Double Celebration!!!

0121 – 28 Ogos 2007

Firstly, sori sesangat, lambat gila buat celebration ni. Tapi better late than never kan.

Aku dah kata awal2, aku buak organizer yang baik. Organiser senior tu ada sambutan yang lebih besar, organiser sebelum ni tak berapa rapat sangat dengan dua orang ni kowt.

So terpaksalah tunggu aku yang buat. Plus, aku tengah demam2 ni, buat entry untuk korang. Terharu tak ni? Cepat g nangis2 dulu!

Bagus jugak entry ni ada, boleh tutup entry sebelum ni kan.

Apapun, kenapa ianya double?

Sebab aku nak wat celebration untuk birthday 2 orang sekaligus dalam satu entry. Boleh?
Jangan gaduh2 lak rebut entry ni!

Hehe

14 Ogos 2007 – Happy 22th Birthday of Truemptyme

Amazing actually dunia blog ni. Boleh kenal orang pelbagai.

Contohnya mamat ni lah. Kenal pun lalui blog je. Nasihat-nasihat then komen-komen.

Permulaannya, dia yang datang bertandang ke Yang Terdalam. Aku tak ingat pulak bila, tapi agak lama dah jugak lah.

Komen adalah pemula. Dan aku pulak tak nak jadi biadap g lah blog dia. Well, i found out that he is very talented in making an entry - funny, touching and so on. Banyak kali jugak entry dia boleh buat aku gelak, kadang-kadang jiwang sekali dengan dia, dan macam-macam lagilah.

Kalau nak tahu, g blog dia ni.

Sampai satu ketika, kami bertukar ym pulak. Baru aku tahu nama dia. Faizul Saadon, kalau tak salah la. (kalau salah, ampun!). dan dari situ ada la sekali dua kitorang bersembang.

Tapi sebab kitorang dah kenal diri masing-masing lalui blog, somehow, walau sembang dekat ym pun, aku rasa macam dah kenal lama. Aku tak kisah cerita masalah aku kat dia, and vice versa. Kitorang macam dah rapat walau sebenarnya tak pernah pun jumpa lagi. Itulah the power of blog!

Saat yang tak leh lupa, time dia bagi aku lagu Didicazli – Dambaan Cinta. Mulanya aku dengar sikit-sikit je lagu ni. Malas nak layan sangat.

Sampailah satu ketika, aku tengah jiwang (aku kan biasa jiwang), aku dengar lagu ni. Sekali masuk. Kena dengan keadaan aku ketika itu. Seminggu dua jugaklah lagu tu bermain-main kat otak aku. Sampai aku jadi angau.

Semuanya aku salahkan mamat ni lah!

Dia sengal jugak, hobinya suka tangkap gambar sendiri! Hahaha. Dia selalu cerita pasal kesengalannya bersama kawan-kawan. Aku suka gelak.

Masalah pun ada jugak dijadikan entry. Malas nak cerita lebih, aku baca dan komen mana aku mampu. Banyak gak masalahnya dijadikan teladan.

Apa pun, aku harap hubungan ni takkan berakhir sampai sini. Teruskan menulis blog ko tu. Update banyak2!

Happy Belated 22nd Birthday! May all your dreams come true like truemptyme!

Ces, sengal!

21 Ogos 2007 – Happy 21st Birthday Irina

Seminggu lepas birthday tru, birthday minah ni plak. Another person that mean so much to me, the one who was the initiator of me for becoming a blogger!

Ni link ke blog dia.

Kenal dia dah lama. Dari zaman muda-muda di Semashur lagi. PRS bersama. Banyak juga kenangan tercipta.

Masa tu bukannya rapat sangat pun. Just knew she was there. Tapi aku kan baik dengan semua orang, so aku takdelah rasa awkward bila cakap dengan dia. Aku rasa masa tu, aku ok kowt dengan dia.

Ingat lagi, ada satu kali tu PRS wat camp dekat mana tah. Dia takleh ikut sebab mak dia tak kasi. Masa tu, fikiran aku, anak mak rupanya dia ni! (Ampun Irina!)

Tapi, soon i realised dia ni the only daughter. So for her mom to be protective is relavant.

Sejak dari peristiwa tu, aku dapat rasakan Irina ni jauhkan diri sikit dari PRS. Last-last, tau2 dia jadi librarian lak. Aku kepelikan di situ.

Time goes by, tah macam mana, satu hari aku terbukak blog dia. Masa tu entry pasal lagu "Vincent – Starry, starry night". Tau tak korang lagu ni.

Aku dengar lagu ni dalam cerita Ally Mc Beal dulu. Dan aku dengar kembali bila Josh Groban nyanyikan lagu ni. Aku tak tahu version mana Irina dengar, tapi, yang aku tahu, melodinya memang best.

So, aku just komen, beritahu aku suka lagu tu jugak. Sampailah satu ketika, aku rasa best plak ada blog ni, aku pun terus bukak blog. Sebab dialah!

Sebab ada satu entry tu, dia ceritakan dengan penuh jujur, apa yang dia rasa. Aku pada ketika itu, fikir, why not? Aku pun ingin juga didengari inside out. So aku terus bukak blog di Frenster tu. Ianya berkembang, sampailah aku berpindah di blog Yang Terdalam ini.

Sepanjang perjalanan itu, komen-komen dia aku dapat rasa dia tulis penuh ikhlas, entry aku yang hampeh macam mana pun, melalui komen, i can tell dia baca satu-satu.

Through time the bond has become stronger. Associate with other blogger from my school, kitorang rapat balik di dunia blog. Like Hilman and Kaede (mana tah ini minah sekarang!)

Apa pun, like my hope to tru, I hope this bond will last. Dan update la blog tu, bersawang-sawang dah.

Tapi still tak bersawang macam blog teddybearhijo! (aku tau dia baca ni, saja je nak stresskan point ini dengan kejamnya!!!)

Happy Belated 21st Birthday Irina!!!


TEDDYBEARHIJO - 11 September 2007 - Ya Ampun AKAK Irina~!

HILMAN - 12 September 2007 - happy ramadhan al-mubarak!

AZWAN - 20 September 2007 - :: mass blog celebration v1.0... ::


balasan cik Irina

IRINA - 31 Ogos 2007 - Joyeux Anniversaire!



p/s – sapa yang nak join celebration, sila bagitahu aku, aku akan linkkan dari sini. Tapi jangan expect aku jadi organiser ni berjaya ye. Still amatur.

p/s – lantak pi lah entry lepas... kan?


:::YTBACK!!!:::

The Break Up

0120 – 28 Ogos 2007

Wut? Kamal break up?

Told you I’m good at keeping secrets.

This is an entry which I typed, kurang satu jam dari perkara ‘itu’ berlaku.

Well, for me to menangisi segala yang pergi, I think it isn’t appropriate. My feelings right now? I dunno, bercampur aduk, sebatian pelik.


"Da blik ke? Alaa… Sori…"

"wut do I expect, u bz kan, so i balik je lah"

"sori, i’m quit busy wit asement n prog... sori"

"sudahlah, lately msg u penuh dengan perkataan sori. Bosn I. I dah lama brenti expect pape dr u. So no harm done la"

"ok.. klu 2 y u nak.. fine"

"Good... Wlau i xtau apa yg i nak tu.. Thanks neway"

"Thanks gak"

That was the first time when we message each other, aku message kurang dari dia. 3 berbalas 4. Selalunya, aku yang mesej banyak, dan replynya pun ala kadar je. 3 aku mesej, satu dibalas tak sepenuh hati.


Sometimes, we can tell when this happened that the person is not interested. Intuition maybe. That is the thing, I can tell there is nothing there at the moment, although sebelum ni bagai nak rak bertukar perasaan. Boleh bla!

I feel like crying, but aku memang susah nak menangis walau apa pun yang berlaku. Orang kata aku tabah. Tambahan pula perkara ni berlaku masa aku tengah demam ni. Dengan kepala separa pening, dugaan ini muncul. Dan aku pulak di sini, menupdate blog. Ya, aku demam pun update blog, gigih tak?

Aku try layan perasaan dengan lagu-lagu break up yang sungguh banyak dalam laptop aku ni (memang banyak lagu dibuat pasal break up kan, perasan tak?), tapi tak jalan jugak.

Somehow, aku rasa ini tidak patut ditangisi. Bcos, maybe from the very beginning I can see it is coming.

Bukanlah awal dulu aku ciptakan perhubungan ini untuk berakhir, cuma setelah banyak yang berlaku, aku cuba letakkan diri aku di posisi yang jangan terlalu berharap ke atas satu benda, atau lebih tepat kepada teori "kalau ada, adalah"

Kalau ada, adalah. Aku memang telah lama berhenti untuk mengharapkan lebih dari orang lain. Kerna jika aku yang mengharapkan lebih, aku yang selalunya sakit di penghujung.
Jadinya, aku kini tak lah sesedih yang pernah aku alami dulu. Ya dulu, a long story there.

Instead, i feel like standing out. I want to prove that it was a mistake to take me for granted.

I will not give that particular person the satisfaction by seeing me mourning, and being sad. Aku tak nak tunjukkan rasa sedih. Aku nak tunjukkan tanpa dia pun aku boleh hidup. Aku nak tunjukkan aku happy. Biar dia tahu, dia yang rugi dalam keadaan ini.

Selama ini pun aku rasakan aku yang melebih, dia tak de pun menunjukkan perasaan semacam aku. That person took me for granted, dan aku mahu dia rasakan bagaimana rasanya bila aku takde di sisi.

Ini adalah tambahan pengalaman, i must say. Being blogger in all these times, teach me that there is always the other side of the story, there is always a sweet side of bitterness. Ini adalah pengalaman yang mengajar!

Aku menulis kini, hanya untuk meluah. Blog ini ajalah yang ada untuk tujuan itu.

Tadi, selepas perkara ’itu’ berlaku, aku menyendiri, feel like want to call someone to talk to, but then i realise, i don’t have that someone. Kawan or anything that aku confess segala benda. I’m always being me. Topeng topeng yang menutupi. Sunyinya hidup aku begini.

Mungkin ini perlukan perubahan. Aku mesti kurang menjadi unvurnerable.

Aku tahu payah komen entry begini. Takpe, aku memahami.

Yang penting sekarang, i’m fine. I’m so over the break up. And amazingly, I feel fine in less than an hour! An achievement!

Proud to achieve this instead of mourning over months!


:::YTBACK!!!:::

1 entry, 5 sub-entries

0119 – 21 Ogos 2007

Epilog

Enough talking and rambling about ’dia’. Makin banyak aku cerita, makin banyak terdedah, makin banyak yang keliru, makin banyak yang mencari siapa ‘dia’.

So let the story end there. Jika ada mood nak cerita baru aku sambung kembali cerita itu.

This entry might be the longest entry in the Yang Terdalam. I said it might be. I dunno if my calculation is right or not.

Tapi aku cakap maybe ye. Tak tentu jadi ke tak tulis panjang-panjang ni. Dah lama tak menaip, kadang-kadang endurance untuk menaip dan bercerita makin kurang. Jadi blogger kena kerap, baru gelombang itu sentiasa ada. Hehe

Since, aku pun dah lama tak update, and there are lots of things aku nak buat entry, why not aku jadikan semuanya dalam satu entry kan.

Moving on, this entry is divided to 5 sub-entries. Hehe, sampai 5? Nampak sangat lepas ni aku nak jarang update kan.

Bukan apa, sekarang ni, aku makin cuba hidup dalam dunia realiti. Ke internet pun tak selalu. So Yang Terdalam di alam maya ini aku cuba kurang untuk kunjungi.

I said that for my condition right now, sekarang ni memang hidup hectic sikit. With emotions up and down, professionalism yang makin menurun je, dan tanggungjawab yang makain berat. Argh, apa-apa je la. Tulis banyak-banyak pun bukan korang paham. Lagi keliru ada.

The 5 subentry is :

  • The hectic week of mine 130807 – 170807
  • Chest Annual Dinner Gala Night “Red Carpet” – 180807
  • BKB’s Overnight Out @ TC – 200807
  • Shades of happiness II
  • The entry of the day

Penat gebang tajuk-tajuk di atas. We’ll see if aku berdaya nak menghabiskan menaip semuanya.


The hectic week of mine 130807 – 170807

The week of 130807 – 170807 will be remembered as my hectic week of this semester. That was because lots of things, mostly about my studies happened that week.

Apa yang buat aku mengalami minggu gila itu?

Firstly, test2 aku yang dijadualkan untuk minggu 7 and 8 terpaksa distack kan dekat minggu itu iaitu minggu 6. sebabnya, lecturer aku kebanyakannya pergi ke kursus induksi selama 2 minggu. So test2 tu terpaksalah dijadualkan untuk berlaku pada minggu 6 tersebut.

Keduanya, adalah kerana sedikit rasa iri hati dan dengki budak kuliah lain kepada kuliah kami, yang tak boleh nak tolerate langsung untuk tukar-tukarkan jadual test.

At the bright side, bila dah 4 test distackkan back-to-back pada minggu lepas, minggu ni dengan minggu depan menjadikan aku amat aman damai kerana ada satu kelas je sepanjang 2 minggu tu.

Tapi ia masih tak dapat memadam kesengsaraan yang telah dialami sepanjang seminggu tersebut. And i wonder, mesti result aku agak ala-ala teruk jugak la kan, sebab penumpuan tak dapat dibuat.

The situations…

Dalam UMP ni, more specifically to Faculty of Chemical and Natural Resources, ada 3 program degree. BKC (Chemical Pure), BKG (Chemical Gas) and BKB (Chemical Biotechnology). I am in BKB.

Dan dalam untuk mensetkan test, selalunya lecturer akan deal dengan kelas masing-masing untuk buat waktu bila and so on. Dan tiada penglibatan orang atasan, just deal macam tu je antara student and lecturer.

So bila deal macam tu, macam takde keselarasan la. Ada yang adil, ada yang tak. Kitorang student BKB ni selalunya tak kisah lecturer nak buat test bila pun, itu tugas sebagai student kan.

Tapi kalau test sampai 4 back-to-back, itu memang tak boleh nak tahan!!!

Sem ni aku amik 4 subjek 3 kredit hour, so makin berat. Dan test yang telah distackkan bersama ni, memburukkan keadaan.

Kitorang budak BKB ni try jugak untuk tukarkan jadual test. At least satu test ke minggu depannya ke, tapi tak berjaya. Semuanya sebab bilangan kami BKB yang sedikit dari budak cos lain.

Kalau kitorang mintak satu test dianjakkan ke minggu depan, kitorang akan ada 3 test minggu tu. Dan satu test minggu selepasnya. Yang budak BKC and BKG lak akan ada 4 test minggu depannya.

Kiranya masa minggu kitorang hectic dengan 4 test, diorang sebenarnya ada 2 test je.

So diorang boleh tumpu sikit. 2 test tu pulak, dua-dua subjek killer.

Yang kitorang cuba la menumpang kasih, mintak diorang tukar satu test ke minggu depan. Sebab kitorang dah penat gila!

Tapi, tak diterima la kononnya. Sebab bilangan kitorang yang mengalaminta sedikit kan. So takpelah studeng BKB kena macam tu kan... hampeh!

Dari dulu lagi macam ada konflik atau perang dingin antara 3 kuliah ni. Aku pun tak tahu camna nak terang, salah terang lak kang, ada yang baca, mau aku kena hambat!

Apa yang aku boleh cakap, keadaan menyebabkan kami terpaksa menerima untuk ambil 4 test dalam seminggu, yang penuh dengan kuliah.

The events…

Hujung minggu sebelum minggu hectic tu, aku sibuk buat assignment Numerical Methods & Optimization dan Bioreactor Engineering. Study untuk preparation untuk minggu test pun ala-ala je. Hari isnin, kelas still full macam biasa. Studi pun sikit-sikit je sempat.

Hari selasa dah mula test untuk Elektrical Engineering pada waktu petang. Dapat pulak satu result untuk test minggu sebelumnya, test Numerical Methods & Optimization. Rendah sikit dari expectation, emosi dah mula tak stabil, tapi kena tahan sebab ada 3 test lagi!

Balik bilik, lepak-lepak kejap. Malam mula buat tutorial Unit Operation, satu tugasan last minute yang diberi, yang kena hantar esoknya. Tapi esok kitorang ada test Bioreactor Engineering!

Malam tu punyalah susah payah, memahami soalan yang diberi untuk Unit Op, buat satu soalan, aku tinggalkan dan baca Bioreactor lak. Bila bio, paham-paham je lah. Banyak sangat facts and benda nak ingat. Tersenguk-sengguk la gak.

Esoknya, tengok-tengok pagi tu kelas tutorial Unit Op tu batal! Buat penat je semalam membahagikan otak untuk Unit Op dengan Bioreactor. Petang rabu tu test Bioreactor. Test ni pun menyebabkan emosi tak stabil, bila banyak benda aku tak dapat ingat, main goreng je!

Balik bilik, rehat jap, malam sambung studi untuk test Chemical Reaction esoknya pulak.

Hari khamis, Chemical Reaction bermula. Dengan kesedaran separa, otak sakit sini sana, badan lenguh-lenguh, aku studi. The fact is, masa petang sebelum test, aku dah sikit confident dengan subjek ni. Dah mula terbayang boleh jawab soalan yang diberikan.

Malamnya test, hampeh! Penat je studi. Aku tak boleh jawab dengan baik. Sedikt emosi tak stabil di situ. Lepas test ada pulak meeting Expoconvo tu. Adalah sikit masalah. Gaduh dengan secretariat lain. Emosi makin la tak stabil.

Balik bilik, rehat, sembahyang, pergi basuh baju, tengok movie, tidur! Aku cuba rehatkan minda sebelum studi untuk Unit Operation esoknya.

Hari jumaat, hari yang selalunnya memang aku takde kelas dihabiskan masa dengan studi Unit Operation Dahlah terbangun lambat, studi pun mula lepas sembahyang Jumaat. Dengan penat yang tak dapat digambarkan.

Kawan-kawan masing-masing muka kepenatan je. Sampai ada yang terus malas nak studi, main game, tak pun tengok movie. Aku cuba bertahan dengan pasang headphone dengan full volume. Aku perlu try jugak untuk Unit Operation ni setelah 3 test sebelum ni aku tak puas hati.

Malam jumaat test. Sikit puas hati jugak lah dari test yang lain. Sebabnya aku dapat rasa aku dapat jawab sikit. Walau pun tak semua, aku puas.

Keluar je dari test, terus semua budak BKB naik gila. Kitorang dah berjaya mengalami minggu yang hectic gila!

Aku pula? Pergi mabuk Nescafe dengan Kelab Sengal. Saja je minum banyak-banyak!

Malam tu, kitorang enjoy. Walau tak tahu result nanti macam mana.


Chest Annual Dinner Gala Night “Red Carpet” – 180807

Dah panjang-panjang sesi luahan hati, yang mungkin korang skip baca kat atas tu, mari kita g entry yang best sikit.

Ada kawan aku cakap ’ko ni tulis kat blog masa sedih je, masa gembira tak banyak pun ko tulis’

So this is entry gembira. Chest Annual Dinner Gala Night “Red Carpet” pada 18/08/07.

Satu hari selepas minggu gila tu, bangun lambat, aku terus keluar ke Kuantan. Objektifnya, mencari baju baru untuk dinner malamnya.

Saja je nak membuang duit beli baju baru. Bila pergi dengan perempuan, biasala, macam-macam fesyen disuruhnya.

Last-last aku beli baju yang aku selesa nak pakai, dan aku akan pakai pada hari-hari nanti. Kalau beli baju sekali pakai je buat apa kan.

So, kita tengok je la gambar-gambar masa kat sana.


Off to dinner. Perasan tak jam kat tangan aku tu pukul berapa? 641 pm. Dah siap dah. Sebab nak kena tolak awal ke Teluk Cempedak. Sembahyang maghrib tengah jalan.


With Siti Sengal. (hehe, dia marah aku panggil dia Siti, nama dia Siti Aisyah)


With Florina, ahli baru Kelab Sengal. Terkejut aku dia pakai dress malam itu.


With coursemate lelaki. Carilah ‘the roomate’


With someone yang tiba-tiba jadi popular malam tu. Siap ada tubuh kelab peminat lagi! hehe



With coursemate. Course aku memang banyak perempuan. Dan aku bengang, gambar ini aku separuh. Hehe


Current member of Kelab Sengal Sedunia. Florina, aku, and Aisyah. Supposed gambar ni kena poyo, tapi Florina tak ikut tema gambar betul!


Coursemate. Gambar dak BKB berhibur selepas the Hectic Week!!!


Aku jelir sebab diorang masa ni konon-konon nak buat gambar lelaki-yang-dah-cukup-kuota. Hampeh je!


Apapun, the dinnes is suck. Aku tak cakap sangat, sebab ajk dia banyak kawan aku jugak. Aku tak salahkan diorang actually, tapi tah lah. Makanan tak lah sedap sangat, sikit lak tu. Persembahan, lagi lah. Duh! Macam karaoke. Baik aku je naik atas pentas! Hehe

Apapun yang best bila ada companionship sama-sama. Sama-sama dengan kawan-kawan, itu je yang best! Tangkap gambar sama-sama bila masing-masing tengah berfesyen sakan. So best la! Kenangan terindah.


BKB’s Overnight Out @ TC – 200807

Setelah rasa best ramai-ramai dekat dinner tu, ramai yang plan nak buat something lagi bersama rakan sekelas. Kalau tak malam dinner tu jugak kitorang dah overnight kat TC tu. Tapi sebab the driver a.k.a aku mengantuk, aku paksa jugak diorang balik UMP.

Pagi isnin mulakan kuliah. Macam aku cakap sebelum ni, kelas aku dalam 2 minggu selepas the Hectic Week ada satu je. Unit Op. Tu pun sebab lecturer dia tak pergi induksi sekali.

Tengok-tengok lecturer batalkan kelas untuk hari selasa, sebab budak BKG ada test. Sedap je kan diorang, lecture batal sebab diorang test. Masa kitorang semua kitorang lalui je.

Tapi tah kenapa tak lak rasa bengang, tapi rasa best. Sebab lecture hari selasa batal, aku terus cakap, jom malam ni kita overnight ramai-ramai dekat TC!!!

Diorang ikut je. Plan last minute gila. Ajak jugak budak perempuan.

Dari 14 laki, 13 pergi. Dari 24 perempuan, 15 pergi. So not bad lah. Plan last minute kan.

Assignkan budak perempuan beli makanan untuk barbeque. Aku just jumpa diorang je kat pasaraya tu. Sekali tengok, banyak gila makanan yang diorang beli! Macam nak tidur TC 2 3 hari.

Kitorang dalam terkejut, ok kan je lah.

Buat barbeque pun agak lambat, sebab plan last minute, bahan-bahan untuk mulakan api pun tak fikir sangat. So api pun agak lambat untuk start.

Nyanyi-nyanyi, gelak-gelak, snap picture sikit-sikit, dan tengok-tengok dah pukul 1130. Budak perempuan kena balik pulak. Diorang tak berani nak overnight. Perempuan kan.

Yang kitorang lak try jugak pujuk. Konon-konon la tak best diorang takde. Tapi diorang terpaksa balik jugak. So let it be je la.

Bila diorang balik, kitorang mulakan aktiviti kitorang. Lepak tepi pantai, bukak cerita hantu. Aku malas nak dengar, sebab semuanya macam sama je ceritanya. So aku baring-baring je la.

Pergi Mc D yang bukak 24 jam kat TC tu. Ada orang belanja Mc Flurry. Lepas kempunan aku!

Duduk-duduk. Diorang bosan. Kata perempuan dah balik, takleh borak-borak. Kalau setakat laki nak borak-borak kat umah pun boleh!

Last-last aku cadang, jom main Pepsi Cola. Ala yang main pijak-pijak kaki tu. Tapi kat pantai, best gak la. Lepas tu sambung main Bola Beracun lak. Sedar-sedar dah pukul 545.

Siap-siap, balik. Sampai UMP kul 630, sembahyang, semua terus terbungkang! Aku sedar dah pukul 2 petang!

Apapun best gak la. Maybe kalau plan to smooth sikit lagi best. Takde la budak perempuan kena balik masa tengah membakar!

Apa pun jom tengok gambar.


Kumpulan penyediaan makanan. Dioarang lah cucuk-cucukkan makanan untuk dibakar. Sempat lagi posing tu.


Sesi posing bersama gitar. Memang kaki posing diorang neh. Kat lab pun selalu suruh aku tangkap gambar


Aktiviti pembakaran


Orang sibuk membakar, kitorang sempat snap picture lak


Posing gila lelaki bila semua perempuan dah balik. Time ni lah pun diorang tak cover dah



Sesi kembali ke zaman kanak-kanak. Hehe


Sesi kepenatan menunggu pagi



Gambar dajal masa orang tidur. Kejam tak. Konon-konon nak buat gambar bermotifkan pengemis la. Perasan tak, dengan tidur dekat situ je, dia dapai RM 10.50.??? Baik tak kitorang??? hehe


Shades of happiness II

Jumaat lepas. Masa tengah sibuk studi Unit Op, aku bukak memo lalu terjerit.

“Pihak JPA telah bersetuju untuk menawarkan anda Biasiswa Persekutuan”

Dah banyak biasiswa apply, tak dapat. Alih-alih dapat tawaran pulak. Maybe sebab result last sem kowt. Dan aku adalah antara 8 orang budak BKB yang dapat. Course aku, aku sorang je.

Shades of happiness ni melengkapkan pengakhiran minggu Hectic tu. So agak happy la.

Bila bagitahu orang, semua suruh belanja! Duh, kopak aku.

Apa pun, harap dapat simpan. Tak nak guna sebarangan lagi.


The entry of the day

Entry ni aku postpone boleh. Nak bagi fair consideration for this entry. Maybe aku tunggu orang lain buat dulu, baru aku ikut.

Apa? Tunggu.......


Prolog

Apa pun thanks sebab baca sampai sini. Banyak sangat subentries sampai aku pun pening-pening ni menaip. Measti ayat terabur je.

Aku akan biarkan entri ini lama sikit, maknanya aku akan lambat lagi update. So for the time being, baca je lah entri panjang gila ni.

Dah, dah ngantuk.

Bye!


:::YTBACK!!!:::

Dia Part 2

0118 – 10 Ogos 2007

Epilog

Banyak juga yang respon terhadap entri aku tentang dia. Bermacam gaya penerimaan.

Ada yang suka entri sebegitu, ada yang keliru siapakah dia yang dimaksudkan, ada juga yang secara berdepan tanyakan aku perkara itu.

Tapi, penting sangatkah siapa dia? Mengapa semua ingin tahu? Aku tak akan beritahu, aku hanya akan berkongsi kisahnya di sini. Aku kena menjaga rahsia siapa dirinya.

Apa pun, aku kra entri tentang dia itu sedikit sebanyak mengembalikan ’tone’ Yang Terdalam sejak mula ia diwujudkan. Jika ada yang perasan, dahulunya Yang Terdalam dipenuhi dengan kisah yang ber’tone’ begini.

Dengan peredaran masa, dengan bertambahnya yang membaca Yang Terdalam, dengan kehadiran orang-orang yang kenal yang mula membaca di sini, ’tone’ itu sedikit sebanyak terhakis. Hinggalah Yang Terdalam dikenali dengan ’tone’ yang kini.

Bezanya, dulu ’tone’ itu adalah kisah aku. Tapi kini kisah dia.

Aku tak tahu sampai bila aku akan menggunakan ’tone’ ini. Yang pasti, aku hanay blogger yang menaip mengikut rasa di hati.

Dia Part 2

Malam itu dia datang lagi kepadaku.

Aku yang ketika itu sedang membuat assignment aku terhenti. Di wajahnya tergambar kedukaannya. Kerut dahinya, senyuman tipis yang terukir di wajahnya aku mengerti. Dia sedang dalam keadaan ’itu’.

”hey, wut’s up?”

”hurm takde pape la. Aku tido sini malam ni?”

Aku mengangguk. Jauh di sudut hati aku, aku tahu dia ingin berbicara. Namun dia masih cuba untuk berselindung.

Bermula dari situ, bermulalah tugas aku untuk mengorek cerita dan berita. Apa yang membuatnya jadi begitu. Dia sememangnya seakan tidak mahu memberitahu, tapi aku tahu, dia sememangnya ingin luahkan kepadaku.

Jadi kononnya, aku ni hanyalah sebagai medium yang bertanya dan mengambil berat supaya senang dia meluah. Aku sudah faham dia. Dia memang begitu.

Sedikit demi sedikit belenggunya menipis. Sedikit demi sedikit aku dapat memahami. Sedikit demi sedikit, aku cuba mendengar.

Bagiku, luahannya masih sama. Isinya masih sama. Cuma situasi dan kepada siapa yang berbeza. Masalah utamanya masih sama.

Cinta.

Entah kenapa, aku yang tidak berpasangan ini yang sering dijadikan sasaran untuk berbicara topik cinta. Kawan aku yang gadugh dengan balak dia pun tanya dekat aku. Mungkin sebab aku pendengar yang setia. Mungkin.

Kali ini, kisahnya masih sama. Dia meminati seseorang. Dia merapati, tapi tidak secara terus. Kerana baginya, dia tak mahu ianya diketahui.

Walau hanya sedikit usaha yang dia lakukan, pihak satu lagi menunjukkan minat. Dia diberi perhatian.

Masalah timbul bila dia serahkan segalanya kepada A. Yang si A pula, masih teragak-agak untuk menerima dia ni. A tidak memberikan kata putus, namun menunjukkan minat.

Dia pula, bila A respon, dia sangkakan A memang meminati. Sehingga dia angau. Sakit. Setiap mesej yang tidak dibalas A diratapi. Dia ingin tahu setiap perilaku A, A di mana, dan macam-macam lagi.

A yang masih ragu-ragu bagaikan takut. Kerana dia bergerak terlalu pantas mungkin. A pula masih tidak memberikan apa-apa.

Dan tinggallah si dia ni mengharap dan berharap. Sedangkan dia telah serahkan semua perasaannya kepada A, mengharapkan sesuatu berlaku. Akhirnya dia yang sengsara dan meratap.

Aku hanya mampu mendengar. Aku tiada daya untuk respon. Kerana bagi aku, aku orang luar. Cuma yang aku mampu buat, dengar dan harap dia bersabar. Aku kira dengan meluah, mungkin dia menjadi lebih baik.

Prolog

Tapi semua ini membuat aku berfikir.

Dalam dunia ini, kita memang ingin mencintai dan dicintai. Ada yang nampaknya begitu mudah mencari, ada yang terlalu payah, banyak halangannya.

Kadangkala kita dibuai dengan cerita romantis rekaan sendiri. Sehinggakan jika ia menjadi seperti sesuatu yang bukan kita harapkan, kita sakit.

Ia berlaku pada aku berulang kali. Bukan kepada dia sahaja.

Mungkinkah terlalu mengharap? Atau masih terbuai?

Aku tak tahu nak menghabiskan entri ini bagaimana...

p/s – susah sikit nak update, beta ada 4 test minggu ni. Doakan beta ye!


:::YTBACK!!!:::

Dia

0117 – 08 Ogos 2007

Ini adalah kisah mengenai dia…

Entah kenapa, tiba-tiba aku ingin berbicara tentang dia. Dia yang ku kenal, dia yang terdalam.

Aku agak rapat dengan dia. Jujurnya, aku amat bertuah mengenali dia. Dan juga aku amat beruntung, kerana aku adalah sebahagian yang mendapat kepercayaannya.

Dia, rupa paras tiada cacat cela, boleh memikat orang yang memandang. Personalitinya menarik, dia disukai. Keyakinan dirinya yang tinggi menyebabkan secara tidak langsung ramai hormat kepadanya. Juga mengambil kira pandangan nya.

Dia bijak. Juga ikhlas. Melayan orang lain di sisinya dengan sama rata. Tiada prejudis, tiada niat tersembunyi. Dari pandangan aku, memang ramai yang senang akan dia. Kurang aku lihat dia mempunyai musuh untuk bersengketa.

Dia amat mengambil berat tentang orang lain. Baginya, tak apa bersusah untuk orang lain, asalkan dia senang. Namun, kadangkala aku lihat orang lain mengambil kesempatan atas sifatnya ini. Dan berkali juga aku lihat dia mengalami masalah kerana orang lain.

Namun senyuman ikhlas tetap terukir di bibirnya. Senyuman yang manis. Terasa indah dunia.

Kami sering berbicara. Tentang bermacam perkara. Dia suka berbicara. Kami seringkalo memandang segala benda dari segala perspektif. Kerap kali juga membincangkan segala masalah bersama. Berkongsi cerita, suka dan duka.

Dalam proses kami berbicara itu, pelbagai rahsianya aku simpan. Pelbagai ceritanya aku pendam.

Bagiku, yang tergambar tak semestinya yang sebenar. Yang tersurat tak semesti yang tersirat. Yang terzahir bukanlah yang terbatin, dan yang terluar sememangya bukan yang terdalam. Dia yang membuat aku berspektif begini.

Dalam pada segala kehebatan yang tergambar di luar, dia ceritakan kesedihannya, kesepiannya. Segala rahsia luka pendam yang tak ternampak di mata.

Sekali lagi aku nyatakan, aku bersyukur kerana mendapat kepercayaannya. Kadangkala pengalamannya ku jadikan teladan.

Bagi ku, walau sehebat mana dia, dia masih manusia. Mempunyai kelemahan. Bezanya dia, dia bijak mengawal kelemahannya itu, dan dia bijak menggunakan kekuatannya. Sehingga dia dipandang gah.

Jika diselam, rahsia kelemahan yang disimpannya amat besar jika dibandingkan dengan orang lain. Jika yang mendengar tentu tak percaya, kerana dia sungguh baik di luar.

Aku bukan ingin memperkecilkannya. Aku ingin bercerita tentang dia yang cantik di luar, tapi sengsara di dalam. Aku yang memahami masalahnya, kadangkala rasa kasihan padanya. Namun aku tak boleh berbuat apa. Aku cuba menjadi pendengar yang setia.

Cinta untuk dia, bagiku tiada apa. Dia tak pernah mendapat cinta yang diimpikannya. Walau dia gah di luar, kadangkala dia juga ceritakan kepadaku, betapa berliku dan sukarnya dia mencari cinta.

Seringkali, situasi menjadi dia yang meminta-minta untuk disayangi, untuk dicintai. Aku cuba menyedarkannya, aku cuba membuatkan dia lupa untuk memikirkan masalah itu. Kerana aku kasihan kepadanya.

Lazim manusia, ingin mencintai dan dicintai. Begitu juga dia. Cuma kadangkala, aku lihat, cintanya tak tepat. Cintanya kepada yang salah. Dia begitu cepat menyerahkan cintanya, sehingga di akhir nanti dia yang meminta-minta. Sehingga akhirnya dia sengsara.

Entah kenapa aku coretkan semua ini. Aku cuma ingin meluah apa yang aku rasa tentang dia. Sedaya mampu aku, aku hanya mampu berada di saat dia memerlukan. Sokongan dan dorongan. Itu saja. Dia pun seringkali menyediakan perkara itu untuk aku. Jadi kiranya ia adalah interaksi simbiosis.

Persoalan yang sering berlegar di otak aku, apa akan jadi dengan dia? Mampukah dia mengharungi semuanya? Adakah nanti saat dia bahagia zahiriah ataupun batiniah?

Aku hanya mampu menantikan jawapan...


:::YTBACK!!!:::