Rehat jap...

0035 – 26 September 2006
Rehat jap…

Actually, lots of things happened these days, plus the we are in the holy month.

Internet kat sini pun tiba-tiba macam hampeh, aku dapat upload post yang last skali lepas 5 hari! So, I decided to rest sekejap.

Tambahan pula, perubahan jadual di bulan puasa ni, aku nak kene biasakan diri dulu. If I got some time to write, I’ll post ok!

Bye, enjoy ur day.

Puasa jangan tak puasa!


:::YTBACK!!!:::

Relationships - Part 1

0034 – 21 September 2006
Relationships – Part 1

Prologue

This will be part 1 of a series of the entries under the title relationships. First time nak buat entri serius ni.

Why do I choose relationships as the main topic?

Well, it is simple actually, because our life is majorly affected by this! And this will determine who you are, how you get them through and so on and so on…

Sebenarnya idea nak menulis pasal benda ni dah lama, terlalu lama! Cuma takde kekuatan dan takde cerita yang sesuai untuk dikongsi bersama.

Dan aku juga mengharapkan adanya satu cerita besar yang boleh initiate mood aku menulis. Tapi takde, yang ada cuma perkara-perkara kecik yang bila dikumpulkan, besar juga akhirnya. So I thought I just carry on…

Relationships…

Relationships involving two sides of people, it cannot walk alone. Dan bila ada dua bahagian, ia menjadi rumit kerana kita perlu untuk menyesuaikan diri , keadaan, dan pelbagai perkara dengan pihak yang satu lagi and vice versa.

Ada yang dapat sesuaikan, ramai yang tak berjaya, yang akhirmya menyebabkan diri hanyut dan terpengaruh dengan pihak yang satu lagi.

Bagi aku, as each side will try harder to fulfill their own needs, they have to have their own stand that will not be affected when they mix around with another side of bunch.

Pendirian kita dalam menjalinkan hubungan dengan manusia amat penting. Jangan sampai akhirnya kita yang hilang identiti.

Banyak yang pernah ku lihat, setelah mereka berhubungan dengan seseorang, mereka akan berubah menjadi orang itu. Seakan mereka sudah kehilangan identity sendiri dan mereka terpaksa untuk melakukannya, semata-mata untuk membiarkan perhubungan itu berjaya.

Dan aku juga tak nafikan, aku juga pernah hanyut dan mengikut orang lain sehingga tergugah pendirianku.

Relationship part 1 – friends

Dalam dunia ini, kita memang tak mampu hidup bersendirian. “Takkan mungkin kita bertahan, hidup dalam bersendirian”. Kita memerlukan antara satu sama lain, dan kebanyakan masa remaja kita banyak dihabiskan dengan rakan-rakan.

Kawan atau rakan, bagi aku, hanya datang dan pergi.

Jarang sekali aku dapat rasakan ia berkekalan kerana kita keep on moving with our life and sometimes our old friends seems irrelevant to be there in the process for us to move to another level.

Banyak yang telah datang dan pergi. Banyak kenangan yang pernah tercipta dan kini hilang begitu sahaja.

Aku banyak kawan. Juga banyak kenalan. Tapi, at some point, bila situasi dan masa berubah, mereka bagaikan hilang begitu sahaja.

Dan aku terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan dengan mencari kawan baru. It doesn’t matter to me, it is a process of life right!

Tapi bila terlalu banyak kenangan yang telah tercipta, aku merasa seksa.

Pernah aku meratapi kehilangan kawan bila mengenang pelbagai kenangan yang telah tercipta kini hilang dan takkan kembali lagi. Kemesraan dulu, suka tawa dulu, tangis duka dulu hilang di telan waktu.

Aku bertanya apa salah aku dibiar begini dan mengapa ini harus terjadi. Dan aku akan terus menyalahkan diri.

Lama juga proses itu berjalan, sehingga aku sedar bahawa kenangan lalu dan kawan itu takkan kembali lagi seperti dulu. People changes through time, and I cannot expect them to be like before, as their in static state. Dekat taman langit maybe la!

Akhirnya aku mengambil langkah dan berpemikiran, there will come and finally they will find their way to go from me.

And I am beginning to get use to that fact.

But kamal is being kamal. Aku tak boleh tipu diri dan hati aku rite? Aku sering konflik mengenai perkara ini.

Current friends

Before I move on, let me tell you my current friends.

All of them that I will discuss are my course mates. And I want to discuss about male friends.

Sebabnya, bagi aku nak berkawan dengan perempuan ini mudah. Mereka takde ego bila berkawan. Mereka senang menyesuaikan diri dengan keadaan kawannya.

In fact, kawan pertama aku masa darjah satu pun perempuan. Norhidayatul Ummi, aku ingat lagi namanya.

But, when it comes to male, I got a problem. First, their ego. Second, they are so full of themselves. Third, maybe I am freak? Urm, maybe…

Ok lets move one to my current male friends. I will not use any real name in this. So pepaham je lah. Kalau tahu siapa, tahu je lah.

Cos, to tell you my story I need to tell their’s too. Ok.

There are 10 male students in my course. Tolak aku jadi la 9 kan. Harap takde yang tersinggung. This is my personal view on each of them.

A : what can I say is, he is genius with no life. Selalu buat perkara pelik yang boleh buat orang pandang ‘slek’ kat dia. I adore him for his brain, but bila dia ni pelik sangat plus, he keep boasting with the brain that God give to him, I cannot stand when I am standing near to him. Macam aku perlukan radius 2 meter dari dia, baru aku rasa selamat. Plus, now he annoys me. But, like I said just now, he is genius. The
problem is, he always be in his world, and seems like he has no life at all.

B : dia tak suka duduk sini. In fact, kuktem will be the last choice for him to be. Mentally down at first in the first year when he saw this place. Tried to change
university, to take teacher course instead. Pandai memang pandai. Yang penting
dia ni rajin. Tapi bila tiba bab kuktem, he’ll back up. Kutuk memacam.

Aku dah nasihatkan dia, everything that happened for a reason. Terima je lah takdir kau di sini. Ada hikmahnya. Tapi dia tak nak terima. I think he tried to fulfill others view on him, etc his friends at home. But bagi aku kat mana-mana pun sama. Kalau campak kat mana pun, memang dah jenis timid and don’t want to get involve with anything, kat oxford pun tak berjaya punya!

C : dia ni paling besar antara kami. Suka merungut. Kadang-kadang benda kecik pun merungut. I usually cannot stand this type of people, in fact aku mulanya tak suka mamat ni. Tak cuba lagi dah merungut. Tapi bila kenal, dia actually merungut je, tapi dia boleh buat kerja. At least walaupun dia besar, dia kira hormat orang sikit.

D : good looking boy. Dah ada awek. Tiap malam mesti bergayut. Bila aku cakap mesti, I mean it. Kalau satu malam tak bergayut, memang pelik.

Aku tak pernah gaduh besar atau konfrontasi dengan dia ni, sebab dia selalu beralah. Tak kisah lah apa pun, pergaduhan jarang terjadi. Pernah sekali aku buat dia marah
betul, tapi dia dah lupakan. Senang jugak bergaul dengan orang macam ni.

E : kami rapat dalam tahun pertama di sini. Amat rapat. Kongsi macam-macam. Cerita, pandangan dan macam-macam.

I once felt that this friend will last at my side, tapi yang terindah hanyalah sementara. Sebab kesilapan aku juga dan dia tak boleh menerima. Kami bergaduh. Not directly, but some sort of perang dingin. Sekarang dah ok, tapi kemesraan dulu tak kembali lagi. I hope it will be back, but hope is nothing right now.

I must say that I can see his potential in life, as he has taught me many things. But dia ni kurang ambil berat sikit pasal pelajaran. Bukanlah teruk sangat, but dia buat sambil lewa. Hobi dia – cari awek baru. Hurm!

F : I think he is just like B, dia tak suka sangat duduk sini. And that makes two of them ‘kemceng’ together. Just like B, timid type, takut-takut, don’t want to get involve in anything, only get involve if ada kawan yang ikut.

I particularly don’t like like this, as this type of person does not stand on
their own feet. Dependant sangat. But, as he does not have any confrontation
towards me, and treat me nicely, I thin I have no major problem with him.

Dan aku memang suka kacau dia ni, sebab cara dia marah adalah senyum. I wonder, dia ni tahu marah ke tak?

G : dia ni tak banyak cakap. Kerja dengan dia ni senang. Tapi kalau sekali dia keluarkan ketidakpuashatian dia kepada sesuatu, memang impak. Sekali keluar, memang la. Don’t have any prob with me, so there is nothing to type about.

H : dia ni ada pendirian. Tapi tak tegas sangat. Selalu jugak ikut kawan. Have ability to do something beyond expectation. Sebab tu aku kata dia ada pendirian dan
pemikiran sendiri. He’ll do anything to fulfill his needs, and his step kadang-kadang aku tak boleh ramal. Or maybe aku kurang rapat ngan dia ni kowt? No major problem also.

I : well, people say save the best for last right? But I save the most I can type about at last.

Aku memang banyak tak puas hati dengan mamat ni. He’s mental! Hehe. Nope la, itu aku taip sebab marah, lupakan ayat tadi.

What I can say is, he’s so full of himself. Nothing but himself. Will not hear any suggestions that beyond his idea. Dia suka berkonfrontasi. Fikir dia ni bagus sangat. Only depends on his glorious past that now seem irrelevant to be applied at this point. Maybe dia ni datang dari sekolah yang bagus, result spm gempak, tapi dia ni poyo yang amat. Aku memang tak boleh terima orang jenis macam ni.

Suka ‘condem’ orang, tapi bila dia yang buat kerja, lagi banyak masalah dari yang di’kondem’. Pernah sekali berkonfrontasi dengan dia secara terang-terangan. Tapi bukan aku sahaja, rakan serumah turut di pihakku.

Akhirnya dia sedar, tapi sekarang kembali menyakitkan hati lagi. Bukan aku sahaja yang tak suka, ada juga orang lain. Basikal dia pun banyak kali kena sabotaj. Seriously, I cant stand this person. Perasan tak, panjang aku menaip ni, compared to others?

9 people plus me, which complete the 10 male students in my course. 10 orang, 10 perangai, 10 kerenah.

Kadangkala aku geram dengan kerenah dan ego yang pada pandangan aku tak ubah seperti sampah. Kadang-kadang aku join sekali. Masa dan waktu berubah kan.

Aku boleh accept the facts that we are different. And we have our own ability and difficulties. But what I cannot accept is don’t you know how to tolerate with each other? Tak belajar ke?

Banyak sebenarnya yang pernah buat aku geram. Cuba bertahan, kadang-kadang terlepas juga. Ada yang aku simpan sahaja. Bukan takut, Cuma kalau aku meluah akan terjadi konflik, and I hate konflik. So for the sake of 4 years I will be here in this college, I will keep it shut.

Tapi itu tak bermakna aku tak boleh sakit hati kan?

Let me tell you the things that have affected me badly with them.

Rule no 1 – don’t boost up in front of me!

Bagi aku senang sahaja. Tak semua kekal, your ability, your face, your style, your money and so on. In a moment, everything can change. Cuma aku tak faham, jenis manusia ni, bila ada yang lebih sikit, mula lah lupa diri, bangga sangat dengan apa yang diperolehi. Hanyut dengan ujian Tuhan di atas kejayaan itu. Kejayaan itu juga kan satu ujian?

In fact, kalau nak berbangga, terlalu banyak yang boleh aku banggakan dan berlagak. Tapi, that is not me, I believe, pendidikan ibu bapa aku masa kecil telah banyak bantu aku dalam tidak berlagak. Plus, some experiences of mine, di mana kejayaan tiba-tiba diragut oleh sesuatu. So, to play safe, always alert.

But to those yang still nak berlagak depan aku for some sort of reason, u are nothing to me. Cos indirectly, you have make people hate you even more and you have shown your own foolishness in front of us.

Rule no 2 – be independant!

This is from my observation la. Maybe wrong, ok. For me, the first child of the family are more independent while others are too dependant. Don’t know why, I feel it that way. Of course it is based on some reasons.

Contohnya, the ‘I’ guy, his path of life is directed by his brother’s achievement in life. As far as I concern, his brother is a medical student, so for him to jump in this world of engineering is a shame. The ‘I’ guy and the ‘B’ guys also have something in common - they keep commenting. Bila ada keadaan yang mereka tak suka, mereka suka bagi komen melulu.

Contohnya, pasal kuktem ni la. They keep saying how fool is kuktem to do this and that, but for me, who are you to say, if you are apart of things that you comment and sadly say, you don’t have any power to get involved to change the situation.

Banyak kawan aku yang try harder to make changes in this campus are the oldest child in family. Kalau ada pun anak kedua, ketiga, mereka memang mature enough to think and act independently. That is from my observation. Lain orang mungkin lain pandangan.

Rule no 3 – get involve!

Susah sangat ke nak involve in something to gain experience. Banyak yang aku telah lakukan, dan pengalaman-pengalaman tersebut amat berharga. Tapi mereka2 ni mengaharapkan untuk disogokkan dengan semuanya.

Then, when time comes for them to do it themselves, they stuck! Nak taip surat pun kena aku buatkan? Baka! I’ve told them many times, to get involve. Kadang-kadang sampai merayu, siap bagi special invitation lagi.

Tapi mereka masih dengan dunia diorang. Maybe, soon they will realize, but maybe it will be too late, maybe the day they graduate?

Rule no 4 – be professional

I’ve jumped in this engineering world. I admit, at first I don’t want it. But it is time for me to accept the faith written up there and go with the flow. Now, I tend to be professional in what I am doing. Kalau ada yang terlepas tu, faham-faham je lah, I’m still learning. But for them, hush (satu keluhan yang berat!)
.
First, attire. Aku tak cakap apa yang aku cakap bagus sangat, and aku admit aku skema. But that is for the professional part. To wear something like you seen in the delinquents’ movie is not appropriate to class. Aku pun tak nak la jadi skema freak yang ikut je peraturan, tapi takkan peraturan kecik pun tak boleh ikut. Esok we’ll be with a trip to industry. I suggested to wear matrix card. The small thing that hanged at your neck tu! Tapi diorang tak nak, too skematikus for them. Macam mana la nak bagi good impression kat industry?

Secondly, time management. Aku akui aku pun bukannya bagus sangat, tapi kalau kelas pukul 8, baru nak mandi pukul 7.59 apa guna? Memang bangang. Pernah bergaduh jugak pasal masa ni. Janji studi group pukul 915, tapi mula pukul 955! My precious 40 minutes on my busy week (minggu tu aku busy gila ngan aktiviti) hilang begitu saja. Bila aku marah, esoknya sebab aku lewat 1 minute, si mamat ‘I’ hentam aku balik. Well, diorang hutang aku lagi 39 minit kan?

Sekarang ni aku ambil pendekatan - lantak la korang. I’ll go following my time, whether you are there with me or not. Sebabnya, selalunya kitorang pergi berbasikal bersama. Nak menunggu untuk semuanya siap amat menyeksakan. Aku selalu buat-buat dengar mp4 sambil tunggu, tapi hati aku kat dalam panas gila!

Entahlah, I believe what my English lecturer said “it will come time when something will hit your head telling you to change”. I think the hit has reached my head, hard enough to make me awake, but for them? Only God knows when.

Rule no 5 – please accept people as they are

Like I always said, we are different. The think that bid us is tolerate. But to judge on people from their cover is not something good to be done. Macam hampeh je, gelakkan orang gemuk and tak lawa. Aku suka kenal dulu baru judge. Then bila kenal barulah aku sedar, dari orang yang gemuk, pendek dan tak lawa tu lah ada value yang tinggi. ada perangai yang menyenangkan.

Aku pun macam tu jugak, selalu pandang luaran. But that is at first. Well, first impression is important but they are not always right. When I realized that, I’ve changed. Or maybe the rule of PRS that I keep holding? “terima orang lain seadanya” itu cakap cikgu aku dulu. Dan aku berpegang kepada kata-kata itu. Cause people are different if you see from outside and inside.

Penutup

I think that is for now. I’ll keep updating the rules, from time to time.

Nak meluahkan perkara yang terjadi lama di dalam hidup memang sukar. So dari masa ke semasa, aku akan update benda ni lagi.

Pendirian aku terhadap kawan tak berubah lagi saat ini – they’ll come and they’ll go.

Maybe it will change, who knows?

But, as a conclusion, what can I say is they have colored my way along these years. Kebangangan dan kepoyoan diorang menjadi pengalaman buat aku.

Walaupun kadangkala aku bengang sangat, I guess it is valuable in term of experience. So let it be!

Luahan aku di atas tak bermakna aku maha betul. I’m still human.

But that is my frank view on the situation. yang terasa di yang terdalam.

Syukurlah, at least aku bias meluah di sini.

Dalam otak tengah merangka untuk part 2 and part 3

Akan adakah?

Sama-sama nantikan (cewah!)

Bye, enjoy your day!


:::YTBACK!!!:::

Produktif tak?

0033 – 19 September 2006

Produktif tak?

Ok! Let’s be productive today. This is my second entry for today.

Secara tidak langsung entri ini menciptakan sejarahnya yang tersendiri, kerana ianya entri yang ke 33!

Kenapa bersejarah? Kerana 33 entri adalah jumlah entri yang terdapat dalam friendster blog aku, dan ianya mengambil masa hampir 7 bulan! Berbeza dengan laman ini, ianya hanya dalam 4 bulan! An achievement! Nampak sangat aku banyak blog kebelakangan ini.

Apa yang ingin ku perkatakan ya?

Sebenarnya aku ingin membincangkan satu perkara, tapi aku hold dulu topic tu, kerana kekangan masa dan idea yang tak berapa flow. Banyak topic serius yang ingin aku bincangkan sebenarnya, cuma bila aku ingin memulakan, idea itu seakan hilang.

Tunggulah tiba tika dan ketikanya, ianya akan terluah jua. Buat masa sekarang biarlah aku buat entri ini dalam rasa yang bangga.

Aku produktif kan? (hehe, meraikan produktiviti dengan entri yang tiada topic)


:::YTBACK!!!:::

Perspektif dan Bloggerz World

0032 – 19 September 2006
Perspektif dan Bloggerz World

Prolog

Dari zon 113.

Ingin update sesuatu, tetapi nampaknya sekian lama aku diam, semakin kurang daya untuk menulis.

Seperti biasa, banyak yang berlaku di sekelilingku. Bila anda jadi blogger, baru anda rasa, bahawa setiap yang berlaku ingin diterjemahkan dan diberitahu kepada orang lain.

Contohnya, jika sesuatu berlaku kepada aku, aku akan mencari jalan termudah untuk menganalisa sesuatu yang berlaku. Dan kadangkala, dengan tak disangka pelbagai masalah selesai, bila aku sendiri mampu untuk bezakan baik buruknya.

Jadi, jadi blogger ni taklah teruk sangat. Taklah buang masa seperti kata kebanyakan orang. Kerana ia melatih diri aku menganalisa, dan juga secara tak langsung membawa aku lebih dekat pada diri sendiri. Aku lebih mengenali diri.

Perspektif

Sebenarnya, pelbagai perkara yang ingin aku bincangkan dalam blog ini. secara keseluruhannya, aku ingin berdiskusi mengenai perbezaan pendapat antara kita. Aku ingin orang tahu apa yang aku rasa, dari perspektifku, dan aku ingin juga tahu apa yang orang lain rasa.

In other way, is a two way communication. Aku belajar dari pengalaman orang, dan mungkin juga orang boleh belajar dari pengalamanku. Itu sebenarnya yang terdalam, yang tersirat di hati bila aku memulakan blog ini.

Aku amat bencikan perbezaan pendapat. Seriously say. Tapi aku tak boleh nafikan, bila kita berbeza pendapat, barulah kita dapat berfikir dan menilai baik buruknya setiap pandangan. Dan akhirnya kita dapat memilih yang terbaik.

Namun, dalam menuju ke arah pemilihan untuk pendapat tersebut, itu yang seksa. Kadangkala aku terpaksa bertegang urat untuk menetapkan pendirianku. Kadangkala, sinaps-sinaps di otakku terpaksa bergerak lebih laju untuk menganalisa masalah. Dan kadangkala juga aku akan kehilangan kata untuk mempertahankan pendirianku.

Aku ni jenis yang argumentative. Mungkin tidak di luaran, namun di dalam. Yang terdalamku seringkali berdebat dengan diri sendiri. Aku sering jadikan diriku sendiri sebagai medan perdebatan.

Mengenai sesuatu perkara, sebelum aku meletakkan perspektif diriku ke atas perkara tersebut, aku akan menilai. Dan aku akan berdebat dengan diri. Kenapa aku memilih ini, kenapa tidak itu. Bagaimana aku nak mempertahankan itu, dan bagaimana aku nak mempertahankan diri jika pilihanku ini salah, dan semua orang menyalahkanku.

Itulah sebabnya, bagi sebilangan rakanku yang amat mengenaliku, mereka memandangku sebagai pemikir. Aku selalu memikirkan sekecil-kecil benda. Mungkin juga mereka tak mahu mengakui aku ini pemikir, tapi mereka tetap memberikan gelaran pengkhayal kepadaku. Berfikir dan berkhayal, dua-dua guna otak kan?

Dan mungkin juga aku ini senget sedikit di luar. Dan mungkin juga sebab itu, rambutku mula ditumbuhi uban (atau salah minyak rambut?)

Itulah sebabnya, bila terdapat perbezaan pendapat, aku sedikit tertekan. Kerana bagiku, aku telah memilih yang terbaik dan menganalisa sebaiknya. Dan bagi aku juga, mereka tidak menganalisa sedalam aku.

Banyak kali aku betul dalam membuat pilihan, tapi kadangkala ada juga tersungkur. Itu bagiku, hanya menunjukkan diriku ini adalah manusia, yang tak lari dari kesilapan.

Tapi, seperti yang ku katakan tadi, aku terseksa bila terdapat perbezaan pendapat. Kerana aku perlu menggunakan tenaga untuk menangkisnya dan menetapkan pendirianku. Aku jenis yang lambat untuk adaptasi diri dalam perubahan, jadi untuk aku mengubah pendiria dan perspektifku terhadap sesuatu perkara amat mengambil masa.

Aku juga seringkali mencari jalan terbaik untuk berfikir lain dari orang lain. Aku memilih perspektif yang unik terhadap sesuatu perkara. Yang hanya aku faham sedalamnya, dan tidak orang lain. Jadi, secara kesimpulannya, cara aku melihat sesuatu benda amat tersendiri, dan jarang sekali aku berjumpa dengan orang sealiran pemikiran denganku. Semua manusia berbeza kan.

Bloggerz World

Enough with that mukadimah. Mukadimah panjang macam tu? Hehe

Pening tak baca sesuatu yang agak formal tonenya. Susah kan.

Aku faham, ada yang ke sini untuk berhibur hati. Itu juga yang sering ku harapkan bila aku melawat ke blog orang lain. Aku ingin ketawa. Aku ingin gembira.

Aku mula didedahkan dengan dunia blog ini kira-kira setahun lalu. Masa tu seorang rakan lama menulis mengenai hari-hari yang dilaluinya. Aku sedikit terpesona kerana dia amat jujur dalam menterjemahkan perasaannya ke dalam ayat.

Saat itu, aku merasakan diriku juga ingin didengari. Lantas, aku putuskan untuk blog juga. Walaupun, di saat itu adalah minggu studi sebelum final di kuktem ini. Hasilnya, lahirlah blogku di friendster.

Setelah hampir setahun di sana, aku mula bosan, apabila seringkali ditertawakan dengan apa yang ku tuliskan. Masalahnya, apabila aku update, mesti ada notification email yang memberitahu bahawa aku sudah mengupdate blog.

Dengan penuh ego, aku tak ingin lagi rasa meminta-minta, dan akhirnya aku bertukar ke laman ini, di bloggers.com

Menyusuri dan melayari laman-laman web blog yang lain, aku terpempan. Rupanya banyak lagi blog yang amat menarik untuk di layari. Tanpaku sedar, rupanya dunia blog ini sudah semakin berkembang dan mencipta sesuatu untuk dunia mereka sendiri.

Nama-nama seperti sultanmuzaffar, joe klubkidd, fiebierossa, badrul after 6, dan lain-lain lagi, kini menjadi favouriteku. Melalui blog sebegini aku belajar dan menyusuri setiap hidup mereka dan perspektif mereka dalam hidup.

Kerapkali juga sebenarnya aku ketawa terbahak-bahak membacakan penulisan mereka. Tak kurang juga aku sedikit sedih bila mereka mengalam kesakitan.

Tanpa sedar, bagaikan aku sudah mengenali mereka. Kerana apa? Kerana mereka menzahirkan yang terdalam secara efektif sekali. Sehingga terasa kesannya kepada diri aku.

Banyak juga ku belajar dari pengalaman mereka. Kerap kali aku membandingkan antara hidup mereka dengan ku. Dan ada juga situasi di mana, pengalaman mereka menjadi azimatku.

Like I said just now, it is two ways communication. Aku yang membaca belajar dan mereka yang menulis mengajar.

Dunia blog sudah berkembang dengan pesatnya. Ada juga blog yang bersifat pelajaran yang berkongsi ilmu pengetahuan. Ada juga blog yang membimbing orang-orang di dalam masalah. Sememangnya kepelbagaian dunia blog memang pelbagai.

Aku sedar, kadangkala kunjungan anda ke laman ini tidak berbaloi, kerana apa yang dapat and abaca di sini adalah kedukaanku, kesdukaran dan macam-macam lagi.

Maafkan aku. Itu sahaja yang ku termampu. Aku tak lagi setanding dengan mereka yang pandai menceritakan.

Penutup

Tiap kali aku menaip, aku kerap kali keputusan idea. Ini berbeza bila aku berfikir. Idea aku sering bertali arus.

Boleh tak kalau diciptakan alat yang boleh update blog dari otak sahaja?

Sebab aku dah keputusan idea, aku berhenti dulu.

Harap anda mengharungi hari yang ceria, seceria aku di sini (agak ceria hari ini)

Bye


:::YTBACK!!!:::

Entri tidak bertajuk

0031 – 11 September 2006
Entri tidak bertajuk

Prolog

Dari zon 113.

Aku mencoret kata, menguntai ayat, untuk meluahkan apa yang aku rasa.

Namun, kadangkala kata-kata tak mampu menggambarkan segalanya.

Hasilnya, terbiarlah rasa itu tanpa sebarang penjelasan. Menambahkan kekeliruan.

Sebenarnya, susah untuk menzahirkan yang batin. Sukar juga untuk mensuratkan yang tersirat.

Segala rasa yang dirasa kadangkala hanya mampu disimpan di dalam hati, menjadikan ia sebagai sesuatu untuk diri sendiri.

Aku, manusia. Aku punya perasaan. Perasaan yang bercampur aduk dan berselirat.

Suka, duka silih berganti. Namun yang mana satukah akan terpatri abadi?

Biarkan dulu persoalan itu, kerana aku ingin bercerita.

Cerita yang berlaku kepadaku…

Semangat baru

Entah apa yang menyuntik semangatku ketika cuti pertengahan semester dulu pun aku tidak tahu. Kini, aku lebih bersemangat untuk menjaga pelajaranku.

Ya, aku akui dulu aku sambil lewa. Dengan anggapan aku dah cukup segalanya. Tapi nyata aku silap.

Jadi, langkah terbak adalah untuk meneruskan semangat ini. Harap ia berpanjangan.

Kini aku kurang mencari alas an untuk semua tugasanku. Aku jadikan ia cabaran. Bunyinya cliché, tapi itu kenyataan.

Aku kini semakin tahan untuk belajar hingga larut malam. Walau sepenat mana hari yang aku lalui.

Walaupun mungkin pada sesetengah orang, tiada perubahan yang nyata pada diriku. Tapi aku merasakan perubahannya.

Aku kini tidak lagi terbiar tanpa kefahaman. Kini aku menyertai kefahaman itu.

Juga, seperti yang aku katakana tadi, harap ia berpanjangan. Mohon sangat!

Moga-moga hasilnya nanti tak mengecewakan aku dan orang di sekelilingku.

Doakan aku?

Diam vs Gila-Gila

Sebulan pertama pembukaan semester baru ini aku akui aku agak depresi. Tertekan dengan duniaku.

Aku rasakan terikat, dan aku memilih untuk diam sambil menyalahkan apa yang berlaku ke atasku. Aku mencari alasan.

Tiba saat perubahannya, aku kembali seperti dulu. Ceria dan gila-gila.

Sehinggalah kini.

Namun entah kenapa, aku rasakan gila-gilaku tak kena tempatnya. Aku rasakan ada yang terasa bila aku ceria.

Aku adalah aku. Aku tak suka membiarkan orang terasa denganku. Jauh di sudut hati, aku takut sangat membuatkan orang tidak selesa denganku.

Tapi aku tak dapat mengawal bila aku gila-gila. Dan pada masa yang sama aku tak boleh puaskan hati semua orangkan.

Aku adalah manusia. Kemampuanku terbatas.

Mungkinkah ini masanya untuk aku diam kembali? Entahlah

Aku ingin juga merasai kembali zaman kediaman itu.

Menyusuri setiap detiknya. Kerana kadangkala ia membuatkanku bahagia di dalam.

Penutup

Hurm!~

Aku hentikan dulu post kali ini di sini.

Otak terlalu tepu untuk mengarang ayat dan hati telah letih untuk meluah.

Biarlah aku simpan dulu segalanya.

Kepada yang prihatin, terima kasih kerana meluangkan masa anda ke laman ini, ke dunia aku.

Terima kasih banyak-banyak!

Till next post. Have a nice day!

p/s – hari ni genap 5 tahun WTC runtuh kan. Cepatnya masa berlalu!


:::YTBACK!!!:::

Sepi...

0030 – 09 September 2006
Sepi…

Prolog

Dari zon 113

Ya, aku di sini. Sudah kembali ke kolejku.

Sedikit cuak bila melihat tak ramai orang di sini. Mula terbayang macam-macam.

Berkeinginan menulis lantaran kesepian mula mencengkam. Walaupun pelbagai tanggungjawab mula mendesakku.

Bagus juga ku kembali ke sini awal. Barulah diriku merasa ada tanggungjawab untuk dibuat. Jika di rumah, aku rasakan tiada apa-apa. Kosong!

Tanggungjawab

Tanggungjawab yang mendesak –

Test Thermodynamics, Fluid Mechanics dan Microbiology.
Assignment
Microbiology yang berlambak
Mini Project Islamic Institutions



Tanggungjawab yang aku saja yang mendesak –

Publisiti untuk program Free Style Breaking Techniques Competition (decided to
stay put and not involve in that) – event malam tu pun maybe aku tak
pergi
Publisiti untuk Knight’s Night – lambat sikit baru mulakan. Maybe
minggu kedua September ini. Got some marvelous idea to be executed.




Aku tahu aku perlu mendahulukan tanggungjawab yang mendesak sebelum yang lain. Tapi kamal is kamal, when it comes to publicity and art work, I cannot resist the temptation to do work and to explore new worled of art. Thought I am an art type.

Tapi sekarang yang utama, kembali ke jalan yang benar. So, aku akan mulakan dengan yang mendesak terlebih dahulu.

Doakan aku berjaya ye!

Sepi

Apa orang akan buat bila bosan dan sepi?

Ada yang makan banyak-banyak, tidur cukup-cukup, menghiburkan hati dengan perkara bodoh.

Apa yang dilakukan bila semuanya dah di explore?

Aku dah makan banyak-banyak (tapi still sikit dari kawan aku), dah tidur macam orang gila, dah cari benda-benda bodoh untuk menghiburkan hati.

Semuanya tak jalan. Cuma yang rasa ialah sepi!

Waa! I hate life like this.

Dulu, aku bijak mengawal rasa sepi ini. Aku akan tengok segala klip lagu-lagu yang ada untuk menghilangkannya. Mostly, of course la Ct’s clips.

Tapi sekarang aku dah lain! Aku dah berubah. Dan cara itu tak dapat mengubat.

I think I need a company. Who will help me through all these ways.

Tapi siapa?

Asyik mencari je. Dah bosan dan letih.

Bila sepi, aku mencari-cari nama untuk di sms. Ada satu dua nama yang aku kenal pasti boleh melayan.

Tapi takde yang betul-betul terasa untuk di sms. Kalau ada pun, lepas satu dua msg, aku berhenti. Aku terasa bosan.

Entahlah.

Perlu ke aku ciptakan rasa yang tiada kepada sesiapa sahaja?

Entahlah. Aku pun tak tahu.

Hurm!

Penutup

Aku nak tutup entri ni di sini la.

Tiba-tiba otak tepu dan tiada idea.

Maybe mood jiwang meraban tu dah hilang. Nama pun meraban, mesti dah meraban la tu! (huh!)

To all yang baca, thanks.

And sorry, kebelakangan ni entri2 aku kureng sikit.

Itu menandakan penulis amat sewel dan tak betul!

Lalalalala!~~


:::YTBACK!!!:::

A busy life... and My Heart...

0029 – 5 September 2006
A busy life… and My Heart…

Prolog

Hi! Lama tak bersua. Sehingga seakan terlupa adanya laman ini untuk bercerita. Terlupa ‘ adanya ‘tanggungjawab social’ ini yang perluku lunaskan.

Sebetulnya, banyak cerita yang terjadi sepanjang aku mendiamkan diri. Setiap detik yang berlalu pasti ada sesuatu. Hidup penuh bicarakan!

Dan setelah lama tak bersiaran, rasanya semakin hilang kemahiran untuk menulis. Ianya perlu selalu dan kerap!

Menelusuri apa yang pernah kucoretkan selama ini, aku sedar betapa pantasnya masa berlalu. Banyakanya kenangan telah tercipta, hingga kadangkala aku sendiri terlupa.

Dan menelusuri segalanya membuatku sedar sesuatu. Gaya penulisanku di dua zon selesaku amat berbeza. Berbeza isi dan sentimental valuenya.

Di zon 113 – aku lebih bersikap formal. Menceritakan hari-hari yang berlalu. Kerana sememangnya ada hari yang berlalu!

Di zon selesa ku yang satu ini (apa perlu ku namakan?), aku lebih sentimental. Lebih berperasaan. Lebih jiwang. Kerana di zon ini ku rasakan masa seakan terhenti. Dan masa yang berlalu tidak ku rasai. Aku bagaikan tiada daya.

Ini adalah coretan dari zon selesa tidak bernama ini.

Cuti…

Ya, aku di rumah. Menghadapi cuti pertengahan semester. Patutnya ku gembira. Tapi?

Cuti ini menyedarkan aku. Tentang betapa pentingnya kerja-kerja yang bertimbun dan masa yang sibuk kepada diriku. Bila ku diberi peluang untuk rehat sebegini, aku jadi kalut. Sedikit kaget, kerana tiada kerja perlu dilakukan.

Aku hanya menghabiskan masa dengan tidur. Kalau sekali dua, memang menyegarkan, tetapi kalau selalu sangat? Ia menyakitkan.

Aku menjadi semakin tak sihat begini.

Dua situasi berbeza, bila aku sibuk dan senang lenang. Dua rasa berbeza. Dua dunia berlainan.

Ketika sibuk, diri mendambakan rehat. Tapi bila berpeluang, aku letih berehat!

Letih berehat? Bagaimana tu?

Tinggalkan dulu persoalan itu. Aku tak bisa merungkainya sekarang, kerana diri aku sedikit kacau di dalam.

Biarlah aku kembali menulis seperti dulu. Menceritakan hari-harai yang telah ku lalui.

Hurm, di mana ingin ku mulakan?

Last sekali, aku update blog ini ialah pada hari selasa 22 ogos 2006. Ya, tepat dua minggu!

Rabu 23 ogos

Ku rasakan hari itu membawa satu kenangan buatku. Kerana pertama kali dalam hidupku aku menderma darah!

Maybe for some people it is not a big deal, but for me it is!

Aku pernah tidak menjadi menderma darah di KMNS dulu kerana aku makan panadol dua hari sebelumnya. Penat beratur bersama rakan-rakan, berkobar-kobar, tapi hampeh!

So, kiranya rabu itu memang aku layak menderma la!

Aku pergi pun atasa dasar sendiri, malas mengajak kawan-kawan yang lain.

One thing, I realized bout my friends, diorang ni dasar tak reti nak involve apa-apa. Kadang-kadang berbuih mulutku mengajak, namun mereka tak mahu. Masih di dunia mereka sendiri. Amat sukar bila berurusan dengan mereka!

Jadi, hari itu, lepas kelas, aku terus berbasikal ke Canseleri Lama. Isi boring, dan terus diuji. Lepas 30 minit, selesai! Tak payah nak merayu rakan-rakan untuk pergi bersama. Berdiri di atas kaki sendiri la kan!

Seriously, lepas derma darah tu, aku rasa bertambah segar. Tak pening tak de apa-apa. Aku berbasikal balik ke rumah dengan selamat, tak pula pengsan tengah jalan. Makan, rehat sebentar, sibuk berbangga dengan parut lukaku dan semuanya dalam keadaan segar.

Rasanya bagaikan semangatku dicas semula. Tak tahu la darah-darah yang ku dermakan itu darah-darah kotor! (hehe, matilah sapa dapat!)

Bagus juga, hari yang memberi erti. At least lepas ini aku tak ralat lagi bila nak menderma.

Dan misi aku lepas ini – aku nak derma darah aku banyak-banyak! Sebab one thing aku rasa lagi sihat, and another I can help people too. Isn’t that good?

Khamis 24 Ogos

Boleh lah ku katakana hari itu hari professional. Kenapa?

Pada sebelah paginya aku telah berjumpa dengan dekan FKKSA. Menolong rakan mengenai jemputan untuk program MATRESS (program chemical engineering untuk bebudak matriks).

Dan untuk program itu juga aku telah ke Canseleri Baru yang tak pernah ku jejaki untuk menjemput Dekan bahagian research (aku lupa pula pangkatnya). Rasa macam orang besar pulak hari tu, jumpa macam-macam orang.

Petangnya pula, aku ada appointment dengan hakim kat Mahkamah Syariah Kuantan! Memfailkan tuntutan cerai. Hehe.

Projek Institusi Islam. Kiranya berjaya juga projek itu setelah sekian kali tertangguh.

Cakap pasal projek ini, kiranya aku bengang juga dengan pengurusan kumpulan kami. Memang sengaja aku biarkan mereka buat kerja, baru mereka rasa bagaimana susahnya nak uruskan sesuatu.

Aku kiranya sudah berpengalaman menguruskan projek dan macam-macam, sedangkan mereka duduk studi di bilik. Sekarang rasalah, projek sekecil itu pun mengeluh nak buat.

Tapi tutup cerita. Dah habis pun. Cuma nak buat presentation je. Harap takde apa-apa yang berlaku.

Tapi balik tu sesuatu berlaku juga! Benda nak jadi, aku tak boleh menolak. Terima je lah. Tambahkan pengalaman aku.

Jumaat 25 Ogos

Kelas macam biasa, Cuma aku rasakan sesuatu. Betapa banyaknya aku telah meninggalkan pelajaran!

I’ll try to catch up, that’s my promise, no matter what. Hope my pointer will be better than last semester.

Tanggungjawab datang lagi. Diminta menguruskan publisiti bagi gerai kelab yang akan dibuka pada hujung minggu ini.

Aku buntu pada mulanya. Nak cari idea apa? Memandangkan kewangan kelab yang tak stabil, takkan aku nak melampau-lampau.

Tambahan pula, aku seorang yang nak membuatnya!

Susah sebenarnya kalau nak mintak tolong orang! So I better do it alone. Prepare myself for the future.

Jalannya, aku recyclekan streamer Martial Art Night minggu lepasnya, menjadi satu banner besar! Spray mana patut, dan hasilnya kira ok la memandangkan aku membuatnya seorang diri selama setengah hari.

Kerja publisiti, bukannya aku tak boleh menolak. Tapi ianya terlalu dekat di hati, dan aku ingin lakukannya. So apa lagi!

Sabtu 26 Ogos

Esoknya, bangun agak lewat. Hari sabtu yang mendamaikan, tidur la lebih sikit.

Tapi terkocoh juga bersiap untuk ke astaka. Menghantar laptop untuk simulasi pertama.

Untuk apa?

KUKTEM bercadang untuk mencipta rekod Malaysia. Kiranya sempena penutup bulan kemerdekaan, adalah simulasi sebanyak 504 laptop yang akan membentuk bendera Malaysia.

Camna nak terangkan ya,

Cuma bayangkan je lah setiap skrin laptop akan menjadi fragment of a big flag.

So kiranya aku mesti nak mengambil bahagian. Dapat sijil MBOR tu! Setaraf siti la aku lepas ni!

Tinggalkan laptop di astaka, balik sambung publisiti semalam. Sampaikan aku rasa sedikit tertekan dan pening. Akhirnya meminta juga bantuan housemate. Mujur ok je nak membantu.

Bergegas ke gerai, memasang mana yang patut. Dan jaga gerai sampai malam! Letihnya hidup aku kan?

Tapi best juga. Jual ayam panggang, dadih dan macam-macam alat telekomunikasi.

Terpempan juga tengok seorang rakan mempromosikan barangan. Terdetik di hati kenapalah aku tidak boleh berbuat begitu.

Mengexplore gerai-gerai bersama seorang rakan. Kenangan manis la juga =)

Balik dalam keadaan penat.

Emosi terganggu sedikit apabila seorang rakanku menghilangkan external hard disk ku!

Aku tak kisah hilang, Cuma aku tak suka untuk meminta ganti. Kerana bila konflik begini boleh bergaduh.

Lagipun dia kiranya agak berada, aku yakin dia boleh ganti. Cuma klip-klip dalam tu? Aku cuba sabarkan diri ketika itu, menganggap ianya ujian Tuhan.

Nyaris aku batalkan plan keesokannya!

Stay up sampai pukul 3 membaca presentation yang perlu kubuat keesokannya.

Ahad 27 Ogos

Di saat aku sibuk membuat publisiti gerai seorang diri pada pukul 2 pagi jumaat itu, aku menerima mesej, “Kamal, tolonglah hari ahad ni. Kau je boleh tolong”

Kalau mintak tolong memang mulut manis. Cuba kalau aku yang meminta?

Tapi aku adalah aku. Aku tak menolak. Walau aku tahu aku akan susah nanti.

Lagipun, bila rakan-rakan meminta pertolongan, aku jarang menolak. Kerana ku rasakan akan tiba masanya aku pula akan meminta.

Tapi selalunya tak denya diorang nak membantu. Hurm, baiknya aku ni!

Bertolak awal ke Canseleri Lama. 715 am! Tidur dahlah lambat. Tengok-tengok seorang pun takde! Geram aku!

Well, I’m just a cameraman. So apa taraf aku nak marah-marah. Lagipun kawan aku tengah susah, so aku diam je lah. Takut tambahkan masalah pulak. Ikhlaskan hati…

Dalam kepenatan aku menunggu. Dan bila tiba tugas aku, aku merakam. Rakamkan Mock Job Interview dari industri.

Bila aku merakam baru aku sedar kalau aku ikhlas, perkara baik akan berlaku. Beradanya aku di situ, sebagai pemerhati. Dan aku juga belajar.

Dari lensa kamera itu, dapat aku lihat bagaimana proses interview dijalankan. Oleh industri pulak tu! Kiranya aku tengok live!

Dapat juga aku belajar sedikit demi sedikit demi bekalan masa hadapan. Memang banyak input yang aku dapat.

Walau pada awalnya tugasku dikatakan berakhir pukul 10 pagi, tapi akhirnya berakhir pukul 1 petang! Tapi aku rasakan berbaloi, kerana banyak yang aku pelajari, dan aku sudah berkenalan dengan macam-macam orang.

Dan dapat sijil pulak tu! Jadi cameraman terjun pun dapat sijil dari HEP! Huhu!

Balik ke rumah dengan penat. Tido. Mesej masuk memanggilku ke gerai. Waa!!!

Merayu mereka, mengatakan aku penat sangat. Teramat. Sejak dari rabu lagi bagaikan tanggungjawab tak berhenti. Pelajaran makin terumbang.

Mujur mereka mengerti. Kiranya aku bebas dari jaga gerai.

Malam ku menjenguk juga. Pulang awal kerana ada discussion yang perlu diikuti.

Sedikit bengang bila sampai ke rumah. Macam aku sahaja yang menepati jadual. Bayangkan 50 minit lewat!

Hello, u are dealing with a busy man right now! Hormatlah sikit waktu orang!

Bukannya aku abaikan tanggungjawab aku pun. Aku yang kena bentangkan tajuk sanggup stay up sampai pukul 3, tapi diorang tak reti hormat.

So, what can I say. Mengamuk la jugak aku malam tu. But cepat-cepat jadi professional.

Bentangkan tajuk dengan selamba dan biasa. Berbaloi stay up.

Isnin, Selasa, Rabu

Putaran waktu. Biasa sahaja, tiada yang terlalu menarik.

Emosi naik turun. Konflik tenggelam timbul.

Khamis menjelang!

Here we come Genting~!!!

Turun KL pukul 10 pagi. Naik ke Genting pukul 1. Sampai pukul 2. Check in hotel dan rehat-rehat.

Pukul 4 menjelajah segalanya. Berpecah kerana semua nak tunjuk kepala masing-masing! Syukur masih ada yang sekepala. (tahan geram kejap)

Tangkap gambar, lepak-lepak, main-main. Macam-macam la.

Balik ke bilik, kongsi 9 orang. Berhimpit jugak la tidur. Asal boleh…

Bangun pagi, naik kereta kabel lagi ke atas, ke Snow World!

Feeling salji sikit! Tangkap gambar lagi. Dan macam-macam

Konflik sikit lagi (wat tak tahu je)

Dan balik.

Baru sedar – I’m broke!

Jumaat, Sabtu, Ahad

I’m broke and tired.

So I just laid on my bed, resting myself. Want to go out, but I’m broke.

Bosan. Main internet.

Terkena virus! Rosakkan connection aku!

Geram dan bosan.

Decide to go back to KUKTEM early!

Lenyapkan kebosanan ini, dan bersiap sedia untuk 3 test minggu depan – Fluid Mechanics, Thermodynamics dan Microbiology.

So that how it was.

Isnin dan selasa

Nothing much to say.

I’m tired and bored.

Dan aku akan kembali ke sana khamis ini!

Tak pernah aku merasa seteruja ini untuk kembali!

Penutup

Aku penat, tapi ingin menulis. Otak bercelaru, tapi nak susun ayat. Aku ingin ceritaku didengar dan difahami, tapi tak mampu menzahirkannya.

Hurm! Apakah

p/s – am I falling for another? No more Dealova, I has become a history in my life. Now it is My Heart! (promosi - filem Heart akan ditayangkan 7 September ini!). Aku pun tak tahu mana hujung pangkalnya, tiba-tiba ia hadir. Aku pun tak tahu apa perasaanku sebetulnya, biarlah masa yang menentukan.

My Heart
by Irwansyah & Acha Septriasa


disini kau dan aku
terbiasa bersama
menjalani kasih sayang
bahagia kudenganmu

pernahkah kau menguntai
hari paling indah
ku ukir nama kita berdua
disini surga kita

bila kita mencintai yg lain
mungkinkah hati ini akan tegar
sebisa mungkin tak akan pernah
sayang ku akan hilang

if u love somebody
could we be this strong
i will fight to win
our love will conquer all
wouldn’t reach my love
even just one night
our love will stay in my heart
my heart

pernahkah kau menguntai
hari paling indah
ku ukir nama kita berdua
disini surga kita


:::YTBACK!!!:::