Pejam dan Celik...

0154 – 27 Disember 2007

Pejam dan Celik…

Pejam celik pejam celik...

Pejam lama sikit...

Pejam lama-lama...

Dah pun sampai ke hari terakhir beta berada di rumah...

Merindui UMP?

Ya, mungkin.

Sayangkan UMP?

Tah, maybe. Bila tiada di mata baru rasa sayang menjelma kan.

Maybe suasana di sana yang buatkan hati ini ingin segera kembali di sana. Maybe bila diri merasakan yang di sana barulah jadual waktu sedikit tersusun dengan pengisian yang boleh dikatakan berfaedah (huhu). Maybe juga kerana di sana boleh buat apa sahaja tanpa kongkongan.

Dan maybe yang utama, di sana kalau nak keluar kurang keluar belanja! Di KL, aduh! Sakit beb. Tu pun kiranya aku beruntung gunakan duit biasiswa yang baru aku dapat tu.

Rehat dari blogging?

Tah lah, tak decide lagi. Cuma sekarang merasakan diri nak tumpukan pada hidup. Jika ada daya nak berkongsi dengan semua mengenai hidup aku, mungkin. Rasa ni tak boleh ditelah, kadang-kadang cakap je nak rehat, tapi rasa nak menaip ada. Bila cakap nak aktif pulak, rasa menaip takde.

Senang cerita, kalau ada, adalah. Kalau tiada update, ampun maaf dipinta. Untuk menutup ruangan ini dan meninggalkan kenangan manis di sini, Amat jauh sekali.

Cerita Expoconvo’07?

Ingin sangat mentranskripkan cerita yang berlaku di waktu itu di sini. Biar memori itu tak luput. Kadang-kadang otak ini ada juga merangka ayat untuk dituliskan mengenai memori itu.

Tapi seperti biasa bila daya menaip takde, takde lah. Tapi yang pasti aku akan menaip mengenai itu. Mungkin suasana di UMP akan mendukung pengupdatetan aku dalam menaip kisah itu? Mungkin...

Blogger malas?

Ya. Mungkin. Ini adalah blogger yang malas untuk mengupdate jika tiada rasa. Jika ada rasa pun, blogger ini kerap kali menuda dan tunda sehingga rasa itu hilang. Hampehkan?

Apapun, doakan perjalanan beta kembali ke UMP besok.

Semoga permulaan semester baru ni menjanjikan sesuatu yang indah!


:::YTBACK!!!:::

Tagged by Aria Ayumi - si biri2 sengal~~~

0153 – 23 Disember 2007
Tagged by Aria Ayumi – si biri2 sengal!~~~


Duh… kena tagged pulak… memang cik aria ayumi ni nak kena!

Elok la tu... lengkap lah senarai peliharaan beta... dulu ada si nadiah teddybear hijo berlidah ungu... then dengar2 joey nak jadi panda lak... tu belum lagi si green yang kadang2 jadi arnab, kadang2 jadi ikan emas tu. Krisis identiti sungguh!

Pastu ada lak si aria ni jadi biri2... ada sapa2 nak tambah list lagi? Ada? Huhuhu....

Tapi memandangkan blog ini dah lama tak diupdate, dan penulis blognya pun malas nak update... so, aku buat je lah... ala, setakat taip satu perenggan, ok lagi kowt... tak berkarat lagi lah!

Ok kita mula!

~ Start Copy ~

Rules :
1. Copy from "Start Copy" until "End of Copy".
2. Before "End of Copy", share your best memories of 2007 include your name and your URL blog.
3. Share this tag to your friends.

For me, the year 2007 had a lot of happiness (and hope for 2008). Happiness because i see my son, grow and grow day by day. I have a great husband. I met lots of new friends from around the world via blogging ^_^ - Juliana RW

In 2007, I become happier than before because my hubby’s got promotion and sure his salary had been increased. This had made my life more comfortable but everything seemed to cost an arm and a leg nowadays. The happiest memory is I see Nelson’s tummy becoming bigger and bigger, he can now count number 1 to number 10, by my guidance. He loves eating and he enjoys every meal. He gives us a lot of happiness by the way he mimic our talking style and making such lovely faces. At first, I was so scared to look after him but now I hope he can be with me all the time. Even I feel tired everyday but I feel my life is meaningful. - Hazel

2007 is quite a productive year for me. I got a new baby (son), now 5 months old and a new car. Career wise, everything is moving smoothly as plan and I'm half way thru my Masters degree and hope will be completed in 2008 and will path a way for me to be a Phd. candidate by end of 2008. A new batch of training and consultancy project is in the pipeline and will start soon. Most importantly my new passion -"blogging" started this year and hopefully will keep growing and blooming. I hope this blogging activity will develop my social networking and friendship with other bloggers. - myfisol

tahun 2007 boleh dikatakan tahun yang agak "terkejut" bagi aku. aku terkejut dengan schedule stadi aku yang kelam kabut. aku terkejut dengan kenyataan lecturer aku depan-depan kelas. aku terkejut dengan maki hamun paling dahsyat pernah aku terima. aku terkejut dengan suara yang mengatakan aku "kutuk bagai nak rak" idola pujaan mereka. dan aku juga terkejut bila ramai yang backup aku. terima kasih banyak untuk itu. aku tak mahu "terkejut" lagi. biarlah tahun 2007 menjadi penutup segala kisah terkejut aku... - aria ayumi


2007 started well I think, with the first memory that happen on the 1st of Jan. there are lots of things happened in 2007 - the fight with roommate - the dean’s list result that I got for last semester (just a bit to get first class) – the extreme expedition to Ledang Mountain - the the short semester that I did to ‘repair’ my grade - the July month - Harry Potter and the Deathly Hollows - the new crush – Medley Gila - the first fight – the tasks and responsibilities – the biggest project handled, Expoconvo’07 – new friends made – enjoyment and the sadness – all mixed together as one solution, that I think has a lot of sentimental value to me. And also, not to forget, the expanded community of friends to the net through my blog Yang Terdalam…

~ End of Copy ~


Uhuhu. Dah habis ni faham2 je lah kena tag orang lain pulak…

So orang2 nya

Hilman – lama tak update blog kan
Irina – sori kurang komen di blog baru ko!
Teddybearhijo – ni pun macam ber’dating’ je ngan Hilman, lama tak update
Joey – Merah 1, 2, 3 – aku tak faham...
Green – ni kira hadiah Krismas la...
Mr Final – first tag aku nak bagi ko ni... hehe
Truanta – biar dia release tension pasal kerja sket... haha, weh update la bro!
Kak Zura – ari tag akak pasal lain kan, ni kena tag ni jugak!

Hurm, beta amat malas nak menaip sekarang...

Apa kata camni...

Memandangkan Tru akan bukak balik blog dia dalam masa terdekat ni, bagi aku lak rehat? Aku pon kononnya nak mencari diri sambil melayan lagu Melawan Kesepian macam Tru buat la! Ops! Haha

Boleh?

Boleh la...


:::YTBACK!!!:::

Yanie - Jatuh Cinta

0152 – 19 Disember 2007
Yanie – Jatuh Cinta

This ia actually a promotion I think.

Aku kan suka g laman web hiburan, and also aku suka g laman blog mrmanager, manager NIng, Nikki, & Yanie.

Best sebenarnya to have a glimpse of what happened behind the scene of every event that they’re attending. So aku memang suka jugak la meraban ke sana.

Dan terjumpa pulak lagu ni. Sebenarnya lagu ni adalah kesinambungan lagu Saling Terpesona nyanyian Diddy dan Yanie. Aku memang minat lagu tu sebab mood ceria je bila dengar. Siap leh nari2 lagi.

Tapi lagu ni nyanyian Yanie je. Tajuknya pun dah ditukar. Jatuh Cinta.



Mulanya aku dengar, ala takde pe keistimewaan sangat pun. Cuma lagu dilambatkan tonenya je. Tapi bila aku dah dengar sampai habis, wow boleh layan jugak. Arrangement muzik Audi Mok ok la. Best!

Audi Mok ni macam komposer yang menepatri citarasa aku sekarang. Kebanyakan lagu yang dia buat untuk Faizal Tahir dalam Aku.Muzik.Kamu pun aku suka. Ku Mahu nyanyian Siti pun dia buat. So aku rasa best la.

Apapun, try r dengar.

Tatau cmna, citarasa korang mungkon berbeza. But bagi aku, ni best!

Ntuk maklumat lebih lanjut g blog mrmanager


:::YTBACK!!!:::

Expoconvo'07 Part 2 - Kembara Expoconvo'07

0151 – 18 Disember 2007

Expoconvo'07 Part 2 - Kembara Expoconvo'07

Ok, aku sudah bersedia kembali untuk mengimbas kenangan Expoconvo’07.

Apa cerita ni lagi??? Dah basi la”

Well, as i said befote, these entries are entirely for me to refresh my memories on that events. Mungkinnanti bila aku baca kembali di masa akan datang, aku akan sedar aku mempunyai banyak benda untuk dikenang.


Ok, moving on, program pertama yang telah dijalankan adalah Kembara Expoconvo’07. Satu program yang melibatkan konvoi 40 buah motorsikal pelajar UMP, ke sekitar Kuantan, kira-kira seminggu secelum Expoconvo’07 yang sebenar.

Kiranya, objektif utama program ini adalah untuk menghebahkan kepada umum mengenai event yang akan dijalankan sempena Expoconvo kitorang la. Sebagai sebuah universiti yang baru, memang hebahan ini perlu.



Ingat lagi di awal kemunculan Kuktem dulu, ada ke patut orang kat Kuantan sendiri tak tahu adanya universiti di Gambang. So, hebahan ini perlu.

Mungkin ada yang mengatakan universiti kitorang tak cukup class dan besar, bila dengar namanya. Ya, mungkin betul. Kampus pun bukan kampus tetap kan. Kampus tetap dijangka siap pada 2010 di Pekan. (huh, banjir, selamat aku dah keluar!)


Kampus tetap di Pekan tu pun dibina untuk fakulti lain seperti mekanikal dan elektrikal. Fakulti aku, kimia still akan duduk Gambang jugak sebab faktor geografi yang berdekatan dengan industri gas dan petroleum di Gebeng.

Huh, tak tahu tempat tu mana? Well, industri tu memang ada dan sebabnya universiti kitorang diletakkan dekat situ adalah untuk menyokong pertumbuhan industri tu. Kiranya kitorang bila latihan industri dekat industri berdekatan, dan bestnya kalau dapat kerja terus akan ditawarkan sebab LI kitorang pada akhir semester, bukan tengah semester macam universiti lain.


So, unik jugak la. Low class ke hapa, semua benda perlu ada pemula. Mungkin ini pemula bagi kami. Biarlah ia bermula dengan acuan sendiri..

Eh, melalut pulak.

Moving on, kitorang berkonvoi sekitar Kuantan. Adalah 4 checkpoint untuk berhenti dan memberi flyers kepada orang ramai.

Aku? Berkonvoi? Uhuhuhu.

Satu rahsia – aku tak pandai naik motor! Hahaha, membonceng di belakang boleh la...

Bukan tak nak try, Cuma tah lah. Maybe later.

So macam mana aku berkonvoi?

Melalui Skuad Perodua Expoconvo’07!!! Kelisa aku lah jadi mangsa!



Inilah Skuad Perodua Expoconvo’07. Aku duk je sebelah tu, ada driver. Pengarah Eksekutif jadi driver aku! Hahaha. Err, apsal bila tangkap gambar aku selalu tutup mata ek?

Ni Skuad Perodua Expoconvo’07 yang kedua. Dia ni Kira orang kyat la jugak lah dalam program ni. Eleh, buat muka comel pulok!


So, kitorang follow belakang je la.

Dimulakan di UMP, ada la sikit sesi taklimat oleh pegawai polis trafik yang akan mengiringi perjalanan kitorang. Dia check sikit-sikit motor yang terlibat, dan kitorang pulak sibuk siapkan kereta yang nak berkonvoi.


Sesi taklimat oleh pegawai polis. Aku adalah terselit kat situ. Wearing white cap.


Bila tiba pemula konvoi, kitorang pun bergerak sekali.

Alih-alih, rupanya polis tu tak tahu kitorang ni sekali dalam konvoi tu. Dia suruh kitorang ke tepi. Banyak kali jugak la berlaku

”Ke tepi, ke tepi, kalau tak saya tahan anda!”

Cuak jugak. Macam kena tahan polis! Huhu memang polis pun kan.

Tapi, selepas aku tempekkan flyers tu kat cermin kereta aku, baru dia perasan kowt. So dia benarkan aku masuk dalam barisan tu la






Konvoi. Perjalanan menuju ke Kuantan, Pahang. Perasan tak apa persamaan gambar-gambar di atas? Semua gambar ada PFP ***9 sebagai motor paling belakang. Hampeh la motor tu. Semput. Sampai kitorang yang kat belakang dia kena berjaga-jaga.


(Perasaannya berkonvoi = rasa poyo dan bangga! Hahaha

Ye lah, bayangkan, semua pakai baju sama kaler.

Then jalan satu barisan. Orang semua tengok je ingat ada apa yang berlaku.

Dan bila berjalan, terus je. Takde stop stop. Orang lain kena berhenti untuk bagi kitorang jalan. Wah, macam VIP rasanya. Mesti ramai orang yang diarahkan berhenti tu bengang ngan kitorang.



Checkpoint. Berhenti untuk bagi flyers. Ada 4 checkpoint semua – Taman TAS, Berjaya Megamall, Kuantan Parade dan Taman Esplanade


Masa bagi flyers pun, pengalaman jugak. Ramai yang macam tak sudi menerima. Yelah, sekarang kan banyak kes tipu semua. So, diorang macam teragak-agak. Reaksi yang diterima pun pelbagai. Yang sakit hatinya, depan mata dia komotkan kertas tu then buang. Memang sakit hati.

Reaksi orang ramai memang dah diagak. So nak wat cmna. Telan je la.

Apapun, ia satu pengalaman.


Kuantan – from Taman Esplanade. Ingat lagi diorang buat wording ni untuk TMM07 dulu. Dan malam-malam kat sini ada lampu spotlight yang akan bergerak suluh wording ni. Cantik la jugak.

Bergambar kenangan. Ni sebenarnya untuk masuk Sinar Harian, akhbar Pahang la. Tak pernah dengar? Huhu, ada je kat KL ni, Cuma tak popular la sangat. Kiranya aku adalah terselit. Wearing white cap.


Bersedia untuk berangkat pulang...

Dah sampai UMP dah. Masa ni Skuad Perodua telah pecut gila babas untuk dapatkan gambar ketibaan diorang. Pengarah Eksekutifku dengan hampehnya telah memecut kereta aku sampai 120 km/j. Hampeh. Kalau kena saman bukan boleh claim!


Abis dah. Ini adalah sesi perbincangan selepas semuanya berakhir. Aku tatau apa motif jurukamera ni menangkap gambar aku sebegitu...

Signing out!


:::YTBACK!!!:::

Melawan Kesepian??? Siti or Jikustik???

0150 – 15 Disember 2007

Nak tidur dah tadi actually. Nak kuar dah pun dari internet ni.

Gatal la pulak cari tempat mendownload. Walau pun dah ada lagu Melawan Kesepian nyanyian Siti Nurhaliza dari album Hadiah Daripada Hati tu, saja je gatal search. Saja nak tengok ada orang dah upload ke tak. Sebab lagu tu best!

Apa yang aku jumpa??? Jikustik – Melawan Kesepian!!!

Aku cari balik lagu ni dalam simpanan aku. Sebab aku ada download banyak-banyak lagu Jikustik dulu, tapi macam biasa, tak dengar kan. Lagu nak dekat 2000, tapi tak dengar sume. Tu sapa nak jawab tu???

Duh, it turns out lagu Siti tu saduran je dari kumpulan Jikustik ni. Cuma Siti bawak lagi mendayu la. Kumpulan Jikustik bawa more like ’lelaki’. Music arrangement pun biasa je. Just macam pop. Yang Siti, music stail orkestra.


Siti ni ada apa pe ke ngan Jikustik ni. Dulu Seindah Biasa, lepas tu dalam persembahan Siti pun tiba-tiba dia nyanyi lagu Setia kumpulan Jikustik tu. Dia minat kowt.

Btw, Jikustik memang aku ada minat. Pernah, out of nowhere, masa tu tak pandai lagi download2 ni, aku jumpa lagu kumpulan ni, Untuk Dikenang. Jadi theme song aku jugak la for couple months.

Persoalannya sekarang, Jikustik memang best, tapi mana hala Hadiah Daripada Hati? Dah la banyak lagu soundtrack, pastu lagu yang aku ingat killer pun saduran. Tergesakah pembuatannya?

Walau apapun, macam aku cakap, aku still suka Siti kuar album baru. Sebab ada benda nak didengar.

Mungkin aura Transkripsi tak hilang lagi kowt...


:::YTBACK!!!:::

Hadiah Daripada Hati = komersil, luahan rasa dan pemberontakan???

0149 – 14 Disember 2007


Pre-entry

Firstly, aku nak hold dulu entry pasal Expoconvo’07. maybe sebab nak kena ingatkan balik apa yang berlaku, ia menjadi agak payah. Juga agak sentimental bila memori yang indah diingat semula.

Aku ingin berbicara mengenai Siti Nurhaliza.

Apa? Siti lagi?

Lantaklah. Yang Terdalam pun dah lama tak berbicara mengenai Siti. Dah aku minat Siti nak buat macam mana. Tolong fahami dan hormati. Jika tak boleh dilakukan, sila klik butang ’x’ di atas window anda.

Hadiah Daripada Hati? Satu album yang mengejut daripada Siti aku kira. Masakan tidak, selama ini aku sangkakan dia sedang merakamkan album tradisional, tetapi kerana kurang material, album tradisionalnya ditukar kepada album pop.

Awalnya aku mengetahui agak lewat. Pada akhir November aku kira. Lewat lah tu, sebab kalau Transkripsi dulu aku tahu berbulan lamanya. Kiranya penantian Transkripsi dulu amat lama. Tapi berbaloi sebab albumnya berkualiti. Hadiah Daripada Hati?

Aku hanya mengetahui kira-kira seminggu sebelum pelancarannya, 10 Disember lepas. So, album ni, penantiannya agak kurang. Kalau Transkripsi dulu, memang jenuh menanti.

Aku juga dapat rasakan perbezaan menanti kedua album ini. Mungkin kerana status Siti sendiri yang sudah berubah, menyebabkan keterujaan aku menanti juga berubah. Aku tak macam dulu. Minat still ada, but takde la macam dulu. Aku kini meminati karya bukan figura.

Pada hari 10 Disember tu, jenuh juga la aku dan kawan baik aku mencari album ini di segenap KL. Tak jumpa. Sampai kitorang buat 2 3 kerja gila juga la dalam proses mencari. Tapi tak ketemu.

Rupanya bukan kami je mencari, kawan aku di Klang juga round Klang 2 3 kali, aku dengar di JB pun sama, semua masalah yang sama. Album tak sampai lagi. Diwarwarkan 10 Disember di pasaran, tapi takde. Ape cerita SRC?

Aku sampai penat menunggu, dan aku biarkan je. Kalau ada, adalah. Dan aku baru dapatkannya pada hari Khamis, 13 Disember. 3 hari lewat. Tak macam album dulu. Inilah perbezaan keterujaannya.

Dan aku sudah mendengar sepuasnya.

Perasaan pertama bila dengar sesuatu yang baru, aku teruja. Biasalah. Baru-baru ni, aku beli album Faizal Tahir – Aku.Muzik.Kamu pun aku teruja. (great album, will review soon kalau aku tak busy). Aku memang jenis yang teruja bila dengar sesuatu yang baru.

Aduh, suara Siti, masih lagi membuai. Aku memang minat fesyen suara begini. Dah hampir 12 tahun meminati, memang suara ini yang ku cari. Tak ada yang lain.

Bila dua tiga kali dengar album ni, dapat aku simpulkan 3 terms untuk album Hadiah Daripada Hati ini. The equation is

Hadiah Daripada Hati
= komersil, luahan rasa dan pemberontakan

Komersil

Untuk sesebuah album, lagu komersil memang diperlukan. Tambahan pula lagu Ku Mahu dari drama Spa Q dan Hati dari filem 1957 Hati Malaya sudah agak popular. Ini menjadikan penarik kepada album.

Lagu Ku Mahu memang aku minati, funky, lain dari yang lain. Macam ala latin sikit. Suka bila pertama kali dengar, lepas aku download dulu. Hati pula, aku agak layan, tapi sebab dia lagu tema filem, aku selalu mendouble standardkan. Cuma, bila diamati, lagu ni memang ok dan sedap didengar.


Pelengkap kepada lagu komersil, salah satunya adalah Melawan Kesepian. Awal mendengar lagu di dalam kereta tadi, aku sudah tertarik. Dengarnya, lagu ini akan dijadikan single kedua selepas Ku Mahu. Langkah yang bijak!

Lagu ciptaan Pongky Jikustik ni, yang juga mencipta lagu Seindah Biasa dulu bergerak perlahan dan sedap didengar. Ulangan lagu yang pelbagai juga memang menarik. Cuma, biasala, lagu Indon, takde peluang la nak masuk AIM atau Juara Lagu. Lagu ni sebenarnya ala-ala lagu Setia dari Kumpulan Jikustik sendiri.

Lagu komersil yang lain adalah Mulanya Cinta, lagu yang dinyanyikan Siti masa jadi Azizah dalam teater P Ramlee The Musical dulu. Lagu ini telah diubah suai, dan dijadikan lagu balada. Urm, tapi aku tak minat sangat la lagu ni. Simple sangat. Tangkap muat ke?

Luahan Rasa

Bila bab luahan rasa ni, semua lagu temanya sama je. Lagu cinta.

Duh, perbezaanya sekarang, bila dengar lagu macam ni je, terus teringat muka Datuk Seri K kita tu. Terus terbayang Siti nyanyikan kepadanya. Potong stim betul!

Lagu-lagu luahan rasa – Kerana Dirimu, Cintamu, Sutramaya, Sekian Lama


Kerana Dirimu – lagu ciptaan komposer Indon ek? Takdelah teruk sangat, mendayu dan boleh dilayan. Lagu Indon kan terkenal dengan lagu yang simple, lirik yang minima, dan perulangan yang catchy. Tapi bila dengar first time tadi, kitorang mula teringat lagu Indon yang mana tah. Tak ingat tajuk dia, tapi boleh dihumming la. Tapi kira ok la, lagu ni memang layak masuk dalam album ni.

”Kerana dirimu,
Ku mampu berdiri tegar,
Walau seberat apapun
Beban di hadapanku”

Cintamu – ciptaan Sharon Paul dan lirik oleh Fedtri Yahya. Fedtri ni kalau buat lirik selalu artistik sikit. Macam lagu Racau Sang Khalifah, Liza Hanim & Noraniza Idris tu. Tapi kali ni ok sikit. Takdelah jiwang gila. Straight to the point. Tapi muzik Sharon Paul, memang best giler! Kitorang dengar first time, then tertarik dengan bunyi string dan orkestra nya. Memang best. Lagu ni dah jadi favourite no 1 aku!

“Bercahaya hidupku
Dalam taman cinta
Sehingga segalanya seperti pelangi
Kau sambutlah rinduku
Jangan lepas lagi
Ku patri setia
Seteguh kasihmu buatku”

Sutramaya – lagu Aubrey Suwito. Catchy. Best. Tiba-tiba je ada unsur etnik kretif di tengah. Layan gak la. Lagu ni pun aku minat gak.

Semakin jauh semakin hampir
Sutramaya kasihmu
Menggamit getaran jasad dan nyawa
Semakin jauh semakin dalam
Sutramaya kasihmu
Bagaikan samudera tanpa dasarnya”

Sekian Lama – aku rasa lagu ni tangkap muat je. Tah la. Tatau napa. Bila dengar je rasa mengantuk. Orang kata mungkin tak selesa dengan telinga lagi kowt. Tah la. Tapi lagu ni actually adalah lagu last dalam album ni. So, agaknya memang nak buat orang tidur kowt.

”Sekian lama ku mencuba
Takku lafazkan perasaan
Berkubur sahaja
Namun dia ku cinta”

Semua lagu di atas berunsurkan cinta. Semuanya aku bayang dia nyanyi kat Datuk K. Sekarang dunia khayalan aku limited. Apa nak buat, dia bini orang...

Pemberontakan???

Entahlah. This is merely my assumptions. Kenapa Siti pushkan album ni lebih dulu dari album tradisional?

Sebab first, maybe dia ada lagu-lgagu berkualiti dan komersil seperti Ku Mahu, Hati dan Melawan Kesepian.

Second, sebab dia nak memberontak!

Siti memberontak? Pernah ke?

Tah lah. Tiba tiba terasa macam ni.

Siti amat susah nak memarahi orang kerana dia public figure. Mana dia luahkan emosinya, lagu je lah. Sebab bagi aku, ada 3 lagu yang memang macam lagu memberontak dia lepada peminat atau sapa pun. Tah lah. Just an assumptions.

Macam Transkripsi, ada yang tafsirkan Biarlah Rahsia tu lagu dia untuk wartawan. Prasasti Seni pulak, Dialah Di Hati, lagu untuk pemfitnah dia masa dulu-dulu (kalau korang ingat la). So, bila ada 3 lagu yang konsep lirik dia sama je, aku kategorikan sebagai lagu pemberontak.

Senarai lagu pemberontakan Siti – Tanpa Kalian, Biarkan, Wanita



Tanpa Kalian – lagu rancak. Lirik sedih. Konpius aku. Liriknya dibuat oleh Taufik, komposer lagu ni, dan juga Siti sendiri. Macam diedit edit je lirik ni. Sebab macam perli orang sekeliling Siti.

”Saat jiwa terluka
Saat hidupku hampa
Semua telah terjadi
Di sini tanpa kalian

Tak bisa terlukiskan di hati
Terhiris sangat perit
Tak ingin ku ingkari kegelapan ini

Aku hanya berharap
Dan tunggu waktu bicara
Ku ingin kalian dekat denganku

Aku lelah untuk terluka
Saat semua mata memandangku nista
Hilang arah diriku di sini”

Biarkan – lagu Azlan Abu Hassan. Macam lagu lama-lama lah. Tah lah. Lagu ini diselamatkan oleh suara Siti. Kalau tak, macam ada baur Pohon Asmara Jac pon ada. Tah la. Tapi aku still layan jugak. Rancak dan ok la. Tapi lirik dia...

Hari ini azamku yang baru
Tak mungkin kau jadikan kelabu
Tepis tepis kata yang sinis
Yang panas ku jadikan membeku

Cita rasaku bukanlah menggunung
Tak pernah mengganggu kamu
Bahgia ku kemudi selalu
Biar ku menuju
Jalan tak berbiku

Biarkan cemburu berkubur
Asalkan tak cemari hidupku”

Wanita – this is another song that i like. Catchy. Mula-mula dengar dah minat. Macam kontra dengan Lelaki Ini Anuar Zain la. Tapi dengarnya lagu ni dah dirakam lama dulu. Lirik oleh Siti sendiri bersama sorang lagi. Dalam aku melayan kerancakan dan keseronokan lagu ni, aku tak dapat nafikan, aku terperasan liriknya…

”Aku wanita punya hati nurani
Yang tak dapat dibohongi
Pabila cinta telah membutakan mata
Dan membuat tuli telinga

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati belahan jiwa ku ini

Cintaku ini anugerah terindah
Dari yang Maha Kuasa
Cintaku padamu tak pernah berubah
Meskipun kita berbeza”


Macam lagu defensive pasal dia pilih Datuk K je. Tah lah. Aku rasa je. Sebab terang dan nyata.

Banyak sangat lirik yang membuatkan ku berfikir. Banyak yang tersirat. Mengenali dan membeli album Siti sebelum ni, dah tahu sangat.

Maybe, sebab tu album tradisional di hold dulu. Sebab Siti nak luahkan sesuatu dulu. Sebab dia nak memberontak. Sebab dia nak Hadiahkan dari Hati dulu.

Hurm. Just an assumptions.

Pandanganku, Transkripsi lagi kuat. Sebab dia punya lagu semua memang ada kualiti. Ada klimaks. Album ni, macam album Siti yang sebelum-sebelum ni. Ada yang boleh layan, ada yang kureng sikit. Tapi ratio yang boleh layan lagi tinggi la.

Pilihan aku



  • Ranking 1 – Ku Mahu, Melawan Kesepian, Cintamu (paling)
  • Ranking 2 – Wanita, Sutramaya
  • Ranking 3 – Hati, Kerana Dirimu, Tanpa Kalian, Biarkan
  • Ranking 4 – Mulanya Cinta, Sekian Lama


Post entry

Tapi aku still happy dengan album ni. Sebab ada lagu baru Siti untuk didengar. Sebab suara dia yang memikat. Kalau lagu macam mana pun, suaranya penyelamat. Aku memang obses. Aku mengaku.

Sekarang pun tengah cuti. Obses aku banyak sebenarnya. Aku tengah layan lagu-lagu Faizal Tahir. Memang killer album la mamat ni. Tah-tah boleh lawan Anuar Zain yang dikatakan best sangat tu. (aku tak dengar lagi sori).

Dan hasil dari seseorang, aku pun tengah obses dengan budak kecik ’Aliff Aziz”. Sedap lagu-lagu dia. Suara dia pun best. Tah lah

Maybe sebab cuti macam ni, aku memang senang obses kowt. Yelah, takde keje nak buat kan...

Nak update blog malas! Hahaha.


:::YTBACK!!!:::

Expoconvo'07 Universiti Malaysia Pahang - Part 1

0148 – 11 Disember 2007
Expoconvo’07 Universiti Malaysia Pahang – Part 1

Tiba tiba rasa lama gila tak update blog dengan entri yang betul-betul update. Rasa nak update tu ada, Cuma malas, biasalah. Cuti cuti malaysia tanpa sekatan kan.

Apa pun, ada yang bertanya pasal keputusan aku pasal tawaran pergi Qatar tu. Aku tak decide lagi, sebab Sekarang ni pon aku nak rehatkan otak aku betul-betul dari fikirkan something yang serius. Bila aku kata rehat betul-betul tu, maknanya aku sibuk merambu la kerjanya. Dont blame to have some fun, I think I deserve that.

Btw, moving on, on this entry, actually I want to relieve the old days, the memories, the responsibilities, and what happened during Expoconvo’07 UMP. Maybe aku buat part by part. Tak tahu la. Aku pon menaip je ni.

Sebab aku nak buat entry-entry ni adalah untuk tidak mensiakan perasaan, dan segala yang berlaku waktu itu. Seriously, banyak perkara yang berlaku. Banyak yang manis, dan sekarang aku sedikit sedih terpaksa melepaskannya. Banyak yang mengajar, banyak yang membuatku sedikit matang.

Apapun, i think this entry is worth writing.

Worth reading? I dunno, u decide. Sebab aku menaip je. Maybe terlampau panjang, sampai tercungap nak baca kan. Tak kisah. This entry is for me to refresh myself with what happened in past two weeks. Oh, what a weeks!

Ok, jap aku brenti sat. nak tengok gambar-gambar. Nak refresh apa yang berlaku. Beta ni pelupa sikit!

Huhuhuhu

Duh banyaknya gambar... cmna nak pilih ni... sat na...

Ok dah


Expoconvo’07 – the journey of responsibilities and leadership

Habis je paper terakhir aku pada 22hb November hari tu, aku benarkan diri untuk rehat semalam, dengan mengikut housemate aku keluar ke bandar. Ada orang siap blanja Pizza Hut lagi, mana nak lepaskan! So just ikut je la.

23hb November membuka tirai. Jumaat. Bangun lambat, terus pergi sembahyang Jumaat. Lepas je sembahyang Jumaat tu, tugas aku terus bermula! Aku terus menumpukan segala perhatian dan daya usaha aku lepada Expoconvo’07 ni, untuk menjayakannya.


Giant Banner Expoconvo’07 di Kuantan Parade – giant ke? Macam sizuka saja...


Bagi yang tak tahu lagi, aku memegang jawatan Setiausaha Bahagian Penyelarasan Program untuk Expoconvo’07 ni. In other words Program Coordinator (PC) la.

Tugas ini telah aku pegang agak lama. Hampir 8 bulan. Sebab Expoconvo’07 ni mulanya dicadang nak dilakukan pada bulan Ogos. Alih-alih tak dapat perkenan Canselor which is Tengku Mahkota Pahang, then terpaksa ditunda ke bulan Disember.

Bila penundaan ini berlaku, banyak yang berubah, banyak yang terpaksa tarik diri, sebab jadual pembelajaran mereka makin membebankan. Yelah, yang final year dah nak fakir pasal latihan industri (LI) diorang. So, nak tak nak terpaksa jugak lepaskan hampir 50 orang untuk keluar dari organisasi kami.


Streamer Expoconvo’07 di sepanjang jalan di Kuantan – tangkap lalui kereta je, gambar pun tak cantik. Ko nak aku mampus tangkap gambar cantik-cantik untuk korang? hehe


Sebetulnya, masa ramai yang keluar tu, aku amat penat.
Penat dengan perubahan dan emosi. Sakit hati je. Kalau diorang tak tunda, semua yang dirancang dah boleh jadi kenyataan. Bila diorang tunda, kitorang kena start from scratch balik. Macam usaha aku semasa short sem selama ni sia-sia je lah. Aku mula terfikir nak letak jawatan.

Tapi bila fikir balik, takkan pasal benda ni je aku nak mengalah. Sikit halangan, aku dah nak melarikan diri. So, aku cuba bertahan. This is an experience right.


Bahagian Penyelarasan Program and the tasks

Bahagian PC ni sebenarnya tugas utama kami adalah untuk menselaraskan program. Dalam Expoconvo’07 kali ni banyak sangat program. So tugas kami menselaraskan semuanya. Bila nak dilangsungkan, keperluan, siapa yang bertanggungjawab (PIC), sambutan, dan lain-lain lagi.

Bagi orang, tugas nak buat tentatif, senang je. Tapi cuba lalui sendiri macam yang aku lalui. Susah dan mencabar!


Penyediaan tentatif mikro 1 – gambar curi je ni - Nor. Masa Timbalan aku tengah sibuk edit tentatif. Aku lak merambu kan!


Firstly, kitorang kena buat tentatif makro.
Meaning program ni pukul berapa, program ni pukul berapa. Then yang agak sukar bila nak buat tentatif mikronya. Every minutes counts in this micro tentative. Sebabnya, kalau ada drag masa berlaku, akan berlaku masa ni. Kalau tak jaga betul-betul akan effect tentatif untuk satu hari.

Nak buat tentatif mikro, kitorang kena tahu flow. Flow meaning, apa yang perlu dilakukan untuk setiap event tu, mula dari preparation sampai la ke habisnya.


Penyediaan tentatif mikro 2 – anak buah aku – Frankie dan Yana. Masa ni aku bagi diorang task ikut group, so masa ni lak aku snap snap je la, sementara nak tunggu meeting ngan SUB lain.


Cabaran timbul bila macam-macam program, flow dia berbeza. Kitorang terpaksa overlapkan macam-macam.

Contohnya, bila persembahan A tengah berlangsung, ada persediaan untuk persembahan B di belakang pentas.

Persediaan pulak banyak jenis. Ada persediaan logistik. Ada persediaan teknikal. Ada persediaan makanan. Ada persediaan cenderamata. Dan setiap persediaan ini melibatkan tindakan orang berbeza.


Anak buah aku ’tuang’ buat kerja – nak jugak tangkap gambar diorang senyum – hashimah, azura dan aizuddin.


So, tugas kami dalam menyediakan tentatif mikro tu adalah untuk menentukan flow, apa yang berlaku pada waktu ni dan tu, siapa yang melakukannya, dan apa masalah yang mungkin timbul. Kiranya, kitorang perlu fikirkan untuk setiap bahagian. So ia menjadikannya satu cabaran yang amat berat.

Dan tugas utama di hari kejadian, adalah untuk memantau semuanya berjalan lancar. Perkataan memantau tu nampak senang je kan. Tapi bila melibatkan banyak pihak, banyak yang perlu dilihat. So satu lagi cabaran. Memang masa hari kejadian, rehat bahagian kami amat kurang!


Pe’nuang’an kerja terlampau oleh Timbalan aku yang lagi sorang ni. Orang buat kerja, dia sempat melantak pulak!

Tapi, aku rasa diorang macam tahu-tahu je lantik aku jadi SUB PC ni. Aku rasakan ability aku untuk membayangkan perkara, in other words mengkhayalkan perkara amat membantu. Sebabnya, aku bisa membayangkan segala yang bakal berlaku melalui otak aku. So kiranya ini membantu la.

Kadang-kadang ada jugak perkara yang tak nampak oleh orang lain, aku nampak. So, kiranya diorang tak main-main bila bagi aku tugas tu. Tapi as human, still, ada jugak kadang-kadang aku tak nampak something. Cuma kurang la.


SUB PC – the leadership???

Menjadi ketua yang kena menggerakkan lagi 14 orang anak buah aku, menjadikan aku mulanya takut. Dalam meeting pertama yang melibatkan semua muka baru yang aku tak pernah kenal, aku menggigil. Sampai terkoyak kertas yang aku pegang. Bayangkanlah.

Tapi, from time to time, bila dah mesra, dah faham, tugas ni makin mudah dillakukan. Sebab adanya kerjasama dari bahagian aku sendiri. Thank god! Lagi pun, bahagian kami dikenali dengan ukhuwah yang amat kuat, poyo dan gedik. Sampai kadang kadang bila perjumpaan ramai-ramai, banyak yang geleng kepala melihat telatah kami. Bagi aku, kita kena selesa buat kerja kan.

Aku menggunakan pendekatan mesra alam. Pendekatan ni aku gunakan dekat anak buah aku, dan juga kat bahagian lain. Aku beri kebebasan untuk diorang decide apa yang perlu dibuat. Aku tak strict sangat kalau diorang tak datang meeting ke hapa, sebab aku pon faham, masing-masing tengah studi. Tapi lepas exam hari tu, no excuse la.


’Bintang’ PC – kemesraan antara kami... (ada yang takde ni... kalau semua 14 ada maybe lagi serabut! hahaha)


Aku kiranya nak bagi orang selesa dengan aku. Aku kan pemantau. Sebabnya, aku ni akan dikira sebagai penyibuk, bila tanya kat bahagian lain, progress kerja diorang macam mana n so on. So, kalau awal lagi aku mulakan mesra alam dengan diorang, diorang akan cerita je lah.

Bila aku jumpa je bahagian ni, aku akan tanya, ada apa masalah tak. Aku akan cuba selesaikan walau bukan bahagian aku. Aku akan bagi pandangan. Aku akan cuba connect dengan perasaan diorang. Kalau diorang bengang dengan staff masa tu, aku pon cuba channel dengan kebengangan diorang.

Cara ni berjaya actually, in one way la. Tapi in other way, mungkin ia akan memakan diri sendiri, sebab aku kurang strict kan. Cmna nak pimpin orang kalau kurang strict?

Tapi from time to time, aku tengok, bila aku mesra alam macam tu, tak strict sangat. Diorang rapat dengan aku. Bila panggil buat kerja, diorang willing to do. Diorang tak cuba elak diri. Diorang seakan tahu tanggungjawab diorang. So, aku rasa untuk kali ni pendekatan aku kira ok la.

Tak tahu la untuk situasi lain. Aku mungkin bukan pemimpin yang baik. Masa meeting pertama lagi aku katakan pada diorang,

”saya baru sahaja diletakkan jawatan yang berat begini. Saya tak pernah melakukannya. Jika ada kepincangan, cepat-cepat tegur. Saya akan cuba buat yang terbaik”


Itu yang aku katakan dulu. Aku ingat lagi.

Sebabnya aku tak mahu digelar pemimpin diktator. Jadi aku buat mereka selesa dengan aku. Aku pun selesa dengan diorang.

Tu yang buat aku sedikit kaget bila semuanya dah berakhir. Sebab aku dah selesa dengan diorang kan.

Apapun, pengalaman memimpin memang agak bermakna bagi aku.


Post entry

Aku rasa, sampai sini dulu aku berceloteh pasal pengalaman aku dalam Expoconvo’07 ni. Nanti aku sambung balik.

Maaf entri ini mesti telah membuat mata certain orang berpinar-pinar. Aku tahu dan faham.

Macam aku cakap tadi, this entry is worth writing. Worth reading? You decide.

Ini adalah entri untuk aku mengingat kenangan yang tercipta.


:::YTBACK!!!:::