Tamat???

0382
28 April 2009


















Ralit ku fikirkan masa hadapan
Menjadi igauan
Terpaksa disimpulkan
Perhubungan kita pasti berubah
Terubah

Its finally come to an end eh?
Aduh…


















Waktu2 begini, mula lah mengimbau kenangan2 lama…

Apa jadi waktu tu, apa jadi waktu ni
Sedikit sayu dan sakit dirasa



















Tak guna berpegang bayangan yang lalu
Bukannya salahku
Dan bukan salahmu
Titik noktah selama ini menunggu
Di hujung pertemuan dulu

Kenangan…
Kenapa ia tercipta
Setelah sekian lama, kita perlu lupakan kenangan itu
Yang tinggal, hanya kesan dalam hati



















Yang best memang la menjadi sesuatu yang best untuk diingati
Yang tak best, g main jauh2 boleh tak?



















Tertamatlah sudah
Yang mula pasti akan ada penghujungnya
Tamatlah
Mungkin tak direstu untuk kekal bersama

In these last moments, mula la terfikir macam2 benda lagi tak dibuat di sini
Aku tak panjat lagi tangki air dekat lab tuh
Aku tak lagi try seludup overnight kat lab sorang2 waktu malam
Aku tak lagi try round2 naik beskal sampai Halal Hub tuh
Aku tak lagi try jogging pagi2, lama dah tak buat!

Macam2 lagi la















Walau jauh di mata
Janganlah berada jauh di dalam hati
Tamatlah
Moga kenangan kita kan kekal abadi

Dan sedikit waktu yang tersisa, bagai tak cukup nak dipenuhkan

Dalam otak nak buat itu ini, bersama orang itu ini
Tapi it turns out that orang itu ini pun ada plan itu ini

Sehinggakan aku last2 tinggal sowang2 kat dalam bilik ni, layan movie saja

Nak kaco dak lain, tak best lak, diowang tak habes paper lagi



















So what to do?
Update blog saja!

Jangan terlalu terikutkan hati
Akan kau sedari
Masa kan memulih
Pedih gerangan
Kau kan temui pengganti
Ku kan dilupai



















Dari semester lepas lagi dah terfikir


Konon nak buat klip2 video, letak lagu macam2, letak gambar macam2 sume
Tapi sebab sibuk, dan malas, tak sempat nak buat
Walaupun gambar2 dah dipilih, siap nak settingkan lagu dan masa je

Thinking back bout it, best gak kalo benda tuh ada
Mesti lagi sayu nak tinggalkan tempat ni
Adeh!



















Saban hari ku menanti
Sinar dan harapan sukma ini
Bukan mudah tak ku tahu
Jalan mana pilihan hidupku

Jangan sedih
Janganlah buntu
Semuanya mengikut percaturanku
Tak perlulah kau menunggu
Hari ku akan berpeluk tubuh

Sejak pengalaman 2 tahun di Semashur, aku mula elakkan diri dari terlalu attach dengan satu2 kenangan
Yang pasti, kenangan datang dan pergi



















Sedang ingat kenangan lama, dalam masa yang sama, tanpa sedar, kenangan baru sedang tercipta

Tak berakhir pusingan ini
Asal aku ada ingatan dan otak yang waras, kenangan pasti akan tetap tercipta!



















Seperti yang aku kata tadi, dalam otak macam2 nak buat
Konon nak wat satu entri khas di sini
Tapi macam biasa, tak leh harap sangat
Kang tak menjadi

















So, skunk nak wat pe?
Layan movie dulu la sementara tunggu rumate balik dating…



















Biarku terus menapak jejakku
Ini kehendakku
Ku harap kau akur…



















Seriously, I cant believe that this is the end…



:::YTBACK!!!:::

Last paper beb!

0381
27 April 2009

Last paper beb!
Bukan setakat last paper untuk sem ni, ini paper last sepanjang beta studi sini
Inilah akhirnya...

BKU4133 - PROJECT MANAGEMENT & ECONOMICS
K04LB
3 Credit Hour

Date: 27/04/2009
From : 09:00 AM
Until : 12:00 PM
Venue : WBK18

Waaa!!!
Nak sedih ke nak gembira ni?
Konpius la plak

Kita sembira je la
(Ko ingat Faizal Tahir je boleh gabung2kan benci dan cinta?)

Asalnya tak nak update blog, sebab tak studi lagi
Mula studi pon kol 11 malam, apa kes!?
Dah takde mood, nak wat cmna…

Hari2 yang lepas ada gak la belek notes
Cuma serius studinya kul 11 tadi…

Memandangkan ni paper last, kene gak tulih kat blog
Kene gak tangkap gambar last suasana studi
Bila lagi???

Sedikit sayu di situ….
















Tengok gambar tuh, notes tak selerak kan…
Menandakan tak usik sangat, baca slide power point je

Yang buku kecik tuh, buku notes si rumate
Dia je salin apa hint2 yang di dapat
So beta refer itu aja!

Yang atas keyboard tuh hapa?
Haaa… tuh surprise…
Tunggu!!!~~~

DOAKAN BETA YA!!!



:::YTBACK!!!:::

Betul Cakap Mak...

0380
26 April 2009

Mak aku pernah cakap sejak aku dari kecik lagi, “jangan terlalu harapkan orang, jangan terlalu amik jasa orang, nanti diri sendiri merana”

Dan dia akan terus ceritakan sebab2nya, dan kisah dia dengan kawan baiknya dulu yang telah menyebabkan dia merana.

Kesan daripada itu, aku memang cuba untuk tidak bergantung harap pada orang
At least aku akan cuba untuk melakukan apa pun sendiri
Segalanya sendiri

Kalo pasal kerja, aku pastikan aku dapat lakukannya tanpa bantuan orang lain
Kalo pasal barang, aku elakkan meminjam barang2 yang aku takde, dan aku lebih suka beli sendiri barang2 yang aku perlukan

In the end, I become independent, dan tak bergantung kepada sesiapa…

But as a kid, sometimes I forgot...

Something happened, I might not tell what, but it makes me remember what my mum said about this.

When you beginning to become dependent, all you can do is wait and hope

But it always ends up that the wait is not worth waiting for and the hope is crushing in your face!!!
Lebih2 lagi, kalau ia melibatkan orang lain, dan bukannya barang2 yang boleh dimiliki dengan wang ringgit

Tak tahu ke mana hala tuju entri ini, I just keep typing…

I’m kinda a guy who always tell what I like or dislike directly to the parties involved
If there is something gets in the way, and I started to feel something stirring inside of me, I tried to ignore as much as I can
But when it feels like the feeling is unbearable, I just switch ON my silent mode

In my silent mode right now
And I still don’t know where this will bring me

For now, betul cakap mak…


:::YTBACK!!!:::

Terima Kasih YT!!!

0379
25 April 2009

This entry is related to this entry…

Masih dalam dedication mode
Masih jua kepada anda semua pembaca YT
Duh, takde topic lain ke???

Salahkah aku berterima kasih???







Kredit to azmi

First of all, seperti aku cakapkan dulu, I met some good people here
. Some of them, I’m not saying they’re bad, but I just feel uncomfortable with. Some of them like to read, and instantly leave their comment to what I have said. Some of them, just like to read, n don’t bother to comment.

Some of them, just read, laugh at it, laugh at my stupidity, and quote my words in front of me in the reality. These are people who cannot differentiate virtual and reality. Although what I’ve said here reflects who I am, but there are differences on who I am on virtual and reality

Duh, apa ko merepek ni???
Bukan tadi mode berterima kasih ke???

Dun blame me, blame the aura yang tiba2 datang untuk di'chanel'kan kepada penulisan
(di'chanel'kan??? Perosak bahasa!)

Btw, in that entry mentioned above, aku telah meminta pertolongan
Kinda merayu pon ada

Ada cakap aku guna ayat2 sedih meraih simpati
Who cares?


Yang penting, masa tu aku memang desperate
Dan knowing that I’ve known some people through YT who might have more experiences than me, I said, why not I’m trying to ask
Thus, that entry…


Entri tuh telah menjadi sticky mode selama hampir 2 minggu gak la

Dan terima kasih kepada yang respon


Special thanks to:

Kak Liza – the first to respon via emel, who asked for my resume
Hilman – also among the first to respon, also asking my resume
Joey – who listed several companies that should I try
Kamal Sr – who asked for any placement in J&J
Kak Ayu – who mencarikan lubang =p
Fiqie – who shared her thought, and later offered me to take her place
Faizul – who told about his company, but I forgot to contact him! Ko tukar no apsal??? =p
Jazlin – who shared her experiences and gave her suggestions
Sinur Nadia – who emailed me details on how to apply for MPOB
Cahaya Pembuka Hatiku – komen yang panjang, dan memberikan contact no kompeni. Thanks!
Kriey – yang antar emel ke makciknya di USM from obersea… thanks bebeh!
Mizzamy – yang berniat tolong beta masuk design =p
Yop – who liked my father??? Haha
Princess – yang meng’alaaahaaaii’ kan beta
Kak Yanz – who asked me to tawakkal
Anonymous – who asked me to contact an email
Yonna – yang sedih2 lebih dari aku! =p
Mrs Taj – yang memberikan contact no satu company, thanks!
Kak Zura – for the suggestion
Kak Nani – who also mentioned about MPOB

Thanks for those people who responded

And to those who read my entry

Memang sekarang ni amat susah mencari tempat LI

Dan aku dah dapat ni pon kira baik la jugak


Keputusannya?

Terima kasih YT!!!


















Dari YT, aku telah dapat tempat LI

Kiranya entri hari tuh telah dibaca oleh orang yang betul
Dan Anonymous itu telah meminta beta memberikan resume kepadanya


Turns out that the person is a Dr who works in MPOB

And she offered me to LI under her supervision

Thus she will be my supervisor this June to November


That means, aku akan LI di MPOB, Bangi

Dah guggle pasal bakal supervisorku ini

Dan dapat tahu sedikit sebanyak pasal penemuan dia

Hebat juga bakal supervisor aku ni


Thus, aku rasa amat bertuah dan bersyukur sekali kerana memiliki YT

Melalui YT aku dapat kenal macam2 orang
Dan melalui YT aku telah berjumpa tempat praktikal

Tak sia2 aku membuka blog sejak dari awal dulu


TERIMA KASIH YT!!!


p.s - sapa kata bukak blog tak bagus ek???


:::YTBACK!!!:::

Dedication

0378
22 April 2009

Just want to share what I wrote on the ‘dedication’ part in my thesis.

To my family members,
my friends – reality or virtual,
my fellow colleagues,
and all faculty members

And for those who keep whispering…
“You can do it!!!”

When I wrote this, in my head, I do want to ‘reach’ some people, as their presence indirectly contributed to the execution of this thesis.

And that includes YOU, people that I know from YT!!!
Thanks!!!



:::YTBACK!!!:::

Terpaksa Hempap...

0377
21 April 2009


Budak separa jambu (BSJ):
Ko tau tak, hari tu aku tido, rasa macam kene hempap. Cuak siot!

Aku (AK):

Perasaan ko je kowt. Kan dalam paper ada tulis pasal ni, bla bla bla bla

Budak tak jambu (BTJ):

Ha’a kan. Tapi maybe ko kene hempap sebab ko jambu kowt. Hahahaha

Budak langsung tak jambu (BLTJ):

Haaa masa short sem dulu pon aku penah kene hempap. Takleh gerak langsung!

AK:

Pelik!

BTJ:

Apsal lak?

AK:
Yela, kalo ikut teori ko, kene hempap sebab jambu. Abes apsal kawan kita ni kene hempap?

BTJ:

Alah, ko tau je la short sem. Kurang orang kat sini, so, pilihan kurang. So nak tak nak, terpaksa lah hantu tuh hempap kawan kita ni

AK:

Oho, kira kes hantu terpaksa hempap la ni??? Sian hantu tu… Hahahaha

BLTJ:

Hampes!!!



p.s - edited on 7.20 pm, 22/04/09. Himpap telah ditukar menjadi hempap! Thanks kepada siapa yang tegur
p.s - actually masa mula2 tulis entri ni, nak tulih hempap dah... tapi tah camna tertukar jadi himpap... huhu



:::YTBACK!!!:::

2 Situasi...

0376
19 April 2009

Situasi 1

“Ko rasa2, lepas kita ni, kita akan hang out lagi camni tak?
Masing2 ngan hidup masing2, ko akan balas tak msg2 aku?”
“Erm…”
“Ala, cakap je.
Aku tak kisah”
“Tah la.
Tak kowt”
“Ok, good to know”


Situasi 2

Something happened. Now 'the' conversation:

“Do I still fit in your story?”
“Fit in?”
“Yeah.
Do you need me in your story?
Or I am just a chapter?”
“I need you.
I need you as my best friend”

“Ok”


2 situasi berbeza.
2 ekspektasi pengakhiran yang berbeza.

Namun, keduanya mempunyai kesudahan yang amat berbeza dari ekspektasi
Situasi 1 expected something worse will come out of it, but till now we are cool
So cool!
Situasi 2 is vice versa
Too vice versa!

Ironi eh?


Memang la kita manusia tak mampu meramal masa depan!


:::YTBACK!!!:::

Awesomeness...

0375
11 April 2009

Awesomeness:
when I get sad,
I stop being sad

and be awesome instead.
True story

- Barney Stinson
-
- How I Met Your Mother -



















































p.s – great philosophy, dun u think? Huhu
p.s - and i believe i am awesome!!! lalalalalala


:::YTBACK!!!:::

Just an entry...

0374
10 April 2009


Hi there again
Macam biasa, tak sedar masa berlalu sebab banyak sangat mende nak didahulukan berbanding blog
But hey, its weekend now
Thus I allow my self to blog something for YT

Actually, again, like always, there are so many things to say
It keep drafting in my mind, like konon2nya aku ada teknologi nak update blog dari otak aku ni
At last, bila tak de masa nak menaip, draf dalam otak hanya tinggal draf
Hurm…

Currently, living the last moments in UMP
Tak sangka pulak, setelah hampir 4 tahun lebih di sini, dah nak habis dah
Satu per satu projek ditamatkan, satu persatu assignment dihantar, macam menggambarkan masa untuk berada di UMP semakin singkat
Satu perasaan yang pelik terasa bila tirai di UMP semakin berlabuh

Like I said, I have a draft in my head
But I don’t want to write it now
Cos if I write it now, i will not satisfied with results, as the words are not flowing like it supposed to do

Thus, consider this entry sebagai entry biasa, di mana aku mencari kembali ‘roh’ untuk menaip

With that, will update later ok!


:::YTBACK!!!:::

The Abstract

0373
07 April 2009

Dear valuable readers,

Just done my last editing session of my last minute abstract for my thesis, before I want to submit it to my SV this afternoon.

Kinda busy with lot of things, cramping my muscles into something that not my muscle. (dah, mula merepek dah)

Btw, just see through and compare these two abstracts- one in English and one in BM.

Spot the differences, similarities and anything that you can discuss regarding this matter.

I will discuss and give some insights later.

Thank you.


EFFECTS OF TRANSMEMBRANE PRESSURE (TMP) ON THE PERFORMANCE OF ULTRAFILTRATION (UF) MEMBRANE OF SOY PROTEIN

Ahmad Kamal Hassan and Sureena Abdullah
Faculty of Chemical & Natural Resources Engineering
Universiti Malaysia Pahang, Lebuhraya Tun Razak, 26300, Kuantan, Pahang
Email: ahmadkamal86@gmail.com,sureena@ump.edu.my


Abstract

The use of membrane separations using ultrafiltration (UF) in the fractionation of soy protein from soy milk has generated considerable interest, recently. Compared to traditional methods, UF gives higher yield and superior functional properties of the soy protein, and also allows the recovery of active soybean trypsin inhibitor (STI) for medical purposes. The performance of the ultrafiltration (UF) membrane; in term of permeate flux, concentration of protein transmitted and retention ratio, by manipulating transmembrane pressure (TMP) to fractionate soy protein from soy milk is studied. Commercial soy milk samples have been centrifuged and introduced to the ultrafiltration system at various TMP value. Data from permeate flux, concentration of protein transmitted and retention ratio have been manipulated to get the performance of the ultrafiltration membrane. Based on the results, the range of effective TMP to fractionate soy protein from soy milk is between 15 to 20 psi. In this TMP range, the permeate flux is between 25 and 30 LMH, the concentration of protein transmitted is acceptable; between 1.38 and 2. 85 mg/mL and the retention ratio is 90%.

Abstrak

Proses pemisahan membran menggunakan ultraturasan (UF) dalam memisahkan protein soya dari susu soya semakin mendapat perhatian lewat kebelakangan ini. Berbanding dengan cara tradisional, UF memberikan hasil yang banyak dan ciri berfungsi protein soya yang tinggi, di samping membenarkan perencat tripsin kacang soya untuk dikumpulkan. Prestasi membran ultraturasan dengan memanipulasikan tekanan antara membran (TMP) untuk memisahkan protein soya dari susu soya melalui fluks; kepekatan protein menembusi membran, dan nisbah penolakan membran, adalah dikaji. Susu soya komersil yang telah diempar diperkenalkan dengan sistem ultraturasan pada nilai TMP yang pelbagai. Maklumat dari fluks; kepekatan protein menembusi membran, dan nisbah penolakan membran telah dimanipulasikan untuk mendapatkan gambaran mengenai prestasi membran ultraturasan. Berdasarkan keputusan, julat efektif TMP adalah antara 15 dan 20 psi. Dalam julat tersebut, nilai fluks adalah antara 25 dan 30 LMH, kepekatan protein menembusi membran adalah antara 1.38 dan 2.85 mg/mL dan nisbah penolakan membran adalah 90%.

Keywords: ultrafiltration (UF), transmembrane pressure (TMP), soy protein, soy milk


p.s - u free to correct me if anything wrong in grammar or tatabahasa. beta pon bukannya pandai sangat berbahasa! =p


:::YTBACK!!!:::

Walau Hanya Mimpi Cuma...

0372
04 April 2009


Sejak aku dah habis presentation PSM hari tuh, aku dapati,
tidur aku makin nyenyak.

Bukanlah nak kata, habis presentation, habis segala kerja.

Banyak lagi tanggungjawab yang perlu aku lunaskan.

In fact, teramat banyak, sampai kadang2 terkejar2 nak melakukan kerja.


Tapi aku dapat rasakan perbezaannya.

Makin nyenyak, dan bangun pon dalam keadaan segar.


Dan yang paling nyata, tidurku kerap kali didatangi
mimpi
Mimpi yang best2 lak tuh!















One thing about dream is, aku rasa dalam mimpi,
kita adalah kita yang sebenarnya

Segala rasa yang kita rasa dalam hati kita, akan tertafsir dalam mimpi

Takde lah cover2 macam alam reality kan


Contohnya
, dalam reality, aku ada tak suka sorang ni
Tapi, aku masih cover, buat2 baik, walau dalam hati aku sumpah seranah tak suka kat dia.


Dalam mimpi pula berbeza.

Aku pernah mimpi, aku terajang muka dia guna boot tentera tuh, sambil lenyek2 muka da sekuat hati

Itu gambaran ketaksukaan aku kepada dia kan..

In a way…


Baiknya mimpi sebegitu, ia memberi aku escapism

Sekarang ni, bila aku jumpa je budak yang aku tak suka ni, dalam minda separa sedar aku, aku teringatkan yang dalam mimpi aku dah lanyak2 muka dia

Dan ia menyebabkan aku lagi senang cover perasaan marah dari membuak2

So, kira bagus la kan.





















Baru2 ni, aku bermimpi

Mimpi yang best sekali.


Walau tak pernah aku cerita pada sesiapa di alam realiti, aku kerap kali berkhayalkan tentang perkara ini

Berkhayal yang aku dapat mencapainya, dapat melaluinya

Indahnya saat itu!


Di alam reality, the possibility of the dream to come true is none

In fact, kalo ada percentage pon, amatlah rendah

Mungkin takkan berlaku pon


Tak pasti kenapa aku berkata begitu

Sebab selalunya, apa yang aku nak, aku akan cuba dapatkan

But this thing, I dunno

Nasib bagai asyik tak menyebelahi aku…


Tapi, malam itu, aku bermimpi, ianya terjadi

Amat indah mimpinya

Dan aku terbuai

Terhanyut ke alam khayalan tak bertepi

Melayang ke awangan!


Bangunku, dengan senyuman terukir di bibir

A sense of dejavu muncul bila aku mengingatkan tentang apa yang telah aku mimpikan


Biarpon di alam realiti, perkara itu tak mungkin tercapai

My dream has come true in my dream

Ironi right?

But it was fantastic!


Sekarang ini, biarkan aku sendiri

Aku ingin mengingat balik segala rasa dan kisah di dalam mimpi itu


Biarkan aku terbuai...
Biarkan aku hanyut...
Biarkan aku berkhayal...
Biarkan aku melayang...

Walau hanya mimpi cuma…



p.s - Yang Terdalam - switch on the dreamy mode, as reality is too far away...


:::YTBACK!!!:::