Tanya Korang...

0215

31 Mei 2008



Hari terakhir bulan mei...

Nak update ape lagi ek???



Aku de satu soalan nih nak tanya...

Harap korang dengar dengan tabah la ek...



Aku dah lama fikir nih...

Apa yang berlaku kat aku..

Apa yang telah dilalui...

Dan satu soalan berlegar di fikiran aku...



Erm... cmna nak cakap ek...

Kalo aku tutup YT, apa pendapat kowang???

Ada benda yang berlaku...

Terpaksa...

Aku nak tau apa komen kowang....

Isk!



..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..

..



YT = Yayasan Terengganu!

Aku nak tutup Yayasan tuh! Perasan jadi menteri!

Hahahahaha, kena lagi!

Ada ke patut nak tutup blog YT = Yang Terdalam nih!

Ni nyawa aku!

Sapa terkena bek ngaku! Huhuhu













-blogger-tatau-nak-update-pe!-


:::YTBACK!!!:::

IVAC'08 - Apa Dah Jadi???

0213
28 Mei 2008

Rasanya, ramai antara kowang dah tahu, dan beta pown dah war2kan, 16 hb hari tuh, masa besday YT, beta akan berangkat ke Istanbul untuk lawatan sambil belajar U beta.

Istanbul Visit & Academic Collaboration 2008 atau IVAC’08, itulah namanya.
Satu program yang telah mengambil sebahagian besar juga masa aku di semester yang lepas. Juga salah satu alasan yang kuat untuk kejatuhan pointer aku sem lepas. (sebenarnya tak de pown! Saja je nak wat alasan)

*****


Asalnya, memang kami akan bertolak pada 16hb. Tapi atas sebab-sebab yang tak boleh dielakkan, kami terpaksa menangguhkan perjalanan kami ke sana.

Sebabnya, aku tak boleh ceritakan. Ia masih lagi menjadi rahsia bagi program ini. Tak penting untuk diketahui umum pown

*****

Tapi, yang penting, bagi aku, bukanlah masalah yang timbul dalam program ini. Bagi aku, yang paling penting adalah, bagaimana kami bereaksi atas perkara yang tak dijangka ni. Betul jugak kata Adz dalam entri terbarunya 10/90...

*****

Mulanya, masing-masing down giler.

Yelah, cuba bayangkan, kurang seminggu dari tarikh bertolak, dengan beg yang telah dipack semua, dengan barangan yang nak dibawak sudah disiapkan, kami menerima berita kami tak jadi pergi.

Masa tuh, Tuhan saja yang tahu perasaan kami bagaimana. Rasa nak menangis pown ada. Tapi masing-masing bersabar.

Tambahan pula, publisiti dah meluas. Dengan banner2, di web UMP sendiri pown dah diwar2kan kami akan pergi pada Mei ni.
Perasaan malu jangan cakap la. Masing2 berdepan dengan situasi bila orang bertanya2 bila nak pergi n so on.

Yang mampu kami jawab, ada sedikit masalah. Tapi di hati, perasaannya siapa yang tahu!
Memang saket bila program yang lama dirancang, direntap begitu sahaja

*****


Tapi, aku percaya yang berlaku ada hikmahnya.

Ada hikmah tersembunyi yang kami tak nampak.
Untuk itu aku terus percaya ke atas program ini.

Jadi, usah ditanya bila aku aka pergi.
Kami sedang usahakan untuk berangkat pada bulan puasa September ini.

Kadang-kadang macam makan dalam pown ada.
Jumpa orang ni, mintak ole2, jumpa orang len, pesan barang.
Terima sms, nak ole2 jugak.
Bukak blog, di ruangan komen, pown mintak benda yang sama!

Adeh! Apa kome ingat aku kaya giler ke nak beli macam-macam untuk kome? Aish!

Cinta aku jugak yang baik.
Aku tanyakan apa yang dia mahu, dia kata nak aku selamat pergi selamat balik je... oh Cinta~~ (angau sebentar bersama Kit Kat)

*****

Aku bersyukur sebenarnya. Amat bersyukur.

Dalam masing2 down dan berperang dengan perasaan, kami tak bergaduh.
Jauh sekali menyalahkan antara satu sama lain.
Masing2 macam sedar, ini semua di luar kemampuan kita.
Masing2 sedar qada’ dan qadar NYA.

Kita tak tahu kenapa Dia menghalang perjalanan kali ini.
Aku pasti hikmahnya besar.
Aku bersyukur, di dalam meeting itu, semua tidak bergaduh.
Semua bertindak matang. Semua berfikir bersama untuk mencari penyelesaian. Semua bergerak dalam satu kumpulan.

Memang aku bersyukur sangat. Sekarang ini, aku rasakan organisasi makin mantap. Walaupun masing2 ada haluan yang berbeza, sebab ada yang sudah praktikal, tapi aku rasa semakin selesa dalam organisasi ini.

Harapan aku, kami dipermudahkan.
Biar perjalanan dan rancangan kami untuk bertolak September ni dipermudahkanNYA.
Doakan kami ya!

*****

Dalam pada aku merasa bersyukur, organisasi kami kuat, aku menjadi hairan dengan sebilangan manusia.

Entah kenapa, diorang yang bergaduh sakan atas penundaan program ini. Sedangkan kami di dalam, yang merasa apa yang berlaku, tidak kisah pown.
Aku betul-betul tak faham.
(no details here, secret matter!)

Dah lama aku ingin tulis di YT pasal nih. Tapi terhalang sebab tiadanya semangat nak menulis. Aku pown di dalam proses adjustkan diri dengan situasi.

*****

Apa pun, sebagai penutup, aku tempekkan hasil video yang aku buat untuk majlis pelancaran dulu. Pernah tunjukkan video ini ke beberapa orang. Dan aku dah terima sedikit komen. Aku terima semuanya.

Sebelum menonton, ingat bahawa ini hasil kerja aku, yang tak tahu apa itu movie maker, yang tak tahu banyak pasal bagaimana menghasilkan video. Aku hanya tahu menyusun sahaja dengan menyuaikan lagu dengan video


Direct Link

Untuk perhatian, lagu dan video ini bukanlah dari video yang sama. Meaning, aku sendiri letak lagu ni, sambil susunkan video itu menghasilkan satu video baru.

Overall, aku puas hati. Ini satu pengalaman. Lepas nih boleh buat video yang lagi gempak!

Thanks sebab membaca panjang2 nih!


:::YTBACK!!!:::

11111 - Sowang Blogger & Ilmu Hitam!!!

0213
27 Mei 2008

Waaa!!! Korang tau!
Aku baru jumpa satu bende pelik nih!
Aku tatau la apa ilmu mamat ni pakai, tapi asik2 dia, asik2 dia!
Aish!

Ceritanya, tadi aku tengok ruangan ”Di Yang Terdalam” tuh.
Biasala blogger sengal, tiap masa tengok lah kan...
Takde keje masa cuti.. so refresh je la keje aku!

Sekali kan, aku nampak macam nombor tuh nak dekat no yang ala2 best…. 11111!
Waa, aku pown teruja la nak tengok sapa dia kan...




11109Khairnaj
(dia sibuk bagi komen pasan dia anak sedara aku yang handsome! Cit poodah!)



11110ADZ
(komen pasal makanan yang dia ngidam2 bila duk Rusia sana tuh, pasnih aku mmg nak tempek gambar sate ngn kuah kacang!)

Dan.. tibalah...




11111BANGCIK LAGI!!!!!!!!!!!!!!!

Alahai! Apa lah ilmu dia pakai kan...
Selamat aku takde niat nak belanja ke hapa kan....

Aku terus YM dia...
Dia kan nak pegi LI dah, so lepas nih kitowang tak jumpa dah...
Ada ke patut dia suh bank-in hadiah duet dia!
Bila tah aku niat... selamat tak niat pape!!!

Moral of the story – pasnih tak leh wat contest2 nombor lagi... bangcik ada ilmu hitam! Dia belajar kat stesen minyak dulu! Nanti smua owang kalah!!!



















"Cak!!! Saya memang ada ilmu hitam,"
pengakuan bangcik.
(gambar credit to mana-tah-aku-curik)




Aku tak nak wat contest2 lagi pasnih...!!!
Hahahahaha!


p/s – beta detect Noushy Syah no ke 11113!


:::YTBACK!!!:::

Benci Blogger!!!

0212
27 Mei 2008

Waaa... malas giler nak update...
Skunk nih beta kat Selayang.. dah mula cuti2 Malaysia!!!

(ingat chekgu Nurul je cuti sekolah ke???
Kita cuti lagi lama laaa)

Dan sejak dari sampai umah semalam, keje aku online aja!
Habes aku kalo bapak aku tau nih...
Aku bukak youtube, tengok mana patut...
Then download lagi...
Best giler bila internet takde sekatan nih!

Akademi Fantasia 6

Umah aku nih takde astro (napa tak pecaya?)
Sebab kat umah ni sapa yang nak tengok? Tunggu aku balik cuti je.
So mak aku decide tak guna pown pasang.
Lagi menyebabkan adik aku tak studi je
So, umah aku takde astro lah!

Sebab umah aku takde astro, so malam semalam sibuk download konsert akhir AF.
Awal season dulu, malas nak ikut sebenarnya,
Sebab tiap tahun sama je kan

Mesti bengang sebab pelajar dia cam hampeh, pastu gelak2 sore tak sampai n so on.

Tapi menjelang kat tengah, sebab ada supplier, aku pown mula ikuti AF nih.
Tambah lagi, kawan aku sibuk g konsert dia bagai.
So aku pown terjoin sama lah jadi kaki AF.

Mula2 lagi dah suke Stacy & Nadia plus Nubhan.
Nih semua hasil konsert first yang kenalkan aku kat diorang.
Dan sampai sekarang, still minat diorang.


Orang kata first impression tuh penting.
Tengok la apa impression nya pada aku.
Sebab konsert pertama best, angsa macam mana pown Nublan pastuh, aku tetap minat.
Sebab aku penah dengar yang best dari dia.
Hasil first impression kan.

Lepas tuh, bila dah didedahkan dengan pelajar2 nih, kenal personaliti diorang, mula lah rasa tertarik.
Aku agak itulah yang menyebabkan rakyat Malaysia suka tengok AF kowt.

Walau peserta dia takdelah bagus sangat macam pertandingan realiti lain, tapi sebab dah tiap hari disogokkan kisah diorang, dah buat diorang selesa dalam rutin harian kita, malam je tengok apa diorang buat sume, menyebabkan, kita rasa diorang sebahagian hidup kita.
Walaupun, takde pown.

Maybe itu juga yang menyebabkan ’kita-kita’ nih suka blog hopping.
Sebab kita dah selesa berblog, selam kehidupan orang melalui blog, dan secara tak langsung jadi sebahagian rutin hidup kita.

Dan maybe, itu juga yang menyebabkan YT makin ramai peminat!!!
(hahaha.... perasan giler!)

Yelah, tak hapdet sket dah bising! Aish!

Papepown aku suke Stacy menang, she deserve to win. Dia memang dari first lagi tak pernah wat slek, n tumpu untuk perform.
Sampai lagu yang aku tak ske ‘Makhluk Tuhan Paling Sexy’, lepas dia bawak aku jadi minat.
So good for her!
Memang lepas nih, dia akan diminati sebab dia berusaha keras. Leh nampak tuh

Dan! Aku suka giler lagu baru si Nubhan tuh.
Kena dengan suara dia!
Dan aku dah tempekkan di sebelah ni.

Moving on...


Benci Blogger!!!

Wah, tajuk wat saspen je…
Serius, aku benci giler blogger2 nih…
Serius sangat....

Aku rasa kowang pon tau kan, aku ni susah benci owang...
Aku kan suke terima orang seadanya...

TAPI
Untuk blogger2 ini aku cukup menyampah
Meluat
Rasa nak siat2 je kulit tuh!

Aku lompat ke sini, blogger nih wat perangai gini...
Aku lompat ke sini, pown sama gak!
Bengang aku!

Tak makan saman betol!
Kurang assam!!


Kepada blogger2
Untuk tidak dibenci aku...
Tolonglah....

JANGANLAH LETAKKAN
GAMBAR MAKANAN DALAM ENTRY!!!

Tolonglah... bengang gue!
Aku lompat ke sini, chekgu Nurul letak gambar roti...
Lompat sini, si dewi letak spaghetti...
Lompat lagi, si Kriey letak gambar Secret Recipe, mention sushi...
Lompat lagi, macam2 aku tengok!

Arghh!! Bengang aku!!!

Aku ni senang je lapo...
Aku senang mengidam...
So bila kowang letak entri gitu, aku lapor...
Aku ngidam!
Dahlah baca2 blog tengah malam!
Mana nak cari lagi makanan2 itu!

Tambahan pula, student kan... so kene bajek!
Camna nak beli smua makanan itu!???

TIDAKKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!

Pasnih kan, kowang kan...
Kalo nak letak gambar makanan, sila ingat kat aku...
Ko tulis besar2 atas entri tuh, tulis

KAMAL JANGAN BACA ENTRI INI!!!

Supaya, kalo aku nak baca pown, aku akan g makan kenyang2 dulu!

Huhuhu

Untuk update di YT nih, lagu2 kat Imeem tuh aku dah update...
So, owang di France sana tuh leh la habiskan masa di YT tuk lepaskan gian dengar lagu kan!
Baik tak aku!?

Dan, satu lagi, aku tambah poll suka-suki kat tepi tuh.
Kalo de masa jawab la!

Ok, malas taip panjang2… bye! Take care!



p/s – kepada yang bercuti... selamat bercuti!!!

p/s – semakin banyak aku detect silent reader datang sini… biasala time cuti kan.. time2 cmni la Diya datang sini setaun lepas… kepada silent reader, anda dialu-alukan di sini… sila tinggalkan komen… let make the circle grow bigger!!!

p/s – siot tol aku lapor nih!!!



:::YTBACK!!!:::

Pelikkan Perhubungan???

0211
25 Mei 2008

Hidup...
Dalam hidup ini kita tak boleh lari dari berhubung dengan manusia.

Bertukar pendapat.
Berkomunikasi.
Berinteraksi.

Sungguh banyak pengaruh perhubungan dalam hidup.
Kekasih, cinta, sayang.
Ibu, bapa, keluarga.
Kawan-kawan, sahabat, kenalan.

Semuanya memainkan peranan dalam hidup kita.

Kadang-kadang kita mudah dibuai emosi.
Kecewa, amarah, nangis.
Perhubungan yang dicipta pelbagai.
Perhubungan ini begini, perhubungan ini lain pulak caranya.
Kita juga kerap membanding.
Kenapa aku dan dia tak seperti mereka dan mereka.
Kita memang banyak berfikir tentang perhubungan!

Emosi kita seringkali dimainkan.
Kadang-kadang kecewa, mengapa dia tak melayan aku sebagaimana yang aku mahu.
Kenapa aku dan dia tak seperti itu dan ini.

Dan untuk satu perhubungan itu berjaya amatlah sukar.
Ia amat kompleks dan subjektif.

2 3 ari nih, sibok otak ini berfikir tentang hubungan.
Yela, bila tiada tugas untuk dibuat, otak aku seringkali memikirkan tentang diri.
Semakin lama semakin rapat dengan diri.
Dan akhirnya depresi pown muncul!!!

Sampailah satu ketika, aku berfikir.
Peliknya hubungan ini...

*****

CASE 1

Aku rapat dengan A. Baik sangat.
Kami suke berkongsi cerita.
Aku senang dengannya, dia pown mungkin senang denganku.

Aku juga rapat dengan B. Aku baik juga dengan dia.
Kami kerap keluar bersama. Kami habiskan masa bersama.


Tapi, tak semestinya, keduanya mempunyai hubungan yang baik antara keduanya kan?


Bagi aku mudah – aku melayan orang sama sahaja.
Apa yang orang itu rasa mengenai orang yang satu lagi tak boleh pengaruhi aku untuk menilai orang itu.

”Terima orang seadanya” itu yang aku belajar lalui PRS.

Pelikkan perhubungan – cara kita menerima orang tak sama...


*****

CASE 2

Dulu kami rapat. Sangat.
Bersengal, bergembira, usik mengusik.

Kini kami menjauh. Jauh amat.
Kemesraan dulu hilang. Kini kami biasa-biasa saja.

Hati dapat mengerti perubahan apabila perhubungan berubah.
Hati juga sering memberikan respon atas perubahan itu – samada ingin turut bersama berubah, atau tinggalkan saja perhubungan itu.

Aku telah memilih untuk tinggalkan perhubungan ini, atas sebab yang aku tak pasti, tapi tika dan saat itu, aku amat yakin dengan keputusanku.

Dia juga aku lihat, mulanya menderita, tapi kini dia lebih bahagia dariku.

Hati ini kembali bertanya ”kenapa aku putuskan ia dulu?”

Pelikkan perhubungan satu hari mau, hari esok tak mau, lusanya pula mau kembali!

*****

CASE 3

Hati dapat mengetahui bila hati ini terpaut pada hati yang lain.

Walaupun berbeza, nampak janggal dan pelik, tapi hati ini tetap sudah terpaut, dan tiada apa yang boleh mengubahnya selain Yang Maha Kuasa.

Namun hati ini payah meluah.
Sebab utama – takut yang dibina runtuh, takut ditolak begitu sahaja!

Pelikkan perhubungan malu tapi mau!

*****

CASE 4

Hubungan sudah dicipta.
Banyak memori, banyak kenangan.

Seiring masa berlalu, semua ke lain tuju.
Masing-masing punya cita, dan arah sendiri.

Kini perhubungan itu bakal digoyah oleh iringan masa yang berlalu…

Pelikkan perhubungan kenapa perlu pemula, jika ada penamatnya???

*****

Perihal perhubungan, sukar dicerita, sukar dibicara.
Yang pasti kita akan sentiasa terperangkap dalam peliknya perhubungan!!!



p/s – misi kembalikan ’tone’ Yang Terdalam kembali bermula!!!


:::YTBACK!!!:::

Recycle!!!

0210
24 Mei 2008

Sebab ramai sangat duk tunggu beta update ni, beta pown tak ske la hampakan peminat kan... kang peminat lari susah! (huhuhu)

Jadi beta pown dengan rela hati mengrecycle entri lama beta iaitu pada 16 Januari 2008...

Best gak men recycle2 nih... owang kata nak jimat kene la recycle kan...












Bukankah kerajaan pown menggalakkan amalan recycle nih.... kalau tak, takdelah tong biru, coklat ngn jingga (eh, tah ye tah tak warna tuh)...

Yang penting recycle tuh bagus!!!

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA
(gelak kejam dan poyo!)

Caution : sila baca dengan nada masing2...
nak try tone lagu dangdut, rock, jiwang, atau apa-apa pun boleh..
ikut kesesuaian suara masing2...
yang penting... JANGAN SUMBANG!!!

update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update update


k dah... harap puas hati!!!
Ca alif but!!!!



p/s – bek ngaku… sapa yang terkena… yang penting… sapa yang terkena sebanyak DUA KALI??? Bek ngaku!!! Kalo tak ngaku beta hantar tulah!!! Hahaha

p/s – beta perlukan ketenangan untuk menaip entri baru... sabar ya!


:::YTBACK!!!:::

The Contest, The Winner, The Events of the Gift & The Promo

0209
19 Mei 2008


*THE CONTEST*

Ok, meh la kita bercerita pasal ‘contest tiba-tiba’ yang beta buat sempena besday kedua YT!
(beta still tunggu lagi celebration 7 hari 7 malam beta! Huhu)

Nama contest nih ialah…

Pertandingan-Tiba-Tiba-Aku-Nak-Buat-
Sebab-Takde-Orang-Nak-Sambut-Besday-YT-
Dan-Aku-Punya-Suk
alah-Nak-Gtau-Awal2-Ke-Tak...

(tepuk tepuk!)

Gitulah nama contestnya… memang tak gtau awal2, takde apa2 peraturan, takde pape!
Aku memang tiba2 nak wat.

Kisahnya, malam besday YT eve tuh, aku sibuk la godek blog.
Tengok la ruangan ‘Di Yang Terdalam’ tuh.
Waa, dah 104++. Nak dekat dah 10500.

Pastu kepala weng beta tiba2 ada idea nak wat contest!
Nak track sapa pengunjung yang ke 10500 tuh.

Yelah nak tunggu pengunjung ke sejuta mau berapa taun baru dapat kan!!!

So, malam tuh, sambil tengok movie, beta keep refreshing my blog. Nak track sapa yang ke 10500.
Jangan tanya aku track macam mana, lantak aku lah, aku organizer, aku lah judge kan.
So adil ke tak, aku yang tentukan!
Muahaha

Sampailah satu ketika dah 10499 nih.
Wah, saspen, sapa la yang menang nih!

Tapi, still YT bukan dikunjungi setiap saatkan...
Lagging masa antara satu pengunjung dengan pengunjung yang lain tak tetap
So nak tunggu the lucky winner nih agak lama la jugak kan.
Sambil tuh, beta sibuk la pasang movie.


*THE WINNER*

Satu saat, rasa nak stop movie and refresh my blog.
Blom sempat refresh, tengok2 bahagian chatbox tengah re
fresh sendiri.
(tu yang aku suke chatbox nih!).

Kuarlah kata-kata ini…











~PsYChO_X~
xmampu ar nk blanjer...ekeke...
len la me..me goreng yng enak....ekeke..


Komen nih actually was in response to what have I shouted out at his blog.
Aku suh dia belanja aku.
And dia sibuk menganjengkan nama panggilan aku kat umah (me)
Aku pulak sibuk panggil dia nama sayang-sayang-manja-manja dia kat umah, (bangcik) huhuhu.

Masa tuh, aku pk… aiyooo mamat ini lagi!!!
Takkan nak kene bagi adiah kat dia lak... dahlah dia selalu pow aku...

Tapi untuk berlaku jujur dan adil, (walaupun aku judge yang syok sendiri) aku umumkan jugak la kemenangan dia...











Tahniah kepada
AZMI MUHAMMAD a.k.a. BANGCIK
kerana telah memenangi
Pertandingan-Tiba-Tiba-Aku-Nak-Buat-
Sebab-Takde-Orang-Nak-Sambut-Besday-YT-
Dan-Aku-Punya-Sukalah-Nak-Gtau-Awal2-Ke-Tak...

(tepuk tepuk!)

Malam tuh gak beta gtau kat dia.
Dia punyalah excited nak kenakan beta, cakap tuh rezeki dia nak tau apa adiahnya.
Beta pening kepala nak bli apa untuk mamat nih.


*THE EVENTS OF THE GIFT*

So, tadi, dari pagi sampai petang, kitowang kuar.

Mamat nih skunk nih tengah sibuk wat PSM dia.
Dia sibuk uruskan tesis dia.

Dia sibok je bising cakap banyak gila duit yang dia kena kuarkan sebab nak buat hardbound cover untuk 4 copy of his thesis.
Satu dah RM 25, kalo 4???
Itulah ayat dia...

Pastuh, sebab nih last sem dia, dia sibok je psiko aku dengan ayat2 seperti:

~ala, 2 minggu je lagi….~
~aku tengah menghitung hari je nih~

Yang secara kasarnya menggambarkan dia inginkan perhatian sebelum dia g LI 2 Jun nih.
Dah nama pown
~PsYChO_X~ kan... so no wonderla...

So, kitowang kuar tadi uruskan hardbound untuk thesis dia.

1 –

Mula2, aku saja je, ngadu lapor... best nih kalo ada owang belanja…
Alih2 dia belanja r aku roti canai banjer ngn teh tarik…


2 –

Pastuh kitowang g printkan dokumen2
Dia tak sempat dia print sebab ink printer abes...

(dia makan ink printer sendiri ngn kwn2 dia punya! huhu)

Kat tempat print nih, terkejut giler kitowang
Akak tuh kata nak print satu page hitam-putih RM 1!!!
Dan kalo color RM 2!!!

Aku tanya la apsal mahal sangat, selalu 30 sen je.
Kat KL lagi tuh aku print.
Dia kata tanya boss dia.

Tapi sebabkan si Azmi nih dah wat muka pening pala sebab duet, n muka-1-setengah sen, kakak tuh nak kow tim sket.

Dia kata, ”meh saya printkan, pastu awak kira 30 sen satu. Pandailah cmna akak nak key in nanti. Boss bukan ada pown…”

Mula2 cuak gak, takut akak tu kene pape…
Tapi dah dia yakinkan… buat aja!

Ye lah bayangkanlah.
Adalah 77 page dia nak print
Kalo ikut harga sebenar, nak print je dekat RM 80!!!
Gila bapak banyak!

3 –

Pas tolongan kakak tuh, so keje dia nih pown siap la...
Aku pown drive la ke Indera Mahkota cari kedai yang dimaksudkan untuk buat thesis tuh.

Bagus gak, leh la aku tau untuk buat tahun depan.

Sampai kedai tuh, mula2 kitowang check sndri sebelum nak buat kan...
So aku pown tolong la check...

Mata tajam aku nih terperasan satu kesilapan hahaha
Dia suh diam2 sbb malas nak wat balik…
Aku ugut dia nak gtau supervisor dia pasal mende tuh... huhu

Dan untuk hadiah contest tuh, kitowng dah setuju aku bayarkan satu thesis dia…
Bagos pon… senang,.. tak yah aku pening nak carikan mamat nih hadiah!


4 –

Bila dah selesai, kitowang g baiki keta aku yang dihentak oleh palang guard UMP yang *&(&(^&^ kat Tanjung Api.

Malas citer balik, dah berlalu, saket ati je, dan melayanglah RM 20.
Selamat murah giler mengetok tuh!


5 –

Sambung ke Berjaya Megamall pulok.
Tengok citer Iron Man.
Ok lah gak… technology yang melampau!

6 –

Tiba-tiba mamat nih mimpi apa tah, cakap nak blanja aku makan KFC.
Aku terkedu.

Terkesima.
Serius ke nih???

Tapi aku takde mood makan KFC, sebab bukan kenyang pown.
Alih2 aku ajak dia ke Taman Gelora makan cendol ngan rojak kat Mustafa Cendol.

Sedap la gak. Puas hati!

7 –

Pastu g lak Taman TAS, beli kotak untuk aku simpan barang2 aku sebelum balik umah ni.
Dan beli satu ’benda rahsia’ di sana!!!


8 –

Malam ni, ’benda rahsia’ itu akan digunakan...
Bagi hint sket, ingat tak entri ini???

Ini yang akan dilakukan malam ini!!!
Hahahahaah (gelak kejam)

So, harapnya hari nih berlalu dengan ok, dan yang kene tu tak ngamok, dan aku pown tak kotor sama!

UPDATED –
Aku paling teruk kene!!!
Tepung, air, sume skali!
Tapi best dan menggembirakan...
Lebih2 lagi untuk kenangan si Azmi yang terakhir bersama kitorang!










The 'mangsa'










The 'mangsa' & 'pemangsa'










The 'traitor' - siot je!!!










The innocent-and-tiba2-je-jadi-mangsa gak!!!


*THE PROMO*

Memandangkan dia dah menang contest tuh, aku pown amik kesempatan nak wat promo lah untuk blog dia.












Dia nih actually baru je bukak blog, hasil dari ’gelombang blog’ yang tengah berlaku dekat UMP ni. Aku pown tatau apsal.








Tapi blog dia ada domain sendiri!
Tapi katanya cap kambeng je, selalu server down.

So kalo korang tak leh bukak tuh paham2 je lah!

Then, being a comp sc student, dia ske edit2 sendri template dia.
Gambar-gambar pown sama!!!
Aku pown tak paham apa yang dia buat, tapi wat2 paham je bila dia citer.

Ya ampun!!!






G la lawat blog dia.
Ske lak bagi semangat kat blogger2 baru nih…
Ngeh3!


Tapi entri dia tak lah sengal macam aku!

Aku kan blogger tersengal abad ini!
So, mana bleh dia lawan aku!
Hahahahahahahahaha! (gelak poyo!)




p/s – mesti dia marah aku tulis macam2 pasal dia neh… aku larikan diri dulu!!! Hahaha
p/s – saya janji takkan men tepung lagi!!! huhuhu


:::YTBACK!!!:::