It's Glycine max lol!

0259
30 Julai 2008

Pagi tadi, aku dah mula nak PMS tahap teruk dengan PSM aku
Adeh! Berapa lama mau PMS daa
Patutla pompuan emo je masa PMS!

Ops! Unrelated Topic

Pagi tadi aku bengang pasal topik PSM aku
SV aku dah on hold kan tajuk aku nak dekat seminggu dah
Sebab dia kata nak tukar tajuk cos ’tak cukup elemen bio’ kalo aku buat extraction of antioksida from petai tuh!
So aku terpaksa la menunggu SV2 ni meeting untuk buat tajuk yang ’lebeh bio’

Menunggu, macam buah tak gugur
Saket jiwa
!!!
Tiba2 dapat merasakan perasaan digantung tak bertali
Erk, apsal aku ari ni?

Ok, sambung

Aku bengang bukan apa
SV ni macam nak larikan diri dari kitowang je
Ajak jumpa, ada hal
Ajak jumpa, dia ada kelas

Pastu bila jumpa pon, dikatanya sabar sebab tajuk tak finalise lagi


Berulang2 kali berlaku macam tuh, aku pown bengang la...
Start la nak PMS!
Hahaha

Bila bengang, mula la setan menghasut hati ni
Macam2 la aku kutuk SV aku tuh
Walau pon kenal tak sampai la seminggu
Tapi setan ni ada je bagi point aku kutuk dia
Memang tak makan saman punya setan!

Ye la, kita ada jadual
Ada dateline
Patutnya dapat tajuk minggu ke 3,
Ni dah minggu ke 4, tajuk tak finalise lagi

Budak2 lain dah mula nak buat literature review dah
Dah mula cari2 journal
Yang aku pulak
Duk melanguk
Wat dunno je


Bukak blog
Konon nak menghiburkan hati
Ada la pulak makhluk tuhan paling seksi ni asik mintak update je!
Adeh!
Bila tengah sibuk, pastu owang mintak update, tiba2 bengang la plak
Bila rasa best nak menaip lak, sesibuk mana pown, memang akan update

Pastu imaginasi melampau aku mula la
Aku bayangkan aku jumpa SV aku

Aku bayangkan dia tengah update blog instead of finalisekan tajuk PSM aku

Aku marah giler kat dia

Pastu aku cakap
”i’m a blogger too but i know how to prioritise”
Hampeh kan imaginasi merepek aku


Last2 aku tewas, aku tidur je
Nak legakan perasaan
Kalo lebeh fikir saket jiwa

Tak habes lagi rupanya
Aku termimpi lak aku gaduh ngan SV aku
Agaknya memang setan dah kaw kaw attack aku
Sekali aku terbangun
Hanset aku berbunyi

”miss nak jumpa kita kat common room pukl 230 ni”

Aku bingkas bangun
Bersiap
Cuak nak dapat tajuk baru
Berdebar beb
Kang dia bagi merepek mau aku jadi kerepek!

Then, sampai2 aku yang paling lewat
N dalam grup 3 orang tuh dah mula nak pilih2 tajuk
Aku terlambatkah?




















Last2 lepas aku dah habes mamai sume, aku dapat la tajuk ini:

Effects of transmembrane pressure (TMP)
on the performance of flat sheet membrane
of soy protein


So I guess there is no Parkia Speciosa
I will ‘main2’ dengan Glycine max instead
Bahan2 tak banyak
Hanya air soya sahaja!
But processnya agak banyak la aku kira

Aku tak research lagi
But disuruh mencari journal2 on:
  • TMP
  • Flat Sheet Membrane
  • Soy Protein
  • Protein Separation / Purification
  • Protein Analysis


Aku sendiri kene tentukan skop dan parameter yang aku nak kaji
N aku kene baca banyak journal dalam 2 minggu ni

So i guess kurang update sket boleh ek?

Boleh??
Boleh ek??
Boleh la.... ...
...
...

Erk?
Tak boleh sudah!

DULIK HAPA AKU!!!

hehehe =p



:::YTBACK!!!:::

Tentang Seseorang

0258
28 Julai 2008


Ku lari ke hutan kemudian menyanyiku
Ku lari ke pantai kemudian teriakku
Sepi..sepi dan sendiri aku benci
Ingin bingar aku mau di pasar

Bosan aku dengan penat
Enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika ku sendiri

Pecahkan saja gelasnya biar ramai
Biar mengaduh sampai gaduh

Ada malaikat menyulam jaring labah-labah belang di tembok keraton putih
Kenapa tidak kau goyangkan saja locengnya biar berderai

Atau aku harus lari kehutan
Belok ke pantai..?

Bosan aku dengan penat
Dan enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika ku sendiri







Keep telling myself I’m better than that
Better off with another bright future
What I have now is better than any other

Don’t recall how it hurts when it happens all over again
Over and over again
Really it hurts

Hanya mencari tempat bercerita
Dan di Yang Terdalam ia bergelora…














:::YTBACK!!!:::

1, 2, 3

0257
26 Julai 2008


Yela2! Beta update la!
Cikgu gangster ween ni asek2
ugut2 beta...
Beta takooot!
Huhu

Ok, wat dalam point form boley? Huhu

1 – PMS aku dengan PSM!!!

Adeh! Adeh!
PSM (Projek Sarjana Muda) aku!
PMS aku dibuatnya!!!

Dah masuk 2 minggu dapat topik kan...
N aku pown mula lah berbaik2 dengan supervisor aku
Dua tiga kali la aku terus nak PMS di situ juga

Mulanya, diberitahu,
tajuk aku akan ditukar!
PMS pertama!
Aku tensen je, penat2 aku usaha untuk pilih tajuk tu!
Tiba2 nak tukar pulak…

Sekali, dia kata
tak jadi nak tukar…
So aku kene go on dengan tajuk aku tuh
Cari la journal banyak2
Dalam masa seminggu jumpa dia, bagitahu apa yang aku faham
So fine with me!

Tiba2 esoknya aku tergerak nak jumpa dia lagi
Saja je nak menyibok!
Sekali dia kata
kene jugak tukar tajuk!
PMS kedua!

Dengar kata ada prof di peringkat atasan tak setuju tajuk2 di bawah supervisor ni
Katanya kurang bio
Kan aku
Chemical (Bioetechnology) Engineering













I guess there is no Parkia Speciosa then???


Mengong!
Abes tuh sebelum tawarkan tajuk dulu tak pulak argue…
Hampes!
Sekarang ni nyusahkan owang lak!

So tengah
tunggu je la dapat tajuk baru ni
Budak2 lain dah mula macam2 dah
Siap nak isi form untuk beli barang2 kimia da
Aku?
Duk lepak saja...


BAGAI DIGANTUNG TAK BERTALI!!!
Adeh!

2 – Late Birthday Presents

Mmg 11 Julai dah lepas kan...
Tapi masih ada hadiah yang datang
So trimas la!
Really appreciate it!

Hadiah pertama dari
Cik Aimi
Dia bagi lambat sket, sebab dia susah nak kuar, dia nak beli sendri
So inilah hadiahnya…
Errr… teddy bear ngan ubat!




















Teddy bear bersama ubat!


Teddy ni dia tatau nak bagi nama pe, dia kata dia nak tukar2 nama tiap2 hari…
Tapi memula dia dah bagi nama mende ni
Momo

Aku pown tatau la mende ni teddy bear ke hapa..

Pelik je aku tengok
Pastu kaler2 lak tuh…
*habes la mesti Cik Aimi ngamuk aku ngutuk Momo!*



















Momo (bukan nama sebenar - akan berganti tiap2 hari!)


Pastu ubat tuh lak…
Aku gtau dia pasal aku
saket tekak nak dekat seminggu tuh
Sekali dia bagi ubat!
Ala, gula2 je la…

Tapi ok la, at least ia membantu aku dari terbatuk2 dalam kuliah!
So thanks!















Ini yang tertulis di botol ubat itu:

“Prescription by me, =)
- sila amik satu setiap hari smpi abes… huhu
Hepi Belated Besday!
emy^dizi


Thanks ek mi...
Walau aku kutuk2 Momo tuh, aku hargai pemberian ini
Thanks again!

Hadiah kedua adalah dari ‘hati pertama’
Ingat entri ini dan entri ini??

Well lepas entri revenge tuh, memang dia tak kontek aku sangat dah
Its ok by me
Memang takde apa yang nak diteruskan pown!

But, bila jumpa, still tegur2 la...
Ala, buat biasa je
Aku memang jenis yang tak simpan dendam
Aku percaya manusia boleh berubah
So aku layan je la biasa2

Tiba2 dia msg cakap nak jumpa
Nak pass barang
Aku ok je!

Jumpa sat, borak2 n she took off
Ada meeting katanya…
Aku bukak2…
Waaa!!!















A shirt from Tropicana Life!!!

Seriously aku suka!
Aku selalu usya Tropicana Life masa skool dulu
Tapi tak mampu nak beli

N bila dah mampu sket, aku rasa brand ni macam aku tak minat la plak
So thats why aku tak penah ada baju Tropicana Life!
And that’s mean, this is the first TL shirt that I have!

Dia maybe tak baca blog ni, tapi tak pe la
Aku ingin juga nyatakan penghargaan aku atas pemberian ini
Walau apa yang berlaku di belakang
Aku tak simpan apa2...

Bak kata The Corrs:
U r forgiven but not forgotten!

Btw, thanks!!!

3 – Futsal

Actually, aku nak update malam semalam.
Tiba2 tak jadi becos ada satu plan yang aku pown tak sangka aku pergi…

Aku g futsal!


Lalalala
Napa? Tak percaya ke?
Haha, ramai gak pelik aku pegi malam semalam.
Siap bahankan aku lagi macam2...
Hampes je!

The reason aku pergi malam semalam ialah sebab aku nak cipta sebanyak mana memori yang ada di tahun terakhir ini
Dan juga aku nak explore mende2 yang aku tak tahu sebelum ni
So just 4 experiece la...
Kira ok la!

Lagi satu sebab aku pergi futsal semalam ialah sebab aku dah beli mende ini!:




















Ya, contact lenses!
Aku penah pakai masa matriks dulu
Tapi dah lama stop
So aku pakai balik la, tiba2 rasa nak pakai balik

Power aku tinggi untuk kedua2 mata
Kanan 700++ kiri 650++
Memang hamper buta!

Tengok la, bila aku dah keje, memang aku nak buat Lasik!
Sapa2 ada info pasal Lasik gtau aku ok!
Tak tahan lagi memakai spek atau lenses
Tak nak pakai pape!
Bawu guava sket!
Lalala

Dah lama aku tinggalkan men bola ke hapa
Sume sebab my eyesight yang macam hampeh n tak tau nak agak bola kat mana
Satu lagi masa men, aku selalu kene cover spek aku
So susah la

Dan malam semalam, memang best
  • Tolak dari UMP pukul 1140
  • Sampai di Pusat Futsal di Semambu around 1230
  • N start men kul 1 pagi
  • Sampai la pukul 3 pagi
  • Lepas tuh, pukul 4 pergi makan
  • N pukul 5 dalam perjalanan pulang ke UMP
  • Pukul 6 masuk gate
  • N onwards – mati mengqada’ tido!
Hahaha

Yang bestnya semalam, aku bebas bergerak
Walau takde lah mahir sangat, but kawan2 support
Diorang bagi peluang men kat macam2 posisi
N aku puas hati la

Kalo ada lepas ni sure aku g lagi..
Er... but still aku kene tengok jadual
Sebab efek dia, hari ni aku penat nak mampos
Satu keje pown tak jalan!
Mybe thats the price to pay 4 a little happiness???
Hampes!

Hurm.. ok tuh je la nak update pown!
Ada banyak lagi
Tapi kang tulih memanjang kowang bosan la…
Aku cuba simpan untuk letak dalam entri2 lain!
huhuhu




:::YTBACK!!!:::

Alahai... rumate aku!!!

0256
24 Julai 2008

Aku tatau la ni citer kelakar ke hapa
Aku pikir punya pikir, aku rasa kelakar
Tatau la kang bila kowang baca tak raser kelakar lak

Ye la, aku kan dah lama tak menulis, rasa
macam hilang kepakaran menulis buat owang gelak guling2 lak
Dulu senang je!

Huhu

********************

Awal2 sem ni, aku bengang ngn sowang mamat ni
Classmate aku gak
Dan dia ada keta

Kisahnya mamat ni kan
Dia nih ada keta
N buat
keta sewa
Meaning keta dia selalu lah dijadikan sewaan oleh owang
N keta dia selalulah takde kat dia

Yang aku bengangnya
Dia senang2 leh dapat
rm180 seminggu
Tapi dia nyusahkan owang len

Dia sibuk nak tumpang
Lisa aku
Which is ok to me, aku tak kesah pown
Tapi yang hampes nye, bila dia tumpang, dia nak
kita ikut masa dia

Kalo aku nak balik umah, dia leh lengah2kan sebab dia nak g fakulti la, macam2
Aku bengang la, sebab aku punya jadual punya la padat
Nak layan dia lagi!
Adeh!
********************

Mamat ni kiranya rapat la dengan
rumate aku ni
Rumate aku kan baek ngn sume orang
Tak macam aku!

Rumate aku ni pulak bawu bawak keta sem ni
Masa cuti hari tuh dia keje,
modified keta lama bapak dia
So kami rumate yang ada kete
Bergilir la kami guna keta nak g kelas
Jimat sket

Yang mamat ni rapat ngn rumate aku
Dia selalu pulak
nak pinjam keta rumate aku
Sebab keta dia sibuk disewakan
Rumate aku bagi je

Aku tahu bukan hal aku, aku tak leh masuk campur
So aku kira2 perli lah rumate aku, cakap
ko dah digunakan
Harap dia pahamla...
********************

Kisah bermula bila si mamat tuh
nak basuh keta
Dia ajak rumate aku basuh keta bersama
Di belakang umah aku
Indirectly, belakang bilik aku la, sebab aku bilik belakang
Aku lak malas nak membasuh hari tuh, aku sibuk layan movie

Aku ada letak
segala macam syampoo keta kat dalam kotak belakang umah aku...
Dengan muka tak malunya, si mamat yang aku bengang tuh
gunakan segala syampoo aku tuh tanpa beritahu aku
Aku dah duk belakang umah, nampak je dia gunakan tuh sume...
Aku kiranya sabar je dalam bilik tuh!
Dia bukannya takde duit!
Dah la RM 180 seminggu kan!

Bila diowang dah habes aku
confront rumate aku
Tanya dia betul ke si mamat ni tadi guna syampoo aku
Rumate aku cakap
ya
Yang rumate aku lak gunakan syampoo dia sendri
So aku tak kesah sangat

Dan mula lah aku
membebel kat rumate aku pasal si mamat ni
Aku cakap la,

"aku tak kisah kalo nak guna barang2 aku, tapi mintak dengan cara baik
Kalo betul caranya, aku bagi je
Kalo ko pown nak barang aku, mintak la.. aku tak kesah...
Cuma biarlah betol caranya..."


********************

Klimaks citer ni berlaku pada satu petang
Aku baru nak
start sembahyang asar
Rumate aku lak
siap2 nak g dating

Aku pown sembahyang je la
Dalam sembahyang tuh aku sedar ada orang
bukak pintu
Lama gak owang tuh kat situ...

Tiba2...

...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
KAMAL, AKU PINJAM BESKAL KO TAU!!!


Rumate aku bercakap dengan aku masa aku tengah sembahyang ko!

Aku terus tak khusyuk sembahyang...
Hampes punya rumate

Agaknya dia takleh tunggu lagi...
Ye la, awek tengah menunggu kat kafe tuh
Keta dia takde si mamat tuh guna
Pastu aku lak sembahyang, dia takleh mintak izin

Agaknya dia ingat yang aku cakap,
kalao nak pinjam barang aku, sila mintak dengan elok kowt
Tu yang buat dia terpaksa mintak izin masa aku sembahyang!
Alahai rumate2....

Bila aku citer kat housemate aku yang len, sume gelak!
Kelakor citer tuh jadinya...

********************

Erk.. kowang gelak tak ni???
Gelak tak?
kelakor tak aku taip ni?

Erk... tak???

Tak kelakor???
Tak mo gelak???

Ermmmmm
Ish!!!


Tak mo tulih lagi la cmni!!!!



p.s – hahaha yes yes! Ada point tak nak update YT!!!


:::YTBACK!!!:::

Finally... an update!!! =p

0255
22 Julai 2008

Sori… aku tau lama giler aku tak hapdet…
N dah ramai menjenguk ke sini dalam perasaan hampa dan berduka cita
N ramai bertanya2 aku ok ke tak...

Ok, mari buat press conference!
- yerr… saya ok je… sihat walafiat…
- ke mana saya??? Merata2!!!
- Apa saya buat??? Macam2 aktiviti deh!!!
- Saya kawen lari di Golok???? Hey, sapa wat gosip tuh!

Susahnya jadi popular, sampai kene wat PC baru sume setel!
Huhu

Hari Jumaat tuh aku balik umah.
Menumpang kenderaan UMP
Memang teringin nak balik rumah sementara tak banyak kerja ni, n aku nak amik semua buku2 aku.
Mula2 ingat tak guna dah, sekali bila nak start PSM nih, rupanya semua guna
So, aku balik rumah untuk ambik semua buku teks aku!

Dah alang2 sorang staff UMP ni nak lalu KL, aku ikut sama la...
Jimat sikit duet aku... jimat RM130 beb!
Talking bout money, apsal JPA tak masuk lagi ni?
Aku dah sangap meminjam duet2 kawan2 yang dapat PTPTN ni…

Balik ke rumah, ada misi juga...
Cari baju dinner
Bajek RM 100, terbeli RM 120...
Ada la sehelai baju plus jaket
Takpe la berhabis, last year kan...

Talking bout dinner, apa ke bangang la organizer wat sama hari dengan Simposium Biotek tuh…
Takkan la lepas penat2 simposium dari pukul 8 pagi ke 6 petang terus nak siap2 g dinner!
Mana sempat aku nak bersiap!
Huhu

Tak faham kenapa, tahun ni ramai tak nak pergi dinner
Sama ada bajek, atau ada konflik dalaman.
Bagi aku, bila lagi...
Guys! This is our final year...
Masa ni lah nak create memories bebanyak…
Ni sampai nak kena pujuk2 rayu2 untuk g dinner..
Apa ke he nya???

Kadang2 aku sedikit terkilan bila dapat batchmate yang tak ske huha sangat..
Kat sini kan, to tell u the truth, aku jadi sedikit baik..
Diorang ni nak berseronok, asik pk tuh, pk nih, sampai la tak jadi nak berseronok...
Macam2 plan hilang gitu je!
Adeh!
Kalo aku kat umah, tentu aktiviti rambuan melampau berlaku!
Hurm...

PSM
Baru jumpa supervisor tadi
Dan aku dikehendaki cari bermacam journal dalam masa seminggu ni untuk fahamkan tajuk aku
Tapi bila pergi seminar PSM tadi, dia suruh pulak submit chemical2 yang nak dibeli minggu depan!
Mana sempat nak fikir2 n bincang dengan supervisor lagi!
Tajuk pown aku tak faham sangat lagi...
Hurm, hope will get through this...

Ada satu repot Process Control Lab on hold.
My groupmates expected me to do the results part this week
Nak kena submit petang sok kat diorang untuk edit, pas aku update YT ni aku nak buat!

OSH sok macam ada kuiz je...
Malam2 kang la baca...
Petrol Tech ada 2 chapter kene baca by Khamis
N Oleochem untuk kelas malam sok belom revise apa pun...
Petang sok ada seminar PSM lagi!

So faham2 je lah ek.. keje aku makin bertimbun
Kadang2 nak pecahkan diri pown ada
But, masih awal sem, enjin keje tak panas lagi…
Tu yang macam lambat sikit…
But at least, enjin aku cepat sikit ’panas’ dari kekawan aku
Diowang masih mampu tengok movie memalam, dating sume!
Huhuhu

Maaf YT jadi gini
Aku tulis ni pown hanya ikut flow
Malas edit pape
Malas color2 kan
Terima this entry as it is ek!
I’m busy…

Aku akan cuba update sekerap mungkin dengan entri yang lebih tersusun dan kreatif
Sehingga membuatkan korang datang ke sini berbaloi!
Sehingga korang guling2 macam tenggiling tergelak ok!
Huhuhu

For now, wish me well with my tasks
N aku akan sedikit demi sedikit blogwalking sambil tinggalkan jejak!
Sabar! Aku buat masa aku senggang!

Till next entry, take care ek!!!


:::YTBACK!!!:::

Parkia Speciosa!!!~~~

0254
17 Julai 2008

Maaf lama diam…
Guess my life has changed since the new semester started
Takde lagi masa yang betul2 aku ada untuk menulis di YT

Seems irony, bila kat umah, cuti
Takde keje nak dibuat, bangun, online
N mula merecall cerita untuk dijadikan entri
Dan aku update terlalu kerap

Bila di sini, banyak keje
Banyak mende nak difikirkan
Relationship built here and there
Crashed here and there too
Cerita terlalu banyak berpotensi dijadikan entri
Cuma masa mencemburui
Dan jadilah YT begini

Buat yang berkunjung tiap hari ke sini, i’m sorry...
I’ll try harder to update as frequent as possible!!!

*****
Earlier this sem, we have to choose our topic for our PSM (Projek Sarjana Muda)
This PSM divided into 2 semesters, one semester for paperwork n preparation, and the second one is for the experiment and the report
So this is the first step to those 2 semesters.

Memilih tajuk, bukannya mudah!

Macam U lain, kadang2 diberi tajuk kepada kita, n kita akan buat modification kepada tajuk tersebut dengan assistant supervisor
But in UMP, maybe because it is too early, students does not allowed to propose their topic, they are given topics to choose

Bagus pown aku takyah propose apa2 tajuk
Bukannya senang nak buat tajuk!
Sebab UMP masih baru, thus reference tajuk2 terdahulu masih sedikit
So i just got to choose

I’m Chemical (Biotechnology) Engineering student, so aku kena pilih something related
Kelas aku ada 38 orang, n ada 41 topik yang ditawarkan
Semua berpeluang memilih 3 topik mengikut kesukaan
Dan pemilihan dibuat berdasarkan sapa cepat dia dapat n based on pointer
Pointer aku kira ok la gak, so tak risau sangat

Apa aku pilih???

28. Soxhlet extraction of antioxidants compound from Petai:
Effects of solvent polarity & solid to solvent ratio on extraction yields [1]

27. Palm oil mill effluent (POME) treatment & bioresources recovery using microfiltration & ultrafiltration. A comparative study [2]

32. Bio-ethanol fermentation from tapioca starch by immobilized Saccharomyces cerevisiae. [3].


Memo untuk pilih topik keluar malam ahad pukul 10.50 malam
N aku fikir2, aku hantar 3 topik pilhan aku pada pukul 8.43 pagi keesokannya
Bagus juga tak banyak masa berfikir, kalau aku overthink, somehow aku akan bergantung harap dapat topik tuh
Kalo dapat ok la, kalau tak?
Mau menonggeng aku!

So dah hantar tuh, aku wat tatau je...
Dapat, dapat
Tak dapat sudah!
Konon2 cool la, tapi dalam hati kadang2 fikir gak dapat ke tak....
Saket jiwa je menanti!!!

And then semalam penantian berakhir...
Bila dapat tuh, aku terus bertukar menjadi Harry Potter dan mengucapkan jampi:


















Oh no.. too cute!





















No! Too handsome! (though i know i'm handsome! =p)















Finally the right attitude!!! Spell those words!!!


PARKIA SPECIOSA!!!

Apa maksudnya???
Well, i guess, i got my first choice!
Yay to me not yay to YT!

Keen to start the project, but maybe YT lepas ni akan sedikit terabai…

Aku akan sibuk!!!

...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
Sibuk mengikat petai!!!














Petai!!!~~~ Petai!!!~~~




p/s – my topic is still not confirmed... there might be some slight change in the topic, but only minor change… just pray I can get through this…



:::YTBACK!!!:::

Twenty Two Part 3.0

0253
13 Julai 2008


This is twenty two part 3
There’s not much to tell, but why keep the stories if you have one right…
N kononnya nak tunjukkan bday aku grand la, aku wat la berentry2 bagai kan!
Lalalala















11 julai went off well
Mood aku naik ke awangan, aku hepi je hari tuh
Seriously, aku rasa diri ni bagus sangat pada hari tuh
I gain self confident
N banyak sebab aku naik ke awangan
Sebahagiannya adalah kerana anda!
Ya, anda!

Betapa baiknya mood aku hari tuh, sehinggakan aku break dengan Cinta pada hari tuh, aku rilek lagi.

Break boleh relaks ek???

In all, aku rileks sebab faham atas apa yang berlaku
Ini tidak boleh dielakkan, dan aku tak salahkan sesiapa

Aku rasa aku dan dia tak salah

Cuma keadaan memaksa
Dalam buat keputusan tuh, dua2 lega

N now, kitowang still frens, takde rasa gaduh2 sangat pown

Sebab ini keputusan bersama kan

So there is no harm done


Yet, I glad it happened on my birthday, when I was in good mood, n not make me mourning over it…
And I am glad it happened at the very beginning of the semester, when there are no workload, otak tengah stabil, takmarah2

Everything happens for a reason right???

So, I’m single now… any takers??? Lalalalala

U WISH!!!

*****
Sebetulnya, entri ini tiada apa sangat pown…
Just entri appreciation

Tahun ini sungguh banyak wish yang aku terima
Dan hadiah pun lebih banyak dari tahun yang len
Takdelah banyak sangat, just tahun ni nampanya berbeza

Kowang mesti bosan kan, asik citer pasal 11 Julai je..
Lantak la, besday aku, blog aku...
Nak baca, baca
Tak nak baca sudah!
Haha

Aku rasa dihargai hari itu dari pelbagai sudut
N aku ingin senaraikan segala ini, supaya aku ingat di satu hari kelak, aku pernah menerima besday yang berharga begini...

SMSes

10 Julai
22:10 – Cinta – dia wish awal2 sebab takut tertido! Huhuhu
23:40 – Kak Red – besday wish in advance for all Cancerian... knowing that she will busy at 0000
23:47 – Azly – my best fren from matrix, the one I hang out with…
23:59 – Zaiha – my kembar! Kitowang share same bday, n aku kenal dia since kindergarden lagi! =)
23:59 – Xoul – kawan dari Myspes, tengah praktikal in Chem Eng too =)


11 Julai
00:02 – Princess Liyana – kawan blog yang ‘sedarjat’ dengan beta… berdarah raja kan! Huhuhu
00:04 – Muna – Classmate BKB in UMP
00:05 – Yana – Junior BKB in UMP, XPC Expoconvo’07
00:08 – Wan – the one yang selalu hang out while in UMP
00:11 – Nad – Classmate BKB in UMP
00:13 – Firra – the ‘matriks’ gurl… remember?
00:21 – Jazlin – kawan blogger =p
00:26 – Aisyah – Classmate in UMP. The one & the only classmate yang ada access to this blog. Keep secret will ya!
01:29 – Nuyul – a stranger? Kawan Zaiha katanya… layankan aja!
02:01 – Diya – she’s a fren, she’s my enemy, definitely not my couple! Huhu… kawan blog yang sengal! =p
02:28 – Syikin – Classmate back in Semashur… =)
03:27 – Mena – Batchmate in Semashur… =)
06:36 – Syiqin – adik gue ler…
07:37 – Ummi – Classmate BKB in UMP
07:39 – Hassan Ahmad – bapak gue!
08:24 – Irina – Batchmate in Semashur, the one that inspired me to have a blog, kawan blog! =p
09:52 – Hanis Farzana – Junior in UMP, XPC Expoconvo’07
12:01 – Ammar – Junior in UMP, XSUB Expoconvo’07
14:45 – Adi Luqman – a blogger yang bising2 aku tak invite dia ke blog ini.. tak bagi emel awal2 watpe dude?
17:14 – Faiz – Junior in Ump, kawan Expoconvo’07
21:46 – Teddybearhijo – anak sedara sengal di alam maya ini… siap sumpit beta lagi! Adeh!!!


13 Julai
13:43 – Petrus – Xpres Kelab Sengal Sedunia... msg terakhir ditema on my behalf of my bday










Skype


10 Julai
23:54:11 – Cinta – sempat lagi di Skype

11 Julai
00:00:51 – Hanis – Classmate BKB in UMP. Will have her birthday this 14 July
00:01:09 – Azri – Kawan TKD
00:02:05 – Zul – Classmate BKB in UMP. Dia yang mula2 pecah rahsia kata ada plan nak kenekan aku malam tuh!
00:05:51 – Mashaida – Classmate BKB in UMP
00:06:24 – Aizat Faiz – XPengarah Eksekutif Expoconvo’07
00:13:15 – Anis – Classmate BKB in UMP
00:19:59 – Baya – Classmate BKB in UMP
00:53:40 – Florina – kawan TKD, ahli Kelab Sengal Sedunia
09:13:17 – Azura – XPC Expoconvo’07, Skandal main tarik tali masa short sem! Huhuhu
09:55:53 – Baiyi – Classmate BKB in UMP
10:22:00 – Liza – XPC Expoconvo’07
10:53:47 – Einayah – Junior BKB in UMP. GF si Aizat
12:04:37 – Encik Rozaimi – head of programme BKB, my lecturer! =p
12:11:18 – Shaifuiddin – XPC Expoconvo’07
13:02:40 – Marie – kawan sebatch in Semashur, currently in India
14:34:14 – Hashimah – XPC Expoconvo’07
14:40:52 – Mr Final – kawan sebatch in UMP, a blogger =p
15:57:26 – Shaja – Classmate BKB in UMP
19:07:54 – Raihanah – kawan Expoconvo’07


13 Julai
21:21:24 – Amir Harris – XSUB Expoconvo’07

N many more!

Maybe ada yang tertinggal
Susah lak nak track semua yang wish through skype nih!

Friendster

Banyak gak testi di fs.
Just letak senarai nama je la ek!

10 Julai
00:21 – Mr Final – kawan blog. Ko macam salah tarikh je kan... hahahahaa

11 Julai
01:07 – Yonna – kawan blog =p
03:48 – Mena – Batchmate in Semashur
08:01 – Zyed – Junior in UMP. Kenal through programme….
08:11 – Ainul – kawan matriks, currently in Indonesia
11:01 – Hilman – what should I say bout him? Old frens… rapat kembali through blog!
11:24 – Einayah – Junior BKb in Ump. Gf si Aizat.
11:42 – Nonoi – UMPianz, a blogger =p
13:30 – Asy – Classmate BKB in UMP
14:35 – Husna – Classmate BKB in UMP
18:13 – Norai – kawan sebatch di Semashur, currently in Japan
18:47 – Zaim Aiman – junior di Semashur


12 Julai
01:11 – Raihanah – kawan Expoconvo’07
01:42 – Azlin – kawan di SMKSK
01:52 – Adzrul – kawan blogger, udah jadi doktor ya kamu! =p
02:48 – Adam – kawan di matriks
08:48 – Shafiqah – kawan di sek rendah dulu
08:53 – Mizz Orkidbiru – stranger in FS

Hadiah













Remember this hadiah from Kak Red and Diya?
Thanks!!!













Hadiah dari Aisyah, my classmate
So cute!
Aku letak atas meja aku sekarang!!!













Hadiah lepas aku ditibai!
Adeh!

Entries


Ini yang sebenarnya menaikkan mood aku
Seriusly, when i feel abandon in this reality world, aku perlu ingatkan diri, aku ada kawan2 di alam maya ini...

Buat yang komen entri2 yang dulu mengenai bday aku, thnks!














Entry Hilman ni simple je.
Yet, i like
Aku dah gunakan gambar itu sebagai wallpaper laptop aku
Thnks dude!!!














Entry Diya ni lak wat aku gelak
Sebab memang kami ske bersengal bersama
N yang tak tahan dia mention aku punya trademark – hensem, kacak, bergaya!
Thanks diya!!!














Entry Dewihati ni aku dah agak
Sebab dia dah mention dia nak wat entry bila kitowang kuar malam tuh
Yet, thnks bebeh!
Nanti kita hang out sama lagi!!!














Entri Lil red Farah ni dalam blog yang dia telah pvtkan
Dia gabung sekali celebration aku ngn Kak Red
Yang tak tahan n wat aku cuak, dia kata sayang aku at the last of the entry!
Oh tidak!!!!
Huhuhuhu
Thnks ’kakak’ (uwekkk!)

Tak de entry, nama aku di mention dalam 3 blog














Thanks to mizzamy n Kak Zura!
N also kak red yang mention nama aku in lines of her entries!
Really appreci8 it!!!

Macam mana la mood aku tak naek…
Ramai yang wish…
Yet, thnks to reminder on fs and skype!
But still, you make an effort to wish my birthday

TO ALL!
THANKS 4 MAKING MY BIRTHDAY
THIS YEAR SO MEMORABLE!

REALLY APPRC8 IT!!!



p.s – sapa2 yang aku tak mention nama di atas, feel free gtau aku kalo aku tertinggal... ok!



:::YTBACK!!!:::

Twenty Two Part 2.0

0252
12 Julai 2008












Ehem!
Korang pernah tengok tak citer siri My Name Is Earl?
Ala, ada tayang kat TV, TV pe aku tak pasti lak!

Citer yang mengisahkan si Earl yang jahat giler, tapi due to some event, dia cuba berubah sedikit demi sedikit.
Dari dia gembira2 buat jahat, dia terus terlantar di hospital.

Sejak dari itu, dia mula memahami hukum karma…
Karma baginya:

”Make good things, and good things will happen to you, make bad things, and bad things will happen to you”

Urm… I do believe that’s true… sadly say…

“You know the kind of guy who is soooo handsome,
and adorable, and yet still wonder why his life is suck?

Well, that's me.

My Name is Kamal!”













And this is a story about what happened next on Twenty Two Part 2.0

*****

Dalam entri ini, ketika besday aku tahun lepas, aku takut…
Takut sangat apa2 berlaku dekat aku, atas ’dosa-dosa’ silam aku!
Takut ia kembali pada aku...
Huhuhu

Tapi, masa aku takut2 begitu takde pulak berlaku pape...
Takde revenge, takde apa2!
So aku rilek je la tahun ni, assuming nothing will happen...
Diowang takkan wat pape punya lah!

How wrong I was!!!

Sementara tunggu pukul 12 untuk mempvtkan YT, aku heran kenapa semua housemate aku tak balik-balik lagi...
Aku sowang je kat umah tuh!

Tapi aku wat dunno je la, sebab aku tau diowang sibuk perform gamelan dekat Malam Kebudayaan tuh…
Mesti diowang amik masa yang agak lama untuk simpan semua perkakas2 gamelan tuh
Berat weh! Jangan tatau!
Jazlin mesti tau berat dia camna kan…

N diowang pown sibuk berlatih sume, so, aku assume, diowang memang tak cukup masa untuk wat pape plan giler nak kenekan aku masa besday aku nih…

*****















Mastermind in action (gambar lama neh)

I was once a mastermind, I admit!
Bila nak dekat besday sowang kawan kitowang je, aku siap hold meeting tertutup lagi dengan orang lain, rancang nak buat apa on the day yang kita leh bantai dia cukup2.
Dan macam2 plan yang timbul!

The plans keep improvised from time to time
Kadang2 siap tambahkan elemen drama lagi dalam plan kitowang
Semuanya semata2 nak dapatkan ’masa’ yang kita bebas wat apa sahaja ke atas orang!
Lalalala















Konon2 baek la bagi lilin bagai.. tapi ada udang di sbalik batu!
Hahahaha (gelak SyAITOn!!!)
(stilll gambar lama...)


Ada skali tuh, ada la kawan kitowang ni, besday dia dah dekat, dia pown aware la sebab tau kitowang suke kenakan owang
Tapi kitowang tak wat pape pown
Just maen psikologi sket…

Senang je
Just pegi bilik dia ramai2, n bawak macam2, konon2 nak baling kat dia
Aku lak bawak satu tong minyak servis Lisa aku!!!

Dia punya la cuak tak hingat
Tapi kitowang tak wat pape pown!

So plan tuh menjadi la, sebab dia cuak kitowang buat, tapi kitowang tak buat!
Psiko sket….
Dia expect kita bantai dia, tapi kita tak wat pape pown…

Aku suka plan unexpected ni kan…

*****

N semalam, like I said, I was a mastermind
Aku tau tactic dia macam mana…

Skali diowang balik, aku nampak diowang terus tukar baju yang minima
Siap pakai boxer je, tukar singlet, pakai suar pendek je.
N diowang try konon2 wat2 biasa, masuk bilik aku n so on
Tapi my instinct, aku tau sesuatu diorang dah rancang!















Syaiton2 yang telah mengenakan aku malam tuh!
(dari koleksi gambar lama yang aku tangkap!)

Tiba2 datang kawan aku dari rumah lain..
Reramai lak tuh!
Haaa nampak sangat sesuatu akan berlaku...
Aku tak cuak, aku seakan rela je dibuat gitu

Sebab aku tahu, aku jahat
N ini je la masanya diowang nak ’balas dendam’ kan

*****




















Kotak puaka yang siolll je... kalo la aku buang awal2...

Awal2 sem ni kan, masa masuk umah ni, aku ada pasan satu kotak makanan ditinggalkan oleh tuan rumah yang sebelum ni
Dalam tuh ada la kicap, sos, nescafe dan macam2 lagi la
Sian bawang n timun pown ada
Memang siot je, busuk!

Aku dah nak buang dah
Tapi ada kata, lek, dia akan tolong kemaskan
So aku ok kan je la... ingatkan dia betol2 nak kemas

Skali dia simpan benda2 tuh untuk kenekan aku!!!

Rupanya semasa aku berSepi-Sepi dengan bloggers tuh, diowang wat satu ramuan di dalam bilik air.
Siap rakam video lagi!
Siot je...

Air + serbuk kari + bawang + timun hiris2
+ sos tiram + kicap + kek basi + telur
+ nescafe dah berbueh + harpick + fab total
+ spender sapa tah
+ dikacau pulak dengan berus jamban yang diorang baru beli
+ tepung


Bau nya, jangan cakap la...
Adeh!

*****




















Eheh! konon2 dapat adiah la... tengok diowang decorate... mmg hampes...

Pastu diowang bagi aku pilihan, nak wat cara baek ke cara ganas...
Aku tak kisah je... aku pilih cara baek...
Tapi dengan syarat aku nak peluk sowang kawan aku, si A

Besday A 1 Julai,
N selalunya dia lepas dari kena torture semua sebab masa cuti kan
Tapi dia mastermid tegar

Kawan aku sowang ni lak, Si B, cakap:
"Takpe, takyah peluk A... Peluk aku..."
So aku peluk la dia... apa lagi…

Sampai belakang umah, diowang tibai aku cukup2…
Baling sana, baling sini...
Pastu lari...


Aku lak jadikan kawan aku tuh sebagai perisai aku
Alih2 dia yang kena banyak dari aku!

Baunya jangan cakap la
Aku rasa diri aku macam laksa!
Bau nya... adeh!

Kawan aku si B tuh nyumpah2 sebab dia pown kene dengan amount yang agak banyak
Tuh la... aku dah leklok nak peluk A, ko offer diri
Padan muka!

*****




















Hot Cup ngan Pudding je???
*dengan nada tak gheti bersyukur... lalala*


Walau pown ramuan tuh teruk, n aku teruk kena
Aku gembira
Aku puas

Hahaha

At least diowang celebrate aku...
Seriously, aku agak terharu gak la

Tradisinya, bday boy kene kemaskan sume mess yang telah dibuat…
Aku buat dengan senang ati je…
Sebab aku pown selalu wat kat owang kan, n owang tak bising
Aku pown tak yah la bising2

Tapi seriusly, malam tuh aku mandi punya la lama...
Rambut aku penuh dengan cebisan kulit telur,
Badan lak, sebelah kanan bau lain, sebelah kiri bau laen
Hampes je...

In all, i’m glad they did that to me...
It just makes me happy…

Untuk menyedapkan crita dan memuaskan hati Yonna, yang inginkan klimaks, aku saket belakang malam tuh masa nak tido..
Ok tak klimaks ni Yon???
Lalalalala

Still, ada part 3!



:::YTBACK!!!:::