Bencinta

0371
31 March 2009

Dah seminggu tak update?
Wah, cepatnya masa berlalu!!!

Busy dengan macam2
Macam2 benda boleh diceritakan
Tapi pelan2 kayuh ya!

Sekarang mari layan entri pemanas blog
Lagu single terbaru dari Faizal Tahir

Ditujukan khas buat seseorang yang aku tengah ’panas’ ni
Panas
Teramat panas

Hayati lirik
Fahami maksud yang ingin ku sampaikan...

Siapa?
Dulik hapa!!!
Jangan busy body!!!

Yang penting, harap faham la ye!

Bencinta
by Faizal Tahir

Benarkanku tuk berbicara
Bicara terus ke hatimu…
Hatimu..

Hati yang penuh rasa ragu
Jangan terus pergi tanpa mendengar ku
Begitu mudah untuk kau terus berlalu
Nanti dulu
Berikanlah waktu
Untuk aku
Untuk kamu

Ingatkah lagi waktu kau bersamaku
Kaku aku melihat mu
Lidah kelu sedangkan aku mahu kau tahu
Aku cinta padamu
Benci padamu
Cinta padamu

Ke tepi lihat ku berlalu
Pasti itu yang terbaik untuk ku

Tiada lagi mahu ku tahu
Tentang hidup kamu
Tentang mati kamu

Aku tahu
Engkau tahu apa yang mataku tahu
Apa yang kau tunggu
Mahu aku buka pintu???

Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Sedangkan aku mahu kau tahu
Dengar kata ku
Aku cinta padamu
Benci padamu
Cinta padamu

Sakitnya aku membenci kamu
Sakit lagi mencintaimu
Dan aku pergi tapi kembali
Benci aku mencintai dirimu

Ku benci... kamu…
Aku cinta... kamu…

p/s – cukup panaskah ini entri?


:::YTBACK!!!:::

Mak Dara vs Kassim Selamat

0370
24 March 2009

Hello there…
Dah berapa hari beta tak ke udara?
Oh, dekat 5 hari...

Ada hari2 yang beta tak update sebab beta busy buat keje...
Ada hari2 yang beta tak update sebab beta busy merambu...
Ada hari2 yang beta tak update sebab beta busy melayan kemalasan dalam diri ini...

Kerja memang banyak
Mungkin kalau nak dihitung, macam takkan habis

Tapi, aku positif dapat habiskannya in time
Cuma antara aku sewel atau senget sikit je
Memang menguji fizikal dan mental

Oh ya,
Esok, aku akan present PSM aku
Dengan tajuk “Effects of Transmembrane Pressure (TMP) on the Performance of Ultrafiltration (UF) Membrane of Soy Protein”

Mengikut jadual, aku akan present pada pukul 320 hingga 340 petang
Dan di YBK10 – Blok Y, Bilik Kuliah 10

Panels?
Will go about that later…

Sebenarnya, dari minggu lepas aku sibuk membuat draf untuk thesisku yang satu ini
Dan juga draf slide untuk present rabu ni
Semuanya telah dihantar ke SV pada sabtu lepas melalui emel
Sebab semuanya perlukan pengesahan dia

Menjelang isnin, aku melawat SV
Dengan harapan nak tengok apa2 komen dari dia
Rupanya dia busy dengan pelbagai kerja dan tak sempat nak usya kerja2 aku

Tadi, aku ke bilik dia, dia sudah approvekan slide presentation aku
Cuma draf2 thesis, hari jumaat ni baru aku dipanggil menghadap sekali lagi di biliknya

Alhamdulillah, takde banyak yang dia komen
Cuma kena betulkan sikit ayat2 untuk presentasi menjadi ok

Korang tau tak, PSM ni ada karma tau tak
Karma, qada’ dan qadar, pembalasan, macam-macam nama la

Sejak dari lab work, sampai la lani, ada je mende2 yang kita patut jaga tingkah laku dan perbuatan
Kalau tak, rasa la ko pembalasannya!
Nangis tak berlagu nanti

Korang pon tau kan, aku ni jenis poyo, suka gelakkan orang dan buat2 lawak
Dan i just being myself

But...
Waa nanges aku!

Mari kita tengok contoh2 kes untuk PSM kali ini:

*****Kes 1*****

Hari tuh, di lab, kawan aku sibuk mengatakan pasal dia tak boleh start eksperimen lagi sebab alatan tak cukup.

Aku lak cakap, ”ala, tipu la tak cukup. Boleh je kan nak buat. Ko tak cukup lampu je, ko boleh beli la UV lamp dekat kedai lampu biasa”

“Ada ke kat kedai lampu?”

”Tah... aku bajek je ada”

“Habis laaa... extend la aku sem ni...”

Dengan riak dan takkabuurrrnya aku bercakap, “takpe2, aku nak habis dah, nanti sem depan aku lawat ko ye kat sini”

DUH!

Esoknya kan.. alat yang aku gunakan rosak!
Sampai aku punya eksperimen takleh jalan seminggu!

Terus aku g jumpa kawan aku tuh, merayu mintak maap
macam Mak Dara dalam filem Ibu Mertuaku!



*****Kes 2*****

Aku cerita la pasal alat aku rosak kat sorang ’kekasih gelap’ di lab tuh
Sebab masa tuh aku dah tensen sangat aku tak leh run dekat seminggu gak

Si KG ni lak, macam biasa, perasan comel, gelakkan aku.
Siap cakap, ”Padan muka! Siapa suh gelakkan orang!”

Esoknya, dia tak leh run eksperimen satu hari sebab ramai orang guna!

Dengan muka yang dah hilang comel dah,
dia datang dan mintak maap kat aku....

Nama pon kekasih gelap, maafkan sajalah...


*****Kes 3*****

Sebab aku dah selesa, eksperimen aku dah boleh jalan, aku macam dah lupa2 kes no 1 tuh

Kawan lain la pulak, sibuk bising pasal SV dia.
Bahan kimia tak sampai, SV tak mahu tolong, last2 dia kene tukar sikit tajuk dia jadi lain

Kawan aku: “Ada ke patut, dia tengok proposal aku, tanda sini sana suh aku tukar dengan mende len. Boleh dia cakap ‘sikit jet uh….’ bengang aku!”

Aku lak, terus amik proposal dia, belek2
Berlagak macam SV dia…
“Alah, awak tukar sini, sini, sini, dan sini... sini juga... ALAH... SIKIT JE TUHHH!”

Kawan aku buat muka bengang ngan aku

Esoknya, alat aku kembali rosak!
Siot je!

Terus aku kembali memakai baju kebaya menjadi Mak Dara,
meminta maaf kepada Kassim Selamat!



*****Kes 4*****

Sejak dah 2 kali jadi kat aku, aku mula berhati2
Jaga tingkah laku
Jaga tutur kata

Sebab kalo tersalah langkah, aku yang kene balik
Saket nanti

Melayu mudah lupa... kan?
Aku mula lupa...

Pagi tadi, kawan2 aku, 2 3 orang la bising, sambil berharap, ”mintak2 aku tak delah present depan prof esok!”

Diowang cuak, sebab sebelum ni diowang present depan seorang prof ni.
Nama pon prof, cepat je la dia tangkap kesalahan kita.

Aku lak, seperti biasa, menjadi poyo sebab slide dah diapprove SV, dan aku rasa macam dah redi, terus menjawab:

”Hahahahaha.... ala... lek la... prof pon manusia biasa gak... tak yah la cuak2… hahahahaha”
sambil gelak dengan nada menjengkelkan.

Diowang buat muka bengang ngn aku.

Tiba masanya, aku check memo tadi, nak tahu siapakah panel aku.

Mataku memandang.
Tertancap di situ.
Terpaku.

PROF???

Argh!!!!
Aku lak dapat kene present depan prof itu
Dari mula2 aku rasa dah redi, terus aku cuak
Malam ni macam2 aku kene prepare, takut sangkut masa nak menjawab!

Dalam hati aku berkata, PADAN MUKA AKU!!!

Persoalannya, perlukah aku kembali menyarungkan
baju kebaya itu untuk menjadi Mak Dara,
meminta maaf kepada Kassimssss (plural) Selamat itu????


Waaa!!!

Doakan aku ek beb!


p.s - bercakap pasal Kassim Selamat, mata aku pon dah macam hampeh je ni... panda, Kassim Selamat... apa lagi adjektif yang boleh menggambarkan mata???


:::YTBACK!!!:::

Milik Siapakah Gadis Ini???

0369
19 March 2009

Milik Siapakah Gadis Ini
by Sudirman

Milik siapakah gadis ini
Wajah lembut bagaikan sutera
Ingin hatinya kumiliki
Apakan terdaya

Adakah kan terdaya


Milik siapakah hati ini
Bagai berkurun lama kesepian
Ingin aku mencurahkan kasih

Kepada yang sudi

Adakah ia sudi


Lama telah kuimpikan
Gadis sepertinya

Mengisi taman hati

Dengan cahya kasih


Lama telah kuimpikan

Gadis sepertinya
Mengisi taman hati

Dengan cahya kasih suci...


Siapakah gadis yang kuidam...

Sedang membuat draf thesis sebenarnya
Dengan earphone tersumbat di telinga, dan winamp playlist ku biarkan random

Sekali, lagu secara randomnya pergi ke arah lagu Sudirman
Wah, lamanya tak dengar!!!

Lantas, aku mula mencari2 balik lagu Sudirman dalam simpanan aku
Banyak juga
Dengar la satu persatu

Tiba2, teringat pulak lagu2 itu pernah dinyanyikan Siti dalam Konsert Salam Terakhir Untukmu Sudir masa tahun 2002 dulu
Aku ingat lagi tahunnya, sebab aku ingat lagi, aku pergi ke konsert di Istana Budaya tu
Masa tuh, aku masih lagi f4

Mulalah aku mencari balik vcd konsert tuh
Dan semalam, aku ketepikan thesis selama sejam setengah, untuk kembali melihat konsert itu
















Pembukaan Konsert - Dir


Aku sukakan lagu Sudirman
Dan aku sukakan Siti Nurhaliza
Dalam konsert itu keduanya bergabung
Dan ia menciptakan satu perasaan best dan wow dalam diri aku

















Gambar ni je yang available dari internet
Kalo tak, lagi banyak gambar yang cantik!


Comelnya Siti waktu tuh
Dengan tukar baju setiap 2, 3 lagu, aku jatuh cinta kembali pada dia
Suara dia pun ala2 merdu je masa tuh

Tapi, aku rasakan semua itu tiada sekarang
Mustahillah nak jatuh cinta dengan bini orang kan
Suara dia pon sudah agak lain, tak manja2 macam dulu

Thus, aku ingin katakan:
AKU JATUH CINTA PADA SITI NURHALIZA TAHUN 2002!

So, tak salahkan…
Tak jatuh cinta pada bini owing
Jatuh cinta pada masa lampau
Boleh tak?
Haha

Konsert ini juga diselangi dengan bacaan sajak oleh Atai, anak sedara Allahyarham
Ayat2 dia agak best, dan membuatkan aku ingin mengpostkannya di YT

Gerak geri memapar kelincahan
Riang menari sambil berlagu

Bersenda gurau melakar wajah

Namun yang lebih tahu

Hanya Tuhan Yang Satu


Di dalam keriuhan sorak dan sorai

Ada harapan yang terkulai

Cita cita melangkaui Everest nan tinggi

Mimpi indah onak menikam diri


Namun itulah lelaki sejati

Segala derita disimpul di hati

Terpintal indah menusun seni

Menjadi penawar hati yang sepi


Tiada kalimah mustahil
Dalam tubuh yang kecil

Lautan sanggup diredah

Tujuh benua mahu dijajah

Onak yang tertusuk jauh di sudut hati

Menjadi azimat pendorong diri


Semenjak kecil lagi

Dilanda banyak duga dan uji

Belum lama bermanja mengecapi kasih ayah dan ibu

Telah bergelar yatim piatu

Jatuh dan dijatuhkan

Berkali-kali

Namun terus bangkit

Melangkah dan berlari


Itulah anak lelaki

Punyai wawasan sendiri

Tidak pernah tewas dipukul taufan

Tidak berputus asa pada pelbagai tohmahan

Namun kau Sudirman

Hanyalah seorang insan

Ada tikanya terperangkap oleh perasaan


Dan kerana perasaanlah
Dalam tenang kau resah

Kerana hatilah

Dalam riang kau derita

Namun kerana senimu tak ingin dipersia

Kau rela menjadi lilin terbakar

Menerangi kami semua

















Setiap kita mempunyai cita cita
Mempunyai cerita
Mempunyai rahsia

Demi cinta dan harapan cinta yang menggunung tinggi
Dia berlari
Merentas
Mendaki
Kendati pun duri kian mendalam menusuk hati

Biar tersungkur jatuh berkali kali
Dia tak peduli
Pantas bangkit berdiri melangkah lagi
Bagai tiada apa yang terjadi

Cintanya pada cinta
He was in love with love
Membakar diri

Mata
Sekadar memandang
Bahu memikul beratnya bukan kepalang
Lidah
Begitu mudah berbicara
Perit deritanya tiada yang merasa

Dia demikian juga
Tak dapat lari dari detik detik suka dan duka
Merasa nikmat keindahan alam remaja
Pernah terlena dek kemanisan zaman bercinta
Juga terluka dek kepedihan gelombang kecewa

Biar berjuta berkedipan di angkasa
Biar beraneka kembang di taman puspawarna

Namun yang diimpikan tetap
Bulan yang tinggi
Yang diidamkan tetap
Mawar yang berduri

Sayangnya
Bulan nan tinggi
Tak tercapai
Mawarnya layu gugur berderai
Mimpi sucinya
Hancur
Hancur
Berkecai
Berkecai
Berkecai

Setalah hampir sejam setangah escape dari PSM
Aku kembali segar
Dan ia memberikan aku semangat habiskan semua draf thesis aku hingga menjelang 5 pagi!

Kadang2, bila penat dengan macam2 kerja, take a break
Bila semangat datang, sekejap kerja tuh boleh dilakukan

Sekarang ini masih mengedit ‘ayat2 mengantuk’ yang aku ciptakan awal pagi semalam di dalam draf thesis aku tuh
Dan malam nanti, aku kene buat slide!

Esok mau mock presentation depan SV
Doakan aku???



p.s – thnx kepada yang baru datang ke YT.
Maaf, tidak mempunyai masa menjenguk blog kalian.
Sedangkan yang sudah lama pon ada yang merajuk sebab aku tak berkunjung.
Aku amat busy! Maaf!

p.s.s – milik siapakah gadis ini??? huhuhu *mode gatal-jiwang*


:::YTBACK!!!:::

Help!~

0368
17 March 2009

STICKY MODE:
LET THIS ENTRY BE A STICKY ENTRY UNTIL I GET SOME FEEDBACKS FROM INDUSTRY!
NEXT ENTRY, SCROLL DOWNWARDS.
[STICKY MODE REMOVED 31ST MARCH]

I do believe in the power of networking
I do believe in the power of virtual friends
I do believe in the power of YT

Friends are made here…
Some may stay as friends; some may go against me and become enemies
I am still here, writing

Jarang sekali aku meminta sesuatu daripada korang
Aku bukanlah jenis yang suka meminta-minta
Korang pon mungkin tak pernah nampak aku meminta apa apa dari korang

Minta komen?
Mana aku pernah…
Walau entri aku kurang komennya
Aku tak pernah mintak korang komen entri aku
Paksa mungkin ada la


Minta simpati?
Tak pernah
Kalo korang nak simpati pada aku, itu hak korang
Aku hanya menulis benda2 yang berlaku dalam hari-hari aku
Simpati atau tidak, korang yang tentukan


Minta perhatian?
Oklah, aku akui, aku mintak perhatian
Seakan akan, “mintak perhatian yang arif!!!”
*sambel mengangkat tangan tinggi2*


Minta maaf?
Kalau aku salah, aku sedar, aku mintak maaf
Kalau tak, aku takkan mintak maaf
Aku sedar mana salah, dan mana betul


Ok, enough with the rambling
What is the point???

Takde lah…
Aku cuma terharu

Banyak kawan yang telah aku cipta di sini

Dengan pelbagai latar belakang
Pelbagai perangai
Semuanya datang ke sini untuk membaca apa yang aku tulis

Ada yang bergelak bersama
Ada yang menangis bersama
Ada yang bergosip bersama
Ada yang jadi busybody, asyik nak korek rahsia aku je
Dan macam2 ada lagi laa

Ada kawan2 aku yang hensem, kacak, bergaya
Ada yang cun, pipi pauh dilayang, mata bundar,
Ada yang menarik perhatian, dengan karisma yang tinggi
Ada yang berperibadi mulia, berkelakuan baik…
Ada yang…

Ok, ok!
Enough already
Straight to the point ok…

Korang tengok tarikh hari ni
Dah melewati tengah bulan Mac kan
Aku risau
Semakin risau

Aku akan mula praktikal 15hb Jun ini
Tapi yang merisaukan aku adalah
Aku tak dapat lagi tempat praktikal yang aku mahukan

Aku bukan tak berusaha
Sudah usaha
Cuma belum ada rezeki mungkin

Sudah hampir 40 company telah aku hantarkan resume
Mengharapkan mereka membalas
Tapi takde pon

Yang datang cuma rejection letter
Aku dah makin lali dengan rejection letter
Aku dah lali

Aku merupakan pelajar Kejuruteraan Kimia (Bioteknologi)
Kiranya dalam course ini, aku telah belajar subjek kejuruteraan, subjek kimia, dan juga subjek bioteknologi.

Aku boleh masuk macam2 industri yang berkaitan
Samada kimia – oil & gas, sabun, syampu, makanan
Atau pharmaceutical – ubatan2 n so on
Atau apa2 lah, tumpuan course aku luas

UMP pon mempunyai kaedah intern yang lain sket
Kami akan praktikal di akhir semester
Berbeza dengan U lain yang praktikal di tengah semester

Jadi harapnya, bila dapat praktikal ni, kalo boleh, ada rezeki, terus kerja dengan company tuh la
Itulah sebabnya aku risau aku tak dapat tempat lagi

Banyak company di Malaysia ni yang boleh aku masuk
Cuma limitationnya, sekarang ini ekonomi tak stabil
Thus, mereka kurang mengambil intern

Ini menyebabkan ramai yang tidak dapat tempat untuk praktikal
Termasuklah aku!

Meh aku senaraikan company2 apa yang aku dah apply ek

  1. Titan Petchem (M) Sdn Bhd, Pasir Gudang
  2. BASF Petronas Chemicals Sdn Bhd, Gebeng
  3. MTBE/Polypropylene Malaysia Sdn Bhd, Kuantan
  4. Petronas Penapisan (Melaka) Sdn Bhd, Melaka
  5. FPG Oleochemicals Sdn. Bhd, Kuantan
  6. Shell Refining Company (FOM) Berhad, Port Dickson
  7. Esso Malaysia Berhad, Port Dickson
  8. CCM Chemicals Sdn Bhd, Shah Alam
  9. CCM Chemicals Sdn Bhd, Pasir Gudang
  10. CCM Pharmaceuticals Sdn Bhd, Bangi
  11. Glaxo Smith Kline Consumer Healthcare Sdn Bhd, Ampang
  12. TPM Biotech Sdn. Bhd, Kuala Lumpur
  13. Johnson & Johnson (M) S/B, Petaling Jaya
  14. Sime Engineering Sdn Bhd, Selangor
  15. Sime Darby Engineering Sdn Bhd, Johor
  16. DOW Chemical (Malaysia) Sdn Bhd, Shah Alam
  17. NRC Industries (M) Sdn Bhd, Kuala Lumpur
  18. Bumi Armada Berhad, Kuala Lumpur
  19. F&N Coca-Cola (Malaysia) Sdn Bhd, Shah Alam
  20. Ansell Sdn. Bhd., Shah Alam
  21. Malaysian Oxygen Berhad, Shah Alam
  22. Nippon Paint (M) Sdn Bhd, Shah Alam
  23. S.E.H. (Shah Alam) Sdn. Bhd., Shah Alam
  24. Chemical Solutions Sdn Bhd, Shah Alam
  25. Chempro Technology (M) Sdn Bhd, Shah Alam
  26. George Fischer (M) Sdn Bhd, Shah Alam
  27. Elektrisola(M) Sdn. Bhd., Janda Baik
  28. Evergreen Paints (M) Sdn Bhd, Shah Alam
  29. GC Circuits Industries Sdn. Bhd., Pasir Gudang
  30. Synergy Oil & Gas Engineering Sdn Bhd
  31. Sunward Pharmaceutical Sdn Bhd
  32. Padiberas Nasional Berhad
  33. Dairen Chemical (M) Sdn Bhd
  34. Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd
  35. Future Prelude Sdn. Bhd., Pulau Indah
  36. Edo Chemical Sdn Bhd
  37. Air Liquide Malaysia Sdn Bhd
  38. BiPa Consulting Group
  39. Eng Kah Corporation Bhd / Eng Kah Enterprise Sdn Bhd
  40. Sin Heng Chan (Malaya) Berhad


Aku sebenarnya tak kesah ke mana2 pon

Tapi kalo boleh, masih mahu di Semenanjung la

Memandangkan di sini
Aku mempunyai networking aku yang tersendiri

Dengan kawan2 pelbagai latar belakang

Dengan pelbagai pekerjaan
Dengan pelbagai perangai
Dengan pelbagai ciri2 istimewa yang menarik hati
(ah, aku sudah mula mengampu ni)

Aku harap, korang boleh tolong carikan aku
mana2 tempat untuk aku praktikal

Tak kisahlah, ada nama company yang korang rasa menerima intern ke
Atau company2 yang dekat dengan rumah korang ke
Atau kabel ke (ops!)
Atau apa2 je la yang boleh membantu aku

Aku harap korang boleh emelkan ke ak_0143@yahoo.com

Pertolongan korang amatlah bermakna untuk aku

Aku takde lah demand mana

Dulu2 aku harapkan aku dapat masuk industri oil & gas
Bila rasa tak bleh, aku apply juga company chemical
Bila rasa tak bleh gak, aku apply juga company pharmaceutical, biotechnology sume
Rasa tak boleh gak, consultant pon aku apply

Sekarang ni, aku rasa aku dah apply terlalu banyak tempat


[Aku telah dijeritkan oleh Yonna tadi di YM
Aku sibuk kata aku mau di bandar
Nak yang dapat elaun
Dia jerit aku sehabisnya

Dia suh aku apply yang government juga
Aku akur dan tersedar
Terima kasih Yonna sebab menjerit]

Aku tahu, bapak aku mempunyai kawan2 yang dia kenal dalam industri
Dia ada kabel

Tapi, sejak dari kecil, bapak aku memang dah ajar untuk tidak menggunakan apa2 kabel sekalipun
Semuanya kena atas daya usaha sendiri

Macam dulu, aku nak masuk asrama pon, bapak aku tak mahu gunakan kabelnya
Hasilnya, aku dapat masuk juga, dengan usaha titik peluh aku sendiri

Aku tahu, dia bukan tak mahu menolong

Dia mahu mendidik
Dia mahu aku berusaha

Thus, this is my effort towards that
I really hope you can help me!
Thanks!



:::YTBACK!!!:::

Inkspell

0367
13 March 2009


“This story will have a happy ending.
I swear!”

~Inkspell~















Done with Inkheart, Inkspell




















Now in Inkdeath!


p.s - yerp, mine too!


:::YTBACK!!!:::

Mood Swing

0366
13 March 2009

Supposedly,
I have to edit my PSM proposal, and transform it into thesis
There are so many things to be done, and I’m racing with time, as I have to submit the draft this weekend

Supposedly,
I should be immersed in all facts of my research work, alter them, rearrange the sentences, and make it turn out pretty good in term of writing and reading

Supposedly…

But I not feel like it
Dunno why

In the morning,
my spirit up high, as the meeting with the supervisor gave me strength to carry on

In the afternoon,

I still in my happy mood, YM with people, and chatting like I have never been on chat room before

In the evening,

I felt the changes of my mood, suddenly all things looks like a crap to me

Nearly midnight,

I just browse through some journals, without much effort to understand them, just copy paste them and rearrange in Microsoft Words

I dunno what happened
Even if I knew, I might be not telling u guys
Cos I have to reduce my personal in this blog, cos I have to
There are reasons for that

As for now, this unidirectional entry is just for fun
Cos suddenly I like to play with words

Why do I need to force myself to do all my tasks, if I’m not feel like it?

Better off
Sleep is a good cure right?



:::YTBACK!!!:::

Lega

0365
12 March 2009

YAHOOOO!!!!!

Here I am, writing again, after approximately 16 hours from my last entry…

Mungkin kerana lega

Mungkin kerana teruja
Mungkin kerana segala-galanya!!!

Baru balik dari jumpa SV kesayangan untuk PSM aku
Dah tunjukkan result

Mulanya aku cuak, result aku taklah secantek journal
Memang amat tak cantek
Dalam hati berkata, adakah perlu aku mengulang lab2 work aku

Berat hati nak mengulang labwork sebenarnya
Bukan hapa, lab work menyakitkan mental dan fizikal tau tak

Kene working outside normal hours untuk elakkan orang2 yang selalu jugak guna alat aku
Selalunya, aku ke lab dari pukul 10 malam hingga 6 pagi
Esoknya habis la, marathon tidur ku lakukan!

Adalah dekat 7 hari aku buat jadual gitu

Dan aku dah bosan main dengan centrifuge

Dan dah bosan tengok air soya Soy Talk!
Dan mual2 bila terpaksa buang soya basi dekat hampir 16 L

Kesabaran membuahkan hasil
Jumpa SV tadi, dia tak risaukan result aku
Katanya, "yang penting awak tau justifikasikan kenapa result awak jadi begitu"
Dia tahu limitation alat yang berlaku pada aku

Limitation alat?
Meh aku habak mai sket…

Mulanya centrifuge
Centrifuge besar rosak
Kene guna centrifuge kecik
Aku rasa dah banyak kali aku bising pasal menatang ni kan

Agaknya dekat hampir 150 kali aku dah centrifuge kowt
Ke kurang?
Ah, lantakla…

Yang penting aku dah bosan sama itu centrifuge, tapi centrifuge tuh tak bosan tengok aku


Ye la, kan aku blogger hensem kacak bergaya!

Muahaha, perangai poyo dah muncul balik!

Keduanya alat crossflow aku
Yang nat dia rosak hari tuh

Sabtu lepas bukan setakat nat yang rosak
Rod yang pegang nad tuh pon rosak, sebab nat baru tak compatible dengan rod tuh
Nat baru menghakis rod tuh, menyebabkan benang dia haus
Aduh! Mende2 fizikal je

Benda2 fizikal tuh la yang mempengaruhi result chemical aku
Thus, result aku tak cantek

Tapi, memandangkan SV aku cakap, awak kene pandai justifikasi, aku lega

Tak nak la cakap bye2 kat labwork,
In a way, I will miss the situation

The late hours, the environment, the people, the tension
I will miss that

Dan aku tak nak cakap bye2 terus, sebab mungkin aku akan ke lab juga untuk buat sikit2 test untuk melengkapkan report

But, in all, aku lega
Lega yang teramat sangat

Lepas ni boleh tumpu ke mende lain pulak
Plant Design, LI Hunting, Technopreneurship
Banyak sungguh kerja tertangguh sebab PSM ni

Dan, aku baru nak memasuki alam penulisan thesis
Aku kene hantar draf mulai hujung minggu ni hingga minggu depan
Aku akan hantar by chapter via emel to my SV

So, doakan aku

Doakan agar aku mempunyai
banyak kosa kata untuk
menggebang ayat2 di dalam report aku!!!


Hahahaha


p.s - its good to be back, huh!?


:::YTBACK!!!:::

11 Mac

0364
11 March 2009

I might be back writing here, once more like old days…
I have finished all PSM’s lab work, although there might be days where I have to go to the lab to ‘perfect’ the data.

Nak mula tulis pasal apa?
Apa tone nya?
Tah la…

Ada je mende nak ditulis dari otak ni…
Banyak actually
Tatau mana nak tulis mana dulu

Nak yang cmna?
Depress melampau?
Yang ceria2 cikgu rubina?
Sedih tergolek2?
Gumbira seindah suria?

Dah2 merepek lak
Dah lama tak menulis, biasala
Flow kurang…

Nanti ek!


p.s – makin ramai yang tak disangka membaca blog ini rupanya… just miss the old days of YT…. =(
p.s.s - tarikh 11 mac, teringat program pertama yang aku jadi projek manager masa aku 1st year dulu – Taekwon-Do Talk: One Step Closer to the Art of Defense 2006. Wahh, dah tua dah aku…



:::YTBACK!!!:::

U might understand, u might not...

0363
07 March 2009

Sudah seminggu tidak menulis di Yang Terdalam…
Sudah terlalu lama tidak menulis Dari Yang Terdalam..

My entries get shallow, and shallower as time goes by
I realized that…

Rage. Hate. Frustrated.

That might be three words that described what is happening inside of me now.
Don’t want to give much detail about it, but every things that I thought about, re-circled around those three words.
I guess not many know.

To fake a smile is norm in my life. To act like nothing is happening is actually my ability. To avoid confrontation is my specialty.

I do hate confrontation. I hate them. I cant stand when thinking there is someone who hate me for what ever reason they have.

I’m only human. I cant satisfy everybody. There might some people who likes me, and some of them don’t. I get that.

But this is me. Aku akan cuba sedaya upaya mengatur keadaan agar semua puas hati. Banyak konfrontasi dapat dielakkan, dan ramai yang berpuas hati.

In the end, it turns out that I’m the one who suffered to satisfy their needs. Dan aku? Takde sapa peduli.

Actually, I’m getting tired telling and thinking about this. Same old story. The repetition is annoying. And the tale never ends.

Maybe I think about it too much, and it gets complicated and more complicated as I think. But, how can I solve the problems if I am not thinking?

I’m longing for something, I want it badly. I gave hope, I told the truth.

All I get was rejection and frustration. I’m torn apart. Jujurku hanya hancurkan hatiku.

Duh, this is a mess up.

I’m planning to write this entry longer than this. But, now I feel that it is too messed up to tell you about it.

Tak tahu hujung pangkal mana nak cerita, mana satu patut didulukan, mana satu dikemudiankan. Macam benang berselirat, tak tahu pangkal, tak tahu hujung.

Keep thinking want to tell somebody bout it. Tapi selalunya tak semua yang diberitahu. I think I need the exclusivity of the story to be entirely mine. I’m might be like a volcano, which have so much things bottled inside.

Bila mau meletup?
Tak tahu.
Tak sampai limit lagi kowt.

Guessing what it is I’m talking about? Keep guessing. U might get right, or u can be totally wrong.

Sebab entri ini bukan hanya bercerita tentang satu perkara. Ianya banyak perkara, aku telah compresskan menjadi satu susunan perkataan2 yang mungkin korang faham, mungkin tidak.

Nak terasa pon, terasa la, I’m not mentioning any names or what this is all about. Macam mana korang nak meneka kalau takde basis kan.

Atau korang memang suka membaca and being judgemental?

Up to you, you decide.

But for me, this confusing entry has relieved some pressure inside of me. A ventilation entry.

Ughh, aku mencari ayat yang lebih dramatik nak tamatkan entri ini. but I couldn’t find one.

So, I better out.

See you, when I see you.


:::YTBACK!!!:::