Mulanya Cinta

0183
16 Mac 2008

Mulanya Cinta
by Siti Nurhaliza

Tiada sesiapa dapat melupa
Perasaan cinta pertama
Akanku ingat selama-lama
Saat pertama jatuh cinta

Kasih sayang
Senyum mesra bersama
Gurau senda pujuk rayumu
Pasti ku ingati

Chorus
Apapun juga akhirnya
Aku kan tetap
Mengingatimu dengan setia
Walaupun kau akan pergi
Pasti ku ingati gelora cinta
Kali pertama

Dah lama lagu nih ada.
Tapi baru sekarang berlegar2 di kepala.
Maybe kena dengan situasi.
Atau aku memang makin jiwang
Eheh!

Pape pon.. just layan....


:::YTBACK!!!:::

Random thought...

0182
14 Mac 2008

Aku faham sebenarnya, tapi aku buat-buat tak faham.
Kalo ko perasan yang aku faham, ko akan berharap, aku akan cuba menjaga hati.
Akhirnya, KITA AKAN SAKIT!!

Aku penat berdolak dalih dengan ko.
What pass is pass, kita bukan di zaman itu lagi.
Harap ko faham.


Ko faham tak ni???


:::YTBACK!!!:::

Highlights!!!

.

0181

14 Mac 2008


Just nak highlightkan ‘the celebration’ 4 miss teddy…
Aku nak edit last post, tapi tah apa pasal tah, ada prob…
Dari trus rosak, baik wat entry baru…
Buat cik teddy!!!

Woit, mana ko woi!!!

Ni semua celebration untuk mu!


Okeh!


p/s - cik teddy tak nanges2 eh??? nak kene nih!!!


:::YTBACK!!!:::

Pelik...

Aku pelik r blogspot 2 3 ari nih…
Macam ada tak kene je...
Atau komputer aku yang tak leh detect pape...
Men tulis je nih, susah nak edit2...
Ish, tak best lak blogspot wat hal cmni...
Banyak yang nak ditulis tak jadi…
Ish!


:::YTBACK!!!:::

Triple Celebration!!!

0179
8 Mac 2008


Eheh! Si Irina itu ingat dia leh menang dalam celebration2 neyh???
Sedap2 je lantik diri jadi organizer, then dia suh kita jadi follower di lak!

Tau lah Hilman tu organizer pencen, selalu busy je. Dan aku pulak, organizer miskin, sebab masa bday Hilman hari tu aku guna banyak kewangan panggil artis, tapi korang tak join.

Out of sudden, lantik diri jadi organizer ek? Nak kena Irina nih!

Tak mo kalah, triple celebration aku buat!!!

Hahahahaha (gelak kejam!!!)


Anyway, sapa mereka???

Ketiga-tiganya adalah wanita…
*sambil taip wanita di dalam winamp playlist, dan keluarlah lagu-lagu ini…*

Ada Band – Kerana Wanita (Ingin Dimengerti)
karena wanita ingin di mengerti
lewat tutur lembut dan laku agung
karena wanita ingin di mengerti
manjakan dia dengan kasih sayang

Elite – Tamparan Wanita
Aku bukannya selemah yang kau sangka
Aku tak rela diseksa, haa!~
Beranikah lagi bersemuka
Rasakan kuasa, tamparan wanita

Irwansyah – Pecinta Wanita
aku memang pencinta wanita
namun ku bukan buaya
yang setia pada seribu gadis
ku hanya mencintai dia

Rossa – Wanita Yang Kau Pilih
kau jadikan aku ini
wanita yang kau pilih
untuk jadi kekasihmu

dan kau pun tlah aku minta
setia sepertiku
hingga waktunya tiba

Siti Nurhaliza – Wanita
Aku wanita aku kaum hawa
Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta
Selayaknya manusia

Teacher’s Pet - Warisan Wanita Terakhir
Warisan wanita terakhir
Jiwa raga ku serah
Kau ingin milik segalanya

Di mana kasihmu
Tiada kau memberi
Apa yang ku perlu
Hanya kau dapat memberi
(Hati sucimu ingin ku miliki)

Hanya satu yang ku pinta.. kasih
Kau warisan wanita yang terakhir

Err... wanita ke semua???
Layak ke semua bertitlekan wanita???


Sorang ku rasakan bukan wanita

sebab di dah tua! hehehehe

Sorang ku rasakan juga bukan wanita

sebab she’s not a girl, not yet a woman!

Sorang ku rasakan juga bukan wanita

sebab jantinanya tak diketahui!!! (sejenis beruang)


Jadi apa persamaan mereka?
Hurm.. (berfikir sejenak bersama Kit Kat!)

*****

Owh, owh!
Maybe zodiak boleh membantu.
Ketiganya di dalam Pisces
Jadi apa kata zodiak hari ini???

Friday, March 07
Job interests should go very well, especially if your work is along creative lines. Guard against overindulgence in food or drink. You have the drive to succeed now, but avoid high pressure antics to get your own way.


*****

Mengikut tahun cina pula...

Seorang di dalam tahun anjing...

Anjing - Anjing tidak pernah mengecewakan kamu. Lahir dalam shio ini kamu sangat jujur, dan setia orang yang kamu cintai. Kamu selalu merasa khawatir, perkataan yang tajam dan cenderung mencari kesalahan. Namun kamu akan menjadi businessman, aktivis, guru atau polisi yang baik.

Born in 1922, 1934, 1946, 1958, 1970, 1982, 1994, 2006, 2018...

Sumber yang dicuri dari mana tah :
http://kriesz.blogspot.com/2008/02/kalendar-cina.html


Seorang di dalam tahun harimau...

Harimau - Kamu sensitif, emosional dan mampu menciptakan cinta yang luar biasa. Namun, kamu memiliki kecenderungan mengambil semua dan menjadi kerasa kepala dengan apa yang kamu anggap benar; lebih dikenal dengan istilah pemberontak. Shio macan ini sangat cocok sebagai boss, penjelajah, pembalap atau matador.

Born in 1926, 1938, 1950, 1962, 1974, 1986, 1998, 2010.

Sumber yang dicuri dari mana tah :
http://kriesz.blogspot.com/2008/02/kalendar-cina.html


Seorang di dalam tahun arnab...
(arnab??? Bukan beruang kah??? Hahaha beruang lahir tahun arnab!!! Bajek comel la???))

Arnab - Kamu adalah orang yang baik, sangat patuh dan menyenangkan. Kamu memiliki kecenderungan menjadi sentimentil. Menjadi hati-hati dan konseratif, kamu sangat berhasil dalam bisnis dan juga menjadi pengacara, diplomat atau aktor yang baik

Born in 1927, 1939, 1951, 1963, 1975, 1987, 1999, 2011.

Sumber yang dicuri dari mana tah :
http://kriesz.blogspot.com/2008/02/kalendar-cina.html

Urm, tapi… adakah ini menceritakan celebration yang dilangsungkan???
Belum lagi???

Tunggu je, apa yang beta boleh lakukan!!!

***
break!!!
jangan lah kijam sangat nak celebration besar-besaran,
beta organiser papa kedana nih!
Mana nak panggil artis lagi!???
***


Ok back to the profesional tone of the follower of the so-called-lantik-diri-sendirik-organiser....

Jadik?
Camna kita nak sambut neyh??


Hurm...
Hurm... Hurm...
Hurm... Hurm... Hurm...
Hurm... Hurm... Hurm... Hurm...

Hurm... Hurm... Hurm... Hurm... Hurm...
Hurm... Hurm... Hurm... Hurm... Hurm... Hurm...

Hurm... Hurm... Hurm... Hurm... Hurm...
Hurm... Hurm... Hurm... Hurm... Hurm... Hurm...
Hurm... Hurm... Hurm... Hurm... Hurm...

Hurm... Hurm... Hurm... Hurm...
Hurm... Hurm... Hurm

Hurm... Hurm
Hurm...


Haaa!!!

Apa kata kita tak yah sambut je!!!!

Ngeh3!!!
(blogger tiada idea)
Apapun....

To Kak Zura

Mengenalinya blognyaketika melayari blog-blog di dalam pertandingan Blogger Kick Start.
Sejak itu mula tertarik! Ada satu kuasa dalam penulisannya.
Coretannya ringkas, tak meleret, padat.
Tak macam aku!
Banyak kisah yang diceritakan
Kisah kerja
Kisah harian
Kisah cinta
Kisah encik bulan.
Sweet skali!
Dia nih still perasan muda.
Umurnya kekal 18 ok!
So dia sekarang nih sudah 18 + 8
Lantak ko lah kak oii!!
Pape pon, smile always!
And happy 26 th bday on 1st of March!!!

To Jazlin Ernida

Baru mengenali blognya tak seberapa lama pon.
Tak tahu mana datang linknya, mungkin dari blog hopping.
Apa yang aku tahu, dia student UTP.
Amik chem eng macam aku gak.
Sekarang tengah praktikal dekat Johnson & Johnson.
Dengan elaun rm 800!
Dia tengah kaya sampai boleh beli koleksi patung mahal-mahal.
Dan shopping sakan.
Dia suka ala-ala majuk ngan balak dia.
Ops!
Terlebeh pulak!
Dia ada wat pertandingan untuk komen terkreatif untuk birtday dia.
Tapi aku tiada idea ketika itu, so aku hanya mampu memberikan komen biasa-biasa
Kalau aku ada idea, mesti aku menang punya lah!
Haha
Pape pon, happy 22th bday on 3rd of March!
Bawak-bawak lah hulurkan duet tuh kat yang tengah studi neyh!
Hehe

To Teddybearhijo

Haa… pasal dia neyh aku nak tulis panjang sket.
Dia nih sengal! Poyo! Menggelabah!
Tak makan saman punya budak!
Asik mintak update je!
Ingat aku nih hapa?
Tengok-tengok blog dia yang bersawang macam ape tah!
Pastu ada hati nak buat bear-walk-dance lagi!
Pastu tak malu lak tu, panggil aku pak cik!
Bila la plak aku kawen… tiba2 aku jadi pak cik?
Aish, ini budak... err...

(tatau nak kutuk pe lagi)
Tapi...
Dia nih la yang pertama komen di Yang Terdalam
Seriusly, dia nih la.
Dia ni la yang buat aku percata kuasa blog untuk mencipta persahabatan
Dia lah yang kadang-kadang buat aku rasa nak update blog.
Dia nih la yang selalu komen sengal-sengal sehingga aku rasa apa yang aku buat berbaloi.
Walau sekarang jejak kaki dia susah nak nampak di blog ini.
Aku menghargai apa yang telah dia buat dalam Yang Terdalam.

Sob sob*
Nanges ke???

Arghhh!!!!!!
Takde maknanya!!!
Hehehe
To cik teddy a.k.a nadiah
Happy 21st bday on 5th of March!
Teruskan bersengal di sini!


Dah habis sambut smua, takkan lah takde artis kan.
Blog ni, kalo sambut takde artis mana boleh!
Itu dah jadi identiti blog ni!
So, miskin-miskin pown, aku tetap ada artis untuk habiskan entry ini.

Antara artis-artis yang terlibat adalah...


Takde Band – Kerana Wanita (Tak Yah Dimengerti)
Flite – Cubitan Wanita
Erwanshah – Pembenci Wanita
Rosak – Wanita Yang Kau Tak Pilih, Tapi Tawar Diri
Siti Nurhalijah – Wanita Ke???
Engineer’s Pet – Warisan Wanita Terlampau


Untuk penghabisan, kita jemput band international pulak!
(blogger biar papa, asal bergaya)

So, mari kita persilakan band kesukaan cik teddy!

Your Physical Romance!!!

Dengan lagunya…

“Kata-Kata Terakhir Yang Famous!!”

Enjoy!
Bestkan kumpulan ni...
Bye!


:::YTBACK!!!:::

Up & Down

0178
6 Mac 2008


Hello there!

Hidup umpama roda kan. Sekejap atas, sekejap bawah.
Semuanya boleh berubah dalam sekelip mata.

Just want to share, my up and down for current days in my life.


UP!!!

Malam isnin lepas
Ada satu meeting besar-besaran Expoconvo’08.


Aku sebagai mantan untuk SUB Penyelarasan Program menghadirkan diri jugak. Sebagai sokongan aku kepada yang akan datang ni dan juga sebagai ’pencerita’ pengalaman yang telah aku lalui.

Kepada yang blur2, memang masa Expoconvo’07 tuh aku kira besar gak tanggungjawab yang tersandang.
Banyak yang aku kena selaraskan, dan ia memang bukan satu tugas yang mudah.


Beberapa kali aku break down.
Nak berhenti. Nak letak jawatan.

Sebab kadang-kadang apa yang kita nak tak menjadi kenyataan.

Tapi ada sebahagian ’suara’ dalam hati ni mengatakan tidak.
”kalau ko berhenti sekarang, apa ko nak buat? Pengecut! Ada masalah sikit lari!


Dan aku bertahan kerana aku percaya kata hati aku.
Dan dalam susah payah, tensi yang agak menggila, pengimbangan antara studi dan tanggungjawab, aku berjaya jugak laluinya dengan agak berjaya.
Takde lah masalah besar ke hapa.


Dan, malam isnin tu, kedatangan aku ke Dewan Kuliah Utama 2 UMP itu adalah untuk bercerita. Berkongsi pengalaman.
Berkongsi apa yang aku rasa.

Melihat budak2 yang baru nak join program ni, tak ku sangka, dah setahun aku memegang jawatan itu dulu.
Betapa cepat masa beredar, sehinggakan, aku merasakan aku masih lagi memegang jawatan itu!
Dan sedar tak sedar dah 3 bulan aku menjadi mantan untuk jawatan yang akupegang selama hampir 8 bulan itu.


Perasaannya berbeza.
Anda adalah pemerhati.
Anda bisa memberikan pandangan, tapi jangan harap pandangan anda diterima seratus peratus.
Anda hanya mantan!


Pada junior sejawatan denganku, aku ceritakan, jangan terlalu bergantung dengan apa yang kami lalui.
Anda perlu guna adaptasi sendiri untuk mengatasi segala cabaran yang datang.
Apa yang anda semua bakal lalui bukan sama seperti kami.
Hasil kerja anda juga mungkin lebih bagus dari kami.
Jadi gunakan adaptasi sendiri.


Macam-macam juga aku ceritakan.
Dari satu benda ke satu benda.


Sampailah satu ketika, aku melihat semuanya menganga!
Dan aku lantas berkata,

”saya tahu, semua tugas ni nampak berat.
Semuanya memang di luar jangkaan.
Anda tak boleh predict apa yang berlaku.

Saya pun dulu ambik masa 3 hari untuk absorb segalanya dalam kepala otak ni.
Tapi dari masa ke semasa, saya belajar bersama anak-anak buah saya.

Anda lihat tentatif yang tebal ni (menunjukkan tentatif yang tebal itu), saya edit dan buatnya semasa studi week semester lepas.

Kalau anda fikirkan balik, mungkin anda takleh percaya.
Tapi itu kenyataannya.


Semua benda ni nampak susah.
Tapi bila anda bekerjasama, anda akan mengatasinya dengan mudah.
Saya bukan buat kerja ni sorang dulu.
Anak-anak buah saya terlalu banyak membantu, sehingga saya pun jadi kuat dan semangat untuk teruskan segalanya.


Tapi yang penting tahu bila waktu yang sesuai untuk buat kerja.
Tanyalah sapa pown, bahagian PC Expoconvo’07 merupakan bahagian yang paling sengal, poyo dan paling tidak disenangi.
Sebab itu tugas kita, kita kena kawal flow tugas orang lain untuk buat kerja kita.

Dalam bahagian kami bergurau, berjenaka.
Masa 1st day event tuh, bahagian PC je yang gedik2 tangkap2 gambar poyo sebelum event.
Masa buat kerja kami serius balik.
Kita kena pandai kawal semua tuh


Apa pun, guna kan adaptasi sendiri.
Lepas anda habis hadapi semuanya, anda akan rindukan kembali suasana bekerja di dalam expoconvo.

Percayalah”


Tiba-tiba masa tu, aku rasa sayu.

*dah habis semuanya!
Apa yang aku usahakan selama ini, secara officialnya berakhir bila aku menjadi mantan dan memberitahu pengalaman lepada muka-muka baru ini.
Selepas ini, aku hanya pemerhati!*


Balik itu, satu per satu perasaan timbul.

Aku bangga, sebab berjaya melalui semuanya.
Bila ceritakan balik apa yang telah dilakukan kepada orang yang tak tahu apa-apa, memang terasa terlalu banyak benda yang telah berjaya aku dan anak buah aku lakukan.
Sehingga budak-budak tu menjadi pening mendengarkan tanggungjawab yang digalas mereka.


Aku sayu, sebab kenangan itu takkan berulang kembali.


Semangatku kembali meninggi untuk menghadapi cabaran yang seterusnya!
I’m up up to the sky!

*****

DOWN!!!


Seperti yang aku katakan, ada atasa, ada bawah.


NOTICE: SEKARANG NI, SILA JERUTKAN MUKA ANDA.
CENGILKAN MATA.
KERUTKAN SEGALANYA!
BAYANGKAN PERASAAN ANDA KETIKA MARAH!
TERIMA KASIH!


Esoknya, aku dihambat oleh tanggungjawab yang lain.
Yang membuatkan aku teramat bengang!

Teramat-amat!


Sehingga malamnya,
Aku menelan panadol dan cuba untuk lelapkan mata.
Tapi tak boleh.

Sehingga aku buat macam-macam perkara bodoh sebab terlampau bengang!
Sehingga aku terfikir nak dapatkan ubat tidur di pharmacy.
Atau try ’ice’ ke, atau apa2.

Sebab aku terlampau bengang!


Kredibiliti aku dipersoalkan.
Aku digambarkan sebagai tak bertanggungjawab dan tidak melaksanakan tanggungjawab aku!
Sedangkan di sini, aku berusaha sedaya mampu untuk imbangkan antara studi yang membukit untuk budak 3rd year ni, dan benda itu!
Sehingga aku kepenatan, dan kepeningan.
Sehingga aku tak de masa untuk diri sendiri.


Yang berbunyi tak kenal aku siapa.
Dia tak pantau apa yang aku sudah lakukan.
Dia tak tahu apa yang aku usahakan.
Yang dia mahu tahu progress kerja.
Bila aku katakan semuanya dalam proses, dikatakan aku tidak menyumbang apa-apa.

Dikatakan aku begitu, begini.
Aku malas melayan.
Aku anggukkan saja.
Aku beredar.

Aku perlu berfikiran waras.
Aku kenal siapa diri aku.
Aku tahu betapa profesionalnya aku boleh jadi.
Aku tahu, ko tak kenal aku, jadi ko memang tak layak nak judge aku.

Seriusly, semalam aku down yang teramat.
Teramat-amat.
Tak pernah begitu!


Namun, pagi tadi, aku kembali.
Sembahyang, dan dengan semangat yang baru.
Aku laksanakan mana yang mampu.

Kepada yang hanya tahu berbunyi, tapi tak tahu nak menghormati.
Go to hell ku beri!!!



p/s – jangan risau, aku masih waras. Aku takkan cuba perkara yang merosakkan aku seperti dadah etc. even rokok pun aku jauhkan. Cuma waktu bengang, biasala, macam-macam difikirkan!

p/s – hope things will get better now

p/s – I do need a break!


:::YTBACK!!!:::

Nicknames

0177
2 Mac 2008


Tadi, semasa makan.
Aku dan rakan-rakan rancak bersembang.
Berbicara, bercerita.
Mengumpat!


Best jugak bila ada masa begini. Setelah pagi tadi penat berkelah di Bekelah, malamnya hanya duk lepak bersenda gurau.
(eheh, sapa yang doakan hujan tu, tadi cuaca mengizinkan dan baik... terima kasih!)


Tibalah satu topik yang disembangkan.
Dibicarakan, diceritakan.
Diumpatkan!


Topik nicknames.

*****

Nicknames?

Yeah, wuteva you call it, - nama panggilan, nama samaran, nama glamour - it all exclude in the same group.


Tiba-tiba aku teringat beberapa nama pelik, yang telah diberikan kepada kawan-kawan, dan yang kelakarnya melekat sampai sekarang!


Kadang-kadang aku ni jahat gak. Aku suka bagi nama-nama kat kawan. Selalunya adalah cerita yang menyebabkan nama-nama itu diberikan.


Entah kenapa, agaknya aku punya bahasa tinggi sangat kowt, atau menarik perhatin orang, nama yang aku bagi tuh kadang2 melekat, sampailah sekarang!


Takut pon ada sebenarnya. Yelah, macam benda jahat yang kita buat berpanjangan je. Menambahkan dosa aku je!


So, marilah kita tengok beberapa orang yang telah dengan jahatnya aku memberikan nama samaran....

*****

Case studi 1 – Kucik.

Nama dia ni sebenarnya Azri. Dia kawan aku masa matriks dulu. Duk depan bilik aku.


Masa orientasi, semua tak nak lah diam sangat. Masa tu dah rasa diri besar, dan patut bersosial dengan orang.


Sejak hari pertama lagi, bilik aku dengan bilik si Azri ni sering berhubung. Kiranya minggu orientasi, kitorang sama-sama pergi la.


Sampai la satu ketika, masa tu nak pergi bersukan petangnya.


Azri, tiba-tiba berkata,

”eh, jap tunggu. Aku nak betulkan seluar aku nih. KUCIK dia terkeluar lah!”


Aku memandangnya pelik. Bahasa pe ni?

Aku tengok seluarnya.
Ternampak poketnya terkeluar dari seluar!
Lantas aku tergelak!

”woi! Tu KOCEK la.. bukan KUCIK! Kampung giler panggilan... orang sekarang panggil poket la! Hahaha!”

”lantak la aku nak panggil apa pon. Asalkan aku rasa best!”

Dan kami berlalu ke tempat riadah.

Malamnya, aku cerita dekat kawan-kawan sebilik aku insiden tadi. Diorang tergelak terbahak-bahak.

Disebabkan terlalu ramai nama Azri dalam matriks tu, yelah, nama common kan, bila kitorang nak refer je kepada si Azri ni, kitorang akan panggil Azri Kucik.

From time to time, tiba-tiba hilang nama Azri tuh, jadilah Kucik je.


Sampailah sekarang…

Dan baru-baru nih, ada orang nak add aku kat friendster. Aku tnya la sapa.


”ni Azri la. Kawan matriks ko!”

”Azri? Hahaha, aku kenal KUCIK je. Aku tak kenal Azri!”

”Hampeh ko Kamal!”


*****

Case studi 2 – Bibik (Ribut-Ribut)

Ni satu lagi budak yang aku jumpa kat matriks. Roomate si Kucik.
Nama sebenarnya pun aku ingat-ingat lupa. Hairul kowt. Hik!

Kisahnya, dia ni mamat skema. Prasan bagus! Dia ni kelam kabut. Nak orang ikut cakap dia je.

Masa minggu orientasi, dia dengan tak malunya g bilik ke bilik untuk buat roll call. Padahal orang tak lantik dia pown! Kitorang ala-ala bengang la dengan dia.

Sampai lah satu ketika, aku ke bilik dia.
Aku pun terperasan la ada satu rak yang dia bawak dari rumah.
Ala, rak plastik yang selalu kita guna letak bawang, sayur-sayur dekat dapur tu! Yang bertingkat tu!
Mamat ni lak bawak untuk letak barang-barang dia.


Aku dengan tak de insurans nya sound la

”apsal ko bawak rak ni? Tak cukup ke loker tuh? Rak macam ni, bibik-bibik je pakai”

Kawan aku yang terdengar terus gelak.

”bibik, sedap gak nama tuh ek. Panggil Hairul ni bibik la lepas ni”

“Oii.. sedap-sedap je!”

Lama gak lah benda ni berlalu. Sampai satu ketika, ada event senamrobik besar-besaran kat matriks tu. Si Bibik ni biasala, dengan tak malunya wat perangai, panggil setiap orang suh g padang awal-awal.

Kitorang bengang la. Aku pun,

”bibik, mengapa ribut-ribut neyh? Enggak usah di ribut-ribut. Masa ada lagi. Koknya ku panggil kamu Ribut-Ribut mahu!”

Dan bila aku cakap camtu je, macam biasa, ada je kawan aku yang approvekan nama tu…

“haha, bibik bernama Ribut-Ribut. Memang sesuai. Dia nih memang kelam kabut pown. Macam Ribut”

Dan... nama tu melekat sampai la sekarang...
Baru-baru nih, jumpa kawan satu aras. Tukar-tukar cerita pasal semua kawan searas.

”eh, Ribut kat mana sekarang eh?”

”Ribut? Eh, melekat lagi ke nama tu kat dia???”
(konon rasa bersalah la!)

”ha’a la melekat. Aku pun lupa nama asal dia apa sebenarnya. Asik panggil Ribut je. Dia kat mana ha??”

”tah, aku tak tahu. Bersama taufan dan angin kowt!”

Eheh!

*****

Case studi 3 – Pingu

Ni satu lagi mamat yang aku jumpa kat matriks (agaknya memang masa matriks aku jahat kowt!)

Dia nih pe’el nya macam si Ribut gak, perasan bagus, berlagak, tapi tin kosong. Suh wat keje, bukannya reti pown! Pastu masa orientasi ada ke patut nak sangat lantik diri sendiri jadi ketua praktikum!

Kitorang ya kan je la. Sebab masing-masing malas nak jadi ketua.
Sampailah pengurusannnya mamat ni. Dia pandai cakap je. Buatnya tidak! Bengang je kitorang.

Sampailah satu ketika, dia kacau aku. Aku malas layan. Yelah, kang aku sakit hati lak kan.
Tiba-tiba dia sound

”oh, tak nak layan aku ek. Wat tatau. Muka ko nih, sama macam katun kat TV tu – PINGU”

”ek ellen mamat ni. Antara aku ngn ko, ko tu yang lebeh macam PINGU. Cuba tengok betul-betul sket!”


Actually dia memang sedikit pendek, dan gempal pown. So samalah macam PINGU kan.

Dan nama tu melekat rupanya. Aku ingat men2 cakap tak melekat. Alih-alih sampai sekarang.

Seriusly, aku lupa apa nama asal dia. Yang aku ingat hádala PINGU!
Jahatnya aku!


*****

Apapun, sebenarnya topik malam tu pasal satu nickname yang tersebar di UMP ni. Malas citer lebeh2. kang jadi kontrobersi lak. Sekarang nih ramai dok baca sini.

Aku Cuma nak kongsi je, ke’jahat’an aku bagi nama kat orang, yang melekat lak tu. Sampai semua orang ikut.

Kadang-kadang rasa bersalah pown ada! Ish!
Tu nama yang aku ingat, yang aku tak ingat??? Abes la!


p/s – eh, aku ada teeerrr bagi apa2 nick name kat korang tak??? Eheh!


:::YTBACK!!!:::