Not a Trace

0191

3 April 2008


Aku rasa, aku mempunyai kawan-kawan yang berbakat.
Ada berbakat menulis lirik, ada berbakat membuat lagu.
Aku lak, berbakat apa ek?

Dan one thing about kawan aku yang suka wat lagu neh.
Dia akan bagi semua lagu baru dia dekat aku suh aku komen.

*maybe sebab aku de bakat mengkritik kowt*
Eheh! Ingat aku Ogy Ahmad Daud?

Tapi, nak kritik kawan2 neh sukar gak la.
Takut teraser hati.
Lagipown aku tak brapa tau nak wat lagu cmna kan.
So ak dgr, then ckp, kalo tambah ni sket mesti best, kalau tambah tuh mesti best.
Cam tuh je lah.
Tak mo lebeh2 lak kan.

Tapi tak yah komen banyak pown takpe.
Sebabnya, lagu dia dah cukup ok dah bagi aku.
Cuma suara dia sebut pe je tak jelas.
Dan selalunya aku kene mintak lirik.

Aku suh gak dia rakam len!
Hahaha

Not a Trace

Silence left us numbed
Unsaid words made us more distant
I close my eyes but I can’t reminisce
Your face, your presence…not a trace

I’m falling deeper into the abyss
Nothing to hold on to, not even a kiss
A single sound would be such bliss
But u stayed as silent as the breeze

[chorus]
My heart empty n my soul hollow
I’m trying so hard to let u know
I need u here, I can’t let u go
You’ve gone so far n I can’t follow

I can’t rewrite this worthless imagination
I feel u here, it’s a euphoric sensation
I can’t revive this unforgettable sense of being
I need u here, there’s no use pretending

[chorus]
My heart empty n my soul hollow
I’m trying so hard to let u know
I need u here, I can’t let u go
You’ve gone so far n I can’t follow

[chorus]
My heart empty n my soul hollow
I’m trying so hard to let u know
I need u here, I can’t let u go
You’ve gone so far n I can’t follow

But silence left us numbed
Unsaid words made us more distant
I close my eyes but I can’t reminisce
Your face, your presence…not a trace

[chorus]
My heart empty n my soul hollow
I’m trying so hard to let u know
I need u here, I can’t let u go
You’ve gone so far n I can’t follow

Tapi....
Bila aku dapat lirik lagu neyh yang dibuat oleh sowang kawan aku...

Aku terkesima...

Maybe because of the wording...
Maybe because I know her…
Maybe because all the old memories of me with her…
Somehow, this lyrics become something sentimental for me

Just want to share with u guys!


:::YTBACK!!!:::

Blogger Nite Out & AF6

0189
1 April 2008


Malam sabtu.
Badan sakit2 sebab terlebih tido.
Pewot lak lapor sbb malas makan.
Nak ajak kekawan kuar, semua dah makan bagai.
Tinggallah aku sowang2 men tenet.

Tiba-tiba.
Satu msg masuk di skype.

”eh kamal, jom kuar nak, cik dewihati nak tgk AF la”
”eheh! Macam tau2 je aku tak makan lagi”


So kitowang pown kuar, cari kedai yang pasang AF.
Aku, Mr Final ngn cik Dewi Hati.
Jumpa kedai yang seswai, berteleku lah kitowang kat situ.
Siap alih meja ke seat depan lagi!

Nilah first time aku tgk AF live tau tak!
Kan umah aku takde astro.

Tengok punya tengok, adalah si Azly terselit dalam audience AF tuh.
Hampeh punya mamat! Tak cakap pown nak g tengok!
Kalo tak boleh ikut sama!

(macamlah aku de masa nak balik KL!)

Call dia. Tak angkat.
Msg dia.
Baru balas.
Kelakar pulak bila tiba2 nampak kawan dalam TV.
Tengok AF dari mula sampai abis.


Ogy takde jadi pengkritik malam tuh.
Sekali kan.
Tiba-tiba kan...

Semangat Ogy Ahmad Daud meresap masuk ke dalam Mr Final!

“lagu nih susah la… laju sangat. DICTION kena betul”
kata Mr Final mengulas mengenai persembahan Ika dengan lagu Malu Tapi Mahu

Tu diaa…
*Aku ngan Dewihati terkedu*
Kemudian…

”lagu nih kan rock. Kalau lah AUDIENCE bagi semangat kat dia, tentu dia leh buat lagi baek”
kata Mr Final lagi mengulas persembahan Faisal dengan lagu Ranggi Metropolis.


*Mulut aku ngan Dewihati terlopong*

”Sian Saida kan. Orang tak patut COMPARE dia dengan Siti. Dia patut di COMPARE dengan diri dia sahaja”
ulas Mr Final lagi mengenai persembahan kakak Siti Nurhaliza, Saida dengan lagu Dokter Cinta.


Dan, dengan ini aku ngan Dewihati pown tergelak sakan. Mr Final tiba-tiba je jadi pengkritik tak bertauliah.

Dan, sebab nak ingatkan apa yang dikritik, kitowang siap buatkan formula lagi nak ingat, sebab nak update kat blog masing2.

D – Diction
A – Audience
C – Comparison

Itulah kisahnya, reunion first blogger sewaktu tengok AF, yang menyaksikan Mr Final diresapi semangat Ogy Ahmad Daud!

Ahaks!


p/s – dialog2 di atas sudah di edit atas kesedapan cerita yang ingin disampaikan oleh tuan punya blog. Jangan marah Mr Final! hehe


:::YTBACK!!!:::

Slot "Sekali wa teringat pulak deh!" - an introduction

0188
30 Mac 2008


Wah... blog ni siap ada slot2 lagi! Hahaha
Saja je wat slot nih, sebenarnya, banyak benda yang teringat waktu dulu2 kan... so just wat slot nih untuk aku senang mengulang tayang apa yang penah berlaku.

So kiranya dengan ada slot nih, aku leh la mengimbau kenangan lama cmtuh. Dan best gak kalo apa yang aku ingat sekarang nih, ditulis dan ditranskripkan, supaya taklah hilang terus kan. Ye la, ingatan nih aku rasa makin tak kuat la plak.

Ini just intro bout this slot je. Aku takde apa pon nak wat entry.

Cuma, nak kongsi. Tadi aku belek2 lah entri2 yang aku tak publish kan.
Banyak jugak rupanya.
So, malas nak update lebeh2, aku upload je lah kan.

Ni aku tulis, masa takde tenet, masa taun lepas, 15 November 2007.
Aku tatau sebab pe aku tulis nih, just letakkan aja!


0142 – 15 November 2007
Isn’t it pathetic???

Isn’t it pathetic when u are in need, there are no one beside you?
Crying out for help, begging for attention
Try as hard as you can to find the light to take you back home
Where all comforts lie, and where you are happy with everything

Summoning someone to be there, but they just won’t
They don’t have time; they just don’t have any need to give their attention to us.
Isn’t it pathetic???





Gambar kredit to - kak notakematian....



:::YTBACK!!!:::

Oi! Update la!!!

0186
29 Mac 2008

Seminggu aku tak hapdet, aku dapat rasakan berlaku kekacauan dan suasana yang tidak aman di dunia blog.

Dengan Kak Yanz yang terpekik terlolong sbb aku tak hapdet,
Dengan Kak Lindosh pown join sekaki,

Kak Zura lak sampai sesat2 jalan sebab aku tak hapdet blog

Menyebabkan beta berasa bangga (kembang idong sat!)
Kerana blog beta memberi kesan kepada sistem kehidupan di dunia ini.
Bayangkan kalau blog ni takde, apa akan berlaku kepada mereka???
Gila meroyan gamaknya!
Tak dapat aku bayangkan..
HAHAHAHAHAHAHA (gelak giler kuasa)

Okeh2, tukar tone.

Maaf. Sori.
Aku bukan tak nak hapdet.
Tapi terus terang kata, minggu neh,
hidup aku tak berapa stabil.
Macam-macam berlaku la.
Dan ia menyekat daya kreatif otak aku untuk buat entri

(matilah, perasan kreatif!)

Serius, macam-macam yang berlaku.
Dan untuk aku survive this week memang la sakit...
Aku jadi bukan diri aku, aku bergantung harap pada yang len.


Jom lah, kita men recap2, tengok apa yang berlaku pada diri aku neh!

*****

Ahad membawa berita kepulangan beta ke UMP
Driving dari KL ke UMP.
Dalam keadaan yang separa penat, sebab malam sebelumnya stay smpai pukul 3 pagi untuk tgk video AF kat youtube!

Ye la, umah aku kan takde astro!

Tapi kadang-kadang macam tak berbaloi je tunggu!
Sebab hampeh!!!
Bukan minat sangat pown,
Cuma teringin nak tengok apa yang ada...

Sampai di UMP
Seperti biasa, keluarkan laptop dan buka wireless.

Hampeh!

Rupanya di UMP tiba-tiba mengalami zaman batu dengan kehilangannya fungsi wireless internet di muka bumi UMP.
Kacau bilau seantero alam!!!

Mana nak buat assignment lagi, nak cari maklumat, nak rujuk web lagi!
(macam la selalu buat benda2 nih! Usya blog banyaklah! Eheh!)


Tapi still, bila selalunya line tenet ada, sekali takde, kacau bilau gak. Sampai kat google reader aku
nak dekat 100 entri dari blog2 aku tak baca lagi!

(aku banyak subscribe blog)

*****

Menjelang Isnin, aku terus kembali ke rutin aku walau dengan paksa rela.
Kena lah studi kan. Adoi la!
Ingatkan cuti nak habiskan semua rasa malas yang ada, tapi sama je.

Petang isnin itu pula membawa aku kepada kegawatan kesihatan!

Aku demam selsema mula petang isnin tuh. Kelas pown nak tak nak je pegi. Tapi tetap pegi gak, nanti tertinggal lagi payah.

*****

Dah lama tak demam, sekali demam selsema teruk gak. Ia berlarutan lah sampai hari Selasa, hari Rabu.

Seriusly, sepanjang saket neh, teringat nikmat sihat. Serius sangat.

Dan malam rabu tuh, aku tak larat sangat saket, aku terus buat keje gila!
Aku makan 2 tablet
Panadol Soluble, 2 tablet Panadol biasa.
Matilah!
Asalkan esok aku sihat.
Sebab kalau sakit dalam rutin harian yang busy nih, banyak giler kena tinggal

Tapi, malam tuh, aku terfikir gak sebelum tido.
Kalaulah aku mati dalam tidur ni sebab overdose, apa akan berlaku?
Macam-macam lah aku fikir... apa reaksi orang la... akankah aku dikenang la... macam2!
Sampai terfikir, aku masuk paper tak?
Ada ke leh pikir camtuh kan.
Last2 tido gak.

*****

Agak2 nak sihat dah Khamis tuh.
Aku mula ok dengan rutin aku.

Cuma time assignment la, memang aku sakit nak buat.
Sebab assignment tuh kawan2 aku dah buat awal2 masa aku tertonggeng saket tuh.

Aku lak, duk berkelubung je.

So, masa nih la, aku guna la lakonan simpati yang aku ada., suh kawan buatkan assignment group tuh.
Aku wat la muka2 saket sket!

Tapi, diam2, aku tgk movie ikut laptop aku!
Haha jahat tak?

Dan petang Khamis tuh, satu perkara berlaku pulak!

UMP.TAKDE.AIR!!!

Sebab ada satu pam kat Lepar tuh rosak.
Memang saban semester ada jadi bende camnih.
Dah lali dah.

Tapi penat lah, sebab aku baru je baik demam, nak mencari air lagi!
Dan macam ditakdirkan je, bila je krisis air berlaku kat UMP nih,

umah belakang umah kitowang mesti kosong!
So apa lagi, pecahkan pintu belakangnya, mandi air tangki umah tuh!
Bila habes, kita pecah umah len lagi!
Hahaha

Dan bila Jumaat, aku dah mula pening2. sebab banyak keje.
Otak aku menunggu hujung minggu je!

Tapi masa nih, ada lah Kak Yanz yang menjerit2 mintak hapdet,
Aku pening, telinga aku saket,
sore dia tak sedap!

So, aku pown hapdet la entri nih....
Boleh tak???

Hahaha, habeslah kena hambat ngan dia nanti….

Ok tak review aku untuk minggu neh???
Ok kan je!



p/s – btw, klik sini…. Wah kembang idong gue! Rupanya beta nih bertuah jugak!!! Huhuhu Tu yang tiba2 hit counter blog ni mencanak gak la naik! Btw thanks ek kepada yang berkenaan!!!


:::YTBACK!!!:::

Another Celebration???

0186
22 Mac 2008


Wah... wah... kak lindosh... lambat hapdet sket bising!

Lek la, beta tengah cuti2 malaysia neh...

Balik ke Selayang dari hari Rabu lepas hingga Ahad neh...

Dapat la sket hirup udara KL!

Ceh!


Btw, to Kak Yanz, sowi tak inform awal...
Kak Yanz teriingin sangat jumpa beta yang muda belia neh kan…
Nak mintak petua awet muda ek???
Hehehe...
Cuti nih pon rush je...
Tinggalkan dulu segala assignment di UMP tu…
Kita enjoy!


Bak kata Diya, masa cuti apsal blog ni tak di update ek?
Beta sibok menari2 bersama dayang2 sambil bersiram di tepi tasik ler...
Mana de masa!


Malas nak hapdet sebenarnya...
Tapi..
Memandangkan, tadi pukul 1155, hanset beta berbunyi!

A reminder!

Mr Final 22th Bday!

So nak tak nak, terpaksa lah mulakan celebration.
Tak yah la ko nak terharu bagai!

Aku terpakser nih!!!
Hehehe
Tak, tak...
Ikhlas...

Best lak banyak giler celebration disambut di Yang Terdalam nih!
Well, semuanya sebab persahabatan yang terbina dalam blog ini kan…
Jap, nak list brapa banyak celebration dah dibuat

08 Mac 2007 – HAPPY BELATED BIRTHDAY!!!
<Teddybearhijo>

28 Ogos 2007 – Double Celebration!!!
<Truanta & Irina>

05 February 2008 – A Celebration
<secret person>

17 February 2008 – Ini Bukan Entri Untuk Mengampu Ye!
<Hilman>

08 Mac 2008 – Triple Celebration!!!
<Kak Zura, Jazlin, Teddybeahijo lagik!>



Wah2 banyaknya!
Rajin btol aku!

Tapi nampak sangat tak kreatif...
Ada tajuk, a celebration, double celebration, triple celebration
Dan entry nih, another celebration lak!
Nampak sangat kene bertapa untuk cari idea untuk tajuk entri nih!

Aku nak wat celebration gempak2…
Tapi masalahnya kan.
Aku kan organiser celebration sengkek
Pastu kene wat celebration terlalu banyak dalam sela masa yang singkat!
Mana sempat nak panggil artis lagi!
Mana sempat nak wat macam-macam!
Adoi2 pening...

Pape pon...

Mr Final

Dia dekat je di UMP nih. Sebelum nih tak rapat pown. Wat hal masing2 kan.
Sekali, satu masa tuh, dia ’terselam’ di sinih pulak. Siap bagi shouout lagi!
Aku wat tatau je. Lantaklah, diorang jumpa ke hapa.


Dan satu hari tuh, sekali, aku blog hopping...
Terlompat lah ke blog dia!
Wah2...


Aku ingat lagi, first skali yang wat aku teruja...
Adalah...
Sebab..
Kerana...


DIA ADA GAMBAR SITI YANG VOGUE GILER!

Yang untuk single Ku Mahu tuh.
(Kak Yanz, sila carut! Tau dia akan carut punya!)


Siap aku save, wat wallpaper hanset lagi!
Masa tuh best giler...
Dapat gambar vogue kan...
Sekarang tengok pown dah nyampah!
Ops!


Then, mula lah jadi regular di blog nya.
Well, i can say that, the way he writes is different than me...
Kadang2 entri dia biasa2 aja!
Kadang2 tuh, critical thinking giler!
Tapi yang pasti dia tak leh lawan beta in term of sengal!
Ngeh3!

Pastu ingat lagi, ada satu entry kontroversi…
Aku terlibat sama lak tuh...
Konflik la skejap di sini...


Tapi aku tak kena pape pown...
Dia yang kena...
Alah, semuanya sebab mulut orang yang baca blog dia...
Pastu siap sebarkan citer, tambah perencah semua...
Jadilah konflik yang tak pasal2 aku terheret sama...
Sampai aku terfikir nak tukar link Yang Terdalam lagi tuh!
Tak ske la owg sekeliling baca blog nih...
Tapi at last, malas plak...
Kang ramai cari2 blog ‘sengal’ nih!
(naik gunung puji diri... free faaaalllllllll!!!)


Apa pun, yang wat blog dia bermakna adalah.
Satu entry pasal safety...
Kiranya ni satu subjek untuk kitorang Chemical Engineer la...
Dan, dia wat dalam simple way…
Aku baca pown senang paham…


Dan bila tiba satu ketika, kitowng kene wat projek…
Grup aku pilih tajuk safety
Lantas, aku ingat blog dia nih yang tulis pasal benda tuh...
Sanggup nih, g bukak jap, pastu print blog dia...
Siap jadikan reference!


Aku citer kat dia
Kembang tak kembang la!
Hehe


Pape pon.. harapnya, link blog ini berpanjangan...
Yelah, dulu kita tak rapat, sekarang kira ok la...
Siap leh tukar CD, siap citer prob program aku lagi tuh!
Bagus2...
Nak ulang balik – sapa kata blog tak bagus kan!



HAPPY 22TH BDAY DUDE!
MAY ALL UR DREAMS COME TRUE!!!


p/s – sowi takde artis… smua cuti… ngeh3!!!



Ehhhhhhhhhhhhhh cop!!!!


Aku baru je log in blogger…
Nak update entry baru
Sekali perasan!!!
Ada lagi sowang punya bday!!


Ahhh tidak!!

Aku bengang!
Penat nih!
Nak edit balik entry nih!!!


Skali ingat... ’orang itu’ ada online di YM tadi...
Aku bukak YM... chat ngan orang ituh!
Meminta penjelasan apa yang berlaku!!?
Aku malas nak edit entry aku nih wei!!!
Skali!
Skali!
BESDAY NICKNAME DIA LER!!!


Hampagas punya Aria Ayumi!
Kerana dia aku mereng sebentar!
Diya... diya...
Wat saspen je...


Nak lebeh tau pasal diya dan aria ayumi???
Sila klik sini....>>>>>>
Dan untuk mengetahui kenapa aku konpius,
klik sini plak…>>>>>>


Ok2... celebration kecik untuk Aria Ayumi :

C.E.L.E.B.R.A.T.I.O.N


Ok dah.. harap puas hati!
Lalalalalalalalala!~~~~



p/s – aku yang blur kowt! Eheh!
p/s - Mr. Final, aku nak cari gambar kek yang lagi cantik, tapi tak sempat. diya kacau aku update... dia tunggu kat YM... tak baik kan wat anak dara berjaga malam... so aku letak je la mana ada! hehe


:::YTBACK!!!:::

PRU 12???

0185
17 Mac 2008

Dah lebih dari seminggu PRU 12 berlalu.
Banyak yang berlaku, banyak yang berubah.
Sebetulnya, dah lama nak menulis mengenai perkara ini.
Tapi acapkali ditangguhkan.
Dan aku buat-buat tak tahu.

Lantaran sedar kan diri.

Diri ini tak suka politik!
Diri ini buta politik!

Politik, bukanlah makanan ruji bagiku. It is not my expertise.
Politik ni kotorlah!
Aku sering mengelak.

Tapi, mungkin, itu dulu.
Dulu tak sama dengan kini.
Kini mata aku terbuka, lebih nampak.
Tak katup, tak pejam.
Separa terbuka mungkin.
Akal ni bisa menafsir, tak tertutup, tak beku.

Sudah matangkah aku?

Entri ini ditaip, untuk aku berkongsi apa yang aku rasa.
Apa yang aku nampak.
Aku yang aku tafsir.

Aku sedar ia bukannya di bawah bidang kuasa aku.
Namun, aku rasakan aku mempunyai hak untuk memberikan pendapat.
Ini blog aku, ini tempat aku.

Jangan sampai saman-menyaman sudah!
Yelah AUKU ni kan mengongkong sikit!

Mungkin kah ini sekadar entri untuk bertanding dengan mamat ni, mengenai PRU???
Ah, kata matang tadi! Macam budak2 sungguh! Hehehe

Apapun, bukakan minda.
This is my perspectives.
This is my point of view.

PRU 12

Jujurnya, aku tak balik mengundi waktu tu.
Banyak sangat kerja kena siapkan
Dan aku tak nak keluarkan banyak duit untuk balik.

Duit aku makin sesak weh!

Claim, memang lah boleh claim, tapi banyak cerita nanti.
Lagipun, dahlah balik naik kereta sendiri, so macam banyak je sekali nak claim. So aku batalkan je niat nak balik mengundi.

Memang dah dibrain wash pown kenapa tak balik oleh sesorang di sini.
Korang jangan nak tambah plak!

Malam keputusan PRU 12 tuh, aku kuar dengan kawan-kawan.
G makan luar. Sekali-sekala kan.

Dengar satu berita yang memeranjatkan.
Dato’ Sharizat dikalahkan oleh Nurul Izzah!

Wow!
Masa tu terfikir, mesti Mr Final suker nih...

Then, satu persatu berita kekalahan wakil-wakil rakyat berpengaruh.
Aku teruja.
Lain macam pilihanraya kali nih!
Ada wow!

Malam tuh, duduk melayari internet. Bermain Skype.
Dengan seseorang yang ku kenal.
Kami membaca keputusan pilihanraya bagaikan scoreboard.
Masing-masing updatekan bahagian lain-lain.
Sampailah pukul 2 3 pagi!
Hebat penangan pilihanraya kali nih!

Wow!

Esoknya, keluar. Pergi ke kenduri kahwin abang seorang rakan.
Meninjau sekitar Kuantan untuk membeli akhbar.
Dikhabarkan akhbar habis seawal jam 9!

Wow lagi! Lain macam lagi pilihanraya kali neh.

Mencari dan mencari. Akhirnya ketemu satu dua akhbar.
Tapi sedikit hampa. Mungkin tak cukup update kowt.
Balik bilik, terus mencari blog-blog, laman web untuk dibaca.
Blog yang update cepat dan boleh dipercayai.

Apapun, ku simpulkan PRU 12 nih lain dari yang lain.
Tsunami kecil bak kata akhbar.
Tsunami ek???

*****

Sedari itu,mengikuti setiap perkembangan.
Membaca mana patut, mengikuti mana perlu.
Satu hari aku tinggalkan pembacaan pown, banyak yang aku tertinggal!

Wow!

Busy lah kan ngan rutin harian, mana de masa nak baca paper!
Penah kan dengar satu kajian mahasiswa tak suka baca akhbar.
Memang betul pown!
Waktu terluang, tengok movie legakan tension lagi bagus.

Ingat tak penat ke memerah otak?

Tapi itu membuat aku banyak terfikir...

PRU 12.. PRU 12..

Pedulikan apa keputusannya, semua yang berlaku ada hikmahnya.
Miracle in disguise kata orang putih.
Kurniaan dalam samaran, kata lagu Siti.
Semua yang berlaku adalah qada’ dan qadarNYA.

*****

1

Keputusan PRU 12 yang mengejutkan, seakan kejutan Akademi Fantasia, menyebabkan kesedaran politik di kalangan rakyat muda meningkat.
Semua kian mengikuti apa yang berlaku, dengan penuh minat dan tekun.

Dulu dikatakan, generasi muda tak minat dengan politik. Dan kita pun tahu, untuk melihat nasib negara akan datang, perlulah melihat pada generasi mudanya kini. Kita pun tahu, kesedaran amat kurang di kalangan generasi muda.

Hinggalah timbul macam-macam kempen kesedaran, yang bagi aku, ideanya kuno dan tak menarik langsung! Macam manalah nak jalan kempen-kempen tersebut.
Kami perlukan sesuatu yang menarik!

Sedari PRU 12 hari tuh, tiap waktu di mana kekurangan topik untuk diceritakan, tiba-tiba keluar topik politik.
Masing-masing buat analisa sendiri.
Masing-masing bagi pendapat.
Masing-masing berfikir.
Perkembangan yang sihat.

Blog-blog.
Dulu hanya berkisar hidup, hiburan.
Tiba-tiba bertukat tone.
Tone politik plak. (termasuklah Yang Terdalam!)

Status di skype pown
Dulunya selalu untuk mengenakan orang

”Hahaha, Diya jatuh longkang!”
"Hilman bajek hensem!"
Kak Yanz kertu!”

(sekadar memberikan contoh... ops!)

Semuanya sudah bertukar.
Status semuanya menyatakan pendirian.
Status memberikan link ke laman-laman web berkaitan politik.
Another wow for me!

Kejutan yang berlaku, perkembangannya, menarik minat generasi muda yang dulu buat tak endah je (termasuklah aku!).
Bukankan ini sesuatu yang positif???

*****

2

Bak kata lecturer Engineer & Society aku.
“Kebangkitan Generasi Starbuck”

Starbuck? Eheh! Ada ke patut!
Minum Starbuck pown sekali seumur hidup!

Tapi mungkin itu lah term yang diguna pakai oleh orang-orang berusia.
Ikutkan aja!

Cara PRU kali nih berbeza.
Kebanyakan merupakan pengundi muda, yang baru berdaftar
Dan bukan lagi golongan konvensional seperti waktu-waktu dulu.

Perkembangan teknologi maklumat menyebabkan semuanya dapat diperolehi dengan pantas.
Dan tepat. Dan cepat.
Lantaran masing-masing sedar media massa berat sebelah kepada satu pihak sahaja.
Masing-masing mencari bacaan alternatif.

Aku kira, teknologi memainkan peranan.
Kerana menurut kawan aku, ketika dia pulang ke kampungnya, terdapat perbezaan pendapat antara dia dengan orang tuanya.
Kawan aku yang terdedah dengan dunia Internet, dengan artikel yang boleh diakses dengan mudah, mempunyai pendapat dan pandangan yang berbeza dengan orang tuanya.

Perkembangan teknologi, aku kira telah menyebabkan banyak kebenaran didedah, banyak korupsi diketahui.

Dan mungkin bila semuanya bersatu ’Generasi Starbuck’ ini mula cuba mengubah dunia.

*****

3

Yang tak sedap bagi aku, undi adalah hak kita sebagai rakyat.
Cuma, bila lihat media massa ketika ini, pendapat dan pandangan segelintir ahli politik, mengenai kekalahan sesebuah parti.

Disalahkan pulak rakyat yang mengundi.
Kata minda tak terbuka lah.
Tak mengenang budi lah.

Come on lah!
Itu kan hak rakyat!
Lantak pi lah dia nak dok pangkah mana kan.

*****

4

Macam-macam term politik makin mula difahami kini.
Sistem beraja.
Bagaimana memilih MB.
Konflik2.

Wow lagi!
Banyak yang makin didedahkan. Banyak yang makin diceritakan.

Bak kata kawan aku, dia tak mo hanya satu parti yang memerintah.
Nanti ada korupsi.
Biar ada pembangkang dan pencadang di dalam parlimen.
Baru musyawarah yang berkesan.
Tiada penipuan. Perbincangan bersama.

Betul gak katanya pada pandangan aku.

*****

5

Sedikit kekecohan yang berlaku, aku kira lazim.
Adjusment period kan.
So memang lah macam tuh.

Sedangkan mata kita kalau tiba-tiba beralih dari tempat gelap ke tempat terang pun perlukan masa untuk adjust.
Apatah lagi manusia yang berlainan pendapat, kepala dan ideologi.

Kekecohan dan tak puas hati ini perlu.
Namun, diharapkan tidak berpanjangan hingga mencemarkan keamanan negara. Tak mo aku berperang2 bagai nanti!


*****


Cuma, kalau nak ajak aku berpolitik, maybe bukan masa nya lah kan.
Cuma aku ingin ceritakan, sesedar aku, semana jauh yang aku mampu lihat, setinggi mana yang aku leh fikir, PRU 12 memang ada memberikan positifnya kepada Malaysia.

Moga Malaysia terus maju, cemerlang, gemilang dan terbilang!



p/s – this is merely my perspectives. Some may right, some may not! Maybe this is the last time I will talk about these politics! But who knows kan


:::YTBACK!!!:::

IVAC08.blogspot.com

0184 – 17 Mac 2008
ivac08.blogspot.com


Beta sebenarnya bukan kurang berblogging
Tapi beta tengah usahakan satu lagi blog nih.
Sebagai unit dokumentasi & penerbitan IVAC’08, ni tugas beta lah...
Sana, kene update tiap ari...

Supaya orang nampak yang aku buat keje!!!


Papepon, kat sini aku akan update gak, tapi jarang... bagi peluangkorang komen... kalo berlonggok entry, mesti malas komen kan... hahaha... aku memang giler komen... best baca komen korang...


Jomlah naikkan hit counter aku kat blog satu lagi... Cuma... TOLONG.PLEASE. SANGAT. – JANGAN LETAK PAPE LINK YANG LEH MEMBAWA KE BLOG SINI!


Korang pown paham kan, tak best kalo orang yang kita wat keje sama2 baca blog kita... nanti takleh ngumpat!


Jom, tapi underground ek!


Syhhh!!!!

http://ivac08.blogspot.com/


:::YTBACK!!!:::

Mulanya Cinta

0183
16 Mac 2008

Mulanya Cinta
by Siti Nurhaliza

Tiada sesiapa dapat melupa
Perasaan cinta pertama
Akanku ingat selama-lama
Saat pertama jatuh cinta

Kasih sayang
Senyum mesra bersama
Gurau senda pujuk rayumu
Pasti ku ingati

Chorus
Apapun juga akhirnya
Aku kan tetap
Mengingatimu dengan setia
Walaupun kau akan pergi
Pasti ku ingati gelora cinta
Kali pertama

Dah lama lagu nih ada.
Tapi baru sekarang berlegar2 di kepala.
Maybe kena dengan situasi.
Atau aku memang makin jiwang
Eheh!

Pape pon.. just layan....


:::YTBACK!!!:::

Random thought...

0182
14 Mac 2008

Aku faham sebenarnya, tapi aku buat-buat tak faham.
Kalo ko perasan yang aku faham, ko akan berharap, aku akan cuba menjaga hati.
Akhirnya, KITA AKAN SAKIT!!

Aku penat berdolak dalih dengan ko.
What pass is pass, kita bukan di zaman itu lagi.
Harap ko faham.


Ko faham tak ni???


:::YTBACK!!!:::

Highlights!!!

.

0181

14 Mac 2008


Just nak highlightkan ‘the celebration’ 4 miss teddy…
Aku nak edit last post, tapi tah apa pasal tah, ada prob…
Dari trus rosak, baik wat entry baru…
Buat cik teddy!!!

Woit, mana ko woi!!!

Ni semua celebration untuk mu!


Okeh!


p/s - cik teddy tak nanges2 eh??? nak kene nih!!!


:::YTBACK!!!:::

Pelik...

Aku pelik r blogspot 2 3 ari nih…
Macam ada tak kene je...
Atau komputer aku yang tak leh detect pape...
Men tulis je nih, susah nak edit2...
Ish, tak best lak blogspot wat hal cmni...
Banyak yang nak ditulis tak jadi…
Ish!


:::YTBACK!!!:::

Triple Celebration!!!

0179
8 Mac 2008


Eheh! Si Irina itu ingat dia leh menang dalam celebration2 neyh???
Sedap2 je lantik diri jadi organizer, then dia suh kita jadi follower di lak!

Tau lah Hilman tu organizer pencen, selalu busy je. Dan aku pulak, organizer miskin, sebab masa bday Hilman hari tu aku guna banyak kewangan panggil artis, tapi korang tak join.

Out of sudden, lantik diri jadi organizer ek? Nak kena Irina nih!

Tak mo kalah, triple celebration aku buat!!!

Hahahahaha (gelak kejam!!!)


Anyway, sapa mereka???

Ketiga-tiganya adalah wanita…
*sambil taip wanita di dalam winamp playlist, dan keluarlah lagu-lagu ini…*

Ada Band – Kerana Wanita (Ingin Dimengerti)
karena wanita ingin di mengerti
lewat tutur lembut dan laku agung
karena wanita ingin di mengerti
manjakan dia dengan kasih sayang

Elite – Tamparan Wanita
Aku bukannya selemah yang kau sangka
Aku tak rela diseksa, haa!~
Beranikah lagi bersemuka
Rasakan kuasa, tamparan wanita

Irwansyah – Pecinta Wanita
aku memang pencinta wanita
namun ku bukan buaya
yang setia pada seribu gadis
ku hanya mencintai dia

Rossa – Wanita Yang Kau Pilih
kau jadikan aku ini
wanita yang kau pilih
untuk jadi kekasihmu

dan kau pun tlah aku minta
setia sepertiku
hingga waktunya tiba

Siti Nurhaliza – Wanita
Aku wanita aku kaum hawa
Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta
Selayaknya manusia

Teacher’s Pet - Warisan Wanita Terakhir
Warisan wanita terakhir
Jiwa raga ku serah
Kau ingin milik segalanya

Di mana kasihmu
Tiada kau memberi
Apa yang ku perlu
Hanya kau dapat memberi
(Hati sucimu ingin ku miliki)

Hanya satu yang ku pinta.. kasih
Kau warisan wanita yang terakhir

Err... wanita ke semua???
Layak ke semua bertitlekan wanita???


Sorang ku rasakan bukan wanita

sebab di dah tua! hehehehe

Sorang ku rasakan juga bukan wanita

sebab she’s not a girl, not yet a woman!

Sorang ku rasakan juga bukan wanita

sebab jantinanya tak diketahui!!! (sejenis beruang)


Jadi apa persamaan mereka?
Hurm.. (berfikir sejenak bersama Kit Kat!)

*****

Owh, owh!
Maybe zodiak boleh membantu.
Ketiganya di dalam Pisces
Jadi apa kata zodiak hari ini???

Friday, March 07
Job interests should go very well, especially if your work is along creative lines. Guard against overindulgence in food or drink. You have the drive to succeed now, but avoid high pressure antics to get your own way.


*****

Mengikut tahun cina pula...

Seorang di dalam tahun anjing...

Anjing - Anjing tidak pernah mengecewakan kamu. Lahir dalam shio ini kamu sangat jujur, dan setia orang yang kamu cintai. Kamu selalu merasa khawatir, perkataan yang tajam dan cenderung mencari kesalahan. Namun kamu akan menjadi businessman, aktivis, guru atau polisi yang baik.

Born in 1922, 1934, 1946, 1958, 1970, 1982, 1994, 2006, 2018...

Sumber yang dicuri dari mana tah :
http://kriesz.blogspot.com/2008/02/kalendar-cina.html


Seorang di dalam tahun harimau...

Harimau - Kamu sensitif, emosional dan mampu menciptakan cinta yang luar biasa. Namun, kamu memiliki kecenderungan mengambil semua dan menjadi kerasa kepala dengan apa yang kamu anggap benar; lebih dikenal dengan istilah pemberontak. Shio macan ini sangat cocok sebagai boss, penjelajah, pembalap atau matador.

Born in 1926, 1938, 1950, 1962, 1974, 1986, 1998, 2010.

Sumber yang dicuri dari mana tah :
http://kriesz.blogspot.com/2008/02/kalendar-cina.html


Seorang di dalam tahun arnab...
(arnab??? Bukan beruang kah??? Hahaha beruang lahir tahun arnab!!! Bajek comel la???))

Arnab - Kamu adalah orang yang baik, sangat patuh dan menyenangkan. Kamu memiliki kecenderungan menjadi sentimentil. Menjadi hati-hati dan konseratif, kamu sangat berhasil dalam bisnis dan juga menjadi pengacara, diplomat atau aktor yang baik

Born in 1927, 1939, 1951, 1963, 1975, 1987, 1999, 2011.

Sumber yang dicuri dari mana tah :
http://kriesz.blogspot.com/2008/02/kalendar-cina.html

Urm, tapi… adakah ini menceritakan celebration yang dilangsungkan???
Belum lagi???

Tunggu je, apa yang beta boleh lakukan!!!

***
break!!!
jangan lah kijam sangat nak celebration besar-besaran,
beta organiser papa kedana nih!
Mana nak panggil artis lagi!???
***


Ok back to the profesional tone of the follower of the so-called-lantik-diri-sendirik-organiser....

Jadik?
Camna kita nak sambut neyh??


Hurm...
Hurm... Hurm...
Hurm... Hurm... Hurm...
Hurm... Hurm... Hurm... Hurm...

Hurm... Hurm... Hurm... Hurm... Hurm...
Hurm... Hurm... Hurm... Hurm... Hurm... Hurm...

Hurm... Hurm... Hurm... Hurm... Hurm...
Hurm... Hurm... Hurm... Hurm... Hurm... Hurm...
Hurm... Hurm... Hurm... Hurm... Hurm...

Hurm... Hurm... Hurm... Hurm...
Hurm... Hurm... Hurm

Hurm... Hurm
Hurm...


Haaa!!!

Apa kata kita tak yah sambut je!!!!

Ngeh3!!!
(blogger tiada idea)
Apapun....

To Kak Zura

Mengenalinya blognyaketika melayari blog-blog di dalam pertandingan Blogger Kick Start.
Sejak itu mula tertarik! Ada satu kuasa dalam penulisannya.
Coretannya ringkas, tak meleret, padat.
Tak macam aku!
Banyak kisah yang diceritakan
Kisah kerja
Kisah harian
Kisah cinta
Kisah encik bulan.
Sweet skali!
Dia nih still perasan muda.
Umurnya kekal 18 ok!
So dia sekarang nih sudah 18 + 8
Lantak ko lah kak oii!!
Pape pon, smile always!
And happy 26 th bday on 1st of March!!!

To Jazlin Ernida

Baru mengenali blognya tak seberapa lama pon.
Tak tahu mana datang linknya, mungkin dari blog hopping.
Apa yang aku tahu, dia student UTP.
Amik chem eng macam aku gak.
Sekarang tengah praktikal dekat Johnson & Johnson.
Dengan elaun rm 800!
Dia tengah kaya sampai boleh beli koleksi patung mahal-mahal.
Dan shopping sakan.
Dia suka ala-ala majuk ngan balak dia.
Ops!
Terlebeh pulak!
Dia ada wat pertandingan untuk komen terkreatif untuk birtday dia.
Tapi aku tiada idea ketika itu, so aku hanya mampu memberikan komen biasa-biasa
Kalau aku ada idea, mesti aku menang punya lah!
Haha
Pape pon, happy 22th bday on 3rd of March!
Bawak-bawak lah hulurkan duet tuh kat yang tengah studi neyh!
Hehe

To Teddybearhijo

Haa… pasal dia neyh aku nak tulis panjang sket.
Dia nih sengal! Poyo! Menggelabah!
Tak makan saman punya budak!
Asik mintak update je!
Ingat aku nih hapa?
Tengok-tengok blog dia yang bersawang macam ape tah!
Pastu ada hati nak buat bear-walk-dance lagi!
Pastu tak malu lak tu, panggil aku pak cik!
Bila la plak aku kawen… tiba2 aku jadi pak cik?
Aish, ini budak... err...

(tatau nak kutuk pe lagi)
Tapi...
Dia nih la yang pertama komen di Yang Terdalam
Seriusly, dia nih la.
Dia ni la yang buat aku percata kuasa blog untuk mencipta persahabatan
Dia lah yang kadang-kadang buat aku rasa nak update blog.
Dia nih la yang selalu komen sengal-sengal sehingga aku rasa apa yang aku buat berbaloi.
Walau sekarang jejak kaki dia susah nak nampak di blog ini.
Aku menghargai apa yang telah dia buat dalam Yang Terdalam.

Sob sob*
Nanges ke???

Arghhh!!!!!!
Takde maknanya!!!
Hehehe
To cik teddy a.k.a nadiah
Happy 21st bday on 5th of March!
Teruskan bersengal di sini!


Dah habis sambut smua, takkan lah takde artis kan.
Blog ni, kalo sambut takde artis mana boleh!
Itu dah jadi identiti blog ni!
So, miskin-miskin pown, aku tetap ada artis untuk habiskan entry ini.

Antara artis-artis yang terlibat adalah...


Takde Band – Kerana Wanita (Tak Yah Dimengerti)
Flite – Cubitan Wanita
Erwanshah – Pembenci Wanita
Rosak – Wanita Yang Kau Tak Pilih, Tapi Tawar Diri
Siti Nurhalijah – Wanita Ke???
Engineer’s Pet – Warisan Wanita Terlampau


Untuk penghabisan, kita jemput band international pulak!
(blogger biar papa, asal bergaya)

So, mari kita persilakan band kesukaan cik teddy!

Your Physical Romance!!!

Dengan lagunya…

“Kata-Kata Terakhir Yang Famous!!”

Enjoy!
Bestkan kumpulan ni...
Bye!


:::YTBACK!!!:::