Berbuka...

0420
28 Ogos 2009

















Berbuka bagi orang yang bujang, single dan available... =p


Bila tiada siapa di rumah...

Menunggu, tapi tiada siapa yang pulang...

Terpaksalah berbuka dengan YT...

At least, ada juga YT menemani kan.


p/s - tiba2 teringat entri lamaaaa ni...


:::YTBACK!!!:::

Persoalan Hidup dan Pilihan...

0419
25 Ogos 2009

Semalam telah berlangsungnya sesi lawatan supervisor universiti ke tempat praktikal aku. Dan juga telah berlangsungnya sesi presentation aktiviti aku

Tiba2, secara tak langsung, ia telah menjadi satu sesi luahan hati dan perasaan mengenai praktikal ku ini. Dan tiba2 juga, ia telah menciptakan satu konflik antara aku dan supervisor industri aku

Aku rasa ianya bukan konflik
Cuma satu perasaan tidak selesa

Aku kalau boleh tak nak ada apa2 pergeseran, jadi bila rasa tak selesa itu wujud, aku namakan ia konflik

Bukan aku katakan konflik itu tidak bagus
Ia bagus sebenarnya
Ia membuatkan aku berfikir

Pemikiran aku ini pelik...
Dari satu masalah...
Aku nampak kaitannya kepada satu masalah yang lain...
Berkait dan berkait...
Sehingga ianya kembali kepada ’siapa diri aku yang sebenarnya’


Tapi, bila ia berlaku di saat2 aku memang tengah terbelit dengan pemikiran aku sendiri, aku terus down. Seriusly, petang semalam merupakan major breakdown yang amat lama juga tidak berlaku pada aku

Aku pening...
Rasakan dunia berputar laju...
Sedangkan aku duduk di tengahnya...

Yang ada dalam pemikiran aku ketika itu adalah bantal dan tilam
Satu escapism terbaik kan?

Mungkin juga sebab aku sudah selalu jatuh...
Mungkin juga sebab ada kawan yang memberi semangat...
Mungkin juga sebab ianya Ramadhan
...
Major breakdown semalam bukanlah sesuatu yang memberikan kesan mendalam
Aku cepat bangkit

Terima kasih kepada pengalaman jatuh berulang2 kali
Kini mudah aku kembali

Terima kasih
kepada kawan yang memberikan cadangan menerusi skype *u-know-who-you-are*

Nanti, masa konvo jasa anda akan dibalasi

Syukur
kerana ianya Ramadhan

Dugaan itu entah kenapa, terasa tidak terlampau berat

Selepas berbuka semalam, aku mengambil peluang untuk berehat
Rehat serehatnya
Bila tenaga dah kembali, aku mengambil wudu’ dan menyembah Yang Esa
Dan entah dari mana semangat datang, aku membaca kitabNya

Sehingga tenang aku rasa
Amat tenang
Mujur ianya Ramadhan!

Setelah itu, aku terasa ingin bercerita
Memilih housemate ku untuk bercerita
Namun entah kenapa, bila face to face, compared to through skype, benda yang ingin disampaikan terasa payah
Berat nak dikeluarkan

Mungkin juga, tidak semua aku ceritakan kepada dia...

Sedikit rahsia, biar aku simpan sendiri
...

Hari ini, aku mengambil cuti
Aku ingin tenangkan fikiran aku yang bercelaru dan berserabut
Sudah hampir 3 minggu aku begini kan

Dan kini, aku menulis kini, aku sedikit tenang
Dan aku rasakan kini, aku tahu mana hala tuju aku selepas ini
Cuma aku harap, arah ini diberkatiNya

Aku ingin ceritakan di sini
Tapi, aku pun tak tahu bagaimana aku ingin ceritakan
Yang boleh aku buat adalah entri2 berselindung begini

Maaf kalau anda membaca, tapi tidak mengerti...
Terima kasih, jika anda membaca dari awal hingga akhir
Itu tandanya anda ingin mengerti...




:::YTBACK!!!:::

Ramadhan Al Mubarak

0418
21 Ogos 2009


Salam sume...
Urm, tatau lak nak tulih pe...
Kalo tengah bawak keta, masa tuh la idea nak menulis menderu datang

Anyway, Ramadhan dah makin tiba
Aku ucapkan selamat berpuasa kepada semua
Selamat meningkatkan amal ibadat, dan selamat menjadi diri yang lebih baik

Dunno why, i’m looking forward for this Ramadhan...

Menjelang Ramadhan ni, sedikit berdebar dirasa
Sempat ke bertemu Ramadhan yang ini?
Mana tau, lepas aku menaip ni, sesuatu berlaku ke hapa...















Lately, selalu fikir macam tuh
Tah kenapa, rasa macam hidup tak lama
N, otak aku diserabutkan dengan macam2 benda remeh temeh yang patutnya aku tak yah fikir pon
Tapi nak wat camna, aku memang begini adanya...

Bukanlah nak menghalang otak berfikir
Bila berfikir merepek2, ia mengganggu mood aku
Bila mood aku terganggu, mulalah kesihatan terganggu

Baru2 ini, demam rasanya
Bila badan dah terasa penat, dan bila aku rasa malas nak berdepan dengan dunia, aku mulalah menciptakan demam ngada2...
Dari demam ngada2, ngada2 juga aku pergi ke doktor, konon2 nak mintak MC

Hasilnya, aku lagi pening kepala!
Aku didiagnos ada HBP!
WTH???

Tapi mungkin that was only at that time
Memang pon minggu tuh aku agak kurang tido
Thus the pressure...

Hurm, sebenarnya entri ni tak berarah pon
Aku saja gatal biar tangan menaip
Latih koordinasi otak-tangan gamaknya...

Looking forward for this Ramadhan
Entahlah, maybe sebab rasa diri ni banyak dosa…



p/s - cantik lak aku tgk entri ni... dengan tajuk n hari 'friday' tuh... (takde org puji, sndri puji je r kan... =p)


:::YTBACK!!!:::

Otak 6th Sense...

0417
18 Ogos 2009

Pernah aku katakan dulu, rutin membosankanku
Tapi, bila sesuatu berlaku di luar rutin, berdebar pula rasanya...

Lebih2 lagi, bagi aku yang mempunyai imaginasi seorang heroes, instinct 6th sense ni!!!

Minggu ini dimulakan, dengan aku menyedari seorang housemate aku, si X tidak pulang ke rumah sejak dari sabtu lepas
Aku sedar pun, bila bilik-air-joint aku tuh kering kontang, tak berair, tanda2 sudah lama tidak digunakan

Aku tak kesah sangat, sebab aku pon bukan rapat sangat dengan X tuh...
Jumpa pon sekadar bertegur je...

Tapi, sebab satu rutin telah terganggu, aku rasa sedikit lain...

Semalam pula, seorang housemate aku yang lain, si B, tidak pulang ke rumah seperti biasa...

Mula2, around 8 mlm, aku slalu msg, tanya makan di rumah atau tak...
Dia kata, dia banyak kerja, n lambat balik
So, aku ok je la

Menjelang pukul 12, tak balik lagi
Ini lari dari rutin ni!
Selalunya paling lewat pun pukul 11 dah de kat rumah

Aku terus msg dia
Dia kata, "still di ofis, keje tak setel lagi..."
So aku terus tido...

Pukul 1 lebeh, aku tersedar, haus...
Menjenguk ke bawah, tak ternampak tanda2 housemate aku tuh dah pulang...

Aku dah rasa len macam, len dari rutin ni!
Otak 6th sense aku dah fikir merepek2...

Pagi ini, aku bangun, mandi dan bersiap
Still dia tak balik lagi!

Tapi satu rutin lain pula yang tergangggu!

Slalunya, sebelum mandi, aku akan jenguk kereta aku dan motor2 di luar,
Just nak tahu, siapa yang tak pergi kerja lagi, siapa yang terbangun lambat ke hapa

Aku dapati, motor housemate aku yang lain pula, si Z, telah tiada di perkarangan rumah...

Eh, pelik ni...
Takkan dah pergi kerja...
Baru pukul 6.30 pagi...
Bilik air pun tak basah lagi...

Otak 6th sense aku mula dah fikir macam2...

Dari bilik dia, aku terdengar alarm dia
Aku bajek dia tak bangun lagi
Sebab bilik air pun tak basah kan…

Tapi mana motor dia?
Kene curikah???

Dahlah si B tak balik
Otak aku dah fikir merepek2 dah…
Yang Z pulak, tanda2 macam belum bangun, belum mandi
Tapi motor takde

Hilang ke?

Pelik...

Turun pula seorang lagi housemate aku, si J mau pergi kerja
Aku ceritakan kepelikan aku...
Dia pun try call si Z

Rupa-rupanya awal pagi lagi dia dah keluar
Alarm dia lupa tutup
Ceh!

N, dia tak la cakap, tapi aku ngan J bajek dia mesti tak mandi pagi tu!
Sebab bilik air tak basah...
Haha

Masa nak pergi kerja pula, aku try call si B
Tak berjawab lak

Macam biasa, otak 6th sense aku memainkan peranan
Pikir pelik2…
Dah makin melampau2 lak dia
Sebab dah accumulate dari malam sebelumnya kan…

Masa bawak kereta ke tempat kerja, aku berdebar2
Dan masa tuh la, ayat2 untuk entri ini dirangka2...

Tuh la, bosan sangat dengan rutin...
Sekali benda2 yang lari dari rutin berlaku, aku pulak yang berdebar...

N one thing aku perasan, otak 6th sense aku ni memang berjalan je kerjanya…
Perlu ke aku tutup otak 6th sense ni???

Hurm, apa boleh buat, dah namanya heroes, terima je la anugerah otak 6th sense ni!
Huhu



p/s - semasa entri ini ditulis, si B telah membalas msg aku.. di ok je...
so, tanggapan otak 6th sense aku ni tak betul lah kowt???
ADAKAH KUASA HEROES AKU SEMAKIN BERKURANG??? =p



:::YTBACK!!!:::

Did You Get My Message???

0416
17 Ogos 2009

Do you ever wonder what happens to the words that we send?
Do they bend, do they break from the flight that they take,
And come back together again with a whole new meaning,
In a brand new sense, completely unrelated to the one I sent?



Satu perkataan
Beribu tafsiran...

Satu untaian kata-kata menjadi satu ayat
Berjuta interpretasi...

Satu gerak geri, satu perlakuan
Mengapa ianya yang melekat di hati???



Did You Get My Message?
To the matter of our love's defense
At least be sympathetic to the time I spent…




p/s - trimas kepada yang masih membaca di sini, tapi, buat masa ini, hanya entri pendek2 yang aku mampu...



:::YTBACK!!!:::

What to do???

0415
12 Ogos 2009

Lama tak mengupdate - takde mood...
Banyak cerita dah berlaku - malas nak menaip...
Otak tak henti berfikir, cipta pemikiran baru – tiada koordinasi antara pemikiran dalam kepala dengan tangan

So, what to do???


Aku malas cakap konon2 nya aku nak rehat dari menulis di YT
Sebab kalo aku cakap macam tu, tanpa sedar, aku rasa nak menulis pulak...

For now, biarlah blog ni bersawang dulu
Nanti, kalo ada mood, kerajinan dan koordinasi otak-tangan, aku akan kembali

Take care people!


p/s – aku tengah mencari kerja... sapa boleh tolong, angkat tangan!
Kalo untuk LI, aku tak berkira... for this, memang aku cerewet sket...



:::YTBACK!!!:::