Yang Terdalam Bumper Issue of 2008!!!

0339
31 Disember 2008

Aku maleh mengupdate tadi…
Skali, bloghopping je
Nampak satu blog ini, dia siap wat bumper issue untuk blog dia…

So mencilok idea orang, aku pown mau buat bumper issue Yang Terdalam

Banyak yang berlaku dalam tahun 2008.
Dan cara terbaik bagi aku menoleh ke belakang,
ialah dengan melihat apa yang pernah berlaku melalui entri di YT

YT mungkin satu momento terbaik bagi aku di hari hari mendatang!

Bagi mana yang baru mengenali ak_0143 dan YT, mungkin anda perlu klik link2 ini

Januari

Memori Polo Blue
3 Hati
Update
Cepattt!!!

Februari

Ini Satu Kisah
Chef of February???
Ini Bukan Entri Untuk Mengampu Ye!
Kekejaman Molecular & Cell Biology!!!

Mac

Up & Down
Triple Celebration!!!
Random Thought
Another Celebration???

April

Selamat Ulangtahun Hari Makanan Rapu Sedunia!!!
Sakti
Teguran

Mei

Blogging for handsome blogger but damn spam robot!!!
Seminggu, 1000 Kisah
Ulangtahun Yang Terdalam yang ke-2!!!
Secebis Kisah Di Hari Guru
The Contest, The Winner, The Events of The Gift & The Promo
Recycle!
11111 - Sowang Blogger & Ilmu Hitam!!!
IVAC'08 - Apa Dah Jadi???

Jun

Slot Sekali Wa Teringat Pulak Deh! 1.0
Di Mana Diya / AA / CK???
Har Har Har!
Keahlian Dibuka!!!
Hi... I'm Lisa!!!
Giliran Toshi

Julai

Jadual Jumpa2 ver 2.0
Kisah Adikku Yang Senget
Escada & Cuti Cuti Malaysia
Permainan Ego
Erk?!
Hadiah Hari Lahir Paling Bermakna
Twenty Two [1.0] [2.0] [3.0]
Parkia Speciosa!!!~~~
Alahai, rumate aku!~
Its' Glycine Max, lol!

Ogos

A Blogger???
Vogue, Glitters & Glamoroues Nite [1.0] [2.0]
Blogger Award 2008!!!
Kahwen???
Mind You!~

September

Hadapi Dengan Senyuman! =)
Hoi Mr Final!!! [1.0] [2.0]
Hari Rabu![1.0] [2.0]
Moh Contaminatekan Sample Dia!!!
Parti Bueh Jom!!!

Oktober

A Friend - In Action!!!
Masih Jua.. hurm...
Kelakarkan???

November

Air Timun!~~~
Bila Aku Merepek...
Bio Tour de Industry 2008 (BTdI'08) Part 1.0
Hell, yeah!!! It's Complicated!!!
HahahaHAHAHAHA!!!
Amukan Asmara!!!

Disember

Dihantui Yang Terdalam
The Trilogy
2dsd
Menunggu Pagi...
The Confession of The Kampong Boy
"Untuk aku melupakan, aku harus membenci"
Potluck Kak Red [1.0] [2.0]
New Year, New Semester, New Me???

Di antara 185 entri YT untuk tahun ini, aku rasa ini adalah antara entri2 yang memberikan kesan kepada aku samada suka, duka, sengal, dan macam2 lagi lah…

Warna warni kan YT???
And I'm blessed to open this blog...
Macam2 ada!

Dan ada juga entri2 dari kawan2 yang membuatkan aku rasa best, dan ada aku simpan url nya... maleh la plak nak tempek...

Apapun, 2008 yang berlalu akan terus dikenang,
dan mari kita mencipta memori untuk 2009 pula!!!



Banyak sangat link atas ni???

Nak wat camna, kan aku perasan blog aku ini best!!!
Hahahaha

Layankan aja!!!



p.s – 31 Disember, mengingatkan aku kepada Noushy Syah… aku pernah berjanji nak wat celebration untuk besday dia, tapi mana dia??? Aku rasa bagi yang kenal, mesti rindukan dia juga kan… Noush, if u read this, respon!!!

p.s - tengok penangan potluck! The kampong Boy has opened his own blog...
korang kat potluck la trigger ni!!! Betul2 penangan potluck!!!
Thanks to
Kak Red & GBM+L (Geng Bas Merah Lutsinar!!!)




:::YTBACK!!!:::

New Year, New Semester, New Me???

0338
30 Disember 2008


Hello bebeh!
Ok2, lupakan kisah potluck Redmummy tuh
Kisah itu dah berlalu!
Makanan pown dah dihadam dan dikeluarkan dah pown!
Tunggu tahun depan pulak ek…




















Bagi yang masih baru di sini, hi selamat datang ke Yang Terdalam
Beta, ak_0143, Putera Blog ini… haha

Kenapa 0143?

Jangan tanya soalan pelik2 boleh tak??
Susah nak menjawabnya tuh…

Kenapa putera?

Lantakla akulah mau perasan di blog aku sendrik!
Kang aku pasan kat blog kowang kang…

Yang Terdalam ni dah lama gak la wujud.
Dan ia bukannya selalu cheerful dan sengal dengan entri.

Ada satu tone, yang dikenali sebagai ‘tone Yang Terdalam’, yang selalu memunculkan diri kalau2 tuan blog mengalami sindrom emosi tak stabil dan kepala tak betul…
So far, ramai gak la dah penah tengok itu tone

Walau tone itu agak depressing, tuan punya blog masih lagi ok
Tempat ini dijadikan tempat merepek je, selebihnya dalam reality, masih lagi ok dan waras!
Len la kalo masa bersengal, itu memang sengal!

Salam Maal Hijrah 1430h untuk semua.
Dah hari kedua dah kan…
Another turning point, to start over, to start back new life!

Becoming new me?
Might be..

Dah makin besar ni, makin sedar untuk tidak menyambut tahun baru biasa.
Tahun baru Islam lebih penting.
Dan baru2 ni pown dapat tahu yang tidak boleh menyambut Krismas.
So far, masih boleh menerima.

Apa azam tahun baru 1430H ini?

Hurm.. macam biasa, nak kenal diri, nak perbaiki diri
Lebih takde
Takde la mau kawen tahun ini ka
Ataupun mahu macam2 yang boleh menyebabkan aku tensen di akhir tahun sebab tak tercapai

Let it flow naturally, but with extensive care
This is my life ur talking about!

Dah masuk sem 8 dah di UMP ni untuk Degree Chemical Engineering (Biotechnology)
Bulan Mei depan dah mula start praktikal (kitowang memang prak akhir sem)
Dan harapnya November 2009 dah leh start keje
Dah leh start hidup baru!

Result sem lepas memuaskan hati aku, though aku malas tempek sini
Pasal result ni lah aku penah ceritakan dalam entri “For Those Who Understand” tuh
Takmo kecoh lebih, yang penting aku puas hati!

Seperti biasa juga, tempekkan sekali subjek2 untuk semester ini…

Registered Subjects for Semester :
SEMESTER 2 SESSION 2008/2009

BKB4944 UNDERGRADUATE RESEARCH PROJECT II - 4
BKB4934 PROCESS & PLANT DESIGN II - 4
BKU4133 PROJECT MANAGEMENT & ECONOMIC - 3
UGE2002 TECHNOPRENEURSHIP - 2

Maybe ada yang pelik, awat kos aku sampai 9 sem a.k.a. 4 tahun setengah?
Well, ada sikit problem di tengah, masa aku 2nd year
Thus, satu fakulti kene tambah satu sem…
Ada la critenya…

Sem ni ada 13 kredit hour je, paling sikit dalam sejarah aku di sini.
Yelah, kata tambah sem
Kelas, cuma 2 jam hari isnin, 2 jam selasa, 1jam rabu
Dua2 subjek business
Lebihnya akan digunakan untuk habiskan 2 projek iaitu PSM dan plant design.

PSM




















Proposal report yang telah dihantar pada 17 September 2008
Dapat A! =p

EFFECTS OF TRANSMEMBRANE PRESSURE (TMP)
ON THE PERFORMANCE OF ULTRAFILTRATION (UF) MEMBRANE
OF SOY PROTEIN

PSM aku maybe antara yang termudah antara kawan2 yang len.
Tapi still, belum start lagi, sebab kemalasan dan bahan kimia yang masih tak cukup
insyaAllah, bulan Jan ini akan dihabiskan

Basically, aku kene cari range of TMP untuk ultrafiltrate kan air soya, range TMP yang mana yang dapat paling banyak protein.
Ala macam men filter2 biasa je pown
Eksperimen senang, but the core is at analysis
Harap dapat habiskan betul2

Plant Design




















Report Part 1 yang beta edit, dan telah dihantar pada 29 Oktober 2008
Dapat A- =p

Production of 2500 MTA Penicillin

Plant Design ni projek grup
Basically kene setup kan satu kilang production - dari tempat di mana, raw material dari mana, guna apa, alat apa, macam mana setting alat, berapa harga tanah, harga alat - semua yang berkaitan lah
Konon2 kitowang ni memang dah nak start bukak satu kilang production sendiri

Disebabkan aku biotek, thus aku dapat production of penicillin, sejenis antibiotic

Mula2 dibaginya tajuk 50000 MTA (Metric tan per annum), kitowang fight untuk kurangkan ke 2500 MTA
Yelah, production satu dunia pon lebih kurang 50000 MTA, takkan satu kilang kami mampu compete production satu dunia
Memang boleh capai 50000 MTA itu, tetapi ia memerlukan approximately 120++ reactor dan setiap satu separation processnya berbeza, tak boleh diintegratekan…

Haha, pening ye kowang baca mende2 ni sume
Inilah yang selalu aku men2 dalam semester2 aku di sini
Tu yang kadang2 mau release tensen, YT jadi tempatnya!
Mungkin lepas ini, banyak lagi meraban di sini…

Harapnya semester ini memberikan sesuatu yang baru, sesuatu yang boleh aku banggakan
New year, new semester, new me???
Yes, u might say that!

Sedang sibuk membuat resume bagai, mau mintak tempat praktikal!
Gerak dulu ek!


p/s - maybe akan mula kurang bloghopping.. paham2 je la ek! =p

p/s - edited... tak pasan lak tertulis report.. sbenarnya proposal! =p





:::YTBACK!!!:::

Potluck Kak Red Part 2

0337
29 Disember 2008

Waa bosan giler balik kolej!
Malas nak buat apa2 malam ni...
Esoklah baru mulakan!

Masih dalam mood Potluck Kak Red
Sana sini tengok gambar semalam
Dan sana sini buat kawan baru
Sengal2 semuanya

Apapun, malas tulih panjang2
Kang entri ni dapat Anugerah Entri Puaka lagi macam entri lepas!
Huhu

Aku dah kata kamera aku cikai je
Tengok gambar2 orang cantik je...
Kan best kalo ada kebolehan tangkap gambar2 macam ni!
Best je mengupdate blog!

All pictures credit to Sawanila.com
ALL!!!
Cantik kan gambar2nya???
Enjoy gambar ya!















Potluck Redmummy.com at Taman Putra Perdana, Putrajaya

27 Disember 2008





















Kiri - Chot sedang didera!
Kanan - Diana K juga???




















Kiri - Kak Red aka Red Mummy
Kanan - Sirman





















Kiri - tah sapa tah yang hensem kacak bergaya sangat tuh!!!!
Kanan - dia suruh beta jangan tulis pasal dia lagi sejak entri ini... (letak gambar leh kan???) =p





















Kiri - Chotz
Kanan - Ini enchekekasih ek.. bukan abam 35!!! hahaha!





















Kiri - Ayusolo
Kanan - Elly





















Kiri - Bojeng
Kanan - Diana K














Kak Liza





















Sesi power rangers bertukar dari redmummy menjadi reddaddy!!!


















Sesi tarian zapin ke tuh???
Zapin hapa gitu???




















Kek itu sedap!!!


















Atas kiri - Lepat???
Atas kanan - haaa inilah Roti Jala Yang Terdalam!!!
Bawah kiri - ske kueh seri muka ini!
Bawah kiri - ini ke chicken wing Kak Liza??? Kempunan tak dapat rasa!!!














Geng Tikar Puaka!!!














Makan epal dalam kekalahan!!!





















Kiri - Adoi! buruk giler... jangan la masuk paper! haha
Kanan - Apik pown sama...














Hang Chotto Mattekudasai!!!
































"Cuba tengok sapa menang lucky draw ni"
"Duh, geng tikar sana lagi!!!"
*nada bengang*




















"No no no no!!! Hadiah ni bukan Mami Poko Pants!!!"














Tahun depan buat lagi ye!!!


p.s - salam maal hijrah 1430H!!!
another turning point to change???



:::YTBACK!!!:::

Potluck Kak Red

0336
28 Disember 2008

First of all, diingatkan, entri aku takde la banyak gambar… kamera haku cikai je! so kalo nak gambar2, leh la g blog2 len ye! =p

Hari ni 27 hb Disember, hari terakhir aku di rumah…
Rasa tak puas la pulak!
Haha, masa kat tengah macam nak mati kebosanan
Bila dah habes gini?

Biasala, manusia tak pernah puas!




















Ok firstly, today I’m so happy
Best la gak hari ni
Hari ni best
Apa lagi ek nak menggambar betapa enjoynya hari ni
Adakah perlu memanggil pakcik Keri menjerit “Kita Enjoy!!!” bagaikan lagak sitcom Puteri???
In all, best la!

First, seperti biasa, aku mengambil seorang-bahan-untuk-diblog di Ampang sebelum kami meneruskan perjalanan ke satu tempat…
Singgah di Ampang Point, membeli ini:
Lentera Timur















Perasan tak beta bukak kat page apa?
Bulan yan mesra...
Teringat kat pakcik bulan! =p


Biasala, orang obsess dengan sore makcik ini, so memang jadi rutin aku untuk dapatkan album dia cepat2…
Ske layan sorenya!




















Dan first impression, cover cantik, macam fairy tale
Lagu-lagu?
Kena dengar betul2 dulu
Tadi dengar memain je, sekadar jadi lagu latar aktiviti pemanduan…

Kami ke Putrajaya…

Ke Potluck Kak Red!

Apa aku bawak???
Haha, aku bawak roti jala bersama kuah kari…

Masakkah aku???
Tak! Aku beli! Haha

Lantak la…
Sesi kekejaman terhadap budak bujang sungguh suh aku memasak nak bawak bagi orang rasa
So, aku suh mak tempah je dan kul 2 dah ready sampai kat rumah!
Haha

Dan betapa puas hatinya, makananku itu licin!
Aku nampak banyak orang mengambil roti jala itu, di samping mencari2 mana kuahnya…

Kisah kehilangan kuah ini aku salahkan Makcik Diana anak Datuk K yang menyusun atur meja
Ada ke letak kuah jauuuuuh dari roti jala…

Akibatnya, kuah roti jala tersebut masih banyak
Kawan aku bawak balik!
Buat makan ngan mee malam ni!
Haha

Oh? Kenapa aku salahkan Diana k?
Saja… suke2…

Entri ini akan banyak menyalahkan makcik Diana k ok!

Sampai2 je, aku dah nampak gelombang merah menguasai kawasan
Aku lak, selamber pakai baju hitam dengan gambar superman
Ya makcik ween, superman jambu hang pakai baju superman!

Dalam hati aku, kalo kak red bising, aku cakap la spender superman kat baju aku tuh dah merah…
So kira ok la!
Haha




















Kak Red: Ni mana baju merah ni???
Aku: Kan spender superman ni merah... =p


Sesampai, cuak gak
Sebab tak kenal
Selamat pakcik chot ada
Thus kurang cuak

Mana yang tatau, si chot ni senior aku di UMP
Dia dah nak grad dah bulan jan ni
Dan aku penah duk searas ngn dia masa aku first year
So memang kenal la

Sampai2, daftar nama
Siap dia bagi name tag lagi
Lupa plak aku nak snap
Lantak la!

Masa ni la, aku pass makanan aku ke makcik Diana k
Masa ni gak aku dah prasan dia asingkan roti jala dan kuahnya itu!
Haha, ini kesalahan Diana k yang pertama!

Then mula lepak2
Kaget gak… tapi kenal2 ngn ayusolo n elly
Tak lak snap gambar ngn diowang
Maybe next time k!

Sesi dimulakan dengan pertandingan Red Chill, di mana para peserta sebanyak 4 orang satu kumpulan perlu mencelupkan kaki ke dalam kolam berais, untuk mengeluarkan batu2 dari situ
Sapa banyak kuarkan, dia la menang

Aku tiba2 lak satu grup ngn chot, ayusolo dan kakak yaya (link?)
Masuk kan la kaki, mencari batu2 itu
Sejuk giler!!!

Ada 3 4 grup gak men mende ni…
Kami grup ke 2
Tapi air masih sejuk
Nampaknya haba dari kaki2 grup 1 tidak mampu memanaskan air itu!

Dah habes, lepak2 la, sambel layankan kaki yang sejuk
Borak2
Di kejauhan, ternampak Kak Liza tiba with her family...

Sekali, terperasan, tak ramai la plak orang2 tengok mereka yang bertanding di sebelah sana…
Orang ramai kerumun masa grup 1 dan 2 je…















Red Chill

Dan yang mengejutkan, ada seorang ahli geng bas merah turut sama lepak dengan kami!
Dan di situ, aku telah berjanji untuk melaporkan kepada dunia blog bahawa makcik itu telah curi tulang masa organisekan event!
Ayusolo boleh menjadi saksi!
Hahaha

Then, sesi makan…
Banyak gilos makanan
Dan aku perasan, kek secret recipe pon macam dah sampai 3 4 buah
Tak dicampur dengan kueh mueh, ada karipap, seri muka, lepat (tah sapa punya tah), kek2, muffin, bihun, duh! Banyak giler la!

Rugi la sapa tak datang…
*sambel memandang sinis ke arah barat daya, ke arah UK!*
=p

Then, ada lak game tuk budak2…
Aku tak ambik port sangat
Sibuk makan…




















































Sesi fotografi Red Family

Tiba2, ada lak pertandingan makan apple sambel tutup mata
Ada la pulak orang tolong pegangkan apple itu digantung pada tali…
Aku sorok2 tak mo masuk..
Sekali mak merah datang dengan kuasa vetonya mengarahkan sowang2 untuk masuk!
Sungguh hebat kuasa mak merah!
Haha

Siapa yang memegang tali apple aku???
DIANA K!!!

Dan, sekali lagi, dia telah menyebabkan kekalahan teruk aku kepada 4 orang lagi dalam arena pemakanan epal!
Semua salah Diana anak datuk k itu!
Haha

Lepas tuh, ada la gak game tuk budak2
Aku pon memakankan diri sambel borak2 ngn rakan setikar – apik, chot, azly, ayusolo, elly, dan kak latipah dan abang shah, sepasang suami isteri dari Singapore

Dan ada la sesi lucky draw…
Wat dunno je
Aku memang jenis tak lucky sket dalam lucky2 draw ni
Sekali, rakan setikar si Apik dapat hadiah!!!

Berat hadiah tuh
Panjang…
Kitowang trus saspek ayam brand’s!
Haha

Then… chot pulak dapat…
Akak dan abang suami isteri tuh punya la gelak tak hingat gelakkan diowang dua orang pasal ayam brand’s

Then, aku lak dapat…
Lagi la…
Aduh!

Sekali cik wawa dari tikar kami pun dapat hadiah
Tapi dia punya hadiah leper je…
Thus, kami assume Mami Poko Pants!
Haha
Suka menggelakkan hadiah orang…

Di sayup kejauhan, di belakangku, terdengar makcik ayusolo dan elly berharap turut mendapat hadiah lucky draw…
Aku pown harap gak
Biar semua dapat kan…
Sekali tak de…
Bukan rezeki la gamaknya…

Ada la pengumuman game…
Dan sapa yang menang Red Chill??
Kami!!!
So, aku, chot, ayusolo dan kakak yaya amik la hadiah…
Kak red ku lihat sedikit bengang asik muka kami je dapat hadiah!
Haha

Tikar kami dapat 4 hadiah lucky draw
3 hadiah pertandingan…
Total up 7 semuanya…
Thus, dengan ini secara officialnya dengan ini, beta mengurniakan anugerah tikar puaka di Potluck Kak Red kepada tikar kami!!!
Hahaha















Tikar Puaka yang menyebabkan kami menang banyak hadiah!

Pastu, masing2 sibuk berkemas…
Aku bawak balik bekas kosong
Nampak macam2 makanan yang ada lebeh
Sauk mana boleh
Mostly aku amik yang boleh dibawa balik ke UMP sok!
Thus, aku dapat semua ni…















Stok makanan yang dicurik!


Hadiah kak red tuh ayam brands kah?
Bukan…
Satu set mangkuk…
Hadiah pertandingan aku dapat tuala muka…
Mangkuk tuh aku bagi la kat mak aku…















Set pinggan mangkuk n face towel...

Lepas tuh, heading back balik ke umah…
Duh, penat giler…
Baru sampai around 10 tadi sebab berhuha lagi…

Dan, aku terus menaip entri terbaru ni…
Ayat berterabur?

Lantak la!
Layankan aja!
Aku penat!!!


=p

Overall, thanks to Kak Red, Sirman, Geng Bas Merah
(walau aku tak nampak pon bas mereka tadi)
for organizing this event…
Best juga bersua muka dengan rakan blogger…

Maybe lepas ni boleh buat jamuan YT lak…
Korang semua sediakan kan makanan, hotel 5 bintang
Aku datang makan n untuk dilayan je!
Amacam?
Ada bran?

Hahaha



p.s – entri kat bawah ni diupdate guna autopublish petang tadi… kalo rajin, komenla jugak! =[
p.s.s – maaf kepada makcik Diana k, beta saja mau mengotakan janji dengan menulis semua yang berlaku! Haha
p.s.s.s – maaf kalo tersalah nama.... maaf kepada mana2 yang beta tak tegur tadi, maybe next time k!
p.s.s.s - edited, thanks ayusolo!
p.s.s.s.s - edited, with apik's link!



:::YTBACK!!!:::

"Untuk aku melupakan, aku harus membenci"

0335
27 Disember 2008

Entri ini dicoretkan dengan mendapat keizinan mereka yang berkaitan…

Cuti semester memang selalu menjadi satu masa untuk aku berjumpa kembali kawan-kawan lama untuk bertukar-tukar cerita dan kisah diri. Waktu waktu beginilah digunakan untuk mengulang kembali memori di saat persahabatan dulu, mengenang kembali yang telah lepas, dan juga memberi maklumat terbaru mengenai kehidupan masa kini.

Cuti ini juga tak terkecuali. Ada juga kisah kisah yang telah dikongsi.

Banyak orang yang aku jumpa cuti ini, namun kisah dia ini terlekat di hati. Tak nak bazirkan kisah ini, aku mintak izinnya untuk dijadikan entri!

Mari kita memberi initial Mr R kepada si jejaka dan Miss P kepada si wanita.

Seperti biasa, berjumpa. Untuk memudahkan, aku dan Mr R berjanji untuk berjumpa di shopping complex saja. Aku pon dah lama tak ronda-ronda shopping complex sekitar KL ni, asyik habiskan masa di Megamall atau ECM Kuantan je. Jadi, Mid Valley menjadi pilihan.

Kami bertemu menjelang tengah hari. Mengenangkan perut yang lapar, kami decide nak pergi makan dahulu. Mc D menjadi pilihan, cos it’s prosperity time! Aku memang dah lama mengidam prosperity dan aku amat ketagih twister fries nya. Mr R mungkin dah bosan dengan Mc D, hanya memesan double cheese burger sahaja.

Bertukar tukar cerita. Banyak gossip sebenarnya. Ye lah, nak tukar cerita pasal - mana mamat ni pergi, minah ni amik pe, dah kawen ke - dengan secara tak langsung terkeluarlah segala gossip-gossip lama yang terpendam!

Hinggalah satu ketika, aku tertanya:

“Weh… ko ngn Miss P apa citer?”

Ku lihat dia terkedu. Double cheese burger yang separuh dimakannya itu diletakkan kembali ke meja. Matanya membulat. Macam ada api dalam matanya.

“Tolong jangan sebut lagi nama tu boleh tak?”

Aku kaget. Tak pernah aku tengok mamat ni gini. Yelah, dia ni kiranya dikenali sebagai seorang yang happy-go-lucky, yang ceria. Kehadiran dia selalu menceriakan orang-orang sekelilingnya. Maybe, sebab itu dia kiranya disenangi la gak.




















Aku tahu kisah dia dengan Miss P sebab dia bagitahu aku. Mr R dan Miss P ni kawan baik. Dari zaman sekolah lagi. Ditakdirkan mereka dapat matriks yang sama, dan u yang sama.

Aku sering usik mamat ni, ‘ko memang saja pilih dekat ngan miss P kan’ dan dia selalu bereaksi agak malu2. Satu reaksi yang agak kurang sesuai dengan mamat happy-go-lucky macam dia. Sejak dari itu, aku tahu, mamat R memang ada hati dengan minah itu.

“Errmm… pe hal ni? Kenapa ko tiba2 tak nak sebut nama dia pulak”

“Tah la… tiba2 aku benci nama tuh. Nyampah!”

“Laaa… apsal tiba2 ko benci dia pulak?
Bukan ke dulu, nama itu yang selalu buat kau angau! Teringat2!”


“Untuk aku melupakan, aku harus membenci”

“Uhhh???”


Aku tak faham. Serius aku tak faham.

Slow2 dia cerita kat aku.

Rupanya dalam sela masa aku tak jumpa dia tuh, dia confess perasaan dia dekat Miss P. Bagi lelaki macam dia yang selalu open pasal semua benda, aku agak faham, dia memang sukar nak luahkan betul2 perasaan yang dia rasa dalam hati dia. Thus, bila dia cakap dia confess, aku terkejut. It’s a big step!

“Masa aku bagitahu kat dia, dia kata ok je.
Aku tahu yang dia faham apa yang aku maksudkan”


“Habis tu.
Apa yang berlaku?”


“Tah la.. aku pon tak faham dengan minah ni.
Kadang2, bila aku takde dia cari aku.
Kadang2 bila aku larikan diri dari dia, ramai orang kata dia cari aku.
Bila aku dah kuat, aku confess kat dia, dia wat derk lak kat aku…
Macam aku ni hapa je!”


“Erm…”

“Masa tuh, aku rasa macam dipermainkan lak.
Bila kita takde dicari. Bila kita ada, dia wat tatau.
So satu rasa bengang mula muncul dalam diri aku.
Aku pon buat tak layan je la.”


Aku tatau nak cakap pe. Aku buat2 minum air, sambil tunggu dia sambung cerita.

“Sampai satu ketika, aku perasan dia dengan mamat ni.
Aku tanya la siapa mamat tuh. Dia kata takde pape.
Sampai satu ketika, dia mengaku jugak dia dah kapel ngan mamat tuh.
Dia harap aku jadi kawan dia.
Bullshit!”


Aku diam.

“Lama gak beb, aku pening kepala.
Aku tatau nak buat apa. Aku terus malas nak fikir.
Lagi fikir lagi menyakitkan hati je.
Minat dah lama beb, tapi jadi macam ni.
Lepas ni, aku malas lagi fikir pasal dia.”


“Habis tuh, takkan ko tak teringat2kan dia?”

“Teringat tuh ada la. Kadang2 tanya gak apa yang kurang.
Tapi dah dia buat cmtuh. Aku nak buat macam mana.
Tu yang aku cakap tadi ‘untuk aku melupakan, aku harus membenci’.
Sekarang aku nak jaga hati aku sendiri.


“Huhu, ‘untuk aku melupakan, aku harus membenci’.
Boleh jadi tajuk lagu la plak”


“Gelak la ko! Gelak!
Tak jadi kat ko, memang ko tak rasa”


“Lek la.. aku nak lighten the mood je…
tak best camni lama2”


“Tu la. Ko nak lighten the mood, ko jangan sebut nama dia lagi.
Aku malas nak ingat pasal dia.
Bagi aku dia dah takde dalam hidup aku.”


“Hurm, ok”


Kadang2 terfikir, bertapa memeningkan benda2 gini. Dulu diowang ni rapat giler. Sampai orang sibuk berkata diowang ni kapel. Tapi aku tak nak percaya selagi aku tak dengar sendiri dari Mr R.

Sekarang ni, diowang jadi begini.




















Aku dah mintak izin dengan Mr R untuk tulis kisah ni.
Mungkin bagi korang yang baca, korang tak faham kenapa dan apa cerita yang sebenarnya.
Tah la. Susah nak menulis sebenarnya.

Sebab cerita diowang bagi kowang mungkin amat simple dan senang diselesaikan. Tapi bila ko berada di tempat aku, yang kenal diowang dua dalam satu sela masa yang lama, ko mungkin faham kenapa aku ingin berkongsi kisah ini.

Perkataan “untuk aku melupakan, aku harus membenci” bermain2 di fikiran aku buat beberapa hari. Aku cadang nak tulis entri hari tuh, tapi tak mintak izin lagi.

So sekarang dah ok. Aku tulis je la…


:::YTBACK!!!:::