Keputusan...

0443
200410

Kadang kadang, tertekan pun ada, bila diberi tanggungjawab yang kita tak mampu lakukan
I mean, bukan la tak mampu, but kita masih lagi baru dan takde kepakaran nak buat

Dan ia melibatkan macam2 keputusan yang kene dibuat, yang sebenarnya bukan patut aku buat pon!
Buat keputusan untuk kerja orang lain!

Bila senior engineer takde, selalunya aku yang dituju untuk buat keputusan
Sedangkan aku pun sama macam diorang, masih baru
Judgment aku pon bukan betul sangat
Dan keputusan aku pon tah betul tah tidak

Tapi, diorang keep tanya aku, macam aku tau semua benda
Sedangkan, kalau aku di tempat diorang, aku masih mampu lagi untuk berfikir apa nak buat
Ye la, kerja kau, kau lah decide macam mana ko nak buat!

Lain lah kalau crucial sangat,
Kalau macam tuh, g tanya orang yang lebih pengalaman

Lagi satu, kalau aku cakap tak tahu,
Dan aku beri nama orang2 berpengalaman untuk mereka bertanya, mereka akan reluctant untuk pergi bertanya...

Takutkah?
Kerja kau, tanggungjawab ko!!
Sampai bila kene aku assist untuk tanya dekat orang2 yang berpengalaman???

Kadang2 aku rasa diorang ni macam nak jaga reputasi diorang
Bodoh sombong
Tak tahu, tak nak tanya
Last2, tatau gak nak wat camna

Yang tak sedapnya, kalau aku tolong diorang buat keputusan untuk diorang untuk kerja diorang, bila keputusan tuh salah atau tak menjadi, mereka akan bercakap begini “tadi saya tanya Kamal, dia yang kata buat macam tuh”

Duh! Kerja kau!
Keputusan kau!

Kau yang patut bertanggungjawab!
Mengapa aku?

Sekian saja rambling dari opis buat kali ini…



:::YTBACK!!!:::

YTwitt!!!

0442
190410

Aku rasa, YT ini bakal menjadi lain dari yang dulu
Mungkin entri makin singkat2
Dan pendek2
Kinda like status FB …

Abis, kenapa tak letak kat FB???
Sebabnya, aku rasa benda2 ini terlalu personal
But at the same time I just need to vent!

Eleh, kalo takat update pendek2, baik update kat Twitter!
Nope, tak familiar lagi dengan Twitter
Masih ketinggalan.. =p

Buat masa ni, biarlah YT ini transform jadi YTwitt!!!




:::YTBACK!!!:::

Sedar...

0441
180410

Aku rasa aku mula sedar
yang aku mula minat dan sayang seseorang itu,
bila aku cuba untuk menahan diri dari menghantar mesej kedua,
setelah mesej pertama tidak dibalas…



Gosh, I hate people who don’t reply to messages that we send!!!


:::YTBACK!!!:::

Kerja

0440

07 April 2010

Masuk dalam alam pekerjaan ini, kadang-kadang boleh membuka mata
Boleh mengajar kita untuk mengetahui benda yang tak pernah kita ketahui sebelum ini
Pengalaman adalah sesuatu yang dipunya, pahit manis pun ia, ada sesuatu yang member pengajaran

Sejak mula bekerja ini, dunia aku berputar tentang kerja
Orang-orang yang aku temui, adalah orang-orang kerja
Masa-masa yang aku ada, dihabiskan di tempat kerja
Duniaku kini, kerja kerja kerja

Cuma sekali sekala di hujung minggu, aku berjumpa dengan mereka-mereka
Itu pun jikalau hujung minggu itu tidak ku habiskan dengan pulang ke kampong, ataupun menqada’ tidur
Jika tidak, semuanya berkisar tentang kerja

Aku tak kisah semuanya
Maybe ada yang kata aku takde life, aku tak peduli
Aku senang begini
Bagi aku, waktu beginilah perlu aku tumpukan untuk membina karier
Walau dari bawah sekali pun

Tambahan pula, masa aku tidak banyak tercuri untuk benda-benda lain
Contohnya, soal hati dan perasaan

Namun, dalam masa yang sama, aku masih manusia
Punya semua itu
Dan kadangkala, di tengah-tengah kesibukan kerja, hati ini tercuit jua

Hendak buat bagaimana, focus aku tidak ke situ
Ada memikirkan, tapi tidak mahu bertindak

Mungkin jua, sudah malas
Sudah letih
Sudah lelah
Dengan perkara-perkara untuk menjaga soal hati dan perasaan
Mungkin lah…

Dalam pada bekerja, banyak orang yang aku jumpa
Ada yang begini, ada yang begitu
Manusia pelbagai ragam, melakukan kerja yang sama, tapi mempunyai kehidupan yang berbeza

Mungkin kerana dunia aku adalah kerja, aku memerhatikan warna warni mereka
Ada yang cantik warnanya, menyenangkan!
Ada pula, cuma sekilas pandang, aku sudah merasa jelak

Aku bukanlah mudah untuk tidak suka pada seseorang
Aku lebih kepada menerima mereka seadanya
Walau betapa peliknya seseorang itu, aku tak kira
Asalkan boleh berkompromi dan berinteraksi

Macam biasa, ada yang aku tak puas hati juga
Macam biasa, orang-orang begini adalah orang-orang yang mempunyai ciri yang sama
Macam la tak biasa!

Kadang-kadang tak faham
Kenapa wujudnya manusia-manusia berlagak yang poyo bagai nak rak, tapi habuk pon takde?
Konon dari tempat yang bagus-bagus, otak yang bagus-bagus
Mentaliti, tetap terkebawah

Pung pang sini sana cakap itu ini tak bagus
Tapi tanggungjawab sendiri diabaikan
Dan, dalam masa yang sama, cari tanggungjawab lain, yang kononnya lebih mendatangkan hasil
Dan, akhirnya, tanggungjawab sendiri tak terlunas
Menyebabkan semua yang tak berkaitan terbabit sama

Mana kau datang, itu hanya sejarah
Apa kau lalui, itu hanya sejarah
Apa yang kau banggakan, itu hanya sejarah

Yang kini?
Yang kau lalui kini?
Yang kau ciptakan kini?
Bukankah bakal menjadi sejarah untuk masa hadapan?
Tapi, mengapa kau masih mendabik dada, kononnya kau yang terbaik, atas sejarah-sejarah kau dahulu

Masa kini
Saat ini
Hari ini
Apa usaha kau?

Aku benci dengan orang-orang begini
Entah kenapa, benci!
Jelak!
Mual!

Argh, sudah la!
Malas nak fikir!


:::YTBACK!!!:::

Selesa...

0439
05 April 2010

Aku sudah menaip tadi
Hampir 3perenggan
Tapi aku delete
Kerana rasa tak selesa

Aku sambung untuk menaip entri di YT
Dah panjang
Ada 6 7 perenggan juga
Tapi aku delete
Aku masih rasa tak selesa

Entah kenapa
Banyak ingin dicerita
Banyak ingin dikongsi
Semua akhirnya aku simpan sendiri
Kerana aku rasa tak selesa

Aku tahu, akhir nanti, mungkin
Aku sendiri akan lemas dalam rasa-rasa ini
Apa mampu aku lakukan
Sudah aku tidak selesa

Entah kenapa aku tak selesa
Aku tak pasti

Oh, mungkin
Mungkin

Mungkin sebab
Sebab


Sebab esok hari SELASA kowt!
*tiba2!!!* =p




p.s - aku lelah dalam penat.



:::YTBACK!!!:::