Malaysiaku yay!!! Part 2

0242
30 Jun 2008

Huhu, ramai yang blur2 ek pasal entri lepas…
Aku sebenarnya bukan hapa, boleh je nak crite…
Tapi aku malas...

Plus, kang aku citer, aku takde fakta n bukti...
Takkan nak meraban n merepek je macam Yang Mulia Putera Berdarah Kacukan – si Khairi tuh!
(aku dah gelar ko mamat merepek.. boleh??? Ops!)


Aku boleh menulis, tapi biarlah berdasarkan fakta kan...
Aku hanya blogger picisan, aku menilai sesuatu mengikut cara dan pandangan aku...
Aku tak mampu nak pengaruh anda semua supaya mengikut cakap aku...
Lagipown ini isu sensitip kan...

So, aku tempekkan link2 yang aku baca dan korang tafsir sendiri k...

Ni dua isu berbeza...
Tafsir ek!


Nabil! Mintak tolong sket...

Nabil : LU PIKIRLAH SENDIRI!!!




:::YTBACK!!!:::

Malaysiaku yay!!!

0241
29 Jun 2008

*baca dengan nada manja2 kanak2*

Depan rumah saya ada padang…
Dulu saya suka bermain2 di padang di depan rumah saya…
Tapi kini semua alat mainan sudah tiada…
Hanya satu padang lapang yang tinggal untuk bermain bola…

Petang petang, ramai orang main bola...
Mereka bermain dengan gembira sekali...
Kadang kadang mereka bermain juga di waktu malam...
Itupun sewaktu hujung minggu...

Malam ini padang itu hangat...
Bukan kerana Leina Hangat berdangdut di sana...
Bukan dangdut bukan!
Kerana satu ceramah...

Depan rumah saya ada padang...
Malam ini di padang itu ada ceramah…
Suara ceramahnya kedengaran sampai ke bilik saya….
Saya yang sedang melayari Internet tak boleh berbuat apa2…

Saya dengar, saya baca blog…
Panjangnya blog awak Lindosh!!!
Tengah2 baca, saya dengar ceramah...
Tengah2 dengar ceramah saya baca blog…

Sekarang ni kepala saya pening…
Sebab isi ceramah itu sungguh memberikan kesan...
Saya geram marah kecewa...
Ini kerana ’benda itu’ la...

Saya sedih….
Saya berdukacita…
Saya dalam nestapa…

Tak boleh ke bagi saya baca2 blog tanpa gangguan???

Oh Malaysiaku apa nak jadi???
Oh Malaysia...
Malaysia boleh!
Yay!!!




p/s - saya malas + mengelak diri dari berfikir perkara ini + memberi alasan konon2 saya di bawah AUKU!



:::YTBACK!!!:::

Priceless...

0240
29 Jun 2008




















Belt baru dari Romp –
RM 19.90





















Kasut Men’s Club (tah jenama apa tah),
selepas kasut lama koyak setelah berkhidmat selama 3 tahun –
RM 139.90

(harap ia tahan 5 tahun!!!)




















Ekspresi blogger hensem
Yang telah keluar duit + kepenatan + badan sengal2 –
PRICELESS!!!



Priceless sebab dah miss ken!!!




*Miskin-papa-kedana mode*




UBAH GAYA HIDUP!!!



:::YTBACK!!!:::

Sepi

0239
28 Jun 2008


Bisikku pada bulan
Kembalikan temanku
Kekasihku, syurgaku

Tanpa dia malam menemaniku
Sepi memelukku

Bulan jangan biar siang biar alam ini kelam
Biar ia sepi sepertiku

Bagitulah bait-bait dalam filem Sepi yang kini berada di panggung berdekatan anda...

*****
















Sepi...

Aku tahu ia ada di sekelilingku
Aku acapkali merasainya
Bila aku sendiri
Bila tiada siapa menemani
Bila waktu berputar tanpa disedari
Aku acapkali merasa sepi

Mengetahui dan menyedari
Aku cuba hapuskan sepi itu
Aku hiaskan sebuah senyuman di bibirku
Aku palsukan sebuah kegembiraan
Namun di pelusuk hatiku, aku tahu aku masih lagi sepi

Sudah lama aku meninggalkan rasa sepi itu
Dan sudah lama aku membiarkan diri dalam kegembiraan ciptaanku
Dan semuanya berjalan lancar

Hinggalah sampai ketika
Aku menyaksikan sendiri sebuah sepi dilakarkan di layar perak
Digambarkan
Diceritakan
Dan diulangtayang semula
Tiba-tiba rasa sepi itu hadir
Kembali menyesakkan jiwa
Aduh!
*****

Semalam aku menyaksikan Sepi
Bagiku, ia wajib ditontoni
Bagi aku yang senang untuk ’menyelami’ ke dasar hati ini, ia amat ku gemari
Dan tidak rugi aku mengorbankan wang ringgit dan masa menontonnya
Kerana ia begitu dekat dengan hati

Kisah Adam, Sufi dan Imaan
Tiga kisah berbeza
Tiga cerita berbeza

Namun digarap dengan begitu baik sekali
Sehinggakan dalam setiap kisah
Aku dapat merasakan satu perasaan ’ghosebump’
Itu tandanya hati aku sudah ber-reaksi

Bukan sekali dua, malah berkali2
Bagai dipanah2 kisah yang digambarkan itu ke hati aku

Sepi Adam mencari2...
Sepi Sufi kehilangan yang pasti...
Dan sepi Imaan mencipta imaginasi...

Semuanya terpanah di hati ku
Semuanya menusuk aku!
Sakit!
















Keluar dari panggung, aku sedikit hairan dengan kawan aku yang laju berjalan menuju ke kereta…
Selalunya dia terus akan membuat ulasan tak rasmi mengenai filem yang baru kami tonton
Tapi tidak kali ini

Rupanya dia masih lagi sebak, dan tidak ingin biarkan aku melihatnya
Dan di dalam kereta kami lepaskan semuanya
Aduhai sepi!

Aku bukan mudah nak mengalirkan air mata
Aku sebak sedikit sahaja, aku tahan dan air mata itu tidak keluar
Namun semalam, ada setitis sudah keluar
Aduh! Jatuh saham!


Buat semua yang suka bermain perasaan dengan hati
Ini filem wajib ditontoni

Janganlah download, beli VCD, DVD, Blue Ray ke hapa
G panggung kerana di sana ia lebih terasa
Dan tutup hanset, jangan biarkan kawan di sebelah berkata2

Dan layarkan hati dengan sepi
Melalui filem Sepi







p.s – entri ini ditaja oleh filem Sepi yang telah mengupah blogger ini dengan satu jumlah yang lumayan – satu pelayaran hati yang indah!




:::YTBACK!!!:::

Slot SWTPD Version 2.0!!!

0238
27 Jun 2008


Hari ni lambat sket beta update…
Awalnya memang nak update awal, sedari jam 12, idea dah berlegar2 di kepala...

But got distracted with a call...
Someone from the past…
Someone from this entry…

N she has called me for 2hours n 40 minutes!
Wow tak wow la…

Everything happens for a reason…
The call also has its reason…
I believe that cos it happens just in time, bila aku rasa nak ubah diri aku…
So there goes the reasons…

Ok moving on…
Mari kita kembali ke zaman dolu2 nak???
Err.. takde la dolu2 sangat…
Mari kita mengimbau kenangan!

Ini adalah Slot Sekali Wa Teringat Pula Deh Version 2.0!!!

Warning – this entry got so many pictures…

N my target are my fellow fwens – Hilman n Irina…

First question – Hilman, ingat ni lagi tak???




















Or ini???




















Huhuhu…
Atas semangat yang baru!
Tadi, lepas maghrib aku mula mengemas bilik aku!
Yay!

Aku tatau mula mana, tapi aku tau yang semuanya akan jadi mudah kalo aku mulakan something...
Benda yang susah actually dinampak susah kalo kita tak try n mulakan...
Bila dah mula, it will go with the flow...

So aku mulakan dengan mengemas baju2 aku…
Duh, banyak giler baju aku!!!

Ada yang boleh dipakai lagi, ada yang tak...
Ada yang tak akan aku pakai lagi, sebab tak kena dengan gaya aku skrg...

Ada yang dah bertahi lalat, lama sangat disimpan dalam tuh...

Yang tak tahan, ada baju dari aku darjah 4 lagi!

Nampak sangat lama tak mengemas, sayang nak buang...

So tadi, aku buang rasa sayang, mula mengemas...
Asing mana best pakai, mana nak buang...
Mana still elok, tapi akan dibagi orang...
Sayang r nak buang kalo still elok kan...
So mula lah godek2 almari ku...

Aku kuarkan semua baju, shuffle kan atas katil, n mula sort it out...
Slamat tak tangkap gambar, bilik macam tongkang pecah....

Dan aku berjumpa lah kembali dengan baju2 yang membawa aku kepada kenangan lama...

Ada certain baju kan, aku rasa sayang sangat nak buang, kerana kenangan...
Maybe aku akan simpan selama yang boleh!!!




















Ini adalah baju outing aku di Semashur... baju batik...
Nampak tak corak yang meriah giler tuh!
Corak tuh sama tau dengan bas kitowang...
Dan kalo kitowang g lawatan mana2, memang akan diperkatakan la mengenai corak meriah itu dengan corak yang tertempek di tepi bas...
Cantik kan...

Banyak kenangan nih... tak mo buang!!! Simpan2!!!




















Ini pulak baju masa f4, masa pesta bola keranjang dekat Semashur...
Sekolah aku jadi tuan rumah untuk sbp zon tengah...
So kitowang jadi sekretariat...

Masa nih, bawu je masuk sekolah tuh dalam 2 minggu, dah terpaksa wat keje...
Keje aku amik air dari dewan makan n bawak ke padang je...
Tapi seksa la gak, sebab kena tolak ngn troli lalu bukit2...

Hilman ingat lagi tak???
Aku ingat air tumpah satu tong masa ditolak...
Ko bukan ke satu sekretariat ngn aku? Kat situ kan kita mula kenal???
Correct me if i’m wrong!!!

Nak buang??? No way!!! Simpan2!!!




















Baju SIS – Semashur Islamic Society…
Ingat lagi baju ini aku punya la iya2 beli…
Sebab kawan aku design...
N aku sayang baju ni dan selalu pakai di matriks...

Dah nak lunyai pown
SIS... persatuan itu, macam2 berlaku...
*tersenyum*

Walau dah lunyai, takkan dibuang!!!




















Baju nih, baju yang dapat masa orientasi Semashur...
Later on, ia jadi baju untuk PJK kitowang..
Kalo malas tukar baju lepas PJK, baju ni la yang jadi pakaian rasmi sekolah!

Ingat lagi masa aku pura2 pakai baju ni, n g riadah kononnya...
Bila owang takde, aku masuk balik asrama, tarik katil belakang almari n tidur!
Penat beb!
Hahaha

Simpan2... tak mo buang!!!




















Irina, ingat baju ini???
Inilah baju PRS kita...
Ke ko tak sempat dapat baju ni???

Logo tuh junior aku yang buat, ada pertandingan masa tuh..
Aku tak sempat masuk sebab banyak keje
Kalo tak sure logo aku yang tertempek di situ!!!
*mode perasan*

Tak mo buang, sayang.... walau malu nak pakai sebab ada simbol love2... haha
















Ini baju yang owang jual2 kan...
Aku beli, n selalu pakai...
Kat dorm la slalu pakai...

Tak mo buang.. nak simpan... kenangan dorm...

Haaaa.....
Hilman, Irina, ingat lagi simbol kontroversi ini???











Meh tengok lagi dekat...

































atas














kiri














kanan











bawah kiri











bawah kanan


Ini adalah baju kontroversi kelas 5 jujur...
Haha, sebab designernya aku!!!

Aku masa sekolah suke seni2 nih, n hias2 kelas, aku selalu lead ngn kawan aku...
Bukan kelas je, dorm pown!

So sebagai ”makhluk halus” kelas, aku pown design la baju ni bila banyak kelas mula buat baju kelas...
Susah nya nak design.. sume nak kepala masing2...
Bincang berkali2...

Last2, aku men tibai je!
Rancang warna asal ialah hijau muda, sekali bila antar takde...
Jadi lah warna oren ini...










lagu pe tah ni.. aku lupe plak tajuk dia...

N bila tiba, kawan2 aku bengang dengan aku, sebab bila pakai, ramai2 macam pasukan bomba mana tah...
Aku wat derk je, walau dalam ati teraser la gak..
Penat2 wat jadi cmnih je…

Ramai cerita diorang malu nak pakai sebab designnya sarat...
Selalu pakai masa tido je…










Karikatur aku

Aish! Ape leh buat…
Aku simpan..
Inilah satunya baju yang aku design..
Kat U ni, kelas aku, aku bagi owang len design!
Aku malas dah!!!

Kontroversi tak kontroversi, still simpan!!!













Name tag dari zaman skool dulu...

Tengok sebelah kanan, syarahan bahasa inggeris tuh!
Untuk minggu agama lak tuh!

Aku lupa tajuk dia apa, tapi yang aku ingat, aku terpaksa ketika itu untuk wakilkan homeroom...
Sebab takde owang len dah...
So tibai saja...
Err… don’t expect me to speak fluent in English ok!
Biasa2 saja!










Ahmad idham???
Hahaha

Sebab dulu aku sibuk berkawad, selalu name tag tak cukup..
Aku suke2 wat banyak2, macam2 nama...
Supaya kalo tak cukup, aku leh kasi pinjam...
So mula la nama pelik2…
Huhu













Tali leher & Baju Oreientasi KMNS….
Huhuhu kisah ini masih menganggu fikiran…
Bodohnya aku!
Bersalah lak rasanya…










Baju2 yang dibuang... banyak tak????
Tu semua khazanah dari zaman skool lagi tuh!
Terpaksa la buang




















Almari yang baru dikemas...
Nak tambahkan baju aku ke??
Tengok smua warna hamper sama kan...
*uhuk2.. aku size M*
Hahah











Drawer atas =
baju2 yang ingin disimpan.... aku akan simpan selama mana yang mampu!!

Drawer bawah =
baju2 yang akan diberikan kepada orang...
Tggu mak aku decide la kat sapa dia nak bagi....










Signing off...


p.s - maaf... terpaksa letak balik word verification.. bawu diserang spam...


:::YTBACK!!!:::

Jadual Jumpa2 Ver 1.0

0237
26 Jun 2008

Sebermula lah kisah...
Semalam beta bangun pagi!
Huhu

Dan siap2, menaiki Lisa ke stesen LRT Putra Gombak...
Sedikit pelik actually..
Rasa laen macam...
Pelik sangat…
Skunk nih aku rasa macam Lisa nih bernyawa!
Tuh la, gatal sangat memberi nyawa pada dia kan...

Dan tinggalkan Lisa di situ, menaiki LRT ke KLCC
”jangan rindukan aku Lisa! Abang pergi tak lama”
Eheh!

Lama tak nek lrt nih...
Rasa len macam...
Tgk macam2 owang...

Dan sampai jugalah di KLCC tuh
Dengan jalan poyo, terkedek2 nek atas…
Ke Kinokuniya...
Berjumpa Adi...

*****

Actually, tak kesah sangat sebenarnya..
Aku tak cuak sangat jumpa mamat ni, sebab dah penah jumpa…
Hari sabtu lepas, aku kononnya berrrsantai dekat Laman Santai, IB
Sebab dalam paper tulis persembahan artis free...
Sebab sempena Hari Seniman kan…
So free, g j e la kan...

Tapi hampeh!
Aduh!
Aku tak minat btol artis2nya...
N persembahan yang aku tak minat...
Aku tggu Siti je!
Ops!

Punyalah gegeh menunggu...
Dari kul 8 sampai kul 11
Yang kuar, Siti Saerah, pastu Saida
Last2 bawu Siti Nurhaliza...
Leh tak, satu keluarga nak wat persembahan!!
Hampeh!

Dan, bila dah lemau sbb tggu lama sangat, masa Siti kuar, aku dah penat…
Maleh nak layan...
Dah selalu tgk dia sebenarnya, so tak teruja sangat...
Dah habis dia, balik...

Masa lepak2 tuh la aku jumpa Adi...
Dia ada latihan koir kat IB tuh
Ngn Syafinaz...
So, jumpa je r...

*****

Dah sampai KLCC tuh, g food court
Tggu la sowing lagi blogger nih…
Kak Yanz...

Around 115 sampai la dia tuh...
Dengan selamba badaknya datang kat kitowang…
Aku ngn Adi dah lapor giler, ingat nak pow dia
Tapi tak tahan punya pasal, kitowang beli dulu je...

Sebelum dia sampai tuh, aku msg dia:
”Kak, kitowang tggu kat Chili’s tau... kitowang tggu owang datang belanja nih”
Dia balas:
”takde maknanya chili’s2... ko ni, datang nak jumpa masa akhir bulan, masa owang tengah sengkek! Nasi lemak rm 3 sudah!
Haha

So, nampak chances dia nak belanja tuh takde... kitowang beli je la makanan!
*actually dah lapor giler*
Adi makan Nasi Lemak
Aku makan la Laksa Johor dari Laksa Shack
Kak Yanz lak makan Lasagna from Cafe Milano

Makan2... borak2...
Diowang gosip pasal tempat keje diowang
*diowang satu opis ok*
N aku wat2 suci tak masuk dalam umpatan diowang tuh!
Haha

Tapi blogger kan...
Memang tak janggal r nak kuar...
Sebab dah kenal kat blog...
Nak cakap apa pon men tibai je...

Kak yanz lak...
Aduh, dari blog kan, dia nih ganazz giler...
Memang Rockafella Gurl la...

Sekali yang sampai...
Adalah seorang gadis kecil molek...
Yang sorenya lembut gitu...
Dan dia kecik dari aku!
Tahap dagu aku je!
*aku ukur masa dia jalan depan aku..ops!*

Habes la dia tibai aku pasnih!
Huhuhu

Dan sekejap je, around 145 cmtuh dah habes dah…
Cos dia kene balik jalan kaki ke opis dia..
Aku nak tangkap gambar ngn dia…
Dia tak nak, kata dia tak glamer…
Lantak ko la kak...
Wat rugi je beta pakai ensem2 ari tuh!

Aku ngn Adi lak g tengok wayang!
*Adi MC, sore takde*
Kelakar giler dia nak cakap bila sore takde...
Sampai aku sound suh g Kinokuniya beli pen n kertas untuk cakap...

Kitowang tengok citer Kungfu Panda...
Erk? Ketinggalan???
Lantak r...
Dah aku ngn dia tak tengok lagi...
So layankan aja!

Citer dia ok la...
Kelakor...
Tapi kan...
Napa ek owang suka gelak pasal size yang gemok gedempol?
Memang mentaliti kita kah?

Habis tuh, aku balik nek LRT, amek Lisa aku, dan balik ke umah...
Sampai umah petang cmtuh...
Malam tuh, lepas makan, aku kepenatan, online sekejap...
N aku tido!

Tuh yang tak update smlm tuh...
Ni kira lambat update la nih...
Kira ok je la ek!


:::YTBACK!!!:::

Amik pistol... tembak kepala!!!

0236
25 Jun 2008

Kentut masam je kan...
Sedar tak sedar, cuti yang ’kononnya’ lama giler, nak abes dah dalam masa 2 minggu!
Adeh! Tak puas la plak...
Walau kat tengah macam nak mati aku menanggung SEPI...

*Entri ini ditaja oleh filem SEPI yang akan keluar 26 Jun ini..
Blogger ini makin demand, tak nak buat entri kalo tak dibayar!
Terima Kasih!*

Err... enough with that...
Mana de aku demand...
*in-denial-mode*
Huhu

Bila nak abes nih kan, mula lah, terfikir, macam2 tak buat lagi!
Tak kemas lagi barang2 yang aku bawak balik dari sana yang berkotak2 itu...
Tak kemas lagi bilik, kononnya nak buang buku2 lama yang banyak giler dalam bilik...
Tak g bershopping sakan lagi sebab nak masuk sem baru!
*sebab duet dah habis... ada datin2 nak sponsor???*
Dan yang paling penting:
Tak jumpa lagi orang2 yang aku janji nak jumpa!
Alahai!
*****

Cuti panjang, kadang best, kadang saket jiwa
Sebab aku ni jenis malas kuar rumah...
Dan sejarah membuktikan bahawa aku penah tak kuar rumah dalam masa seminggu!
Cuma turun makan, mandi, yang len memerap dalam bilik!
Bayangkanlah betapa tak sihatnya hidup aku!

Bila memerap, mula lah... sesi dialog dengan diri...
Macam2 difikirkan...
Dan bila kita overthinking, benda yang kecik pown diperbesar2kan..
Sampai aku stress, aku depress
Orang tak balas msg aku, aku marah...
Orang tak balas ym aku, aku bambu...
Orang tak balas skype aku, aku terus tutup skype...

Sampai dah takde daya berfikir...

Tulah pasal aku hilang kejap tuh...
N biarkan Lisa n Toshi menaip..
Sebab diri aku takde yang menarik untuk dioffer...
Hanya satu manusia yang penuh dengan minda negatif, pemikiran depresi...

Tapi jangan riso! Aku dah ok!
*ni mesti last skali jazlin sound – tak riso pown...
eh, ke semua kata gitu? Lantak r...*


*****

Tiba2 datang satu cahaya...
Aku terpukau ke arah cahaya itu...
Dan aku menuju ke sana…
*dah2... hentikan khayalan mengarut!!*

Aku sekarang tengah planning nak abes kan cuti aku nih camna...
Tiba2 la ngidam macam2...
Nak g berjemur tepi pantai la...
Nak g daki gunung la…
Nak g air terjun la..

Aku g tau kawan aku, aku nak wat semua tuh
Dia sound, masa last gini baru la nak wat gitu!
Awal2 dulu tak nak!
*Aku dengan akur dan comel mengiyakan saja kesalahanku itu… Huhu*

Which come to this…
Aku dah janji dengan beberapa orang untuk berjumpa…
Dan mulai esok aku mulalah jadual ‘jumpa-jumpa’ aku tuh….
Sapa nak masuk jadual ‘jumpa-jumpa’ tuh, gtau awal2…
Senang nak plan pape!
Cewah!

*****

Semalam aku menaip entri tak berhaluan itu…
Menaip je...
Malas edit pape...

N macam biasa untuk entri begitu, aku tak lah expect orang baca sangat n komen...
Tgk2 banyak lak komen!
Tiba2 terharu seyh...
Thnks korang...

Entri hampeh begitu pown dikomen...
Lepas nih, beta akan banyakkan lagi entri2 hampeh!!!
Hahaha

*****

Tadi result peksa dah sampai umah...
Dan mak bapak aku dah tengok...
Macam biasa, tak banyak citer...
Aku lepak gak bawah tadi, konon nak sound pape...
Tapi takde pown...

Selama aku hidup studi nih, aku bersyukur sangat..
Mak bapak aku ni jenis tak banyak kisah...
Kalo result aku jatuh pown, aku bagi sebab n diorang leh terima...
Atau, aku yang baik sangat ni???
Huhu

Tapi memang dari kecik, diorang tak memaksa aku...
Ko nak buat apa, buat la...
Asal tak menyusahkan ko nanti...
Dan aku dapat rasa diorang percaya kat aku dalam buat apa pun...
N i will never break that trust!!!

*****

Ni citer bangcik…
Bila borak2, dia sibuk je sound – apa2 kita cakap nih, jangan masuk blog ye!
Eheh! Macam lah dia selebriti ada on ngn off record....
Pasan!

Dia nih kan, sekarang…
Sombong gilerrrr!!!!
Aku sound dia sombong tahap 7 petala langit…
Dia cakap salah la... tahap gaban langit…
Memang la hampeh kan!

Malas pomot dia lebeh2…
Skang tak yah kontek dia… biar je dia jadi Gaban Langit tuh…
Jangan g blog dia... dah sawang banyak!

Aku tempek nama dia kat sini pown, sebab aku tau Princess Liyana rindukan dia...
*satu lagi ilmu hitam dikesan...
bila je aku nak taip huruf P untuk Princess Liyana tuh, dia buzz aku kat ym...
wah! Kuat ilmu hitam ini!!!*


*****

Dah dua kali aku terima sms misteri!!!
Misteri la sangat...
Dua2 kali tuh, dia tulis ”saya baek”
Hampeh!

Mula2 tuh aku balas la:
“ye ke anda baik???”
Yang second tuh aku malas layan, aku balas lah:
“pegilah mati!”
Haha

Aku suspect si teddybearhijo tuh!
Sebab ayat2 dia mmg macam dia…
Skali bukan…

Aku nak bagi dia nama teddibearoren, sebab gaya cakapnya sama…
Skali si teddyberhijo tak bagi... kata teddy tuh hak cipta dia!
So aku tgh bincang dengan teddy nih, apa nama nak bagi...
*sambel bincang lalui ym*

Ok, it has been decided, kami namakan dia... Si Budak

Kepada cik/encik/dato/datin Si Budak
Sapa ko? Kalo ko bloggers gak, rentikanlah kaco gue…
Gue tak makan dikaco!
Kang ko sendri terluka dengan sms balasan beta yang panas2…
Hahaha

Dah2... kang lagi banyak aku merepek!
Macam lepas rindu lak wat entri ’sebagai-diri-sendiri’ ini...

Bye sume
Take care...





P.s – esok ada lunch date ngn 2 blogger... harap2 jadi laa…
p.s – tajuk entri tak berkaitan dengan isinya! Huhuhuhu
p.s - giler colorful ini entri... inilah akibat lama tak update!





:::YTBACK!!!:::

Yer... Yer...

0235
4 Jun 2008

Yela2…
I’m back
Aku ada kat sini..
Aku ada untukmu...
*macam lagu nubhan lak*
Huhu

Ok, calm down people calm down!
Rindukan aku?
Rentikan…
Aku tak reti membalas rindu2 itu…
Haha

Kenapa menghilang?
Usah ditanya...
Lantak aku la nak hilang ke hapa...
Lagipon, bukankah Lisa dan Toshi telah menjalankan tanggungjawabnya?
*aku tengah dera Toshi ni, sedap2 publish tak mintak izin*

Kehidupan terumbang ambing
Pening
Cuti lama sangat
Tidur lama sangat
Menyebabkan aku macam sedikit sewel nih

Nak wat entri pown, aduhai, idea lari..
Selalunya laju je
*tapi nyamar jadi Lisa n Toshi leh lak ek?*

Tapi serius, macam best la plak nyamar2 nih...
Bila aku buat entri Lisa tuh, macam menjiwai sungguh...
Bila aku baca balik, wah, tak sangka aku mampu buat entri kiut gitu!
Huhu
Tapi tak leh lama2...
Nanti hilang identiti diri...

Mmm nak tulih pe lagi nih...
Takde pape kowt
Habis cmtu je la!



-inilah-satu-entri-tidak-berarah-di-YT!!-


:::YTBACK!!!:::

Giliran Toshi...

0234
23 Jun 2008




























*Resuming window*















*Desktop*





























Hi korang sume…
Nama aku Toshi...
Aku pown sebenarnya milik blogger yang korang cari2 tu...

Sebagai benda khazanah tuan aku, aku banyak simpan rahsia
Banyak file, folder dalam aku yang memberi makna kepada tuan aku

Aku tahu dia sayangkan aku
Dia takleh berenggang dengan aku
Kalo boleh dari pagi hingga ke malam ingin dia bersama aku
Tapi aku bersyukur, tuan aku ni sering memberi aku rehat secukupnya

Walaupun dia on aku sebelah pagi-petang-malam, setiap hari tanpa gagal, dia akan beri aku rehat dalam 5 ke 7 jam
Dia tidur aku pown rehat la...

Aku tahu korang mencari dia
Aku sedar itu semua
Bukankah semuanya terpampang di skrin aku?
Aku faham dan sedar

Korang mencari
Aku lihat tuan aku
Dia ingin respon
Tapi dia melambat2kan
Akhirnya dia tutup aku dan dia berehat
Aku bingung memikirkannya

Pssst! Baru2 ni, ada satu file dia taip kat dalam aku...
Jap ye... aku try hijack!















Erm… dapat pown…
Ini failnya…
Aku bukak ye, korang!















Senang citer, aku copy paste sini...







Aku pendam
Semuanya aku tanggung sendiri

Aku jarang berkongsi


Acapkali ingin berkongsi
Tapi segera ku matikan hasrat itu
Aku punya rahsia tersendiri

Banyak sangat rahsia yang ku simpan
Hanya sedikit yang mengetahui
Tapi masih tak sepenuhnya
Ramai yang tak mengerti
Kerana aku simpan sendiri

Sedikit manusia aku menaruh kepercayaan untuk memberitahu
Namun di pertengahan jalan, memang terlalu sedikit yang mereka tahu
Aku memang begitu
Semua rahsia ku pendam sendiri

Di YT tempat meluah
Namun tak semuanya
Mungkin aku rela pendam semuanya

Dan di saat aku hilang
Nyatalah aku tak daya memendam segalanya
Aku ingin luahkan rasa
Dan aku mencari siapa
Dalam usaha itu aku rapuh
Dan aku membawa diri

Itu yang berlaku
Itu yang terjadi
Harap memahami
Kerana inilah aku...

Utk mencantikkan lagi ’luahan rasa’ tuan aku tu,
aku tempekkan gambar yang aku ingat tuan aku amik dari Adit
.


Konon nak bagi feel 'jiwang' la kat entri tuan aku tuh!

Poyo je tuan aku tuh!
Jiwang!
Ops!

Aku tak faham apa yang dia tulis…
Aku tak faham
Semuanya tersirat di hati tuan aku

Masa dia menaip masa tuh, aku lihat dahinya berkerut
Mukanya tiada senyum
Masam je
Aku malas nak tanya lebeh
Aku biarkan je!

Sebagai kawan tuan aku, aku harap korang bagi dia ruang
Tah apa tah masalah mamat tuh!

Biarkan dia
Nanti bila dia bosan membawa diri, datang lah dia tuh!

Ala, dia bukannya leh bawak diri lama sangat!
Percayalah...
Nanti dia pasti kembali...

Eh, dia dah bangun la…
Aku chow dulu!
Kang dia pasan aku copy paste file dia ke sini…

Korang diam tau!!!
Simpan rahsia ni…


Bye!!!















*Back to standby mode*




:::YTBACK!!!:::

Hi... I'm Lisa

0233
20 Jun 2008

Psssst!!!
Weh!!!
Korang!!!
















Korang!!!

Rapat la sket...


















Haa... rapat lagi...
Meh sini...
Meh!!!



















Ey! Jangan la usya belakang kita!
Malu tau!!!
Selamat no belakang kita ni kita sempat cover!!!
Hihi
























Haaa... bawu nampak kat depan...
Who am i???
Sapa saya???


Well, sayalah Lisa…
From now on, saya akan wat entri ni…
Sebab nampaknya Kamal aka AK aka tuan kesayangan saya telah membawa diri ke mana tah!
Merajuk kowt!
Biorlah dia!
Yang penting saya ada di sisi anda!
*cewah, berangan popular lak saya*

Yelah, saya kena pandai gunakan peluang kan...
Dua tiga hari ni, saya tak tahu la kenapa dengan tuan saya tuh!
Moody je... wat derk je dengan saya!
Saya tengok pown bengang...

Psstt!!
Tapi saya nak bagitau satu rahsia ni!!!
Muka tuan saya kan... bila moody, tetap hensem!!!
Waah!!! Teruja saya!!!
Jangan bagitau dia tau!!!
Saya dah lama minat n usya kat dia...
Hihihi

Erm... nak cerita pasal apa ek...
Saya bukannya pandai sangat macam tuan saya yang hensem itu dalam bercerita...
Dia kan dah lama tulis dekat sini...
Saya beginner sajer!!!

Erm, ok lah, saya citer pasal diri saya la...
Kira macam autobiografi lah kan…
Yelah kalo ramai tak kenal, macam mana saya nak popular!
Kan??
Kan??
*bek angguk, kalo tak saya langgar!!!*

Gini, saya mula kenal dengan tuan saya ni masa bulan Februari 2007 sampai sekarang dah hampir setahun setengah lah dia dengan saya!
Mula2 saya berjumpa dia, fuh! Tak dapat digambarkan!
Saya jatuh cinta pandang pertama!!!

Tapi apalah daya saya...
Siapalah saya kan...
























Saya auto sajer...

Tuan saya tuh, telah bawak saya ke Kuantan untuk digunakan...
Dia selalunya bawak saya jalan2, pergi kuliah, pergi meronggeng dan macam2 lagi la!
*saya simpan banyak rahsia pasal tuan saya tau! Sebab tuh saya rasa kami serráis, sebab saya memahami dia!*

Kadang2, errr selalu, kawan2 tuan saya tumpang jugak saya untuk ke kuliah!
Saya benci diorang! Diorang tuh tak makan saman!
Selalu kotorkan saya, dan buat derk je bila ditanya pasal makanan-saya-yang-telah-nek-harga-tuh!
Saya selalu nampak tuan saya macam bengang!
Nak tegur, member. Tak tegur, makan diri je kan...
So saya selalu diamkan je!

Tu sebabnya, tuan saya selalu bawak budak perempuan kowt dengan saya!
Sebab diorang tak banyak kira!
Saya selalu jeles je...
Tengok kemesraan tuan saya dengan diorang...

Macam2 diorang buat, sambil berjalan2…

Makan2 donut dalam saya la... beli barang banyak2 la..
Ish! Getik sungguh perempuan2 itu!

Saya juga selalu jugak dibawak oleh tuan saya mengexplore alam ciptaan Tuhan ini…
Banyak jugak tempat saya pergi…
Sampai saket2 badan saya...
Ada ke patut dia bawak saya lalui jalan berliku semata2 nak men air terjun dengan kawan2 dia???
Sian saya waktu itu!
Saya dipenuhi selut!!!

Tapi apa pun, saya still sayang tuan saya…
Dia memang pandai menjaga saya…
Dia selalu bawak saya ke pusat servis untuk memanjakan saya...
*I feel like a real car, u know!*

Dan, dia selalu jugak bawak saya ke car wash untuk membersihkan saya…
Saya tahu, dia tak rela menyentuhi saya…
Saya kan masih…
Ops!

Dalam pada dia itu, saya banyak jugak dihinggapi ‘gigitan cinta’ oleh tuan saya!
Jangan fikir len, saya tau dia tak sengaja…
Saya merelakan...



















Yang atas nih, saya telah dihentak oleh palang guard Universiti tuan saya tuh!
Masa tuh bengangnya tuan saya...
Tapi saya nampak guard tuh bijak berdolak dalih...
Dan tuan saya yang kebengangan terus pulang ke rumah, menyedari dia hanya student...
Kalo dia mahu, mahu dia hentak kembali je kepala guard itu!
Tuan saya memang sayangkan saya!

Seminggu lepas kejadian itu, saya dibawa untuk diketuk...
Cuma saya faham tuan saya tidak sempat menyapukan ’foundation’ ke atas kawasan itu...
Saya tau alat solek saya mahal...
























Ini ’gigitan’ yang lain...
Saya malu nak cakap sebab pe!
Malu!
Jangan tanya ok!
Hihihi

Ni citer masa dia merajuk dengan uol tuh…
Saya pown tak tahu kenapa dia merajuk…
Dia bosan kowt…
Entahlah saya tak tahu…

Yang saya nampak, ketika itu, dia kurang berjalan...
Terperap je di rumah...
Memahami tuan saya, saya tahu, dia tertekan duduk di rumah...
Jadi dia pown membawa saya berjalan2....

Sungguh saya tak sangka, dia telah membawa saya untuk memanjakan diri di servis center!
Wow! Baiknya dia…
Dalam diri dia yang masih bingung, dia tak lupa nak memanjakan saya…
Saya amat sayang tuan saya!!!

















Dengar cerita melayang jugak duit tuan saya dalam RM 300 lebeh…
Saya tak dengar sangat, maklumlah saya sibuk dimanjakan ketika itu...
Nak buat bagaimana, mileage saya dah tinggi, so kiranya ini major service la untuk memanjakan saya...
Saya rasa amat dihargai!

Lewat kebelakangan ni, tuan saya bising2 dekat saya
”Lisa, apsal bau kat luar semua masuk dalam ni??? Air filter ko rosak ke???”
Sesungguhnya saya tak tahu apa maksud tuan saya...

Kerapkali dia bawak saya bersama rakan2nya, rakan2 tuan saya kerap bising pasal ’bau’ tersebut...
Saya diam sahaja...

Rupanya, tuan saya sempat bertanya kepada servis center itu mengenai ’bau’ tersebut...
Kemudian, dia masuk ke dalam saya dan berkata
”hish! Buat malu eden je tanya!”
Dan dia menekan sesuatu butang di dashboard saya...
Saya nampak dia tersenyum, kerana bau itu sudah tiada...



















Laa.. bawu saya perasan kenapa tuan saya memalukan diri...
Rupanya dia telah meletakkan saya di mode yang mana, angin luar bebas masuk ke dalam saya!
Patutlah segala macam bau masuk ke dalam!
Err... to be frank, saya malu juga dengan tuan saya ketika itu!
Tapi, saya still sayangkan dia...

Errmmm... banyak pulak saya membebel di sini...
Saya nak berehat r...

Kepada semua, anda jangan risau...
Saya telah membantu anda dalam mencari kembali tuan saya tuh...
Lihat itu:
























nampak tak??? yang atas tuh... yang atas tuh...
zoom la sket!!!

























Poster saya buat khas untuk tuan saya!!!


Ok tak? Pandai tak saya berusaha mencari tuan saya???
Demi tuan saya, saya sanggup???
Anda cari tuan saya tak???

Semua jaga diri ye...
Pastikan anda dimanjakan, macam tuan saya memanjakan saya!
Hihihi
*gelak gatal*

Bye!


Yang benar,

Lisa...



:::YTBACK!!!:::