Talking to the Moon

Talking to the Moon
Trying to get to You

In hopes you're on the other side
Talking to me too
Or am I a fool, who sits alone?

Talking to the moon


:::YTBACK!!!:::

Heroes Kembali 2.0

0469
100911

kamal

dia violin. music instrument (basic) paling sukar. tapi, indah.”


I went “Fuuuuuuuuuuuuuhhh”
Then kembanggggg

Thanks for that weird but sweet compliment…
Told you, I am heroes right!!

sumber: INI


:::YTBACK!!!:::

Heroes Kembali

0468
100911

Aku memang dah lama perasan hal yang ni
"Aku ada ability kenal lagu even dalam dengar dalam masa yang sekejap"
Lebih2 lagi lagu yang aku minat

Contoh, tengah jalan-jalan
Lewati kedai yang pasang lagu
Satu saat sebutan “Haaaaaaaa” aku dapat kenal itu lagu apa

Dan kadang2 bila aku tengok tajuk lagu pon, aku dah humming lagu dia cmna
Contoh bila aku tengok entri NI
Dan aku dah terhumming lagu ini

Ya, ya
Aku tahu
Ini memang kesan kuasa heroes aku yang dormant dulu

Heroes kembalikah aku???


:::YTBACK!!!:::

Made by Malaysians

0467
310811

Aku sayangkan Malaysia
Aku rasa Malaysia mempunyai ciri2 negara yang tak ada pada negara lain
Aku rasa Malaysia unik

Sejak kecil aku disogokkan dengan kebaikan bangsa Malaysia
Ramah, sopan santun, penyayang
Mungkin itulah ciri2 Malaysia yang diwar2kan di media massa

Hinggakan ia menjadi satu ayat yang cliché
Ayat yang selalu diguna pakai
Hingga hilang ‘harga’ ayat2 tersebut kerana kerap kali diucap

Kalau nak buat karangan pasal Malaysia,
Kene sebut melayu, cina india
Hidup harmoni, takde sengketa
Kene sebut bangunan2 kemegahan negara
KLCC dan KL Tower
Makanan2 yang beraneka
Tempat2 pelancongan yang cantik2 belaka
Itu suma

Kan?

Aku pun macam tu
Aku pun tulis ayat2 macam tu
Dan aku pun selalu fikir yang itu pasal Malaysia

Hingga satu tahap, aku dah mula berfikir rasional
Betul ke apa yang dikatakan?
Betul ke itu semua?

Pasal bangunan, makanan dan tempat aku tak nafikan
Tapi betul ke melayu, cina, india hidup tanpa sengketa???

Aku gali dalam diri aku balik
Aku tanya diri sendiri

Ya, mungkin
Tapi hanya pada luaran
Deep down, perasaan tak senang antara kaum masih ada
Deep down, aku selalu perkecilkan kaum lain

Itu aku tanya diri aku
Anda bagaimana?

Lewat kebelakangan ni, ahli2 politik banyak memainkan isu perkauman di media massa
Aku tak nak mengulas sapa benar sapa salah
Tapi kalau betul Malaysia hidup harmoni, mengapa perlu ada itu semua?

Takkah terfikir?

Itu sebabnya, bila aku lihat video di bawah ini, aku kagum
Kagum dengan usaha mamat ini menyatupadukan semua

Aku rasa ini rasa generasi baru

Generasi yang hormat satu sama lain
Bukan memberi gelaran2 tak baik di media massa!
Generasi yang faham perbezaan agama
Bukan memperkecil2kan agama2 yang lain
Generasi yang bertolak ansur
Bukan setiap kali bertelagah, isu agama, isu kaum dipermainkan…

Sometimes,
its amazing to see a 21 yo guy can think all of these
over all politicians in the country…


Ini macam iklan yang selalu kita lihat di TV
Tapi ini lain
Di TV kita tahu itu pelakon2
Tapi ini, kita tahu suara sebenar generasi baru
Yang jujur menghantar respon

Congrats Matluthfi for this awesome video!!!



p/s - Selamat Menyambut Kemerdekaan Negara ke 54. Merdekakah kita???
p/s2 - something from 'masa silam'


:::YTBACK!!!:::

Update!

0466
290811

Sebenarnya, aku tak rasa susah sangat nak wat satu2 entri
Bagi aku yang penting adalah isi dan kejujuran dalam menulis satu2 entri tersebut
Masa juga bukan factor, kerana ada je masa untuk menulis sebenarnya

Cuma bagi aku, kekangan yang ada dalam menulis dan mengupdate blog ialah MALAS
Kalau aku dah kemalasan memang payah la…

Idea ada je
Mencurah2
Tapi malas, nak wat cmna
Tertinggallah la blog sunyi sepi tanpa update

Seawalnya, YT yang dulu masuk ke keadaan tuh atas berbagai factor
Kalo ada yang perasan, aku dah mula kurang berblogging bila aku start practical
Ada event yang berlaku dalam practical tuh yang buat aku rasa update blog adalah tak relevan

Walau hanya 3 bulan practical, bila dah start malas, mulalah ia berlarutan
Dan bila masuk zaman keje, memang masa agak limited, so jadilah YT lama seperti yang sekarang

Dalam YT lama aku selalu cakap – hidup dah berubah, tapi aku tetap aku
Hidup aku memang dah berubah

Dari tak bekerjaya, sudah bekerjaya
Dari tak sambung master, sudah start sambung master
Cuma in love department masih stagnant
Menangisi yang lalu kot… hehe

Yerp, aku dah hampir 2 tahun bekerja
Kewangan sikit demi sikit mula menstabil
Tak macam masa mula2 keje dulu, agak tak berapa stabil

Masa-masa begitu, sabar amat penting
Jangan demand sangat, jangan belanja sangat
Cuba map out macam mana financial nak pergi for the rest of your life

Alhamdulillah, aku berjaya harunginya dengan ok
Simpanan ada, dan segala macam pinjaman telah diselesaikan
Slow2, bila dah selesa, baru aku buat keputusan nak sambung master

Sambung pun yang dekat KL
Part time, sabtu ahad
Dalam sebulan ada 2 weekend diperuntukkan
Penat memang penat, tapi aku rasa ini sajalah masanya nak sambung pon
Pasni , memang payah

Aku memilih untuk tidak menambahkan beban kewangan
Takdela PTPTN ke apa
Aku tanggung sendiri
Mungkin akan mintak biasiswa
Kalau tak pon, last choice mintak advance kat PAMA pastu bayar balik
Tak sanggup deh nanggung hutang

Aku cuba menahan diri dari menukar kereta
Susah gak duduk dalam zaman bekerja ni, kawan2 sume tukar kereta
Takpe2, tak mampu lagi
*pujuk hati*

Kadang2 bila aku manage kewangan ni, terfikir gak
Macam mana orang2 yang banyak hutang, tapi still boros sana sini
Mesti rasa tak selesa sebab rasa terikat
Entahlah

Zaman kerja dah buat aku lebih matang berfikir
At least, aku rasa ada improvement
Dan aku rasa agak sedia la nak berdua kea pa
Tengah berusaha! Hoho

Well, aku stop sini
Biar korang wat spekulasi lebih2 on last paragraph tuh
Chow!
Take care!!!
Dalam YT lama aku selalu cakap – hidup dah berubah, tapi aku tetap aku
Hidup aku memang dah berubah

Dari tak bekerjaya, sudah bekerjaya
Dari tak sambung master, sudah start sambung master
Cuma in love department masih stagnant
Menangisi yang lalu kot… hehe

Yerp, aku dah hampir 2 tahun bekerja
Kewangan sikit demi sikit mula menstabil
Tak macam masa mula2 keje dulu, agak tak berapa stabil

Masa-masa begitu, sabar amat penting
Jangan demand sangat, jangan belanja sangat
Cuba map out macam mana financial nak pergi for the rest of your life

Alhamdulillah, aku berjaya harunginya dengan ok
Simpanan ada, dan segala macam pinjaman telah diselesaikan
Slow2, bila dah selesa, baru aku buat keputusan nak sambung master

Sambung pun yang dekat KL
Part time, sabtu ahad
Dalam sebulan ada 2 weekend diperuntukkan
Penat memang penat, tapi aku rasa ini sajalah masanya nak sambung pon
Pasni , memang payah

Aku memilih untuk tidak menambahkan beban kewangan
Takdela PTPTN ke apa
Aku tanggung sendiri
Mungkin akan mintak biasiswa
Kalau tak pon, last choice mintak advance kat PAMA pastu bayar balik
Tak sanggup deh nanggung hutang

Aku cuba menahan diri dari menukar kereta
Susah gak duduk dalam zaman bekerja ni, kawan2 sume tukar kereta
Takpe2, tak mampu lagi
*pujuk hati*

Kadang2 bila aku manage kewangan ni, terfikir gak
Macam mana orang2 yang banyak hutang, tapi still boros sana sini
Mesti rasa tak selesa sebab rasa terikat
Entahlah

Zaman kerja dah buat aku lebih matang berfikir
At least, aku rasa ada improvement
Dan aku rasa agak sedia la nak berdua kea pa
Tengah berusaha! Hoho

Well, aku stop sini
Biar korang wat spekulasi lebih2 on last paragraph tuh

Chow!
Take care!!!



p/s - sedikit ralat, hari terakhir Ramadhan... cuak pun ada, dapat ke bertemu Ramadhan seterusnya, cukupkah amalan aku Ramadhan ini... hurm...


:::YTBACK!!!:::

YTBACK, alright!!!

0465
200811

*baca tajuk di atas macam lagu Everybody (BSB)*


Bismillahhirrahmannirahim…

Kata lafaz aku mulakan
Bila mana, satu rasa datang kembali kepadaku
Dan aku telah mengikut rasa itu
Untuk kembali menulis di alam maya ini

Kadang2, dunia realiti terlalu payah
Payah menimbulkan lelah
Lelah menyebabkan ia terasa pahit
Dan kepahitan itu, bila tak diluahkan akan membawa mati!

Sebetulnya, lepas tutup YT dulu, memang aku nak kurangkan kebergantungan kepada blog
Aku rasakan aku perlu lebih banyak tumpukan pada realiti aku, tanpa banyak terganggu dengan aktiviti sampingan ini
Ada juga membuka satu blog lain, dengan harapan tiada yang memerhati, sedikit berahsia dengan blog itu
Namun, suasananya tak sama…

Lantas, aku rasa aku perlu kembalikan YT
Namun dengan cara berbeza

Semua entry di YT dulu aku dah ‘import’ kan ke blog ini
Mula2, agak payah juga, sebab aku dah dekat 2 tahun berhenti blog di YT
*rasa lama sangat la pulaaak*
Dan ilmu aku sebagai blogger dalam mengeksport dan mengimport kembali blog sudah berkurang
Selamat ada kawan2 blogger yang masih ada untuk membantu
*u know who u r*

Aku tatau apa natijahnya aku kembali
*natijah? Haha*
Yang aku tahu, aku rasa ingin kembali

Aku tak mahu lagi konon2 nak wat target berapa banyak entri seminggu n so on
Bila aku rasa nak tulis, nak kongsi, aku akan tulis

Biarlah blog ni mengikut purpose yang aku nak buat sejak dulu
Ini support system aku

Entry mungkin berubah
Aku sudah berubah
Mungkin aku dah tak poyo lagi macam dulu
Mungkin term ‘blogger-hensem-kacak-bergaya’ akan digugurkan
Aku kata mungkin ya
Tak tahu lagi
Jangan berharap sangat... haha!

We’ll see where I can go from here…

For now,

YTBACK, alright!!!


:::YTBACK!!!:::

THE END

0464
070211

Lama aku tangguhkan hasrat untuk menulis entri2 sebegini
Entri2 yang akan menyebabkan aku sendiri tak tahu nak tulis apa

Tapi sebab dah terlalu lama bertangguh, aku perlu juga menulis

This is the last entry in YT
This is the last
After this, there will be no more entry here
And this site might be gone forever


See, its difficult for me too to take this step
By taking this step, I literally kill a part of me that being here in all these years
But taking this step is a must, as when I see YT, I cant recognize it anymore

Hasratnya dulu diciptakan laman ini adalah untuk memberikan pandangan
Mula2 memang tak ramai yang datang ke mari
Yang ada pun cuma kawan2 yang dipaksa untuk membaca

Hingga tiba satu ketika, Teddybearhijo datang (yeah I still remember ok)
Dan selepas itu, slow2 ramai yang datang menghuni di sini
Kita bertukar2 cerita, bergurau senda
Berkongsi
*sebak pulak rasa ni*



Seriously, this site has been a great experience for me
Ingat lagi di kala blog ini di zaman kemuncaknya, tiap detik bagaikan ingin aku tuliskan di sini
Aku ingin berkongsi semuanya
Kerana waktu itu blog ini terasa amat tenang dan bahagia
Dan kalian semua ada di dalamnya

Walau kita tak bersua muka kita macam saudara
Aku sungguh2 menghargainya

Hingga sampai satu saat, apabila aku ada berita gembira, perkara pertama yang terlintas adalah untuk update blog ini
Betapa berharganya blog ini

Tapi kini aku sudah rasa tidak kena
Kaget
Rasa asing di tempat sendiri

Mungkin aku tidak berapa suka bila blog ini semakin open kot
Dan diakses oleh ramai orang

Eleh, kalo itu masalahnya, jangan buat blog!

Bukan lah, maksud aku bila ramai mencari
Dan ramai membaca,
Literally, they like reading my mind

Dan yang tak bestnya
Bila segala benda yang dibaca diulang2 bagai radio rosak di telinga aku
Dan juga segala rahsia yang konon2 ditulis di YT, mau dikorek sedalam2nya
Dan dihebah2

Ada satu peristiwa, di mana waktu itu blog ini dipvtkan
Dan yang hanya boleh mengakses adalah sebilangan orang kepercayaan
Dan waktu itu, aku ada menulis mengenai sesuatu

Yang tak disangka, dalam sebilangan orang inilah yang aku tak boleh percaya
Aku telah diserang mengenai satu entri aku

Waktu tu, aku bukanlah direct menulis untuk orang tu
Aku macam biasa, berkias
Yang tak bestnya, bila ‘orang kepercayaan’ ni yang buat assumption
Dan beri baca kepada orang yang konon2 aku tulis di dalam tu

Maka timbullah konflik…
Dan aku diserang…

Ya, korang memang tak tahu
Aku biarkan ia berlalu dan sekarang baru aku buka cerita

Pada masa tu, hasrat menutup YT tak terlintas pon
Aku anggap ia sebagai cabaran

Tapi lepas 2 3 peristiwa terjadi, better aku berhenti
Aku tak mahu ulangi lagi
Lebih2 lagi bila masa depan aku menjadi taruhan
Perhubungan dan kerjaya
Aku tak mahu lagi mengambil risiko

Jadi, ini adalah selamat tinggal
Akan tiada lagi YT di alam maya
Oh, sungguh berat nak delete
Mungkin aku akan biarkan ia dormant dalam blogsphere kot
Tengoklah macam mana

Untuk korang
Korang2 yang memahami
Korang2 yang mengerti
Mesti korang ingat beberapa kali aku rindukan suasana blog sewaktu dulu2

Untuk korang
Jaga diri baik2
Aku akan masih ikuti cerita korang2 semua
Jangan risau
Perhubungan kita tak terputus

Rilek la semua
At least lepas ni tiada lagi blogger-hensem-kacak-bergaya di blogsphere
*oh sedih!*

Erm…
I felt that this entry do not give justice to how awesome
YT has been

But apa boleh buat..

Serius, from bottom of my heart
GOOD BYE GUYS!!!
Take care.


THE END


:::YTBACK!!!:::

Kelirukan Entri Ini???

0463
240111


Menutup mata, berfikir
Apa yang ingin aku kongsikan?

Terlalu banyak rasanya
Tak tertaip
Sedang masa kian suntuk

2 3 minggu ini, tumpuan pada kerja makin kurang
Badan perlukan rehat
Asyik sakit2
Emosi pun tak stabil

Lantas, dalm 2 minggu kebelakangan ini, aku mencipta masa ‘aku’
Kejap2 MC
Kejap2 cuti
Konon nak melapangkan fikiran

Dan aku kembali kepada aku yang selalu berfikir…

Berfikir itu bagus
Tapi bukan terlampau berfikir

Cara aku, bila aku berfikir, aku akan teringat kisah2 yang pernah berlaku dulu
Dan semuanya berputar, berlegar2
Tinggal aku last sekali dengan kekeliruan

Tapi kali ini, aku rasakan tumpuan pemikiran aku pada satu kisah ini
Ini kisah 8, 9 tahun lepas
Kisah2 dahulukala orang kata

Entah kenapa, bila difikir, diingatkan kembali, hati aku terpaut pada kisah itu
Di sudut hati bertanya kenapa aku tidak pernah mencuba
Sedangkan rasa itu ada

2 3 hari tumpuan pada kisah itu
Bila banyak berfikir, ia mencipta satu obsesi
Dan bila obsesi itu tidak dapat dipenuhkan, aku yang sengsara

Entahlah
Mungkin ini masanya aku mencuba
Menyambung kisah2 dahulu kala
Manakan tau hasilnya?

Doakan aku
Doakan aku
Doakan aku

Aku semakin jauh tersimpang
Tapi jauh di hati masih mengharapkan yang baik baik sahaja

Kelirukan entri ini?


:::YTBACK!!!:::

Jom Kembali??? Bla la!!!

0462
070111


Konon ingin kembali kan?
Tapi sekian lama baru muncul…

Aku cuba elakkan diri dari menulis tatkala ini
Sebab bagi aku, apa gunanya aku menulis di kala ini

Ingatkan tahun2 baru, ingin menulis sesuatu yang gembira
Tapi apa boleh buat, ujian kerap datang melanda
Dan aku tertinggal dengan satu kekesalan dan bitterness di dalam diri
Jadi, better aku elakkan diri dari YT kan?

Kadang2 dunia terlalu perit untuk aku cuba bergelak ketawa dan berkongsi bersama kalian di YT
Harap aku tabah tempuhi dugaan ini…

Korang, jaga diri k…


:::YTBACK!!!:::