Pushing The Limit

0353
31 Januari 2009

1. Presentation Plant Design rabu ni, cover mostly about sizing, and hazop of equipment.

2. Setalah dibagi sama rata, aku dapat untuk buat sizing and hazop for centrifuge (centrifuge, centrifugal extractor, basket centrifuge) dan mixer (tank and in-line)

3. Tak habis2 pasal centrifuge!

4. Dahla PSM, centrifuge buat hal, dekat Plant Design pon kene sizing centrifuge jugak! Argh!!

5. Tau tak, nature 3 centrifuge yang aku kene sizing tuh berbeza2.

6. Yang centrifuge biasa guna konsep sedimentation,

7. Basket guna konsep filtration,

8. Yang centrifugal extractor lak, proses extraction lagi dominan.

9. So kene tackle sizing dengan cara yang berbeza.

10. Yang mixer pulak, mana la aku nak cari viscosity glucose yang merepek2 tuh. Aku tengah assume dia terlalu cair dalam air, dan viscosity dia sama macam air

11. Paddle untuk mixer tuh pon, sikit amik source sini, sikit amik source sana. Tah valid tah tidak

12. Yang bengongnya, setelah hampir 4, 5 jam aku mengira sizing untuk centrifuge, ada ke patut, untuk production 2500 metrik tan setahun, aku punya centrifuge besarnya 4.5 cm je???

13. Ada ke patut??? Meh cakap sini patut ke tak???

14. ARGGGGHHHH!!!!















Tilam Puaka dilanda tornado!



p.s - pertama kali aku menjerit argh dalam point form! haha!

p.s - senyum... senyum! aku perlu senyum! *senyum sengih tunjuk gigi*


:::YTBACK!!!:::

Masih Merenung Bulan...

0352
30 Januari 2009

Entah mengapa, sering terlupa
Rahmat yang tiba berbeza-beza

Untuk semua kurniaan Nya
Tak terhingga

Janganlah asyik memandang bintang
Merenung bulan tinggi di awan

Bumi dipijak
Rumput yang hijau
Dilupakan




p.s – people say that, if you fall, what is more important is how you get up, right???


p.s.s – got a presentation of Plant Design on Wednesday, still preparing for that, but somehow something get in between… wish me luck ok!


:::YTBACK!!!:::

Merenung Bulan...

0351
29 Januari 2009

Entah mengapa, mataku ini
Halaman orang tampak berseri

Laman sendiri berwarna warni
Tak bererti

Terlalu asyik memandang bintang
Merenung bulan tinggi di awan

Bumi dipijak
Rumput yang hijau kulupakan



p.s – The Convocation Part 3.0 will be backdated when I have time to update… life has been hectic since…
p.s.s - thanks adi for posting this song as an entry, and makes me remember...


:::YTBACK!!!:::

The Convocation Part 2.0

0350
27 Januari 2009


Sowi lambat mengupdate pasal mende ini
Sedikit kepenatan melayan
‘orang2 jauh’ yang datang ke UMP untuk konvo
Dan juga sibuk bercuti sebelum aku nak mulakan aktiviti lab esok pagi
Thus, lambat pon takpe la

Selalunya, kalo dah lambat, aku selalunya malas dah nak mengupdate
But not this time!!
Sebab event ni banyak mende yang berlaku

Dan jangkaan awal aku untuk balik ke UMP malam itu meleset
Aku hanya tiba di UMP pada pukul
230 pagi!
Sebab apa?
Nanti slow2 aku ceritakan
















Majlis Konvokesyen ke 3, Sidang Kedua
Universiti Malaysia Pahang
24 Januari 2008

Ok, pagi 24 hb Januari 2008, dimulakan seawal jam 615 pagi
Aku bersiap2, sembahyang dan mandi
Rasa tak puas hati, gosok sekali lagi baju yang ingin dipakai
Macam aku lak nak konvo kan?
Haha

Then, mula bertolak ke UKK 1, mengambil
Muna, kawan aku untuk pergi bersama2
Kira skandal aku untuk hari itu laa
Haha
Pukul 720 mula bergerak keluar dari UMP

Singgah di stesen minyak, dan terus ke
Hotel Green Leaf
Tinggalkan
Lisa di situ, dan menaiki satu kereta len yang…
(azmi, tolong sambungkan boleh, tak sanggup lak rasanya mengutuk… huhu)


Walau kereta itu …………, kereta ini power woo
Dengan keadaanya yang berdebu 4 bulan tak basuh, dan satu lambaian sahaja, kereta ini dibenarkan masuk ke kawasan Dewan Jubli Perak, tempat konvokesyen tersebut

Ini dinamakan aktiviti seludup!
Aku menaiki kereta seorang staf UMP, dan aku dan Muna berjaya masuk ke dalam dewan konvo dan duduk di tempat ibu bapa
Kan susah nak masuk dalam dewan tu, setiap pelajar hanya dibenarkan bawa 2 orang sahaja ke dalam dewan

Bila mereka bertanya kami siapa, kami menjawab,
kami press
Diowang percaya je, walau ada yang kenal muka kami berdua ini
Walaupun, hanya kamera cikai yang dibawa!
Haha, lantakkan aja!

Semuanya kerana nak tengok kawan2 konvo secara live!
Dan kebetulan pula, kami duduk, betul2 dekat pintu graduan2 akan masuk ke dalam dewan
Thus, bila masuk je dalam dewan, muka kami berdua yang first mereka nampak
Sempat la melambai2 kepada kawan2 yang dikenali

Selepas itu, macam biasa, ikut tentative
Aku dah ngantuk2 dah tunggu mereka nak amik skrol
Dimulakan dengan perarakan masuk staf akademik ke dalam dewan
Kemudian ahli senat
Dan kemudian, keberangkatan masuk Tengku Mahkota Pahang

Nyanyi lagu Negaraku
Nyanyi lagu Maju Gemilang, lagu rasmi UMP
(tiba2 teringat Dewi yang merakamkan lagu ini, sore dia tuh... mahal!)















Azmi aka Bangcik, kelas kedua (tinggi) tuh...
Aku nak try aim first class la cmni! =p

Dan mulalah aktiviti pembagian skrol kepada para graduan
Aku sangkakan hanya fakulti kimia dan computer je kali ini
Sekali ada juga mekanikal, elektrikal dan awam
Kiranya ini konvo juga kepada pelajar2 extend

Ini adalah sidang kedua kerana fakulti2 awam, mekanikal dan elektrikal telah dilakukan pada Ogos lepas

Disebabkan fakulti kimia kene extend sampai 4 setengah tahun, dan fakulti computer hanya 3 setengah tahun,

Aku nanti pon mungkin begini, walaupun dengar ura2 nak diadakan bulan Ogos juga
Tengoklah macam mana

Di samping tengok amik skrol, aku snap la mana dapat
Bengang lak aku, kamera aku rosak
Kamera yang aku bawak, kawan aku punya, thus tak berapa best
Dah la kuat makan bateri
thus diadakan sidang kedua ini pada bulan Januari
Tensen je tengok DSLR yang cameraman usung tuh!

Dan dijadikan cerita, depan kitowang ada la plak 2 press India duduk
Dan, bila aku nak zoom n snap, ada la kepala botak diowang jadi latar belakang
Adeh!
Thus, gambar masa tuh tak cantik sangat
Apa pon enjoy
















Senior aku - Radzi















Kak Lyz















Kakak Angkat TKD aku - Kak Yati















Wan Ferol, si jejaka 36 inci! haha















Chotz, sowi la blur...
Gelap giler, tak nampak kot labuci2 ko! haha















Kamal a.k.a Chesterchaz

Dia dari jauh dah senyum n peace kat tangan sebab nampak aku nak snap















Masa aku nak snap gambar ni, kamera tiba2 kuar 'low light'
Aku ingatkan sebab ko Mie, sekali bukan sebab ko sowang rupanya!!! hahaha















Punya la aku nak mengelak kepala india depan aku tuh, alih2 sekerat je gambar ko Mie!

Lepas habis ceremony, semua keluar dari dewan, pegi makan
Aku ngn muna, sekali lagi berjaya menyeludup ke santapan diraja
Kiranya memang kami membuat aktiviti seludupan aja hati itu!

Tapi tak best la makan2 gitu, kene pakai sudu garfu
Terbatas sket!

Abes makan, tengku mahkota nak berangkat pulang dah
Sekali, dia berhenti pula, benarkan rakyat jelata menangkap gambar
















Tengku Mahkota Pahang
Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Syah Al-Musta'in Billah
Canselor Universiti Malaysia Pahang

Banyak kali aku tengok gambar tengku mahkota ini
Sangkaan aku dia ni sombong sket
Tapi bila tengok live begitu, siap gelak2 bersama budak2 grad, aku rasa dia mesra rakyat lak
Memang la gambar2 sebelum ini menipu aku!

Dan, dah jumpa si melaun2 yang dah grad, apa lagi, tangkap gambar la gila babeng!

Layankan aja sampai abes ok!
















With Chot & Kamal
Sowi la, bunga yang ku tempah dah dijual kepada orang len
Thus, aku curi bunga korang boleh?















With Kak Asiah, senior TKD















With Amir, si jejaka Rengek! haha
Dia tengah praktikal kat Penang, cuti
So singgah sekejap ke sini
Tak sangka mamat ni datang!















En. Wan, Azlan, Aku, Muna



















Ini dinamakan sesi memberi kad kahwin ok!
Gempak giler kad kawen, siap ada gambar stail mawi-ekin lagi dalam tuh! =p



















Ini kumpulan Pow
Kami selalu pow jejaka tua kat belah kanan tuh
Silap takde si Bunchet je
Kalo tak lengkaplah kumpulan ini! =p




















Sesi langkah bendul konvo
Adeh! macam pompuan mengandung je aku tgk!
Tak pon macam ahli sihir!
Pilih mana kowang nak!

In all, aku bangga tengok kawan2 aku amik skrol itu
Congrats guys!!!
Bila nak open table???

Aku insyaAllah akan menyusul tahun depan
Doakan PSM & Plant Design aku ok!

Ada lagi ceritanya, aku cerita baru sampai pukul 2 petang
Ada lagi 12 jam punya cerita nak diceritakan
But, that will be in the next entry
Aku nak wat keje aku lak!

























































Ni sesi aku nak snap Azmi berbaju Melayu
Dia punyalah tak bagi aku snap gambar dia berbaju Melayu hitam
Cepat2 dia sarung jubah dia balik
Tuh pasal sume blur

Di kurun Internet ini...
Zaman dah berubah...
Dunia dah maju...
Teknologi dah berkembang kan

Thus aku gugle je gambar azmi pakai baju melayu hitam!
Dan keluar gambar ni!
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..




















OPS!!!


Jangan marah ye bangcik...! =p


Stay tune untuk part 3!
huhu



:::YTBACK!!!:::

The Convocation

0349
24 Januari 2009

Remember bangcik???
From this entry, and this entry















Do u know chot???
Sengih2 bajek comel laa tuh! =p




















Photo kredit to Sawanila.com


And, some of you might know Chesterchaz aka Kamal
(nama kami hampir serupa, dia Ahmad Kamal bin Masrur, aku Ahmad Kamal bin Hassan) =p















Photo kredit to Jazlin Ernida

All of these people, with some other 300++ people will be graduated in approximately 7 hours time

Azmi aka bangcik akan bergraduasi untuk Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian)

Dan kedua2 Chot dan Kamal akan bergraduasi untuk Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia

Azmi aku kenal semasa Expoconvo’07
Sejak itu kami agak rapat, bersama lagi 2 kawan, Aizat dan Amir
Kami selalu keluar bersama
Dia graduate awal, kos dia 3 tahun setengah, sedangkan aku 4 tahun ++

Chot dan Kamal pulak, aku kenal sejak dari first year lagi, diowang senior aku
Kami searas, diowang sebelah bilik aku
Dan diowang ni memang mempunyai satu kumpulan yang kepala gila2 dan otak tak center

Diowang akan graduate esok, eh, hari ini, 24 Januari 2009
Sedikit rasa sentimental lak, bila tengok orang2 yang kita kenal bergraduasi ini

Aku akan graduate tahun depan, sama masa waktu begini, mungkin di bulan Januari juga
Jun ini akan mula praktikal, masih mencari2 mana2 lubang untuk dipraktikalkan
InsyaAllah, aku akan graduate jugak

Esok, eh, hari ini, akan bangun awal2 pagi, dan pukul 7 akan bergerak ke Dewan Jubli Perak untuk meraikan mereka bersama kawan2

Kepada mereka2 yang bergraduasi,
mostly my senior,

happy graduation!!!

Masa ni la plak nak play Graduation Song (Vitamin C) kan…
Sedih... huhu



p.s - mie, aku harap bancik jadi bangsar! *u know what i mean*
p.s - tak sabar mau baling tepung kat chot dan kot 2k nya!!! haha
p.s - kamal dah memandatorikan aku untuk hadiahkan dia bunga dan choclat! paksaan ni! grr!
p.s - dewi, i know u want to be here... i'll try to update on the event!!!


:::YTBACK!!!:::

Guest Writer!!! haha

0348

21 Januari 2009

Aku teramat busy
Tanggungjawab menyebabkan aku melawan daya upaya diri
Membuat segalanya semampu boleh
Melakukan semuanya dengan kudratku ini

Balik dari lab awal pagi
Esoknya pukul 8 sudah tercongok kembali
Badan kurang rehat
Hari ini aku berehat

Aku mungkin akan berehat sebentar dari blogging
Walau berkali cakap macam tu, tapi kadang2 bila tensen, ada je update kan
Nak buat macam mana, blogging satu escapism

Tensen itu bagus sebenarnya
Ia membuatkan kita mengetahui kemampuan diri
It is a very good driving force to success
Ia menyebabkan kita bergerak dengan apa yang kita ada

Memang tertekan
Dengan masa
Dengan kerja
Dengan manusia
Dengan rasional
Dengan emosional
Dengan segalanya
Namun, ia sesuatu yang perlu dilalui

Ingat lagi dahulu, aku amat tertekan bila menjawat jawatan untuk Expoconvo’07 [1] [2]
Tiap hari bekerja semampu boleh
Bila hari pengakhirannya, aku merasa sedikit kehilangan atas tanggungjawab itu
Dan aku tahu, aku akan merindukan saat2 ini
Thus, I must enjoy every second of this!

Tiap hari aku mengusya Yang Terdalam
Trafik naik turun
Ada yang selalu menjenguk
Tentu anda mengharapkan sesuatu dari Yang Terdalam kan???

Oleh itu,

AKU INGIN MENJEMPUT
MANA2 WRITER
YANG MAU MENULIS UNTUK YANG TERDALAM

Sila hantarkan karya anda ke ak0143@gmail.com!!!

Free saja maaa
Buat lah amal jariah sket!
Hapa ingat redmummy je leh wat guest writer???
*pasan popular sat*
Haha


Bercakap mengenai itu, aku baru teringat satu gambar lama aku
Sekitar tahun 2006 kowt















So, sekarang jawab:

Siapa sebenarnya pengasas ahli Geng Bas Merah???
SIAPA?????

Siap kat LONDON lagi tuhhhhh
Kan aku dah cakap aku berpuaka dan bertakhta!!!
Haha


p.s - still try to read all entries subscribe through my google reader... skunk dah exceed 400 entries!!! mabuk gue membaca!!!


:::YTBACK!!!:::

40 Points

0347
19 Januari 2009
40 Points

Aku tau, kowang rindukan aku
Aku tau, kowang mencari2 aku
Aku tau, kowang datang2 ke YT, hampa sebab takde update

Sori guys!
Tanggungjawab membelenggu
Masa memblog makin kurang
Masa mau ke blog2 kowang pon tiada
Mana aku sempat jenguk tuh, nasib la
Mana tak sempat komen tuh, ampun maaf dipinta!
Aku amat lah busy

Mula2 tadi aku ingat nak update pendek je
Tapi memandangkan aku kat lab, internet laju
Dan aku pulak bawak kabel hanset aku
Thus, aku rasa aku boleh la update secara sepenuhnya
Huhu

40 Points:

1. Ya, aku kat lab. Dah seminggu, lab ini menjadi tempat permainan aku. Silap takde jongkang jongket dan gelungsur je. Memang tiap hari ke sini

2. Semua kerana PSM!

3. Disebabkan presentation Plant Design akan diadakan selepas naik cuti raya Cina ni, ramai berusaha keras untuk menghabiskan PSM masing2

4. Sampai bergaduh2, berebut alat, sorok2 radas, dengki mendengki, dan sewaktu dengannya, semuanya kerana masing2 takut dengan tanggungjawab masing2

5. Kalo tak abes tak leh grad wooo. Tak sanggup aku menghabiskan masa studi lagi. Baek aku buat elok2, pastu grad, keje. Pastu kawen!. Haha

6. Dan bila masing2 tertekan dengan tugasan masing2, lab makin penuh la

7. Dan aku tensen, alat aku je, 5 orang guna. Thus, nak buatkan jadual penggunaan alat tuh memanglah susah, sebab masing2 nak cepat siap!

8. Basically, PSM aku pasal soymilk

9. Dalam soymilk ni ada trypsin inhibitor, satu antinutritional yang tak diperlukan dalam makanan, tapi diperlukan dalam industri perubatan

10. Masa penghasilan soymilk dengan menggunakan heat, menatang ni diunactivatekan. But this unactivate process is reversible, so benda ni boleh aktif balik

11. So kita kene remove la ini benda

12. Untuk removekan, aku kene filter (tapis) guna membrane

13. Membrane ni kiranya macam tapis biasa mak kita pakai nak perah santan tuh la

14. Kan ada lubang2 kan. Itulah pore size bagi membrane

15. Membrane yang aku guna amat kecil saiznya - 50 kDa (kilodalton). Meaning, menda2 yang boleh lalu adalah amat limited

16. Dijadikan cerita, menatang yang kita nak remove tadi tuh saiz dia kecil dari 50 kDa, sekitar 8-10 kDa je

17. Protein dalam soymilk lak lagi besar dari 50 kDa

18. Thus, lepas process ni, aku leh buang trypsin inhibitor tadi, dan recover purified soymilk yang bebas antinutritional itu

19. Aim aku, aku kene cari transmembrane pressure (TMP) yang optimum dalam process ni. Ni kira macam berapa besar daya yang kita gunakan untuk squeeze santan dari kelapa la. Aku kene cari berapa daya yang optimum

20. Untuk menambahkan entri ini lagi, marilah aku bercerita

21. Sebelum masuk ke dalam alat filtration tuh, susu soya yang aku beli dari kotak tuh perlu dipretreatmentkan

22. Sebab soya banyak suspended solid, thus aku kene centrifuge kan soya tuh untuk remove particle2 yang besar. Ini untuk mengelakkan membrane aku tersumbat dengan particle2 tuh

23. Centrifuge ni actually macam mesin basuh kat umah tuh. Kan masa dia spin nak remove air, dia spin laju2 kan. Bila pusing, air akan tercampak keluar dari baju kan

24. Gitulah particle tuh akan dimendakkan di hujung botol centrifuge aku. Thus, nanti aku boleh la asingkan air dan particle2 itu

25. Nak menambahkan emosi yang tak stabil bagi aku, ada la pulak orang merosakkan centrifuge (mesin basuh) yang besar! So, nak tak nak, aku terpaksalah gunakan centrifuge yang kecik

26. Sekali aku kene run kan 2 liter (2000 mL) air soya

27. Aku gunakan 2 jenis air soya – yang dalam kotak, dan yang tradisional

28. Aku kene runkan dekat 5 TMP, setiap satu TMP 2 kali (duplicate)

29. Thus, total up, aku kene runkan 40 liter air soya kepada alat filtration itu!

30. Yang centrifuge kecik itu hanya boleh beroperasi dengan kapasiti maksima 240 mL untuk 30 minute, 8000 rpm (rotation per minute) dan 20 darjah celcius

31. So berapa kali dan berapa lama aku kene centrifuge kan untuk 40 L air soya???

40000 / 240 = 166.666667
166.66667 x 30 min = 5000 min = 83.33335 jam!!!
Argh!!!

32. Kalo la mamat tuh tak rosakkan centrifuge, aku hanya gunakan 10 jam sahaja!
Kembalikan 73 ++ jam aku!!!

33. Diingatkan, ini hanya sample preparation, belum masuk alat lagi.

34. Dan diingatkan juga, ada jugak orang lain nak gunakan alat2 itu!

35. Tensen aku. Aku hanya hadapi dengan tabah je ni.

36. Entri ini terlalu ilmiah dan emosional? Layankan aja!

37. Tadi aku dah buat entri ini dalam perenggan, tapi macam tak best, thus buat dalam point form

38. Tolong doakan aku dapat hadapi semua ini dengan cekal, redha, dan tabah

39. Semalam best giler weh Faizal Tahir dengan Sampai Syurganya! Eh, itu laen entri! (kalau ada)

40. Ok, dah cukup dah 40 points!



p.s - mula tadi ingat nak upload gambar, tapi macam malas pulak! lenkali lah kalo ada ek! huhu



:::YTBACK!!!:::

Alhamdulillah

0346
14 Januari 2009


This entry related to this entry…
And this















Despite all things that happened last semester

All heartache and hatred

Confession and confusion

Tell the truth, but end up heart broken
I guess the cloud still has a silver lining
















I cannot change all things that has happened

But I guess this holds my future


Alhamdulillah
for all things that happened

HE knows better




p.s -
Pelik... bila mula aku taip entri ini je, playlist winamp aku memainkan lagu 'Yang Terdalam'.
Macam tau2 je!
Masih Dihantui Yang Terdalam???


:::YTBACK!!!:::

Jadual Blog

0345
12 Januari 2009

Tengah dalam zaman ke'busy'an
Macam2 mende nak buat
Hari sabtu ahad berhuha jimba2
Dan sekarang aku kembali busy

Tak sempat usya blog2 kowang
Dekat google reader aku dah dekat 300+++ dah entri kowang aku tak baca
Ada yang sejak tahun 2008 lagi aku tak baca n komen

Oh, for God sake, tak yah update banyak2 boleh tak???
Tak pon, meh aku buatkan jadual entri meh!

Jadual entri:

Seorang satu entri sahaja dalam masa seminggu
Tak boleh lebih, tak boleh kurang
Kalau tak beta hantar PUAKA!!!

Lelaki digalakkan update setiap hari Isnin
Tetapi mereka dibenarkan untuk update sesuka hati,
Kerana relatifnya lelaki memang kurang kerap update blog

Perempuan
setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis


Perempuan dibahagikan kepada 3 kumpulan
Anak dara cun (pipi kempis) Hari Selasa
Anak dara tak cun (pipi ping pong, bola golf, bola tenis) Hari Rabu
Mak2 dara kertu2 (sudah berkahwen) Hari Khamis


Hari Jumaat, Sabtu Ahad jangan update blog!!!

G kuar merayap huha jimba2!!!

Takde life ke haa, asik update blog je???
Bak kata Yonna, ‘Kurang kasih sayang ke???’

Haha, merepek lak aku

Tapi jadual atas ikut tau!
Pilih kategori anda!
Jangan ngelat lak
Cermin diri anda, anda kategori mana!

Muahahahaha



p.s – blogger lelaki takde kategori.. sbb blogger lelaki biasanya hensem2... errr kecuali Bojeng!!! hahahaha
p.s.s - izinkanlah aku berhuha dekat blog ini…

p.s.s.s – camna nak beli Kotex haa??? Ada size ke menatang tuh??? PMS aku dengan PSM ni!!! =p
p.s.s.s.s - jangan marah haa... kang kedut muka!!! kah kah kah!!!



:::YTBACK!!!:::

Oda Bumi Anbia

0344
09 Januari 2009











Prolog:

Izinkanlah aku bercerita
Sebuah kisah yang telah engkau tahu

Dari kaca TV dan di dada-dada akhbar

Kau sendiri melihat dan mendengarnya bukan?


Penganiayaan satu bangsa terhadap

Satu bangsa yang lain

Begitulah apabila kemanusiaan
Di penghujung kewarasan


Merengkok tubuh mungil

Di atas pasir berbumbung langit

Entah apalah dosanya

Rebah dihinggap peluru yang tak bermata


Berkawat lasykar angkuh

Di balik jentera perisainya

Berselendangkan senjata

Tiada belas nuraga nun dihatinya


Dunia bagai pejamkan mata

Serta terpasung tangannya

Tidak mampu berbuat apa

Sedangkan mungkar beraja
Oh mengapa?

Monolog:
Netzarim, Khan Yunis, Gaza, Jenin,

Namlus dan sepanjang tebing barat
Hari demi hari
Lasykar angkuh ini
Terus mengganas mencari mangsanya


Kanak-kanak atau orang tua

Tidak mengapa

Pada mereka sama sahaja!


Mengalir darah merah

Di atas bumi suci Anbia

Laungan Intifada

Bergema membakar semangat perjuangannya


Epilog:

Sampai bila?

Sampai bilakah penindasan dan kekejaman ini akan berterusan?
Sampai bilakah bumi Anbia ini akan terus menyaksikan pertumpahan darah?
Sampai bila, rakyatnya harus terus terkapai-kapai mencari keadilan dan kebebasan?


Aku sendiri menanti jawapnya...











































Sometimes, I am being too ignorant…

Sometimes, I might be too arrogant…

Sometimes, I am captivated by the beauties of the world…

But there are always things need to be remembered…

And this is one of them…


Pray for the Palestine!


UPDATED 1.14 am


Tiba2 teringat satu perkara yang berlaku tadi…

Sejak lepas sembahyang jumaat, cuaca tidak terlalu panas seperti selalu
Ketika perhimpunan, awan makin banyak datang
Bagaikan melindungi kami

Dan ketika bacaan doa dibacakan, awan amat mendung
Angin bertiup, amat damai terasa!
KuasaNYA…

ALLAHUAKBAR!!!



:::YTBACK!!!:::

Maafkan Aku!!!

0343
08 Januari 2009

Tiada, kata maaf terindah dapat kulafazkan
Hanya ketulusan hati mengucapkan


Maafkan aku
Aku tak mampu
Aku tak berdaya melawan semuanya
Aku tak berupaya menongkah arus

Maafkan aku
Mungkin selepas ini engkau akan pergi
Pergi meninggalkan aku sendiri
Bersendiri lagi
Dalam kehampaan
Dalam kesepian

Maafkan aku
Aku hanya manusia
Aku bukan raja meraja
Aku bukan berpuaka!

Maafkan aku

Tiada, kata maaf terindah dapat kulafazkan
Hanya ketulusan hati mengucapkan!


Maafkan aku!













...
...
...
...
...



KERANA TIDAK DAPAT MENGUPDATE CERITA AKU DI YT

TIDAK DAPAT ME'LAMPIAS'KAN KASIH SAYANGKU KEPADA KALIAN!

BERSABARLAH SAYANG!!!~
SEKALI LAGI, MAAFKAN AKU!!! =P

Haha!




p.s –

antara suka dan duka,
antara profesionalisme dan huha jimba2
antara tugasan dan tanggungjawab…
antara PSM dan blog,
antara supervisor dan kalian,
antara bojeng dan diana k (tiba2!!!),
mana perlu diprioritikan???

harap mengerti! =p

p.s.s -

komen la baik2 sket... naikkan semangat aku... hantar PUAKA kang! muahaha


:::YTBACK!!!:::

PSM - Calibration Curve

0342
06 Januari 2009

Hari ini. sedikit kepenatan dengan tugas
Bangun dari subuh, tidak tidur sampai la ke petang
An achievement!
Kalo tak, menjelang tengah hari, itu tilam puaka akan memanggilku

Mungkin sebab kepala tengah dibebani dengan macam2 tanggungjawab
Thus, menyegarkan mata…


































Makmal Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli, UMP
Entrance 4
Napa tutup???
Ni masa cuti hari tuh
Aku tengah nunggu orang di dalam bukakkan pintu


Lepas subuh, terus sarapan sikit, mengedit lagi resume yang hampir 3 hari aku buat
Ada je aku tak puas hati!!!

Kemudian, pukul 10 pagi ke library baru UMP, ada discussion Plant Design
Buat pembahagian tugas, ada presentation kene buat pada 4hb Feb

Nampak gayanya tak balik la aku cuti raya cina ni…
Tak dapat la tengok PGLM!
Unless, all the work can be done before that
But, fat chance!

Pukul 12 – 1, menghabiskan kelas PME untuk minggu ini
Eh, menghabiskan kelas untuk minggu ini la…
Minggu ini takde kelas dah!
Haha





























Parking Lot
Kelihatan dari situ, bangunan baru UMP
Fakulti Kimia, Pusat Bahasa, dan Awam pindah ke situ
Termasuklah Library baru, Kompleks Sukan dll
Tak merasa la kowang senior2ku - chot dan kamal! =p


Balik bilik, merancang dan merangka eksperimen pertama PSM berkenaan dengan standard curve of BSA
Standard curve atau calibration curve, basically digunakan sebagai rujukan bila aku buat eksperimen nanti

Disebabkan aku guna benda yang standard, iaitu BSA (bovine serum albumine), lepas tuh aku dilute kan, tambah macam2 bahan kimia, kemudian aku detect optical density (OD) menggunakan UV Vis Spectrometer
Dari proses ini, aku akan dapat satu graf yang standard, yang akan aku plot guna Excel















Nak masuk clean room, kene masuk blower room dulu tau
Kat sini la ko akan di blow oleh angin, untuk hilangkan debu2 di badan mu!!! haha

Lab ada di sebelah sana blower room ini...

So, lepas ni, aku akan runkan air soya through satu alat ni, namanya KVICK Crossflow Filtration, collect protein dari air soya tuh through numerous transmembrane pressure (TMP), tambah macam2 bahan kimia mcm di atas, detect OD, dan aku akan comparekan dengan graf yang aku dapat tadi

Maknanya, dari graf tuh dan maklumat OD yang baru ni, aku leh tau la berapa banyak protein dalam itu air soya…

Bahan2 kimia yang digunakan – Folin, Lowry dan macam2 lagi…


































Reagent B of Lowry (cantik lak kaler2 nih!)
Reagent A & B of Lowry, prepared to be refrigerated


Gitulah kisahnya…

Air soya ni pulak, aku akan gunakan dua jenis air soya
Satu dari commercial punya, aku pilih Yeo’s SoyRICH
Yang kedua, yang tradisional punya

Asalnya mau membuat sendri air soyanya
Tapi rasa macam tak termampu je, dan dah lah storage tak cukup
Aku memerlukan lebeh kurang 30 L ++ air soya
Thus, nanti mau g pasar malam, mau tempah je kat mana2 makcik yang jual air soya tuh

Banyak juga air soya akan dibazirkan untuk eksperimen ni
30 L ++, satu kotak RM 3.80 tuh 1 L, nak dekat RM 120 ringgit aku kene beli air soya!
Tu belum masuk yang tradisional lagi, hari khamis ni baru nak berunding ngan makcik itu

So far, eksperimen tadi ok la
Walau ada la sket tak puas hati
Tengok la, kalo ada masa, aku ulang balik
Untuk dapatkan calibration curve yang lagi reliable















Ni borang tempah alatan ek...

Satu je hampes kalo buat eksperimen tiada perancangan!
Enough talk about that, malas fikirkan pasal orang lain yang tatau merancang

Balik eksperimen tadi, around 6 pm, aku lunyai giler
Selalunya badan ni kan terbiasa dengan tido yang melampau!
So, sembahyang asar, rehat lepak2, sembahyang maghrib, g makan sat
Dan aku terus tertido sampai la pukul 11

Ni bangun pon mamai2, tah mana aura datang mau menaip tah
Thus, this entry…


p.s - semua gambar2 di atas adalah gambar lama, masa cuti hari tuh
tadi busy sangat, tak sempat menangkap gambar!



:::YTBACK!!!:::

Escapism

0341
05 Januari 2009

Awalnya tadi mau buat satu entri khas
Idea dah berangka2 dalam otak
Tapi aku rasa kene hold dulu entri tuh

Err bukan entri tuh je
Banyak je entri yang rangkanya dalam otak, but still on hold
Slow2 ok!

Kelas dah start
Untuk seminggu, beta ada kelas hari isnin dan selasa je
Tak ke heaven giler, 5 hari cuti!

Hari Isnin, 11 – 1, kelas Technoprenership
Kul 2 – 4, kelas Project Management & Economics (PME)

Hari Selasa, kelas PME pukul 12 hingga 1

Dan berakhirlah kelas untuk satu minggu!

Tadi buka memo
Ada satu memo yang menyesakkan jiwa
Rupanya, presentation pertama Plant Design beta akan diadakan pada 4 Feb 2009
Dan ia akan cover 10%, with 4 chapters to be presented by our group
Tak start apa2 keje lagi, besok baru mau buat initial discussion

PSM, minggu depan baru mau mula
Minggu ni, aku mau bermalasan sambel membaca kembali apa yang penah aku rancang semester lepas
Mungkin esok akan mula buat calibration curve

Apa tuh?
Erm.. esok la aku buat entri itu
Haha

Ish, sebenarnya entri ini tak berarah
Aku mau menulis je

Biasalah, escapism terbaik
Ada sesuatu menganggu fikiran
Haha



:::YTBACK!!!:::