Monolog Dalaman...

0137 – 31 Oktober 2007

Dia…
Tadi aku lihat dia lagi…
Duduk di situ bersama teman-teman...
Bergelak ketawa bergurau senda...

Aku pula, ketika itu sedang membuat tugasan...
Bersama teman-teman...
Serentak itu aku menegakkan badan...

Berpura-pura tak nampak...
Berpura-pura gembira di hadapannya...
Bergelak ketawa di hadapan rakan-rakanku...
Berpura-pura aku dapat hidup tanpanya...

Dalam diam, ku menghantar gelombang inginkan perhatiannya...
Tapi ku lihat, dia tak pun memandang...
Dia tak pun menjeling...
Dia bagaikan tak peduli!

Cuma aku yang sibuk mengerling...
Cuma aku yang termangu, melihat dia di situ...

Sudah dikata dulu, jangan bermain api....
Jangan bermain hati, jangan bermain janji...
Kelak nanti memakan diri...

Tapi desakan perasaan menuntutku bertindak ketika itu...
Sehingga aku merelakan diri aku terhanyut...

Kini semuanya bagaikan tiada apa...
Apa yang akan berlaku seterusnya?
Apa yang akan terjadi dalam kisah ini?
Bagaimanakah cara aku bertahan?
Bagaimanakah akan aku bertindak bila dia kembali menegurku?

Aku tak tahu...
Aku malas tahu...
Saat ini, ketika ini, aku senang begini...
Sendiri...

Walau kadang-kadang kenangan lalu membakar diri!


:::YTBACK!!!:::

Profesional la sket!

0136 – 30 Oktober 2007

Profesional la sket!

Pre-entry

Selain aku dipertanggungjawabkan menjadi SUB penyelarasan program untuk Expoconvo’07 UMP, aku juga mempunyai satu lagi tugas, iaitu menjadi ketua kuliah.heh?

Kuliah aku bukannya ramai sangat. In fact, kami ni Cuma satu kelas, Cuma 38 orang. So, tugas aku bukannya ’gah’ sangat macam ketua kuliah dekat universiti korang yang lain. Aku kiranya macam ala-ala ketua kelas je la sekarang ni.

Tugas aku pun bukannya berat sangat. Cuma beritahu yang lain bila kelas batal, bila kelas ganti, bila test, dan update-update yang lain. Kiranya aku ni pengantara antara lecturer dengan student la. Ala macam ketua kelas dulu.

Cuma yang bezanya dengan ketua kelas dulu, sekarang ni maklumat lebih banyak official dan confidential. Kiranya segala maklumat yang lecturer aku bagi, perlu sampai cepat kat budak-budak. Being in the technology world, kita guna je lah teknologi yang ada kan.

Sms. Tiap hari, mau satu dua juga aku kena sms dekat kelas aku atas pelbagai. Dan aku pun bukannya antar dekat semua 38 orang. Pandai sikit la beb! Aku bahagikan kelas aku kepada beberapa kumpulan. Kiranya aku Cuma sms ’kepala’ mereka je la.

Tapi kalau dah setiap hari, melayang gak kredit-kredit aku. Tambah lagi sekarang tengah giat dengan Expoconvo tu, lagi laju mengalir kredit aku. Macam air je keluar. Aku makin miskin...

Macam kalau ada benda yang memerlukan wakil kuliah, aku lah pergi. Macam nak buat jamuan berbuka ke, jamuan raya ke, dalam meeting diorang aku wakilkan je la.

Walau nampak banyak, tapi in the big picture, task untuk BKB ni tak lah teruk sangat. Cuma kena pandai distribute tugas je dekat yang lain. Dan budak-budak kelas pun bagi kerjasama ok. Kalau buat program apa pun, boleh jalan...

So, what’s the point aku cerita semua ni?

Today…

Apa yang berlaku hari ini?

Dalam 2 3 hari ni, kitorang tengah busy untuk daftarkan subjek. So macam-macam la cara orang daftar subjek dibuat, ada yang suka daftar awal-awal, ada yang rilek dulu, ada yang suka last-last. Yang aku pulak memang suka daftar subjek last-last.

Sebab aku tahu, kalau daftar awal-awal pun, nanti kena buat balik semula, sebab sistem komputer pendaftaran time awal-awal macam ni, memang selalu bengong. Dah 4 sem kat sini, so dah paham la keadaaanya. Lagipun, sem depan takde subjek yang kena ’rebut’. Meaning, nak tak nak kena ambk jugak semua subjek. So tak kisah la lambat ke cepat kan.

Yang budak-budak kelas aku ni plak, suka dengar cakap budak yang suka daftar awal. So diorang kelam kabut la daftar. Macam-macam la diorang bincang. Sampailah satu keadaan, tiba-tiba ada masalah.

Supposely, kitorang kena ambik subjek bahasa Jerman semester depan. Tapi sebab semua dah rakus nak daftar, dan tak tengok pun ada yang patut daftar ke tak, subjek tu penuh pulak. Kiranya masalah timbul bila ada budak kelas lain yang tak patut ambik subjek tu, daftar subjek tu, hingga menyebabkan kitorang yang patut ambik tak boleh daftar.

Eh, paham ke korang ni? Tah-tah skip bacakan? Lantaklah! Aku nak cerita gak!

So, being a good leader (leader la sangat!), dalam aku sibuk pasal Expoconvo tu, aku uruskan la gak pasal masalah ni. Aku g la jumpa PA (academia adviser actualy, tapi tah pesal diorang panggil PA je), untuk check segalanya.

Dan kitorang jumpa lah punca masalahnya, iaitu budak kelas lain dah gatal daftar subjek tu, hingga subjek tu penuh, dan kitorang tak boleh daftar.

So aku pulak diarahkan bawa masalah ni lepada pihak bertanggungjawab. Staff UMP la. Ada la satu badan ni. Pergilah aku ke sana untuk memberitahu masalah ini ke staff yang berwajib.

Aku sampai. Beri salam. Ceritakan masalahnya.

Tiba-tiba dia menyinga! (menyinga sekali!)

Dia marah-marah aku pulak

”saya bengang betullah dengan fakulti awak ni, hari tu tak apply, sekarang tiba-tiba ada pulak! Bla bla bla bla bla”

Dia bla bla bla sambil pergi ke meja dia, hempas segala benda yang dia jumpa, buka laci, hempas laci, then bukak satu file, then pergi ke komputer dia untuk check apa yang aku cakap.

Aku lak, tak delah takut, Cuma terkejut, senyum sikit, pergi rapat dekat dia.

Muka dia masam gila. Sambil menyumpah seranah inaudiblely.

Aku lak sambil rapat kat dia sound sikit la

”jangan la marah saya, saya penyampai maklumat je”

Think about it, kalau aku tak bagitahu dekat PA, tak pergi menapak ke badan dia, dia pun tak tahu masalah yang timbul kan. So aku dah buat baik la kan.

Dia lak, dah check2 tu, tiba-tiba terdiam. Macam realise somethbing wrong. Then dia kata,

“takpelah, nanti saya update balik dengan fakulti awak”

Kitorang bla lah. Kawan aku diam je sepanjang masa tadi. Aku lak, sengih. Kalau dia marah lebih-lebih memang aku sound je

”lek la kak, orang datang nak bagitahu, profesional la sikit, bukan saya yang patut akak marah”

Tapi aku hold dulu kan. Ye la, dia pun ala-ala dah cool. Kalau dia lebih tadi memang aku sound. Tapi masalahnya kalau sound, nanti kata student kurang ajar pulak. UMP kan. Tak pasal-pasal saman bagai. tapi aku tahu aku di pihak benar. So aku rilek lagi la.

Untuk update kan balik, aku pun pergilah jumpa PA aku balik. Cerita semua perkara. PA aku pulak dengan pantasnya call macam-macam orang, Ketua Jabatan Kimia, Ketua Jabatan Kimia Gas, dan Ketua Jabatan Kimia Bioteknologi. Aku dengar je la dia cakap. Sambil tu, dia repot la aku dengan kawan aku ni kena marah dekat badan tu.

So, bila check balik, memang salah badan tu la. Tu agaknya dia terdiam tadi, bila check file yang ada. Dia yang salah. PA aku lak

”rilek la, diorang memang suka marah-marah macam tu. Kita tak salah, memang salah dia. Kerja bukannya buat sangat. Agaknya dia ada problem kat umah ke”

Betul jugak aku fikir. Tadi, bila aku sampai, diorang tengah lepak, pastu borak-borak. Bila aku sampai, dan dan tu jugak terus menyinga. Marah aku kacau diorang borak-borak kowt.

Kalau ada masalah kat umah ke hapa ke, tak yah la marah aku. Profesional. Aku datang dengan baik. Dengan suara yang slow je. Bukannya marah-marah kat badan tu.

Mana perginya etika mesra, cepat, betul? Eh, itu polis kan. Lantak lah!

But at least, u have the ethics on how to entertain people you work with. Although kita ni student! Layan dengan baik, sebab kita masuk U ni pun bukannya free (walau kerajaan banyak support). Kita bayar kan. Secara tak langsung, duit kitorang bayar gaji diorang ni.

Outcome? Pengajaran dari kisah ini... (macam Hikayat Mr Green lak!)

Aku tak marah. Aku tak sakit hati. Erk, mungkin sikit. Ye la, bukan salah aku kan. Cuma aku persoalkan profesionalisme masa bekerja. Aku tahulah aku ni student, takde pengalaman kerja. Tapi Expoconvo ni dah ajar aku dela dengan macam-macam orang. So, most of the time i try to be as profesional as i can. Why can’t they?

Tah-tah semua orang kerja kerajaan memang camni kowt? Eh, kang ada lak bambu aku. Aku tak nak pasal satu kes cmni perspektif aku layan orang berubah.

Just want to share actually, what happened to me. Bila dah kena macam tu, fakir-fikir, ada idea nak uodate blog. So taip je la.

Nak share, maybe a reminder kepada MPP yang bakal jadi menteri. Bila layan orang, sama rata, tak kira orang atasan, tak kira orang bawahan. Yang penting profesional.

Ops, tiba-tiba nasihat encik MPP lak. Hehe

Sowi, Man, ko je yang kena untuk dinasihat dalam entri ini! Huhu.

Ok la, sign out dulu. Lega jugak bila dah taip panjang-panjang. Macam luah perasaan kan.

(tiba-tiba aku dapat rasa cik teddy minat entry yang aku kutuk-kutuk orang cmni... huhuhu)

Dah, dah, merepek je kalo lagi terus

Adios!


:::YTBACK!!!:::

4 in the morning...

0135 – 26 Oktober 2007

4 in the Morning

Setelah aku mengupdate entri yang terdahulu semalam, aku berehat sepuasnya. Yelah, takkan esoknya nak buat demam ngada ngada lagi. So aku pampered kan diri aku sepuasnya, untuk aku hadapi hari yang mendatang.

Aku tengok Macam-Macam Aznil. Had a good laugh and smile. Hati aku rasa lega. Kepala rasa ringan. Btw, will update more on tv series, dah de idea nak menaip.

So, sampailah masanya pukul 230 pagi. Aku bersiap untuk tidur. Tutup segala laptop, dan lampu meja. Roomate aku memang selalu tidur awal dari aku. So, aku seorang je la kan.

Aku naik ke katil. Rasa baju tak selesa pulak. Tukar seluar pendek. Pun tak selesa gak. Guling punya guling, tak mahu jugak lelap. Sedangkan masa aku tgk MMA sebelumnya, berapa kali aku nak tidur.

Otak aku banyak berfikir. Pasal tanggungjawab yang masih membelenggu, dan juga pasal perancangan hari mendatang. Bila aku mula berfikir, susah betul nak stop. Macam menderu-deru je brainstorming dengan diri sendiri.

Tulah kadang-kadang aku tak nak layan sangat otak aku ni. Banyak sangat assumption, banyak sangat perspektif yang aku lihat. Kadang-kadang kalau perkara yang moody akan bertambah moody. Tapi semalam berbeza, aku banyak berfikir pasal tugas aku. Kiranya profesional thought la.

Dah guling-guling macam naik awan guling pun ada. Tak mo gak lelap. Selawat. Tak mo gak. Cuba ringankan otak dengan fakir benda simple, tapi otak aku susah nak shut down!

At last, at 4 in the morning, Gwen Stefani pun datang! Mengalunkan suara, mengajak aku bangkit… huhu perasan gila!

Aku terus bingkas bangun. Aku menyalakan lampu meja. Aku membuka buku nota aku. Aku ambil pensel tekan kesayangan aku.

Aku brainstorming pasal Expoconvo’07. merancang macam mana nak habiskan segala tugas sebelum studi week. Banyak jugak idea bagus semalam. Dan banyak jugak perubahan perlu dilakukan.

Bukan pasal kerja je aku brainstorm. Pasal studi pon. Aku siap buat jadual, bila aku nak habiskan segala kerja yang tertunggak.

Tu tak termasuk gak, berhibur. Aku merancang nak kuar Kuantan minggu ni. Just nak tengok dunia. Tu belum lagi rancangan aku untuk ikut plan kawan-kawan aku main futsal esok malam. Pukul 1 hingga 3 pagi.

Kiranya, perancangan ini nak cuba imbangkan segalanya la. Perancangan untuk hujung minggu aku.

Dah siap, semuanya. Aku tidur. Slowly, i dissolved away in the dreamy land. Tidur pukul 430, pukul berapa bangun? Still, 630 ok! Sembahyang subuh. Bagus-bagus.

Mulakan pagi dengan mesej-mesej manusia yang terlibat dalam perancangan aku. Dan aku tidur balik. Alih-alih terbabas! Duh, there go my so called perancangan. Lari sikit la.

Ni pun tengah adapt dengan keterbabasan aku tadi. Tengah-tengah cari jalan nak adapt, gatal lak tangan nak update blog! Camna la nak ikut jadual kan!

Hai, terbabas, terbabas...

Signing out...


:::YTBACK!!!:::

Demam Ngada Ngada

0134 – 25 Oktober 2007

Pre-entry...

Bila dah taip tajuk ni, tiba-tiba otak aku nakal nak wat tajuk pelk yang takde kaitan ngan entry, macam yang mamat mereng, si Joey ni buat. What the fish with Ciara and Hannah Tan, alih-alih, entry nya jauh menyimpang? Mentang-mentang la blog sendiri. (uhu, ada ke blog bukan sendiri punya?) Bila baca I do feel the feeling of the author on how he feel he is a crap! huhuhu

Terfikir gak, ada kawan ni tengah nak main bamboo-bambu orang-orang yang mengganggu hidupnya. Sampai sanggup ke universiti lain, cari orang yang dimaksudkan. But, I must say Tru, u are lucky to have frens that can hold you back when you are down. Erk, down ke? Aku rasa ko ok je kot. Apapun, aku doakan bambuan ko berjaya.

Menyusuri blog encik Hilman, terpempan bila baca pasal unexpected interview yang dia lalui. Well, from my pov, if it is true like you updated, man, ko memang pandai jawab interview tu! At least, banyak gak yang ko cakap, dan bahasanya bombastic. Erm, tapi tatau la kotnya ko edit gila babeng ayat-ayat ko tu. Huhu. Whatever it is, I’m impressed! Btw, thanks wat tag tu. Oho, orang yang buat tag ko panggil ‘that herd’. Macam ganas lak bunyinya. Btw, I get what you mean. So no harm done la.

Irina, waa… gambar kolaj yang ko buat tu. Gambar beta yang besar ko letak di situ. thank you! Thank you! Tapi! Letak gambar beta tu, ada royalti tak? Men sedap je tempek muka orang kat blog sendiri. Tak tau ke beta ni pelaris blog. Erk, ada ek term tu?

Teddybearhijo, wat pertama kali, kunjungan beta ke blognya tak disertai dengan perasaan hampa. Apa mimpi tah dia update, huhuhu. Sori teddy, gurau je. Btw, aiskem ke, duit raya ke, jangan harap nak mintak sini. Sini bukan badan kebajikan untuk beruang-beruang yang sudah berkaler hijo! Hehehe

Kak kriesz, gelak-gelak baca macam mana dia boleh salah wish kat sepupu dia seminggu lebih awal dari tarikh harijadinya. Roomate aku tadi heran kenapa aku gelak-gelak depan komputer. Sampai tertoleh-toleh dia dari game dia tu. Satu pencapaian sebenarya, selama ni, mana dia penah sedar bila men game. Tah apa yang best aku tatau.

Ari lak, perasan jadi budak baik yang buat tag orang. Konon je. Alih-alih banyak rules tak ikut. Lantak la. Tag tu saja je beta buat. Demi tak menjatuhkan perasaan Mr Green tu. So, tak kisahlah ari, at least ari buat sikit kan.

Mr Green, aku terbuai dengan cerita Hikayat Taik Lembunya. Memang hampeh! Macam-macam hikayat telah dibuatnya. Tapi yang bagusnya, ada hikmah di sebalik kata-kata Mr Green. Cuma sedikit pelik, bila sang burung tu mampu hidup dalam taik lembu tu. Ish3. cerita Mr Green ni memang pelik-pelik, tapi kadang-kadang boleh wat kita berfikir. Bagus!

Kak Yanz lak, g blog dia, hujan je. Tengah g Kemamang tu hujan ek. Btw, layout baru. Pelik sikit. Tak tau la, sebab connection sini tak kuat, so macam ada benda yang tak dinampakkan je. Cari jugak entry-entry lama yang tak sempat dibaca, tah mana tah. Sempat baca raya Part 2 je.

Urm, kenapa beta menulis pasal semua ini???

Andalah yang telah mencerikan hari aku. Andalah yang membuatkan aku gelak ketawa. Andalah yang membuatkan aku hilang sebentar dalam dunia maya ini.

At least, i can forget how my week has been going on. What a hectic week, emotions up and down, with lots of pressure and many more. Hard to describe.

1 – U & I, but I’m in seclude area…

Mulanya, sabtu lalu, sekembali di UMP. Aku mengharapkan sesuatu terjadi. Masa aku drive ke kolej pun, aku masih mengharap. Namun, jauh di sudut hati, aku tahu, kalau aku harap lebih-lebih, mesti tak berlaku. Ya, telahan aku tepat, ia tak berlaku.

Sehingga aku mengambil langkah meletakkan diri dalam seclude area. Biar dia tak dapat jangkau ke sini. Dan biarlah aku hilang. Hasilnya, kini dia yang mencari, dia yang mendekati. Aku biasa-biasa sahaja.

Mungkin hati ni dah terlalu tegar untuk berdepan semua ini. Aku takkan biarkan benda yang sama berlaku berulang-ulang kali. Jadi, aku kuatkan hati, lupakan segalanya. Minima kan kehadirannya.

Dan aku tahu, melupakan merupakan satu yang sukar. Aku Cuma buat biasa, dan aku minimakan. Perubahan perlu sedikit demi sedikit. Dan dia pula, yang bangangnya, bila aku mendekati dia menjauh. Bila dia terasa aku menjauh, dia datang dekat pulak. Bangang tak bangang la. Main-main je.

Tapi sekarang, betul, aku tengah kuatkan hati. So biarlah ini berlalu. I keep telling myself, everything that happen is just a phase. Biarkan dulu rasa ini ada.

“U & I, just U & I, there’s never been us…”

2 – Profesional vs Emosional

Profesionalisme. Satu perkataan yang mengujakan. Tapi susah nak apply. Menjadi orang yang selalu terlebih emosi, professional aku selalu berbaur emosi.

Expoconvo’07 makin dekat. Aku makin terbeban. And just want to clarify to Hilman, aku bukan pengarah projek ni. Aku kiranya salah satu kepala dalam projek ni. Dalam projek ni ada 8 bahagian, so aku kepala untuk bahagian Penyelarasan Program.

Kerja aku, nampak mudah. Orang lain memang tak tahu, kerana ianya hanya nampak cantik di atas kertas. Aku kena buat tentatif untuk expoconvo UMP ini. Aku kena tahu setiap program yang berlaku, apa masalahnya, macam mana flownya, dan macam-macam lagi.

Kesimpulannya, aku kena deal dengan macam-macam orang. Dan aku semakin hari, semakin penat melayan kerenah orang. Rabu, semalam, aku mula keluar dari bilik dari pukul 9 pagi, sampai 9 malam, baru tugas aku officially berakhir. Aku memang tengah penat.

Sekarang ni, aku Cuma berharap, apa yang diusahakan tak sia-sia. Tu je

3 – Studies wargh!!!

Memandangkan cuti umum Pahang hari rabu tu aku dah gunakan untuk projek, aku yang balik ke bilik dalam kepenatan, merasakan satu tekanan. Banyak sangat assignment dan tutorial yang aku dah pending dari awal raya dulu.

Unit operation je dah ada 7 soalan. Satu soalannya bukan senang untuk dijawab. Mau sejam setengah untuk fahami dan buat. Aku meminta ehsan kawan aku, konon nak salin, tapi aku berhenti separauh jalan. Kerana ia bukanlah Kamal untuk men salin-salin je. Aku kalau nak salin, biar aku faham.

Chemical Reaction pun sama, ada 3 soalan lagi. Electrikal, slide projek aku tak siap lagi. Yang lain-lain pun ada, Cuma minor sikit.

Aku mula rasakan tekanan. Terus aku masuk bilik, padamkan lampu, terus dengar lagu kuat-kuat. Rasa ok sikit, bangun, dan mulakan sedikit studi. Baru sedikit, ada yang menganggu. Tambah dengan pening kepala lagi. At last, aku putuskan untuk tidur je.

Solution?

Esoknya, atas segala tekanan yang aku alami dalam beberapa hari ni, aku tewas. Aku memerlukan hari keluar. Aku ciptakan Demam Ngada-Ngada ku untuk aku berehat sepuasnya.

Cakap kat roomate, aku tak sihat. Dan suruh pesan kat lecturer kalau dia tanya. Banyak gak kelas aku ponteng.

Tidur sepanjang hari. Bangun. Dan kepala masih pening. Mencari jalan untuk kembali pulih. Mencari blog untuk dibaca.

Syukur ramai dah update. Gelak-gelak. Semangat kembali pulih. Rupanya ada di alam maya sana yang masih ingatkan aku, letak gambar aku dalam entry, buat tag aku, buat ayat sinis dalam entry pasal aku, dan macam-macam lagilah.

Bila aku rasakan, dah takde orang yang memahami aku, tiba-tiba tengok di alam maya, ramai je ingat kat aku. Ditambah pulak, ada mesej yang tak disangka dari orang di sekeliling, ada pemberian yang tak disangka yang diberikan. Dan ia memberi satu perasaan puas, dan aku kini kembali ok.

Bak kata ari, masih ada yang sayang kan.

Terima kasih! Terima kasih! Terima kasih!


:::YTBACK!!!:::

Duh Duh Duh

0133 – 20 Oktober 2007


Nak hapdet blog sebelum balik UMP, tapi tak sempat la plak!

Bali beraya pun dekat kul 1 pagi, mana nak sempat hapdet blog... erk beraya ke? Ke karaoke? Hahaha... dua malam beta buat kerja gile berkaraoke... macam gila pun ada...

Btw, besok beta berangat ke UMP. Napa awal sehari? Beta banyak assignment la...

Konon je, semangat gila sebelum cuti tu, bawak buku Unit Operation balik umah, kononnya nak buat la assignment... tapi mana de! Tak sempat, hahaha

Lecturer ni pun satu, masa nak raya, masa tu lah nak bagi assignment. Kita sebagai pelajar menadah je la.

Tapi aku tau gak, ada universiti lain terus cuti 2 minggu sebab terus final kan. Kiranya studi week, cuti kat rumah la. Aku lak, sebab ada cuti mid term dulu, so lambat sikit, ada 2 minggu lagi kuliah, sebelum final

Bagus pon. Kalau aku studi week kat rumah, habis la.

Btw, doakan keselamatan beta sepanjang beta drive ke Kuantan dari KL esok, erk lagi berapa jam ni. Siapa yang beta tak sempat g open house raya sori la ek.

Apa pun, jarang update nanti paham-paham je lah. Beta kat UMP jadi nerd! Studi je!

Ye ke?

Uhuhuhu!


:::YTBACK!!!:::

Tagged by Green

0132 – 19 Oktober 2007

Tagged by Green

Mampuslah, tag dulu pon tak abis buat lagi, dah buat tag baru… hahaha

Tapi, macam green cakap, tag ni best sikit sebab macam promote blog kita... so hanya sedikit masa untuk update aku perlukan, aku just wat tag ni dulu ek... yang dulu punya triple tag aku sambung nanti....

Opss, kata nak promote blog, tapi guna bahasa ibunda, macam mana orang luar nak tau blog aku kan...

Hahaha...

Ok, starting this, i want to speak London.

**Start Copy Here**

We have a voice;
We must be heard;
Therefore we blog;
Now spread the word!

This meme is based on a recent post that was conducted asking the question “Why do you Blog?” and the rewrite Why do you Blog? - Reworked.” The purpose of this meme is to tell our tales by spreading the reasons that we blog to as many sites as possible. We get to explain ourselves, direct traffic to our site and highlight our most important, most representative or most relevant post in an SEO favorable format. This will be a positive experience for everyone who wants to get involved. This will enable you to create a short advertisement for your site that will be spread across the blogesphere; a growing directory of blogs.


This is an open meme. You do not have to be tagged to join in. All you have to do is follow the rules.

Please let me know when you have added your site by leaving a comment on “Complete List” with a link to your post. This will insure an up-to-date list, giving you even greater distribution. You then have the option of copying the growing list back to your site.


Rules:


1. Create an inventive post title.
2. Write a brief introduction to the meme.
3. Copy from “**Start Copy Here**” through “**End Copy Here**” .

4. Paste into your post.
5. At the end of the “*list*”, before “**End copy here**”, please add your name, site name (with link), a very brief description (2-3 sentences) of why you blog, and your most important, most representative, or most relevant post (with link.)
6. Tag at least 5 others to participate.
7. Leave a comment and a link to your post on “
Complete List


*List*


My name is Mel and I am the Author of Attitude, the Ultimate Power, aka Monday Morning Power. I blog because I am passionate about happiness and living in the moment. I want to spread the concept that we are in control of our own lives and can choose how we act and react. My site is focused on the Pursuit, Capture, Care and Feeding of a Positive Mental Attitude. One of my most representative posts is “Happiness Vs. Human Nature.


I am Max and I offer weekly articles on MAX. Why do I blog? I do it because I want to share my thoughts with you guys. I present a new and interesting way of transmitting philosophical thoughts: funny, engaging and intriguing! My funniest, yet intriguing, post is “Don’t you just love People?


I am the Great and Powerful Baba Doodlius. My 100% factual blog The Thoughts and Sayings Of Baba Doodlius is intended to educate all of you curious readers about the Truth behind the Great Secrets of the Universe. I have the Truth! Can you handle the Truth? For a sample of my powers of enlightenment, read my Revelation of the terrible secret of Bigfoot, aka Don’t get stepped on.


My name is Amelia and I am the Author of Amel’s Realm. I blog because I need to voice everything in my world so that I won’t explode. My site is all about thoughts, experiences, fears, problems, misadventures, hopes, and dreams of an introverted tropical girl in a foreign land (Finland). One of my most representative posts is On Trust and Relationship.


I am Geoff of Geoffandcarley.com and I blog for reasons as diverse and as fickle as my moods. Mostly I blog because I’m firmly convinced I’ve figured a few things out and that the world will benefit from my experience the same way I’ve benefited from others’ experiences. One post that I feel captures my emotional involvement and my ire (but not my humor as much) is Decision time.


My name is Judy and I am the Author of ~~Sugar Queen’s Dream~~. I blog because it’s cheap therapy and I have something to say. I feel my most powerful post is called “The Myths of Smoking……


My name is Sindi and I have written a blog entitled Life is a roller coaster!. My blog is based on the ups and downs of everyday life. I started blogging because I was going through some hard times and I wanted to meet new people to talk to. I like to write and was hoping people might enjoy reading what I have to say. I think the most inspiring post I have written to date is We Effect So Many.


People call me the Midgetmanofsteel (although I’m neither a midget, nor made of steel). I am the sole author the blog Mental Poo: a mostly true and humorous account of things that have happened to me, are happening to me, or are just filling my head and taking up valuable space where images of women should be. You can get a sneak peek into my mess of a brain by reading “Raisins are People” – a true account of my son’s first field trip.


My name is Sandee and I have a blog called Comedy Plus. My blog is just for fun, and I started it to poke fun about everyday life. My reason for blogging is to have fun and meet new friends. I have done both beyond my wildest dreams. I have posted lots of jokes, but when ask what my favorite joke is, I always pick Anger Management.


My name is Lynda. I blog to as a way to expose my writings and to spread my knowledge on the subject of love. My primary blog (I have 15) is lynda’s loft. My favorite piece would be I LOVE….. I have over 300 original poems and posts dealing with the wonderful and painful world of love. I love love!


My name Adrian, although most of you probably know me as the Mighty Genie King. I am the author First Time Dad. I started blogging as a way to document my growing up pains as my wife and I raise our daughter. I hope that one day my daughter will be able to look at this and get an idea what life was like “back then”. Now I blog about everything but the main focus is still the same! One of my favorite posts is Goodnight Sweetheart! Hello Basil! Eh…Who’s Basil…


Hello, my name is Ann and I’m the author of A Nice Place in the Sun. I blog because I care about people and want to make them happy. My site is focused on humorous, inspiring, and nostalgic posts about life, children, and memories. My most representative post, or the post where I’m most myself is “The Craziest Experience Of My Life.


“We are a team of writers, and everyone calls us NAFA, so that would be our name. We are the proud authors of NAFASG©™ - United And Dedicated Behind You™. Blogging, to us, is a form of spreading useful information and sharing our knowledge to every part of the world in order to contribute to the betterment of our global community. The post that we feel would be representative of our blog and the global community at large is The Sociological Interaction.


Hola! This is Mariuca and I blog because writing is what makes me whole. I write about anything under the sun from life, love, friends to cats and work. I tend to write best when under pressure and my personal favourite post from Mariuca is Love in Disarray.


My name is Susan and I am the Owner of ~~Wake up America ~~, which is a political, right leaning blog. I blog because I believe we need more voices out there to separate fact from fiction, to support our troops and to high light the lack of ethics from journalists today. I feel my most powerful post is called “Are You Proud to be an American……


“Here I am :-) My name is Mauro and I’m the author of 1 Million Love Messages … maybe the biggest love challenge in the blogosphere. Why I blog ??? Because I believe that bloggers can make a difference in the world. That’s my challenge! My favourite post it’s (for sure) Adam Donkus & Lizzie’s Love History.


“Hi there World I am Aussie, the author of Little Aussie Cynic and I want to Breathe among others. I was recently asked:”Why Do you Blog?” this takes me back to the beginning… I started blogging in an attempt to get people thinking, using my cynical humour as a tool to make people laugh, think and at times get the blood pumping…. Each of my Blogs takes in a little peice of my varied personality but the one which discribes me best would have to be There is Always a Natural Way the latest edition to the Aussie Cynic Family…


I am Zubli Zainordin, in Total Happiness, I organize the Book Project blog and co-author Santa’s Community Blog and Hall Of Fame Blog. I blog with the purpose of documenting about my self for my own reference, my future generations and friends who prefer to know me. I also share vital and valuable information entirely on total happiness. I believe in Santa Claus and I share the Spirit of Christmas within this Blog World. In addition I promote bloggers, their blogs, and invite them to share their blogging experiences, and together with Shinade, I review their blogs and award them with the Zubli and Shinade Recommended Read awards. Those who continuously show continuous blogging improvements shall be residence of the Hall Of Fame blog.


Hi! My name is Crystal, my middle name actually. I am the author of Choc Mint Girl. I started to blog because I need my own space to ‘just write’, but what I find here is quite inspiring and I am amazed at how many different bloggers with different approach ended up as great friends and inspire each other. It doesn’t matter what I blog about as long as the two parties find the connection in one another, that will be the best reason of why do I actually blog. I guess my most relevant post is my very first innocent post, Getting Started.


Hi, Genny is here. I am the happymomiam in the world of blogging. I am the author of My Life’s Adventure, Wonderful Things In Life, and The Beauty of Life. I blog because i like to share some of my experiences in life about my family and friends. I like to give some encouragement knowing that everybody needs people who can comfort them. My most relevant posts are all the quotes & encouraging food for thoughts.

My name is Darlene.I am a stay home wife & mommy to our two year old adorable son.I’ve got three sites that’s called My Life,My World,Mommy’s Gibble Gabbles & Author’s Sweet Life.I blog because i want to share to my friends my experiences of what kind of life i have in here since i got here in United States Of America being with my family & how grateful i am having them in my life.

My name is Angie and a stay at home mom to handful soon-to-be 10 month-old son Casey James. A wife to a wonderful guy who loves golf all his life before we met. I blog because it’s a comfort zone to someone like me who’s living in place miles away from my real home. I have several blogs that I give much of my attention to namely, The Simple Times In Life, The Daily Matters, Shop Online, Daily Digest and Glittery Report among others. The most recent relevant post that I can share would be For those who love the Philosophy of Ambiguity.

Hi, I’m Puteri. I’m a stay-at-home mom to two pre-schoolers, and run a long arm machine quilting business from home. I blog because it is a form of documenting my life. I have never really kept a diary and blogging is as good as keeping a diary. I have six blogs - Puteri’s Musings, Puteri’s Musings 2, Puteri’s Musings 3, and Health and Beauty Notes, are four of them. My favorite post is D-I-V-O-R-C-E, because that was my second post when I first started blogging and one of the main reasons for me to start blogging. I needed to put into words the way I felt when my dear friends went through a divorce.


HI! I'm Pat.I am a young mother of two.Being a homemaker sometimes can really makes me feel bored.I never knew about blogging until August this year.Honestly,I used to think that blogs are for kids and those who have too much spare time and have nothing else to do.But since I started blogging, I got to know a lot of wonderful people around the world.I have 3 blogs - Asiana , Nutrimetics , and Iban School.I dont have any favourite post because theyre all my favourites! :) Hehehe.


Helo, me is Green. I am an ordinary blogger who love to write a blog according to what i am doing everyday. I am still new in blog site. The idea on why i start to blog is that i want to gain friends plus i want to hear from others about their opinion upon my problem sometimes. I am writing my blog in Malay and Iban lingua franca. Blogging is the best away for me to break my tense and killing my time sometimes. I have two blogs and they are Kehijauan hidup Mr Green and Dunya Gadung. The best post that i really love is Kisah sang gajah dan anak ikan emas because it is really tickle me a lot and it is the post that make me meet so much people in this blog world. hehe..


Hello there, I’m AK, basically it stands for Ahmad Kamal. My blogsite is Yang Terdalam (slightly meaning The Deepest). I’ve created this blog to spread what I feel inside to the world, as I myself found that there so much things that I have to let it unsaid in this reality world. So, I’ve created Yang Terdalam to fulfill my needs to give people my perspectives and poits of views on certain aspect. I usually just ramble myself out in my blog, and only some people can stand my ‘tone’ in the blog, as I usually express my depress tone. Well, can’t blame me, I have an idea to write things when I’m in depress mood. The most memorable entries that I’ve been made are Am I Not Good Enough?/ The Promo – Am I Not Good Enough Part 2 / Am I Not Good Enough – Part 2 / Gunung Ledang Mind-Field Journey / Saya Anak Malaysia!!! / Nescafe Bodoh! Just Take your time, visit my blog, and get to know me!


**End Copy Here**

Oh ya, aku nak tag

Hilman – Creating A World

Irina - …ME…

Joey – The Pursuit of Happyness and Satisfaction

Faizul – Truemptyme

Aria – Di Atas Normal

Nak tag teddy gak, tapi dah cukup. Plus mesti dia tak buat punya la! Pemaleh! Hahaha... Irina n Hilman, no exception! Korang mesti buat. Hari tu dah utang kan?

I’ll update something before this holiday finish

Stay tuned!

Hahaha

Bye!


:::YTBACK!!!:::

Raya yang hilang... Part 2

0131 – 14 Oktober 2007

Pre-entri

Di hari yang raya baru ni, aku diSMS oleh seorang kawan dengan SMS ini...

Tebus bonus Hari Raya dgn memaapkn aku xkira zahir@batin!Khas utk ko yg aku pnh wat slh.sms SY MAAF & hantar ke hati sndr sbelum Raya sok.Hepi RAYE!Rm0/sms


Ku sangkakan ada mesej promo macam yang kita selalu dapat dari MAXIs atau apa pun, sekali tengok mesej raya. Kreatif-kreatif...

Tak mensiakan kekreatifan itu, aku pon mengedit mesej tu menjadi mesej ini...

Tebus bonus Hari Raya dgn memaafkn beta xkira zahir@batin!
Khas utk anda!
sms SAYA MAAFKN KAMAL & hantar ke hati sndr sbelum Raya sok.
Hepi RAYE!
Rm0/sms


Dan dengan poyonya aku menghantarkan ke semua orang yang bagi aku sms raya. Kiranya senang kan, copy n paste. Ala, macam banyak2 sms raya yang korang balas tu, guna idea sendiri je! Mesti copy paste gak kan.

Balasannya yang aku dapat, biasalah poyo kembali. Dan ada satu balasan sms dari mamat ni yang kelakar la gak...

Slm. Hm, take pictes and update on raya! You could win a featured blog on my blogsite! Lol! Maaf ye kamal. Byk slap ngn hang. Slamat raye!


So untuk memenangi hadiah itu, barulah beta berminat nak update blog! Hahaha. (tapikan, u should add some more prize la... bercuti ke mana-mana ke, baru orang nak join! huhu)

So, how was my raya?


Raya yang hilang Part 2

Setelah aku merasakan ketiadaan mood untuk raya, petang itu, aku keluar dan drive untuk berbuka puasa bersama seorang rakan. Makan Sushi King! Lama giler mengidam, setalah gatal gila tengok movie Jepun masa bulan puasa. Tak abis-abis diorang makan je dalam citer tu. Terliur gue!


So, dalam masa aku drive ke rumah kawan aku tu, aku dapat tengok la kereta berdoyoooon tiba (bak kata Juliana Banos), dengan orang yang berbondong-bondong, shopping sakan sebelum raya 2 hari selepasnya.

And it Makes Me Wonder like Maroon 5 la jugak, apa yang best sangat raya ni. Aku rasa biasa je.

Mungkin setelah dikomen dalam entri yang lepas, aku tak rasa sangat mood nak raya sebab aku busy masa bulan puasa. Ye la, studi lagi, test, expoconvo hampeh tu lagi, then emotion up and down. Mungkin sebab itu kowt yang buatkan aku tak semangat nak raya.

Plus, mungkin aku just wnat to keep in mind, that is Ramadhan yang sepatutnya dirai, bukan Syawal. Maybe. Tu pun sebab aku dengar ceramah kat mana tah. So, maybe hati aku bukan lagi untuk raya.

Masa aku drive tu, aku punya la berfikir, macam-macam alas an untuk aku tak kembali ke kampong bapak aku untuk beraya.

Bapak aku, being the only son, kampungnya tak meriah. Cuma ada opah and saudara mara tiri, so tak rapat sangat. Complicated sikit bak susur galur belah bapak aku ni.

Belah mak aku tak kisah sangat, sebab memang tiap pagi raya kitorang akan beraya di situ dulu. And amazing race nya, tahun ni, dalam tua-taua bangka aku pun, adalah dapat dekat rm 200 gak duit raya! Hahaha, gelak puas hati sat!

Tapi kena simpan, kewangan beta dalam bank dah nazak gila. Kalau tak simpan sekarang, cmna nak kawin kan... ops!

Cumanya, pasal kampung bapak aku tu, aku tak berapa selesa nak balik. Tak de rasa seronok. So, tiap tahun aku just penuhi impian bapak aku je la untuk bawak kitorang jumpa opah yang tengah terlantar sakit tu.

At that point i realise...

Raya is not for yourself.

It is for others and you to share…


So, aku just berpegang dengan so-called theory yang aku buat tu, untuk aku hadapi raya ini lah. Tak tau menjadi ke tak.


Aidilfitri 2007

Raya disambut macam biasa.

Bangun, pergi solat sunat Aidilifitri, ke kubur datuk aku dan abang aku, dan kami berkumpul ramai-ramai di rumah nenek aku, sebelah mak.

Being the oldest, malu-malu unta gak la nak roaming the room. Sebabnya, masa diorang salam nilah masanya diorang exchange the duit raya. Yang aku pulak, wat tatau je, sampailah diorang panggil. Dengan malu-malu kambing, aku amik je! Hahaha

Susah pulak jadi anak tertua dalam family ni. Anak makcik aku semuanya lagi muda dari aku. Susah tau tak, kena buat muka tebal masa hari raya.

Sampailah satu ketika, ada tetamu datang. Kitorang pun clear the hall, supaya diorang boleh duduk la. Kitorang ramai-ramai g belakang.

Then,

“Ame, tolong antar air ni sat”

Dah biasa buat kerja dan menolong, aku pon amik je la dulang berisi air tiga cawan tu ke depan. Dan aku hidangkan.

“bagusnya Kamal, dah besar pun, boleh pun harap”

Kata tetamu a.k.a jiran nenek aku tu. Dia kenal aku dari kecik lagi. Aku sengih-sengih kerang, pastu aku g belakang balik. Aku jumpa sepupu perempuan aku yang nak ambik SPM tahun ni dan jerit,

”apsal lak aku yang kena antar air, ko la patut antar bengongggg!!!”

”hahahahhahahaha”

Kan tak pasal-pasal malu aku di hari raya. Diorang kat belakang gelak je. Tu la, main pass je kat aku. Then masa nak antar nasi himpit, rendang bagai ke depan, aku buat tatau. Diorang panggil pun bila kena alihkan meja kat depan tu. Malu aku deh!

Tengok gambar lak ek!

Gambar beta di dalam busana baju melayu. (busana sekali... hehe)... dah tiga tahun pakai baju nih! Dengan muka separa mamai, dan lubang hidung yang terletak, beta berposing. (hahaha, ada terasa kerr???)


Gambar beta dengan adik beta. Susah betul nak suh dia bergambar, tengok ada tangan yang terpaksa tetapkan kepala dia supaya hala ke kamera. Comal ke adik beta? Ehem, he resembles me in so many ways when i was at that age... hahaha


Dengan sepupu beta yang lelaki. Beta yang paling tua kat situ, tapi yang agak kecik kan. Diorang besar sangat! Bukan salah beta! Yang sepupu perempuan lak, dalam kamera lagi satu, malas lak nak upload.


Family photo. Kureng jelas sikit.


Beta pun tak faham motifnya nak potong kek di hari raya ni, so beta malas, beta amik gambar je.


Yang kecik ni sibuk main calit-calit kek! Habis hijau muka.


Raya keduanya aku balik jugak kampong bapak aku tu. Then macam-macam gak berlaku. Nanti ada masa aku cerita ek! Ni pun baru balik, penat.

Apapun, raya is still raya. Ia tak hilang ke mana-mana, it still lingers here.

Perasaan yang hilang tu mungkin kerana aku sendiri yang beremosi.

Setelah habis raya kedua ni, my raya is officially off. Aku kena tumpu kepada macam-macam benda dulu, final, beli barang, medley gila part 3 (maybe), dan macam-macam lagilah.

One thing I realize,

Bermaafan di pagi raya… priceless

Senyuman yang terukir di pagi raya… priceless

Makanan yang sedap-sedap terhidang di meja… priceless

Muka penuh keikhlasan menyambut di muka pintu... priceless

Muka kecuakan, setelah terpaksa habiskan duit bagi duit raya... priceless

Bertukar cerita, suka duka, update setahun... priceless

Mengetahui rahsia yang tak pernah diketahui sebelum ini... priceless

Eh dah la, macam iklan kredit kad lak blog ini!


:::YTBACK!!!:::