Kalaulah (re-edited)

0079 – 27 Mac 2007
Kalaulah (re-edited)

Pro-entry

Ini adalah re-edited version of my entry “Kalaulah” yang aku publish 2 3 hari lepas.

Heh, ingat Nikki je boleh buat album re-issue Maharani? Aku pon boleh buat entri re-edited la. (promosi – album re-issue maharani macam best je)

Ala, ni pun sdalah satu cara blogger untuk recycle balik cerita lama, dan adun serta olah entri tu jadi entri yang lebih baik. Kira bagus la tu kan. Indirectly, it said that the blogger takde idea baru nak menulis. (but, aku tak cakap Nikki and Vernon takde idea baru ye! Lain maknanya tu)

Aku nak edit balik entri tu, sebabnya untuk memberi fair judgement on that topic. Sebabnya, aku menaip masa tu dalam keadaan tergesa-gesa, dengan gelombang yang aku paksa-paksa adakan, dan hasilnya, anda dah baca kowt. Jadi, aku bercadang untuk mengambil sedikit masa, let the wave fill me in with the emotion, and I will write it back, hopefully it will become better la.

The ingredient will be the same, but the way, maybe lain sikit kowt, I’ll something to spice this entry.

Dan seperti entri yang lepas, precaution nya masih sama – ignore the tone if you feel that this entry should not be read, don’t read it. This is what I wrote from the deepest of my heart.

Dan to kak Red, bersedialah beta nak menceceh pepanjang lagi. Apela, bila tak update suruh update, bila menceceh marah pulak. Huhu. (bak kata ogy – kalau tak suka, tolong tutup mata!~) kuikuikui

Kalaulah – re-edited

I think tak payahlah aku ceritakan lagi betapa sibuknya aku ketika ini. Dengan macam-macam kerja kan. Korang mesti dah tau, dan dah penat baca.

So I start with, the idea for me to write the entry.

Actually, recently, I feel somehow alone inside. Dunno why I’m feeling that cos dari luarannya memang aku nampak dikelilingi ramai orang, dan untuk merasa sunyi adalah amat tidak relevan sekali.

Tapi bila aku hanging out with these people, somehow aku rasa lain macam. Macam takde yang betul-betul take care pasal aku. Dan macam aku cerita dalam entri lepas, aku keep pending tulis pasal ni sebab aku tak nak fikirkan pasal benda ni.

Tapi setelah hampir 2 minggu aku menidakkan perasaan itu, aku tak tahan lagi. I need to express it out. Dan mangsanya blog inilah!

Menulis sesuatu yang amat dalam amat sukar. Kerana aku sedar akhir-akhir ini ramai mula menyedari kehadiran blog ini sebagai refleksi kepada apa yang aku rasa sepanjang hari. Aku sedikit cuak bila mengetahui orang yang aku jumpa hari-hari membaca entri-entri aku.

But, that is what I feel inside. So itu yang aku tulis. Cuma aku harap diorang tak lah mengungkit tentang apa yang aku tulis dalam blog ni di luar. Sebabnya, kamal di dalam blog ini dan di luar amatlah berbeza. Aku tak nak merasa janggal nanti. So, kerjasama diharapkan.

Bebalik kepada rasa itu, aku rasa macam tak dimengertikan. Macam hidup sengsorang. Mungkin ada boleh kata, at least aku ada kawan-kawan, yeah that’s true, but manusia, biasalah, nakkan sesuatu yang baru kan. Dan aku tak nafikan aku inginkan someone special right now.

Someone yang ingin mengetahui mengenai aku tak kira masa, mengingati aku, risau jika aku tak menghubungi, dan semuanya mengenai aku. Tapi aku tahu, susah nak dapat kan.

Dan bila semakin lama aku fikirkan, mulalah aku terkenang benda lalu. Apa yang telah ditinggalkan di belakang. Dan aku sebagai peratap yang setia mula memainkan peranan.

Kisah 1

This is the one dari my school days. Satu kelas dengan aku. Aku selesa dengannya. Kami berkawan dan rapat.

Somehow, bila aku rasa selesa, aku menaruh harapan padanya. Tapi dalam pada masa yang sama, rakan-rakan yang menyedari rasa aku itu beri amaran, jangan rosakkan dia. (huh?) meaning jangan sakiti dia. Sebab dia tak pernah bercouple semua ini. Dia dari sekolah perempuan dulu.

Dan aku menyedari usia aku terlalu muda ketika itu, aku diam je lah. Aku tak declare apa-apa. Dalam pada masa yang sama, aku tak nak kehilangan dia sebagai kawan yang terapat ketika itu. Kami get along macam biasa.

Dan aku simpan rasa itu hampir 2 tahun, dan bila semester pertama di universiti ini, aku tak dapat tahan. Lantas aku cuba nak confess. Aku msg dia:

"A, di manakah letaknya aku di sisi kau”

Macam tu lah lebih kurang bunyinya. Dah 2 tahun, tak ingat dah. Dia mungkin menyedari bunyi msg aku tu lain macam dan dia balas:

“Kamal, tolonglah. Jangan serabutkan fikiran aku sekarang with something serious. Aku banyak benda nak handle ni”

Aku memahami. Sebab dia ketika itu pun baru settle down kat tempat baru. Dan aku biarkan dia. Aku tak ganggu, kerana macam aku cakap tadi, aku tak nak kehilangan dia sebagai teman baik.

Sampailah satu ketika, aku bukak friendster dia. Dari status single, sudah bertukar. Dan gambarnya dipenuhi dengan seorang orang baru.

Rupanya dalam kediaman aku memberikan dia masa, dia sudah jumpa orang baru. Bukan salah orang tu pun, aku yang lambat. Dan dari bulan Julai insiden aku mesej dia tu berlaku, rupanya bulan Ogos dia mula start couple. Aku terlepas macam tu je.

Mungkin bukan jodoh. (Ops! Terfikir jodoh pulak) Mungkin takde rezeki (rezeki la pulak), mungkin apa-apa je lah!

Kalaulah yang pertama –

“Kalaulah aku terus confess je masa tu, dan aku tak memikirkan sangat kehilangan dia, mungkin kini… (tiada sambungan)”

Kisah ini dah berakhir. Dia dengan balak dia sekarang. Kitorang remain friend walaupun nak jumpa selalu susah, sebab kena through balak dia. Tapi aku tak kisahlah. Dia still baik dengan aku.

Kisah 2

Kisah ini pernah aku tuliskan dulu. Mengenai seseorang yang meminati aku dari jauh.

Malas nak tulis balik. Tengok link ni kalau nak tau lebih lanjut:

http://ak0143.blogspot.com/2006/12/unexpected-and-lessons.html

Kalaulah yang kedua –

“Kalaulah aku sedar ada yang meminati, kalaulah aku lebih menghargai, kalaulah aku tak tumpu sangat studi, mungkin… (sambung sendiri la yek!)”

Kisah ini dah berakhir. Dia dah bahagia dengan seniornya. Tapi kisah dia ini memberi pengajaran kepada aku untuk lebih menghargai.

Kisah 3

Kisah ini juga banyak aku postkan dalam entri-entri aku. Tapi takde nama spesifik la. Kira crush on her jugak la.

Yang boleh aku cakap, dia ni terlampau tinggi kedudukannya. Ramai meminati, dan aku sekadar mencuba nasib.

Merapatinya sebagai kawan.

One thing about me differ from other guy, aku tak pandai la nak flirt girl yang aku tak kenal for the first time. I don’t have that courage. Aku biasanya akan rapat sebagai kawan dulu, dan bila aku selesa baru aku jatuh hati. Mungkin aku perlu ubah di sini kowt.

Setelah rapat, aku berani untuk luah. Dan meluah, tapi aku faham dia tersepit. Dia dah couple dengan orang lain dulu. Kamal is kamal. Tak nak la ganggu hidup orang. Aku bla je la.

Kalaulah yang ketiga –

“Kalaulah aku hadir lebih dahulu dalam hidupnya, mungkin…, kalaulah aku boleh mengatasi orang lain di hatinya, mungkin…. (sambung la)”

Kisah ni dah berakhir. Dia dah aku tak ingat. Walaupun kadang-kadang rasa jeles bila dia dengan orang lain. Dan janji aku untuk remain friend dengan dia walau apa jadi tak tertunai, sebab nya aku rasa macam tak relevan aku remain friend, tapi dekat dalam still berharap.

Kisah 4

Ini berlaku bila aku dah bosan dengan hidup yang sunyi. Aku cari kawan dari internet. Percaya tak? Desperate je bunyinya.

Bermsg, dan berjumpa. Aku tertarik. Dia baik. Selalu bertanya khabar dan semuanya. Mula rapat.

Sehinggalah satu ketika aku terbuat salah. Dia hilang kepercayaannya kepadaku. Dia berhenti menghubungiku.

Bukan salah dia juga. Aku akui risiko mengenali seseorang di alam maya ni. Tapi itu tak menghalang aku rasa sedikit terkilan.

Aku rasa ni pun aku ada ceritakan dalam entri yang lepas:

http://ak0143.blogspot.com/2006/12/emosi-maha-karya-cinta.html

Kalaulah yang keempat –

“Kalaulah aku tak buat salah, dan semuanya indah, mungkin… kalaulah dia maafkan aku pun, mungkin… (sambung la yek)

Sekarang kisah ini aku tak tahu dah berakhir ke tak. Macam meminta-minta pun ada rasanya. Macam dah takde harga diri pulak, sedangkan dia buat tak tahu je. Entahlah, bila semua ni nak pergi. Sakit pulak lama-lama rasa macam ni. Sebabnya, kitorang bukan gaduh, lebih kepada perang dingin. Perang dingin lagi sakit dari gaduh, sebab kita tak tahu mana salah kita sebetulnya.

The conclusion

There lots of things that we regret in life. Benda yang kita regret ni akan still menghantui bila kita fikirkannya.

Macam aku, dalam hidup yang busy ni, aku sudah kurang fikirkannya. Tapi bila rasa sunyi, ia kembali memburu. So, itu yang aku tuliskan, supaya terluah.

Macam ada orang komen kat entri aku yang lepas, tindakan kita yang kita sesali sekarang, mungkin adalah tindakan terbaik bagi diri kita ketika itu. Macam kisah 1 tu, pada masa tu memang aku rasa yang terbaiknya bagi dia masa, tapi sekarang ni aku menyesal sebab lambat sangat.

Kisah yang berlalu, aku tak nak ratapi. Aku cuba mencari pengajarannya. Dan pengajaran yang still aku dapat adalah aku terlalu lambat!

Susah la, aku rasa macam takde kelebihan untuk bergerak cepat. Entah kenapa. Mungkin ini diri aku. Siapa tahu satu masa akan berubah jugak kan.

Post –entry

Apapun yang berlaku bukan sesaja berlaku. Ada hikmahnya. Aku akuinya.

Cuma masa ini, ketika ini, aku perlu untuk meluah.

Dan maafkan aku menjadikan anda semua mangsa membaca semuanya!


:::YTBACK!!!:::

Perkara perkara

0078 – 26 Mac 2007
Perkara-perkara…

Perkara yang aku suka bila aku buat projek (busy)

Aku akan lebih menghargai masa, meaning aku kurang tangguhkan kerja, dan banyak kerja yang aku usaha untuk siapkan on time. Segala assignment, kuiz, test, report, meeting and personal things, aku ada jadual yang tersendiri dalam kepala aku. So bagus la kan.

Bila melibatkan perancangan kumpulan, aku lebih terdahulu berfikir bagaimana aku nak siapkan kerja tu dari kawan-kawan aku, sebab aku nak kena selaraskan masa aku tak busy dengan masa diorang supaya kerja boleh dibuat. Dan somehow, aku akan bagi diorang dateline dan keep bugging them with the work until it is finish.

Ada jugak kawan yang lebih respect masa aku bila aku busy. Ada yang memahami, dan diorang usaha untuk mudahkan aku dengan tak kacau aku masa aku busy. Thanks to them!

Somehow, aku rasa jadi macam dictator pulak! Muahaha. Gila kuasa. Sebab ramai orang instantly ikut masa aku, sebab aku ni macam the busiest man in the world!

Aku secara tak langsung memikirkan nak bukak jajahan, sebab sekarang aku dictator kan! (melalut la pulak)

Aku boleh gunakan phrase ni "ramai orang nak buat projek dengan aku kan…" (huhu, matilah double meaning)

Hanset aku yang selalunya bersawang dan sunyi sepi banyak kali berbunyi. Kiranya takdela aku jeles kawan aku je dapat mesej. Ni ada je orang call atau sms, aku kira tak sunyi la kan…

Somehow, it can reduce my time for myself in a good way. Aku kurang fikirkan pasal kenangan lalu yang menyakitkan. Aku lebih focus pada kini dari perkara yang dah lepas. Aku kurang rasa sunyi. Bukan takde! Tapi kurang. Better than nothing right!

Perkara yang aku tak suka bila aku buat projek (busy)

Macam-macam kena buat! Assignment, kuiz, test, lab, meeting sana sini. Jumpa orang tu orang ni. Hidup ikut jam. Memenatkan. Kadang-kadang, dalam proses ini, terabai pulak nak layan orang-orang di sekeliling, sampai diorang terasa. At last, aku tersepit. Macam talk dulu tu. Long story, malas nak cerita.

Aku kurang tidur! Waa, tidur tu dah ada dalam jadual aku sejak azali lagi. So bila kurang, jam biologi aku terganggu.

Aku sikit-sikit mudah stress. Tapi taklah kerap. Semuanya sebab kurang tidur. Tidur ni penting kan?

Kadang-kadang aku sakit. Tapi tak kerap. Untuk projek kali ni aku berazam tak nak sakit! (huhu, leh lak camtu kan)

Aku selalu emosionally unstable. Bukan mentally disturbed tau. Lebih kurang tapi lain makna ok. Aku selalunya akan interferekan emosional dan professional dalam projek yang aku lakukan. Dan akhirnya aku stress. Contoh terbaik masa aku jadi projek manager untuk talk tahun lepas tu. Aku nak usahakan untuk kurangkan ini.

Aku kerap kali tak jawab call keluarga aku. Aku lah tak selalu dengan diorang, sekarang ni bila diorang call je, aku meeting la, kelas la, ada lab ganti la. So aku tak tau camna nak buat lagi. Selamat diorang faham, dan diorang sekarang ni call bila diorang bajek aku tak busy, meaning petang2 ke, nak maghrib ke. I’m grateful, but somehow feel like betraying my own family.

Aku takde masa nak buat hobi aku – baca novel, tengok movie, layan jiwang, dan macam-macam lagi la. Even mandi pun kena cepat. Bila dah cepat, ada je tak sempat (ops!) huhu.

Aku tak leh selalu cari idea nak update ini blog. Bila blog ni tak diupdate, ramai orang marah aku. Bila orang marah aku, diorang tak nak datang sini dah. Bila diorang tak datang, takde orang komen. Bila orang tak komen, aku malas nak update blog ini lagi kan. Lepas tu takde dah Yang Terdalam (huhu, gila psycho kan? Kuikuikui)

p/s – saja je update blog, membuang masa dan keboringan nak buat lab report ni! huhu


:::YTBACK!!!:::

Kalaulah...

0077 – 25 Mac 2007

Kalaulah…

Pro-entry

Huish, dah seminggu rupanya aku tak berbunyi.

Tapi macam baru semalam je aku rasa aku update blog ni.

Tengok-tengok dah seminggu, so kena update jugak la.

Current life

Actually, aku tengah busy gila dekat sini. Mulai jumaat minggu lepas aku test.

Di mulai dengan Material & Energy Balance, yang rasanya hampeh sikit kowt, kemudian isninnya ada pulak Heat Transfer.

Selasa overlap antara Mass Transfer dan Probability and Statistics. Rabu ada pulak Titas dan Mandarin. Khamis rest sekejap, Jumaat ada Chemical Engineering Thermodynamics.

Macam tu la. Akhirnya minggu yang penuh penyeksaan jiwa dan raga dah berakhir. Officially abis je test thermo semalam, aku terus qada’ tido dari pukul 8 malam sampai 12 tengah malam. Bangun sekejap buat kerja mana patut, pastu sambung tengok movie sampai pukul 4.

Bangun pagi ni, pergi wat kerja kejap, pastu pergi servis kereta for the first time, qada’ tidur, pergi pulak meeting pertama bahagian aku, yang aku kena pengerusikan.

Esok, kena bangun pagi buat lab report, aku bajek aku akan sempat online pagi tu untuk update blog (jika anda baca ni, maknanya aku berjaya la update), petang ada discussion, malam pulak ada meeting expoconvo kali kedua.

Macam tu la hidup aku kat sini. Berputar-putar kat kerja.

Macam yang aku cakap dulu, tanggungjawab ni nak tak nak kena jugak aku buat. Aku sekarang ni cuba sedaya mampu untuk melunaskan segalanya, agar aku dan mereka yang lain tak terluka. Cuba bayangkan, kalau aku abaikan studi, maybe mak bapak aku kecewa kalau result teruk kan.

So harap anda semua faham pertapaan aku dari blog ni.

The entry

Aku nak cerita apa sebenarnya ya. Sebenarnya ada je idea, lama jugak aku pending nak menaip pasal ‘benda’ tu, tapi tak terluah. Kalau aku tulis sekarang, gelombang tu tak sampai. So better aku simpan dulu ek (saja je buat suspen huhu)

Nak cerita ke tak nak

Hurm

Ok lah, cari gelombang sat.

Ini entri yang aku keep pending dari tulis. Sebab aku pending, sebab aku tak nak menukar mood ceria diblog ini kepada macam biasa – ‘the tone’

Sampailah kadang-kadang aku fakir balik, kenapa aku tulis blog. Dan aku realize, aku bukak blog pun sebab nak menceritakan apa yang berlaku pada aku. Dari dalam diri. Tu yang nama blog ni Yang Terdalam kan.

So, it is no point for me to keep pending it. Maybe aku melalut, merapu atau merepek je dalam ni, the objective here is to make me feel better when I express everything out.

My apology if you feel when you read my post, u get bored. Sori sesangat. Aku bukak blog ni untuk diri aku.

PRECAUTION – IGNORE THE TONE

So, here comes the story…

Kalaulah… kalaulah

Macam-macam kalaulah aku selalu fikirkan.

Dan proses pemikiran itu berlaku bila aku merasa kesunyian.

I admit, with my current schedule, aku memang sukar merasa sunyi. Tak sempat pun. Tapi bila aku nak tido, bersiap-siap di atas katil, aku nerasa sunyi. Takde siapa nak bermesej, tak de siapa nak aku ceritakan.

Don’t get me wrong, I do have some people that have their best place in my heart, but as human yang asyik mahukan lebih, I somehow don’t want peoples, I want the people, the special one.

It always hit me hard from other’s words on my current life. Ingat aku tak nak ke bercouple? Nak je, cuma kadang-kadang masa dan tempat membatasi.

Dan bila aku sunyi begitu, aku mula lah berfikir. Dan tugas aku sebagai peratap yang setia, aku meratap yang telah berlalu…

Kalaulah…

Kalau lah… masa sekolah dulu, aku terus meluah kepada si A, mungkin aku dah couple dengan dia, dan aku tak jeles tengok dia dengan balak dia sekarang…

Kalaulah… masa bulan Julai masa first year aku di sini, aku terus meluah, juga kepada A, mungkin aku dah couple dengan dia.

Masa tu aku mesej tanya dia apa kedudukan aku di hatinya. Dia jawab tolong jangan serabutkan fikiran dia ketika itu. Aku sebagai kawan yang baik, mengatakan aku saja je kacau dia begitu. Sebab, aku inginkannya, pada masa yang sama aku tak nak hilang dia sebagai kawan. Tengok-tengok sebulan lepas tu dia mula couple. Dan akhirnya, aku terlepas…

Kalaulah dekat matriks dulu, aku sedar si B meminati, pasti aku hargai dan pasti aku dah couple sekarang. Sekarang ni, tengok je dia dengan balak dia…

Kalaulah aku terus usaha mendapatkan si C ketika itu, pasti (korang tau je lah). Sekarang ni, dia makin baik dengan balak lama dia, dan entah kenapa aku jeles.

Kalaulah aku tak buat salah dekat si D, mungkin at least aku boleh bergantung harap padanya. Kini nak mesej selalu pun dia tak balas. Rasa meminta-minta.

My point is…

Banyaknya kalau. Kalau itu, kalau ini. Tapi semua dah berlalu.

Dan aku, a.k.a peratap setia hanya boleh melihat kenangan lalu dan meratap.

Kalaulah aku cepat sikit, kalaulah aku sedar, kalaulah aku terus berusaha, kalaulah aku tak buat salah, semuanya dah jadi kenangan.

Banyak kan perkara yang kita nak, tapi tak dapat dari masa ke semasa.

Hurm.

Post-entry

Kesimpulannya, jangan buat entri bila anda tak de rasa gelombangnya!

Bila baca balik apa yang aku merepekkan kat entri ni, aku sedar, tone nya tak sedih sangat la. Kelakar pulak

Aku ingatkan nak buat entri sedih-sedih, biar orang nangis-nangis, tengok-tengok…

Kesimpulannya – jangan buat entri bila takde gelombang! Dan jangan buat entri bila busy, sebab nanti jadi tak best!

Kan???


:::YTBACK!!!:::

Responsibilities

0076 – 17 Mac 2007
Responsibilities

Pro-entry

Well, here I go again, kembali berbunyi.

Maafkan ketiadaanku. Aku dihambat macam-macam tugas sehinggakan mengupdate blog menjadi priority kedua.

Rasa nak mengupdate tu ada. Tapi entah kenapa, bila bukak je laptop, ada je benda lain yang perlu diutamakan. Dan kekadang tu, aku rasa aku malas balik, sebab aku tak nak buat entry yang hanya sekadar entri. If you got what I mean.

Tanggungjawab baru

Ingat tak hari tu aku pernah ceritakan, selepas aku intervies untuk ke Qatar, yang tak dapat dengan sedikit sahaja perbezaan tu, aku pergi interview untuk expoconvo pula?

Expoconvo ini merupakan kali kedua dalam sejarah ump ni. So, indirectly this is a benchmark, where all errors on the previous expoconvo must be reduce into something that we can called perfect. But, as usual, to err is human.

Dan aku pun pernah ceritakan kan, bagaimana aku rasa interview itu mudah, dan somehow aku yakin aku boleh dapat? Well, I was true. And actually I am damn true.

But somehow, the thing that I have expected doesn’t go their way. I was slightly right but not entirely.

The thing is, I was expected that I would have a job like all my friends during the first expoconvo. Jadi penyelaras. Bawah-bawahan gitu. Kiranya jadi pembuat this and that. Aku agak itu lah yang sesuai untuk aku, sebab inilah kiranya first projek aku yang aku nak buat luar dari kelab taekwon-do ump tu. This will be the first experience.

Selingan – Kelab Taekwon-Do UMP a.k.a KUKTEM

Talking about experience, pegang projek ni banyak la jugak. Aku beruntung actually, sebab aku mula dengan kelab taekwon-do.

Mulanya dulu hanya nak menambahkan aktiviti aku. Lagipun aku nak cuba explore diri aku sepenuhnya. Try new things and so on. Aku bosan asyik dikatakan yang paling lemah dalam sukan. So I wanted to make difference.

Aku akui dulu memang aku amat lemah dalam sukan. But I also know, I t least have stamina, meaning, kalau merentas desa tu kira aku mampu la, walau tak dapat no first. So masa tu aku actually nak expand kan my ability, and that’s why I chosed kelab taekwon-do.

The thing is this club come in two package. Taekwon-do skills and leadership. Kelab nilah satu-satunya kelab yang beri kepercayaan untuk first year handle projek, bermian dengan kewangan, orang atasan ump dan sebagainya. Yang taekwon-do skills tu tak yanh la dinafikan lagi.

So there was I started. Mulanya macam kena paksa je jadi ajk persiapan gelanggang. Kena angkat sparring mattress semua. Semua tu dah rasa.

Bila lama-lama, projek macam jadi sebati dengan kitorang. Kitorang buat projek demi projek (projek tuut je tak buat, hehe). Dan somehow, aku dapat jadi committee.

Dan sampailah aku diberi kepercayaan untuk menjadi projek manager masa aku first year dulu. Untuk satu talk on self defense. It was not brilliant, but for a beginner like me, I think it was a success.

Macam-macam pengalaman aku dapat, crack down dan macam-macam. Dan ia buat aku kenal diri aku macam mana bila handling with stress. A good experience indeed.

Dan bila masuk second year, aku rasa aku nak cuba something lain pulak. Takkan lah resume aku semua based on kelab taekwon-do je. Tu yang aku tolak jawatan yang diorang tawarkan, dan aku macam terkapai-kapai takde projek nak buat. Cuma projek kecil-kecil je.

Tapi it will not erased the track record that I have made with the club. At least in my resume, I can write that I once be a project manager.

So, it comes back to the main story…

Tanggungjawab baru – sambungan

Dan bila aku interview hari tu, somehow, aku pun bangga-bangga la dengan pencapaian aku dengan projek aku dengan kelab tu.

Dan the interviewer pun somehow noticed my project cos masa tu memang aku berhabisan untuk buat publisiti. Macam-macam aku buat. Sampai sekarang ni, macam-macam kelab tiru idea aku untuk buat publisiti. Silap aku tak buat paten atau copyright control je.

Bila diumumkan calon yang layak untuk expoconvo tu, nama aku ada. Kawan aku yang sekali interview tu takde pulak. So, aku tak kisah je lah. Ini yang aku mahukan dan minta kan.

Tapi… (pabila aku sedar diri… siapakah aku ini…) opps, habit, sori…

Tapi, bila aku tengok jawatan yang diberi aku terkejut. Amat-amat terkejut.

Patutlah diorang beriya-iya ingatkan aku meeting pertama tu. Siap through sms lagi.

Tau diorang bagi aku apa??

SETIAUSAHA PENYELARASAN PROGRAM

Aku masa dengar setiausaha tu, aku bajek akulah kena buat report dan sebagainya. Rupanya, aku kepala setiausaha tu. Buat report tu s/u 1 aku buat.

Dan kalau siapa yang tahu penyelarasan program tu apa, meaning that is the one that will selaraskan semua event in the program, the flow, the time, the logistic, the technical, mostly everything this person will know about the event.

Struktur dia macam ni. The first level is ump’s staff. The second level is the mentor of the third level (student jugak la). Dan the third level tu kepalanya aku!

Aku lah yang pertama dekat third level tu.

Penyelarasan program, kena lah contact dengan semua bahagian. Kena kontek dengan s/u protocol, s/u logistic, dan semua s/s yang setaraf dengan aku. Dan di bawah setiap s/u pulak ada lebih kurang 20 orang.

So, meaning, bawah aku ada 100 orang!

The feelings…

Aku memang tak tahu nak cakap apa pada mulanya. Tiba-tiba rasa satu beban berat diletakkan atas bahu aku.

Sebabnya, kali ini, I have to work with expectation that this expoconvo will at least at the same level with the previous one.

Aku crack down mulanya. Hamper pengsan dengan tugas yang diberi. Lama jugak aku nak absorb semuanya ke dalam otak aku.

Dan at some point, aku sedar, inilah masanya. Inilah masanya untuk aku cuba sesuatu yang baru.

Inilah cabaran. Aku cabar diri aku.

Aku teringat, Tuhan takkan bagi sesuatu di luar kemampuan hambanya. And it helps. It helps me to think that this happened for a reason.

The changes…

Somehow, with this responsibility, I have to change. And I think I will change for the goodness sake.

First, I have to be more matured. Tegas. Jadi kepala ni bukan senang. Kalau salah pimpin, semua kecundang. Kena letak boundary antara personal dan emotional (cos my last projek aku lebih emosional). I must be professional. I must be radikal. I must be dictator (sekali terrrrgila kuasa la plak)

Secondly, time. Time is everything now. Walaupun event tu bulan September nanti, but aku kena gerak awal. Kalau tak, tak menjadi. I must reduce time for myself. No more excess leisure time, that usually I used for my activitues. Kena kurangkan tidur. Kana pandai bahagi antara pelajaran dan tugas ni. Dan aku sedang mula menyesuaikan diri.

Third, holiday. Nak tak nak, aku kena korbankan cti 3 bulan aku. Ha, nak sangat duduk kolej, rasakan. Maybe kurang hanging out with geng pewot besaw! (sori guys). Dan aku akan kurang jumpa kawan-kawan aku. Dan aku akan kurang cuba jumpa kawan-kawan baru melalui myspace.

Fourth, to my sms friend, yang selalu aku miss call bila aku bosan, ni berita baik kan? Aku akan kurang miss call korang. Dan korang pun tak yah la susah payah fakir camna nak layan aku. Betul tak? Maybe jarang la kan. Sebab asyik aku je ingat korang, korang tak ingat pun janji korang nak kontek aku, so aku nak buat macam mana lagi. Maybe, bila takde gangguan macam tu, baru korang terrringat balik kat aku kowt. (huhu, emo la plak)

Fifth, this blog. This blog akan jarang diupdate…! (what!!)… just kidding. Aku memang selalu nak update blog, tapi aku tahu tanggungjawab ini, somehow akan effect system pengupdate-an blog ni (ada system ke?). so sori guys, kalau korang dating tak update lagi. Harap situasiku difahami.

Post-entry

Like I said just now, everything that happened for a reason, aku harap aku dapat laluinya.

Mungkin masa aku crack down pasal projek ni, adalah idea aku nak update kowt.

Tapi takkan aku nak update pasal aku crack down je kan. Mesti korang bosan nanti.

Bila korang bosan, korang malas komen.

Bila korang malas komen, aku lambat update, sebab nak bagi masa untuk korang komen.

Bila aku lambat update, korang malas dating.

Bila korang malas dating, aku malas update.

Bila aku malas update, tengok-tengok takde lagi Yang Terdalam.

So komen la yea! (huhu matilah, reverse psichology!)


:::YTBACK!!!:::

HAPPY BELATED BIRTHDAY!

0075 - 08 Mac 2007
HAPPY BELATED BIRTHDAY!!!

aku nak kuar dah tadi... tapi tengok blog hilman and all, i cant resist the temptation to join the celebration they are talking about...

so, i decided to leave something, on the last minute before lecture ni

to teddybearhijo (sori kalau taip wrong)

HAPPY BELATED BIRTHDAY!


may all your wish come true... dah tua rupanya...

btw, add la aku kat friendster, hilman bagi link ke page ko, tapi private la plak...

napa, takut ramai add ke??? huhuhu

happy belated birthday gurl!~

P/S - kalau la laptop beta tak rosak, maybe aku boleh buat celebration better than this! sori, this is totally last minute!


:::YTBACK!!!:::

I'm sorry...

0074 – 6 Mac 2007
I’m sorry…


My apologies for not updating this blog for such a long time. Bukannya tak mahu tapi keadaan tak mengizinkan.

Aku kembali berbunyi kini. Aku pun tak tahu apa akan jadi kepada entri ini, keana aku tiada topik ingin diutarakan, Cuma menurut taipan tangan yang selari dengan wavelength otakku kini.

The thing is, i need to explain where was i. why do I do not update this blog, while there are regular comers who keep commenting and want to know my life? In fact, this is the first time my entry has been commented as much as last entry.

Ye lah, selalu dating sini, wat tak tahu je. Baca pastu bla kan.

Bila kena tag, baru semua komen berbagai. Baru nampak batang hidung. Nak kena tag selalau ni. Hihi.

Eh melalut pulak.

Actually, lebih kurang 4 jam after i updated the last entry, i keep checking the comments from my phone through gprs. Mood aku ok la kejap, sebab ramai yang komen on the things yang u dunno about myself.

Cuma, mungkin komen aisyah tentang aku hutang dua perkara, sebab ada dua cerita dia dah tahu. Macam mana den nak buat ni, ko memang tempat aku cerita lor.

Dan aku pun tak sempat check lagi blog-blog yang aku dah tag. I will, but not now. Online sekejap je ni.

The thing is, soon after I updated the entry, my mood was ok, suddenly…

MY LAPTOP BUAT HAL! MY DEARIE HARDDISK CRASH! AND I’M SCREWED!

Laptop tu menyimpan macam-macam benda. Gila lah hilang macam tu je.

Aku dah cuba memacam untuk baikinya. Aku rasa fail-fail kat D aku tak hilang lagi, and aku pun memangnya simpan semua file dekat D. So aku ingat boleh lah back up semua file tu.

Hantar dekat kedai, semua tak boleh dilakukan. Tiba-tiba je harddisk tu rosak, dan sebelumnya memang aman damai. Memang tak dijangkakan.

There go my one and half year of files. Gambar-gambar, lagu-lagu yang nak dekat 2000 tu, file masa 1st sem, 2nd sem, 3rd sem, 4rd sem. Arghh!! Aku tensen!

Gila banyak aku hilang.

And it takes time for me to recover. Tu yang tak update blog tu. (huhu alasan)

Nasihat aku, backup la file korang dekat mana-mana. Kalau tak naya!

Aku ada external, tapi aku tak gunakan sebab bagi aku nak rosak harddisk laptop kurang sikit possibility nya dari rosak external. Tengok-tengok salah jangkaanku.

Dan mulai dari itu, aku jadi invader. Penjajah. Aku mula menjajah laptop kekawan aku untuk buat kerja atau tengok movie. Tapi still, tak best, sebab laptop diorang hampeh, tak maintanance, lambat n so on.

Tapi nak cakap apa lagi. The situation has left me nothing.

On the bright side, maybe, I will get new laptop. Mula angan-angan dah.

But the files?

Dunno la.

Tengok nak tulis pun macam dah takde mood.

I promise I will update this, soon, when everything keep back on track.

Thanks for visiting. Will do better entry next time.

Bye. And please back up your files for goodness sake!


:::YTBACK!!!:::