Taman Mimpi, Taman Langitku...

0295
31 Oktober 2008

Kepala yang sarat.
Otak yang berat.

Hati inginkan ketenangan.
Jiwa dambakan kebebasan.
Serabut ini mesti dihapuskan!

Bersiap.
Keluar.
Melarikan diri dari keserabutan.
Mengasingkan diri dari rasa kecamuk itu.

Sekali lagi, hanya aku dan Lisa.
Tanpa arah tujuan.
Hanya membiarkan koordinasi tangan yang memegang stereng.
Kaki yang menekan pedal.
Dan otak yang membuat keputusan.

Persimpangan demi persimpangan.
Membelok mengikut rasa.
Terhenti sebentar bila keliru memilih persimpangan.
Destinasi yang dituju masih lagi samar.

Entah kenapa, hati tergerak ke situ.
Walaupun dulu hati ini menafikan aku untuk ke situ.

Malam ini ia berbeza.
Ia mahu ke situ.

Lantas, aku ke sana.
Tiba.
Mencari parkir.
Keluar.

Angin berhembus menyambutku.
Melangkah.
Mencari tempat berlabuh.
Duduk.

Mendiamkan diri.
Memejamkan mata.
Merasai.

Angin damai berhembus.
Menyapa muka.
Tiada bunyi.
Hanya tenang.

Membuka mata.
Melepaskan nafas berat.
Memerhati ke atas.
Sayang, malam ini tak berbintang.

Damai dirasa.
Ingin lama di situ.
Ingin duduk berteleku.
Ingin menghabiskan masa seadanya.

Tapi aku harus pulang.
Kembali menghadapi semua itu.
Tapi aku pasti aku akan kembali.
Kerana aku damai di sini.

Aku sudah menemukan
Taman mimpi, taman langitku.
Yang ada -
DI BUMI.


:::YTBACK!!!:::

Bisikan

0294
30 Oktober 2008

Bagi aku, lagu adalah emosi yang dimelodikan.

Aku pernah katakan dulu, yang aku akan meminati lagu jika lirik dan situasinya kena pada aku
Juga lagu yang boleh membuat aku merasa apa yang dilagukan
Dapat menangkap emosi yang dilontarkan
Dapat menyelami ke yang terdalam!

Untuk aku suka lagu, aku lebih tengok pada lirik.
Namun tak bermakna takde lagu yang betul-betul sedap.
Cuma kalau liriknya aku dapat rasa, sehampeh mana pon lagu itu, ia akan menjadi siulan di bibir aku berhari-hari.















Aku open kepada semua jenis lagu.
Pop, Rock, even traditional.
Syaratnya, aku dapat merasa.
Dan aku dapat menerawang bersama penceritaan lagu itu ke dunia lain.

Penyanyi hanya narrator lagu.
Tapi penyanyilah yang memberikan jiwa kepada lagu.

*****
Tadi, aku pasangkan winamp playlist aku secara random.
Jadi keluarlah segala macam bentuk lagu dari lebih 3000++ lagu simpanan aku.
Sambil mendengar, aku buat kerja, melayari internet dan macam-macam lagi.

Yang aku perasan tadi, antara peralihan lagu, ada yang aku sedari, dan ada yang aku tak sedar.
Yang aku tak sedari hanya berlalu begitu sahaja.
Yang aku sedari banyak.

Dan satu persamaannya.

Bisikan.

Mungkin kita lebih senang tertarik dengan lagu yang mula2nya slow, dan kemudian as the song goes by, ia makin menaik dan akhirnya ia memberikan impak terhebat bagi kita yang mendengar.

Aku juga begitu. Aku sukakan bisikan pada permulaan lagu.

Bisikan itu pure.
Suara penyanyi yang natural.
Rasa innocent.
Tanpa ada eksesori2 nada tambahan yang tinggi dan menyakitkan jiwa raga.















Dua lagu yang aku perasan secara random tadi, yang mulanya buatkan aku terhenti seketika.
  • Amy Mastura – Laguku Untukmu (sepanjang lagu, seakan bisikan sahaja)
  • Siti Nurhaliza – Bukan Cinta Biasa (mula2 je, masuk tengah Siti dah mula men tarik2)

Dan aku menaip di dalam playlist aku, mencari lagu2 yang mempunyai kata ‘bisik’ di dalam tajuk lagunya.

Ironinya, antara 3000++ playlist aku, tiga2 lagu adalah nyanyian Siti Nurhaliza.
Dan tiga2nya takde langsung part suara yang berbisik.
Hanya ada suara biasa dan tinggi.
  • Bisikan Hati
  • Bisikan Asmara
  • Hati Berbisik

Bila fikirkan balik, maybe betul juga mende ni.
Kalau tak, takkan Sheila On 7 dulu hits kat Malaysia dengan lagu Sephia.
Lagu tuh kan mula2 slow, pastu rancak, n last skali berikan impak yang best.

Suara berbisik – aku suka suara Melly Goeslow.
Suara dia memang gemersik.

Dan untuk yang lelaki pula, aku senang menangkap suara vokalis kumpulan Kerispatih.
Tah apa tah nama dia.
Tapi permulaan untuk lagu Tapi Bukan Aku, Sebentuk Hati Buat Kekasih dan Bila Rasaku Ini Rasamu menangkap aku.

Mungkin ini agaknya strategi pembuat lagu Indonesia.
Mereka menggunakan elemen bisikan.
Lagu Bukan Cinta Biasa pon ciptaan Indonesia kan.
(Dewiq tuh rupanya perempuan! Baru tau…)

Point aku untuk entri ini adalah:

Aku suka suara itu yang berbisik…
Walau hanya bisikan, impaknya menusuk yang terdalam…
Tak perlu nada yang tinggi menyesakkan nafas, cuma bisikan sudah mampu membuat aku merasa apa yang dirasa…
Bisikan lebih menggambarkan apa yang dilaluinya, apa yang dirasanya…

Mungkin yang ku cari adalah
Kejujuran dalam menyampaikan

Kejujuran dalam menzahirkan

Jika menjerit dengan nada yang tinggi pun tujuannya tak dinampak buat apa?
Lebih baik berbisik dari meneriak…

Jadi, untuk mendapat perhatian aku selepas ini, berbisiklah.
Jangan meneriak!

Contoh:

“Kamal, bila mau update???!!!”

Kan lebih baik begini:

*dekat di telinga*
*hembus sedikit nafas*
“Sayang… bila mau update???”

Aku pasti tertawan!!!


Hahahaha


p.s - ada yang menegur through skype, cakap playlist yang mainkan jiwang sahaja. bukan seorang, tetapi dua orang! dah pasang secara random, lagu yang keluar, itu yang aku dengar....
grrrr


:::YTBACK!!!:::

The Day When I Lost Myself

0293
29 Oktober 2008

*currently hearing all happy songs in my laptop, need a certain urge to shake all this depressions away*

Sibuk berfikir, perlu ke kisah ini diceritakan? Berfikir dan berfikir.

Dun get me wrong. There’s nothing ‘scandalous’ or ‘sensored’ in this story. But after knowing and making this thing unprivate, I seems a little bit startle when I want to type something. Maybe knowing that there are ‘people’ who are around me might be reading this.

Until at some point, I thought, what the hell. This is my blog. Thus, this is the story I want to share…

Setelah hampir 2, 3, 4 eh ke 5 hari aku rasa macam tak betul sket, aku mula merasa tertekan yang amat. Tak tahu ke mana nak dihala, tak tahu nak salahkan siapa. Tak tahu nak cerita pada siapa, adakah itu sesiapa?

Thus, I was desperate to release all this tension away. Napa tension?
Tah aku pown tatau.

Well, maybe aku tahu. Tapi biarlah wat2 tatau. Susah nak cerita. N lagi satu kalo aku mula berfikir, I tend to overthink. Thus, kita assume wat2 tatau je la ok…

3, 4 hari tak keluar dari bilik, dari rumah. Keluar pon hanya untuk ke kafe di depan rumah ni untuk makan, dan terus sambung duduk dalam bilik macam orang gila layan movie. Hasilnya, habislah 3 season How I Met Your Mother aku layan. Dan aku mula mencari cerita lain lagi untuk dihabiskan! Macam takde life pulak… tapi, ada ke?

Aku mula terfikir, sampai bila mau gini? Apa yang ko nak ni? Apa yang ko nak buat? Takkan ko nak biarkan diri ko begini selamanya?

Aku terus bangkit. Dalam otak ada macam2 plan gila. Pelbagai. Nak buat macam2 agar akhirnya aku merasa selesa.

Tapi tak pown.

Aku mua terfikir, nak ajak sapa pulak nak wat semua keje giler ini? Kalo kat rumah ada je kawan yang on call, sanggup diseret ke mana aku mau pergi. Tapi di sini? Siapa?

Aku decide untuk kuar sorang. How uncool it was.

But the plan seems perfect at that time. So off I went.

Lepas sembahyang Isyak, around 830 aku mula keluar. Arah ke mana? Biarlah Lisa dan kaki ku di pedal yang ditentukan. Dalam otak aku, takde satu tempat yang spesifik.

Aku mencari ketenangan.

Singgah di stesen minyak. Topup makanan Lisa. Jumpa seseorang.

Dia bertanya aku mahu ke mana. Aku buat acuh tak acuh menjawab. Dia tanya lagi, samada aku sorang je. Aku jawab seadanya.

Tiba2 dia ajak lepak kat my favourite place. Kedai makan yang memang telah lama aku idamkan, tapi tak boleh pergi sebab banyak keje, and well, takde sapa mau ikut sebab diowang kata mahal.

The idea seems intrigued at that time. But wrong timing brother. I got another plan.

Apa plan aku?

Tah, aku pown tak pasti.

Dia perasan aku isi minyak agak banyak malam tuh. Dia perasan muka aku agak masam, monyok, tatau nak react macam mana, n macam high. Dia sempat pesan, jangan buat mende merepek2.

Aku tersenyum sinis.

Aku dan Lisa meneruskan perjalanan. Tah mana aku berjalan, aku rasa nak belok, aku belok. Bawak selaju yang mungkin. Kat lorong tengah.

Tiba2 ada satu mercun meletup kat depan aku. Kat lorong tengah pulak tuh. Tak nampak pulak siapa baling.

Aku ambik dia sebagai amaran supaya slow down, aku pown slow down.

Perut berkeriut. Lapar.

Mengidam KFC. Berfikir di mana KFC. Di mana yang mungkin tak ramai orang dan aku boleh makan dengan tenang tanpa terserempak dengan orang2 yang aku kenal?

Tengok jam. 915.

Ah, ke ECM saja. Mesti takde orang yang aku kenal di sana.

Lagipun KFC. Sapa pergi lagi?

Masuk ECM. Lif ke KFC. Makan.

Otak aku ingin melakukan pelbagai lagi kerja gila. Amat2 gila.

Nampak kedai dvd. Berfikir samada aku cukup duit tak around rm 100++ untuk beli set DVD yang boleh membuatkan aku sambung tengok berhari2 lamanya.

Selamat DVD Friends yang aku nak takde. Kalo tak, memang aku bazirkan RM100++ di akhir semester yang sepatutnya aku simpan duit.

Sedar2 ECM nak tutup dah. Hasrat mau ke Baskin Robin untuk beli aiskrim tak tercapai.

Nampak Big Apple Donut masih buka. Masuk.

Pesan 6.

2 Alienz, 2 Say Cheese, 1 Duran Duran, 1 Almond.

Balik.

Mungkin sebab perut sudah kenyang. Mungkin sebab aku malas nak berfikir dah. Mungkin sebab kerja yang bertimbun di UMP, aku terus menuju pulang.

Semua kerja gila, idea gila untuk stay out sorang2 kat tepi pantai TC, lepak2 dekat Mc D TC, memandu ke Terengganu, ke Gebeng melihat flare flame kilang kat sana, tempah satu bilik dekat Hotel Grand Continental untuk tidur selama 2, 3 jam, tengok sunrise dekat Balok, semuanya!

Semuanya terkubur.

Yang aku tahu, sampai di UMP, aku suruh kawan aku buat Nescafe O pekat, dan kami 3 orang makan Big Apple Donut aku.

Tak pasal2 aku terbelanja kawan2 aku sebab aku tertekan.
Duh!

Dan, kesan Nescafe o pekat dan manis itu, malam itu aku tidur pukul 5 pagi! Subuh still terbangun dengan kepala berpusing, dan tido balik.

Duh, dah macam mabuk pulak.



p.s – when I am typing all these, otak aku tengah berfikir macam2 idea gila. Aku tatau kenapa kebelakangan ni jadi macam ni. Adakah sebab aku lapar? Adakah sebab aku tertekan? Adakah sebab aku banyak kerja? Adakah sebab aku perlukan cuti? Aku tak pasti.

Maybe, lepas ni, aku buat kerja2 gila itu kowt. Maybe. Aku tatau.


:::YTBACK!!!:::

Kisah Mr Froggy...

0292
27 Oktober 2008

Depressed over last entry???

Well don’t be, cos this is something to be celebrated!

Remember Mr Froggy???















Mr Froggy

Ala, tabung adik aku si Hafiz tuh yang aku songlap sebab aku malas beli tabung baru, lepas tabung aku pecah sem lepas tuh!

Sampai sekarang si hafiz tuh sibuk tanya mana tabung dia. Aku buat derk je.

Dan, tiba2 lak setelah bawak dia ke sini, ada lak orang menamakannya Mr Froggy. Layankan aja!

Well, setelah sekian lama, Mr Froggy telah berjaya mengeluarkan hasil















Hasil pertama – RM 50++




















Hasil kedua – RM 40++

Dua2 hasil aku masukkan ke dalam ASB aku. Simpanan untuk masa depan kan.
(untuk kahwen nanti ke, huhuhu)

Kaedahnya, aku tetapkan satu hari aku belanja berapa. Kononnya RM 10.

So, at the end of the day, kalo ada lebih, aku tak bawak ke hari selepasnya, aku terus masuk ke dalam menatang hijau ini.

Dan, setelah sebulan, walla!!!

Sapa kata simpan tuh susah. Kene konsisten je!

So harapnya lepas ni Mr Froggy akan terus membuahkan hasil!!!

And for last, got this after I help someone on her PSM project.















Tolong ikhlas je, but dia dah bagi, amik aja!!!
Huhuhu



:::YTBACK!!!:::

Lalalalalala!!!~~~

0291
26 Oktober 2008

Guess the old me is coming back.

Not in the full form though, it is still half-like, with something missing from the old one. But, I certainly feel it’s coming back.

Hearing songs with heart. Make me travel a great distance, floating in the air, until at last I reach somewhere where I feel peace inside. This feeling has been ceased away over time, and its coming back! Damn!

Dunno what happened, living these 3 days in bed, barely touch my feet outside this room, outside this house. With Lisa left unstarted, I bet she’ll take some time before it can move freely when I want to. Hearing songs, watching movies, sleep. Not productive. Just enjoying my sweet little time here, which I know, I will regret it later, cos there are so much things to be done before Tuesday. Plus, this is the start of the study week. Damn!

Wonder, why on earth at this time, me become me. There are so much untold secret that should have been left untold. Thus, to keep the silence is necessary.

To all, who are happy and healthy, lives your life to the fullest k. cause when the moody side kicks in, you don’t have any time to get productive, you’ll used most of your time mourning something that has not been there in the first place!

Tired of entry like this?

Well, I think it’ll get better, soon I get better too.

Tomorrow perhaps!

For now, let me enjoy the moody side, before burying it deep inside, untouchable by sight!



:::YTBACK!!!:::

Kelakarkan???

0289
25 Oktober 2008

Kelakarkan???

Bila dia di depan mata.
Kita buat endah tak endah.
Layan acuh tak acuh.
Buat biasa saja.
Buat tak tahu.

Kerana bagi kita, dia ada.
Dia ada.
Dan kita rasakan dia kekal di situ.

Adakah kita hargainya?
Mungkin…
Tapi tak sepenuhnya…

Kelakarkan???

Bila tiba-tiba dia hilang
Kita mengagau.
Mencari di manakah dia.
Merinduinya.
Berharap dia kembali kepada kita.
Melakukan pelbagai cara untuk mendapatkan dia kembali.
Amat-amat terasa kehilangannya.

Kelakarkan???

Bila dia akhirnya kembali kepada kita.
Dia datang kembali setelah sekian lama dirindui.
Setelah lama kita mencari.
Ya, dia kembali.

Kita pula, kembalinya dia tak dipeduli.
Buat seperti biasa sahaja.
Buat tak tahu.

Kerana bagi kita, dia ada.
Dia ada.
Dan kita rasakan dia kekal di situ.

Ya, dia telah kembali.
Kembalinya dia kerana kasihan melihat kita mencari.
Namun, hatinya terguris kerana kembali atau tidaknya dia, sama sahaja.

Adakah kita hargainya?
Mungkin…
Tapi tak sepenuhnya…

Apa akan terjadi kalau dia pergi lagi kali ini untuk selamanya?
Apakah kita akan kembali merasa kehilangan?
Apakah kita akan kembali mencarinya?
Apakah kita akan merinduinya?

Kelakarkan???
Kelakarkan???
Kelakarkan???

Marilah kita tertawa!!!



p.s – hargailah dia sebelum dia membuat keputusan untuk pergi selamanya…




:::YTBACK!!!:::

Where Were We???

0289
24 Oktober 2008

On my 22th birthday, 11 July 2008, I think I have made a big step for YT. Dunno where the idea came from, I went a great length in this blogging world by privating YT and came into hiding.

With me, I brought some of people that want to be with me - well at least want to hear from me.

Some of them eagerly gave their email address, so they can continue reading this blog, but there are some who refused to gave their’s as they claimed they email address is private and confidential. I said, screw them, take it or leave it! I’m the one who gave a bidding here. If you want to continue, then you must do some work! That was what I thought back then.


And the entries in YT continue…

In the hiding, with certain smaller amount of people around, I wish I want to make this YT to its old tone. What tone you may ask, well my old readers certainly know ‘the tone’.

But being among new readers, they do not see the significant of me privating this YT. They keep asking why.

And me, myself, after a few months, after all my entries being commented by the same person, with no expanding perspectives, my life get bored. And it makes me thinking to un-private this.

And it brought me to a question – why do I want to private this blog in the first place on July???

Here are some points that I can list:

1) ‘The tone’. If you are old readers, you know how the tone of this blog was. And it was bad. This blog has encountered some depressing moment, where the blogger keeps repeating, typing an entry over and over again, about how he hates the world, what he depressed most an so on.

When new readers come in a way, they only found out about the cheerful blogger, as 'the tone' keep fading away.

But for the blogger, he felt some kind of loss. The place where he can poured his heart without limitation has become a place where it is limited as it is gaining more readers over time.

Maybe the blogger want to hide who he was, and he need to write in ‘that tone; badly. Thus, he private this YT.

2) Expanding of friends. This blog has created lots of friendship in a unique way. Without noticing, the blogger have touched many other blogger in this intermingling of connection between the blogs and bloggers. And the friendship keeps expanding from time to time.

A problem occurred for the blogger. As he is a person who keep confused about one person and another, he felt it is hard to keep track on the expanding friendship. He keeps mixing bloggers profile, and sometimes when he want to comment their post, he endure a hard time to recall the details about the blogger.

For example, the profession of bloggers. There are two bloggers who put ‘teacher’ as their profession. And this handsome blogger keep confused about them! (but not anymore, as one of them has been ‘himpit’ in a KTM!)

3) Still on the expanding issue. When there blogger world is expanding, the blogger is loaded with a social workload – to repay back the visit that other blogger has done to YT. But, the blogger himself has been loaded by his life as a final years student!

Thus, the blogger feels bad when he don’t have time to do something good to the expanding friendship. Some of the blog that the blogger followed along these years also encounter a situation when the blogger do not have time to give any comment due to his responsibilities.

Thus, why adding them up? Private this blog, and the friendship will at stationary phase, and hopingly, the blogger can keep track on their posts.

But it is impossible, the blogger concluded. As everyday, there are numbers of entries being updated by this limited numbers of bloggers, and yet, the blogger cannot keep track on that!

So, what the hell, just opened the YT, and let all entries from those bloggers left uncomment, as the blogger himself is busy with his workload.

Thus, on this glorious Friday, October the 24th, I officially un-private back this YT.

Let this be the probation time for YT
If do not like what I get from this thingy, I can simply go back into hiding by privating this blog…

Some might love on this un-private thingy, but I assumed some might get angry as they have to do some effort by sending their email before!

Sorry, this step is taken after the blogger has took some time to think.
Well, maybe, for like – A MONTH!



p.s – maybe English tunggang langgang. Men taip je… bakal2 cikgu TESL dari UTM, sila check entri ini dengan pen merah ok!!!




:::YTBACK!!!:::

Masih Jua... hurm...

0288
19 Oktober 2008




Masih Jua
by Douglas Lim & Chelsea Ng
(Ghost Theme Song)

disiniku menanti,
aku menanti

dalam tidurku,
ku terjaga,
dan terasa sunyi,
kedinginan,
semata-mata menyelubungi,

masih jua,
disiniku menanti,

masih jua,
aku menanti,

masih jua,
aku menanti,

masih jua,
aku menantiii...


*keluhan yang berat*




Download di sini



:::YTBACK!!!:::

A Friend - In Action!!!

0287
18 Oktober 2008

Aku sebenarnya dah kawan dengan mamat ni
ni sejak dari form 4 lagi, sejak kami sama2 masuk Semashur.

Funny though, certain events created the friendship.
Bila ingat balik, memang ia satu pengalaman yang pelik.

Share minat yang sama – suka dengar lagu m2m!
Kat aku diceritakan betapa obsesnya dia dengan biskut meri sebab seseorang
Dan aku pernah jugak beberapa kali mengenakan dia!

Aku menyamar sebagai seorang perempuan, konon2 nak kenal dengan dia, masa aku tukar nombor lepas SPM tuh.

Nama samaran – Ezika Esmerianna
(tah mana tah aku dapat nama ni dulu!)

Aku siap bukukan lagi msg dia ngan ‘minah’ tuh
Sampai masa, aku tunjuk kat dia, merah padam mukanya!
Huhuhu

But itu dulu.

Lepas SPM, kami tak banyak berhubung.
Lost contact la kiranya.

Masuk matriks yang berbeza, dia di Melaka, aku di Negeri Sembilan.
Dan memang jarang sangat berhubung.
Eh, ke takde?

Aku agak terkejut bila dapat tahu dia jadi MC masa dinner di matriks
I was like, “Hilman???”

Dan bila dapat tahu dia masuk ke UM untuk amik CAD Engineering, aku pulak jadi “CAD tuh apa???”

Sejak aku kenal dia, somehow, aku tahu dia berbeza dari orang lain.
Bukan berbeza bagus, berbeza pelik!
(haha, tak nak bagi ko perasan)















Tengok... dalam bilik MPP aku pown ada poster dia...

Aku lak, bila la akan ada poster2 yang terpampang di seluruh Malaysia??
Masa aku masuk AF18 maybe???
=p


Bila aku dapat tahu dia jadi MPP UM, aku macam rileks lagi

Maybe sebab pandangan aku pada MPP tak sama macam pandangan orang lain.

Sebab dia UMP, MPP takde mainkan peranan sangat
Maybe sebab umur UMP masih muda, so MPP takde mainkan isu mahasiswa secara nasional sangat.















Kamera cikai aku menangkap gambar 'hantu'... hahaha!

But, him!
Being MPP in en established university gives him exposure to certain amount of nasionalism.

Dan tak terkejut juga, bila nama dia terpampang di blog mahasiswakini sebagai Pengerusi Mahasiswa Bertindak Negara.

Walau kami jarang berhubung lepas SPM, through blog, kami kembali rapat
Sama juga macam Irina
Sedangkan kami di sekolah, takde lah rapat mana
Jalan pun selisih2 je kan

Tapi semua sebab blog, kami kembali rapat
The power of blog maybe?

Bila lihat berita ini, di mahasiswakini
Dan juga melihat gambar di bawah ini
Aku tak leh lari dari kata

“Eh, tu kawan aku tuh!!!”















Hilman - In Action??? =p

Kadang2 pelik.

Mamat ni ke yang aku borak2 dulu?
Mamat ni ke yang aku kongsi kaset dulu?
Mamat ni ke yang studi sejarah sama2 dekat bilik studi?
Mamat ni ke?

Cos I never seen him like that.

Rasa yang pelik.

But, in all, I’m proud of you Hilman!


p.s – dah2, sekali je aku akan buat entri gini.
Takde maknanya nak wat entri tribute banyak2.
Nanti ko pasan!

p.s - a fren, in action!!! eksyennya dia... ACTION KAMEN!!! hahaha





:::YTBACK!!!:::

Men Taip Je Ni!!!

0286
17 Oktober 2008

Kadang-kadang, aku menjadi sedikit perasan yang tulisan aku di laman ini mampu mengubah dunia…
Mampu memberi kesan kepada orang lain…
Mampu menyebabkan orang lain tersenyum…

Dan untuk rasa-rasa itu, ia memberikan aku kembali satu rasa yang amat berbeza
Rasa ceria
Rasa suka
Rasa best!

Namun, kadangkala, bila menyedari tak semestinya yang aku rasakan itu reality, aku buang jauh rasa itu
Aku takde lah nak banggakan diri mengatakan tulisanku di sini cukup bagus untuk memberi kesan kepada orang lain
Aku sedar aku siapa!

Tapi, bila aku melihatkan entri ini, aku kembali merasa rasa itu
Rasa ceria
Rasa suka
Rasa best!

Thanks for anak-sedara-tah-sapa-tah for that entri
Seriously, sedikit terharu…

But, mana macho terharu2 ni!

Thus, here just want to say, thanks…

*****

Mungkin anda pelik kan, apa la jadi kat mamat ni sampai blognya yang dulu ceria, kini jadi hambar, bagaikan tanah perkuburan layaknya…

Mungkin, itu yang berlaku dalam hidup aku kini…

Seperti pernah aku katakana dulu, YT reflects the life of me
YT dah memperlihatkan pelbagai warna
Sedih
Gembira
Sengal
Poyo
Kelakar
Macam2 lagi lah!

So I guess, ini tiba pulak masanya, aku tambahkan sedikit warna kegelapan
Kasi balance!

In all, that is life right?
Full of colours…

*****

Tanggungjawab makin membebanku
Banyak benda yang perlu dilakukan
Dan banyak benda yang perlu difikirkan

Masa untuk diri sendiri makin berkurang
Apatah lagi masa berlibur

Jadi, maafkan aku kerana tak pergi mana2 blog setelah sekian lama
Aku sedar itu…

Special apology to Kak Ween, Farah, Yonna, Noi dan beberapa lagi yang setelah sekian lama aku tak lawati
Ada yang sejak bulan julai lagi!

Tapi, aku telah berjanji akan ke laman kalian walau apa pun
Cuma cepat atau lambat je

Dan baru2 ini aku telah menghabiskan komen hampir 20 entri di blog diya
Jadi, nantikan kembalinya aku
Cuma tak tahu bila

*****

Aduhai… sakitnya menjadi final year student
Macam-macam benda yang perlu dibuat
Nanti aku cerita lagi pasal mende ni

Bila terlalu banyak benda, ia menyebabkan masa untuk diri makin berkurang
Dan perihal hati makin terabai
Dan itulah yang menyebabkan entri sepi itu
Alahai…

Yelah, kadang2 kan manusia ni tak pernah nak bersyukur dengan apa yang dia ada
Aku pun tak terkecuali

Kita hidup sering membuat perbandingan antara diri kita dengan orang lain
Kita nak apa yang orang ada
And yet, apa yang kita ada tak terjaga
Akhirnya yang kita nak tak dapat, yang kita ada ghaib!

Bila aku buat perbandingan, aku akan berfikir dalam
Sedalam2nya
Mengapa itu?
Mengapa ini?

Buat perbandingan dengan roommate sendiri pown sudah cukup menyebabkan aku tertekan
Walau sebenarnya aku tak tahu, dia pown ada masalah sendiri

Jadi, aku sedang meyakinkan hati supaya tak membuat perbandingan
Dan memberikan yang terbaik untuk hidup ini

Aku takde lah berjanji takkan ada lagi entri sepi atau seumpamanya
Tapi aku akan cuba yang terbaik!

Ku tak bisa merubah yang telah terjadi…
Tapi aku kan menjanjikan yang terbaik…

Sebenarnya banyak benda yang aku nak cakap
But semuanya unorganized
Nanti akan menyebabkan korang pening
Dan korang tak komen

Dah lah sejak aku privatekan makin tak ramai komen

Abes tuh apsal gatal2 pvtkan ngok?


Aku ada alasan aku sendiri…

Better off, kalo aku ada rasa nak tulis lagi nanti, aku akan kembali
Harapnya, lepas ni adalah entri yang best untuk korang baca kan…
Pray for it!



p.s – maaf tak sempat nak edit pape, just taip n hantar… better than nothing right?


:::YTBACK!!!:::

Hari Rabu... again!!!

0285
15 Oktober 2008

Ingat lagi kisah Hari Rabu Part 1 and Part 2???

Tanpa disedari, hari rabu memang tetap akan kunjung tiba setiap minggu, membawa cerita yang berlainan dan warna yang berlainan…

Jadi, apa jadual aku hari ini???

0900 – 1100
Kelas OSH in Chemical and Biotechnology Industries

1100 – 1230
Lawatan Oleochemical Technology ke lab FKKSA
(nak tahu macam mana buat biodiesel!)

1400 – 1600
Discussion Process and Plant Design 1
(nak buat Material & Energy Balance!)

1700 – 1830
Kelas ganti Petroleum Technology
(nak bincang case study on shortage of oil)

2000 – 2300
Discussion Process and Plant Design 1
(nak betulkan dan finalisedkan Chapter 1)

Hurm…
Harap semuanya berhasil!


:::YTBACK!!!:::

Dua Perkataan Saja!!!

0284
14 Oktober 2008

Ku tak s'lalu berdiri
Terkadang hidup memilukan
Jalan yang kulalui
Untuk sekadar bercerita

Banyak perkataan dan ayat yang boleh aku tulis dan coretkan untuk menggambarkan keadaan aku ketika ini.

Mungkin juga aku boleh buat berkajang-kajang entri mengenai apa yang dirasa, dan siapa yang merasa

Pegang tanganku ini
Dan rasakan yang ku derita

Menulis satu entri biasanya bisa menutup apa yang sebenarnya yang aku rasakan

Dengan menafikan rasa itu dengan cara meluah melalui perkataan-perkataan yang tak berkaitan, ia sudah cukup untuk membuat aku berasa lega

Apa yang kuberikan
Tak pernah jadi kehidupan
Semua yang kuinginkan
Menjauh dari kehidupan

Namun, aku tahu, akhirnya jika aku berbuat demikian, entri itu akan tidak berarah dan tiada konklusi

Juga, kalian tidak akan faham dan tertanya-tanya apa motif di sebaliknya

Lantas aku hentikan hasrat itu
Entri panjang-panjang aku kuburkan

Selayaknya entri ini mempunyai dua perkataan sahaja:




AKU.SEPI.

Noktah.
Titik.


Credit : Peterpan – Di Balik Awan


p.s – so much for a come back, right?


:::YTBACK!!!:::

Dari Yang Terdalam???

0283
05 Oktober 2008

Lama tak update…

Terlalu panjang sela waktunya
Banyak nak diceritakan
Tak tahu mana nak mula

Jadi biarkan sahaja entri ini menjadi entri repekan, yang aku menulis ikut sedap je tanpa ada motif tertentu...
Kadangkala buat cara YT yang lama boleh menjadi menarik!

Mana nak mula ek?

Hurm, raya?

Aku dah tak de mood beraya sebenarnya
Mungkin sebab umur dah makin bertambah, n aku makin sedar bahawa bukan raya yang patut dinanti
It’s Ramadhan that should be waiting for...

Terpulanglah nak kata aku poyo, berlagak alim ke apa, but after 22 years celebrating Raya, Ramadhan kali ini lebih terkesan di hati
Mungkin sebab sedikit ujian getir yang melanda di tengahnya, dan kesedaran untuk berubah menyumbang kepada rasa itu.

In all, aku pun sudah 22 tahun kan. Bila lagi mau berubah?

Thus, Raya bagi aku masih sama sahaja
Aku masih lagi mendapat duit raya, no big deal.
Pagi raya je dah kumpul ratusan ringgit, so no complaint about that
Tapi mungkin macam entri aku untuk raya tahun lepas, semangat raya makin kurang…
Thus, I should stop bragging about raya…

Current life?

Berkecamuk.

Dengan tugas dan tanggungjawab yang membelenggu, dengan kehidupan seharian, juga perihal hati yang menuntut simpati…

Urgh, saket dibuatnya.

Yang Terdalam turut menerima kesannya.
Banyak dah berubah di sini.
Tone aku dah lain.
I am a better me, maybe?

Blog ini pon seakan berubah hala tujunya.
Dulu ia sekadar meluah tanpa harapkan apa-apa
Namun kini aku perlu kreatif untuk meluah
Yang aku dapat, komen2 dari kalian

Sekali dua, terfikir mau tutup blog ini
Entah mengapa, jangan ditanya, aku tak pasti kenapa aku berperasaan begitu
Mungkin aku semakin merasakan hidup aku di dunia realiti perlu lebih perhatian kot?
Tapi macam biasa, rasa sayang menghalang perbuatan itu.

Entahlah, keliru dengan diri sendiri sekarang ni
Aku bagaikan telah jauh meninggalkan aku yang dulu
Tapi sekali sekala aku bagai disentap ke aku yang dulu
Dunia kini berbeza dengan dunia yang dulu
Tapi kadangkala aku masih dambakan untuk kembali ke dunia dulu

Tak faham?

Aku lagi tak faham.
Biarkan entri ini berlalu
Dan mungkin aku akan kembali dengan entri yang lebih bermakna untuk kalian baca.

Jaga diri, senyum selalu
Jangan risaukan aku, hanya tone entri ini begini.
Tetapi aku masih baik2 sahaja
Mungkinkah ini coretan aku dari yang terdalam setelah sekian lama menaip dari tempat yang tak berapa dalam?

Entahlah...


p/s – aku offkan comment untuk entri ini... maaf!


:::YTBACK!!!:::