Diagnosis

0362
28 Februari 2009

Korang pernah tengok citer siri House tak??
Bukan Full House, House!!!




















Ala, yang citer pasal doctor poyo, perasan bagus, yang suka diagnos penyakit2 orang2 yang nampak biasa, tapi rupanya ada penyakit lain yang terselindung

Dia selalunya hanya pilih kes2 yang menarik je untuk diselesaikan, dan biasalah, cara dia selesaikan memang amat poyo sekali!
Tapi apa yang dia diagnose kan betul lak tuh!

So, kiranya, dia poyo dalam terer la, kira ok la tuh kan
Macam aku!
Dari poyo kosong…
Macam korang!

Hahahaha

Kawan aku la, bagi citer siri ni sampai 4 season
Aku lak memang jenis suka makan sambil tengok movie
So layankan aja!

Mungkin aku dah cerita, alat aku rosak minggu lepas
Dan aku pon telah ke Penang untuk melepaskan tekanan
Balik2, minggu ni, alat tuh dah diperbaiki
Alhamdulillah!

Thus, sekarang ni kene la buat keje at full of speed
Kene antar draf tesis 11 Mac
So, I’m racing with time…

Desperate situation requires desperate desperado!
Haha, aku lupa lak ayat dia apa
Tapi aku memang desperate la untuk habiskan lab aku
Dan ia menyebabkan aku cuba melakukan lab di luar waktu biasa

Semalam, aku telah datang ke lab pukul 11 malam
Dan try buat sedaya mampu
Mampu sampai pukul 3 je, sebab mata aku dah terkebil-kebil mengantuk

So, pukul 3 aku balik laaa
Balik2, lapor lak
Kunyah biskut Famous Amos sambil tonton citer House

Alih2, terlelap depan laptop
Tak penah2 aku terlelap tengok citer camtuh
Maknanya, aku memang penat giler
Thus, aku tido

Bangun subuh, tido balik
Bangun sebetulnya pukul 10
Ngantuk lagi, tidur balik
Sampai pukul 12

Pukul 12, mandi dan pegi ke kafe
Mata aku terkebil2 gak la
Macam pedih2

“Eh Kamal, apsal mata ko macam panda? Buat Plant Design sampai pagi ke??”
Senior aku yang amik master tanya, sebab dia tahu sebelum ni aku tak tidur buat Plant Design.

“Lebam ek? Tak lah.. buat lab semalam”

Balik tuh aku belek muka aku kat cermin
Waa, memang macam panda












Mataku panda...


Makan, pergi sembahyang jumaat
Masa khutbah, mata aku dah pedih2
Selalu takde pon

Balik sembahyang, aku belek lagi muka aku dekat depan cermin

Tiba2, datang poyo, perasan bagus dan terer dalam diri aku
Lantas, aku mendiagnos diri aku sendiri macam Dr House

“Oh, ni parah ni...
Kang dah tak hensem aku kalo mata lebam…
Kene amik ubat paling kuat ni…
Ubat TiduranMelampauXP sedos, selama 4 jam”


Jadinya, aku pun mengambil ubat itu atas diagnos yang telah aku berikan sendiri, ke atas diri aku…

Waaa, bestnya tido!!!



:::YTBACK!!!:::

Yang Kau Cinta

0361
23 Februari 2009

Salahku mengingin dirimu
Biar jelas kau bukan milikku
Ku cuba 'tuk menahan resah hati
Daripada menanggung rindu ini

Berperang aku dengan diriku
Tewas lagi jiwa ini
Beralah aku dengan dinginmu
Biarku ku pergi, ku undurkan diri

Salahku mengharap dirimu
Biar nyata kau milik dirinya
Aku cuba 'tuk memujuk pilu hatiku
Daripada menanggung rasa rindu

Cubalah untuk kau mengerti
Dan cubalah kau 'tuk fahami
Mengapa aku merasa begini

Dan disini ku akhiri rasa
Lelah sudah ku tanggung semua
Ku mengharap, engkau kan terus bahagia
Bersama dia yang kau cinta

Music & Lyrics : Adi Luqman
13/05/2008
[Download here]


Kenal Adi di zaman YT yang agak awal.
Pernah jumpa dia sekali di Istana Budaya
Dan lagu ini pernah dia uploadkan di internet

It is a nice song
And I want to share it here…

Kadang2 beruntung pulak rasanya
Ada kawan2 yang mempunyai bakat...


p.s - aku masih busy... maaf!


:::YTBACK!!!:::

3 Arrghhhhhhhhhh!!!!

0360
20 Februari 2009

Status2 skype pilihan untuk hari ini:

Bangcik – "syhhh"
Ko ape weh suh syyhhhh2???

Final Solution – "Research in Progress"
Ye la, research ko je la in progress… research aku???

Lecturer aku – "Penat dah lari! Nak buat keje pon dah tak larat!"
Yerp, btol encik.. saya pon sama!!!

Rumate aku - “Life… is fulled with unexpected things”
MEMANG!!!! Argh!!!!

Well, a lot has happened for the past days.
When I say a lot, I mean A LOT!!!

Aku tatau nak cakap camna
Memang menjadikan aku separuh gila ni

Separuh lagi?
Separuh lagi hensem maaa

Kiranya separuh gila, separuh hensem!
Hahahaha

Ok, 1st thing 1st

*****Arghhh yang pertama!!!*****


PSM.

Alat KVICK Crossflow Filtration aku tuh rosak!
Itu kan alat major aku untuk run
Tapi dah rosak
Dan yang detect kerosakkannya ialah aku!

Bukan rosak mana pon, just nat yang pegang skru untuk ketatkan membrane tuh rosak
Ala, macam nat basikal tuh!
Sebabnya, benang di dalam nat tuh dah haus, dan menyebabkan aku tak boleh nak ketatkan itu membrane.

Aku punya la melilau mencari kedai hardware nak ganti nat tuh, tapi tak sama!
Alat nih punya nat pun custom made, dia punya benang berbeza!

Thus, sekarang PSM aku on hold
Dan besar kemungkinan, hasil sample preparation aku untuk 3 hari, berjumlah 8 L soya yang aku dah centrifuge, akan dibuang begitu sahaja sebab dah basi!!!

Aku punya la down pasal menatang tuh
2 hari aku down
2 hari aku tak g lab
Protes la kononnya

Sampai2 di lab semalam, aku usya alat aku tuh
Dah ditanggalkan satu persatu!
Sebab nak bawak g maintenance!
Adeh!

Cmna nak siap PSM ni???

*****Arghhh yang kedua!!!*****


LI.

Gitu la gamaknya
Hantar macam2 kompeni, tak balas pown
Aku tatau aku nak LI mana, aku tatau nak masuk industri pe

Apa resume haku tak laku ke hapa???

Hampeh!

Takpe, dah hantar 15 application by surat, 5 by emel, 10 by jobstreet
Kalo tak dapat gak, den tatau la

Koknya, gue perlu ada kabel untuk masuk2 kompeni ini…
Yang gua ada, kabel telefon cuma!!!

*****Arghhh yang ketiga!!!*****


Plant Design.


Setelah present 4hb 2 hari tuh, kitowang dah relaks2 sket
Masing2 tumpu pada PSM masing2
Tak hirau pon pasal plant design.

Selamat ada grupmate yang dah habis PSM ni tolong organisekan pasal plant design
Siap bagi2 tugas sume, yang patutnya dilakukan oleh aku
Aku dah busy PSM, so aku suh dia

Kene antar first draf to SV 4hb 3 ni
Yang mengedit reportnya, adalah aku dan seorang kawan lelaki aku
Yang perempuan dah edit presentation hari tuh…

Sebab aku down PSM, aku pown malas lagi nak edit2 report tuh

Tibalah satu memo….

Additional information:

Four groups have been identified to present their overall findings in front of invited industrial panels during the final presentation. The selection was made based on the highest marks given during the first presentation. The groups are:

1. Group 4: Production of 50kMTA pphatalic Anhydride
2. Group 15: Production of 100kMTA cyclohexane
3. Group 26: Production of 2500MTA Penicillin!!!!!!
4. Group 31: Designing the petroleum refinery system with the capacity of 85k barrel/day


Thank you.


Present depan panel industri???
GILLLLLAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!

Aku rasa presentation hari tuh adalah antara yang terhampeh aku penah buat
Dah la aku buat muka blur depan panel hari tuh
N now, jadi cmni???
Nak mampos!!!???

Adeh, I really need a break right now!!!

Esok pagi, akan bersama Kumpulan Pow, ke Penang untuk lawat Budak Rengek di Intel di sana.

Doakan aku dapat release tension
Dah doakan aku, lepas habis cuti ini, aku dapat keje all out untuk segala tanggungjawab aku di sini…

*sigh*


:::YTBACK!!!:::

Aku tatau aku merepek apa dalam entri ini...

0359
17 Februari 2009

Ini blog apa ni???
Wah, bestnya blog ni!!!


Haha, blog sendri pown dah tak kenal dah…
Rasanya dah lama giler aku tinggalkan YT ni…
Tapi rupanya baru 4 hari?
Serius, aku rasa lama giler…

Well, its maybe because I am too busy
Damn too busy
Banyak sangat yang aku dah lakukan, sampai aku rasa memori aku mengupdate YT lama dulu
Sedangkan baru 4 hari
Haha

Sekarang ini zaman PSM dan LI

Apa PSM?
Apa LI?


PSM – Projek Sarjana Muda
LI – Latihan Industri

Meh la tengok satu2 ek
Lama tak menaip, rasa lembab lak idea ni flow















Makmal di UMP...
Kilang??? ye... memang kilang...

Safety first ye anak2!!!


PSM – Projek Sarjana Muda

Well, maybe banyak kali dah aku ceritakan, PSM ni memPMSkan aku
Tapi still, I can be professional instead of emotional
I just don’t crack down because of small things
Although there are so much things came along the way

Ini pon, aku ada masa mengupdate YT sebab ada sesuatu berlaku!
Alat aku rosak!
Hampes!

Malas aku nak fikirkan
Esok2 la aku fikir
Malam ini bercanda dengan YT dulu…

Sebenarnya gambar2 bawah ni dah lama dalam draf
Tak upload entri je

Ok, mari kita tengok siri2 gambar di bawah untuk melihat apa yang aku PMS kan pasal PSM
















Mari kita memperkenalkan, air soya Soy Talk!!!
Dilengkapi dengan silinder penyukat, dan dua bikar
Yang putih bercap biru tuh centrifuge tube ok...















Mula2 tuan2 dan puan2, isikan air soya ke dalam bikar seperti gambar di atas
Dan sukat 40 mL di dalam silinder penyukat
Sila avoidkan ralat paralaks ok!















Dan isikan dalam centrifuge tube....
Dia boleh isi 80 percent je dari kapasiti centrifuge tube tuh
Kalo tak, separation dia jadi tak lengkap
And the tube might be exploded too!
Tak ke jadi keje nak membersihkannya nanti!















Inilah namanya Refrigerated Centrifuge
Selalunya diowang guna nak centrifuge microb dalam ni la, sebab dia leh run at 4 degree C
Tapi aku temperature tak crucial, so aku run at 20 degree C
Sekali run, leh 6 tube je tau
Celah mana ko nak selitkan banyak2???















Selepas dicentrifuge selama 15 min at 8000 rpm, 20 degree C
Kat bawah tuh pellet, particle2 besar dalam soy milk akan termendak di situ
Yang air itu, supernatant, itu yang aku nak!
Dan kene tuang baik2, sebab ada satu layer of minyak atas tuh
Kalo terlepas, terpaksala aku filter balik supernatant tuh!




















Haaa, ni kene filter, sebab tanganku rakus menuang la ni, sampai minyak dia jatuh
Thus, kene la filter guna filter paper...
Cuba bayangkan, berapa lama aku mau buat keje ini???

Well, in all inilah yang telah memPMS kan aku
Satu kali run 240 mL je
Dulu kene run 30 min, so lama giler la
Sekarang ni SV aku dah kurangkan jadi 15 min
Thus, cut la sket masanya

But still, nak dapatkan 40 L, aku kene run 40 jam!
Dan 160 kali aktiviti centrifuge!!!!

Itu baru sample preparation ok
So, cerita kat aku, macam mana aku tak PMS???

Kalo la centrifuge besar tak rosak…




















Centrifuge besar yang under maintenance
Sudah berapa lama daa under maintenance...
aish!


Dah tau banyak kali kene run, aku pon cuba la optimizekan masa aku
Bila ada masa terluang je, ke lab
Itu la pasal tak luangkan masa di alam maya
Aku sendiri pon terkejar2 dengan jadual yang aku buat sendiri

Ada satu kali tuh, punya la aku terkejar, sampai aku tertumpahkan susu soya yang aku penat2 centrifuge tuh!
Nanges aku!

But people say don’t cried over spill milk, right
Benda dah jadi, bodoh la kalo nak nangis nonggeng2 bagai
Dah aku sendiri yang tak cermat dan tergopoh gapah kan…

So, teruskan hidup je dengan muka bangga, walaupun dalam hati tensen sebab susu soya itu tumpah!
Rugi masa aku je dalam hidup aku yang nak dekat 23 tahun ni…
Aish!


LI – Latihan Industri

Bulan 6 ni start praktikal
Aku sekarang tengah sibuk menghantar resume aku ke merata2 tempat
Aku tengah menunggu dengan penuh debaran company mana yang aku dapat

Sebabnya, kan aku LI akhir sem, so kalo dapat company yang best, kalo dapat keje terus kan senang
Thus, kiranya aku pilih tempat praktikal macam tempat keje gak laa















Resume yang bertaburan...

Cuma masalahnya sekarang ni, asik kene rejek je
Tak ke saket hati, surat yang pertama dihantar ke Shell PD, itulah yang first dia rejek!
Frust menonggeng gue!
Down la gak sehari

Tapi bila dengar cerita ramai kawan2 pon kene rejek sket2, so, aku kira ok lagi la
So aku terus dengan semangat dan azam, menghantar resume2 aku ke merata2 tempat!

Kang, susah2, aku mintak praktikal kat Siti Nurhaliza Production kang!

Ops, memandangkan dah mention
Takziah kepada keluarga Siti atas pemergian ayahandanya ke pangkuan ilahi
Al Fatihah!


















Antar 5 dulu, esok mau antar lagi 10
Selebihnya, online saja lalui jobstreet and emel!


Haa, apa kata korang tolong aku
Kan yang baca blog ini, ada yang sudah bekerjaya kan
Apa kata tolong aku cari tempat praktikal?

I will be graduated with a degree in Chemical Engineering (Biotechnology)
So, tak kesah la, kompeni chemical ke, kompeni pharmaceutical ke
Boleh je masuk
Asalkan dapat tempat

Leh la ek, tolong carikan?


Weh, serius, lama tak menulis, macam hampeh rasanya entri ini!
Baek gue g layan movie!


:::YTBACK!!!:::

Pergi tak disuruh, datang tak diminta....

0358
13 Februari 2009

Bukan tak tahu tajamnya duri…
Si akar semalu bercabang-cabang…

Bukan tak mahu mencari ganti…
Parut luka lalu terpandang-pandang…

Sekacipan pinang secubitan gambir…
Sehelai sirih dicalit kapur…

Sedap di pandangan manisnya di bibir…
Apalah kasih andai tak jujur…

Pergi tak disuruh…
Datang tak diminta…



p.s – masih busy di lab.. YT berehat sebentar, jika ada masa akan ku update ok!
p.s – buat psm soya tak macho ke?? hampess!!!


:::YTBACK!!!:::

Ku Telah Jatuh Cinta!!!

0357
10 Februari 2009


Ku rasa ku telah jatuh cinta…
Cinta yang amat sangat!!!


She will be on my list
And only few people can get into that list

First, it was, and still is – Siti Nurhaliza
Followed by Faizal Tahir, Peterpan and Jason Mraz

And also The Corrs and Josh Groban


And next, maybe she will be…

























Cool giler gambar ni!


Hanya dari nama2 di atas, apa2 lagu yang mereka yang nyanyikan, aku akan dengar dengan sepenuh jiwa
Kerana mereka ada ‘sesuatu’ yang dapat aku rasa

Maybe, next is her?

Who is YUNA?
























This is from her facebook

She writes a couple of songs, and basically picks out the best out of the bunch to share it with the world.
Nothing really mindblowing.
It is what it is, you dont have to like it.

Best listened when you’re lying on grass in a quiet afternoon, your toes in the sand facing the ocean, or when you’re in the car watching trees go by.

Singing became a habit when she was 6.

She didn’t like her piano lessons and quit when she was 12.

She wrote her first song when she was 15.

She quit singing when she was 16.

She started writing songs again when she was 19.


About the same time she started playing the guitar.


Last year.
She started playing the piano again.

And now shes regretting that she quit music school.

Crap.


She’s very new to performing with the guitar, and piano.

Saya budak baru belajar. Kalau salah tolong tunjukkan.

Other than that, shes pretty much a very normal person.
Who loves Jimi Hendrix, Alanis Morissette, and Feist, and goofing around.


Thanks for coming by.


Lagu dia bagi aku easy listening
Aku dengar boleh rilek2 je
The simplicity is intriguing…











Support our local artist!
Dalam Malaysia ni, 3 tempat ni je yang boleh dapatkan album dia ni…
Dan tengok2, satu tempat tuh dekat sangat di sini!

Kedai Jual EP YUNA

Selangor
WONDERMILK,

41 jalan ss21/1a
damansara utama
(same row as TM Point and IACT college)


Kuala Lumpur:
DOLLSTORE
Bukit Bintang.

KUANTAN:

THE CROCODILE ROCK,

Lot 4360-B, Lorong Datuk Mahmud 1,
off Jalan Telok Sisek.
(Opening hours 6pm-12am)


Esok mau ke Crocodile Rock!!!


Owh.. ku telah jatuh cinta!!!

p.s - dapat aku rasakan, dewi bakal jeles kalo aku dapatkan album ini!!! =p


:::YTBACK!!!:::

Malaysiaku yay!!! Part 3

0356
08Februari 2009

Untuk Part 1 and Part 2, sila ke sini dan sini
Dan untuk Merdekakah Malaysia, sila ke sini
Untuk Saya Anak Malaysia, sila ke sini

Aku selalu katakan, aku tidaklah arif berbicara tentang politik
Aku tidaklah mengkaji fakta2, membuka buku2 sejarah, mengkaji setiap satu peraturan yang telah ditetapkan
Aku tidak!

Aku juga, tidaklah terlalu mengikuti kisah politik
Dulu masa PRu 12, aku siap subscribekan lagi laman2 politik ke google reader aku
Begitu aku berminat ketika itu!

Sampai ketika, bila membaca benda yang sama berulang2 kali, aku bosan
Orang ni selar orang ni
Orang tuh selar balik
Ikan selar tak disebutkan pon! =p

Orang ni korupsi di sini
Orang ni korupsi di sana
Orang ni rasuah di sini
Orang ni rasuah di sana
Orang ni memberi pandangan
Orang lagi satu pon ada pandangannya juga

The list never ended...

Nampak macam yang lebih diutamakan adalah ‘pergaduhan’ antara keduanya
Dan yang lebih dihighlightkan adalah mengapa orang itu salah, mengapa aku betul!

AKU BOSAN!!!

Pergolakan politik terbaru di Perak
Menceritakan macam2 kisah
Yang terdedah di media, segala perlakuan sumbang satu pihak
Pihak itu pon dedahkan kesumbangan pihak satu lagi

And again, it never ended...

Majukah kita kalau asyik berkelahi?
Majukah kita kalau buat mende2 yang tidak bermoral?
Rasuah, ugut2an, lompat2 katak
Majukah?
kesian pada katak! =p

Hanya kerana kuasa, manusia begini…
Kalau guna cara yang betul takpe, orang tak marah

Orang ni kata cara dia betul
Orang ini kata cara dia lak betul

Again, aku tak kaji sejarah, dan bukak buku2 law nak tentukan mane betul mana salah
Aku hanya membaca di internet, sumber fakta yang mungkin sedikit bias…

Malaysiaku yay!
Alahai….

Aku tidak memberikan pandangan
Aku ada pandangan sendiri, tapi tak mahu berkongsi
Aku tidak arif!

Cuma aku ingin mengatakan:

AKU BOSAN!!!


p.s - masih dalam mood PSM.. bertapa di lab dari 8 ke 6... saket2 badan... ada leh tolong urutkan tak??? haha


:::YTBACK!!!:::

75 Points in 3 Parts!!!

0355
05 Februari 2009

AMARAN – entri ini amat panjang.
Terima kasih!

A. Benda yang aku tertekan sudah berlalu pergi. Presentation Plant Design sudah dilakukan dengan jayanya pada petang tadi. Walau ada juga yang patut boleh diperbaiki, tapi itu yang terbaik mampu aku dan kawan2 satu group hidangkan.













Presentation from far away....
Kebosanan menunggu giliran...


B. This entry might be related to the entry of The Convocation Part 1 and Part 2. Aku cadang nak buat part 3, but suddenly this thing came up. Thus, tumpuan aku terarah kepada ini.

C. For simplicity of understanding, meh aku cerita dulu apa yang berlaku selepas konvokesyen UMP kali ke-3 minggu lepas.


*****First Part - The Convocation Part 3*****

1. Seawalnya, aku hanya menyangka akan hang out dengan Azmi dan yang lain sampai tengah hari sahaja.

2. Yelah, dengan dia ada bersama keluarga dia, kawan2 lain pun begitu, so aku faham la. Konvokesyen itu milik mereka dan keluarga mereka (dah lama tak dengar phrase ni kan)




















The Convocation
Kredit to Azmi


3. But it turns out, aku hantar Azmi ke rumah pakcik dia pada pukul 2 pagi!

4. What has happened you may ask.

5. Setelah aktiviti konvokesyen paginya, menjelang tengah hari aku sudah mahu kembali ke UMP. Tiba2, memandangkan si ‘Jejaka Rengek’ mengajak kami keluar bersama, thus, tercetuslah plan baru.

6. Plan untuk mengenakan dan meng’pow’ Amir habis-habisan.

7. Bila Kumpulan Pow bersama, memang inilah aktiviti utama kami.

8. So, petang itu, pukul 5 lebih, aku pon menjemput Azmi untuk keluar.

9. Port pertama, Nasi Lemak Simple di tepi bangunan MPK, sebelah Sungai Pahang, berdekatan dengan Esplanade.

10. Di sini, aku dah mula memancing Amir untuk membelanja. Yelah, bukan selalu dia datang dari Penang, dan bukan selalu kami akan berjumpa lagi. Selepas ini mungkin semua jauh dan jalan hidup berbeza.

11. Berjaya mengpow Amir dengan jayanya!

12. Selepas itu, dia mahu balik. Nak ke rumah pakciknya. Tapi kami tahan dia. Kami kata, kami perlukan dessert!

13. Aku suruh dia ikut kereta aku.

14. Aku terus bawa ke Secret Recipe! Haha















Dessert hasil pow! haha

15. Memang la nasib kami baik, dia belanja lagi. Rela hati pulak tuh. Baru dapat durian runtuh katanya.

16. Layankan aja!















Sesi mengukur lemak di perut Amir! haha


17. Sesekali berkumpul begini, rasa sentimental lak. Lepas ini akan adakah lagi gurau2an sebegitu? Mungkinkah selepas ini kita akan lupa antara satu sama lain.

18. Funny thing is, kami rapat bukan kerana studi. Kami rapat kerana kerja! Sejak Expoconvo’07, kami selalu kuar makan malam bersama.

19. Yelah, Azmi dak Komputer, Amir dak Letrik, ada seorang lagi Aizat pon budak Letrik, aku lak dak Kimia. Bersama seorang staf yang tuanya hanya beberapa tahun dari kami, yang akan kahwin tak lama lagi.

20. Ada ke patut dia mintak aku or Azmi jadi pengapit dia? Haha. Aku akan rindukan saat2 itu.
















Mana boleh gambar diowang je!
Notice the GA Blue?? =p


21. Habis berbelanja, Amir dan si staf pon balik. Rupa2nya Azmi ada rancangan lain!

22. Rupanya ada lagi orang yang ingin dijumpainya sebelum balik ke Kuala Pilah. Tak pasal2 malam itu aku menjadi driver.

23. Aku, Azmi dan 2 orang lagi ke Teruntum menonton Inkheart. Sedikit hampa bila buku yang kit abaca di layer perak. Cerita dia lari banyak!

24. Dalam panggung wayang, satu call dari si staff telah mengubah segalanya.

25. Which bring us to Part 2...


*****Part 2 – Kisah Sedih.*****

1. Satu berita dari UMP memeranjatkan kami yang di dalam panggung.

2. Seorang pelajar perempuan telah meninggal dunia akibat dilanggar dengan laju oleh sebuah kereta yang baru keluar dari Tol Gambang

3. Arwah meninggal dunia di tempat kejadian. Al Fatihah untuk arwah.

4. Guard yang nampak kejadian itu, menelefon si staf untuk pemakluman kepada Dato’ NC.

5. Menyedari kami ada di Kuantan, si staf menelefon kami untuk menemannya ke HTAA.

6. Bila aku mendengar berita, seriously, seram sejuk rasanya.

7. Banyak versi kejadian timbul. Dan ia menimbulkan macam2 spekulasi.

8. Kisah yang aku kira boleh diguna pakai, arwah sudah bersedia ingin pulang ke KL dan sudah tunggu di bus stop depan UMP.

9. Tiba2 arwah tersedar, dia tertinggalkan hadiah untuk adiknya. Lantas dengan tergesa2 dia melintas jalan ingin pulang ke uMP semula untuk mengambil hadiah itu.

10. Dan di situlah kejadian malang itu berlaku.

11. Kebetulan, Presiden MPP baru ingin keluar dari UMP untuk membeli makanan. Dia yang menjaga arwah sementara menunggu polis dan ambulans.

12. Need to be stated. I wasn’t there. Aku dengar ini pon dari sumber2 yang boleh dipercayai. Kalo ada sedikit kesilapan fakta, amat dikesalkan!

13. Setelah menghantar 2 orang itu pulang, aku dan Azmi ke HTAA.

14. Terlihat di situ, staf2 atasan UMP ada. Dato’ NC pon ada di situ.

15. Ibu bapa arwah sudah ditelefon, dan sedang dalam perjalanan dari Klang.

16. Sedikit pelik, paginya, aku sibuk melihat mereka berjubah untuk Konvokesyen. Malamnya, aku lihat staf2 atasan itu datang dengan muka yang muram.

17. Paling terkesan di hati aku ialah raut wajah Dato’ NC. Dia nampak amat tertekan. Seolah2 kejadian itu adalah di bawah tanggungjawab dia. Semua rasa kesal macam tertumpu di bahunya.

18. Raut wajah Dato’ NC memang tak dapat aku gambarkan.

19. Kelihatan ketika itu, dia sibuk menemubual orang2 yang berkaitan. Bertanya apakah silapnya, apakah puncanya. Apa yang boleh dilakukan untuk menghalang ini berlaku lagi.

20. Ketika itu, aku dan Azmi sibuk membincangkan betapa baiknya Dato’ NC ini. Aku nampak kesungguhan dan keikhlasannya menjaga kebajikan pelajar.

21. Setelah puas menunggu, aku dan Azmi pulang sekitar jam 2 pagi. Aku memandu secermat mungkin. Kejadian itu masih terkesan.

22. Balik bilik, the first thing that I thought when I crawled into my bed was, ‘oh, what a day’. Kegembiraan di pagi hari. Kesedihan di penghujungnya. Begitu cepat putaran masa.

23. Dan ketika itu juga, aku sudah mula merangka2 ayat2 untuk The Convocation Part 2. Dan aku memang bercadang membuat kepada 2 bahagian, Satu part gembira, dan satu lagi part sedih.

24. Dalam part sedih, ingin aku ceritakan mengenai betapa bertuahnya UMP memiliki seorang Dato’ NC yang menjada kebajikan pelajarnya.

25. Which bring us to the Part 3….


*****Part 3 – Amanat Tahunan Dato’ NC*****

1. Sejak dari pertengahan Januari lagi, sibuk diwarwarkan di UMP mengenai Majlis Amanat Tahunan Naib Canselor 2009 yang akan diadakan di Kompleks Sukan Universiti pada 2 Februari yang lepas.

2. Semua staff dan pelajar diwajibkan hadir. Kelas pada pukul 10 hingga 1 tengah hari ditangguhkan.










3. Sudah aku katakan, aku amat busy dengan presentation Plant Design Rabu tuh. Dah seminggu aku asyik tidur pukul 4 pagi, dan bangun kembali pukul 630, dan start kembali buat keje seawall jam 8. Memang satu minggu yang memenatkan!

4. Terlalu banyak mende yang perlu dicover untuk presentation ini. Grup aku dah lah 4 orang, jadi beban tugas makin berat. Grup lain semua 5 orang.

5. Rumate aku pulak, ada satu malam tuh tak tidur malam buat kerja. Dia hanya tidur pukul 4 petang esoknya!

6. Aku lak still need my sleep, thus I allow myself to sleep bila aku rasa amat tertekan. Satu escapism kan.

7. Dan itulah sebabnya, entri bawah ni mengarut sket! Ampunkan beta.

8. Bila tertekan, aku menyanyi lagu kuat2, sambil kepala aku hentak2 manja dekat tiang katil aku ini. Kerja gila? Tunggu point yang seterusnya.

9. Di samping itu juga, disebabkan tekanan yang teramat, aku terfikir untuk menyertai AF7 instead of present Plant Design. Nanti mesti dekat paper tertulis “Seorang Pelajar menyertai AF7 kerana tensionkan Plant Design”. Wah, popular aku nanti. Kira pancing undi awal la.

10. Aku siap gatal2 menyudahkan tajuk2 lagu untuk bakal album aku bila aku jadi juara AF7 nanti.

11. Itu termasuklah, ‘Centrifuge oh centrifuge’, ‘Aku Nak Guna Centrifuge, Apsal Ko Rosakkan???’ ‘Podbielniak Centrifugal Extractor, Mana Sizingmu???dan macam2 lagi yang dijangka hits.













Podbielniak Centrifugal Extractor


12. Dan aku sudah memikirkan konsep album aku, dan sudah mula memberi kupon kepada kawan2 aku supaya mereka dapat diskaun bila beli album aku nanti!

13. Begitulah tekanan Plant Design! Which bring us back to the story.

14. Setelah kepenatan tak cukup tidur, aku pon merelakan diri untuk memontengkan diri untuk majlis amanat tersebut. Aku tidak tidur, aku sibuk buat sizing centrifuge aku!

15. Dan menjelang pukul 2, aku pergi ke kelas PME.

16. Dalam kelas, lecturer sibuk menanyakan apa pandangan kami terhadap ucapan Dato’ NC belah paginya. Dah nama tak pergi, buat muka sengih je la.

17. Esoknya, kelas yang sama lagi, dan soalan itu ditanyakan kembali, menuntut perbincangan. Aku heran. Apa yang terjadi semalam?

18. Rupanya dalam Majlis Amanat tersebut Dato’ NC telah menegur staf2 yang suka membuat peraturan membebankan pelajar, dan terikat dengan protocol yang remeh temeh. Dan dengarnya, itu telah disambut dengan tepukan gemuruh 4000 orang di dalam dewan itu, satu perhimpunan paling besar dalam sejarah UMP aku kira.

19. Aku dan kawan2 mula kagum. Rugi rasanya tidak hadirkan diri semalam. Dan aku pulak, sibuk mencari si staf, meminta skrip ucapan Dato’ NC untuk aku baca, nak tengok apa yang aku miss.

20. Dan aku bawak balik teks tersebut, dan kami ramai2 membincangkan betapa bertuahnya UMP mendapay NC baru yang tidak berkompromi terhadap staf dan mementingkan kebajikan student. Dato’ NC menjadi semakin popular!

21. Kami gembira dengan perubahan ini. Harap, kejadian INI takkan berulang lagi.

22. Tapi.. yang dilaporkan di akhbar adalah INI. Aku pelik. Dalam teks ucapan, perkataan yang digunakan adalah ‘hampir terkebawah' Yang dilaporkan 'hampir tercorot'. Perbezaan perkataan yang hampir sama makna, tapi memberi impak yang berbeza. Again, I wasn’t there to make sure which word did the NC uttered.

23. Impaknya? Hari ini, sana sini menyatakan UMP tercorot. Kiranya semalam kami bersuka ria dengan teguran NC kepada staf, hari ini, satu UMP berduka cita kerana dilabelkan corot!

24. Penggunaan perkataan itu mungkin menyebabkan timbul tanggapan negative terhadap UMP. Hurm, aku hanya mampu mengeluh. Again, I wasn’t there.

25. Dan lagi sekali, nampak tak, sekejap bersuka ria, sekejap bermuram durja. Sama macam hari konvokesyen itu!

Banyakkan event di atas. Anda bebas memilih point mana untuk dikomen.

Come onlah, 75 points, takkan no comment kowt!? Haha


p.s – berehat sebentar dari kerja setelah habis Plant Design. Mungkin lusa akan kembali ke PSM!

p.s.s - BEHAVE PEOPLE! Menurut sumber, there might be a chance that dato' n datin nc read about ur post on the tag of 'UMP tercorot'. Waaa!!! Should I remove this??? Or shouldnt I??? =p

p.s.s.s - takpe.. berani kerana benar!

p.s.s.s.s - psm oh psm! soyaku basi!!! =p


:::YTBACK!!!:::

Akan Bererti, Takkan Mati!!!

0354
03 Februari 2009

KALOLAH OTROMEN TARO
MENYERANG BUMI!!!















Aku tatau kenapa aku selalu cakap ayat di atas bila aku tension dan tertekan

Satu proses peralihan tekanan kepada otromen taro???

Ayat2 len:

1. Ko tau tak, tadi aku nampak otromen taro fire pikachu… fire! Fire!




















2. Otromen fire pikachu, pikachu kilatkan sailormoon… piiikaaa piii!!! Sailormoon lak tanggal baju!

OPS!





















ok, aku tau ni bukan sailormoon, tapi aku suka yang ni, ni lagi cun!

Tuk tetap berdiri...
Ku melawan hari...
Ku akan bererti...
Ku takkan mati!!!


p.s – uh, tajuk menakutkan kan?
p.s.s – aku mainkan 2dsd (Peterpan) berulang2 kali, macam lagu semangat pulak!
p.s.s.s - better merepek dari mencarut kan...


:::YTBACK!!!:::