Am I Not Good Enough??? – Part 2

0087 – 25 April 2007

Am I Not Good Enough??? – Part 2

I know I have been tickling you guys with the promos… and I know I’ve made u guys tak senang duduk bila aku tak update. Hehe sengaja beta berbuat demikian.

Best plak perasaan dinanti-nantikan ni… (kejam tak?)

Been busy packing all my things and settle down some mjor things before holiday start. Aku daftar untuk short sem, antar basikal dekat makmal kimia untuk disimpan, pack kan kotak untuk diletakkan ke dalam stor, jumpa lecturer untuk tanya ada boleh tak tolong tengok-tengokkan kereta aku untuk 2 3 hari.

Susah sikit aktiviti packing kali ni. Aku kena pack untuk 3 benda. Untuk dihantar pulang, untuk simpan dalam stor, dan untuk mendaki gunung.

Mendaki gunung? Well, sabtu ni aku akan mula ke gunung Ledang, Ledang Mind-Field Journey namanya. Harapnya dapat lah settlekan kepala aku yang sreabut ni sebelum mulakan short sem.

Aku akan kembali ke sini Isnin, dan rabu short sem akan bermula. Cuti ni memang aku takkan balik sebab ada short sem, aku nak baiki satu subjekl yang aku dapat d+ dulu. So nanti kurangla sikit efek kat pointer aku.

Dan as i told u before, the responsibilities that i’ve took will be started during this holiday. Cuti ni lah akan menentukan berjayanya ke tak Expoconvo’07 UMP. So i have to stay.

Eh melalut plak.

Ok back to the story.

(Sila baca macam mula-mula cerita bersri kat tv tu…)

Promos on Am I Not Good Enough??? Part 2…

  • Budak yang aku anti tu buat something yang menyusahkan roommate aku dan kawan-kawannya yang betray kitorang tu!
  • There are something fishy happened which makes my roommate have to make something yang buat aku tambah bengang gila dekat dia!
  • Bengong tak bengong la UMP ni, tiba-tiba ada “Hostel Allocation”. Kalau takde kan tak tambah masalah. Dahlah kena apply time dekat-dekat final, pastu tambahkan orang2 gaduh je.

Starring…

  • Mr. AK (aku la tu)
  • Mr. I (roomate aku... or should i say, x-roomate?)
  • Mr. S (budak yang aku anti tu…)

Previously on Am I Not Good Enough???

  • kemunculan icon “Hostel Allocation” menyebabkan suasana UMP kucar kacir. Semua berebut untuk mendapatkan roommate!
  • msg dari mr. S membuka segala cerita. Pencarian roommate oleh mr. S akhirnya membuka satu rahsia yang disimpan oleh oleh mr. I yang dia sudah membelakangkan mr. ak.
  • Kekelamkabutan (ada ke ayat ni) budak D12 mencari housemate baru untuk dicukupkan satu rumah dan mengelakkan di campak merata-rata semester depan menemui jalan buntu
  • Housemate berpotensi cuba dihasut oleh mr. I supaya tidak menerima pelawaan mr ak untuk menjadi roommate bersama.
  • Mr ak yang memang poyo dan emo melampau merasa bengang dan menulis blog separuh jalan, amik exam, sambung balik, sampailah entri lepas di publishkan
  • Ramai orang menantikan sambungannya... (eheh)

And Now Am I Not Good Enough??? Part 2 continues…

Setelah dua tiga hari kami mencari housemate, kami menemui jalan buntu. Aku pulak rasa macam takde harga diri, meminta-minta untuk dijadikan roomate. Perasaanya jangan cakap la, memang makan dalam!

Masa ni lah baru tahu siapa kawan, siapa lawan. Dan seperti yang aku cakap sebelum ni, aku sedikit berterima kasih mepada mr s kerana telah membuka topeng dan mendedahkan wajah sebenar mr i.

Ada kawan yang tumpang bersimpati, ada kawan yang mendengar (thanks), ada kawan yang mengelakkan je (kawan ke ni?) apa pun, ia membuka seluruh makna kawan.

Aku berputus asa. Lantas aku fikir baik aku tumpu dekat peksa je. Sebabnya memang perkara ni efek emosi aku. Jiwa kacau kata orang. Yelah memikirkan ada orang tak suka cara kita. Aku memang tak selesa bila fikirkannya.

Sampai aku berkeputusan, lantaklah sapa roomate aku semester depan. Tak penting pun! Budak letrik ke, mechi ke, awam ke atau komputer, cina ke, india ke, merokok ke, tak ke, gemuk atau kurus ke, lantak lah. Asalkan semuanya perangai tak macam si mangkuk arcopal ni!

Sampai satu keadaan tu, aku siap dilawakkan lagi, ”kamal, ko buatlah memo satu UMP, tulis – Roomate wanted, plzz call ******”

Bagus jugak idea tu, nanti aku tulis sekali spesifikasi yang aku nak. Hensem, kacak bergaya, perangai tak macam sial, dapat terima orang, dapat terima datuk k! Huhu

Aku gelak je bila dilawak begitu. Tapi terasa gak kat dalam. Yelah, keadaan kita macam takde harga diri kan. Meminta-minta. Sedangkan bukan salah aku.

So aku wat tatau je. Studi pun dekat bilik orang lain, sebab bilik aku rasa ’panas’. Aku nak dengar lagu tak boleh, lepas tu bilik sunyi sepi macam kena langgar geruda! Mengantuk aku, baik aku g tempat lain.

Aku studi macam biasa. Jawab peksa macam biasa. (efek2 tu ada la) taoi aku cuba biasakan keadaan.

Dan sampai hari sabtunya, aku keluar. Menenangkan fikiran. G beli barang-barang untuk daki gunung tu.

Bila aku balik rumah...

Hampeh!

Balik umah, penat-penat. Lepak atas katil. Roomate hampeh tu tengah tidur atas katil atas. Rasa nak letak ubat gigi je kat muka dia. Ala macam kat sekolah dulu-dulu! Hehe

Datang la kawan aku yang seorang ni.

”Kamal, ko tau tak, tadi mr i ni dapat msg dari mr s. Mr s tak nak amik dia jadi roomate, sebab dia dah dapat roomate lain. So sekarang 3 orang kawan kita yang takde housemate la sekarang”

Aku terus tergelak. Gila-gila lah. Tapi aku still cover. Budak kat atas tu dah bangun. Aku buat-buat la kutuk si mr s tu. Macam-macam la. Tapi hati aku cakap, padan muka! Nilah pembalasan untuk kau! Kejam tak kejam la.

Tapi cerita kemudiannya lagi tambah aku panas hati.

Cerita kemudiannya...

Kawan aku cerita, pagi tadi masa semua tak bangun lagi, dan aku dah keluar. Si mr I dengan seorang member dia yang kena buang oleh mr s tu, yang kamceng ngan dia lah, dah try untuk daftar kan nama untuk hostel allocation tu.

Aku panas hati. Tapi tak cukup panas...

Yang hampehnya, tiba-tiba dia nak masuk rumah kitorang balik! Dah ludah jilat balik. Sial betul! Ingat senang-senang je kitorang nak terima korang lepas korang buang kitorang!

Dahlah senang-senang buang aku dan kitorang, lepastu bila kena buang, sedap-sedap je assume kitorang nak terima balik. Senang je kan macam tu? Kitorang ni apa, sampah?

Aku tambah la panas.

Tu tak panas lagi.

Lepas tu kawan aku yang lain perasan dia try untuk apply location tu, tegur la dia pagi tu. Punyalah gelabah dia.

Kawan aku tu perasan, dia apply yang best-best untuk dia je.

Kat rumah ni ada 4 bilik. Bilik 1 besar gila. Best. Bilik 2 macam hazab! Tinggi tapi takde udara masuk. Bilik 3 kinda ok la sebab memanjang ke belakang, udara masuk dari belakang. Bilik 4, bilik aku sekarang ni paling kecik, 3mx3m kowt, tapi ada tingkap banyak. So aku tak lah rasa tersepit.

Kawan aku yang perasan si roomate aku tu apply, sekarang ni bilik no 2, bilik hazab tu. So dia harap sem depan dia tukar bilik la. Besar punya harapan tu. So dia memang meruh harapan yang tinggi untuk tidak ke bilik itu lagi.

Dan yang dia bengang nya, masa dia sergah roomate aku ni, dia nampak application tu applykan dia still kat bilik no 2 dan si roomate aku dan kawan kamceng dia tu bilik no 1! Meaning, dia try apply bilik no 1, bilik paling best kat sini la.

Kawan aku tu dah emo semacam marah la. Mana boleh dah setahun menanggung seksa dekat bilik no 2 tu, nak tambah lagi? Oleh orang yang kena buang lak tu. Kawan aku ni macam tak tahu buat apa, lepas tu dia terus bagitau aku masa aku balik tu.

Aku punya lah panas hati. Sialnya perangai macam tu sekali. Mula-mula, kitorang diorang buang. Lepas tu bila dah dibuang mr s, dia jilat ludah dia sendiri balik. Lepas nak pijak pulak kepala kitorang dengan apply macam tu! Banyak cantik!

Syura...

Aku malam tu jugak panggil 5 kawan aku yang dibuang dulu. Diorang sebenarnya rilek lagi, tapi aku yang emo banyak. Aku admit. Yela, sebab diorang still ada roomate, tapi aku dahlah kena buang camtu sekali, so dalam bilik tu aku la paling emo.

Aku cakap tu ni, nak convincekan diorang. Aku indirectly tanya la, apa rasa korang kalau korang kat tempat aku. Dibuang, diambik balik, pastu kena pijak2.

Akhir sekali diorang faham perasaan aku camna, lepas tu kitorang panggil balik semua untuk bersyura. Nak settlekan masalah ni. Awal-awal lagi, kawan aku cakap, baik ko diam kamal, nanti lagi besar jadinya. Aku setuju je la.

Bukan aku tak nak cakap direct kat roomate aku tu – wei, ko ni baik tak yah hidup la, tak reti nak adapt ngan cara orang, kira ko baik la dapat aku jadi roomate, kalau ko dapat perokok roomate ko, mesti tiap hari ko kena sembur! Baik ko mati je lah!

Seriusly, itu aku nak cakap. Sebab sakit tanggung kat dalam ni. Tapi memikirkan masa depan, mana tahu ada projek ke, assignment sama ngan dia, masalah nanti. So aku setuju la diam.

Kawan aku kira lead lah syura tu. Cakap kitorang tak puas hati tu ni, korang macam sial buat keputusan sendiri tanpa bagitahu kitorang. Dan macam-macam lagi lah. Muka diorang berkeriut-keriut absorb semuanya.

Sampailah satu ketika, si roomate aku ni dengan bodoh alanganya berkata ”korang nak letakkan aku dekat bilik no 2 tu? Korang nak aku merana ke? Tak pelah aku terima je lah... (dengan nada kesian) konon!

Aku terus tak leh sabar.

”woi, ko tak fikir yang kitorang merana, cari roomate macam orang gila, pastu bila ko kena buang, sedap je balik sini, lepas tu apply tak beritahu kitorang... bla bla bla..”

Kawan aku yang suruh aku diam tadi pun ”wei, kamal baik ko diam., aku sepak kang!” (nada gurau)

Aku diam je. Sebab aku tahu niat dia baik.

Last-last sekali semuanya selesai (kowt...). masing-masing buat keja masing-masing.

Esoknya aku apply lagi sekali yang baru macam dipersetujui. Lepas tu mintak tanda tangan semua.

So keputusannya, aku ada roomate baru, roomate sial itu ke bilik hazab, dan application tu pun dah diantar dan disain oleh semua orang.

Berakhirlah satu minggu bangang dalam tengah aku exam.

Pengajarannya...

Semua salah datuk k. Kalau dia tak kawin dengan ct, mesti sekarang semua orang suka siti lagi kan... (apa punya pengajaran la).

Terima lah orang seadanya. Adapt, that is the word. Kalo semua nak sama kepala ngan ko je baik tak yah hidup. Takde cabaran.

Bila dalam situasi bengang macam aku tu, I will help if you try to tell others. Aku bagitahu dekat kawan rapat aku sambil mengutuk macam-macam la, mencarut sekali. Last sekali hati aku sejuk sikit, terus aku boleh studi.

Masa exam week, dont get involved in emotion. Sakit wei. Selamat ni dah lepas. Pengajaran tu. Letak boundary antara emosi dan profesional.

Dan kalau susah sangat takde tempat nak mengadu, bukak blog. Pastutunggu orang komen. Lepas tu ko rasa lega dan best!

Macam aku sekarang!

Thanks guys!

P/s – sori ayat terabur sket. Aku nak update jugak, tak nak buat korang tunggu.

P/s 2 – doakan aku untuk ke gunung ledang ye. Mintak dijauhkan bala.

P/s 3 – blog-blog lain akan aku komen bila aku balik dari ledang ek! Jangan risau. =>


:::YTBACK!!!:::

The Promo - Am I Not Good Enough??? - Part 2

0086 – 25 April 2007

The Promo - Am I Not Good Enough??? - Part 2

Korang memang suka kan... mentang-mentang entri sebelum ni mengutuk-ngutuk orang, terus je menderu komen. Well, bukan lah kata aku tak suka, tapi pelik. Hehe

Well, ada last paper in two hours, boleh update blog lagi?

Here are some promos on the event of Am I Not Good Enough??? Part 2…

  • Budak yang aku anti tu buat something ang menyusahkan roommate aku dan kawan-kawannya yang betray kitorang tu!
  • There are something fishy happened which makes my roommate have to make something yang buat aku tambah bengang gila dekat dia!
  • Bengong tak bengong la UMP ni, tiba-tiba ada “Hostel Allocation”. Kalau takde kan tak tambah masalah. Dahlah kena apply time dekat-dekat final, pastu tambahkan orang2 gaduh je.

More details soon. Suka tau tickle2 korang...

Well, pray for my last paper k!

BKU2032 – PROBABILITY & STATISTICS


:::YTBACK!!!:::

Am I Not Good Enough???

0085 – 18 April 2007

Am I Not Good Enough???

Pre-entri

Aku tahu ini bukanlah masanya untuk aku crack out. Aku tahu di saat exam beginilah aku perlu gunakan segala kekuatan yang aku ada untuk memastikan kejayaan aku prolehi. Aku tahu inilah masanya aku kena letakkan soal perasaanku ke tepi.

Tapi kini aku kembali lagi berperasaan. Setelah sejian lama di Yang Terdalam tiada entri begini, kini ia kembali.

Sebetulnya dari awal semester lagi, aku sudah bertekad semester ini perlu dilakukan perubahan yang besar. Supaya aku lebih selesa. Aku perlu lebih bersikap profesional. Aku perlu baik dengan semua orang. Aku perlu itu dan ini. Semuanya atas nama untuk menjadi lebih baik.

Tapi adakalanya I think I’m not good enough. Dan aku di sini, meratapi.

Adakah aku, sebetulnya aku ini menyusahkan orang lain????

Kisahnya...

It all started on one fine day, when suddenly on our UMP student’s portal, there exist one newly added icon called ”Hostel Allocation”

What interesting with the function of this icon, is it give the students an opportunity to apply to the management of UMP for next semester hostel location. Meaning, you can choose your roommates and housemates by applying through the web.

Interesting, at first, I think. The idea of having the same semester with the familiar faces around me seemed so intrigued. Aku buat tak kisah je la.

So I just move on with my schedule, ignoring the icon, cos I know, the due date of the application is far enough, after my final. So I need to concentrate on my final. I just ignore it.

Suddenly one day, when I was busy preparing myself with tomorrow’s examination’s theories, one msg came to me. It said,

“salam. Sapa nak roommate dengan aku”

Aku terkesima. Eee, apa budak ni fikir aku nak roomate dengan dia. Sedangkan selama ini aku cukup anti dengan budak ni, tiba-tiba dia tanya macam tu pulak.

Aku yang ingin berkongsi rasa tak best itu pun pergilah beritahu dekat housemate aku yang lain. Dan suddenly something bigger muncul.

Rupanya ada di antara kami yang dah accept offer dari budak yang aku anti tu. Dan it left me in the situation which aku yang kekurangan housemate untuk cukupkan satu rumah.

Di unit kediaman kedua ni, kami satu kursus ada seramai 8 orang. Dan bila awalnya icon tu muncul, aku beranggapan takde masalah, sebab 8 inilah akan satu rumah.

Tiba2 ada pulak budak itu mengkidnap sebahagian dari kami yang 8 ni. Dan kami hanya tinggal berlima sekarang. Dan kami pulak kena mencari.

Subkisah...

One thing yang buat aku tambah bengang, adalah, yang membelakangkan kami ni adalah roommate aku sendiri! Ya, roomate aku sendiri.

Memang pada awalnya kami sebilik, kami kurang sebulu. Dia ni jenis yang pendiam, suka studi diam-diam, tak suka involve apa-apa, tak suka sosial, takut jumpa orang, takut jumpa lecturer dan lain-lain lagilah. Semuanya macam contradict dengan aku yang gila-gila dan poyo ni.

Aku tak kisah ketidaksamaan kepala kami. Being a prs, terima orang seadanya, itu prinsip aku. Aku tak kisah la dia macam mana pun. Dia rajin, itu bagusnya. Yang tak bagusnya, bila aku penat berprojek dan balik bilik, dia tengah studi, aku bengang. Sebab terasa macam ketinggalan.

Dan di awal semester ini, aku mengamalkan dasar berbaik dengan roomate. Aku kurangkan sakit hati dia, aku belajar bersamanya. Aku bagi hint periksa, dan bila tak faham, aku yang pergi bertanya lecturer. Dia handle satu projek, aku tolong guideline kan, dan macam-macam lagilah aku buat for the sake of goodness. Satu perubahan yang agak baik, aku kira.

Dan aku pulak, in addition to all responsibilities yang memenatkan di luar, lepas setiap meeting yang panjang, aku balik terus studi bersamanya. Aku tak nak ketinggalan, dan aku memang menjaga semuanya. Dan dia aku rasakan semakin selesa study dengan aku.

Bila dia tak faham, aku terang. Begitu juga sebaliknya. Dan sebetulnya, aku cuba jugak ubah diri dia to be more active in activities. Tak nak la sijil dia kurang kan. Sebab in academic rasanya dia dah ok, tapi in koko?

Dan i thing it went well for quite a long time. Result aku makin menaik, tanggungjawab aku tak terabai. Aku makin happy sebab semuanya aku berjaya lakukan. Aku semakin selesa.

Sampailah satu ketika, bila munculnya icon tersebut, aku ingin saja cakap padanya, jom kita jadi roommate sem depan. Sebab aku dah mula rasa selesa.

Selamat aku hold my thought for another two days. Dan selepas dua hari tu baru aku tahu yang dia dah membelakangkan aku!

Dia dah bersetuju atas ajakan kawan yang aku anti tu. Dan dia diam-diam je! Tak bagitahu langsung dekat kami semua ni.

Masalahnya, bila dia bersetuju, ini meletakkan kami di keadaan yang tidak cukup orang unruk dibuat satu rumah. Kalau macam tu, mungkin semester depan kami akan dicampakkan di merata-rata tempat sebab kami tak cukup orang untuk dibuat serumah.

Bila aku dan kawan-kawan aku dengar perkara ni, kitorang teramatlah bengang! Ini menyebabkan kami terpaksa mengagau mencari ahli baru untuk dijadikan serumah. Bukan seorang, tapi tiga orang! Penat memang penat.

Tanya orang tu, diorang tak nak. Tanya orang ni, dah disambar oleh orang lain. Macam-macam la.

Sampai satu keadaan, kami berputus asa. Aku pun malas nak fikir lagi sebab benda ni buat aku bengang gila dan efek kat exam aku. Aku malas studi lor. Ye la memikirkan semester depan bagaimana. Sampai aku tak kisah, aku serah pada takdir, siapa roomate aku semester depan. Aku kena campak pun, campak lah. Aku pun malas fikir.

Sebabnya???

Dan kawan-kawan aku yang lain tengok keadaan aku pun cuba la confront dengan roomate aku ni. Kenapa dia tak nak sangat jadi roomate aku, dan menerima ajakan budak tu.

Dia jawab apa? Sebab aku suka pasang lagu siti! Sial tak siallah! Hampeh kan alasan?

Secara betulnya, aku memang pasang lagu dekat bilik masa studi. Just a smaal volume. Sesuai la dengan mood studi. Aku letakkan semua lagu, lepas tu randomkan, so macam-macam lagu lah keluar.

Masalahnya, dia mungkin hanya tahu lagu siti je. So itu yang dia dapat tangkap. Sedangkan banyak lagu lain yang berputar, yang dia tak tahu, dia tak amik kisah. Sebab sekali sekala lagu siti keluar, dia jadikan isu.

Aku dengarkan ini bertambahlah bengang. Sebabnya aku boleh terima dia yang macam hampeh tu seadanya, dia tak leh ke terima aku macam aku terima dia?

Roomate kan macam-macam jenis. Dia lah kena adapt dengan keadaan. Buruk sangat ke aku yang menolong dia itu ini, lepas tu kena buang macam tu je sebab lagu siti? Hampeh!

Aku terus down. Am i not good enough. Feeling that my world falling apart. Adakah selama ini apa yang ada dekat sini, semuanya khayalan aku. Aku yang ada rasa aku di sini, tapi rupanya diorang tak rasa macam apa yan aku rasa?

Seriusly aku down gila. Hanya kerana lagu siti. Last-last untuk tak mensiakan waktu studi aku, aku pun berkeputusan, lagi bagus roomate macam ni takde dengan aku semester depan. Lagi menambahkan masalah je.

Aku dah tolong dia macam-macam. Budak yang tidak aktif kepada separa aktif. Nak ajak bersukan? Tak yah la, jangan harap! Ajak main badminton malam-malam pun dia tak nak sebab nak studi. Dah berapa kali panggil baru pergi dengan muka masam.

Nak panggil join aktiviti? Tak yah la. Lepas kena paksa baru join. Lepas nampak sijil kurang baru join itu ini. Lepas tu baru mencari-cari sumber sijil untuk diletakkan dalam resume.

Nak ajak dia bersengal, keluar bersama? Tak yahla. Dia memang tak reti bersosial dan bergembira. Hidup hanya untuk studi. Nak ajak dengar lagu atau tengok movie pun payah!

Ada sebab aku bengang. Bagi aku dah ditakdirkan aku yang gila-gila ni roomate dengan dia supaya aku luaskan sedikit dunia dia. Tapi kalau ini yang aku dapat baik tak payah!

Lepas tu, ada lah seorang yang berpotensi untuk ganti dia, setuju nak roomate dengan aku. Roomate aku yang bangang ini pulak sanggup menaiki basikal sejauh satu kilometer, ke bilik budak tu untuk menghasut dia supaya tolak aku. Macam lah aku ni teruk sangat.

Aku tau pun bila budak yang nak jadi roomate aku tu bagitau. Dia tau aku tak seburuk yang dikatakan dia. Dia kata kalau satu rumah dengan kitorang semua, abis la, tak boleh studi. Macam lah kitorang ni sejahat-jahat manusia, dan dia sebaik-baik malaikat!

Post-entri

Peristiwa ini membuka mata aku.


Jangan baik sangat dengan orang! Jangan percaya sangat dengan orang! Jangan terima orang macam tu sahaja, kalau dia tak reti nak menerima kita seadanya.

Aku indirectly berterima kasih kepada budak yang aku anti tu. Sebab dia dah menunjukkan perangai sebenar roomate yang konon-kononnya baik ni. Kalau tak, haram aku tak tahu apa yang dia bengang dengan aku.

I’ll move on. Dan seorang dari kawan aku pun sudi jadi roomate aku. At least dia nampak apa yang budak sial ni tak nampak. Tapi aku dah bagi amaran, ko nak roomate dengan aku, ko kena adapt cara aku macam aku adapt cara kau.

Menulis dalam keadaan emosi. Macam ni lah jadinya. Mencarut je!

Aku bengang sampai dalam kepala aku rasa nak flying kick je budak ni sampai mati. Tapi aku masih rasional.

Takpe, aniaya la aku. Balasannya ada. Di atas sana!

p/s – ada sambungan lagi untuk bahagian ini. Nanti aku update lagi k!


:::YTBACK!!!:::

Exam Schedule

0084 – 14 April 2007

Exam Schedule

This is my final examination schedule…

Just want to inform, mana la tahu ada orang sibuk suruh aku update jugak. Aku busy la!

And one thing, bila masa-masa di bawah, bila anda teringat kat aku, doa-doa la untuk aku ek!

To all yang final gak, gambatte!

  • BKF2413 - CHEMICAL ENGINEERING THERMODYNAMIC
    • Date : 16/04/2007
    • From : 09:00 AM
    • Until : 12:00 PM
    • Venue : WDK35

  • BKF2422 - HEAT TRANSFER
    • Date : 18/04/2007
    • From : 02:30 PM
    • Until : 04:30 PM
    • Venue : ZDK20

  • BKF2343 - MATERIAL & ENERGY BALANCE
    • Date : 20/04/2007
    • From : 09:00 AM
    • Until : 12:00 PM
    • Venue : WDK31

  • BKF2432 - MASS TRANSFER
    • Date : 23/04/2007
    • From : 02:30 PM
    • Until : 04:30 PM
    • Venue : YDK12

  • BKU2032 - PROBABILITY & STATISTICS
    • Date : 25/04/2007
    • From : 09:00 AM
    • Until : 11:30 AM
    • Venue : WDK30

Subjek-subjek lain yang tiada final dan aku dah lepas:

  • BKF2731 - BASIC ENGINEERING LAB
  • UHM2012 - ISLAMIC AND ASIAN CIVILISATIONS 2
  • UHF1011 - MANDARIN FOR BEGINNERS
  • UHS1011 - SOFT SKILLS 1

So harapnya final semester ni lagi bagus la…

Sebab carrymark kali ni kira ok la sikit… sekarang kena strive for final lak.

Doakan aku ek!

Nanti lepas final aku update la bebanyak!


:::YTBACK!!!:::

Hidayah???

0083 – 11 April 2007

Hidayah???

Pre-entry

Pagi itu aku sengaja bangun awal untuk ke fakulti, berjumpa lecturer ‘kesayanganku’ untuk bertanya soalan. Frankly say, dah nak dekat 5 hari study week mula, tapi aku masih tak studi secara serius lagi. So pagi itu aku ke sana, dengan harapan semangat aku ntuk studi semakin berbunga.

Malam sebelum tu, ada jugak lah aku buat 2 3 soalan, bekalan untuk aku tanya di esok hari. Dan sebagai perancang yang hebat, aku telah berjanji dengan 2 orang budak perempuan yang agak rajin dari aku, dan suka tanya soalan untuk sama-sama jumpa lecturer tu di fakulti.

So objektifnya, bila diorang tanya soalan, aku pun sekali termasuk. Dan diorang dah buat macam-macam soalan, so nanti aku pun kira tahu la nak buat soalan tu. Kira tumpang la ni...

Chemical Engineering Thermodynamics…

Lupa plak nak bagi tahu subjek apa. Chemical Engineering Thermodynamics. Subjek core course aku. Orang kata subjek ni susah, sebab macam-macam la. Aku just cuba catch up. So kira ok lagi la.

Kawan-kawan aku kat U lain pun cakap subjek ni susah.

Dan untuk budak medic yang hanya memahami thermodynamics dengan reaction endothermic and exothermic je, baik tak yah nak berlagak pandai. Subjek ni lagi mendalam.

Aku tahu la aku tak pandai bio sedalam korang, so korang boleh berlagak, but this is my thing, so kalau tak tahu apa-apa baik jangan cakap! (still emo kat 2 3 budak medic yang perasan pandai sangat dan ingat orang lain ni tak berharga... macam la korang je blaja susah!)

Moving on…. aku ke sana la. Tanya macam-macam soalan. Psiko dia sikit untuk bagi hint final. Macam-macam la cuba korek. Tapi dia dah macam imun. Sebab dia tahu kitorang datang nak mengorek. Dan dua lagi budak perempuan tu pulak dah memang banyak buat soalan, so aku tumpang sekaki je la. Pandai tak?

At least bila aku tanya soalan kat dia tahu macam mana nak buat, aku somehow rasa relief sikit mentally. So tak delah mentallydisturbed nanti. Its kinda psychological thing. Sebab nanti bila aku studi sesorang, takdelah aku blur. At least aku g tanya tu dah dapat sikit sebanyak guidenya.

Sampai la satu ketika...

”awak ni, kalau buat soalan, tak dapat, awak rehat dulu. Jalan-jalan, g makan, mandi ke. Nanti tiba-tiba secara tak langsung awak akan dapat hidayah”

Aku diam lagi.

”macam saya jugak, saya pun macam awak jugak, ada jugak tak dapat. Tapi kadang-kadang bila saya g rehat-rehat, senang jugak la dapat hidayah. Awak cuma perlu rajin je."

Ops, lupa nak mention. Lecturer ni miss. Masih cik. So kira tua aku 4 5 tahun je. Dia pun lecturer baru, so semasa dia mengajar, dia pun kira belajar bersama-sama la. Cuma yang aku nampak, dia lebih dahulu ke depan. So, ada soalan yang dia boleh jawab, ada yang dia hold and dia akan cari jawapan.

Aku kira suka jugak lecturer macam ni, sebab macam kawan-kawan, all silly thing pun boleh tanya, sebab dia akan consider. Bila dia tak dapat, dia akan cuba tanya lecturer lain. Bila kitorang dapat, kitorang bagitahu dia.

So kira ok la. Macam studi group. Maybe ada orang cakap apa guna lecturer kalau ktia yang ajar dia. Well, nak two way communication, aku rasa benda tu tak salah kan.

Lagipun jadi lecturer ingat senang? Nak kena deal dengan kepala budak-budak yang kadang-kadang tengok benda tu dari perspektif berbeza. Mau bengong jadinya.

So bila dia cakap perkara serius macam tu, aku tak tahu nak react macam mana. So kamal is kamal, tak nak terlalu serius. Aku jawab la balik.

“tapi miss… masalahnya.. kat UMP ni tak ramai Hidayah…. Kalo ada pun, Hidayah tu dah couple... so, Susah la nak dapat!” hehe

But aku berfikir jugak...

Dalam hidup ni kita memerlukan hidayah. Dan hidayah dan petunjuk itu datang dari yang maha kuasa.

Aku bersyukur aku dilahirkan dengan dapat melihat sesuatu perkara dari pelbagai perspektif. Kiranya aku dapat mencari maksud, petunjuk dan hidayah yang tersembunyi atas sesuatu perkara. Bukannnya semua la, tapi aku memang suka mencari hidayah.

Kadang-kadang bila dengar lagu, aku try cari pengajaran dari lagu tersebut yang kena dengan aku. Bila tengok movie, aku try tengok apa yang orang lain rasa dalam keadaan macam ni macam ni, pastu aku try cari pengajarannya.

Hidup ni dalam ketidaktahuan. So kita kenalah bergantung kepada hidayah, petunjuk dan jalan.

Post-entry

Dan untk tidak mensiakan hidayah yang aku dapat dari movie yang aku baru tengok tadi, aku nak tulis di sini. Supaya nanti aku ingat.

Aku kena lebih menghormati diri sendiri!!!

Bukanlah selama ni aku tak hormat, tapi kurang. Ada ketikanya aku rasa macam takde harga diri pulak. Tpi not anymore. I will try to change it.

Dan aku sekali lagi bersyukur aku dapat melihat perkara ini melalui benda-benda yang sering dianggap remeh dalam hidup.

Anda sudah dapat hidayah?


:::YTBACK!!!:::

Hari Makanan Rapu Sedunia

0082 - 07 April 2007

Hari Makanan Rapu Sedunia

Pro-entri

Two things that you should prevent the blogger to have are:

Free time and access to internet!

Kalo tak macam nil ah jadinya… adalah kewujudan entri merapik…

Well, why do I want to update? Of course because I have free time and fortunately I have access to internet… lagi pun aku tak nak korang keep holding on to the entry before…

tah la kenapa lewat kebelakangan ni tak nak orang fikir aku ni negative – marah2 ke, atau crack down. Aku nak orang fakir aku ni ok je, happy. Sebabnya, nanti kalau aku marah2, adalah quote balik apa aku hentam tulis kat sini kat luar. Tu yang payah tu..

Hari Makanan Rapu Sedunia…

6 april akan disambut sebagai hari makanan rapu sedunia ye. Aku yang tetapkan.

So every year kena sambut. Tak boleh tak!

Sebabnya tadi, aku mengantk and nak tidur pukul 8 malam. Malas nak g makan.

Lepas tu terlayan lak cerita sampai tengah malam. Tapi tak makan lagi ni.

Being kerempeng, perut aku pun melekat ke tulang belakang (lapar la tu!) so aku just geledah loker aku je la.

Apa aku jumpa? Macam-macam!

Aku ni jenis suka je beli makanan, tapi malas makan. Ada hari tu sampai satu sem setengah aku simpan jem coklat tu, tapi makan separuh je. Teruk kan?

Tengok-tengok adalah banyak makanan. Tak selera makan biskut, ada lak mr potato. Sembat je la

Lepas tu lapar lagi. Geledah lagi. Jumpa plak asam yang aku beli saja-saja kat genting masa mid sem dulu (2 bulan dulu tu!). kunyah gak.

Pastu lapar lagi. Ada coklat. Wow, kunyah.

At last, macam-macam aku makan. Sampai kenyang dengan makanan rapu!

Post entri

Jadi dengan kuasa yang beta ada, beta menitahkan bahawa 6 april setiap tahun adalah hari makanan rapu sedunia!!! Sekian terima kasih.

p/S - Told you – get that two things away from blogger! Kan dah ada entri merepek.


:::YTBACK!!!:::

Jerangkung dalam almari...

0081 - 06 April 2007

Jerangkung dalam almari…

Eerie tak tajuk? Dunno why aku nak update dengan tajuk ini.

Being inspired actually to write after aku watch a movie, that somehow initiate my thought to write about this.

Dunno what will come out, but during I watched the movie, my feelings run up and down, feeling that the situation pictured in the movie has happened to me in several ways.

It touched me deep inside and I want to express it in Yang Terdalam.

Jerangkung dalam almari...

Actually, tak patut pun tajuk macam ni. Tapi memandangkan itu je yang terlintas di fikiran aku, aku tulis je lah,

Apa maknanya jerangkung dalam almari? It indirectly means something in your closet la. Something that lies inside you, that you keep from others.

One thing, semua orang ada certain rahsia yang disimpan dari orang lain. Rahsia Yang Terdalam, yang tak boleh diceritakan. Amat sukar digambarkan, payah diluahkan. Jadi untuk memudahkan, ia terus disimpan.

Aku pun ada rahsia aku tersendiri. Aku menyimpannya kerana mungkin aku takut orang akan tahu mengenainya dan menyebabkan hidupku nanti lebih bermasalah. Mungkin juga aku lebih senang biarkan ia di situ, harapkan ianya berlalu. Aku jarang memikirkan mengenai perkara itu, tapi secara tak langsung setiap hari, itu yang aku lakukan.

Perkara itulah yang terdalam yang betul-betul menggambarkan diri aku. Mengapa tidak aku luahkan saja perkara itu?

Satu sifat manusia. Skeptical.

Mereka sering meletakkan pandangan mereka ke atas satu perkara tanpa menilai sedalamnya. Bagi mereka perkara yang berbeza dari mereka itu salah. Yang betul hanya apa yang mereka lakukan. Aku manusia, itu juga aku rasa.

Tapi bila memikirkan kembali, dengan melihat dari pelbagai perspektif, perkara yang aku rahsiakan itu bukanlah teruk sangat. Ada yang lagi teruk. Tapi macam aku cakap tadi, aku sukar meluah, kerana manusia skeptical.

Dan menjadi ketakutan bagiku jika rahsia itu terdedah dengan cara yang salah.

Pernah sekali dua aku ingin memberitahu orang lain. Aku berkira-kira untuk memberitahu. Namun, aku sukar mencari jalan yang betul untuk meluah. Sebabnya manusia skeptical,

Manusia… dan blog…

Ada manusia yang betul-betul meneliti apa punca setiap perkara. Ada manusia pula hanya mengikut, mengamalkan ilmu taklid, yang mengikut pandangan orang lain tanpa apa-apa hujah.

Aku benci manusia begitu, kerana bagi aku di mana letaknya nilai akal fikiran yang diberikan. Kenapa perlu mengikut orang lain, sedangkan anda ada fikiran dan perspektif tersendiri?

Inilah sebabnya dulu aku buka Yang Terdalam. Aku ingin menetapkan perspektif aku. Inilah perspektifku, dan jika anda ke sini anda masih boleh mengubah persepektifku dengan memberi komen, tetapi jika anda menggunakan apa yang aku tulis di sini di luar blog ini, di dalam hidup aku, itu memang aku tak boleh terima.

Blog ini dibuka atas ketidak samaan perspektif kita. Aku sedar pada mulanya aku perlu berhadapan dengan sikap skeptical manusia ke atas apa yang aku coretkan. Cuma aku tak sangka apa yang aku coretkan akan dikuotasikan di luar dengan cara yang aku tak selesa.

Perspektifku milik aku. Perspektif anda milik anda. Aku berhak menulis, anda berhak menilai. Hormati pandanganku bukan mengunakannya untuk menjatuhkanku.

This is my authority, aku berhak membuat apa sahaja. Jika tak suka jangan datang ke sini. Aku menulis hanya untuk kepuasan diri dan untuk yang tahu menghargai.

Dan bukannya kepada mereka yang suka mendedahkan ‘jerangkung dalam almariku” kepada umum bila mengetahuinya…

Sekian terima kasih.


:::YTBACK!!!:::

Unexpected

0080 – 28 Mac 2007

Unexpected

Pro-entry

It was 2.38.39 am in the morning.

The air was still. Like usual. Moving slightly through my body. But there was something unusual that night. I felt uneasy.

Until… Tit! Tit! Bunyi msg menyedarkanku…

Kisahnya…

Dia merupakan kawan aku di matriks. Di dalam masa yang pendek dan kesibukan yang teramat di matriks, aku mengenalinya. Matriks, memang masa yang susah. Dalam masa yang pendek kena belajar macam-macam. Tekanannya jangan cakap la!

Aku tak sempat untuk rapat dengan semua kawan di dalam praktikum aku. Tapi syukur, aku agak klik dengan 2 3 kawan dari kuliah aku. Dan mereka secara tak langsung telah kenalkan aku kepada lagi 3 4 orang kawan lain, yang juga secara tidak langsung menjadi kawan yang terindah di matriks dulu.

Banyak masa yang telah kami habiskan bersama. Makan abc setiap lepas jumaat, pergi jumaat bersama-sama, saling tukar tuto walaupun kami kuliah berbeza, outing naik keta sapu Guna (hidup lagikah itu Guna?) tdan macam-macam lagi.

Paling aku ingat masa kami ke konsert kemerdekaan bersama. Juga semasa berbuka puasa yang kami tak dapat makanan itu bersama-sama. Juga pergi ke dewan serbaguna seawall 645 pagi untuk menempah gelanggang badminton setiap sabtu dan ahad. Banyak lagi lah kenangan yang tercipta.

Kami ada lebih kurang 7 8 orang semuanya. Semua dengan pelbagai karektor. Menjadi pelajar sains hayat yang aimnya lebih kepada untuk mengambil medic di u, kami berusaha untuk mendapat yang terbaik.

One thing hidup di matriks, memang menyeksakan.bagi pelajar sains hayat yang aimnya ke medic. Amat memenatkan. Sebabnya, kami kena jadi perfect untuk mendapat kursus itu yang limited tempatnya. So bagi yang kurang perfect macam aku terpaksa jugak amik engineering, dunia yang aku cuba hindari dari awal dulu.

Tapi dia berbeza. Dia bertuah. Sebab dia antara yang cemerlang. Dan dia merupakan salah satu kawan yang boleh diharapkan bila bab pelajaran.

Aku seringkali meminjam tutonya bila aku tak sempat buat. Dia memang lebih bagus dalam pelajaran berbanding kami. Aku hanya menumpang…

Hasilnya dia dapat ambil medic di ukm. Dan kami walaupun tidaklah sebagusnya, dapat kursus masing-masing. Nak dapat medoc kena 4 flat. Aku yang hanya 3.6 something ni kiranya bagus jugak la dapat engineering. Rata-rata kawan-kawan aku yang lain pun lebih kurang sama.

Selepas matriks, kami 8 orang tak berjumpa langsung. Semua dengan haluan masing-masing. Tapi itu tak bermakna kami lupa antara satu sama lain. Cuma masa yang menghalang.

Sehinggalah…

Kembali di dunia nyata…

Di malam itu, aku mengagau mencari hansetku untuk membaca msg. separa mata terbuka, aku membaca…

“Kamal, aku nk bgtau ko, halim kmns dh mnggal dunia sbb lemas ari ahad lps – epul”

Aku melompat dari tido. Kepala aku terkena bahagian atas katil double decker yang aku kongsi bersama roommate aku, sambil aku terjerit kecil. Mungkin roommate aku pun sedar dari tidurnya.

Seriously, aku terkejut. Aku tak sangka.

“Salam. Ha? Yeke? Innalillah.. Mn ko tau ni?”\

“Kwn medic ukm bgtau aku, sedih aku kamal, aku smpan lagi msg akhir dia sehari sbelum dia pergi, tp aku bodoh sbb lupe nak balas, sedih aku”

Sebelum sempat aku balas,

“Apa kabar epul? Sori le lame tak kontek.. Sbuk skit. Ari tu exam.. Skang ni plak ada opkim… Letih betul” msg last dia pd aku”

Itulah msg terakhir arwah kepada Epul. Aku membaca dengan sebak. Msg tu macam biasa je kan? Takde tanda apa-apa.

Lantas aku membalas….

“Bukan slah ko epul. Rilek la. Dh smpai masa dia. Nak wat cmna. Qada’ dan qadarNYA. Seroius aku terkejut ni. X sangka. T’igt kat dia. Hurm, aku ada kelas awl pagi esok. So kna tdo. Nanti2 ek.”

Tapi aku tak boleh tido. Lanas aku telefon epul. Tanya itu ini. Comfortkan each other.

Berjanji untuk beritahu rakan yang lainnya.

Hati Berbisik…

Banyaknya kenangan yang kami ciptakan. Aku teringat lagi senyumannya bila aku mengusiknya. Sungguh jujur. Dia tak kisah aku mengusiknya. Kini takde lagi senyuman itu. Sungguh aku tak sangka.

Arwah sedari dulu dijaga oleh keluarganya. Sedangkan kalau nak keluar mengarut, outing ngan kitorang pon dia teragak-agak. Sebab bapak dia tak bagi.

Tapi pada hari kejadian, atas nama program medic ukm, dia ke Perak. Dalam perjalanan mereka singgah di sungai.

Arwah duduk di atas batu, tak mandi pun. Tiba-tiba atas takdir Tuhan, dia tergelincir. Dibawa arus. Meninggal. Noktah.

Aku tak sangka begitu simplenya kejadian, Dia menarik nyawa manusia. Aku sungguh tak sangka. Sebab arwah pun duduk atas batu je. Dah memang qada’ dan qadarNYA.

Post-entri

Bila kehilangan begini, baru aku rasa ingin menghargai. Nyatanya, lepas matriks aku kurang berhubung dengan rakan-rakan ini. Kerana aku sibuk dengan dunia aku. Kalaulah aku lebih mengingati…

Bagi epul, ada juga satu mesej terakhir yang boleh dijadikan kenangan. Bagi aku?

Ada hikmahnya ini terjadi. Tapi yang nyata aku terkejut.

Dan keterkejutan aku itu berlarutan dengan sesi menaip-apa-yang-aku-rasa-sebab-aku-tak-boleh-tido ketika ini.

Sungguh aku tak sangka! Dan nyata, aku kini akan lebih menghargai.

Buat yang membaca, kenal atau tidak, sedekahkanlah Al-Fatihah.

Al-Fatihah.


:::YTBACK!!!:::