Aniaya

Apa yang berlaku, kejam.
Teraniayanya aku, tak diberi peluang.
Engkau pergi, berselindung di sebalik alasan alasan agama
Namun caranya, tidak sebaik cara

Kini aku paranoid
Bimbang
Semua mungkin terulang
Hanya watak dan situasi yang bertukar


:::YTBACK!!!:::

Realiti

Banyak dah berubah, namun ada yang tetap sama.
Aku masih lagi aku yang dulu.
Yang rindukan laman ini bila terasa sunyi.

Dulu laman ini aku kunjungi bila terasa sepi.
Sehingga satu ketika aku yakin, aku mampu untuk hadapi dunia realiti.
Dan bila realiti sudah menjanjikan sesuatu, laman maya ini aku lupakan.

Kini aku kembali.
Mungkin realiti sudah tak seindah yang diingini?


:::YTBACK!!!:::

Ayat Keramat

Lama tahan perasaan
Cuba untuk melupakan

Aku mampu
Aku berupaya
Kau sudah hilang dari fikiran

Entah mengapa
Di sudut baris ayat keramat
Huruf dan makraj
Aku menangis
Memikirkan betapa kejam kau lakukan aku

Doa orang teraniaya makbul mungkin

Aku tak mahu berdoa
Kerana aku tak tahu samada aku betul-betul teraniaya
Atau meletakkan diri sebagai mangsa seperti biasa

Entah bila hati ini boleh redha dan memaafkan


:::YTBACK!!!:::

MIGHT BE

Call me conservative, but i do feel that updating a blog should be done through laptop and not from mobile phone like this.

But i guess time has changed. I have the access thru my blog from the phone, so why bother all the fuss for the sake of an update?

Lama sebenarnya aplikasi blogger ni ada dalam phone. Hari ni baru try guna

Lama dan acapkali YT memanggil n menyeru. Mungkin ini jalannya?

Besides, kebelakangan ni ramai pulak blogger buat comeback. Macam berjanji.

So for now, i dunno what i should call this, but this MIGHT be a start.

Stress on the MIGHT.

Ehhh, first post for 2012? What happened to me?


:::YTBACK!!!:::