A Weekend to Remember

0116 – 31 Julai 2007

Pre entry

Maafkan ke’diam’an aku dari Yang Terdalam. Pertamanya, connection internet di bilikku tiba-tiba tiada. Keduanya, jadual aku sedikit chaos. Plus, there are something deep going on. Di Yang Terdalam bukanlah tempat untuk diluah.

Apa yang boleh dikatakan, ia membuatkan aku gembira, terawangan dan semakin lama, aku rasa semakin celaru! Jadi better tinggalkan dulu soal itu. Mungkin ini masih lagi dalam lag phase – fasa untuk adaptation. Macam biasa, bila dah nyata dan official, aku akan ceritakan di sini.

Let’s talk about something else...

Let’s talk about a weekend to remember…

First of all, warning, this is a loooooooooooooonngg entry!

Choices…

Awalnya, rabu dan khamis minggu lepas, aku celaru dan keliru dalam mebuat tiga pilihan. Semuanya tampak best dan menggiurkan dalam bagaimana aku nak habiskan masa-masa weekend aku minggu ini.

Pilihan pertama, aku duduk saja di UMP, buat assignment yang bertimbun, duduk dan tidur, recharge for a new week. Pilihan kedua, aku ditawarkan untuk ke program anak angkat di Cameron, program yang dah lama aku dalam waiting list nak pergi, last-last aku dapat pergi. Pilihan ketiga pulak, adalah untuk pergi ke showcase Letto di Ruums KL.

Jadi apa pilihan aku? Betul2 keliru.

Awal-awal lagi pilihan pertama aku tolak ke tepi. Aku perlukan rehat minggu ini. Setelah apa yang berlaku, emosi bolak balik, projek Expoconvo tu menemui jalan buntu, studi makin membebankan, jadi aku rasa aku tak mampu lagi untuk habiskan weekend di sini. I just need a break!

Pilihan kedua. Menggiurkan. Terbayangkan ke Cameron, di celah-celah ladang teh, dengan hawa yang segar, bersama kawan-kawan yang amat dekat di hati aku, rakan-rakan dari kelab Taekwon-Do. Hubungan kami yang amat mesra, membuatkan aku ingin pergi ke sana dengan mereka. Mereka memang sengal dan menghiburkan. Masalahnya, ke sana bertolak malam khamis, sampai di sini pagi isnin. Maknanya banyak masa di sana. Mau segala assignment and lab report aku tak siap. Mungkin juga isnin aku tak g kelas!

Pilihan ketiga. Ke showcase Letto. Kumpulan yang makin aku minati kini. Semuanya gara-gara Sebenarnya Cinta mereka. Memang best, tiket free, dan jumpa kawan lama di matriks tu. Somehow ini pilihan yang paling best bagi aku! Masalahnya minyak + tol pergi balik mau dekat rm 110! Pokai deh!

Pikir punya pikir. Aku pilih pilihan ke 3!

Yeaah! Ruums here i come!

Day 1

Malam sebelum bertolak tu, punyalah sedaya upaya menghabiskan buku Harry Potter and the Deathly Hollows sampai pukul 4 pagi. Aku nak tinggalkan dekat rumah, sebab adik aku nak baca. Last-last tak sempat jugak habiskan malam tu. Siri terakhir ni, aku nak baca dengan penuh tumpuan. Jadi tak jadi la tinggalkan buku tu di rumah.

Esoknya bertolak ke KL dengan separa mengantuk. Dengan lagu Letto menemani. Menghafal. Boleh nyanyi malam kang! Hehe. Nyaris dilanggar kereta bangang yang bawak laju gila dekat highway. Mentang-mentang dia nak BMW, aku kelisa, main tibai je dia nak laju. Selamat aku sempat elak. Kalau tak...

Sampai di rumah. Rehat sejam dua. Bertolak jumpa kawan aku. Lepak-lepak dengan dia sekejap.

Pukul 830 dah tercongok depan Ruums. Selalu dengar tempat ni dalm pertandingan So You Think You Can Dance je. Rupanya ala-ala kelab malam. Cuak gak nak masuk. Ye la tak biasa kan. Tapi tengok ramai je masuk. Ala, aku g pon nak tengok Letto, tak minum, makan apa pun. Kalau tak, memang aku nak elak masuk.

Masuk tempat tu. Waa ramainya orang. Nampaknya Letto makin terkenal. Tengokkan showcase pertama diorang pun tau, diorang sudah mula membina asas peminat di Malaysia. Lagu-lagu diorang memikat. Macam manalah penyanyi Malaysia tak bising!

Bagi aku pilihan di tangan aku. Lantaklah dikata tak patriotik ke hapa. Aku suka, aku pergi. Tak suka, tak daya nak pergi.

Persembahannya? Memukau! Pandai interaksi. Somehow, kepuasannya macam aku tengok konsert Siti. Memang aku enjoy gila.

Lagu Sebenarnya Cinta pun best. Cuma lainnya showcase ni dengan album, showcase ni more to pop rock. So berbeza la persembahan live dengan di dalam album. Itulah pointnya pergi show kan. Kalo setakat sama dengan album, baik dengar album je. Macam Siti jugak, konsert dia selalu berbeza dengan album, tu yang aku minat nak pergi.

Kumpulan ni kreatif. Lagu Sandaran Hati dijadikan versi dangdut! Memang kitorang naik gila sikit. Kelakar! Dari 10 lagu di dalam album, diorang nyanyi 9 lagu plus satu lagu yang belum dirakam. Apapun, aku puas tengok.

Sesuatu berlaku! Malas nak cerita. Malu!

Dan aku tak heran jika satu hari Letto ni sebaris dengan Peterpan ke hapa. Dan aku kira beruntung dapat tengok showcase ni masa diorang baru nak naik. Kalau masa diorang dah popular gila, mau susahnya nak dapat tiket!

Apapun thanks to Azly and Daong for the day!

Day 2

Tidur sekadar 3 jam. Memang mengantuk. Tapi untuk tak mensiakan weekend ni, aku bangun jugak untuk ke Shah Alam membaiki laptop aku. Kiranya takdelah aku ulang alik KL-Kuantan banyak kali. Save sikit duit aku.

Baiki laptop. Sekejap je, sebab still ada warranty. Balik.

Jadi gila balik! Tanya Azly ada apa-apa plan tak?

Keluar lagi. Makan Sushi King. Duh! Pokai aku!

Nak g karaoke lagi. Malam sabtu la pulak. Penuh. Ada bilik VIP je. Tak de maknanya nak bayar RM 100 untuk satu jam! Baik tak yah!

Meronda-ronda tanpa arah. Dah decide nak balik dah pon. Last-last tiba idea gila kitorang!

Kitorang pergi ke Bangi untuk menjemput kawan kitorang. Best gak jumpa dia. Pengalaman terindah!

Dari aktiviti yang tak dirancang jadi benda yang best! ”Medley Gila” itulah aktivitinya. Campuran pelbagai aktiviti yang gila-gila.

First, kitorang g gak dekat Times Square tu untuk karaoke. Walau masa tu nak dekat pukul 11 malam! Dapat bilik medium, bahagi 3 orang takdelah terasa sangat.

Yang aku yang tak biasa keluar malam ni punyalah cuak nak dekat pukul 12. last-last aku call umah, cakap aku tido umah kawan aku. Susah jugak bila aku takleh kuar malam-malam. Bagi aku, ni sekali sekala, so aku harap mak bapak aku paham la. So, kiranya aku ada satu malam tu untuk meronggeng!

Lapor. Pergi Mc D dekat kul 1 pagi. Tengok-tengok diorang tapau Mc D tu.

“kitorang nak bawak satu tempat best!”

Cuak jugak aku. Diorang ni gila sikit otaknya! kang dibawaknya aku ke mana-mana, naya aku!

Last-last kitorang sampai dekat Bukit Langat, satu kawasan yang boleh nampak semua kawasan KL. Cantik gila! Lampu-lampu je semua. Kitorang lepak situ lama jugak. Borak-borak sambil makan Mc D tu. Spend some quality time there. Takde satu gangguan pun. Orang pun tak msg2 kitorang. Macam paham-paham je.

Sampai kul 3. Antar balik kawan kitorang tu kat Bangi. Jam dekat kul 330. tiba-tiba kawan aku ingat umah dia penuh sebab abang dia ada umah. Takkan aku nak balik umah lak kul camni. Nanti mak bapak aku tau la aku meronggeng sampai pagi!

Solutionnya, kitorang berhenti tepi highway, tidur dalam kereta sampai subuh! Subuh je terus balik umah! Aku tidur 2 3 jam, pastu aku balik UMP.

Post entry…

The thing is, aku rasa best sangat weekend tu. Mula-mula dapat tengok Letto, lepas tu boleh wat aktiviti “Medley Gila” dengan kawan-kawan yang best tu. Walau semuanya aktiviti tak dirancang, last last jadi best!

Sampai je UMP, duh assignment bertimbun. Malam tu aku cuba selesaikan semua. Syukur, aku masih di dalam laluan yang betul. Pelajaran aku tak terabai sangat pun.

Apapun, i’m glad that aku buat pilihan balik KL untuk weekend baru ni. Pengalaman baru untuk semua benda!

Mengharapkan ia berulang kembali. Tapi sekarang masa untuk studi.

So fokus-fokus!

”Medley Gila” leh wat nanti!


:::YTBACK!!!:::

Perspectives to Pendirian

0115 – 19 Julai 2007

Perpectives to Pendirian

Ok, enough with all the celebration. It has been a week already. Dah 21 tahun seminggu aku ni.

Cukup la seminggu perasaan aku terbuai dan terharu atas semua yang telah korang buat kan. Terima kasih bebanyak!

Bukan tak hargai, tapi tibalah masanya hidup ini perlu diteruskan kan?

Moving on, banyak yang berlaku dalam seminggu ni. Apa yang nak aku highlightkan?

Membelek akhbar awal minggu ni. Dua berita menangkap perhatianku. Pertama, pasal kehilangan pesawat Nuri di area Genting tu. Ikuti jugak ceritanya. Syukur dah ditemui, walau agak malang, semua terkorban. Al-fatihah untuk mereka yang terlibat.

Kedua, mengenai Siti Nurhaliza dipukul, dibantai, ditibai, dan macam-macam lagilah sehingga masuk ke hospital. Ia menangkan sedikit perhatianku.

Izinkan aku berbicara mengenai Siti kali ini.

Wut? Siti lagi?

So wut? This is Yang Terdalam. In fact, dah lama jugak aku tak cerita pasal dia. So let it be. Macam biasa, kalau rasa tak suka, sila tutup blog ini. Terima kasih.

Aku ingin berbicara mengenai kisah kedua itu. Mungkin kerana ia lebih dekat di hati. Mungkin aku pun ada sedikit pengetahuan mengenai kisah ini, jika nak dibandingkan dengan kisah pertama tu.

Siti Nurhaliza dipukul. Kecoh satu Malaya.

Reaksi? Ada yang buat tak endah, ada yang marah-marah, ada yang bersimpati, ada yang wat blur je. Menjadi peminat kipas susah mati dia selama ini, sudah membiasakan aku dengan reaksi orang bila berhadapan dengan isu Siti.

Tipikal reaction – ”cerita dia ni lagi. Cerita dia kena bantai pun jadi front page”

Ala dah biasa sangat la. Aku pun dah lali menghadapi keadaan itu dengan menahan diri dari teremosi dengan reaksi mereka. Tah kenapa, kadang-kadang bila dia disakiti, aku pun rasa sama. Itulah satu ikatan yang terwujud, dan sukar aku terangkan, walau pada zahirnya macam aku je yang rasa sorang2. dah dekat 11 tahun lalui, korang takkan faham apa yang dirasa.

So, bila orang bereaksi, aku biarkan mereka. Yang penting dalam hal itu, aku ada pandangan aku sendiri. Dalam setiap hal pun, aku mesti pastikan aku ada pandangan yang original dan bukan terikut-ikut.

Maybe, sebab tu, kadang-kadang aku ni dipandang sebagai mamat vokal. Aku cakap je apa yang aku tak suka, walau kadang-kadang aku seorang je yang tak setuju dengan sesuatu perkara. Bagi aku, pendirian aku, aku punya. Cuba faham dan hormati.

Contoh terbaik dalam meeting la. Aku selalu nya jadi orang yang menongkah arus. Pendirian yang ada harus ditegakkan kan.

Dalam membuat pendirian, aku selalunya melihat dari segala perspektif. Nilai baik buruknya. Aku suka berfikir. Tapi kadang-kadang, macam aku cakap dekat seseorang, terlalu banyak fikir pun akan mendatangkan masalah jugak.

Dan apa pendirianku mengenai hal Siti ini?

Perspektif 1

Msg tiba.

”oit, watpe? Aku nak share something ni. Ko ada dengar tak siti kena bantai dengan orang tua tu?”

”tak wat pe pun ni. Bosan je. Aku ada dengar. Napa? Betul ke tu”

”tah lah. Betul kowt. Kawan aku cakap. Dia tu rapat gak la dengan keluarga Siti (selalu sangatkan ayat cmni kuar bila ada gosip). Ala, datuk K tu, kalo dulu dia pukul budak, tak mustahil dia bantai Siti lak.

Masa ni, aku tak fikir panjang. Dalam ingin melayan msg kawan aku ni, dalam fikiran aku sudah tertanam bahawa sememangnya datuk K memukul Siti. Terbayang aku Siti ditumbuk, mengaduh kesakitan, lebam di muka dan sebagainya. Dan darah aku pun naik....

”memang orang tua tu. Tak sedar diri. Tak tau nak hargai. Susah nak dapat orang macam Siti tu”

”memang susah, dahlah tayang Siti macam trofi je ke mana-mana. Sial betul la! Aku bengang ni!”

”Rilek2. kita bengang pun bukan leh wat pe. Hidup dia. Tengok je la. Tapi kalo betul la, mesti satu Malaysia lagi benci dekat datuk K”

”setuju setuju”

Dan aku biarkan isu itu berlalu. Aku jalani hidup seharianku. Kalau aku lebih-lebih pun, bukan hidup aku. Hidup aku mesti didahulukan. Tak bermakna aku tak ambil peduli, aku masih lagi rasa sakit kalau dia diapakan.

The unspeakable bond, remember. Tapi siapalah aku kan. Hanya orang luar yang mengenali Siti melalui cerita dan tulisan orang lain. Bukan yang terapat. Bukan ahli keluarga. So, aku tumpukan pada hidup aku.

Tapi, dalam minda separa sedar aku, aku telah mempercayai, Siti kini di dalam sebuah hospital, di mana tak tahu, dan tengah sakit. Dalam minda aku, datuk K telah memukulnya.

Itu perspektif 1

Perspektif 2

Esoknya aku membelek akhbar. Kosmo. Akhbar kegemaranku.

Di muka depan muka sugul Siti tergambar.

”Datuk K nak siasat dalang fitnah”

captionnya.

Aku membaca. Siti looks fine to me. Tak delah muka dia terbandage ke, herot ke, mata lebam ke. Nampak macam biasa je. Cantik. Sedikit tembam dari dulu. Sugul. Itu yang nyata. Sedih dan sugul.

Mungkin juga aku yang terlebih bayang. Membayangkan muka Siti dah cacat dibantai.

Perspektif baru mula datang dalam mindaku.

Bagaimana pula kalau semua cerita itu hanyalah rekaan semata-mata? Bagaimana itu hanya satu kisah jenaka bagi orang membuatnya, atas niat iri hati?

Apa yang aku nampak, bagaikan satu konspirasi menjatuhkan perkahwinan dan ikatan yang telah terbina antara mereka. Sudah-sudah lah tu, mereka dah halal disatukan.

Perspektif baru ini membuat aku berfikir dan berfikir.

Pendirianku.

Yang tersurat tak semesti yang tersirat. Tambahan lagi, bagi aku, hanya orang yang mengalami sindrom ’unspeakable bond’ yang aku rasa sorang-sorang. Siti tak rasa pun. Aku bukannya sesiapa.

Aku menulis melalui apa yang aku nampak. Yang tak ternampak aku tak tahu. Inilah pendirianku. Mungkin salah mungkin betul.

Andaikata memang benar Siti dibantai...

Memang aku marah gila kat datuk K! Tak reti nak hargai!

Andaikata itu semua gosip...

Aku kasihan kan mereka. Even dengan datuk K sekali pun! Aku tambah kasihan kepada yang menyebarkan berita. Takde hidup ke???

Pendirian aku tidak jelas. Aku takde sumber yang cukup untuk menetapkan pendirian aku. Dalam sitiasi begini, aku selalunya bertindak neutral. Tak menyokong, tak membangkang. Lebih baik begitu, hidup aku tak terganggu, hidup dia lantak pi la!

Macam kes kata dia pakai susuk atau bomoh lah. Macam-macam kan. Aku tak percaya, aku tak jugak tak percaya. Ia mungkin berlaku, ia mungkin tak berlaku. Aku bukannya orang yang terapat untuk berperspektif.

Jadi pendirianku adalah, aku bertindak neutral. Tunggu dan lihat, jika ada sumber lain untuk aku menetapkan pendirian aku ke arah yang mana.

Moral of the story...

1 - In larger scale, bukan kisah Siti je, aku heran kenapa kadang-kadang ada orang yang terlampau iri hati dekat kita, sampai berusaha bermatian untuk jatuhkan kita?

Example, ingat ’the roomate’ yang sanggup untuk berbasikal 1km untuk menghasut orang supaya tidak sebilik dengan aku. (yang tak faham, sila belek entri2 lepas)

Aku akui, aku jugak selalu iri hati. Selalu cemburu dengan kejayaan orang. Tapi aku takdelah bertindak di luar kawalan. Aku yakin, baik dan buruk silih berganti. Kalau kita buat dekat orang sekarang, tak mustahil kita kena jugak nanti kan.

2 – kenapa kita sukar nak hargai apa yang di depan mata? Why do we never miss the water until its gone? Kenapa yang di depan mata tak nampak, yang jauh punyalah jelas kelihatan?

Quote from truemptyme kita dok mengejar org yg kita suka..org yg mengaharp kan kita? trus kita abaikan..

p/s – maafkan entri ini. Ia tidak bersalah. Aku hanya menulis mengikut gelombang otak aku ketika ini.

p/s – sebetulnya, sem baru ini lebih memenatkan. Banyak subjek yang agak sukar, tambahan pula emosi aku asyik tidak stabil. Asyik kesepian dan rasa terasing. Sapa nak tolong tu???


:::YTBACK!!!:::

Appreciation...

0114– 14 Julai 2007

(re-edited 17 Julai 2007 - 1715 pm)

Hi there...

Lama tak mengupdate sebab macam-macam kena uruskan. Plus, aku takde mood.

Baru hari first pon dah dapat assignment masa tu. Hari selasa dah kena antar. Gigih tak gigih la.

Birthday?

Hari jadi aku sebenarnya jatuh kepada 2 3 orang lagi yang aku tahu. Kami kongsi same birthday.

Ada 2 lost contact, so malas la nak kontek balik. Seorang ni, aku kenal dari aku darjah 1 lagi. Umur pon sama.

Terpisah lepas darjah 6, jumpa balik masa form 4 dekat semashur. So kitorang rapat la. Kelakar lak kadang-kadang bila fikir ada orang yang macam kembar kita ni, still rapat dari dulu sampai sekarang.

Even mak dia pun cakap kat dia ”ko kontek lagi Kamal? Lama gila korang berkawan."


Apa pun, untuk Zaiha Nadiah happy 21st birtday too!

Satu lagi kawan blogger gak. Famous blogger. Kak Red.

She’s turning 32 this year. Mula-mula suka baca blog dia, baru je aku perasan kitorang same birthday. Tapi dia suh aku diam-diam je.so, aku diam je la. Kiranya aku msg je la dia lalui hanset, tapi nak komen kat blog, jangan harap la. Dia tak caya kat aku kowt, tu yang dia tutup ruangan komen. Huhu

Apa pun happy birthday to kak red too! Banyak gila dia dapat hadiah.

Tepung???

Yela.. ye la aku kejikan dulu...

Ala, sekali sekala nak melakukan perkara keji apa salahnya... asyik orang ingat dengan muka ini aku harus jadi baik je. Hey, aku banyak juga wat perkara keji... kalau citer kang sume tak caya...

Apapun, apa aktiviti beta pada hari kebesaran beta hari itu??? Macam-macam gak berlaku. Hahahaha. Check it out!

10 Julai 2007

23:59:17 pm

Aku tunggu masa je nak msg kawan lama aku tu. Konon nak jadi orang first yang msg dia at 12 modnight la kan. Tapi tak di sangka, sebelum semua itu berlaku, aku di call oleh seseorang!

Seseorang yang aku tak sangka la. Aku terkesima, terkaku. Tak tahu nak cakap pe. Hati berbunga riang. Huhu

Dalam pada aku nak cover dari roommate aku dari tau, aku cakap sikit je dengan dia. Aku gugup deyh. Suka gila aku dia call. Jadi orang first lak tu. Wah, adakah ini something? (dush dush!!! Tumbuk diri sendiri)

Dalam masa dia call aku tu, adalah 2 msg masuk

23:59:19 pm – msg dari Petrus

23:59:24 pm – msg dari Aisyah

Dua budak sengal yang macam berlumba nak wish aku. Thanks to x-presiden and the member of the Kelab Sengal Sedunia!!!

11 Julai 2007

00:00:00 am – aku mula msg Zaiha n Kak Red

00:01:52 am – msg dari kawan internet, Rin

00:02:41 am – balasan msg dari Zaiha

00:07:15 am – msg dari kawan lama aku, Syikin

00:11:29 am – msg balasan dari Kak Red

00:14:56 am – msg dari adik aku, Wan

Masa ni, mata aku mula ngantuk sebenarnya, tapi aku malas nak tidur. Entah kenapa bila birthday je mesti ngntuk, taun lepas pon sama. Taun lepas lagi la, kul 10 aku dah tido.

Masa ni, mula explore blog-blog lain la. Geramnya aku sebab Kak Red tutup ruangan komen dia. Takleh nak komen kat blog

Last-last dah bosan, aku mula tidur.

01:15:43 am – msg dari coursemate aku, Aida

02:05:21 am – remember the Physical gurl from matrix dulu tu? Msg from Firra, the girl yang ‘cinta monyet’ ngn aku dulu. Too bad dia dah berbf. (sigh)

04:06:23 am – msg dari kawan lama di matriks, Ierah

3 msg di atas aku dapat masa aku tengah tidur. Amazingnya, aku tak sedar. Selalunya aku sedar. Penat sangat kowt. Turning 21 is tiring u know. Huhu

Bangun subuh, n there was it...

07:08:29 am – msg dari kawan lama, Syazidah

Mula siap-siap g kelas. Wat tak tau je. Housemate ni semua tak sedar kowt. Aku diam je. Kalo tak mau malam tu aku kena tepung.

Tapi bila nak sampai kelas, aku mula cuak. Sebabnya, kalau jumpa dak pompuan, n diorang wish kuat-kuat, habis housemate aku ni dengar. So bocor rahsia nanti.

Sampai je kelas, selamat lecturer pun datang sekali. Aku terdengar gak kawan aku ni kata ”ala tak sempat nak jerit kuat-kuat”

Aku buat biasa je. Cuak rahsia bocor.

Kul 1 cmtu, aku kuar. Nak reward myself. Was i feel rewarding? No!

13:36:04 pm – msg dari kawan blog, Irina

Beta amat meminati citer Harry. Terujanya nak tengok citer ni jangan cakap la, nak tengok mampukan pengarah itu menggambarkan setiap perkataan ke layar perak.

Hasilnya hampa sekali. Aku hampa. Dahlah korbankan keselesaan, duduk paling depan sekali! Tapi kurang best. Memang aku rasa tak berbaloi.

G makan Kenny Rogers. Singgah Popular, konon nak pre-order Harry Potter and the Deathly Hollows. RM 120! Mahal gila. Malas la.

Pusing-pusing, Aisyah kata nak belikan aku something. Dia poyo-poyo cakap la,


”ko g jalan tempat lain, tak pun ko wat la minat satu benda ni, nanti aku beli la”

Aku, terus buat-buat minat dekat benda yang mahal-mahal. Pening dia bila tengok harga tu. Last-last takde apa pun nak dibeli.

Bila nak bayar, dekat kaunter tu ada la, minyak wangi.

”Eh Kamal, Polo Blue la”

Aku tengok. Eheh, dapat jugak tu. Inspired by Polo Blue. Kira ok la, bau pun lebeh kurang. Cuma biasa la local punya, so tak kuat sangat la.

“ko nak ke?”

Eheh, angguk je la.

Aku reward gak diri aku setelah hampa dengan Harry.

Aku beli album Letto – Truth, Cry and Lie.

Memang boleh download, tapi ni untuk aku dengar dalam kereta.

So kira ok la.

18:44:11 pm – msg dari kawan baik, Azly. kreatif giler!!!

Hari jadi pun kena g meeting Expoconvo’07. hampeh je.

Masa tengah meeting…

21:24:25 pm – msg dari anak buah, Yana

21:47:03 pm – msg dari kawan lama, Nadia

Balik bilik. Penat. Suspen, kowtnya aku balik ni ada tepung menanti.

Sebab dulu kitorang tak buat pembukaan hari jadi. Kitorang wat penutup.

23:58:57 pm – msg dari coursemate, Hanis

Msg ini penutup hari yang menakutkan itu. Hahaha, berakhir sudah.

12 Julai 2007

08:06:51 pm – msg dari rakan blog, Hilman

Msg lambat dari ’the organiser’ ! Ehehehe.


15 Julai 2007


01:16:30 - msg dari Truanta

ini msg paling tertinggal keretapi! huhu

Other things

Ramai gak wish. Asal diorang ingat kan.

Aku lak tak reti nak react. Wat malu-malu je la.

Tapi bila fikir balik, dak laki ni tak ingat ke?

Aku punya la cuak, siap ambik hanset kawan aku ni, aku padamkan alarm dia pasal besday aku, pastu aku letak balik.

Rupanya diorang tak ingat. Wat penat je berjaga-jaga. Sampai orang letak status skype pasal besday aku pun aku suh tukar. Hahaha

Apa pun, Aisyah dah pesan g update wishlist!

Thanks la ek kepada sapa yang msg, wish direct, wish kat Frenster, wish kat Yang Terdalam.

Dah dapat Polo Blue tiruan. Ok la. Kawan aku cakap wishlist aku mahal sangat, tak mampu diorang. Kalau aku mampu, baik aku takyah wish kan. Huhu. Neway thanks Aisyah! (mesti pasni dia bising nama dia banyak dlam ini blog!)

Apa pun, I think, these are the best present ever:

[ FaMoUs LasT wOrDs ] - Pakcik! Mana post baru deh?!

creating a world - A Stolen Birthday Wish

::diari seorang lelaki... =)::: - can i say this is my comeback? hehe =)

....ME....: - A Celebration For A Friend


Thanks cik Teddy! Terharu sey. Siap letak gambar beta yang telah diedit sekali. Habis hilang jerawat beta. huhuhu

Thanks to all too yang join usaha sama ini... cewah skema giler ayat...

pertama kali cik teddy jadi organiser ni... hehe

Till then, thanks to all!

p/s – nak letak gambar hadiah tu, tapi cnnction hampeh lak…


:::YTBACK!!!:::

Syhhh!!! Diam!!!

0113 – 11 Julai 2007


Syhhh!! Diam!!!

Aku tengah menyorok dalam zon 113 yang baru ni. Hidup di sem baru? Ok la. Tak mula sangat lagi pun. Umah best, bilik pon best. Yang penting rumate best. Kahkahkah!

Nak gambar zon 113 baru aku? Nanti2 ler... tunggu bila aku ada masa... so far still macam dulu punya gambar kowt... so tengok je la entry dulu pasal zon 113 tu.


Syyhhh!! Diam!!

Jangan bising-bising. Aku menaip diam-diam je ni. Harapnya hari ni berlalu lah pantas!

Aku tengah menyorok dari semua orang ni. Rasa cuak pun ada. Takut pun ada. Aku tau diorang mesti nak balas dendam.


Korang diam ek!!

Krisis ni besar gila. Aku tak tahu nak wat cmna lagi. Aku tau mesti aku kena punya la dengan diorang. Cuma aku harap tak lah teruk sangat.

Harap diorang lupa lah apa yang pernah aku lakukan, dan maafkan aku. Aku tak sanggup lagi dibalas dendam oleh diorang.

Aku akui, dulu aku kejam gila! Aku lah mastermind. Aku buat benda tu atas kepuasan diri aku je. Aku tak fikirkan yang diorang mungkin ada peluang untuk balas balik.

Dulu, aku sanggup keluar ke Kuantan untuk memastikan aku dapat buli diorang! Macam-macam aku beli. Semuanya untuk kepuasan diri!


Syyhhh!! Diam!!

Aku menyesal ni. Harapnya diorang tak ingat la.

Ala biasa la. Takkan korang tak pernah rasa ada kuasa nak buli yang lemah dan tak berdaya. Takkan korang nak biarkan je rasa itu pergi. Korang pun mesti sekali-sekala gunakan kuasa buli diorang kan.

Harapnya diorang tak ingat la aku buli diorang dengan tepung dengan telur dulu. Harapnya diorang tak ingat la, macam mana aku bersusah payah memastikan diorang jatuh dalam perangkap yang aku buat.

Aku pernah perangkap seorang ni masuk dalam bilik air, lepas tu dalam bilik air tu dia kitorang bantai reramai. Tanpa belas kasihan! Rakus sekali.


Syyhhh!! Diam!!

Mintak-mintak la diorang tak ingat.

Hari ni, cepat la berlalu, supaya diorang takde point lagi nak kenakan aku!

Tak nak aku jadi cekodok! Dicampur tepung dengan telur.

Syhhh diam ek!

.

.





Selamat ulang tahun ke 21 untuk aku!!!


:::YTBACK!!!:::

The July Guy...

0112 – 08 Julai 2007


Dah lama actually aku nak post benda ni. Tapi nak kasi impact sket, aku simpan. Tunggu bulan julai. Baru kena dengan eventnya.

Ni sebenarnya analisis Dato’ Fazillah Kamsah la. Aku baca je. Tapi ada yang tepat kena pada aku. So check it out!

JULAI

* Sangat suka didamping.

Yer aku memang suka didampingi, tapi susah nak dapat yang sekepala.

* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.

Am i?? Err... yer kowt...

* Agak pendiam kecuali dirangsang.

Diransang? Urm try r! hahahaha

* Ada harga dan maruah diri.

Yup, this is true

* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.

Ni memang betul. Aku pun perasan. Tatau kenapa.

* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.

Mudah dipujuk ke? Ish kena jual mahal ni...

* Sangat menjaga hati orang lain.

Yer ini betul sangat

* Sangat peramah.

Tah tatau betul tak

* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.

(nak ngaku... tak nak ngaku.. huhu)

* Berjiwa sentimental.

Yer, saya ni jiwang. So wut?

* Jarang berdendam.

Ye ker? Rasa banyak je dendam aku ni!

* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.

Yup, you’re forgiven but not forgotten bebeh. Suka betul aku memaafkan orang neyh, tapi nak lupa, jangan harap!

* Tidak suka benda remeh-temeh.

Ye ke? Bukan aku suka ke besarkan benda kecil?

* Membimbing cara fizikal dan mental.

Duh, ayat PRS sangat...

* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.

Urm... well... wut can i say!

* Layanan yang serupa terhadap semua orang.

Yer ini betul. Aku layan semua orang sama. Sampai susah nak letak priority. Maybe sebab tu aku masih sendiri… huhu

* Tinggi daya simpati.

Ye ke? Yer kowt. Senang nak simpati pada orang.

* Pemerhatian yang tajam.

Ha’a tajam! Mencucuk! Macam xray! (ish lutcahaya lak bunyinya)Kah kah kah

* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.

Yerp, ni aku suka buat. Pastu tulis kat blog kan. hahahaha

* Mudah dan rajin belajar.

Ye ke ni?

* Suka muhasabah diri.

Hurm. Betul kowt

* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.

Duh apsal teraser gila ni

* Suka mendiamkan diri.

Maybe. But now i am a blogger. Diam dekat luar, bising dekat blog. Eh, bukan kat luar pun aku bising ke? Konpius2.

* Suka duduk di rumah.

Ha’a. jarang r nak kuar-kuar ni. Tapi kalo sekali kuar, macam tak ingat umah!

* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.

Ini betul. Tepat!

* Tidak agresif kecuali terpaksa.

Huh? Nak agresif camna lagi???

* Lemah dari segi kesihatan perut.

Hehe, sebab aku malas makan!

* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.

Ye ke? Krempeng je aku ni. Camna nak gemuk haa???

* Minta disayangi.

Erk (bunyi panahan yang tepat kena ke hati!)

* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.

Yup. Ini kembali kepada the ’forgiven, not forgotten’ rule

* Terlalu mengambil berat.

Maybe. Betul kowt

* Rajin dalam membuat kerja.

Ye eh? Kembang seyh...

Bila tengok-tengok balik, ada yang kena tepat. Ala yang aku jawab macam nak tak nak tu, sebenarnya betul la. Still in denial.

Kadang-kadang tu kena tepat sangat! Robek jugak hati ni.

Tapi heran gak. Camna dia kaji ek. Cam horoskop gak. Aku minat tengok. Kadang-kadang kena. Kadang-kadang hampeh je. Cakap ’ur love will be blossom today’. Tunggu punya tunggu takde pun! Ops!

Apa pun. Saja je kongsi2. biasalah, blogger malas nak tulis entry!

Huhuhahaha!


:::YTBACK!!!:::