I'm Sorry, Goodbye

0144 – 19 November 2007
I’m Sorry, Goodbye

*****************************

Aku tak tahu ke mana hala tujunya entri ini. Aku hanya meluah, dan menaip dari yang terdalam...

Banyak perkara berlaku hari ini.

Dimulakan dengan satu situasi di mana aku berusaha sedaya upaya mempositifkan diri. Hari ini aku ada 2 paper yang perlu diduduki. Secara tak langsung, semangat spiritual, dan mental amat penting.

Bangun sahaja, senyum, sembahyang. Bernyanyi kecil. Aku mempositifkan diri. Sarapan awal supaya jira aku sakit perut, sempat lagi aku menunaikan apa yang patut sebelum exam.

Sementara menunggu masa bertolak, bilikku dipenuhi dengan lagu-lagu yang aku pasang khusus untuk hari seperti ini. Lagu-lagu yang berunsur motivasi, dan memberi semangat. Sedikit terbuai dalam rasa. Sekurangnya aku rasa gembira dan tenang.

Perlu diingat aku perlukan ketenangan untuk 2 paper yang amat berat ini. Keduanya subjek killer, keduanya 3 jam kredit. Aku perlu kuat.

I just let the positivity flow inside of me. Walau masa exam ada jugak rasa bahang negative, aku cuba lawan. Selepas exam, meratapi careless mistake yang aku buat. Masa exam sem ni banyak careless mistake. Bukannya aku tak tahu buat!

Apapun, it went well. I guess.

At the end of the day, I’m exhausted. Really tired!

Perlukan masa untuk tidur untuk recharge!

*****************************

SMS
Terbuai sebentar.
Sehingga aku mempunyai kekuatan untuk berkonfrontasi.
Tapi, tingkah lakunya mengecewakanku.

Lantas teringat satu kisah yang dibaca di dalam blog kak kriesz...

Satu situasi.
Jika anda melihat seseorang memancing ikan.
Dan di saat itu, pancingannya mengena.
Dia berusaha menarik ikan itu sedaya upaya, walau ikan itu cuba melawan.
Sampai satu ketika, ikan itu tewas.
Dan dia berada dalam tangan si pemancing.

Sampai di tangan si pemancing, dibukanya mata kail dari si ikan. Dipegang sebentar.
Dan dilepaskan ikan itu kembali ke lautan...

APA PERKARA PERTAMA YANG TERLINTAS DI FIKIRAN ANDA???

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

Tentu anda merasakan si pemancing itu BODOH sekali.
Kerana setelah penat berusaha memancing perhatian si ikan dengan umpannya, setelah dapat, dilepaskan begitu sahaja.
BODOH
kan???


Ramai yang akan memberi pandangan di atas.
Kerana itu perkara pertama yang terlintas.
Kerana dalam fikiran kita, pemancing menjadi watak dominan dari si ikan.


LUPAKAH KITA APA YANG TERJADI KEPADA SI IKAN???

Adakah si ikan berenang dengan gembira kerana telah bebas?
Adakah si ikan menemui kebahagiaan?

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

Mungkin ya.

TAPI TERFIKIRKAH KITA BAHAWA...

Mungkin si ikan lebih merana dilepaskan begitu.
Mungkin mulut si ikan sumbing dirobek mata kail si pemancing.
Mungkin siripnya terkoyak.
Mungkin badan si ikan penuh dengan luka.

Si ikan lebih derita.
Siapa kata dia menemui bahagia?

Itu metafora yang tepat dan boleh digunapakai.

Bodohlah kepada yang di sana, setelah cuba menarik perhatianku, dapat perhatianku, dipegang sebentar, dan dilepaskan begitu sahaja.

Sakit yang aku tanggung, derita yang dilalui, tak siapa tahu kan.

Moralnya di sini, jangan bertindak kejam dengan hanya menjadi pemancing yang tamak dengan hasil tangkapan. Fikirkan nasib si ikan jua.

Kalau aku jadi ikan pun, mungkin mati lebih baik! Agar tak terus derita! Metaphoric speaking.

*****************************

Berakhir kisah si pemancing dan ikan, aku bangkit semula.

Setelah banyak kali terjatuh, bangkit semula sudah menjadi satu yang azali.

Memilih lagu di dalam laptop. Memasang playlist secara random.

Menemui 2 lagu yang betul-betul membuai perasaan ketika ini


I’m Sorry, Goodbye – Kris Dayanti

Sebelum bertemu dengan kau, hidupku dah cukup bahagia.
Kau hadir, aku tambah bahagia.
Namun, semakin aku kenali kau, aku sedikit kecewa.
Kau tak seperti yang ku gambarkan.
Semua kenangan manis, membuat aku rasa bahagia.
Namun, sedikit demi sedikit, semuanya berlalu.
Aku kecewa!
Maybe, kau lupa aku manusia yang punya mata, hati dan perasaan. Maafkan kepergianku.
Aku bukan bodoh.
Aku tak suka dengan semua ini.
Biarkan aku pergi.
I’m sorry, goodbye


Manusia Bodoh – Ada Band

Tak ingin dilupakan keindahan masa lalu.
Bermesraan - satu kenangan manis.
Tiada yang salah, hanya aku seorang manusia bodoh.
Yang rela dan biarkan dipermainkan perkara yang sama berulang-ulang kali.
Aku cuba bertahan sekuat yang ku mampu.
Tapi aku tidak!
Menjalani hidup dalam buai, serahkan segalanya kepada takdir.
Sampai bila aku harus menanggung semua ini?
Tingkah lakumu, buatku putus harapan.
Kadangkala hati ini tak dapat membendung apa yang dirasa.
Pedih!
Tangis!
Tapi engkau hanya ketawa dan berlalu.
Semua kisah pasti ada akhirnya.
Dan aku letakkan ini akhirnya.

Biar aku melayani dulu perasaan ini sebelum paper terakhirku khamis ini...

Maaf jika terlalu emosional atau tidak difahami. Aku hanya memerlukan tempat meluah.


:::YTBACK!!!:::

3 more papers to go!!!

0143 – 16 November 2007

3 more papers to go!

Have 3 more papers to go! 2 paper, overlap dalam satu hari, so basically by malam isnin aku hanya tinggal satu paper je!

Tapi lepas abis exam pon bakal sibuk ngn expoconvo tu. Duh!

2 paper sebelum ni, tah la. Malas nak pk lagi la…

Btw, aku tempekkan lagi jadual aku. Kaedahnya tetap sama, kenang aku dalam doamu!!! Huhuhu

BKB3423 BIOREACTOR ENGINEERING

Date : 19/11/2007

From : 0900 AM

Until : 1200 PM

Venue : YDK15

BKF2453 CHEMICAL REACTION ENGINEERING I

Date : 19/11/2007

From : 0230 PM

Until : 0430 PM

Venue : WDK30

BKF1322 ELECTRICAL TECHNOLOGY K19LB

Date : 22/11/2007

From : 0230 PM

Until : 0430 PM

Venue : XDK04

p/s – maybe lepas exam pon tak rajin update, zaman busy akan bermula! Wish me luck!


:::YTBACK!!!:::

20 sen...

0142 – 15 November 2007
20 sen…

Pre-entry…

Hawa di Knowledge Management Center (KMC), UMP amat dingin.
Sejuk.
Mencucuk ke tulang belulang.
Mengecutkan segala kelenjar dan otot-otot.

Di UMP ni, nama perpustakaannya eksotik sikit. KMC namanya. Tapi lately, dah ditukar kepada perpustakaan UMP. Mungkin nak mengelakkan kekeliruan di kalangan orang luar. Tapi bagi warga UMP, nama KMC masi tetap di hati.

Aku di situ.
Di KMC.
Studi kononnya.

Sementelah bilik sendiri hanya membolehkan aku terguling terus ke alam mimpi bila aku mula study. Suasana amat tidak membantu di bilik sendiri. Tambahan pula dengan kehadiran laptop kesayangan, dvd yang banyak belum ditonton, aku sering terhanyut.

Jadi hari ini, aku berkeputusan untuk ke KMC. Biarpun tak banyak, sikit dapat masuk pun jadilah. Lagipun, aku sedar, waktu ideal untuk otak aku studi ialah tengah malam ke awal pagi. Pastu esoknya nasiblah, habis aku mengqada’ tido. Nama pun burung hantu kan.

Dah lama tak ke KMC, aku sedikit terlupa bahawa, hawanya memang begini di KMC. Aku yang hanya berbaju T dan berjaket fakulti, sedikit kesejukan.

Memang begini attire yang aku minati. Ringkas. Tak payah nak berkemeja berkolar atau tuck in baju. Peraturan KMC macam hampeh sikit.

Jadi aku memilih untuk berbaju T dan jaket. Kalau lepas ni nak terus merambu, terus buka jaket dan rambuan bermula!

Aku kira rancangan aku berbaju begitu amatlah sempurna. Tapi ia tidak membantu aku di KMC yang berhawa begini.

Sejuk.
Dingin.

Lantas aku berkeputusan untuk ke toilet. Agar lebih lega dan dapat menumpu.

Berjalan ke sana. Dengan penuh kecoveran. Yelah, di KMC ni jelah ramai budak-budak macam-macam kos berkumpul. Asyik ke kuliah, budak kos sendiri je. So cover itu penting!

Berjalan cover dengan cara tangan masuk ke dalam poket jaket fakulti. Try r bayangkan, mesti anda terbayangkan aku poyo giler!

Tapi aku selesa begitu. So no harm done lah. Orang nak cakap apa, lantak lah.

Tapi…
Tangan aku terpegang sesuatu di dalam jaket itu.

Bulat.
Leper.
Keras.

Aku keluarkan ia.
20 sen!

The story...

Lantas aku teringat...

Lab FKKSA, UMP.
Eksperimen sedang berjalan.
Effect of temperature on plug flow reactor.

Eksperimennya mudah, kerana menggunakan model reactor.
Tapi lambat, dan bahannya amat susah disediakan

Reactant di dalam satu tong besar.
Perlu dituangkan ke dalam reactor tersebut.

Penggunaan ethyl acetate yang berbau wangi, sehingga memeningkan menjadi satu cabaran.
Menuntut kami memakai goggle.

Aku tak kisah la kan, boleh je angkat tong yang berat tu ke dalam reactor. Laki kan. Tiba-tiba,

”Kamal, tolong aku angkat tong ni. Pastu masuk dalam reactor tu. Berat r!”

”tak mo aku! Tu keje ko! Bukan dapat pape pun. Lagipun aku dah pening lalok-lalok ni. Benda tu wangi sangat”

”ala. Ko pakai la goggle. Aku g amik kan. Boleh ek? Eh?.”

”wek! Tak mo. Konon comel la buat camtu”

memang aku comel. Ala, nanti aku bagi la pape”

”apa ko nak bagi?”

”erm... erm...”

”cepatlah, aku banyak lagi awek nak dilayan!”

”ish dia ni, poyo betul. Ok lah, aku bagi ko 20 sen!”

”20 sen? Hahaha, macam la aku terpedaya”

“ala, boleh la…boleh ek?”

….

“yelah, yelah… selamat aku baik hari ni”

”thanks”

Aku saja je mengusik. Aku memang akan menolong sahaja.
Ikhlas kan.
Dan aku memang baik kan.
Hahaha.
Setelah aku me
nuang reactant tu ke dalam reactor,

”ok thanks Kamal. Jap ek aku cari 20 sen”

”eh tak yah la. Aku memain je tadi”

”ala, tak pe lah.. eh mana lak duit aku ni.. alamak takde duit kecik la!”

”eheh, tak mo bagi cakap la”

”aku nak bagilah! Jap,jap, ana (bukan nama sebenar), pinjam 20 sen!”

”ha, nah, 20 sen ko”

”ala, 20 sen pun pinjam. Tu pun nak bagi aku”

”ala amik je lah”

”yelah-yelah, aku simpan dalam jaket ni”

”ko wat caption nanti tau bawah 20 sen tu. “20 sen dari Siti (bukan nama sebenar)”

”tak nak! Aku nak letak ”20 sen dari Siti yang dipinjam dari Ana” hahaha”

”apa-apa je lah. Thanks!”

Itulah kisahnya.
Bagaimana 20 sen itu boleh berada di dalam jaket fakulti ku.

Tiap kali aku menyeluk tanganku ke dalam jaket itu, aku teringatkan kisah itu.
Diingatkan, ingat, bukan rindu!

Yang pasti, 20 sen itu akan tetap menjadi memori aku di sini...

Kelakar kan, benda sekecil 20 sen pun mampu mempunyai memori. Tapi tak heran r, kambeng pun mampu buat Tru angau! Dan Diya, aku teringat je ni, bukan rindu tau!

Hahaha!


:::YTBACK!!!:::

The Final...

0142 – 11 November 2007

The Final…

Sepatutnya, beta tempekkan ni dah lama dah. Tapi baru sekarang berkesempatan. Setelah beta lalui satu paper, dan beta rasa macam bengang-bengang sikit, baru ada masa nak tempekkan. Sowi guys, busy la ngan keje n final.

About this schedule...

Kaedahnya, kalaulah tiba-tiba masa di bawah ni, korang teringat kat beta, kirimkanlah doamu lepada beta. Ala-ala, ingat aku dalam doamu lah!

Huhu

Kepada yang final jugak, good luck! Try your best!

BKF3463 - UNIT OPERATION I

Date : 13/11/2007

From : 0900 AM

Until : 1200 PM

Venue : DKU2

BKF2443 NUMERICAL METHODS & OPTIMIZATION

Date : 16/11/2007

From : 0900 AM

Until : 1200 PM

Venue : YDK14

BKB3423 BIOREACTOR ENGINEERING

Date : 19/11/2007

From : 0900 AM

Until : 1200 PM

Venue : YDK15

BKF2453 CHEMICAL REACTION ENGINEERING I

Date : 19/11/2007

From : 0230 PM

Until : 0430 PM

Venue : WDK30

BKF1322 ELECTRICAL TECHNOLOGY K19LB

Date : 22/11/2007

From : 0230 PM

Until : 0430 PM

Venue : XDK04

P/S – ada shades of happiness sikit… tapi malas nak pikir lagi… but mind you! It’s not lovey dovey thing ok! Nanti aku kongsi


:::YTBACK!!!:::

Hai.. dunia, dunia...

0140 – 14 November 2007

Hai.. dunia, dunia…

Satu hari tu, aku terbaca dalam paper, pasal satu kisah ni. Seriau pun ada, kelakar pun ada. Hai, dunia, dunia.

Ceritanya macam ni, adalah seorang minah ni, minat gila kat seorang mamat ni. Masalahnya, mamat ni dah ada awek. Kiranya minah ni takde peluang la. Jantan ni bukannya kenal pun minah ni. Kiranya minah ni just fall in love dalam diam la. Admire dari jauh.

Selalunya, dalam filem, kan ada part di mana si admirer dari jauh akan berusaha untuk mendapatkan apa yang dihajati. Selalunya dalam filem, usaha minah ni best untuk kita tengok sebab rasa sweet sangat. Yelah, kita nak tengok macam mana seseorang try untuk dapatkan cinta dari orang yang tak dikenali.

Di dalam filem, biasnya kepada minah ni. So, kita tak fikir pulak apa perasaan jantan tu ke hapa. Kita hanya diceritakan kisah satu pihak je kan. Tu yang kita minat nak tau apa yang minah ni buat untuk curi hati jantan ni kan.

Tapi apa yang berlaku tentang kisah yang aku ingin ceritakan? Apa usaha perempuan ini untuk mendapatkan perhatian si jantan?

Ada ke patut…

Dia pergi jumpa awek jantan tu, g bantai cukup-cukup, then bogelkan. Pastu rakam dan ugut jantan tadi supaya menerima cintanya, kalau tak nak rakaman bogel aweknya ke Internet! Gosh! Giler la!

Ada ke patut? Aku baca, seram pun ada. Sampai di sini tahap manusia sekarang. Bila pikir balik kelakar pun ada. Ye lah, kalau ko jadi jantan tu, then ko kena ugut camtu, nak ke ko kat pompuan camtu? Duh, bodohnya usaha! Dari jantan tu tak benci kat ko, dia terus tak nak pikir langsung pasal ko. Pity you!

Huhuhu, aku tergelak.

And it gives me an idea. Dan aku dah propose idea ni kat roommate aku.

Apa kata…

Kalau aku jumpa balak budak pompuan yang aku minat, bantai, n wat rakaman macam tu jugak, then aku ugut pompuan tu. Dapatkah aku awek itu? Dapatkah idea ini diguna pakai?

Hahaha, just kidding. Bengong la kalau aku nak proceed.

Roomate aku cakap, ok je idea tu. Tapi senang ke nak bantai balak orang. Tah-tah aku yang kena bantai.

Aku jawab balik, aku nak wat latihan kat ko dulu. So kiranya, aku cakap kat roomate aku, aku nak rampas awek dia dengan cara aku merakam kegiatan terlampau roomate aku di dalam bilik. Boleh?

Hahaha

Roomate aku sekarang konon-kononnya tengah berhati-hati dengan aku. Sebab takut aku buat rakaman terlampau. Sampaikan aku offer dia coklat pun, dia takut dalam coklat tu ada ubat tidur yang boleh tidurkan dia, n bagi peluang aku rakam. Heh, macam-macam.

Macam tu lah kitorang nak bergurau pun. Korang jangan ingat aku nak buat lak! Bengong je kalau aku nak ikut jugak plan bongong pompuan itu!

Hai, dunia, dunia...


:::YTBACK!!!:::

Theory?

0139 – 5 November 2007


My friend once told me abut this theory…

Dunno it is true or not, but from what he said, I think it is relevant…

It turns out that this my friends have a very good female friend. And he quote this theory from his female friends la..


“kawan aku cakap, perempuan ni, dengan lelaki-lelaki hensem and comel, bukannya diorang nak serius betul-betul tu. Main-main maybe, but kalau nak jadi steady boyfriend, atau suami, perempuan tak suka lelalaki hensem atau comel, atau macho. They think that it is too good to be true”


Our conversion went on, try to find reason to this theory. It turns out that, we agreed with this theory.

First reason is, woman does not like the feeling of insecure. Having a handsome boyfriend makes them feel insecure to other woman. They feel like somehow, their boyfriend will be snatched up by others.

Second, woman like to fantasizing things. Having a handsome boyfriend makes them to live-the-movie life. So, it is just their desire to be in romantic situation, with a handsome boyfriend by their side.

All other reason, just like crap. It was actually a light conversation, so we don’t put much thought on it. And the conversation just washed away.

But, for me, it worth to discuss. Is this theory true? What say you?


:::YTBACK!!!:::

It's been two weeks...

0138 – 4 November 2007


It’s been two weeks...
Since I avoiding A…
Since I cut all my contacting line with A…

It’s been real hard…
So hard!
To let go…
To moving on…

Easy to say…
Easy for me…
To advice people to let go…
But when it comes to me…
I experienced it myself…
In the hard way…
Feel like karma turns back to me…

All this time…
In these two weeks…
I tried to forget about A….
I tried to live my life without A…
I tried to not to think about A…

But…
It turns out that I still keep my hope high…
I still have faith in A…
That somehow, someday…
A will come to me…
And relieving old days…
And make me happy once again…

In my conciousness…
I know all my feelings right now are crap…
I need to get hold on my life…
I should not be carried away by all these feelings…
I must try harder to get on, forget about A…

But…
Most of the time I’m defeated…
By old memories…
By pieces of laugh…
By fragments of joy…
By myself…

Dunno what to do…
I just want to crying out loud…
In this place, I found it purpose…
Comforting me…
Relaxing me…

As soon, I will get to my conciousness…
Fully awareness…
That A must go…
And I must go on…
That maybe the time, I’ll be just fine…

My days pretty much the same…
Keep busying myself with works…
Study… final…

But in the middle of the night…
Before my eyes shut…
Before my brain carried away to dreamy land…
Here I am, typing these words…
To make myself better…
And to tell people…
That it is hard to let people come, and go!

I guess it is just two weeks…
I must keep my grip until it is long enough…
So that all these will dissolve away…

Yeah people, it is only two weeks…
But only me feel the burden!


:::YTBACK!!!:::