Cepattt!!!

0166 – 25 Januari 2008
Cepattt!!!

CAUTION:
This is a quick post.
Aku kena cepat ni
Tergesa.
Ada benda ’penting’ aku kena buat.

Cuak gak nak buat benda nih.
Bukannya aku nak buat sangat pown.
Tapi dah keadaan memaksa.
Kalau bukan aku sapa lagi.


Aku perlu segera pulang ke KL.
Kerana ada 'manusia-manusia' yang menunggu aku di sana.
Kalau aku lambat?
Mau aku kena marah.
Ataupun diorang takde kerja.


Hey, sempat ke ni?

Dahla hari ni dah hari Jumaat.
Sedap-sedap je bagitau last minute.
Aku tau lah aku ni bukan jenis orang yang menolak.


Kadang-kadang orang len bukannya fikir apa orang len rasa.
Susah payah aku ni, nak gembirakan kerja orang lain.
Apa dia ingat aku takde kerja ke kat sini?


Selamat semalam dah bertungkus lumus aku siapkan lab report.
Bioseparation dah siap, selamat Chemical Engineering Lab pon on-site report.
Cuma assignment Chemical reaction II, Mr Cheng yang tadi je blom buat.
Mana sempat!
Dan selamat juga eksperimen aku betul dan tak perlu diulang semula.
Macam satu group nih – sebab alatan rosak.
Atau satu grup nih – yang salah kira dari awal lagi.
Dah lah ulang masa lepas Jumaat nih.


Selamat aku tak kena ganti lab.
Kalo tak lagi lambat lah aku balik ke KL untuk gembirakan hati ’orang-orang ini.
Aku kan baik, takkan nak menyusahkan orang.
Tapi susah aku? Sapa tahu.
Dala nak kena drive 240 km ke KL, road tax mati lak tu!
23 Januari baru mati.
Mintak-mintak lah takde polis yang tahan aku.
Kang naya je.
Kang lagi lambat aku sampai KL.


Bila fikir balik, apsal aku terima pown aku tak tahu.
Tah camna tah nanti penerimaan orang ramai jika aku buat benda nih.
Dahlah aku kiranya penyelamat keadaan!
Duh sakit-sakit.


Baju tak kemas lagi neyh.
Nak pakai baju apa pun tak tahu,
Apa aku nak buat pown aku tak berapa sure.
Yang aku tahu, aku kena ada kat sana secepat mungkin untuk berlatih.
Harap persediaan tergesa aku nih berbaloi la nanti ek.


Hurm kena habis entry ni kat sini.
Aku tengah tergesa dan nak cepat!!!

Err… lupa lak bagi tahu apa kerja aku tu....


AKU KENA GANTI FAIZAL TAHIR UNTUK LAGU MAHAKARYA CINTA UNTUK AJL AHAD NI!
TV3 BARU CALL DIORANG HARAP SANGAT AKU DAPAT BUAT!
ISH KAGET NIH!
KORANG DOAKAN AKU EK!!!


Kak kriesz dan diya, siap sedia jadi penari latar tau. Faizul, Joey, Hilman, Mr Final, korang kena tolong backup vokal aku. Irina, cik teddy kena jaga lighting. Yang len, korang tengok je la ek!


Doakan aku wei! Aku cuak nih!!

Hahahaha... kena! Kena lagi! Ye ye!


Aku lepak UMP je weekend nih.
Semua busy. Ingat nak kuar pown tak bleh. Sebb road tax mati. Nak tgk AJL kat mana pown tak tahu nanti nih!


Pape pon, harap Siti wat persembahan best malam tu!


Dan harapnya lepas dia nyanyi lagu rancak dengan bertudung tu dia tak jadi bahan kutukan la plak kan. Biasalah Malaysia.


p/s – I wonder if that Alienz kena lagi tis time… hehehe


:::YTBACK!!!:::

Aku.Muzik.Kamu Part 2

0165 – 23 Januari 2008
Aku.Muzik.Kamu Part 2

Guess it has been decided. Aku baca kat Kosmo petang tadi.

Fiq (Mentor) will replaced Faizal for Mahakarya Cinta, Ajai will replaced for Kasih Tercipta.

Bayangkan perasaan Faizal melihat lagu kesayangan dinyanyikan orang lain. Gigit jari beb! Tekanan kepada Fiq juga, mampukah dia menyedapkan lagu kegemaran ramai itu? Ajai? Tak mahu komen, dia komposer, sepatutnya tahu lagu itu bagaimana.

Melepas la nak tengok aksi Faizal di AJL. Hurm!

Tapi mana tau kan, gimik je, tiba2 tengah lagu Maizal naik nyanyi lagu dia! (aku memang suka berkhayal kan)

Nampaknya pandangan aku bukan aku sorang je. Turut dikongsi oleh ini

Apapun yang berlaku, ini mengajar kita menjaga sensitiviti masyarakat. Dan kita kena sedar, masyarakat kita ni suka dipandang mulia bila buat kerja, penuh korupsi dan konspirasi. (duh ayat beta!)

Susahkan hidup ni... semua benda kena difikirkan, semua benda kena diberi perhatian.. aduhai!


p/s – aku sebenarnya penat, baru balik lawatan industri... will post bout that, nanti la ek... so kat sini officialnya aku hutang 2 post la ek! Pasal tokoh2 tu, pasal lawatan industri…. Adios! Beta mahu beradu!!!


:::YTBACK!!!:::

Aku.Muzik.Kamu

0163 – 22 Januari 2008
Aku.Muzik.Kamu

Kita hold dulu entry pasal Siti, Tun Mahathir, Norman dan Dr SMS.

Kalau entry pasal tu, aku perlukan connection yang kuat untuk mengupload gambar yang aku dapat. Dan aku perlu recall balik apa yang diorang dah buat kat aku. Huhuhu

Hari ni, mari kita bercakap mengenai Faizal Tahir.

Faizal Tahir? Who?

Kalo tak kenal nama ni sekarang ni, its either korang tak baca paper atau korang tak dengar radio, atau korang tak tahu apa yang berlaku dalam Malaysia kini. Tu belum aku letak nama Sharlinie (God mana lah budak ni... dengar citer modus operandi dia macam CSI, so polis kena dibekalkan dengan DVD CSI kowt... huhu) atau Lingam (aku pown tak faham sangat citer ni, sebab malas nak baca pasal korupsi nih)...

Aku lak baca pasal apa yang aku minat. So aku baca la hiburan. Pasal Faizal Tahir.

Faizal Tahir bukak baju!?

Mula-mula aku bengang gak la… my first expression
– my God Faizal! Wut hav u done! Musnahkan karier je. Orang baru nak kenal dan minat dah wat kontrobersi lagi!

Seriusly, lepas aksi slide di semi final ajl tu, ramai orang tak ske mamat nih. Cakap diorang dia nih over. Bagi aku, aku suka cara dia. Over dia bertempat. Cara dia nyanyi yang over kena dengan lagu. Dan aku enjoy kalau dia perform.

Tapi masa tu, aku baca dari tenet, bila dapat tau, aku tak leh terima. Apa guna baju ditanggal satu persatu macam stripteaser??? Mungkin dia tersilap pencaturan, urm tah lah. Semua alasan boleh diucapkan. Tapi in term of entertainment, untuk hiburan, aku tak kisah sangat. Ala, apalah sangat badan dia tu dari gambar2 yang banyak kat internet ni.

Tapi still, living in Malaysia, we cant neglect the sensitivity of nation. Malaysia memang sensitive. Dan dibesarkan dengan environment sensitive, aku sedar kenapa rakyat Malaysia melenting. Tanggal satu persatu is too much! Sebab selalunya dia gunakan trademark baling tali pinggang je. Benda ni biasa la, Letto ari tu pown baling drumstick!

Aku biarkan panas citer ni berlalu dulu.

Aku still minat muzik Faizal. Aku still layan lagu dia.

Seriusly say, lagu dalam Aku.Muzik.Kamu dia memang berkualiti. Boleh dilayan. Dan kena dengan selera aku. Memang masa cuti tu aku addicted dengan muzik dia. Sampai ringtone, msg tone aku tukar lagu dia. Sampai cmtu skali!

Dia ada produk yang bagus. Album nya sungguh berkualiti. Kena dengan selera. Collaboration with Audi Mok menyebabkan semuanya nampak best.

Tapi, semua ini tercalar dengan apa yang telah dia lakukan.

Cuma, yang aku tak faham, tindakan sesetengah pihak lepas perbuatan dia.

Dia kena banned kat 8 tv – wat keje amal selama 3 bulan, acceptable. Sebab memang telah menyebabkan 8 tv tercalar. Pastu satu2 organisasi nak mula mengambil tindakan kat dia ni.

Sampai banned dekat semua media swasta. RTM je yang aku dengar tak nak ikut banned dia. Tak tahu la plak, lepas ni apa jadi.

Dan AJL – satu pertandingan yang berprestij, dengan tiket 2 lagu, dia tak dapat sertai!

Duh!

Ni memang aku bengang gila. Sapa lagi artis kat Malaysia ni boleh bawak lagu Mahakarya Cinta macam dia? Sebabnya dari awal aku ramal lagu Mahakarya Cinta boleh menang. Tapi bila semua ni timbul, ramalan tinggal ramalan.

Korang maybe cakap, dia buat salah.

Memang dia salah. Aku akui.

Tapi, bila semua pihak macam menangguk di air keruh, macam nak promosikan organisasi sendiri bila menghukum dia, aku rasa tak wajar. Macam aku chat ngn kawan aku semalam, masing-masing macam nak tunjukkan diorang buat kerja. Sedangkan selama ni, aku tak pernah dengar pon organisasi diorang. Atau aku yang tak peka? Hurm...

Kalo kesalahan itu dia dihukum, kenapa artis yang tersebar gambar bogelnya dia internet tak dihukum sama? Kenapa kalau berlakon bukak baju tak dihukum? Kenapa satu majalah yang asyik mempamerkan wanita dan jantan-jantan baru nak naik kat tepi kolam tak dihukum sama!

Alasannya, kisah ini boleh dijadikan pengajaran.

Ya satu pengalaman pahit buat Faizal.

Urm, aku tak tahu nak taip apa lagi. Aku bukan membela Faizal, dia memang salah. Tapi hukuman dia, macam melampau je.

Pasal AJL tu, mesti dia bengang gila dan tertekan. first time masuk AJL, dua lagu pulak tu, pastu tak dapat bertanding. Sakit sakit!

Firstly – Faizal patut faham sensitiviti rakyat Malaysia
Secondly – rakyat Malaysia dah melenting dan menunjukkan ketidakpuasan hati
Thirdly – tindakan sesetengah pihak dalam menghukum ada yang tak wajar.

The underlaying basis, aku bengang lagu Mahakarya Cinta yang ada sentimental value kat aku tu, akan dipertandingkan dalam keadaan tak sempurna!!! Waaaa!


:::YTBACK!!!:::

A Turning Point

0163 – 19 Januari 2008
A Turning Point

Semalam baru update, hari ni nak update lagi!
Jangan banyak bunyik, bila tak hapdet, bising suh update!
Ni tak tau napa, aku dapat vibe untuk update.
So layankan aja!

Today, i feel a certain urge for myself, to create another turning point in the life of mine. 19 days has passing by since the new year of Masihi and approximately 12 days has passing by since the Hijr new year (I don’t really know how to count this on Hijr, it is slightly different right), I think I don’t really satisfied with the changes I made, and the life that I am living through.

So, at this point, I want to create another turning point for myself, another new start to building up myself and to be a better person in future.

The question is – why do I need another?

I have once commented on other blog about New Year. A new resolution usually made at the beginning of the year, but what happened next? In the middle of the year, it has been something to forget, and at the end of the year, we just think that the resolution can be carried to the next year to be achieved. So what is the really meaning of the resolution?

Lazimlah, kita, manusia. Sering terabai dan terleka. Suka dengan rutin. Bila sesuatu rutin sudah menjadi kebiasaan bagi kita, kita akan terleka dan membiarkan diri terbuai oleh rutin tersebut. Kita perlukan sesuatu daya, a force that can really make us moving on to the next level.

One simple example. Kalaulah tak diberi due date untuk assignment, mesti kita tak buat kan. Dan bila kita dapat rasakan tekanan untuk buat assignment tu bila esok nak antar, baru terhegeh-hegeh nak buat. Tekanan tu bagus sebenarnya. Sebab bila dalam keadaan tertekan tu, kita belajar banyak benda. Along with a question, kenapalah aku tak mulakan benda ni awal sikit, bukannya aku tak reti nak buat!

So this is another turning point for me. Biorlah dikata gilo buat turning point setiap minggu. Minggu pertama 2008, sebab new year masihi. Minggu kedua, sebab new year hijrah. Minggu ketiga ni, sebab aku gatal-gatal nak buat!

Well, kalau resultnya bagus, apa salahnya kan.

New turning point

Devotions towards God

Aku masih tak berpuas hati sebagai taraf diriku sebagai hamba. Banyak tanggungjawab yang ku rasakan terabai, banyak benda terlarang yang dilakukan. Aku perlu menjadi lebih berhemah dalam menjalani hidup aku sendiri. Aku perlu lebih banyak berfikir dalam setiap tindakan yang dilakukan. Aku perlu lebih memikirkan masa depan.

Dah hampir 22 tahun beb, takkan nak biarkan dosa asik bertambah je!

Rasa nak wat Shrinking Core Model – a method to recover catalyst yang aku blaja tu.
Catalyst ni, bila sampai masa akan berlaku ‘coking’ yang akan menyebabkan aktiviti dia menurun.
So Shrinking Core Model ni gunanya untuk recover balik aktiviti dia, by diffuse oxygen around them, burned them and make the carbon trapped in the catalyst to be removed. Amazingnya, dia removed dari luar ke dalam. Sampai ke core dan pore sume. Boleh tak kalo nak wat camtu??? Huhu

But seriously, need to make sure my responsibilities tak terabai.

I want to be more professional

In studies.

Nak studi betul2 dulu sebelum exam. Biar kefahaman selari dengan apa yang diajar oleh lecturer. Selalunya aku akan studi semua balik sebelum exam, dan selalu pergi kelas, bukan ada preparation hapa pon. So i need to change this. Tak mo lagi tergesa untuk studi menjelang final nanti.

Qatar.

Satu program antarabangsa yang perlu diberi perhatian. Selama ni aku mengambil ringan pasal ni. Memandangkan aku rasa diri dioffer kan. Bukan aku nak sangat! So, memandangkan aku pown dah dapat tempat pergi, aku kena ’bayar balik’ lah kepercayaan yang diorang berikan. Need to get my profesional tone untuk mintak sponsor dari orang. Tapi bukan macam entry semalam ek! Huhuhu

3BKB.

Aku tiba-tiba secara volunteer nak jadi pengurus untuk lawatan industri kelas aku ke tempat2 industri sekitar Malaysia. Kelas aku ni susah sikit, masing-masing buat hal sendiri je. Berbekalkan kesedaran yang ada, aku volunteer nak uruskan. Dah 3 tahun kat sini, lawatan industri tersangatlah kurang. Macam mana nak siapkan diri kerja dalam industri nanti? Syukur, aku ada back up. Cita-cita dak pompuan ni lagi menggunung, nak wat lawatan industri area Sabah dan Sarawak. This project also need to be think throughly, as this need me to focus and be professional!

Relationships

Uh? Haha!
Perlukah ini diceritakan?
Muahaha!
Perlu2. bukannya relationship to ‘that heart’ je. Relationship ngn kawan2 pon.

Kawan-kawan.

Ada yang boleh dipakai. Ada yang tak. Ada yang selalu ajak kuar, tapi from them aku dapat input. Ajak kuar, lepak kedai kopi, tapi cerita topik negara. Current issues. Tu yang aku rasa berbaloi kuar dengan diorang sebab aku dapat tahu apa yang berlaku kat dunia ni. Mahasiswa tak patut duk dalam kepompong je kan.

Housemates.

Tahlah. Bukan tak rapat, Cuma rasanya matlamat kami berbeza. Mungkin diorang rasakan masa ni masa berhibur kowt. Aku pulak, asyik nak pikirkan apa yang berlaku di masa hadapan je. Tapi, ada masanya diorang ni jugak dijadikan tempat mengadu. Bila aku perlukan hiburan, klip video, movie jepun j-pop, diorang ni yang ku cari.

”The Heart”.

Not no1. not no 2. Tarafnya sudah naik kepada ‘the’.

Aku tak mahu terbuai. Aku tak mahu membuai. Aku mahu realistik. Aku tak mahu plastik. Aku mahu walau apa yang kami rasa, kami terus majukan diri. Aku mahu menghargai rasa yang ada, dan aku mahu semuanya berlandaskan apa yang sepatutnya. Lewat kebelakangan ni, ada juga kawan aku yang cakap kat aku, yang dia cari bukan awek, tapi bini. Aku jawab kembali padanya, masing-masing ada cara. Aku suka cara ko, tapi ada part yang mungkin cara tu kurang. Jalanya sekarang, aku mahu lakukannya caraku!

***

Ni je yang mampu aku fikir buat masa sekarang. Biarlah aku tak terus terleka dengan rutin dan dunia. Biar aku terus berpijak di bumi yang nyata. Biar aku terus bangun, berdiri, melangkah dan seterusnya berlari! Kalau mampu mungkin aku mampu terbang!

Semuanya bergantung kepada diriku sendiri...

p/s – next entry – what makes Datin Seri Hajah Siti Nurhaliza, Norman KRU, Tun Mahathir Mohamed, and Dr Sheikh Muszaphar Shukor related to each other, and related to me? Will write about that if I got the ‘vibe’


:::YTBACK!!!:::

{Dah malas aku pikir tajuk entry ni!!!}

0162 – 18 Januari 2008
{Dah malas aku pikir tajuk entry ni!!!}

Ya... bertemu kita kembali di laman Yang Terdalam – yang amat dalam, amat jauh tak terselam... bersama hos anda yang sengal dan menggelabah...

Saya!!! Kwang3...

Mood sengal tengah overflow neyh... kalo masuk absorbtion column, mau flooding. Eh, ke benda lain yang ada term flooding neyh! Duh! Nak kena studi balik neyh…

Apapun, setelah beta berjaya mengenakan sebahagian orang dengan entry yang lepas, beta kembali dengan entry yang betul-betul entry. (mengikut statistik melalui komen hanya 4 orang yang terkena, tapi tak tahulah kalau yang len kena gak, tapi tak bagi komen... but the most terkena adalah ’makhluk itu’... muahahaha!)

Ni tak tahulah entry betul ke tak. Sebab beta men naip je ni. Kalo jadi entry jadilah. Ada gak dalam diam ni, idea untuk buat entry serius. Tapi nanti-nantilah ek!

Semester baru dah lebeh kurang 3 minggu bermula. Aku dah masuk tahun ke3 second sem. Maknanya aku di UMP ni adalah lagi setahun, plus 6 bulan LI, dan baru aku kerja.

Ramai gak yang aku dengar dah last sem, nak grad dah. Takpe2. aku sabar lagi. Aku pown masih keliru aku nak kerja macam mana ni. Jawatan blogger bergaji ada tak?

Apapun, masuk semester ni, aku makin malas nak studi. Tak tahu kenapa. Mungkin ada virus merebak dalam blogger.com ni kowt. Tru pown camtu, Joey pown camtu. Sapa lagi yang nak add list?

Semua kerja aku wat last minute. Walau azam dalam dua kali sambutan tahun baru ari tuh (masihi dan hijrah), nak tingkatkan diri di tahap maksimum, tapi hangat-hangat taik kura-kura! Aku masih malas. Di takuk lama. Nak berhibur je kerja. Nak beradu je kerja. Kerja yang sebenar malas buat! Duh!

Ini kene berubah! Dan weekend ni aku akan memulakan perubahan. Doakan aku!

Ada 2 shades of happiness yang berlaku.

Satu

Aku diterima sebagai secretariat ke Qatar, di bawah fakulti aku – fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli, UMP. This program will be done in May. Thus, at this point, I must struggle, try my very best to find as many as I can on sponsorship to go there. But, again, the underlaying reason – I’m lazy!

Malasnya nak telefon-telefon orang-orang yang kita tak kenal, kena buat suara skema, cakap baik-baik, dalam pada masa yang sama merayu ala-ala manja, untuk mintak sponsor. Duh! Aku tahu semua orang nak mintak sponsor amatlah susah. Aku sedar sejak dari mula aku nak masuk program ni lagi.

Tapi aku pada waktu tu rasa aku boleh handle. Aku rasa aku masih lagi boleh lakukan semua. Tapi bila aku dah diterima masuk, malas membatasi. Takpe-takpe. Hari isnin ni aku nak mulakan segalanya kembali. Harap-harap dapat.

Dalam program ni, kami perlu cagarkan rm2000 seorang sebagai motivasi kami mencari sponsor. Bagus gak diorang wat camtu. Kalau tak, masing-masing mengharapkan orang lain untuk cari. Bila dia wat camtu, nak tak nak, nak dapatkan duit kita kembali, terpaksa la mencari. Aku akan berusaha! Doakan aku.

Dan... er...

Korang ni tak nak ke sponsor aku??? Muahaha???
Tak kenal ke mana-mana datuk ke, datin ke, yang baik dan berminat nak sponsor aku g Qatar ni? Plzz....

Bagi korang yang ada cadangan yang bernas tentang mana aku nak cari menatang ni, bagi lah ek!

Dua

Shades of happiness yang kedua.

Along side wirh cute messages, cute conversation through skype, it all happened.

Hati ke2 telah menjadi pilihan. Dan aku sudah menyatakan padanya.

Kan dia baca blog ni. Dia tanya gak napa dia nombor 2.

Erm… tu just for numbering je. Aku masa tu nak highlightkan kisah apa yang ‘hati pertama’ lakukan. Tak mo gunakan huruf sebab blog aku nip on dah banyak huruf. So camtu je lah.

Tak tahu nak katakan apa status aku. Masih dalam proses mengenali. Cewah!

Kitorang masih wat camn biasa. Still guna kau-aku. Takdelah directly tukar i-u, or abg-syg. Masih kami yang lama.

Cuma yang lennya, bila kat luar, aku kurang tegur dia. Aku tah rasa ala-ala malu lak. Sedangkan kat skype rancak! Muahaha.

Apapun, aku selesa dengan suasana ketika ini. Kami tak mahu terburu. Tak mahu tergesa.

Biar masa menentukan segalanya, that is the phrase.

Cute messages.

“eyh, ok la Kamal, aku nak g basuh baju ni”
”ok, bawak baldi tu elok-elok. Kang jatuh”
”kalo aku jatuh ko sambut tak??”
”Tak...”
”hahaha aku suke jawapan tu... buat aku gelak”
”ala, realistik la sket kan. Takkan ko jatuh kat sana, aku leh sambut kowt”
”betol2”
”kita kena realistik. Jangan di awang2an... betol tak?”
”betol2..”

Halwa Cintamu dari Siti Nurhaliza menerawang di segenap pelusuk dunia!!!


:::YTBACK!!!:::

Update...

0161 – 16 Januari 2008
Update

Aku nak update blog ni...

Caution : sila baca dengan nada masing2... nak try tone lagu dangdut, rock, jiwang, atau apa-apa pun boleh.. ikut kesesuaian suara masing2... yang penting... JANGAN SUMBANG!!!


update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update


k dah... harap puas hati!!!

Ca alif but!!!!


:::YTBACK!!!:::

Aku takde mood

0160 – 11 Januari 2008
Aku takde mood

Semalam.
Entah mengapa aku tiada mood.
Buat tu tak kena, buat ni tak kena.

Selalunya waktu petang aku akan tidur petang.
Rehatkan diri.
Tapi entah kenapa semalam, tiada mood untuk tidur.
Dan aku berjaga.

Keluar.
Menaiki basikal kesayangan.

(aria tak jeles ke???)
Cadangnya ingin mengambil udara segar dari berkepuk dalam bilik.
Merayau-rayau.

Berkayuh jauh sedikit.
Sampai di jalan utama, aku terpaksa berpatah balik.
Permandangan yang menyakitkan hati!
Terus aku tiada mood berkayuh jauh-jauh.

Di belakang UMP ni ada cadangan untuk menyiapkan satu kompleks Halal Hub untuk negeri Pahang rasanya.
Dan segala pembinaannya dimulakan dari jalan utama yang sering kami gunakan hingga ke kawasan lapang di belakang perumahan kami.

Tapi bengongnya!
Jalan berdebu gila!
Bila basah, akan jadilah ’tanah merah’ UMP.
Kereta, motor, basikal, baik tak yah basuh.
Pergi kelas akan kotor balik!

Bila melalui jalan tu, masing masing menggunakan kelajuan minima.
Takut habuk berterbangan ke kenderaan sendiri, dan orang lain.
Tapi mana yang tak bertimbangrasa, laju jugak dipecut kereta.
Sehingga habuk berterbangan kepada yang menaiki basikal dan motorsikal.
Mana yang baik macam aku, terus ubah mode pemanduan kepada pemanduan cara membawa van keranda!
Slow slow.

Aku hilang mood terusnya.
Hanya menaiki basikal di sekitar kawasan rumah.
Tengok orang main bola di merata-rata tempat.
Aku pula, tiada mood bermain bola.

Malam itu, aku ada meeting yang terakhir untuk Expoconvo’07.
Satu meeting untuk memberikan isi-isi post mortem untuk bantai staff UMP yang tak bertimbang rasa sepanjang Expoconvo’07.

Sebenarnya matlamat post mortem tu bukannya macam tu.
Tapi aku memang nak menibai staff sahaja.
Segala isi yang kuberikan semua melibatkan staff.
Lantaklah, esoknya post mortem pun bukannya aku masuk!
Aku hanya memberikan isi.

Expoconvo’08.
Banyak yang perlu diberikan perhatian.
Perlu diperbaiki.
Terutamanya bagi staff yang suka menggunakan kuasa dengan menindas student.

Kalau kita mintak, semua tak dapat.
Alih-alih dia mintak, dapat je, walau tak relevan.

Arghhh! Malas la bincang pasal staff ni
Takde mood aku!

Malam tu kawan-kawan aku pelik.
Aku diam dari biasa.
Masing-masing keliru camna nak mulakan perbualan dengan aku.
Dah aku katakan, kalau aku diam, semua blur!

Nak wat camna aku takde mood.
Atas sebab yang aku pun tak ketahui.
Mungkin aku tahu, tapi aku malas fikir.
Yang penting aku takde mood.

Selepas tu, diorang ajak aku keluar.
Minum-minum.
Rehat-rehat.
Aku dalam takde mood pon keluar la.
Ikut je diorang.

Bila sampai, hanya teh tarik yang ku pesan.
Nak makan, tak lapar.
Then, kitorang hanya diam sahaja.
Sebab aku tak mulakan bicara.
Diorang pun tak tahu nak start cakap pasal apa.

Sebab selalunya aku yang akan mulakan dengan usik mengusik.
Diorang akan balas balik dengan nak defend diri bila aku usik.
Dan selalunya, ia akan berlarutan sampai semua takde idea nak cakap apa.

Tapi malam semalam berbeza!
Semua diam.
Aku diam.
Diorang diam.
Aku tenung diorang.
Diorang tenung aku.

”Arghhh tak best la Kamal macam ni!”
”Jom balik!”

Kami pun balik.
Aku masih tiada mood,
Dalam kereta diorang cuba mengacah lagi.
Aku masih tiada mood.

Last-last semua terdiam.
Tak tahu nak cakap apa.
Masing-masing takde mood pulak.

Masa ni.
Tiba-tiba aku sedar.
Sinar terang nampak di mata aku.
Aku nampak hakikatnya.
Apa yang sebenarnya berlaku

Aku sebenarnya salah seorang Heroes rupanya!
Ability aku – boleh pengaruh orang takde mood bila aku takde mood!
Haaa! Nantikan kemunculan aku dalam Heroes musim ke-18!
Mesti korang tahu apa yang berlaku nanti!
Kiranya entry ni sinopsis untuk siri akan datang la!
Baik tak aku bagi tahu korang semua ni??
Nanti korang boleh la blagak kat kawan-kawan korang kan!
Hahahahaha

Tapi, kuasa aku masih tak kuat lagi.
Sebab semalam, meja sebelah kitorang selamba je bergelak ketawa.
Kitorang je yang takde mood sebab kuasa aku dah pengaruh diorang!
Maybe kuasa aku dalam range satu meter je kowt!

Dah2, panjang lak taip ni.
Buang masa je.
Aku nak g berlatih kuasa aku ni!

Sebab aku Heroes!

Huhuhuhuhu

p/s – Happy Belated Birtday to Dora – kawan sitizoners… satu hari je beza ngan siti ek! Happy Birthday to Hajah Datin Seri Siti Nurhaliza juga!

p/s – segala cerita adalah rekaan semata-mata. Tidak berkaitan dengan alien, en bulan, biri2, teddy, ikan emas, lembu, mat bangla, biskut maree, hati-hati, tarikh 8hb, atau yang sewaktu dengannya! Huhuhu

p/s – satu lagi ability aku, aku ada ability untuk buat orang komen... mesti korang nak komen entry ni kan??? Kan??? Erk??? Tak nak??? Alamak, kena berlatih kuasa aku lagi neh! Nak g berlatih la! Bye bye!


:::YTBACK!!!:::

Aku terus tersenyum...

0159 – 09 Januari 2008
Aku terus tersenyum...

Bertemu kembali setelah entry jiwang karat minggu lepas.
Hurm, apa yang berlaku seterusnya?
Aku hanya mampu tersenyum...

Setelah seharian bermain rasa, aku sudah sedia memulakan langkah.
Tujuh Januari akan dikenang, hari di mana langkah pemula bermula.

I’m not the type of guy who extremely confident to express what i feel inside. Kalo kena rejek, aku selalu emosional n akan menyalahkan diri. So I need a plan!

Hati mana yang aku pilih?

Tunggu...

Selingan – Revenge ke ’Hati Pertama’

Tak tahu camna nak cerita, but aku hanya mentranskripkan, supaya nanti aku ingat perkara ni.

Setelah apa yang dia buat dekat aku, aku sedikit marah la. Tapi kamal is kamal, aku takdelah nak gaduh secara besar-besaran dengan dia. Dia pun junior aku kan, so aku memikirkan akan ada masa nanti yang akan melibatkan kerjasama antara kami, so aku hanya marah ringan-ringan je.

Malam sabtu itu, dia mesej.
Tanyanya aku dimana.
Aku menjawab aku di bilik, berehat, hari bersama roomate kataku.
Dia tanya lagi, tak keluar ke?
Aku dapat merasakan sesuatu.
Ku tanya kenapa.
Dia katakan, kalau nak keluar, dia nak mintak aku amik dia dekat Mydin Kuantan.

Gosh! Masa tu aku menyirap kembali.
Dia nak pergunakan aku lagi!
Bayangkan, Mydin Kuantan.

30 km from UMP.
Approximately 30 minutes.
Dia nak aku keluar semata-mata mengambil dia!
Hampeh!

Aku tidak membalas mesej tersebut.
Lama juga.
Aku sibuk berskype dan menerawang.

Tiba-tiba terfikir.
Inilah satu peluang!
Tapi aku masih ragu-ragu.

Aku menelefon ‘rakan pillow talk’ aku, ingin menanyakan apa yang harus dibuat.
Nak amik ke tidak.
Tapi engaged.

Aku tak tahu nak buat apa.
Akhirnya, menelefon kawan baik aku di Ampang.
Menceritakan secara brief apa yang berlaku.
Sebab dia pun tahu tak tahu je pasal ’hati pertama’ ni.

Responnya.

“jangan pergi la Kamal. Sekali dia dah selesa pergunakan ko macam tu, dia akan terus gunakan ko”

Aku ambil responnya itu.

Tapi aku masih ragu-ragu.
Mencuba kembali menelefon ‘rakan pillow talk’ itu.
Dapat kali ni!

Dia kata, terpulang.
Kita buat baik je kat dia, tapi jangan layan sangat.
Dia rushing nak meletakkan telefon.
Dia sedang bersama buah hatinya.
Hampeh!

Kemudian, aku terfikirkan sati cadangan.
Untuk menjauhkan si ’hati pertama’ dariku terus.
Aku bersiap dan menelefonnya.

“err, still kat Mydin ke?”

”Ha’a la. Sapa lagi nak amik”

Dalam hati ku, dah 30 minit dah, takkan la takde daya usaha nak cari alternatif lain untuk balik! Naik teksi ke?

”kenapa tak naik teksi ke hapa?”

”ala, kalau naik teksi, bayar mau rm30. dari bagi sedap-sedap dekat orang yang kita tak kenal, baik bagi dekat Kamal. Boleh belanja makan dengan topup minyak sekali”

”yang bengong tak balik awal kenapa! Tau naik bas, balik la awal-awal”

”tengok tu... marah orang lagi... ngan roomate ni. Terbabas. Nak wat cmana.... nak amik ke tak ni? Kalau tak nak, orang boleh naik teksi!”

”yela, orang amik. Jangan g mana2. nanti org sampai org call”

Dalam hati aku, memang dia saja je. Memang dah plan. Saja je nak balik lambat atas alasan akan ada orang boleh ambik dia. Yelah, aku ngn ’rakan pillow talk’ aku masing-masing berkenderaan.

Aku bersiap, pergi bilik kawan aku yang lagi sorang, dan terus menculiknya keluar. Dia terpinga-pinga la jugak.

Dalam kereta, kami merancang sesuatu.
Sampai di Mydin Kuantan, berjumpa.
Aku buat biasa.
Lakonan.
Pelakon harapan terbaik!
Di dalam kereta, plan pun bermula!

Kawanku

”err, Kamal, amacam ngan awek ko si ’hati kedua’ tu”

‘Hati Pertama’

“haaa?? Kamal ada awek?”

Aku

“err… mana ada”

“ala, aku tau la. Ada orang bagitau aku. Sapa tah namanya. Senior ko kowt,’hati pertama’. Dak kelas dia.

”erm... mana de. Dan dan je gosip timbul”

“ha,a betul la. Hari tu aku nampak ada gambar pompean dalam henset dia. Aku usya hari tu”

”ye ke?”

”ala, tu gambar mms la. Dia bagi masa raya. Aku simpan je la. Hanset aku kan canggih, leh simpan banyak2”

”ye la tu. Dah memang betul kan ko minat dia”

”takde la.... ko ni lah, pandai wat gosip”

”gosip mendenya. Aku ada informer. Siap 3 orang lagi. Semua cakap benda yang sama”

”oho, jadi betullah ni”

”err... tular kita nak makan kat mana ni?”

”haa... tukar topik’

”takde la, cepat lah decide, mana budak ni kena blanja. Kan tadi dah janji nak blanja makan n toup minyak!”

”eyh, ye ke? (buat tak tahu)”

“takde-takde, singgah kedai makan depan ni. Perut aku dah melekat ke tulang belakang!”

”eheh!”


Secara kasarnya plan tu berjalan lancar la.
Aku menyuruh kawan aku tu kononnya mengantoikan aku dengan orang lain.
Supaya si ’hati pertama’ ni tawar hati.
Harap lepas ni dia tak kacau aku lagi sangat dah.

Malam tu, semuanya ditanggung.
Makan dipayung.
Minyak ditopup.

So bagi aku dan kawan aku, ia satu kejayaan la jugak.
Sebab dapat balas dendam ala manja-manja.

Masam jugak aku tengok muka ’hati pertama’ bila kena bayar semuanya!

3 Hati Part 2

Dah mula rasa yakin.
Tapi still aku bukanlah orang yang boleh cakap direct.
Tah la.

Plan.
Si ’hati kedua’ ada bertanya-tanya link blog aku.
Sebab dia tahu aku ada blog.
Tapi tak tahu yang mana.

Aku tak nak bagi.
Dah lah tengah cerita pasal dia.
Pastu nak bagi lak.
Kantoi je.

Tapi bila pikir balik, inilah peluang nak meluah.
Lantas, aku bagi.
Yang Terdalam.

Tiba-tiba dia kata.
Dia sebenarnya dah lama usya blog aku.
Dia saja je nak tanya, tengok aku bagi ke tak.

Aku dapat rasakan darah menderu ke kepala.
Malu dan... sedikit bengang.
Duh, adakah selama ini dia tahu?

Aku tanyakan semuanya padanya.
Dia kata, oho patutlah macam lain macam, tengah memilih rupanya.
Aku lantas berkata ’btw, u’re the heart number 2”

Dia terkedu aku kira.
Tanyanya, kenapa dia nombor dua…
Kataku, nombor itu sekadar nama. Aku hanya ingin highlightkan perbuatan si hari pertama ketika itu.
Namun, bila dia tanya begitu, ala-ala kecewa, membuatkan aku riang.
Jeles jugak rupanya!

Huhu

Mind you! Dia mungkin tengah baca ni. So lepas ni, komen-komen korang kenalah baik-baik je pasal beta. Kenalah puji beta melangit. Kenalah angakat bakul beta sikit. Please please! huhuhu

3 lagu kini menjadi siulanku.
Didicazli – Dambaan Cinta
Siti Nurhaliza – Cintamu
Romance – Ku Ingin Kamu

Aku hanya mampu tersenyum ketika ini.
Inilah pemula.
Harap berakhir dengan baik.
Kami bersetuju untuk rapat dahulu.
Jika ada, adalah.
Biar masa menentukan katanya.
Tapi ia masih mengujakan.

Jadi, secara rasminya aku telah memilih hati kedua di antara ketiganya.
Hati ketiga tak yah la.
Dia hanya memandangku sebagai adik.

Harapnya.
Aku akan terus tersenyum
Dan terus tersenyum...

Selama ku masih bisa bertahan...
Selama ku masih bisa bernafas...
Selama Tuhan masih mengizinkan...
Ku ingin slalu menjagamu...


:::YTBACK!!!:::

3 Hati...

0158 – 05 Januari 2008

Pre-entry

Banyak yang berlaku dalam masa yang singkat di yang terdalam diriku. Banyak yang ingin diceritakan, gelodak rasa, gelora perasaan yang ada dalam hati.

Aku hanya ingin meluah!

Saat aku merasakan semuanya, aku amat berharap sekali ada alatan yang boleh secara langsung menggambarkan apa yang aku rasa, dan seterusnya mengupdate blog ini. Namun ianya tiada, mahu tak mahu, aku terpaksa juga meneruskan dengan cara konvensional – taipan, yang mungkin akan mencapai matlamatnya, atau tidak.

Sebelum itu, ini entry yang mungkin lain dari yang biasa. Mungkin panjang, mungkin pendek. Aku hanya menurut kata hati.

3 hati. Kisah kekeliruanku memilih.

Di awal tahun baru ini, entah kenapa, aku rasakan aku sudah bersedia berdampingan.

Mungkin kerana environment sekitarku yang melihatkan orang berpacaran, sedikit sebanyak aku ingin juga merasainya.

Namun dalam pada masa yang sama, aku ingin melakukannya cara aku.

Banyak kisah yang telah didengar mengenai ’dunia’ ini, dan aku banyak mengambil nota untuk kegunaan diri sendiri di masa akan datang.

Tapi di tahun baru ini, rasa itu makin membesar, dan mengujakan.

Tambahan pula ada 3 hati yang kini bagaikan sengaja membuat aku keliru memilih antaranya.

Hati pertama.

Muda dua tahun dariku.
Pernah bersama melakukan program.
Aku selesa dengannya.
Mungkin juga dia selesa denganku.
Nothing much actually, the relationship is nothing but professional.
Tapi aku tak nafikan, bila dah rapat, mungkin segala rasa boleh timbul.

Satu ketika.
Out of the blue.
Dia yang menyatakan minatnya padaku.
Aku terdiam, terkaku.
Bagi aku, ekstrem giler!

Maybe i dont like the idea of women approaching men.

Aku katakan padanya, kita berkawan dulu sebetulnya.
Kenal hati budi.
Kalau ada, ada lah.
Aku katakan juga padanya.
Jangan terlalu berharap.
Kerana aku tak tahu apa hati aku rasa ketika itu.

Aku tak mahu sengaja menciptakan cinta padanya, sedangkan aku sendiri belum pasti.
Aku tak mahu menjadi ’pemancing ikan’ yang tak bertanggungjawab.
Mungkin juga aku perlukan masa untuk berfikir.

Kerana selama ini, aku melihatnya hanya sebagai kawan.
Aku perlukan perspektif baru melihatnya sebagai pendamping.
Selesakah aku?
Kekalkah nanti?

Persoalan ini ku biarkan ke tepi dulu.
Namun dalam sebulan cuti semester baru ini, aku kerap memikirkannya.

Perlukah aku mengikut lagu Cinta?

”aku junjung petuamu, cintai dia yang mencintaiku” ?

Atau aku perlu menurut kata hati,

Bila sudah ada depan mata, rasa bagai sudah dalam gengaman.
Minda separuh sedarku, terus mencipta khayalan demi khayalan.
Kerana bagi aku, dia sudah ada.

Hati kedua

Selalu ada dalam tahun-tahun ku di sini.
Kawan asalnya.
Tapi aku tak dapat menolak rasa yang ada.

Lewat dua semester sebelum ini, aku tersedar realiti perhubungan kami.
Kami tak pernah bergaduh.
Kami tak pernah bertengkar.
Yang ada hanyalah usik mengusik.
Yang ada hanyalah rasa gembira bila di sampingnya.
Ku sedari, kami tak pernah bermasam muka.

Gembira sahaja.
Tiada sengketa.

Sampai di saat itu, tiba-tiba lagu Didicazli – Dambaan Cinta bergema di cuping telingaku, dan di lubuk hatiku.

”kini baru ku sedari,
selama ini kau ku sayangi,
andai bukan itu hakikatnya,
mengapa rindu yang ku rasa?”

Dua minggu juga lagu ini menjadi favourite ku.

Semester baru yang bertandang ini.
Dia masih ada di sini.
Saban malam, dia yang menceriakan malam aku.
Di laman maya, kami bersembang.
Dia yang selalu menegur.

Hati aku dapat rasakan sesuatu.
Hati boleh mengenal bila mengetahui yang di sana sedang meminati.
Hati boleh tahu.

Hati ketiga.

Mula rapat di dalam programku yang baru ini.
Senior, setahun tua dari ku.
A long shot maybe.

Cos she is so gorgeous.
Dan menepati citarasa ramai orang.

Ramai orang pernah cuba, tapi rasanya tiada lagi yang berjaya,
Mungkin kerana cabarannya, aku bagaikan rela ingin mencuba.
Pernah cuba merapati,
Dia melayani.
Mungkin juga dia memang begitu, melayani setiap orang begitu.

Di sinilah, mata memainkan peranan.
Bila yang cantik melayan, yang terbayang semua indah je.
Walau mungkin pada waktu itu, layanannya hanya biasa-biasa sahaja.
Namun hati ku bergetar.

As i said, a long shot.
Aku tak tahu bagaimana ingin memula, tapi aku rasakan ianya terlalu jauh untuk dicapai.

Pada masa yang sama pula, aku memujuk hati, mana tahu ini yang dicari?
Aku semakin keliru.

Gelora

Tiba saat.
Bersiar dengan teman.
Menanjak awal pagi.

Sekitar 3 pagi kami masih melepak di luar UMP.
Makan, atas ’payungan’ seorang staff yang baik dengan kami.
Nasi goreng cendawan bersama Nescafe.

Berbual, bercerita.
Usik mengusik.
A form of friendship.
Senang sekali rasanya.

Sesudah semuanya.
Masa untuk kembali ke UMP.
Si staff hanya melambaikan tangan kepada guard yang menanti.
Kami lepas masuk hanya kerana sticker kereta si staff yang berwarna hijau.
Best plak rasanya.

Malam err... awal pagi itu.
Tidur di bilik staff ini.
Menemaninya.
Aku bersama 2 rakan berhimpit atas satu katil.
Berhawa dingin.
Selesa sekali.

Lampu dimatikan.
Mungkin kerana sudah selesa antara satu sama lain, kami berbual tentang pelbagai perkara.
Sampai satu topik.

Hati.
Cinta.

Entah dari mana, seorang kawan memulakan cerita,

”tahu tak, si ’hati pertama’ tengah cuba rapat dengan aku. Masa cuti tu, dia mula mesej2 aku”

Aku terkedu. ‘Hati pertama’ aku?

”err.. ye ke??”

”ha’a, ko nak baca ke mesej nya? Aku pun pelik la ngan minah ni. Dia yang approach. Aku takut lak”

“hurm… tah la”

“lagi satu, aku nampak dia ni social sikit la. Aku tak suke sikit. Entahlah, tapi sebab dia dah mesej macam tu, aku pun rasa best la”

Aku meneliti mesej2 nya.
Duh!
Sungguh romantik sekali.
Siap berabang-abang.
Waktunya adalah di waktu aku diapproach oleh nya.
Eee, nak kena budak ni.

Aku kumpul kekuatan.

”erm... aku bukan nak kata buruk la pasal budak ni tau. Tapi kan, ko ingat tak masa program kita dulu tu, yang ko nampak kitorang bersama tu...”

”ha’a, napa? Aku ingat...”

”masa tu, minah ni approach aku. Suh jadi balak dia.”

“serius?”

“yerla. Aku pun tatau nak cakap apa. Aku tak jawab lagi pun”

”erk... hampeh betul minah ni”

”kalo ko tak caya ko tengok pulak mesej2 ni”

Aku bukak hendset aku. Memang silap besar la. Handset aku boleh menyimpan hampir 1000 mesej!

Dia melihat. Buka satu persatu.

Terkedu sebentar.

”hampeh minah ni! Aku dah bajek gak dia pasang 2 3 ni. Memang nak kene!”

”eh, selamat gak ko bagitahu aku, bagus2. walau rasa sedih sikit la ni”

”ko sedih lak ke? Alah, silap pulak bagi tahu ko”

”tak de la. Kita kena realistik. Sebab dia cakap macam tu, aku rasa macam dah ada la. So rasa kehilangan sikit je”


Memang aku rasa sikit kehilangan.
Sebab rasa itu dah ada dan dah mula dipupuk. Macam lagu Letto – Memiliki Kehilangan la.

“rasa kehilangan hanya akan ada,
jika kau merasa pernah memiliknya”


Kantoi bodoh je minah ni, hampeh! Ingat lelaki takde ’pillow talk’ ke?

Post-entry

Sejak dari saat itu, aku mula berfikir.
Tiba-tiba pandanganku terang.
Dalam kekaburan memilih, bagaikan ada suatu kuasa menunjukkan aku jalannya.

Peristiwa yang berlaku ini, ada hikmahnya.
Menjelaskan pandangan aku.

Aku tidak boleh tidur selebihnya.
Sedangkan 2 kawan aku lagi, berdengkur bagai nak rak!
Aku salahkan nescafe bodoh itu.

Aku keluar dari bilik itu.
Capai handset.
Pasang muzik.

Lagu Siti Nurhaliza – Cintamu bergema.

Aku membuai perasaan.

Dan hingga kini, lagu itu kian menggigit telinga.
Inikah yang ku cari?
Aku seakan yakin untuk memulakannya kini.

Tapi aku masih tidak mahu terburu.
Aku masih lagi perlu untuk bertanya hati.
Tapi, aku sudah rasa yakin dalam hati.
Cuma aku ingin betul betul pasti.

Aku tidak mahu menjadi ’pemancing yang tidak bertanggungjawab’

Di yang terdalam semuanya, tertranskrip.
Rasa keliru mulanya.
Disusuli bengang kerana dipermainkan.
Hingga kini, aku semakin jelas.

Mungkin ini bahagia yang ku cari....


p/s – saat aku menaip semua ini, ’hati kedua’ mula membuzz aku! Bagai tahu2 aku bercerita tentangnya!


:::YTBACK!!!:::