.

0424
26 September 2009


Lama sungguh YT aku abaikan. Tiada update dari aku, tiada cerita.

Hanya mungkin, sekali-sekala, apa yang dirasa, aku kongsikan melalui status2 aku di facebook. Mungkin facebook makin dekat di hati. Dan respon dari yang membaca pon agak cepat berbanding blog.

Bukannya rasa tak mahu update. Rasa mau mengupdate itu ada.

Cumanya, sekarang ini, macam2 perkara dalam otak aku, aku malas berkongsi. Apa yang berlaku, biarlah aku saja yang merasa. Aku punya hidup, aku yang rasa.

Dalam otak, banyak pemikiran mengapa ia begini, tidak begitu, dan sebagainya. Dulu, melalui YT aku selalu kongsikan pemikiran2 itu. Tapi kini, mungkin sebab terlalu banyak persengketaan, dan terlalu banyak bertentangan pendapat, aku memilih untuk diam.

Apa yang difikir dan dirasa, aku ketepikan, dan cuba untuk lupakan. Walau kadang, ianya terngiang2.

Mungkin ramai yang pelik, kenapa YT menjadi begini. Apa yang dah berlaku. Apa yang menyebabkan aku begini?

Entahlah. Aku pun tak tahu. Mungkin juga aku tahu. Tapi aku malas mencari ketahuan itu di dalam kepala aku, dan meluahkannya di sini.

Entah kenapa.

Seperti biasa, anggap sajalah entri ini sebagai entri2 lain di YT yang tak berarah. Nak tunggu entri2 best di sini, tunggulah, berkurun keluarlah satu satu. Atau, susah sangat, tak yah lah lagi follow blog ni. Buang masa korang je.

Sudahlah, baik aku berhenti di sini.

Salam, take care.


:::YTBACK!!!:::

Titik Temu

Aku mencari titik temu antara fantasi dan realiti
Manakah ia?
Manakah ia?

Fantasi mampu terawang, tinggi!
Realiti mampu menjatuhkan, rendah!

Persoalannya,
Serendah mana mampu fantasi dicanai?
Dan setinggi mana realiti digapai?

Manisnya fantasi…
Pahitnya realiti…

Hasrat aku, mahu ketemu titik demi titik
Agar dapat aku lukiskan satu garisan pemisah antara keduanya

Agar nanti, tidak aku terawang dengan manisnya fantasi sehingga mudarat
Agar nanti, tidak aku terduduk dengan pahitnya realiti yang berat


:::YTBACK!!!:::

Kelakarkan??? [re-publish]

0422
05 September 2009


Aku terasa malas mengupdate...
Aku terasa.
Amat terasa.
Noktah.

Hidup terasa bagai perulangan
Yang beza cuma situasi dan keadaan
Dan juga pihak-pihak berkaitan

Lantas teringat semula entri lama yang pernah dipublish dulu

. 0289 . 25 Oktober 2008 .

Kelakarkan???

Bila dia di depan mata.
Kita buat endah tak endah.
Layan acuh tak acuh.
Buat biasa saja.
Buat tak tahu.

Kerana bagi kita, dia ada.
Dia ada.
Dan kita rasakan dia kekal di situ.

Adakah kita hargainya?
Mungkin…
Tapi tak sepenuhnya…

Kelakarkan???

Bila tiba-tiba dia hilang
Kita mengagau.
Mencari di manakah dia.
Merinduinya.
Berharap dia kembali kepada kita.
Melakukan pelbagai cara untuk mendapatkan dia kembali.
Amat-amat terasa kehilangannya.

Kelakarkan???

Bila dia akhirnya kembali kepada kita.
Dia datang kembali setelah sekian lama dirindui.
Setelah lama kita mencari.
Ya, dia kembali.

Kita pula, kembalinya dia tak dipeduli.
Buat seperti biasa sahaja.
Buat tak tahu.

Kerana bagi kita, dia ada.
Dia ada.
Dan kita rasakan dia kekal di situ.

Ya, dia telah kembali.
Kembalinya dia kerana kasihan melihat kita mencari.
Namun, hatinya terguris kerana kembali atau tidaknya dia, sama sahaja.

Adakah kita hargainya?
Mungkin…
Tapi tak sepenuhnya…

Apa akan terjadi kalau dia pergi lagi kali ini untuk selamanya?
Apakah kita akan kembali merasa kehilangan?
Apakah kita akan kembali mencarinya?
Apakah kita akan merinduinya?

Kelakarkan???
Kelakarkan???
Kelakarkan???

Marilah kita tertawa!!!

p.s – hargailah dia sebelum dia membuat keputusan untuk pergi selamanya…



p.s - ku rela… biar betapa ku perit tertusuk duri… jalan berliku tiada bertepi… ku percaya tidak sia sia aku diuji… ada hikmah yang pasti
(ku percaya ada cinta – siti nurhaliza)



:::YTBACK!!!:::

Perfect imperfections...

0421

02 September 2009

Aku ada seorang kawan ni
Aku dan kawan2 yang lain rasa, dia nilah yang paliiing tak perfect antara kami - IMPERFECT
Dah la blur, lurus lak tuh
Dan kami pon selalu la mengusik2 dia

Macam2 kami usik
Tapi dia buat tatau je
Dia still lagi blur dan lurus

Kami pulak, makin galak mengusik
Ye la, dia kan yang paliiing tak perfect antara kami
Kami kan perfect2 belaka
Konon2nya ciptaan Tuhan yang paling bagus la kan...

Sekarang ni, dia dah takde kat sisi aku
Dan kawan2 lain juga
Yela, masing2 dengan hala tuju masing2 kan...
















Secara tiba2, aku rindukan pulak kat dia tuh
Tak perfect mana pon dia - paliiing imperfect antara kami - dia tetap ada ciri2 yang boleh membuatkan orang teringat pasal dia

Kadang2 bila aku keluar dengan kawan2 yang len, citer dia mesti timbul
Walau pun, dia tak lah seperfect kami kan...
Eheh!

**********

Melihat kembali video iklan nukilan Allahyarhamah Yasmin Ahmad, membuat aku terpaku pada kata2 ini:

“Beautifully imperfect -
The little imperfections that make them perfect.”


**********

Ya.

Bagi kami, konon2 nya dia tak lah sempurna
Bagi kami, konon2 nya dia tak seperrrfect kami ni
Bagi kami, dia hanyalah bahan usikan

Tapi, apa sebenarnya maksud perfect?
Sempurna?
No flaws?

Takde kekurangan?


Terfikirkah kita yang mungkin, ‘tafsiran sempurna’ yang kita tafsirkan selama ini, tak nampak sempurna di mata orang lain?

Bagi kau, itu tak perfect

Tapi bagi aku, itulah yang paling perfect
Bagi aku, itu tak sempurna
Tapi bagi kau, itulah yang paling sempurna


Setiap orang, dilahirkan berbeza2
Mempunyai minat yang berbeza
Arah tuju yang berbeza
Akhirnya nanti juga berbeza
Perbezaan2 ini yang mewarnakan hidup kita sehari2

Namun, kadangkala, bila satu warna pelik muncul di tengah palitan warna2, kita mengeji
Kita menghina
Dan kita rasakan dia tak lah perfect
Konon2 kita perfect sangatlah!

Manusia memang mudah nampak yang negatif
Mudah nampak yang berbeza
Mudah mengkritik
Mudah mengeji
Macam la bagus sangat!

**********













Oh ya, kisah aku dan rakan2 itu adalah kisah lama

Teramat lama!
Sekolah rendah lagi

Tapi aku takkan lupa betapa aku rasakan yang dia tak perfect, hari ini, dia membuat aku teringat padanya

Ciri2 unik yang ada pada ketidak-perfect-an dia tuh membuatkan aku teringat
Dia unik begitu

Sekarang ini, aku lebih terbuka
Lebih menerima orang seadanya
Perfect atau tidak, ia bukan lah ukuran
Mana de manusia perfect weh!

Kadang2, aku macam tak boleh terima dengan manusia2 yang suka melabel
Kalo ini, ia perlu begini begini dan begini
Kalo itu, ia perlu begitu, begitu dan begitu


Restriction dia, hingga kita macam tak bebas menikmati dunia


Kalau aku boleh terima ko begitu adanya, kenapa tidak ko?
Kenapa aku perlu menjadi sama seperti ko, dan mengabaikan perbezaan yang wujud antara aku dan ko?
Kenapa?

Maybe, one day, when I’m gone,
then u’ll realize that all these imperfections
are the one that makes me perfect!!




p.s – entri ini tak se-perfect, sebagaimana draf yang ada dalam kepala aku… kalau boleh faham, layan! Kalau tak boleh faham, anggap je la ini salah satu entri yang imperfect di YT… =p




:::YTBACK!!!:::