat tinggal
Akan tiada lagi YT di alam maya
Oh, sungguh berat nak delete
Mungkin aku akan biarkan ia dormant dalam blogsphere kot
Tengoklah macam mana

Untuk korang
Korang2 yang memahami
Korang2 yang mengerti
Mesti korang ingat beberapa kali aku rindukan suasana blog sewaktu dulu2

Untuk korang
Jaga diri baik2
Aku akan masih ikuti cerita korang2 semua
Jangan risau
Perhubungan kita tak terputus

Rilek la semua
At least lepas ni tiada lagi blogger-hensem-kacak-bergaya di blogsphere
*oh sedih!*

Erm…
I felt that this entry do not give justice to how awesome
YT has been

But apa boleh buat..

Serius, from bottom of my heart
GOOD BYE GUYS!!!
Take care.


THE END


:::YTBACK!!!:::

7 comments:

yonna said...

:')

Joey said...

Aku seriesly akan rindukan entri2 kau.

Sebab aku pembaca dari zaman Majapahit lagi..hihihihi.

Takpela ko nak tutup. It's your choice.Tapi ingat, kalau ko nak bukak yang baru, bagitau aku tau


P/S Manusia sentiasa berubah, and I hope you will have a successful life :)

Mr Final said...

nih motif dtg PMS ke?

teddybearhijo~ said...

pacik, mengapakah? aaa~ (==)"

Hilman Nordin said...

miss teddy~!
save YT!!

teddybearhijo~ said...

how? aaa~ (T.T)"

aZwaN mUsLiM said...

yeah, agree with yb hilman, only miss teddy can save YT~!!