Celebration - apa kes???

Gue nak up skit satu link ni...

Ape punya collaboration la budak2 ni... nak join celebration pun lambat gila... mentang2 aku organiser!

Dah dekat sebulan baru ada celebration untuk Irina ni... hish2 budak2 ni,,,,

Apapun ni link celebration aku... malas nak wat post baru... aku kan busy!

Eheh!


:::YTBACK!!!:::

Aku malas update...

0126 – 26 September 2007

aku malas update...

aku malas update...

aku malas update lah!

Tapi apsal hit counter naik?

Ada orang tengok sini lagi ke?

Mesti banyak sawang kan?

Sian lak buat korang tunggu2..

Aku busy tahap cipan menari bersama pikachu, sambil dilihat doremon yang jeleskan pwer rangers mempunyai kuasa gaban dan dicium sailormoon!

Busy giler!

Nanti ada masa beta mencemar duli, kasi update ini blog ye!!!


:::YTBACK!!!:::

Entri Pelbagai Rasa...

0125 – 18 September 2007

Benarlah seperti kata-kata sebahagian blogger, mungkin i just need some time.

So, tiba-tiba datangnya aura untuk aku menaip kembali, aku kembali.

Ini adalah entri pelbagai rasa...

Entri penghargaan

Dari sudut hati Yang Terdalam, aku amat menghargai segala komen dan respon ke atas entri sebelum ini.

Aku memang memeriksa setiap komen di Yang Terdalam setiap hari, sekerap yang boleh, melalui handset aku. GPRS la katakan. Jadi aku boleh membaca komen anda dalam masa yang singkat.

Ada komen anda membuatkan aku terharu, ada yang buat aku tertawa, ada yang buat aku rasa sengal la plak aku ni buat entri sebelum ni.

Macam Azwan kata,”rasa macam nak copy and paste je komen ko sebelum ni kat blog aku bila aku nak tutup blog”

Betul jugak tu. Tiba-tiba aku rasa aku ni sengallah pulak buat entri penuh perasaan hari tu. Hahaha

Tapi one thing that i realise, sometime bila lawat blog orang lain, and he/she in this some sort of situation. Kadang-kadang kita akan sedaya upaya untuk komen dan ‘tinggalkan jejak beruang’ (bak kata cik teddy), dan dalam proses tersebut, kita akan cuba bawak blogger yang bermasalah itu keluar dari perspektif pemikiran yang dia ada ketika itu. Jadi secara tak langsung kita berfikir sama, cara untuk mengatasi masalah tersebut

(ilmiah sungguh perenggan ini, mesti ada yang skip baca kan?)

Apapun, aku tak berminat untuk bertanding mencipta sawang dengan cik teddy. Sekarang ni aku menaip dan update ikut masa aku free. Lagipun aku tau, korang pon bukan free sangat nak baca aku membebel kat sini kan. Huhuhu.

Entri separa gembira, separa bangga

Petang yang panas. Hawa di Dewan Kuliah Utama 1, Universiti Malaysia Pahang agak mendamaikan. Kesejukan dari penyaman udara yang dipasang, sedikit sebanyak menyebabkan otot-otot badan mengecut, dan secara tak langsung, proses ’nature call’ pun ala-ala bermula.

Aku duduk di situ. bersama anak-anak buahku. Bergelak ketawa dan bermesra dengan mereka yang baru saja dilantik, sementelah (sementelah gitu!) anak-anak buah aku sebelum ini terpaksa menarik diri atas sebab beberapa hal. Perjumpaan Sekretariat Expoconvo’07 bersama Mentor-Mentor Bahagian.

Sedikit penat dengan Expoconvo ini sebenarnya. Sekretariat datang dan pergi, perubahan mendadak, working under pressure, dan campur tangan staff yang mengucar ngacirkan segala yang dirancang, menyebabkan aku sedikit terdetik untuk meletakkan jawatan.

Tapi, jauh di sudut hati aku, aku ingin bertahan. Aku mahu melihat ia sebagai cabaran. Jika aku menyerah kalah sekarang, apa akan berlaku bila di luar sana kan, di dalam dunia yang nyata, alam pekerjaan. Aku juga cuba bertahan demi anak-anak buah aku yang masih mengharapkan aku. Jadi aku cuba elakkan dari memikirkan yang aku ingin meletakkan jawatan.

Tiba-tiba, hansetku berbunyi. Aku mengerling screen handsetku. ”uh, sapa ni? Nombor Johor”

Lantas aku mengangkat telefon’

”May i speak to Mr Ahmad Kamal, please”

“Err… speaking..”

“Mr Ahmad Kamal, I’m from Titan Chemical Group Sdn Bhd. Do you have some time now. If it is possible, I want to make some short interview through phone, let say, 10 to 20 minutes. Can you speak right now?”

“Mmm… ok, I quite free right now. Is this the scholarship that I’ve applied for”

“Yes, are you sure you can speak right now?”

“If this is about the scholarship, I think I can’t. From the time I’ve submitted my form, I have received a scholarship from JPA”

“Ok, if that is the case, congratulations. Thank you for your time”

“Thank you for the opportunity”

Wah!! Gila la aku edit perbualan di atas. Hahaha

Sebetulnya, aku banyak merapu dari cakap English yang proper. Tapi ni blog aku kan, so lantaklah nak edit camna kan. Susah jugak aku ni kalau nak kena cakap english secara spontan. Banyak tergagap je.

Apapun, aku agak gembira jugak lah sejak kejadian tu. Rasa macam diri dihargai dan diperlukan pulak. Huhu

Ini entri separa bangga kan. So, aku bangga la gak, dulu punyala mencari-cari lubang mana nak dapat scholar. Rasa tensen dengan kawan-kawan yang tak abis-abis citer pasal apa nak buat guna duit scholar.

Sekarang, tiba-tiba semua datang menderu. Yang JPA tu siap dapat tawaran lagi, bukan aku apply. Kiranya aku tak lalui apa-apa interview pun. Sebab fakulti yang bagi nama kowt. Yang Titan ni pulak, aku rasa bangga sebab bagi aku susah gak nak dapat oppurtunity dari syarikat Kimia yang swasta dan agak besar la. So the feelings has lift me up in the sky.

Tapi sedikit hampa, kalau lah Titan ni awal sikit, tak yah la aku kena berkhidmat dengan kerajaan selama 6 tahun. Dan sebab dia swasta, maybe keje nanti lagi best kowt. Tah aku tak tau, aku cakap maybe je.

Bila fikir balik, kalau aku amik pulak, mau aku kena tindakan mahkamah oleh kerajaan. Kan dah tandatangan perjanjian semua bagai.

Takpelah, at least, aku dapat gak scholar. Walau aku duduk dalam negara je, tanpa ada kabel, semua atas usaha aku sendiri.

Alhamdulillah!

Cuma, biasalah the curse of happiness do happen. Aku jadi malas! Dah sedar ni. Bilalah nak berubah.

Entri yang penuh bertanggungjawab

Expoconvo 07. Satu keluhan berat aku utarakan.

Memegang jawatan dah lama. Agak lama la. Dari bulan 4 lagi.

Kerja banyak gak dah buat. Dah sampai tahap maksima, dah sampai tahap membayangkan hari kejadian macam mana.

Tapi bila je dibawak ke pihak atasan universiti, kena rejek. Alasan semuanya macam tak munasabah. Dan diorang suruh alter macam-macam sampai kebanyakan sekretariat dah moral down. Teramatlah down!

Aku pun down gak. Sampai rasa nak letak jawatan je. Sebab sakit hati, hasil usaha selama 2 3 bulan, tiba-tiba staff UMP yang baru je mula dilantik minggu lepas, terus ubah semuanya. Kiranya diorang ni dahlah masuk lambat dalam organisasi, terus nak jadi kepala!

Program-program pun banyak ditukar. Dari hari yang patutnya jadi hari yang best untuk kitorang, jadi hari yang agak membosankan sebab program yang terpaksa ditukar. Hurm!

Apapun, aku kena gak bertahan. Takkan nak biarkan anak buah aku terkapai-kapai. Selamat ada jugak yang masih bertahan.

Panas terik, hujan badai, kita lalui bersama eh?

Huhu

Tanggungjawab satu lagi, aku perlu studi!!!

Studi, studi, studi!!!

Asik wat2 lupa je. Asik bertangguh. Geram aku!

Entri keinsafan dan takziah

Dalam pada aku bergembira sakan buat Medley Merdeka Gila hari tu, aku dapat satu mesej.

”Al Fatihah. Mak kawan kita, XXX baru saja meninggalkan dunia sebentar tadi. Harap dapat beritahu yang lain, sedekahkanlah Al Fatihah”

Terberhenti gak aku bila baca mesej tu. Aku kesian gila dekat kawan aku tu.

Semester lepas, sebelum puasa jugak, bapak dia meninggal dunia. Semester ni, sebelum puasa jugak, mak dia pulak pergi.

Aku tengok dia betul-betul tabah hadapi. Dia buat macam biasa je. Jalankan tanggungjawab macam biasa.

Walau kadang-kadang aku tahu, mesti dia rasa sedih. Sekarang ni tinggal adik beradik je. Harap dia akan terus tabah la.

Ada dengar gak sedikit masalah yang dia hadapi. Aku harap dia still OK je la.

Ini wat aku berfikir, kalau jadi kat aku macam mana? Hurm

Apapun, kitorang dah organise satu majlis tahlil hari Jumaat lepas. Kinda dejavu actually, sem lepas untuk bapak dia, sem ni untuk mak dia pulak.

Selamat plan last minute ni pun agak berjaya. Aku bagi-bagi je kerja antara kawan sekelas. Hari isnin mula bagi tugas last minute, hari khamis, makanan, tempat, alatan, jemputan, tikar, yasin semua dah siap. Memang satu kerjasama yang baik!

Bagus jugak bila ada kawan-kawan yang prihatin untuk membantu.

Entri kesyukuran

Aku bersyukur, aku masih lagi bernafas di Ramadhan yang baru ini.

Di akhir Ramadhan yang lepas, aku tertanya gak, adakah aku sempat sampai ke Ramadhan ini. Sebab masa tu, rasanya banyak gak dosa aku buat di bulan Ramadhan.

Syukur sempat. Dan aku berazam untuk berubah sedikit demi sedikit. Azam pertama, puasa dan solat tarawikh penuh! Hahaha. Pengawalan hawa nafsu. Hurm!

Cita-cita tinggi ni. Harap berjaya.

Apapun, kepada semua, selamat berpuasa!

Pose, jangan tak pose.

Yang pompuan lak, jangan asik bagi alasan cuti je. Ada gak aku jumpa, saja je bagi alasan cuti, tapi sebenarnya tak. Tak mo komen lebeh la. =p

Entri angau? huhuhu

Eh eh, apa plak entri ni ada.

Ada ke entri ini? Adakah rasa ini?

Err... testing mic one two three!

Music please!!!


Berlindung di sebalik wajah selamba

Bagai tiada apa perasaan

Di antara kita berdua

Lucunya dalam saling berpura-pura

Semua orang tahu kau dan aku

Masing-masing punya rasa yang serupa

Main tarik tali

Malu mahu memulakan luahan hati kita

Main tarik tali

Masih menanti siapa mulakan dulu

Dilema di dalam permainan ini

Masa terasa panjang hingga membuatku tak tahan

Tertekan

Lakonan ini semakin membebankan

Terasa ingin saja aku terus terang

Tentang perasaan ku kepadamu

Main tarik tali

Malu mahu memulakan luahan hati kita

Main tarik tali

Masih menanti siapa mula dulu

Kau atau aku

Memulanya dulu

Ruangan empat muka dinding keliling

Makin menghimpit kala menanti panggilan darimu

Berdering

Mengharap engkau jua sedang begini

Dalam keluh kesah menantikan

Perucapan yang ku cinta padamu

Main tarik tali

Malu mahu memulakan luahan hati kita

Main tarik tali

Masih menanti siapa mulakan dulu kita

Main tarik tali

Malu mahu memulakan luahan hati kita

Main tarik tali

Masih menanti siapa mula dulu

Kau atau aku

Memulanya dulu (2x)

Thanks Elyana, sebab memudahkan kerja. Tak yah beta menaip. Main copy paste je! Hahaha, blogger yang makin malas.

To all, thanks and sori sebab lama menyepi. Semua bergantung kepada masa dan tanggungjawab.

CioaW!


:::YTBACK!!!:::

My Apology...

0124 – 7 September 2007


Sebab entry lepas, ramai yang ingat aku akan lambat update Yang Terdalam kan.

Well, you are partially correct, but most of the time it is not because I’m busy. Kalau dulu pun, busy macam mana pun, aku still ada masa untuk update blog kan.

Tah lah, kadang-kadang rasa update pun dengan berita gembira. Dengan kesengalan yang aku lakukan. Kadang-kadang yang aku ingin luahkan berita sedih, menderitanya perasaan kat dalam pun aku hold. Aku tak nak publishkan.

Once,someone told me, the blog is still a public place. Dan aku amik nasihat dia, agar aku tak luahkan semuanya kepada blog. Thanks to that person!

Lepas ni kalau aku jarang update, fahamilah, aku memang sedikit tak stabil.

Entry-entry gembira kebelakangan ni adalah aku yang cuba menutup fakta bahawa aku sememangnya tengah tak stabil. Maybe, aku perlukan rehat dari dunia blog ni kowt. Adakah aku penat?

Atau aku perlu tutup blog ini? Hurm. Tidak, terlalu banyak kenangan di sini.

Kadang-kadang aku pilih Yang Terdalam untuk meluah adalah untuk membiarkan perkara itu rest in peace di dunia maya.

Tapi, masalahnya, bila aku menulis dan orang yang mengenali mengetahui, mereka semakin bertanya tentang perkara-perkara yang aku tuliskan.

Kadang-kadang aku tak tahu nak jawab apa. Yang aku boleh buat hanyalah lakarkan senyuman yang biasanya tipu.

Entahlah, rasa bagus jugak macam dulu. Menulis je tanpa halangan. Tak kisah orang nak baca ke tak. Tak peduli semuanya, sehingga blog itu bernada sedih sahaja.

Sampai satu masa, rasa best lak bila ada orang komen, cuba buat entry-entry yang menarik untuk orang komen. Rasa best sebab hasil usaha kita dihargai.

Bila dah selesa, terberitahu pulak kepada orang di sekeliling. Harap diorang join the community. Harap diorang baca dengan pemahaman yang sama dengan yang mengenali di alam maya.

Itu tak berlaku. Dan kini, aku rasa semuanya macam tak bebas lagi.

Tah lah. Mungkin aku berperasaan macam ni, sebab aku memang tak stabil ketika ini.

Sebab apa? Susah nak cerita. Ada rahsia yang perlu disimpan.

Apapun, i must say, for the time being, i want to take rest from this blogging world. It is not the end, like I said to one of blogger, it is hard for a blogger to abandone his/her blog.

I will update, when I think it is appropriate, and I feel easy to do so.

For now, I need some time to sort things out.

My apology.


:::YTBACK!!!:::

Going Back!

0123 – 5 September 2007


It’s Wednesday. Finally my holiday pun dah habis la.

Aku kena balik awal ke UMP untuk series of meeting of my responsibility, Expoconvo’07.

Susah lak jadi kepala bahagian ni kan. Kena korbankan cuti semua. Apapun, harap ini pengalaman yang baik.

Setelah lama kerjani on hold sebab kekangan kuliah semua, aku harap lepas ni kerjani berjalan lancar la. Doakan kejayaan beta ek!

On the other side, this holiday, i hope will be the last for me to do crazy things. Aku kena keep holding my values and pride, so I will encounter more happiness next time.

Cuti mid sem ni adalah pelepas segalanya. Harap permulaan yang baru ini menjanjikan sesuatu yang baik. Pelajaran, harap aku lebih tumpu. Kalau tak camna nak dapatkan shades of happiness yang baru kan.

About other thing, still main tarik tali. Malu untuk memulakan dulu. Kau atau aku? Hahaha

Apapun, lepas ni kalau beta lambat update tu paham-paham je lah ek

Good day to all!


:::YTBACK!!!:::

Medley Merdeka Gila!!!

0122 – 1 September 2007

Untuk memulakan… marilah kita sama-sama bersyukur ke hadrat ilahi, atas limpah kurniaNya kita dapat menghirup udara yang segar dan nyaman ini, selepas 50 tahun kita merdeka. Moga kemerdekaan ini berkekalan. (ceh, macam ayat dalam penghargaan folio pulak)

Apapun, walau kita berbilang kaum, kita dapat membuktikan bahawa kita sememangnya boleh mengenepikan segala perbezaan, untuk hidup di bumi yang sama. Perpaduan dan perkongsian. Walau terdapat jugak sedikit masalah pergeseran fahaman, kita masih utuh berdiri sebagai sebuah negara.

Kudos to Malaysia!

Untuk entry yang patriotik lagi, sila ke link ini.

(boleh lah camtu kan? Entri patriotik terawal ke 27 Mei... hehe)

Apapun, mari kita tengok merdeka yang gila!

Prolog

Betul lah, aku rasa, merdeka banyak buat orang jadi gila! Semua macam tak sedarkan diri, berhibur je, tanpa pengawalan. Tu termasuklah aku! Huhu

Apapun, mari kita lihat watak-watak di dalam entri Merdeka Gila ini...


Watak utama, tentulah beta! Dengan muka separa comel, membuatkan dia memang layak untuk menjadi watak utama entri ini! Hehe. – aku, ahmad kamal


Watak picisan 1, (matilah kena carut pasni!), dengan muka ala-ala tersenyum kambing begitu, dengan tertempeknya huruf M striking di dadanya, dia menjadi watak picisan 1 (ya ampun!) – azly


Watak picisan 2, (hahaha, jadi watak picisan!). dengan rambut panjang yang dicekakkan, muka separa kontrol, baju bertali di leher berwarna coklat itu, dia beta kurniakan sebagai watak picisan 2, hahaha – eddy


Moving on, aku dapat cuti kira awal la jugak. Kan aku cakap, 2 minggu lepas minggu gila test tu, aku ada satu je kelas. So budak kelas aku dah mintak lecturer awalkan lecture, so kitorang boleh balik hari selasa, instead of jumaat. Tapi aku malas tergesa-gesa balik, so aku balik pagi rabu tu.

Sampai je rumah, terus uruskan pasal penghantaran borang jpa tu. G sekolah bagai, mintak cop semua, then esoknya hantar. Malam lepak, baca blog, men ym dan menghayanti connection internet yang laju.

Esoknya, pagi lagi dah keluar untuk hantar borang itu (kul 12 pagi lagi ke?). Planning tak dirancang. Aku kena matikan setem hasil dekat Jusco Wangsa Maju. Ingat-ingat lupa pulak jalannya. So aku call Azly

”weh, buat apa. Temankan aku jap!”

”boleh no hal. Aku pun baru sampai malam semalam ni, c u later!”

So the plan untuk buat another version of Medley Gila tak semena-mena timbul. Bila orang-orang gila dah bertemu, biasalah.

Habis uruskan borang tu, jalan-jalan sekita rumah Azly ni kat Ampang. G gunting rambut lak tu. Aku mintak stylist tu buat je apa-apa, asal cantik. Konon rambut merdeka la, sedangkan rambut memang lama dah tak potong...


Beta berambut baru. Haha


Habis je gunting rambut,

”ni nak buat apa ek? Boling?”

”tak nak aku. Wat penat je. Haa, jom amik Eddy kat Bangi!”

”jom!”

Itulah pemulanya ketiga-tiga watak dalam ini entry bertemu. Dari plan yang tak dirancang. Macam-macam kerja gila kitorang dah buat!

First of all, kena mintak maaf dulu dalam entri ini. Aku tau, aku g Bangi, tapi tak sound ko Tru, tapi inikan plan gila, so aku memang tak leh wat apa. Walau bila lalu nampak sign Bangi tu, aku teringat kat ko tru, serius aku ingat! Hehe. Apapun, sori takleh bersua lagi. Ala, malam merdeka, ko pun mesti ada plan kan!

Fuh! Habis sesi mintak maaf. Haha macam tak ikhlas je kan mintak maaf! Sowi!


Merdeka Gila 1 – Sesi Pemecahan Suara

Bila watak-watak Medley Gila dah bersatu, aktiviti yang tak boleh ditinggalkan adalah sesi karaoke!

Memang semua suka memecahkan suara, cuba untuk meniru penyanyi asal dalam memimprovisasikan lagu-lagu. (fuh ayat!) alah, dalam kata lain, menghancurkan lagu la.

Lagi-lagi semua feeling buat konsert. Dan lagu-lagunya semua macam hampeh. Memang Medley Gila!

Aku pulak, selepas peristiwa break up itu, mulalah luah perasaan lalui lagu. Berhenti Berharap dan Terasing. Macam kena dengan keadaan.

Encore lagu adalah Kesal dari Ella. Macam nak gila menjerit lagu tu.

Apapun sesi pertama Medley Gila mengambil masa hampir 3 jam lah jugak. Berbaloi dan duit semakin melayang!


Feeling lagu lah konon. Lagu duet. Jika Kau Tiada kowt. Main tibai je


Aksi Azly, memecahkan suara.


Eddy hanya tersenyum bila pitchingnya tak sampai! Hehe



Sesi duet Azly dan Eddy. Main tarik-tarik lagi. Disruption of frequency happened there!


Aku terdiam tak tahu nak nyanyi macam mana. Suara dah lah ala-ala serak je hari tu sebab baru baik demam kan... hehe alasan!



Sesi penghayatan lagu dan pengluahan perasaan. Haha, baru aku perasan rambut aku camna lalui gambar ni. Macam trojan. Patutlah Azly gelak je masa aku keluar kedai gunting tadi. Dia cakap macam Ah Long. Hampeh! Tapi bestlak wat gaya yang sewel sikit ni


Merdeka Gila 2 – Sesi Menuju Puncak! Ke?

Lepas dah melalak tak tentu pasal baru sedar masing-masing tak dinner lagi. Jam dah dekat kul 11. beli Mc D lah jawabnya.

Malam tu kan ambang merdeka. So nak celebrate la jugak kan. Nak tengok bunga api. Tapi kitorang ni lak tak suka g tempat ramai orang. Sesak kan.

So kitorang decide la g menara tinjau yang telah kitorang pergi masa sesi Medley Gila yang lepas. Tempat tu memang tak ramai orang kan. Dan boleh nampak permandangan seluruh KL. So kiranya tempat yang strategik la untuk kitorang yang tak suka sesak dan berjiwa sentimental ini. Huhuhu

Menuju ke arah sana. Macam bangang jugak pemandu-pemandu di malam merdeka ni. Motor-motor lak macam apa je. Ingat diorang berkonvoi bawak bendera sume, bolehlah langgar peraturan? Somehow macam diorang pamerkan keadaan di mana jika anda bersemangat patriotik, anda boleh melanggar peraturan. Hampeh!

Ke arah menara tinjau tu. Tapi apa yang kitorang dapat??? Jem teruk!!!

Semua orang macam tahu lak tempat ni. (eleh, macam tempat rahsia kitorang lak). Orang luarbiasa ramainya kat sana. Semua berpusu-pusu nak naik ke atas sebab pukul 12 kian hampir.

Kereta bergerak adalah sikit demi sikit. Nak sampai tempat yang dituju amatlah menyeksakan. Dan masa nilah banyak mat motor dengan awek diorang main selit-selit celah kereta. Bengang sungguh!

Last-last, tiba saat yang dinanti, pukul 12 tengah malam, 31 Ogos 2007, 50 tahun selepas kita merdeka, dan di mana kami? Di dalam jem teruk, di dalam kereta!

Jem


Dengar era. Pukul 12 je pasang lagu Negaraku. Tiba-tiba ada sedikit rasa sayulah menyelinap dekat aku. Dah 50 tahun ek. Macam mana pulak kalau bila umur aku dah 50 tahun, atau usia blog ini 50 tahun? Macam mana perasaannya? Dan adakah aku akan ada lagi pada merdeka yang ke 100 tahun??

Untuk menghilangkan rasa tak puas hati kitorang sambut merdeka dalam kereta, kitorang pun snap snap la gambar...


Pelakon-pelakon Medley Gila yang sambut merdeka dalam kereta.


Sesi bergambar sesorang. Kelihatan, Azly malu-malu kucing Parsi bila gambarnya ditangkap. Eddy pulak nak cover, tapi aku kacau, so dia tergelak. Dan aku pulak sebagai watak utama, terpaksa tangkap gambar sendiri dalam kecoveran… hehe


Tak tahu lak nak g mana lepas tu. Aku dah dapat pelepasan hari ni, so the night is still young. Ke mana kita?


Merdeka Gila 3 – Taman Tasik

Disebabkan kitorang lepak dalam kereta je, Mc D kitorang pun sejuklah, dan tak sempat nak dimakan. So kitorang decide nak lepak mana-mana untuk makan.

Lama jugaklah pusing-pusing, nak cari tempat yang best. Again, tak nak ramai sangat orang dan boleh lepak-lepak.

Aku bagi cadangan lepak kat tasik-tasik ke. So tak delah sesak sangat, dan boleh lepak kan. Nak mencari taman tasik pun susah tau. Nak ke Taman Tasik Permaisuri? Cuak lak, walau kitorang dah lalu. Ramai di situ dalam suasana kelam dan gelap.

Dalam mencari, lalu di area Bukit Bintang. Banyak giler orang. Pelancong, orang tempatan semua. Semua berfesyen sakan. Ada lepak-lepak, berkepit, ada yang mabuk lak tu. Tapi sebab tak suka tempat havoc camni, kitorang pun cari tempat lain.

Last-last aku bagi cadangan ke Taman Tasik Titiwangsa. Kira ok gak lah kan, tak sunyi sangat sampai leh kena pow, tak crowded sangat sampai sesaknafas. Just nice la.

So kitorang lepak situ, makan-makan, sambil borak-borak. Sampai tak tahu nak buat apa. Bila tak overnight, rasa macam tak cukup masa. Bila overnight rasa macam tak tahu nak buat apa lak.

Sampai aku lak buat cadangan main game merepek yang namanya “Game campakkan Eddy ke dalam tasik” dan Eddy secara kebetulannya bernama Eddy terpaksalah aku campakkan ke dalam tasik. Haha, saja je nama game macam tu, game dengki, kata Eddy.

Tapi tak dapat gak campak-campak. Just main-main je.

Masa ni jugak lah, nampak manusia pelbagai aktiviti. Adalah sekumpulan budak-budak ni. Naik beskal. Dalam 30 orang gak lah. Dengan bendera semua, bawak beskal laju-laju sambil kena kejar dengan guard taman tasik tu.

Ada mat-mat motor tengah berkepit dengan awek masing-masing, sampailah ada sekumpulan manusia yang menangkap mereka semua ini. Siap tangkap gambar dan kamera besar, ada lighting lagi! Malu sungguh kena tangkap macam tu.

Memandangkan kitorang laki je semua, so tak heran la. Kitorang lepak dengan aman damai sampailah bosan.


Gaya makan burger lambat-lambat oleh Eddy. Lama gila dia berusaha nak habiskan burger tu.


Sesi bosan melihatkan Azly dan Eddy tengah buat muka bosan.


Gambar aku takde sebab aku pulak bosan nak posing. hehehe

Dah bosan cari port untuk tidur lak. Sakit sungguh tidur dalam kereta Kelisaku dengan 3 orang. Tersepit je.


Merdeka Gila 4 – Taman Tema

Bangun pagi, setelkan apa yang patut, sarapan, then mulalah sesi brainstorming idea nak buat apa lak ni?

Masa-masa macam ni, memang macam-macam idea gila muncul. Nak g mandi kat Ulu Yam la. Tapi, sebab takde towel ngn seluar pendek, takkan nak mandi camtu je kan.

Sampailah satu idea, ”Jom g Genting nak?”

Terus jom je. Memang tak fakir panjang. Memang gila.

Ke terminal Putra Gombak. Beli tiket. Tapi lagi sejam setengah baru bas bertolak. Kitorang yang mengantuk amat sangat ni, terus indah lelapku di tepi stesen itu. Bagaikan pengemis layaknya. Tapi pengemis yang bajunay bergaya la, tak compang camping. Hehe

Sampai masa, naiklah kitorang ke Genting. Ramainya manusia! Try jugak permainan apa yang patut. Aku surrender main Solero tu. Tak nak aku. Somehow, semua tengah penat sebab plan gila ni. Tak cukup tidur semua, so macam tak bertenaga sangatlah.

Aku main 2 3 benda pun dah rasa nak muntah. Sebab perut dah masuk angin semua dan kurang tidur. So main mana yang patut je, sambil jalan-jalan. Bosan lak g genting bila ada masa banyak macam ni. Kalau masa yang diberi sekejap je, adalah macam-macam nak buat!


Dalam kereta kabel. Nampak kelesuan yang tidak dapat disorokkan dari muka Eddy. Azly pulak tersenyum bersama belon free yang dia dapat. Beta lak mengambil gambar sendiri. Hehe


Sementara beratur naik Cork Screw. Snap snap je.




Dah bosan, terus snap gambar perseorangan. Ala-ala model poyo la. Azly dengan jaket M 'menghelip' dia. Aku dengan gaya yang tak reti buat poyo. Dan Eddy yang lagi sekali tergelak dikacau aku, masa dia try nak buat muka poyo.

Lepas seharian di situ, kami balik. Dengan mata yang mengantuk, dalam bas ke bawah tah atas sapa tah aku tertidur. Penat sungguh buat kerja gila macam ni.

Apa pun, benda ni memang best. Dan duit pun, beta papa kedana sekarang. Aktiviti macam ni best tapi, memerlukan banyak belanja. Tak de perancangan langsung.

Harap boleh buat aktiviti ni lagi. To Azly and Eddy, sori letak gambar korang kat sini. Best aktiviti kita. Nanti kita ulang lagi ek!

To all blog readers, mesti penat kan baca aktiviti gila beta dengan ayat tak construct baik-baik, lepas tu berterabur lak tu.

Biasalah cuti, masa aku enjoy. Kalau kerja, kerja bebaik. Enjoy, enjoy gegila.

Btw, aku kena balik awal ke UMP sebab tanggungjawab Expoconvo tu. Hari Rabu dah drive ke sana instead of Ahad. Alahai! Beta nak cuti!

This time, aku betul-betul kena set minda aku supaya aku buat yang terbaik di UMP sana lepas aku dah bermedley gila di sini!


Signing out…


:::YTBACK!!!:::