Ventilation Valve

0318
30 November 2008

I end off my last 2 entries with these words:
  • p.s – tajuk entri ‘sedikit’ tidak berkaitan dengan isinya… try reading between lines, will ya!?
  • Izinkan aku bersama waktuku… Kerana di Yang Terdalam, ada cerita yang tak mampu diceritakan… *sigh*

All those words are real
But maybe those words has been clouded by the ‘sengalness’ of those entries

But still, I’m a blogger with multiple emotions, thus to judge an entry with a monotone is wrong, cos in that major emotions, there might still be some minor emotions embedded in my entries.

Orang bertanya, kenapa masa cuti lagi kurang update dari hari2 sibuk yang biasa aku lalui?
Well, let me tell you why…

Hari-hari biasa.
Sibuk
Jadual mengejarku
Dateline memancungku

Dalam sela waktu itu, segala tekanan tersimpan dan terkumpul di dalamku
I need to get rid of all that stress away fast, before another job, with certain amount of stress waiting
I need a ventilation valve for all the pressure that has been accumulated in the tank of me!
Thus, an entry is sufficient to release all those stress

Tapi bila kita aman damai
Cuti
Waktu yang panjang untuk diri sendiri
Aku tak perlukan valve itu

Mungkin waktu akan merawat dan mereduce kan segala pressure yang timbul
Better in time bak kata Leona Lewis

Cuti adalah masa untuk diri sendiri
Dan masa untuk aku memikirkan segala yang terjadi

I know I tend to overthink
But this is the time, where I can get grip of myself, so that I can stand up and not fall again

Aku dah banyak kali jatuh
Banyak kali

Sekali jatuh, orang kata what matters is how you get up
But bila dah berkali2?

Luka jatuh lama tak terubati lagi
Bertambah luka baru

Tak faham?

Takpelah
Mungkin entri ini bukan untuk difahami
But still aku dapat rasakan ada juga yang akan fahami

Anda bisa tafsirkan apa sahaja yang aku taipkan di sini
Tapi aku takkan mention any names in this
Anda bisa selesaikan ‘misteri’ siapa yang aku maksudkan
Tapi aku takkan memberikan konformasi bahawa dialah yang dimaksudkan

Manusia dilahirkan dengan perasaan ingin tahu
Ingin tahu apa yang berlaku ketika ini?

Don’t bother
It just me who feel all of these
And to I’ve closed the door of sharing due to some event that tarnish my trust

Haha, biarlah entri ini dilabelkan merapu, merepek
I just need to blow some steam off
Walaupun cuti…


p.s – selalu terfikir, YT bukan lagi YT yang aku ciptakan dulu…



:::YTBACK!!!:::

Aku Rasa Korang Faham Maksud Entri Ini

0317
29 November 2008

Mana update terbaru???
Mana???

Mana janji2 ko nak ‘backdate’ kan BTdI’08 Part 2???
Mana???

Mana segala cerita, luahan rasa, aktiviti yang berlaku di waktu cuti???
Mana???

Ehem!
Aku rasa korang faham maksud entri ini…


Ok guys!
Hit it!!!




















Malaysia yang ku puja
Di desa juga di kota
Mari nikmati semua
Cuti-cuti Malaysia

Pohon-pohon melambai
Terkenang desa nan permai
Keluarga sahabat handai
Mari beramai-ramai

Cuti-cuti Malaysia
Jiran rakan sekerja
Murid-murid ikut semua
Cuti dalam negara

Cuti-cuti Malaysia
Cuti sihatkan diri
Meningkatkan produktiviti
Semua ada di sini

Keluarga mertua gembira
Dibawa cuti bersama
Warisan jangan dilupa
Budaya diperkaya

Marilah bergembira
Cuti rehatkan minda
Semua kita ada
Malaysia mempersonakan
(interval)

Cuti-cuti Malaysia
Jiran rakan sekerja
Murid-murid ikut semua
Cuti dalam negara

Cuti-cuti Malaysia
Cuti rehatkan minda
Semuanya kita ada
Malaysia mempersonakan

Cuti-cuti Malaysia

Kredit : Siti Nurhaliza - Cuti-Cuti Malaysia
Download Here

Izinkan aku bersama waktuku…
Kerana di Yang Terdalam, ada cerita yang tak mampu diceritakan...
*sigh*




:::YTBACK!!!:::

Amukan Asmara

0316
27 November 2008

ARGHHH!!!
AKU TAK TAHAN LAGI!!!
AKU TAK TAHAN LAGI!!!



Ingat tak???
Ingat tak???

Ketahuilah wahai blogger2 sekalian, beta ini cepat mengidam benda yang jauh di mata, tak tercapai di tangan

Beta memang selalu mengidam, berangan2 memiliki, tapi tangan tak sampai, tangan tak disambut, dan beta terjatuh, tersungkur di sini!!!

ARGHHHH!!!!

Sehingga beta merasakan lagu Peterpan ini bersesuaian untuk dinyanyikan di waktu ini.

Test MIC 1, 2, 3!

Kau buatku terjatuh dan terjatuh lagi
Kau buatku merasakan yang tak terjadi
Semua yang terbaik dan yang terlewati
Semua yang terhenti tanpa ku akhiri

Errr… lirik tak kena…

Mengapa beta begini???

Semua kerana entri makcik ini dan entri minah ini!


Dey, tak paham2 lagi ke???
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
BETA LAPAR!!!!



p.s – tajuk entri ‘sedikit’ tidak berkaitan dengan isinya… try reading between lines, will ya!?

p.s – entri2 pendek begini mudah, simple… dan mengelakkan beta update secara betul2…. Cuti maaa!!! Apa barang update blog! =p


:::YTBACK!!!:::

Win-Win =p

0315
26 November 2008

Kita kan blogger
Kita dalam satu dunia yang sama
Kita hidup dalam dunia maya ini

Kita dalam satu komuniti
Dan bila dah duduk dalam satu komuniti ni, kita kena saling tolong menolong
Ko tolong aku, aku tolong ko
Supaya hidup kita di dalam dunia maya ini aman harmoni…

Its win-win situation laa
Bukan wiween, win-win!

Thus,

Aku amat berharap!

Tolonglah!
Tolonglah!
Tolonglah!















Google reader beta...

Aduh, bila mau kurang???
Tengok blogger sengal atas ni, 3 hari beta tinggal, sudah 19 entri???
Mampus gue!


Tolonglah jangan update banyak sangat tiap2 hari!
Penat aku membacanya weyh!!!


=p

Aku ni jenis nak komen semua benda
Aku nak hargai semua entri yang kawan2 aku buat

Thus, aku subscribekan blog2 kamu semua di google reader aku
Tiap hari, aku akan check google reader aku, tengok siapa update n so on

Tapi, baru2 ni, sejak aku sibuk, aku abaikan google reader
Sampai sekali tuh, dah cecah 300++

Duh! Cmna nak catch up???

Lepas exam, aku bertatih nak catch up…
Cuma yang mampu 90++ je

Esoknya aku bukak, dia naik 130++ balik!

Adeh, banyaknya entri beta nak kena baca n komen…

So, apa kata, korang jangan selalu update???

Leh tak?
Leh tak???
Leh laaa….

Tak boleh???

Ataupun, camni...

Aku siapkan jadual untuk kowang update?

Hari ni, orang lain
Hari esok orang len?

OK???
=p


p.s – blogger ini sudah separa gila duduk di rumah walau baru 2 hari..
Yonna, ko cmna haa duk lama2 kat umah???



:::YTBACK!!!:::

HahahaHAHAHAHA!!!

0314
24 November 2008

Baru2 ni, aku dah nak balik rumah di Selayang dah
Takde pape untuk aku tinggal di UMP cuti semester ni

Bahan kimia yang aku tunggu2 tak sampai lagi
So cmna nak wat eksperimen?

Thus, I decided to go back…

Aku tukar la status skype aku “there’s no need to linger… so, goodbye!”

Lama jugak status itu kekal di situ…
Tiba2…

[11:49:04 AM] Mak Cik Tipah says: linger tu pe ek?

[11:52:05 AM] .::[A][K]::. says: kamus beb... kamus,..
[11:52:08 AM] .::[A][K]::. says: aku tatau nak terang cmna
[11:52:11 AM] .::[A][K]::. says: =p

[11:53:41 AM] Mak Cik Tipah says: linger tu ape r?

[11:53:52 AM] .::[A][K]::. says: lingerie tau?

[11:54:13 AM] Mak Cik Tipah says: hurm...
[11:54:17 AM] Mak Cik Tipah says: mcm KFC
[11:54:20 AM] Mak Cik Tipah says: nye tema..
[11:54:23 AM] Mak Cik Tipah says: kn?

[11:54:27 AM] .::[A][K]::. says: haha
[11:54:33 AM] .::[A][K]::. says: siot la ko..
[11:54:38 AM] .::[A][K]::. says: linger tuh macam....
[11:54:55 AM] .::[A][K]::. says: merayau2, berpusing2 di tempat sama mcm tuh la kowt
[11:55:01 AM] .::[A][K]::. says: lingerie tuh baju dalam la ngok!


HahahaHAHAHAHAHAHA!!!

Aku gelak mau mati!


:::YTBACK!!!:::

Hell, Yeah!!! Its Complicated!!!

0313
23 November 2008

I’m losing my momentum to write more about BTdI’08.

Senang cerita, ada yang hepi, ada yang suam2, ada yang agak sedih, ada yang sedih, ada yang bengang, ada juga masa aku nak cekik sowang2 dekat situ.

Semuanya ada.
Pilih je, semua ada.

But in all, it is good to remember about all the good things that happened.
Yang mana tensen2, n cekik2 tuh, letak tepi je la.
Sebab aku malas nak overthink benda yang berlaku
I tend to hurt myself if I do that.

I will write bout that when I got ‘aura’ to do that.
I will backdate it and I will tell you guys, when it is ready.

Hurm…

Baru2 ni, aku tengok movie yang aku donlod dekat network UMP
Definitely, Maybe namanya
Citer baru ni kowt

Kalau aku kuar dari UMP, aku akan rindukan perkara ini
Availability of movies, clips and so on yang di share, ditransfer ikut skype dll.
Memang aku akan rindukannya!
Sebab senang giler dapat movie2 baru…

Back to the movie
Just tengok je
Aku pon memang tengah ngantuk
Yawn here and there

But tertarik dengan dialog ini, yang diucapkan Maya, anak kepada hero citer ni:

“You’re right
It is complicated isn’t it?
I mean, you’re in love with April, who used to be in love with Lucas,
and then she fell in love with you, but you were in love with Summer,
who was always really in love with Hampton.

And now that you’re in love with April, she’s in love with Kevin.
And no one’s in love with you
That’s complicated.”

“Yep.”



Hell yeah, it is complicated!!!



p.s – malas pulak nak mengupdate cuti2 ini…



:::YTBACK!!!:::

Bio Tour de Industry 2008 (BTdI'08) Part 1.0

0312
20 November 2008

WARNING:
This entry got lots of pictures and subsequent amount of words!!!

Like I said before, I was the project manager of the Bio Tour de Industri 2008 (BTdI’08).
Program ni sebenarnya melibatkan dak2 kelas aku je.
Ini inisiatif kami sendiri untuk pergi lawatan melawat industri di waktu cuti begini.


**********
Semuanya bermula bila aku sendiri merasa bengang dengan persatuan untuk kami di sini.
Sepatutnya, mereka akan organisekan satu lawatan industri untuk kami, ke mana saja pon tak kisah lah.
Tapi sejak dari first year lagi, kami tak pernah merasa.


Yang kami lawat2 pon, adalah hasil usaha sendiri.

Di sini ada 3 disiplin berbeza dalam kejuruteraan kimia.

Kami di anak tirikan?
Mungkin.


So, dah bengang, aku pon berbincang dengan kawan2 aku pasal mende ni.
And we came up with an idea – buat lawatan secara besar2an di kilang2!


Mula2 memang dalam otak fikir nak tunjuk dekat persatuan itu bahawa kami boleh berpijak di kaki sendiri.
Tapi at last, rasa itu berganti dengan kebaikan di mana setiap lawatan memberi seribu satu pengalaman pada kami.


Well, I guess it is good.

**********
Sejak dari semester lepas, kelas kami dibahagikan kepada 3 committee.
Setiap committee perlu buat satu lawatan industri, ke mana-mana sahaja, asalkan menepati disiplin yang kami belajar.


Disebabkan kami merupakan pelajar Kejuruteraan Kimia (Bioteknologi), disiplin yang kami cover kira banyak juga.
Kami boleh pergi lawat kilang kimiayang buat minyak ke, lubricant ke kilang bio – buat makanan, proses makanan – dan juga kilang2 berkaitan.


Banyak yang boleh dicover di dalam kursus kami, dan banyak yang boleh dilawati.
Dah lawat banyak macam ni pon, ramai bertanya - ke mana lagi kita lepas ni?


Sebab terlalu banyak company di Malaysia yang boleh dilawati.

And mind you!
Mana yang tak tahu tuh
Melawat kilang bukan bermakna kami melihat makcik-makcik, pakcik-pakcik buat keje!

Jangan sempitkan fikiran
Kami pergi melihat teknologi, alatan, polisi, untuk dibandingkan dengan apa yang dipelajari.




















Bio Tour de Industri 2008 (BTdI’08).


Satu committee telah buat lawatan ke Yakult di Negeri Sembilan dahulu.
Di sana belajar macam mana bacteria bertindak di dalam yakult dan mostly its all about bio-bio thing la.
Dan production of yakult sebenarnya tak besar mana – kilang dia besar makmal kami sahaja!


Satu committee telah buat lawatan ke SNC, Pasir Gudang, sebuah kilang membuat board alat elektrik.
(ala, yang warna hijau tuh).
Rupanya setiap board itu perlu disapu bahan kimia untuk bolehkan elektrik mengalir.
Dan bila melihat sendiri bagaimana membuatnya, banyak yang telah dipelajari.


Tanpa disangka juga, semester lepas, satu projek lawatan ‘terkejut’ juga telah dibuat, hasil kerjasama lecturer kami.
Kami telah ke Pascorp, kilang kertas di Bentong.
Mula2 aku pon pelik, kenapa nak lawat kilang macam tuh?
Rupa-rupanya, di sana ada satu wastewater treatment yang menggunakan kimia dan bio, di samping melihat bagaimana kertas recycle diproses untuk menjadi kertas kotak.


See, memang lawatan sebegini bermanfaat bagi kami.
Pendedahan, that is the word.
Supaya nanti, bila kami bekerja hujung tahun depan, kami tak kaget dan blur.

Yelah, kalo cikgu, dia ada praktikal di sekolah.
Kalo doctor di hospital atau klinik.
Tapi bagi kami kejuruteraan, ia tidak fix.
Kami boleh masuk macam2 industri dan kerja kami berdasarkan produk yang ingin dihasilkan.
Thus, all of these are important.


**********
Jadinya, kini tiba masanya bagi committee aku lak buat keje.

Asalnya bercadang mahu ke Sarawak.
Tapi bila memikirkan duit, dan pandangan dari Pengerusi Hubungan Universiti Industri UMP, kami batalkan hasrat itu.
Jadi kami memilih untuk adakan tour di sekitar Semenanjung Malaysia sahaja.

Somehow, bila committee di kalangan kawan-kawan ni, agak susah sikit la.
Sebab hati masing2 kene jaga kan.


Aku tak bleh nak arah lebih2.
Dan setiap arahan aku akan dipersoalkan, sebab kawan kan.
Berbeza dengan Expoconvo’07 dulu, diorang buat je apa yang aku arah.
















Menandatangani Guest Book di Institut Bioteknologi Melaka sebagai Pengarah Program =p


Tapi kira ok la. I’m blessed with a wonderful committee, sampai aku rasa agak puas hati dengan program ini.
Sikit cacat cela, emo2 tuh biasa la kan.


3 company telah dipilih untuk kali ini.
Institut Bioteknologi Melaka, Shell PD, dan Kilang Sawit Mekassar, Muadzam Shah.
Kami menginap di apartment di PD World Marina Resort, dan kami dibawa menjelajah dengan menaiki bas UMP.


Banyak kemudahan juga untuk program ini.
Bas UMP memang selalunya diberi untuk program2 seperti ini.
Dan kami telah diiringi oleh 2 lecturer dari fakulti kami.


Sebenarnya dari awal lagi, banyak company yang telah dikontek untuk dilawati.
Tapi, susah sangat nak dapatkan confirmation, dan ada juga yang menarik diri di saat2 akhir. Mengagau juga mencari pengganti.


Again, trimas kepada AJK yang berjaya mencari pengganti bagi company2 itu.

Objektif program ini berbentuk ilmiah dan santai.
Aku cuak jugak, budak2 ni, kang diowang bantai santaikan semua program lak.
Tapi kira ok la, semua berjalan lancar mengikut tentative.


Banyak memori, kenangan dan gambar telah dicipta sepanjang program ini.
Aku rasa gambar berjalan lagi banyak, sebab dalam company, kadang2 tak boleh tangkap gambar. Polisi syarikat.

Thus, enjoy je la mana gambar yang ada ek!


Uish, panjangnya aku menaip dah.

Meh tengok gambar ok!

**********
Ini merupakan part 1 untuk entri BTdI’08 ini.
Nanti aku sambung part len

Hari pertama, kami bertolak pukul 11 malam dari UMP dan tiba di R&R Ayer Keroh Melaka pukul 3 pagi.
Dalam bas, mana boleh tido!


Kol 3 pagi, jadi orang giler di situ.
Naik menara, dan berborak2.


Dan, yang sengalnya, kamera 2mp sony erricson aku mcam hampeh je.
Thus, gambar malam tuh takde.


Pukul 930 pagi kami sudah tiba di Institut Bioteknologi Melaka.















Satu2nya gambar aku di dalam Institut Bioteknologi Melaka tuh...
Yang len, sume aku yang jadi photographer





























Group Pictures

Basically, institute ni jalankan research kepada produk dan komersilkan produk itu. Institute ni juga tolong bantu wujudkan usahawan2 baru di dalam bidang bioteknologi.

Lab dia lebih kurang je dengan lab kami. Cuma yang penting, kami telah didedahkan dengan keusahawanan. Sibuk je berbuih pengerusi syarikat tuh bagi ucapan pasal tuh.

Ada la 2 3 gambar ditangkap masa tuh.
Aku tak banyak gambar di sini, sebab aku sibuk jadi photographer!

**********
Sudah melawat di situ, ke mana kami?
Kami melawat ke Melaka!

Duh, lame kan
Mula2 fikir begitu jugak
But somehow, bila kita bersama kawan2 yang best, tempat yang bosan pon jadi best!!!

Mula2 fikir gak, nak buat apa lama2 kat sini. Tengok2, sampai tak cukup masa di situ!

Turun2 dari bas, dah nampak Menara Taming Sari tuh, yang boleh beli tiket, naik ke atas, saksikan panorama Melaka dalam keadaan berputar.
Disebabkan harga dia mahal - rm20, dan aku tertinggalkan kad student yang boleh sebabkan aku dapat harga rm8, aku malas naik mende ni.


Dan Eye of Malaysia kat Titiwangsa pon dah pindah kat Melaka tau.
Sebab aku dah penah naik ngn Mena ngn Papik dulu, malas dah aku.


So, I decided untuk sembahyang dulu.

Tengok2 dah kene tinggal. Yang len2 mana tah.
Cuma ada kami 5 6 orang je di situ!!!


Aku pown membuat Kumpulan Tinggal.

Rupa2nya kumpulan ini amat sengal bergambar. Macam2 gambar diambil.















"Cepat, kang tertinggal keretapi!!!"















"Yay! kami berjaya menaikinya!!!"















Sesi menolak keretapi =p















Arrow itu bertulis "Budak ini Hensem"
Kah kah kah

Pastu nek A Famosa lak. Tak mo aku masuk muzium2 yang banyak giler dekat situ. Ada Muzium Sastera, Muzium Setem, Muzium UMNO, bla bla bla bla, banyak giler!
Thus, A Famosa je la.
















Meriam






































A Famosa Cover Album

Dari kejauhan, nampak Cik Aimi menaiki tangga dengan gengnya…

Sampai di atas, tangkap gambar lagi.
Dan Cik Aimi telah menjadi sedikit giler bila mau bergambar.
“Haaa, sini cantik”
“Eh, pose camtu… camni la”


Macam2 lagi la!





































Cover album
























































Semua gambar di atas adalah hasil idea seni Cik Aimi... =p

Sedar2

“Eh, korang… aku rasa aku dah kene tinggal la. Aku join korang leh tak?”

Kesian tengok dia, kami pun pungut la dia.

Jadilah Kumpulan Tinggal Pungut.















Kumpulan Tinggal Pungut
Perasan tak kat belakang tu Menara Taming Sari

Huhu

Dan kami berpusing sekitar itu, menangkap gambar macam orang gila.















Istana Kesultanan Melaka





























Meratap sembah...
Siot je dak ni... tak hormat langsung beta jadi Sultan di situ... =p
















Role Play






























Budak2 tiba giler bersilat bila nampak byk patung silat




















Penat bersilat, beta recharge tenaga heroes beta...
Tengok bercahaya tuh... =p















Dan... kembali bersilat macam Hang Tuah dan Hang Jebat


































Erk, habis dah?





























Kereta kebal




























Budak2 sengal... jumpa kawan len, suh beta lak jadi photographer

Beta pon suh la mereka lompat





























Sebab mereka melompat, orang2 kat situ gelak...

Pastu bila ganti dengan beta masuk itu gambar, mereka malu pula mau lompat...
Adeh!










































Tangled Web






























Another Group Photos


Tengok2 masa dah habis.
Akan bergerak ke PD pulak.
Tapi itu di next entry


p.s - gosh, panjang giler... penat mengedit... cmna nak wat 18 siri ni???


p.s - adeh, aku ingatkan nak jarakkan entri ni lama sket dari entri bawah ni...
sekali terlepas pulak... bajek nak publish pukul 10 pagi sok... so be fair to both entries ek... =p




:::YTBACK!!!:::

Presents...

0311
17 November 2008


This entry supposed to be up on 17th November 2008
But, since on that date, I was on the bus doing my trip with BTdI’08, I write it today.

N thanks for blogger, who makes me manage to ‘change’ the date, hingga menyebabkan konon2nya nampak macam aku buat entri ini pada tarikh itu..
Huhu



















What is this???
















Just an Inkdeath and a card


Neway,


HAPPY 22th BIRTHDAY AISYAH!!!
May u achieve all your dreams!!!
















Somehow I like this old picture of ours
How innocent were we???
(Aisyah adalah orang yang aku ingin ketuk di dalam ini gambar)

Masa tuh kami masih 1st year
N tiba2 je kami disuruh menguruskan satu program TKD
I guess masa tuh la mula rapat n bersengal bersama
Note, another ahli Kelab Sengal Sedunia, Florina dalam ini gambar di depan sekali

Rindu pulak nak bertkd bersama macam 1st year and 2nd year dulu. huhu

*****

N for the record people, if you are wondering
Hafiz has got his transformers masa cuti Raya hari tuh
(sila refer entri ini)

Tak sempat aku nak blogkan
N bila Yonna mention, baru aku teringat




















The Transformers
Leh tukar jadi robot-truck-aeroplane
End up, aku yang sibuk men benda ni tau tak! =p


Thus, I kept my promise to him.
Walau bukanlah yang rm150,
Cuma rm49.90 je, dia dah cukup suka

Tapi cubalah bawak budak ini ke shopping mall
Dia akan buat ko gila!




















Budak kecik sengal, masa aku tengah halau dia keluar dari menyemak dalam bilik aku

N malam tuh, dia baik giler ngan aku
Siap nak tidur sama lagi…

Sengal!!!
Kecik2 lagi dah gini…

Ok, I end up this entry here.
Cos I have another entry in my draft
Stay tune.


:::YTBACK!!!:::

Entri sekali lalu

0310
16 November 2008

Lama jugak mencari kekuatan untuk menaip entri seterusnya.

Current events that happened make me think a lot of things. Although I keep saying that this YT is mine, there are still many hearts that should be taken off, thus, telling that openly only do more harm, and I decided to keep it for myself.

Nak perli2 pasal entri ‘kosong’ itu?
Who cares?
I’m facing something real here.

And like usual, all events, whether good or bad make me think. Positively and negatively. Everything that happens for a reason. Thus, I want to stick to that.

The thinking brings me back to who I am, what have I becoming, and how I wish to be in future.

So in all, its good right?

When all these happened, sebenranya aku bersyukur yang amat sangat sebab aku ada orang2 yang boleh diharapkan. Rakan2 virtual yang membantu history and present, rakan2 realiti yang aku jumpa dan call, memang mengembalikan aku balik kepada aku sebelumnya.

Aku tengah selsema.
Dan dah lama tak demam selsema, ini memang teruk!
Last skali aku selsema masa besdaya aku dulu
Ada relationkah?

I lost my momentum to update this YT on this so called fast lane.
Dan macam kebetulan malam ini aku akan bertolak ke Melaka, dan Negeri Sembilan untuk lawatan industri.

I happened to be the project manager of this program, duh! Cmna nak buat keje kalo selsema?

Ini actually program rakan sekelas.
Namanya Bio Tour de Industry 2008.
Nama yang akhirnya dipilih, sebab semua malas nak cari nama lain masa tuh
Walau ada je cadangan
Tapi sebab nama tuh dah melekat, layankan aja!

Pagi esok akan ke Melaka Biotechnology Corporation, petangnya bersiar di Bandar Melaka, dan lepas tuh akan ke PD menginap di PD World Marina (yang dengarnya berhantu, tapi sebab tuh je yang murah, amik je la)

So, to makcik wiween, kalo anda teringin nak belanja beta, sms la…
Kalo nak beta belanja, jangan harap! Beta busy uruskan program!
Tapi kalo makcik yang nak belanja, boleh je selitkan masa!

Hari selasa akan lawat Shell PD, dan pagi Rabu akan balik ke Muadzam Shah lawat satu kilang kelapa sawit di sana.

Somehow, ramai excited untuk program ni, sebab mungkin dah terlalu tensen dalam sem yang rasanya panjaaaaaang je ni…
Keje bertimbun2
Thus, ramai nak bercuti sakan la

Itu mungkin akan mencetuskan masalah pada aku, bila ramai nak enjoy je, sampai lupa objektif utama yang dihantar ke HEP adalan lawatan industri.
Tapi, sebenarnya, aku pon mau cuti!
Cepatlah semunya berakhir!

So, YT tidak akan diupdate sehingga aku balik.
Dan untuk masa sekarang, g la habiskan masa korek2 YT, kalo nak, atau buat kerja berfaedah seperti tido..

Seriously, aku tengah tak betul untuk update blog
Tapi kene gak, sebab hit aku dah tinggi, n aku akan cuti 2 3 hari
So, baca entri ni sekali lalu je la ok!



p.s – this entry is an experiment.


:::YTBACK!!!:::

Kosong Part 2.0

0309
15 November 2008

Gatal menaip perkataan ‘kosong’ dekat winamp playlist tdi…
Dan akhirnya keluar lagu ini…

Melayan lagu ni
Tiba2 jadi minat
N sekarang memasang over n over again

Dah malas nak mengupdate
Tempek lagu je la…

Peace!



Kosong
by Dewa

Kamu seperti hantu
Terus menghantuiku
Ke mana pun tubuhku pergi
Kau terus membayangi aku

Salahku biarkan kamu
Bermain dengan hatiku
Aku tak bisa memusnahkan
Kau dari pikiranku ini

Di dalam keramaian aku masih merasa sepi
Sendiri memikirkan kamu
Kau genggam hatiku
Dan kau tuliskan namamu
Kau tulis namamu

Tubuhku ada di sini
Tetapi tidak jiwaku
Kosong yang hanya kurasakan
Kau telah tinggal di hatiku


:::YTBACK!!!:::

Kosong

0308
14 November 2008

Aku telah keluar dari peperiksaan terakhirku untuk semester ini pada jam 11 pagi tadi.

Walaupun waktu yang diberikan adalah 3 jam - sepatutnya aku berakhir pada jam 12 - aku sengaja keluar lebih awal, lantaran melihatkan kawan-kawan yang keluar awal, dan keberadaanku di dalam bilik exam itu tidak akan membawa apa-apa perubahan kepada skema jawapan aku.

So, I decided to take off early.

Bukankah di waktu inilah aku patut merasa lega setelah tamatnya semua paper?
Bukankah di waktu ini, aku patut merasa merdeka, melompat2 kegirangan bagaikan kanak-kanak tak betul, sebab aku sudah bebas dari cengkaman peperiksaan yang sekian lama membelenggu?
Bukankah inilah masanya aku sedikit tersenyum dan mempunyai masa untuk diri sendiri?

Apa yang aku rasa?

Nothing. Nothing at all.

Aku merasa kosong. Bagaikan tiada apa-apa. Kosong.

Rasa ini pernah aku rasakan dulu, selepas sahaja SPM, di waktu aku menghabiskan masa hanya di rumah, cuti yang amat panjang tanpa membuat apa-apa untuk meningkatkan produktiviti.
Aku hanya tidur, memandang ke siling, tidur kembali, turun makan, tidur kembali, mendengar lagu, berkhayal di dalamnya, dan not to mention menjadi sedikit gila menelefon radio di kala pagi2 buta semata-mata kerana aku merasa bosan.

Teramat kosong aku rasakan waktu itu, sehingga aku terasa aku tiada upaya menghadapi dan mengharungi dunia.

Rasa ini seringkali menemani aku ketika aku cuti yang agak tak berapa panjang, di mana aku di rumah, tidur, memandang ke siling, tidur kembali, turun makan, tidur kembali, mendengar lagu, berkhayal di dalamnya, dan ya! ianya semuanya adalah repetitif untuk segala cuti dan masa senggang yang pernah aku ada.

Rasa itu pernah mengiringi bila aku secara agak jayanya menjayakan program besar universiti, yang mana aku memegang jawatan yang agak tinggi, dan aku telah mengharung pelbagai masalah, sehingga bila tamatnya program itu, aku memandang sekeliling, dan yang aku rasakan, adalah kosong.

Semuanya kosong. Kosong.

Mungkin, aku memang memerlukan kerja dan tanggungjawab untuk memberikan hidup aku makna. Hanya kerja dan tanggungjawablah menjadi daya penggerak bagi aku kini. Tanpa mereka, aku hanyalah satu jasad yang kosong tanpa apa-apa daya untuk mengubah dunia.

Aku bukanlah sapa-sapa. Aku tak mampu mengubah dunia.
Kerja dan tanggungjawab yang menggerakkan aku selama ini.
Darinya aku bersosial, aku membahagikan masa, aku belajar buat sesuatu.
Tanpa mereka, aku kosong.

Aku bukannya ada tanggungjawab kepada insan lain, kerana setelah sekian lama, sekian kali mencuba, ianya kerap kali kembali kepada rasa kosong.

Kosong. Kosong. Dan kosong.

Hurm, maybe this is just another Kamal in action.
I better off to get some sleep.

Maybe my physical, mental and emotional has been constantly challenge, until at this point, when nothingness approaching, they become paralyzed and numb.

And actually I tried to sleep, but I cant.
These words for this entry keep popping in my head.

I just to get those words out, thus, I switched on back my laptop, and pour all these out.
Damn, I wish a device where I can update my blog without typing!

Sebelum tido, dua ayat bermain2 di minda aku:

“Aku bukan siapa2”
“Bila rasaku ini rasamu”

Hurm.
LAME!!!


p.s - entri ini dikembangkan dari satu ayat, and for me, only that sentence matters!



:::YTBACK!!!:::