Saya Anak Malaysia!!!

0097 – 27 May 2007

Saya Anak Malaysia!

Pre-entry

Bilakah kali terakhir aku terharu hampir menangis, dan aku rasa bersyukur dilahirkan sebagai rakyat Malaysia?

Saat itu sudah lebih setahun berlalu. Aku rasakan perasaan itu adalah di kala aku menyaksikan sendiri VCD ”Siti Nurhaliza In Concert Royal Albert Hall” di bulan puasa satu tahun yang dahulu.

Aku yang mengenali Siti secara rapat, kerana dia hadir di dalam hidupku setiap hari melalui lagunya merasakan amat bangga dan terharu bila melihat usahanya membuahkan kejayaan yang membanggakan.

Biarpun dihambat kontroversi, berapa ramai sangat rakyat asing melihat persembahannya di London ketika itu, aku tak dapat nafikan perasaan terharu, bangga, keterujaan, dan perasaan wow yang hadir dalam diri aku ketika itu.

Siti Nurhaliza In Concert Royal Albert Hall

Sebelum penerbangannya ke London, media menyiarkan persiapannya, dengan sesi latihannya yang ketat, sesi fitting baju yang menampakkan ketungkus lumusan setiap designer yang terlibat, sesi penyusunan muzik, sesi promosi, sesi mencari tajaan bagi event tersebut, sehinggakan pada tarikh 1 April 2005 ketika itu, aku merasa sedikit kesal aku tidak berada di London.

Esoknya aku menatap akhbar. Kosmo. ”Siti memukau” itu captionnya. Hatiku bertanya ”sepukau mana?”

Jawapanku hanya terjawab enam bulan kemudian, ketika aku mendapatkan VCD itu. Memang aku nantikan, dan aku rasa mungkin aku juga antara yang terawal untuk mendapatkannya. Setiap hari aku ke kedai untuk bertanyakannya.

Melihatkan konsert tersebut berlangsung dari laptopku, dengan volume yang terkuat boleh aku attachkan ke earphoneku, aku menyusuri bersama Siti dalam setiap lengkok lagunya. Aku mencari-cari juga ruang di mana di cuba berbahasa Inggeris, juga meneliti berapa ramai rakyat asing yang hadir.

Aku yang mengenali setiap lagunya, terkejut dengan susunan muzik yang lain dari yang lain dan akhirnya menampakkan eksklusifnya konsertnya di sana. Aku yang mengetahui susunan muzik dan vokal di dalam albumnya bagaimana, dapat merasakan kelaianan, dan usaha yang dibuat oleh mereka yang terlibat.

10 tahun yang manis

Dan di kala Siti mengucapkan ”10 years ago, saya record album pertama saya, Jerat Percintaan. Tonight, on 1st of April, bukan April Fool, I’m celebrating my 10 years anniversary, with all of you”, aku hanya diam.

Satu perasaan hadir bila bait pertama lagu Jerat Percintaan dinyanyikannya malam itu. Rasa sebak. Rasa melihat bagaimana lagu itu merupakan permulaannya di bidang seni, lagu itu merupakan titik mula untuk kejayaannya pada masa itu. Lagu itu merupakan perkenalan aku dengannya, dan juga lagu itu jualah yang memperkenalkannya kepada Malaysia.

Aku tak dapat gambarkan perasaannya ketika itu. 10 tahun dulu ketika lagu itu dinyanyikan, dia tak punya apa-apa. Ketika itu, 10 tahun kemudiannya, dia ada segalanya. Award yang bertimbun, pencapaian demi pencapaian dan sanjungan dari masyarakat.

Terharu

Aku terharu. Hampir menangis. Di situ, aku jadikan usahanya sebagai pendorong aku. Kalau Siti boleh buat, kenapa tidak aku, bisik hatiku. Dan aku secara tak langsung menjadi lebih rajin sejak dari hati itu.

Dia mengajarku semuanya bukan mustahil untuk dilakukan. Dan dalam dia melakukannya dia tidak lupakan asal usulnya. Malaysia.

Dia membawa bersama tarian Malaysia ke mata dunia, lagu Malaysia, busana Malaysia. Hatiku tak semena-mena menyatakan aku bangga menjadi anak Malaysia yang melihat kejayaan seorang lagi anak Malaysia memasyurkan Malaysia!

Iklan

Aku tahu anda loya loya membaca mengenai kisah Siti di sini.

Peduli hapa aku. Itu aku rasa dan ini blog aku. Kalau tak suka, jangan baca!

KLCC – Kuala Lumpur City Centre

Itu kisah dulu. Setahun dulu.

Hari ini berbeza. Hasrat sebelumnya, ingin menghabiskan masa menonton movie. Pergi ke bilik rakan untuk copy kan macam-macam movie. Segala yang dia ada untuk dimasukkan ke dalam external hard disk ku. Aku mengexplore semua yang dia ada.

Tibalah di satu file ”National Geographic - KLCC In The Making”. Aku tertarik untuk mengambilnya. Ingin juga aku ketahui apa yang terjadi di kala KLCC dalam pembinaannya.

Balik ke bilik. Membuka laptop, membuka file tersebut. Bermulalah satu lagi perjalanan di mana akhirnya aku merasa teramat bangga menjadi anak Malaysia.

KLCC – Kuala Lumpur City Centre nama diberi. Deskripsi yang diberikan National Geographic yang asalnya dari Amerika mengenai Malaysia pada awalnya sedikit memanaskan hatiku.

Permulaannya dinyatakan perlumbaan demi perlumbaan yang dilakukan oleh masyarakat dunia untuk membina pencakar langit. Semuanya bersaing untuk memnunjukkan kepada dunia satu simbol kestabilan politik, kekuatan pemerintah, dan kemajuan yang dicapai oleh setiap bangsa.

Mulanya hanya bangsa Eropah yang mendahului. Tibalah deskripsi mengenai Malaysia. Dinyatakan betapa sebuah negara underdog yang ingin mengatasi negara-negara lain dengan membina KLCC. Aku panas hati bila digambarkan yang Malaysia terlalu berkhayal tinggi untuk mencapai segalanya.

KLCC yang ku abaikan...

KLCC yang kita kenali. Aku kenalinya dengan nama pusat hiburan. Sementelah aku SPM dulu, itulah pusat yang aku sering kunjungi, kerana aku mengambil kursus bahasa inggeris di British Council berdekatan dengan KLCC.

Aku tak kisah bagaimana ianya di bina. Aku tak kisah selamat kah bangunan ini. Aku tak kisah semuanya, kerana aku tak tahu. Aku tak kisah orang asing menganggap KLCC satu bangunan yang unik.

Kalau aku disuruh menulis karangan mengenai keunikan Malaysia, aku pasti akan bercerita mengenai KLCC. Itu dan ini. Tapi aku itu hanya sekadar pelengkap tulisan. Bagai satu skrip, jika anda ingin menulis mengenai Malaysia, anda harus includekan KLCC sebagai salah satu tajuk, jika tak anda tak lulus.

Itu hanya sekadar skrip yang aku tak ketahui maksudnya. Aku sedikit tertawa bila melihat betapa pelancong asing bersusah payah mengangkap gambar KLCC. Bagi aku apalah sangat.

Aku mengabaikan KLCC. I took KLCC for granted. Aku tak menghiraukannya. Bagi aku KLCC itu memang ada di situ. Mereka telah membinanya, apa aku nak kisah.

Melihatkan file ini aku terkesima. Perasaan yang sama bila melihat Siti setahun dulu datang kembali.

Tak ku sangka di sebalik rupa KLCC yang sedemikian rupa, permulaannya cukup getir. Hasil usaha ramai pihak telah melekatakkan KLCC di bumi Malaysia yang menyebabkan kini kita dikenali seantero dunia.

Dilema PM

Idea pencakar langit memang didorong rasa egois. Semua ingin menjadi yang nombor satu. Mungkin Tun Dr Mahathir Mohamed pun sedikit ego dalam perkara ini. Tapi aku melihat egonya bertempat. Dia meletakkan ego itu untuk mempromosikan Malaysia untuk menjadikan dunia memandang Malaysia.

Tiba-tiba aku rasa teramat bangga mendapat perdana menteri berpandangan jauh sepertinya. Sedangkan selama ini di bawahnya, aku tak habis-habis juga mengutuk tindakannya. Rasa tak pernah puas. Bawah Pak Lah ni pun sama kan.

Dilema Perdana Menteri. Kasihan aku ada mereka. Tapi walau apapun aku salute mereka menjalankan negara ini. Kudos to them!

Faktor penghalang pembinaan KLCC – pelan, masa, asas, bahan, pergerakan, keselamatan, dan macam macam lagi diambil kira. Aku membandingkan dengan aku. Mungkin aku tak terfikirkan kesemuanya.

  • Pelan

Berbalik kepada KLCC. Tahu tak untuk membina pelan lakaran KLCC yang sekarang ini mengambil masa hampir setahun? Sedikit terkilan jugak bila melihat banyak yang terlibat adalah pakar luar. Tapi untuk permulaan rasanya tak salah kan.

Rekaan yang pertama dikatakan tidak bercirikan Malaysia. Dihantar ditolak dihantar ditolak. Sehinggalah 8 bulan. Akhirnya PM sendiri yang membina lakaran kasarnya, dan ditambah oleh perekanya dan jadilah rekaannya seperti sekarang.

  • Masa

Masa adalah emas kata orang. KLCC hanya dibenarkan dibina dalam masa 6 tahun. Jika tidak Malaysia akan mengalami kerugian yang besar. Namun masa untuk bangunan sebegini patutnya 8 tahun.

Solutionnya – projek ini diberikan kepada 2. menara 1 dan 2. kepada 2 pengurus. Mereka berlumba untuk menyiapkannya. Hanya dengan persaingan, masa akan dapat ditepati. Nature lah kan, perasaan cemburu akan membuat manusia membuat sesuatu yang tak diduga.

Persaingan yang sengit menjadikan masa mencemburui mereka. Mereka bergerak tanpa henti 24 jam 7 hari seminggu. Satu tekanan yang hebat.

  • Asas

Faktor kedua, asas. Asas KLCC pada asalnya tidak kukuh. Ia dirancang dibina di atas satu kawasan batu kapur yang rapuh. Salah satu menara juga asalnya dibina di cerun batu kapur yang boleh membawa ketidakstabilan atas kedua-dua menara.

Solutionnya – pelan dialihkan 60 meter ke kawasan lembut. Dirancangkan untuk membina asas yang baru, yang secara tak langsung menambahkan masa untuk membina KLCC.

  • Bahan

Bahan pula menjadi isu apabila Malaysia kekurangan industri keluli untuk menampung projek ini. Yang Malaysia ada adalah konkrit. Satu eksperimen dibuat untuk mengkaji kekuatan konkrit ini. Pelbagai jenis campuran dibuat untuk menampung beban menara ini. Akhirnya mereka berjaya memperoleh campuran yang sesuai.

Masalah timbul bila semakan dari semasa ke semasa dibuat, terdapat satu tingkat dibuat dengan campuran yang salah. Tingkat itu terpaksa dirobohkan. Satu perobohan sebelum menara itu selamat dibina!

  • Pergerakan

Faktor pergerakan pula menjadi isu. Digambarkan rakyat Malaysia tidak suka untuk bergerak sepantas rakyat Amerika. Jadi lif berkuasa laju tidak sesuai digunakan. Jika hendak mewujudkan lif yang banyak pula memakan ruang.

Solutionnya – lif dual digunakan. Maksudnya 2 lif akan bergerak serentak di antara satu sama lain. Itu yang menyebabkan jika anda ingin naik ke tingkat genap anda kena ke bahagian lain, jika anda ingin ke tingkat ganjil anda ingin kebahagian lain.

  • Keselamatan

Keselamatan. Jika berlaku kebakaran apa akan terjadi kepada KLCC? Adakah ia akan memerangkap dan membunuh ribuan orang di dalamnya?

Solutionnya – satu jambatan dibina di tengah-tengahnya. Supaya jika satu menara menghadapi masalah satu lagi boleh membantu.

  • Cuaca

Cuaca pula memberi tekanan. Di kala mereka menaikkan jambatan itu dari tanah, kilat sabung menyabung menyebabkan elektrik terputus dan sistem hidraulik tak boleh berfungsi. Selama beberapa jam, jambatan itu tergantung di tengah-tengah dua menara.

Terpegun

Pelbagai masalah mereka hadapi. Dan mereka perlu membuat keputusan dengan cepat dan bijak. Kiranya di kala saat itu berlaku, apa penyelesaiannya.

Aku sedikit terpegun melihatkan bebanan masalah yang mereka hadapi dalam pembinaannya. Aku kagum dengan cara mereka bergerak dalam sela masa yang tetap, dengan pelbagai masalah yang menganggu gugat kelancaran proses mereka.

Hinggakan di saat menara itu ditunjukkan siap, aku menjerit kecil. Aku rasakan bagaikan aku yang berjaya menghadapi semua masalah itu.

Di saat aku menyaksikannya, aku rasakan selama ini aku memandang KLCC sebagai satu binaan yang kukuh, sedangkan sebenarnya peluang untuk bangunan ini runtuh dalam sekelip mata adalah mudah.

Despite all that, mereka berjaya mengatasinya. Aku kini lebih menghargai KLCC. Tapi tak de lah lepas ni aku pergi KLCC siap peluk cium bagai.

Aku bangga dapat melihat satu lagi usaha mega dalam negara yang kini terkenal di seluruh dunia. Selama ini aku tak menyedarinya, kini aku amt menghargai.

Reality-in-action

Realitinya, file ini menggambarkan bagaimana kemungkinan yang akan berlaku kepada aku di dalam projek Expoconvo’07 aku tu. Menjadi ketua, aku perlu prepare dari segi mental mengenai segala masalah yang mendatang.

Mungkin aku boleh jadikan kejayaan Siti dan KLCC sebagai pendorong.

Post-entry

Kepada yang letih membaca dan hairan kenapalah aku teruja sangat ketika ini, anda perlu lihat sendiri file ini. Baru anda rasa bagaimana.

Jika anda tiada rasa, baik tak yah jadi rakyat Malaysia lah.

Aku bangga dengan negaraku yang unik ini. Muka buminya, budaya, dan segalan-galanya.

Marilah sama-sama meraikan kemerdekaan bumi bertuah ini yang ke 50.

Aku bangga menjadi rakyat Malaysia!

p/s – aku bukanlah patriotik sangat, tapi ini adalah hasil file ini. Seperti aku cakapkan tadi, anda perlu melihatnya sendiri dan rasa sendiri.

Dan aku tahu mungkin entri ini akan dikutuk, sebab tak cool kan semangat patriotik ni. Lantaklah anda. Adakalanya kita perlu jadi tak cool untuk menghargai sesuatu.


:::YTBACK!!!:::

Hari Yang Cerah Untuk Jiwa Yang Sepi...

0096 – 26 May 2007

Hari Yang Cerah Untuk Jiwa Yang Sepi...

Pre-entri

Walaupun sekarang ni hujan mencurah, aku nak jugak gunakan tajuk ni. Sebab apa, later k!

Apa aku baut hari ni.

Better aku start dari semalam la ok. Atau dari sebelum-sebelum ni.

Hibernasi

Lepas aku tak leh tido tu, aku g la jumpa doktor kat UMP ni. Doktor kat UMP ni pelik sket, ada satu doktor je. So kiranya bergantung harap pada dia je la.

Pulaknya, masa aku g tu, dia g lak kursus 3 hari. So it left the jururawat je la kat klinik. Amik ubat je boleh, but untuk check apa-apa memang tak leh. Mana lah tau aku ni ada sakit…?

So, aku jururawat tu pun tak berani nak bagi ubat apa. Aku pun paham je la. Diorang takde kuasa. Tapi yang aku bengang tu, kenapa la time sakit, time tu doktor takde? Plus kenapa lah satu je doktor kat UMP ni?

Lantak la, yang penting aku mesti try tido.

Aku buangkan habit minum nescafe tu. Aku tak nak satu pun caffein dalam badan. Aku minum milo je. Makan banyak2. mandi. Selesakan diri. Then try tido.

At least lepas tu dapat la 3 jam, 4 jam, n sekarang dah normal kowt.

Bila dah normal ni pulak, bosan la pulak hidup.

Aku sibuk studi n meeting expoconvo tu. Aku sibuk rancang itu rancang ini. Then suddenly macam aku cakap rasa bosan dan sepi.

G la mengacau rumah orang lain. Bila bosan lak buat kerja yak berfaedah ni, aku balik.

Tengok movie. Layan sampai pukul 4 pagi.

Pagi ni aku bangun pukul 2 petang! Hampeh tak. Berapa kali tersedar. Tapi malas nak bangun. Selamat roomate aku balik rumah. Lagipun aku kunci pint u bilik.

Kalau tak adalah makhluk-makhluk umah ni mengacau aku yang nak beradu. Asyik tido je la, kamal, nak pinjam external la, kalau tak pun, diorang lecture aku sebab tido memanjang.

Lantaklah kan. Hidup aku. Sibuk je.

Nafsu pelik...

Later on, lepas bangun, mandi, decided keluar.

Perut lapar menggila. Nafsu makan makanan eksotik tiba-tiba datang.

Drive sorang-sorang g Kuantan 30 km or approximate 30 minutes away from here. Masuk Megamall, bayar rm 1.50 utk parking, semata-mata nak makan Kenny Rogers!

Boleh?

Berapa banyak habis bila aku ada nafsu pelik begini. Minyak dah rm 10, parking, then gatal lak tak reti duk diam kalau tak beli barang.

Tu yang malas nak keluar. Dah lah duit takde. Tapi hari ni boleh gak habiskan rm 100!!

Tapi takpe. Sekurang-kurang nya hari ini aku happy. Masa ku terisi selain dari tidur je. Ini adalah Hari Yang Cerah Untuk Jiwa Yang Sepi...

Dan apa yang aku beli?

The new Peterpan – Hari Yang Cerah

Aku amat meminati Peterpan. Sejak dari zaman Taman Langit, ke Bintang Di Surga, dan kini Hari Yang Cerah,

Ingat lagi, masa tu Peterpan tak lah popular lagi dekat Malaysia ni. Tapi aku dah suka dan layan dengar Taman Langit mereka.

Bagi aku, lagu diorang walaupun simple, tapi lirik mereka menyuntik elemen khayalan kepada aku.

Langit, bulan, bintang, awan, surga, dan macam-macam lagi menjadi permainan kata-kata. Aku amat meminatinya.

Dan aku sering menerawang bersama kata-kata itu. Di kala itu lah aku ciptakan Taman Langit yang merupakan laman imaginasiku.

Di Yang Terdalam mungkin tak selalu aku bercerita mengenai Taman Langit ku. Di blog yang dulu mungkin selalu.

Taman itu telah lama aku cuba tinggalkan. Lantaran menyedari taman itu hanyalah khayalan, bukan realiti.

Sedikit sebanyak, aku kembali ke bumi yang nyata dari langit. Aku kembali realit dari fantasi.

Dan aku melihat album Peterpan mula begitu. Bermula dari Taman Langit di langit, ke Bintang di Surga dan kini kembali ke benda yang ada di bumi – Hari Yang Ceah. Mungkin lepas ni albumnya bertajuk Bumi?

Merepek pulak aku.

Tapi di sini aku ingin menyatakan kekaguman kepada lagu Peterpan. Ini yang ku rasa. Semua lagu dapat aku relatekan dalam diri. Ini istimewanya Peterpan. (jika tak minat, jangan sibuk!)

Dan kalau anda perasan Yang Terdalam juga merupakan salah satu tajuk lagu

Peterpan!


Yang Terdalam

by PeterPan


Biarlah semua yang kuinginkan

Tak akan ku ulangi

Maafkan jika kau ku sayangi

Dan bila ku menanti

Pernahkah engkau coba mengerti

Lihatlah ku disini

Mungkinkah jika aku bermimpi

Salahkah tuk menanti

Tak kan lelah aku menanti

Tak kan hilang cinta ku ini

Hingga saat kau tak kembali

Kan ku simpan dihati saja

Ku telah tinggalkan hati yang terdalam

Hingga tiada cinta yang tersisa di jiwa


Post entri

Sekali hujan lebat, kilat sabung menyabung la di luar. Macam mana nak jadi Hari Yang Cerah ni?

Btw, Hari Yang Cerah Untuk Jiwa Yang Sepi tu pun tajuk lagu baru Peterpan.

Nak g layan jap!


:::YTBACK!!!:::

Hanya yakin menunggu...... jawab-NYA...

0095 – 25 May 2007

Hanya yakin menunggu...... jawab-NYA...

Aku rasa aku kena update something hari ni. Walau aku tak tau nak update pasal apa.

Current life – bolak balik. Kelas. Meeting. And in addition, bila emosional dan profesional bertemu.

Aku rapuh!

Penat melayan perasaan. Ingin dituju keluar, tak diketahui mana arahnya. Atau pada siapa.

Ingin keluar mencari environment baru, sebab aku sedikit sebanyak bosan dengan rutin aku ketika ini. Kelas, meeting, hiburan n also a spice of emotional that from day to day keep find a way to ruling myself.

Dunno why. Biasa lah kan. Bila cuti, ada masa untuk diri sendiri, ini yang berlaku kan.

Cuba belek Yang Terdalam dari dulu lagi. Aku lebih banyak berbicara soal perasaan bila cuti menjelma. Masa tu mula aku selami diri aku sedalamnya.

Sangka aku, aku mengambil short sem dan sedikit tanggungjawab untuk expoconvo ini dapat membuang rasa itu. Nyata aku silap.

Aku lagi sakit adalah. Nak cuti pun ada.

Rasa ingin terbang, jauh. Ke tempat yang tak pernah dikecapi sebelum ni. Nak rasa pelbagai perkara baru. Nak cuba segalanya. Nak lebarkan sayapku.

Namun rupanya sayapku, sayap kertas. Aku tak berupaya. Banyak yang menghalang.

Nak keluar. Duit. Nak keluar. Aktiviti apa? Semuanya membosankan. Tah la.

Itu sebabnya aku tak nak update buat kebelakangan ni. Kalau update entri depresi macam dah tak best lak. Aku tak suka orang pandang aku mamat depres walaupun ianya betul.

Aku ambil kira sangat pandangan orang kowt.

Apa pun, aku memang ingin tamatkan rasa ini.

Macam mana?

Ada dua tiga solution dalam kepala otak. Nak di execute, susah. Memerlukan keyakinan yang tinggi. Memerlukan kekuatan.

Masa ini aku tiada semua itu. Aku hanya berkhayal dan meluah perasaan di situ. Macam aku katakan dulu, di situ aku adalah aku, di situ aku yang betul, hanya di situ aku rasa tenteram.

Tapi itu dulu. Dulu aku rasa tenteram, kini aku gelisah. Dunia khayalan yang diciptakan itu rupanya sepi. Mungkin juga jalan aku untuk membunuh kesepianku itu.

Entahlah.

Buat masa sekarang, dipersilakan Siti Nurhaliza

”Andaiku bisa merubah semua, hingga tiada orang terluka, tapi tak mungkin, ku tak berdaya, hanya yakin menunggu... jawabNYA”


:::YTBACK!!!:::

Duh!

0094 – 22 May 2007

Duh!

Aku dah tak leh tido 2 hari dah!

Hari pertama, guling2 atas katil dari pukul 130 pagi. Aku hanya boleh tidur pukul 6! Selamat class kul 1130. kira sempat la tidur 2 3 jam.

Hari kedua aku cuba tidur dari pukul 1030 lagi. Macam-macam cara aku buat. Hanya boleh tidur pukul 330 pagi! Duh apa yang berlaku kat aku ni???

Kepala aku pening, otak serabut.

Tapi class still kena pergi, tak nak tinggalkan.

Kata nak dapat a kan.

Nanti2 la aku citer apa yang berlaku k!

Is there something freaky happened, cos this never happened before!

Will be back soon!


:::YTBACK!!!:::

Relationship???

0093 – 18 May 2007

Relationship???

Pre-entry

Sebetulnya aku dah nak tido dah tadi. Aku dah tutup laptop aku, n dah pun tarik selimut.

Hujan di luar renyai-renyai, hawa mendamaikan. Memang bagus tido kan.

Its 2 am in the morning. Esok kelas pukul 8. Patutnya aku dah tido kan?

Apa yang buat aku meraban di sini dan still terjaga?

Itu kamu!

Sebab anda semua. Ya, anda semua. Terima kasih.

Memang rutin harian aku, sebelum tido aku akan check e mail aku melalui gprs. Dan tak sangka, malam ni tiba-tiba aku dapat 5 komen yang belum aku baca atas post-post aku yang lalu. Walaupun orang yang sama, but still, aku terharu.

Demi tidak mensiakan keterharuan aku, dan gelombangnya pun dah datang, baik aku menaip kan. Wel,, do something that will make teddybearhijo happy. (duh, this gurl ha... asyik suruh update je)

Pasal shades of happiness tu, rasanya lambat lagi la official. Lama sangat menanti, sampai aku pun dah letih rasa excited. Dah tak rasa excited dah pun. Tapi it still good. Believe me.

Nak try gak buat macam Siti “bila tiba masanya aku akan beritahu”. Biarlah rahsia dulu ek!

Jangan marah pulak.

The entry

But now, dunno what i want to post, tapi maybe aku akan cuba cari balik gelombang dan idea yang aku nak tulis lama dulu.

Hurm, actually sebelum aku nak tido tadi, roommate baru aku untuk short sem ni tengah sibuk bersembang dalam selimut dengan awek dia. Awek yang mana satu pun aku tak tahu la.

It makes me suddenly feel lonely. Aku macam mencari-cari siapa untuk aku hubungi ataupun mesej. Entahlah kenapa rasa itu datang. Tapi sebetulnya memang rasa itu selalu wujud bila aku nak tido. Yelah, masa tu waktu untuk diri sendiri kan.

Selalu juga mereka bertanya, siapa di hatiku. Siapa yang aku tengah minati. Siapa dan siapa. Soalan, sukar dijawab.

Entahlah. Macam mana aku nak meluahkan.

Relationship???

Let put it this way, ramai orang bertanya mengapa aku tidak menjalinkan hubungan dengan sesiapa, memandangkan bagi orang, aku mempunyai pakej la kononnya, (time nak angkat bakul ni), baik, peramah, dan muka pun sedap mata memandang. (hehe, sori)

Atas kelebihan yang sedikit dan tak kekal yang aku miliki itu, aku dijadikan satu alat dan kayu pengukur, atas sangkaan orang. Sangka mereka, orang sepertiku mudah untuk menjalinkan hubungan.

Salah tu. Tak rasa tak tahu.

Kerap kali, aku cuba mencipta rasa untuk didampingi seseorang. Kerap kali juga aku batalkan hasrat aku itu, kerana apa gunanya rasa yang aku cuba buat-buat.

Mengatasi kebosanan dan kesunyian dah menjadi rutin hidup aku sejak dulu lagi. Dulu aku meminta untuk didampingi sebagai kawan. Ingat lagi pelbagai pengalaman menyedihkan di asrama. Menyedihkan tapi mematangkan.

Kini aku meminta untuk didampingi sebagai teman istimewa. Tapi ia lagi sukar rupanya.

Pasal kawan, aku rasa aku sudah sedikit sebanyak mengatasinya. Aku tak hiraukan sangat perkara itu ketika ini.

Tapi pasal yang teristimewa ini, duh sakit jiwa den memikirkannya.

Pernah sekali, bila aku bosan menjawab pertanyaan orang, aku cakapkan saja aku sudah berhubungan dengan seseorang. Kecoh satu UMP. Siap semua bertanya aku siapakah si dia.

Status skype pun ”alamak, Kamal dah couple”. Bagaikan satu gossip. Aku feeling jadi artis sekejap! Hehe.

Tapi itu tidak juga menutup mulut mereka. Mereka ingin tahu siapa pula. Mulalah aku mereka-reka cerita. Personalitinya begini. Dia budak ini dan itu. Aku hidup atas rekaan.

Tapi aku masih sedar, ianya fantasiku.

Apa yang membuatkan aku sukar didampingi?

1 – bagi aku, aku melayan mereka sama rata, laki dan perempuan. Entah kenapa perempuan senang dibawak berbincang, mungkin aku menyenangkan. Dan permulaan untuk aku berkenalan dengan seseorang, aku akan break the ice, telling jokes, n so on.

2 – sampai satu masa, aku sudah mesra dengannya. Aku akan teruskan comfort zone aku, telling jokes, kacau dia, sampai kami betul-betul mesra.

3 – sampai pula satu keadaan bila dia akan counteract balik semua yang aku kenakan dekat dia. Kira dia balas balik semua yang aku lakukan kepadanya.

4 – dan di sinilah harapan aku terus musnah, kerana perempuan ini sudah memandangku rendah, dan menganggap aku senang didampingi. Aku mengambil langkah mudah, menjadikannya kawan sahaja.

Aku bukanlah seperti lelaki lain yang mulanya sukar untuk berbicara dengan perempuan, tetapi aku sebaliknya, aku mudah. Tapi masalahnya bila mudah begini, entah kenapa pandangan perempuan ke atas aku juga berubah. Aku macam tidak berbaloi untuk dicuba, kerana aku mudah didampingi.

Faham tak, kalau tak faham, aku lagi tak faham. Susah la nak luahkan!

Tapi itulah masalahnya, bila orang macam aku yang senang dibawak kawan. Aku tak reti membezakan dia kawan atau lebih dari tu.

Dan perempuan ini pulak, sifatnya, bila rasa boleh pijak kepala kita balik, dia akan hilang hormat kepada laki tu. Kiranya dia dah tak rasa takut seperti kepada lelaki lain, dan dia rasa sama je. Kat point sinilah dia mula pijak kepala dan perlekehkan kita.

Dah banyak kalilah berlaku. Aku dah muak dengan perangai perempuan macam ni. Kalau anda perempuan dan membaca ini, no offense, but walau macam mana pun laki tu layan korang, dia kasar atau lembut dengan korang pun, dia still harapkan respect dari korang. Walaupun dia lembut, mak nyah ke, cuba la ko layan dia macam hampeh, mau dia hamburnya ko!Itu nature.

Macam aku la. Dah banyak kali jugak aku terluka, sebab aku dilayan sama taraf. Maybe salah aku jugak kowt. Tapi aku dah bosan bila ini berlaku.

So, at this point, to kill this loneliness, haruskah aku...

1 – jadi diam, layan perempuan macam laki lain layan?

2 – tak layan sangat diorang, supaya diorang rasa sedikit hormat?

3 – change totally myself, supaya nanti adalah seseorang mendampingi aku?

Semua option hampeh. Dah try dah. Tak jadi. Siapa lah boleh ubah diri sendiri.

Takkan aku nak menipu dengan menjadi bukan aku. Hipokrit!

So, this is uncertain post. Situasi yang memeningkan. Entahlah

Entahlah, entahlah, entahlah

Post –entry

And all these bring back the story of me before I type this entry.

Tadi mendengarkan roommate aku tu berbual di telefon, sedikit sebanyak membangkitkan rasa cemburu. Sekurang-kurangnya dia ada seseorang menemani.

Aku pula? Pergi keluar di shopping mall pun seorang. Mesej hanya untuk kerja, bukan untuk hubungan. Call, hanya dari keluarga. Dan yang aku ada hanya blog ini.

Syukur juga ada Yang Terdalam menemani saat-saat ini.

Sebetulnya, bila aku melihat komen anda di sini melalui gprs tadi, sedikit sebanyak kesunyian aku terisi. Aku membaca komen anda sambil tersenyum. Sedikit tertawa kecil. Hatiku berbunga gembira. Another shades of happiness...

Inilah duniaku. Inilah yang menggembirakanku. Inilah Yang Terdalam

p/s – i still have faith. Like The Corrs said “There will be somebody for someone” I still believe in that.

p/s – suruh lagi beta update, kan dah jadi entry depresi.

p/s – aku tak tahu apa aku akan rasa bila korang komen. Ini betul-betul Yang Terdalam ni. So hati-hati ek bagi komen, aku takut aku sendiri terasa. (ceh boleh pulak mintak macam tu)

p/s – neway, thanks for coming!


:::YTBACK!!!:::

Celebration 1

0092 – 16 May 2007

Celebration 1

Shades of happiness tu lambat la! Bila tah nak official.

Takpe la, kita buat celebration 1 je la.

Hari ni hari apa? 16 Mei? Hari Guru?

Yes this is Teacher’s Day.

Apart from that, one year ago, this is the day, when I started Yang Terdalam!

Dah setahun rupanya.

Mulanya berpindah ke blogspot ni pun sebabnya, tak suka email notification yang dihantar oleh Friendster blog. Sebab masa tu rasanya bagai meminta-minta untuk dibacakan blog.

Berpindah ke sini, dengan mood depresi. Awalnya, memang tak ramai yang ke mari.

Tak mensiakan peluang yang ada, Yang Terdalam dipenuhi dengan kisah-kisah depresi aku, mainan dalaman, monolog dalaman dan berbagai lagi lah.

Sehinggakan, aku yang membaca pun naik depres

Tapi banyak yang dah berubah. Yang Terdalam sudah berubah seiring dengan masa.

Kematangan Yang Terdalam dari hari ke hari secara tak langsung telah membawa perubahan ke atas hidup aku.

Hidup aku makin ceria, aku semakin tak bermain dengen perasaan, dan aku makin membina rangkaian kawan web yang banyak.

Di Yang Terdalam, banyak kenangan tercipta. Perkongsian rasa oleh muka-muka yang tidak pernah aku kenali, yang secara jujur telah memberi komen dalam setiap entri ku, amat aku hargai.

Walaupun Yang Terdalam bukanlah seperti blog famous lain yang dikunjungi ratusan orang setiap hari, sekurang-kurangnya masih ada yang sudi menjengah ke mari. Terima kasih!

Ingatkan nak buat entri khas, tetapi kekangan tugas la pulak. Aku sedikit sibuk di sini, mengimbangkan balik jadual aku.

Walau apa pun, di usia setahun jagung ini, aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang datang ke mari. Kunjungan andalah yang membawa kepada hidupnya Yang Terdalam ini.

Terima kasih, terima kasih, terima kasih.

Anda telah mengubah hidup aku secara tidak sedar.

Credit to – Irina, Hilman, Bro, Red Mummy, Aisyah, Teddybearhijo, Joey, Truanta, Adam Drx dan yang memberi komen atas nama anynomous. Harapnya senarai ini akan terus berkembang!

So apa lagi, lets party!

Happy 1st Birthday Yang Terdalam!!!


:::YTBACK!!!:::

This is not Shades of Happiness Part 2!

0091 – 14 May 2007

This is not Shades of Happiness Part 2!

Pre-entry....


Berbunyi lagi ku di sini...

Nothing much to say, nak umumkan shades of happiness tu lambat pulak officialnya. Kang tak jadi,malu kawe.

Want to clear something for teddy bear hijao, beta bukan orang negori atau melaka la…. Selangor. Saja je meghaban bahasa lain masa dalam blog. Itulah uniknya Malaysia kan… (tiba-tiba patriotic la plak!)

Current life, as usual. Ada cuti 4 hari dari kuliah, sebab lecturer ada hal, menyebabkan aku berada di comfort zone yang amat sangat! Tido je! Banyaknya assignment yang dia bagi pun aku tak sentuh.

Gegar U UM

It all started last Saturday la. Ada offer untuk ke pelancaran Gegar U di UM. Just pergi untuk pelancaran je, tak buat apa pun. Dah dapat g kl free, sapa tak nak.

Just join je la. Turned out that the programme was something formal like, organised by Penyayang n some ministry. Objectives – to imply unity spirits among races, in university or campus.

One thing yang best pasal program ni, ada 16 ipta n ipts yang ambik bahagian. UMP tak termasuk la pulak. Yang bestnya, di 16 u yang ambik bahagian tu, ada macam-macam program yang best gila. Ada live band, pertandingan, dan macam-macam lagi.

Yang ambik bahagian pun adalah universiti yang dah lama. Dah banyak pengalaman. So kat UMP tak de la. Lagipun, live band nak masuk UMP? Berangan la. Kalo nasyid maybe..

Tapi bila fikir balik, sapa yang nak hold program besar camtu, sedangkan dekat UMP sekarang pun tak ramai orang. Yang ada pun sibuk short sem ngan program masing-masing. So satu kerugian buat UMP la.

Dan yang ku tak sangka-sangka sekali!

Siti Nurhaliza

CT pun ada sekali!!! Or should i call her Datuk CT?

(dah lama kan entri mengenai Ct takde di Yang Terdalam)

Lepak je kat DTC UM masa tu. Boring-boring dengar ucapan. Biasa la. Ucapan kan.

Dan selepas je pelancaran, there she was, nyanyikan lagu tema program tu. Program kementerian, senang la dapat ct kan.

Warna warna Malaysiaku tajuk dia. Lagu Aubrey lirik siti. Best. Catchy. Aku sempat amik video je.

Kawan-kawan aku yang kononnya dulu tak minat siti excited la pulak. Tak penah jumpa live kowt. Macam aku, macam dah malas… poyo kan.

Masa dia nak keluar, ramai kerumun CT dari menteri pengajian tinggi tu. Kesian pun ada dekan Datuk Mustafa Mohamed tu (ingat aku tak tahu nama menteri ke?)

CT as usual, layan peminat best. Bila ramai nak salam, nampak kejujuran dia layan orang. Tak tahu la orang lain nampak ke tak. Kan aku suka berangan!

Tapi seriously tak sangka ada dia di situ. Just pengubat rindu la, selepas jumpa dia bulan Julai tahun lepas dekat RTM. (rasanya aku ada buat entri tu)

Survey

Bila dah takde idea macam ni, mula lah nak buat survey.

Sebenarnya, jauh di sudut otak ni, ada beberapa idea nak dibuatkan entri. I want ur comment, mana yang korang nak aku tulis. (cewah, macam apa je)


First, shades of happiness tu memang akan ditulis. Tunggu masa je. Ayat-ayat dah dirangka. Hehehe

Shades of Happiness


Second, hilman a.k.a. Yuren C ada mencadangkan untuk diadakan “Am I Not God Enough part 3”. Hamboi-hamboi, ingat aku suka konflik lama-lama ke. Ada je benda baru yang berlaku, tapi should i let it go?

Am I Not Good Enough?

Promo Am I Not Good Enough? Part 2

Am I Not Good Enough? Part 2


Entahlah, kang dipanjangkan, lagi banyak rahsia terdedah. Lebih-lebih lagi, sekarang ni blog ni makin sering dikunjungi rakan sekuliah. Kang jadi masalah la plak bila aku emo lebih-lebih.


Thirdly, maybe aku buat entri yang simple. Macam tag dulu tu. Mesti korang suka nak tengok rahsia2 aku kan. Aku dah de sikit idea nak buat "perkara-perkara-yang-aku-tak-sengaja, tapi-aku-kesalkan-hingga-kini"

i've been tagged & 6 things u dunno about myself

Ces hampeh lak tajuknya. Nanti la kalo aku nak tulis, aku edit sikit.


Fourth, kalo bosan, apa kata aku buat entri re-edited lagi macam "Kalaulah" dulu. ("Kalaulah - re-edited") Atau sambung entri "K.A.W.A.N", "F.R.I.E.N.D.S - another perspectives" atau "Relationship - part 1" dulu tu?

Kira recycle lah. Boleh? (blogger pemalas! hehe)


(Ingat lagi, macam mana entri "F.R.I.E.N.D.S - another perspectives" menjadi titik mula Joey datang ke blog ini…)


Fifth, atau entri depresi macam selalu di Yang Terdalam?

(banyak sangat, takyah la link, kan...)


Sixth, atau entri merapu seperti ini???

(ni pun banyak sangat)

U decide! Hantarkan undian anda ke... keh keh keh

Post-entry

Rasanya baik aku berenti. Macam tak best lak buat entri terkezut ni.

Nak menulis pun, sebab aku blog-hopping tadi, tengok ramai tak update.

Hampa pun ada bila tak update. Baru rasa macam mana perasaan cik teddy bila tengok tak di hapdet. Hehe

Untuk shades of happiness tu bila dah pasti, aku bagitahu ye.

Maybe in 2 days time, something big!

Boleh buat double celebration sekali.

Celebration apa?

Tunggu….

p/s – kehkehkeh, suka tul buat orang tertanya….


:::YTBACK!!!:::