Damn tired...

0450
260510

Actually, I’m tired.
So damn tired!


But I couldn’t resist myself from writing something up here.
Dunno why. Maybe just need to vent.

2 minggu aku sibuk berkerja.
Siang dan malam.
Pulang lewat.
Even hujung minggu.

Satu sebabnya, projek yang aku handle sekarang berada di satu milestone yang penting.
Jadi persediaan itu perlu.

Dua, mungkin juga aku perlukan distraction untuk semua yang berlaku.
Macam2. Hingga aku keliru. Tak tahu mana nak tuju. Sekarang ni, hanya buat tak tahu.

Damn, how tired I am!

Kebelakangan ni, kerap dapat kad kahwin.
Sana sini dapat.
Sana sini jemput.
Tak putus2.
Hingga buat tertanya, adakah ini masanya?

Dan bila dah terlalu banyak jemputan, terlalu banyak pertanyaan dalam diri, mula lah cuak fikirkan diri sendiri yang takde masa depan in that department ni.
Mulalah mencipta alas an itu ini kenapa that department takde apa2 progress sehingga kini.
Mulalah yang terdalam kembali berbunyi.
And it hurts.

Sebenarnya, dah lama tinggalkan soal hati dan perasaan.
Entah kenapa. Mungkin sakit sangat kot.
Tapi minggu lepas, ia betul2 mencengkam.

Seseorang.
Sudah 8 tahun.
Kami YM bersama.
Antara aku dan dia, memang takde pape.
Aku tahu, dia tahu apa yang aku mahu bagitahu.
Tapi aku tak bagitahu2.
Aku pulak wat2 tak tahu.

End up, dia dengan orang lain.
Aku gini je lah.

Kami YM, tiba2 dia kata, mungkin awal tahun depan dia kahwin.
Aku tersentap!

She is not mine to begin with, but dunno why I felt that way.
Kinda separuh-jiwaku-pergi la.

Dan lama jugak aku recover.
2 3 hari jugak.
Cara recover – KERJA!

Pastu mula la fikir kawan2 yang mungkin aku rasa mende yang sama kalo diorang kata diorang akan kahwin.
Mulalah buat list kawan2 itu ini yang aku rapat, yang aku tak sanggup lepaskan diorang ke tangan orang lain.
Mulalah lagu If It Kills Me dari Jason Mraz tuh menjadi favret, sebab berkisar kawan2 yang suka each other tapi malu nak cakap.
Mulalah merepek2 otak ni fikir.

Sampailah satu masa, aku realize that, kawan2 tak boleh jadi exclusive.
Aku pernah dengar kawan aku cakap macam tuh, dengan kawan2 takde maknanya nak kapel2.
But aku tak percaya.

Bila dah lalui, bila dah try nak buat kawan kapel berkali2, kini aku akuinya.
Memang tak boleh!

In fact, selama ni, crush2 aku pun, asal dari kawan2 gak.
Dan aku rasa kita pun tahu apa kesudahan kepada crush2 aku dulu.

Dan ia mengembalikan aku ke alam nyata.
Kawan2 tak leh dikapel.
Walau serapat mana, selesa mana, sebebas mana kita dengan kawan itu, mereka tetap off limit.

Salah satu sebab, mungkin dah terlampau selesa, hingga dah takde rasa pape.
Mungkin la.
Aku tak tahu nak cakap macam mana.

Dan bila dah sedar semua itu, aku pun terus macam biasa, buat tak tahu.
Malas nak fikir.
Cari distraction.
Dan bekerja!

Hinggalah minggu lepas, di kala aku bekerja, adalah satu malam ini, aku balik lewat.
Dekat pukul 9 tuh aku penat, layan FB sat. Usya2.

Entah macam mana, entah dari alam ghaib mana tah, fb itu terarah ke ‘cinta monyet’ aku zaman dulu kala, which was like 10 years ago!
Aduh, ada lagi minah ni rupanya. Ingatkan dah lost contact.
Sekali jumpa balik.

Malas menegur dulu. Just bookmark fb itu.
Walau hati waktu tuh dah berbunga riang.

Dekat nak balik kerja, satu mesej masuk.
Dari kawan yang aku pernah minat dulu.
Takde angin ribut apa, tiba2 dia mesej.
Meminta maaf.

Aku sedikit pelik. Apahal ni?
Dia kata dia tiba2 rasa nak mesej aku. Duh!

Layan ala kadar, terus balik ke rumah.
Berfikir, giler la ari ni, sekali 2 manusia di zaman silam kembali dalam idop.
Itu belum lagi recent development yang berlaku sekarang.

Aduh, ape ni semua?
Pening aku pening.
Tak tahu macam mana nak handle.
Tak tahu macam mana nak react.

Yang pasti, rasa malas nak fikir, cari distraction, kerja!

Tapi...
Sekarang ni, kerja dah capai milestone, so dah kurang kerja…
Aku pulak dah penat bekerja.
Macam mana nak cari distraction kepada menatang ini?
So nak wat macam mana?

Haa.. tu la wat entri bengong ni.
Malas nak tapis2.
Baca je la, gelak2.

Kang aku rasa aku takleh handle kat sini pulak, aku delete entri ni.
Atau, lagi radikal, aku privatekan je blog ni.
Apa susah?


:::YTBACK!!!:::

Sunshine Song...

0448
230510



Well sometimes the sun shines on
Other people's houses and not mine.
Some days the clouds paint the sky all gray
And it takes away my summertime.

Somehow the sun keeps shining upon you,
While I struggle to get mine.
If there's a light in everybody,
Send out your ray of sunshine.

I want to walk the same roads as everybody else,
Through the trees and past the gates.
Getting high on heavenly breezes,
Making new friends along the way.

I won't ask much of nobody,
I'm just here to sing along.
And make my mistakes looks gracious,
And learn some lessons from my wrongs.

Well sometimes the sun shines on
Other people's houses and not mine.
Some days the clouds paint the sky all gray
And it takes away my summertime.

Somehow the sun keeps shining upon you,
While I struggle to get mine.
A little light never hurt nobody,
Send out your ray of sunshine.

Oh, if this little light of mine
Combined with yours today,
How many watts could we luminate?

How many villages could we save?
And my umbrella's tired of the weather,
Wearing me down.
Well, look at me now.

You should look as good as your outlook,
Would you mind if I took some time,
to soak up your light, your beautiful light?
You've got a paradise inside.

I get hungry for love and thirsty for life,
And much too full on the pain,
When I look to the sky to help me
And sometimes it looks like rain.

As the sun shines on other people's houses
And not mine,
And the sky paints those clouds in a way
That it takes away the summertime,

Somehow the sun keeps shining upon you,
while I kindly stand by.
If theres a light in everybody,
Send out your ray of sunshine

You're undeniably warm, you're cerulean,
You're perfect in desire.
Won't you hang around
so the sun, it can shine on me,

And the clouds they can roll away,
And the sky can become a possibility?
If there's a light in everybody,
Send out your ray of sunshine.


Dedicated to all out there…
Hope your days are filled with happiness and joy…
Take care!



Watch here
Download here



:::YTBACK!!!:::

Diam...

0447
170510

Diam 1

Mungkin ada yang tahu, mungkin ada yang tak tahu, aku ni jenis orang yang paling tak suka kalau orang tak balas mesej yang kita beri.

Bagi aku, lambat atau cepat, at least balas.

Aku faham semua makin busy dengan hidup masing2, mana de masa dan daya nak fikir pasal hidup orang lain. Aku faham itu...

Tapi takkanlah setakat nak membalas mesej dalam masa 10 saat pon susah kowt? Aku pun busy, aku pun banyak kerja

Kadang2, bila aku teringat seseorang, tak kira la penah-spesel ke kekawan, aku terus mesej. Just a msg beritahu yang aku teringatkan mereka2 ini

Yang membalas ok la. Yang tak balas, aduh, saketnya hati!Rasa macam diri tak dihargai lak...

Ye la, mungkin sapa lah kita dalam hidup mereka2 kini. Bukan siapa-siapa.

Setelah berulang mesej tidak berbalas, kadang2 aku tahan diri dari mesej lagi.
Aku tahan.
Dan terus diam.
Biarkan saja semua

Nak buat apa mesej lagi tanda ingatan, jika tiada balasan? Diam lebih baik kan?

Harap mereka faham atas ke’diam’an aku itu…


Diam 2

Dinner dengan ofismate.

Aku: pot pet pot pet… HAHAHAHA… pot pet pot pet!!!

Ofismate: eh, ko ni tak reti diam ke? Setiap minit ko nak bercakap. Cuba ko diam sekejap.

Aku: Kalau aku diam, orang akan risau. Ko nak ke risau pasal aku?

Ofismate: Eleh, takde punya nak risau2 pasal ko. Nah, aku cabar ko. (sambil tengok jam). Cuba ko diam sampai pukul 9 malam ni!

Aku: …. (anggukkan kepala sahaja, sambil tersenyum sinis…). Dalam hati, “Jangan menyesal!”


Makanan sampai. Bihun goreng yang aku order.
Banyak pulak tuh! Mana la aku tak gemuk!

Aku terus makan, diam, slow2, kunyah. Mereka2 terus berbual itu ini.

Lima minit berlalu...

“Eh, dia betul diam la… pantang betul dia dicabar!”


Aku tersenyum sinis, sambil buat tak tahu. Aku terus makan.

Desert sampai. Tuan kedai belanja, sebab kafe dia dah macam kantin kitorang. Kitorang selalu lepak situ. Ambil seulas dua buah. Makan. Diam. Sambil wat tak tahu.

Tiba2, aku tersedar. Alamak!
Karang macam mana aku nak bayar? Sure aku kena cakap dengan dak cashier tuh aku makan apa, baru boleh bayar. Abes la cabaran tuh kalau aku cakap!

Kaget ni kaget! Macam mana nak buat???

Berfikir sambil mengunyah. Tiba2 dapat idea! Haa!

Aku terus ke cashier. Kuarkan hanset. Pilih application ‘new message’. Taip:

“Bihun goreng satu.
Jus epal satu.”


Dak cashier tuh pandang, sambil cakap, “Aik, dah bisu?”.
Aku senyum dan angguk kepala.
Tiba2 dari dapur, abang restoran tuh cakap ngan aku, “Awal gerak hari ni, nak pergi mana?”

Aku kaget.
Camna nak jawab ni?
Kalau bersuara, habis la cabaran!

Lantas, aku buat isyarat takbir.
Tanda nak pergi sembahyang.
Brader tuh paham je.

Sepanjang perjalanan aku balik ke opis, aku tahan diri.
Diam.
Tak bercakap.
Best jugak macam ni.
Asik bercakap je.
Diam best rupanya!

Sampai ofis, aku terus buat kerja. Masih lagi diam.

Satu notification masuk dari facebook. Ada mesej!

“Sori la dear…” mesej dari ofismate aku tadi.


Aku wat tatau.
Buat kerja.
Masih diam.
Sambil headbanging lagu2.

Lelah wat kerja, usya facebook. 2 orang ofismate berstatus pelik2:

“Dia, kalau dah serius, jangan sapa la kaco!”

“=(“


Aku tertawa di dalam hati.
Hahaha, U asked for it!!!
Masih diam.

Jam melewati 9 malam. Waktu tamat cabaran ni!

Aku wat tak tahu.
Masih diam.
Sengaja cuba uji ketahanan diri untuk diam.

9.30, seorang ofismate datang.

“Abang Kamal, jangan la merajuk… cakap la… cakap!”


Cilakak! Dia menganjeng aku!
Nak je aku jawab, “Aku bukan merajuk. Aku cuma diam je!”

Tapi kene tahan diri dari bercakap beb! Masih wat tak tahu.

Sampai pukul 950, ofismate yang mencabar aku tadi datang

“Kamal… jangan la macam ni… aku memain je cabar ko… jangan la merajuk… aku wat ko banana split nak? Nak?”

Aku wat tak tahu.
Sambil diam.
Heabanging lagu.

“Ala Kamal, jangan la macam ni”

Aku tergelak di dalam hati.

“Aku pergi buat banana split ek… ko makan ek nanti”

Aku diam.
Still wat tak tahu.
Dia berlalu.

Aku nak terketawa.
Baru ko tahu penangan aku diam!!!

Tapi kesian pulak...

Aku berjalan ke bilik ofismate yang lain.
Masih diam.

Aku keluar je pintu, si ofismate datang menatang banana split dalam satu pinggan.

“Nah. Amik la. Jangan la marah lagi”

Adeh, kesian pulak aku tengok. Muka selenge macam nak nanges.

Lantas aku bersuara,

“Haa kan aku dah cakap. Orang akan risau kalau aku diam.
Baru 2 jam je kot. Hahaha”

“Yela2. Pasni aku tak buat main dah”


Aku terfikir sendiri.
Orang memang cuak ek kalau aku diam???
Maybe sebab aku bising sangat kowt.
Haha…

Tiba2, teringat kata2 cik Dewi 2 tahun dulu

“Kamal, ko nampak hensem bila serius dan diam bila buat kerja!”

Hahaha…

Esok nak diam lagi la… nak tambahkan kehenseman! =p



:::YTBACK!!!:::

Empat...

0446
160510

11 Julai, aku dilahirkan…

Sejak itu entah kenapa aku amat menggemari no 7
Bagi aku ianya unik!
Entah kenapa…
Mungkin juga kerana aku lahir bulan Julai…

Selain itu aku juga menggemari no 11
Bagi aku, perulangan dua nombor pertama itu menarik
Dan juga kadangkala sedikit superstitious bila tengok nombor berulang
Entah kenapa…

Pernah ditanya, apakah tiga nombor kegemaran aku…
Lantas aku menjawab, “7 dan 11!”

Untuk nombor ketiga, aku terdiam.
Lambat2 aku menjawab, “…dan no 4!”

Kenapa 4?
Kerana 11 tolak 7 sama dengan 4!
Entah kenapa…
Entah pape!

Oh ya!

SELAMAT ULANGTAHUN YT KE 4!

Dah 4 tahun bersiaran, dah 4 tahun berkongsi
Ada suka, ada duka
Ada hitam, ada putih
Ada ceria, ada suram
Pendek kata semuanya ada!

Thanks for being here in all these years!
Tanpa kalian, YT tiada makna
Terima kasih kerana masih bertandang di saat YT kemarau entri
Terima kasih kerana masih bertandang di saat YT aku abaikan

Terima kasih!
Terima kasih!
Terima kasih!


:::YTBACK!!!:::

Fana...

0445
140510

Terlalu lama aku mencuba…
Terlalu banyak cinta yang ku damba…
Tiada yang sempurna, hanyalah fana…
Tuhan, ampuni hambaMU!!!

Siti Nurhaliza - Tahajjud Cinta
Download here


:::YTBACK!!!:::

7

0444
120510

Lama tak update blog.
Banyak cerita, banyak cerita.
Mari buat point form agar cepat selagi aura ini tak lari.

1. 16 Mei ini bakal menyaksikan ulangtahun YT kali ke 4.
Yay!
Yay ke? Walaupun aku rasa sejak dari tahun lepas, entri di YT ini agak kurang menyengat dan kurang impak. Apapun, umur blog ini makin bertambah. Kandungan entri? Tengok la.

2. Currently ada 2 lagu bermain dalam kepala otak aku.
If It Kills Me by Jason Mraz, dan Ku Katakan Dengan Indah by Peterpan. Dua2 nya ada maksud. Dua2 nya ada cerita. Dua2 nya dituju pada insan2 yang berbeza. Gosh, my life is complicated!!!

3. Profession-wised, ada sedikit berita gembira menerjah. Tak sia2 menumpukan tenaga ke arah kerjaya. Bila mana tiada apa lagi yang boleh aku harapkan, penumpuan focus terhadap kerjaya membuahkan hasil yang aku rasa berbaloi. Dan kini aku gembira bekerja. Still, aku masih mencari pilihan2 lain, hanya untuk membolehkan aku mempunyai option2 lain.

4. Lisa wat hal. Minggu lepas lain yang nak ditukar, lain yang kene tukar. Dan sekarang aku runsing memikirkan hal Lisa. Dalam otak macam2 imaginasi baru muncul. Dan semuanya yang power2! Mampukah aku ketika ini? Sila sedar diri Kamal!

5. Lewat kebelakangan ini, selain kerja, sedang merasa sakitnya hidup berdikari. Macam2 benda kene difikirkan. Otak kene dipartition. Aku mampu je lakukan, but adapting.

6. Suka berhuha bersama teman2. Bertuah ada teman2 untuk berhuha. Beruntung ada teman2 untuk bergembira bersama. Hujung minggu ku diwarnai mereka. Tapi, dalam berhuha, satu soalan terlintas di fikiran, adakah mereka akan kekal di saat tidak-huha? Ketika huha2, adakah yang mendengar? Atau sekadar huha?

7. Satu kisah. 8 tahun. Salah aku. Lambat. Aku keliru. Apa guna salah menyalah. Yang nampak kini jalan buntu. Buat aku banyaak berfikir. Pasal semua yang terjadi dengan orang2 lain. Pasal cara aku. Pasal diri aku. Tiba2 ingin lakukan perubahan dalam hidup. Aku tetap aku. Tapi mungkin dengan cara berbeza. Duh! Rambling! Abaikan point ini jika boleh.

Cukuplah 7 point. Memang saja akhirkan dengan tujuh.

Aku suka tujuh. Sebab aku rasa tujuh unik.
Maybe jugak sebab aku lahir bulan 7.

Dah2. Rambling.
Kira ok la update YT cmni?



:::YTBACK!!!:::