Hidup

0392
31 May 2009

Kadang kadang kan, aku rasa agak terkesan juga, bila pelbagai peristiwa berlaku, melingkari hidup aku kini.

Hidup yang selalu aku gambarkan sebagai - bosan, tak tahu nak buat apa, tiada arah tujuan – kadang kadang selalu memberikan aku sesuatu yang membuatkan hati aku terasa, dan seterusnya menyebabkan aku menjadi sedikit ’sentimental’ tentang hidup.

Semua nak hidup bahagia. Begitu juga aku.
Macam macam yng diinginkan. Melangkaui angkasa.

Tapi yang kunjung tiba hanya sedikit cuma. Kadang kadang keinginan hanya tinggal keinginan. Harus dilupakan supaya hati tak meminta dan seterusnya rasa sakit makin terasa.

Hidup juga selalu memberi sesuatu yang tak dijangka. Ku sangkakan, saat ini aku memerlukan ini, namun ia memberi benda yang lain, yang dalam caranya yang tersendiri, memberi makna baru tentang apa yang aku inginkan.

Mungkinkah keinginan yang selama ini tertanam di dalam hati sekadar keinginan?

Minggu lepas, sesuatu terjadi lagi.
Dan ia mengubah makna keinginan bagi aku.

Jangan bimbang, ianya menggembirakan. Namun, untuk berkongsi di sini, aku tak tahu bagaimana caranya, kerana aku sendiri sedang memproses kejadian itu.

Dan diingatkan, ia bukannya kisah cinta-angau-jiwang-karat yang telah diteka oleh orang ini!

Ini kisah lain.
Lain arah, lain hala tujuan.

Mungkin aku patutnya ke arah ini. Dan apa yang aku inginkan, patut aku landaskan pada apa yang aku dapat.

Sebabnya, jika aku terlalu menginginkan sesuatu, jika aku tidak mendapatnya, aku akan sedikit rasa kecewa. Jadi, lebih baik aku landaskan keinginan aku berdasarkan apa yang aku dapat.

Haha, pening baca entri ini?

Aku lagi pening nak menyusun ayat, menutup apa yang ada. Let this entry be a metaphore to something happy that happened to me, that I want to keep the world from knowing – just to retain its exclusivity.

Siapa tahu, esok lusa aku akan berkongsi. Tapi bukan sekarang.

Hidup ini harus dilandaskan kepadaNYA. DIA yang telah menentukan segala yang telah, sedang dan akan terjadi.

Tapi, mengapa masih culas terhadapNYA???



p.s - and btw, ramai cakap mimpi aku gigi patah tu bawak petanda yang tak baik. but this thing happen after i got that dream. so i guess, mimpi hanya sekadar mimpi???

p.s - speaking of mimpi again, apsal 3 hari in a row, aku mimpi konsert Satu Siti tuh tak best!??? Dem!!! Tuh lambat lagi r!!!





:::YTBACK!!!:::

Mimpi

0391
28 May 2009

Terbaca di atas status seseorang di facebook
Satu rasa famiiar bila baca ayat2 ni
Macam pernah didengari...

Dreams...
Everybody has them...
Some good
Some bad
Some u wish u could forget
And some of us just have nightmares.

But no matter what u dream
When morning comes
Reality intrudes
And the dream begins to slip away...

Ingat2 balik, baru teringat
Dari cerita Gossip Girl rupanya!

But that’s not the point

Kenapa aku asyik mimpi gigi aku patah je ek?

Apa maksudnya?


:::YTBACK!!!:::

Two tickets...

0390
24 May 2009


















Two tickets, worth RM 81.50 each

Untuk sesuatu yang mengujakan…
Untuk sesuatu yang menggembirakan…
Untuk kenangan yang bakal tercipta…

Hope everything would be fine!!!




:::YTBACK!!!:::

Masih Di Sini...

0389
19 May 2009

Di mana menghilang???
Kenapa tak update blog???
Update la blog, baru aku tahu perkembangan hidup ko sket...

Itu semua antara yang ku terima sejak akhir2 ini
Dari kawan realiti dan virtual, itu sudah cukup untuk menandakan yang YT semakin sepi...

Ya, aku akui
YT makin sepi
Hadirnya YT sebagai coretan hari2 yang aku lalui

Tapi apa nak dicoretkan, sekiranya tiada benda yang dilalui???
Hanya ulangan rutin harian yang tiada nilai untuk diblogkan

Ala, takkan la takde mende nak diceritakan...
Aku tengok ko ok je, kejayaan demi kejayaan

Yerp, kejayaan dan pencapaian melimpah ruah
Syukur ke hadrat Nya
Walau aku bukanlah hamba yang terbaik, namun rezekinya masih menyinggah kepada diri aku

Kejayaan itu semua menandakan aku serius bekerja
Bukanlah terlalu serius, let me rephrase
Maybe the right word is focus
Aku tahu masa bila aku boleh main2
Dan masa bila aku kene fokus

Aku senang membezakan antara rational dan emosional
Mungkin kerana aku sering membezakan, emosi tidak berkembang
Dan akhirnya, tiada cerita nak diceritakan

Jadi, kenapa update blog pulak hari ni???

Hari cuti2 Malaysia aku telah berubah, bila aku menerima satu panggilan dari UMP
Dari supervisor PSM aku
Kini aku menjadi RA untuk researchnya selama 2 atau 3 minggu sebelum aku LI pertengahan Jun nanti

Gaji biasa2 saja
Tapi dari tak buat apa, baik aku amik saja!
Lagipon, aku freelancer di area KL, sapa tak nak?
Ko round2 sekitar KL, minyak Lisa disponsor
Tak ke best tuh???

Erm, YT dah 3 tahun
Baru 3 tahun??? Aku rasa macam dah lama giler aku menulis di sini
Mungkin sebab terlalu banyak yang berlaku
Dan separuh darinya aku coretkan di sini
Mencipta warna warni di sini
Oh, bestnya hidup aku!

Kenapa tiada perayaan gilang gemilang ko tanya?
Mungkin YT dah berubah
Mungkin AKU dah berubah

Aku bukan lagi blogger yang dulu
Aku blogger yang kini

Aku (AK) : Ni siapa nama ni???
Adik aku, Hafiz (H): Ben...
AK: Ben???
H: Ye la... Ben 10!!!
AK: Aik... dulu nama Hafiz, kenapa sekarang Ben 10 pulak???
H: Yela... dulu Hafiz kecik... sekarang Hafiz besar... kene la tukar nama...

Ya, mungkin aku macam Hafiz
Masa telah mengubah aku...



:::YTBACK!!!:::

Tiga

0388
16 May 2009
















Selamat Ulangtahun Yang Terdalam ketiga…



:::YTBACK!!!:::

Titik.

0387
13 May 2009

Aku sekarang berada di titik ini, di mana:

  • Aku pergi ke blog orang, hanya mengintai, tanpa meninggalkan komen seperti selalu.
  • Ketiadaan jadual yang padat yang selalunya menyamankan kini bagai menjerat leher. Aku kebosanan!
  • Aku masih mengharap dan asyik berharap. Bagai tak belajar dari sejarah, aku asyik mengulangi kisah2 yang sama
  • Blaming myself for something I didn’t do. Blaming myself for just being me.

Hanya aku yang faham kenapa
Dan aku bencikan sebab itu!



:::YTBACK!!!:::

Memori Wonder Pets dan Plant Design

0386

11 May 2009

31 Mac 2009

Aku dan grup Plant Design aku berada di perpustakaan UMP sejak dari awal pagi lagi. Perpustakaan yang terletak jauh dari kolej kediaman menyebabkan tidak ramai orang berada di situ pagi itu.

Buat kerja. Esoknya mahu presentation depan industri!

Yerp, against all odds, grup aku terpilih untuk mewakili course aku ke presentation depan panel dari industri. So tekanannya lagi memuncak!


















Finalist Design Project

Paginya, betulkan economic analysis sampai ia menjadi logic (betulkan = alter).
Ya lah, susah tau tak nak buat plant design yang betul2 tulus mulus suci bersih. Thus the alteration is a must!

Menjelang tengah hari, rehat sekejap. Pergi makan. Sebagai ketua, aku demand suh mereka datang pukul 2 petang, walaupun discussion tamat pukul 1245 tengahhari. Ketua yang demand kan.

Aku balik bilik. Lepak2. Alih, tilam puaka memanggilku. Aku tewas. Aduh!

Sedar2, sudah 145. makan tidak lagi. Sembahyang Zohor pon belum.

“Salam. Rehat betul2 dulu.
Aku tau korang penat.
Kita sambung pukul 230 petang”

Cari nama, send kepada semua ahli grup.
Baik tak aku menggunakan kuasa ketua untuk memberi anak buah rehat yang lebih???
Haha


















Production of 2500 MTA Penicillin

Menjelang 230 petang, muka masing2 lunyai. Tapi kerja mesti diteruskan! Kalo tak, esok kene bantai dengan industri.

Kami sebenarnya memilih untuk duduk dekat dengan TV. Betul2 depan TV pulak tuh. Bukan apa, cuma dekat situ ada banyak electrical port untuk 3 laptop yang kami bawak. Bukan bermaksud nak tengok TV pon.

Dalam mata yang separa terbuka menghadap laptop, dengan mulut terkumat kamit menukar2 data, kami melakukan kerja.

“Nadia, ko try value ni, dapatkan FCI and GRC value dia”

Kejap pastu,

“Kamal, anis, FCI is blablablabla and GRC is blablablabla”

Kami key in ke dalam laptop

“Anis, betulkan COL blablabla, COM banyak ni kan…”
“Eh, apsal lain?”


Dan kami check balik satu persatu.

Dah ok, baru aku bukak window baru aku.

“Erm, payback period kita lama sangat la.
Kene alter lagi ni. Cepat tukar balik!”


Thus, the cycle was repeated again. Again and again until I satisfied. Wan pulak sibuk me-recheck apa yang kami lakukan.

Tengah sibuk membuat kerja, telinga menangkap sesuatu:



















Semua: "Wonder Pets! Wonder Pets! Kami datang
Membantu anak [haiwan] dalam kesusahan!"
Ming-Ming: "Kami tak besar,"
Tuck: "Dan kami tak kuat,"
Semua: "Bila bekerjasama semua jadi mudah!
Hei, Wonder Pets! Yey!"

Mata aku teralih. Anis perasan.

“Ha, buat kerja! Jangan tengok wonder pets!”
“Ala, rilek la. Ni first time aku nak tengok ni”

Aku tak tipu. Se-wiously tak tipu. Masa tuh fisrt time aku nak tengok. Selama ni aku hanya dengar pasal citer tuh dari orang2. kelakar gak citer tuh.

Actually citer tuh takde la best sangat. Cuma translation dia melampau sampai aku tergelak2 dibuatnya. Dah gelak2, pandang muka Anis yang bengang.

“Ok, sori… sambung kerja!”

Dan kami sambung kerja dalam alunan lagu wonder pets.

Tiba2, Anis dan Nadia dapat msg


“Presentation Plant Design ditunda ke minggu depan.
Esok, TNB nak buat maintenance, takde elektrik satu hari!”


“Udah2 la tuh kak Nadia oiii kat library.
Presentation tunda la. Balik bilik!”

Ces!
Tunda pulak.

Dan terus tumpuan ahli2 grup aku teralih. Wan dah terus bergerak duk depan TV dah.

As a demanding and poyo leader, aku menurunkan titah:

“Dah2, sambung balik buat kerja!
Kita habiskan hari ni jugak!
Kalo tak, takkan siap!
Minggu depan boleh rileks sikit!”

“Ye la2”


Dan kami pon sambung kerja.

Tapi aku dapat rasakan, konsentrasi makin berkurang. Anis dan Nadia sibuk bincang pasal lagu citer Spa Q. Wan pulak nampak macam makin doze off.

“Ok lah, kita sambung hari ahad ni.
Ahad ni kita compile sume.
Nadia, ko buat blablabla, Anis blablabla.
Pastu bagi kat aku ngan wan ok”

Dan kami pon berlalu.


















Log Book + 2 Report
Beta final edit. 256 page satu!

Esoknya, 1 April 2009, konon2nya takde elektrik la satu UMP. Ada je!
Kene April Fool ngn TNB kah?

Thinking back bout it, apa yang tak pernah dirasa bila duk UMP?

Takde air?
Pernah!
Sem ni paling teruk. Nak dekat 10 kali takde air. Yang paling teruk bila seminggu takde air. Wargh!

Takde api?
Pon pernah!
Walau April Fool cuma.

Itulah permulaan aku kenal dengan Wonder Pets.

**********

Hari Ahad.

“Kamal, part aku, aku dah emel kat ko.
Part Nadia, dia kata dia emel nanti”

Msg dari Anis. Aku yang mamai tido, mengagau handset. Dan menaip:

“Ok, thanks. Nanti aku mintak kat Nadia.
Anis, apa yang penting? Kerjasama!”

Aku sambung tido.
Tiba2 hanset bunyi lagi

“Ko ni pehal pagi2 lagi nak marah2 aku ni?”

Gosh minah ni.
Mesti dia ingat aku nasihat dia supaya sentiasa bekerjasama dalam grup PD.
I always do that!

“Anis, tuh lagu wonderpet laaaa. Ish!”
“Oh, ok.. hehe”

**********

Baru2 ni, aku tengok sorang wonder pets kat rumah. Tergelak terbahak aku!

“Oh tidak! Saya tidak boleh tengok ni”
“Ok, saya tengok!”

Giler lah translation. Direct betul!

Sekarang ni, bila dengar lagu wonder pet, terus ingatkan Plant Design.
And what makes me want to write this entry is because, the mark of the Plant Design is out, and we did great!


















Kamal: Plant Design???
Anis: Ini Serius!
Nadia : "Kami tak besar,"
Iwan: "Dan kami tak kuat,"
Semua: "Bila bekerjasama semua jadi mudah!

Thanks to all my grup members!
We have done something!

Pasni, moh bukak kilang Penicillin kat Gebeng ok!
Kita takyah treat waste, kita buang je dekat sungai!
Pastu biar fungi tuh hidup dalam sungai!
Haha!

Thanks guys!

Related story [here] , [here] and [here]



:::YTBACK!!!:::

MALASSS!!!

0385
08 May 2009

Duh, dah nak seminggu tak update YT ek?
Erm, malaaaasss giler!!!

Duk umah ni, satu je tak best
- Takde tekanan -

Dan ia berkait2 menjadi macam2 benda lain:

Bila takde tekanan, takde la usaha
Bila takde usaha, takde la produktiviti
Bila takde produktiviti, badan ni mula la lesu
Bila lesu, mula la tido je keje
Bila tido je keje, mula la badan lagi lesu
Bila lagi lesu, mulalah MALASSS!!!

Kesimpulannya:

AHMAD KAMAL HASSAN is KEMALASAN!!!

Huhuhu

Tengok ye, slow2 akan update YT
Banyak mende nak crite
Tapi biasa la, MALASSS

Dah la, MALASSS aku nak tulih pepanjang!
Korang bukan RAJIN sangat nak komen pon!

KORANG PEMALASSS!!!

Hahahahahaa



:::YTBACK!!!:::

Jejak Jejak Yang Ditinggalkan... *sigh*

0384
02 May 2009


















Universiti Malaysia Pahang
Taman ilmuan berkeunggulan
Menjana insan yang cemerlang
Bagi agama bangsa dan negara

Ilmu yang diterokai
Pasti jadi amalan
Demi kemajuan pertiwi
Berkat masa hadapan



















UMP
Menjulang nama
Wadah pendidikan bangsa
UMP
Megah dan bangga
Lahirkan cendekiawan mulia

Universiti Malaysia Pahang terbilang
Meraih kejayaan
Meluaskan wawasan
Ilmu dan kemahiran
Maju gemilang antarabangsa


















Kertas Paper Final Terakhir aku di UMP
Curi2 snap ni! =p

Teringat lagi, lagu ini hanya dihafal bila aku masuk Expoconvo’07
Kalau tak, sebelum tuh haraam la aku nak hafal
Tu blom lagi tanya core value ke softskill ke
Memang takde tekanan, takde la nak ingat

Bila dah hafal ni, laju pulak lagu ni keluar bila saat2 akhir nak tinggalkan UMP ini
Versi formal lagu ini turut dirakamkan oleh cik Dewi kita
Bangga aku beb!

























Jejak jejak yang ditinggalkan...
Inikah akhiran atau permulaan?



p.s - leaving UMP with Lisa on 2nd May 2009... Till we meet again UMP!
p.s - duh, lepas ni datang UMP, sure suasana dah berbeza.... sebab aku bukan lagi di dalam!
p.s - gud luck to all!!!



:::YTBACK!!!:::

Terbang Tinggi

0383
01 May 2009



















Jauh sudah kita melangkah
Berbagai halangan diredah
Demi nama mengejar cita yang diimpikan bersama

Dulu seiringan bersama
Kini haluanku berbeza
Namun rohaniku masih merasakan bimbingmu berkekalan




















Bila dunia tak seindah
Bila langit tak secerah
Dan bila ribut melanda
Kau sinarkan segala

Walau tak di bibir tetapi di hati
Kau semua bagaikan sepasang sayap
Untukku terbang tinggi

Usia telah mengubah kita
Kematangan dan pengalaman
Telah banyak mengajarku mendukung ertinya bersaudara

Tatkala ku berair mata
Kau ukir senyuman ceria
Menjamin esok pasti akan menanti hajat dalam hati




















Tika di puncak dunia
Tika namaku dipuja
Tak pernah kau ku lupakan
Di sebalik kejayaan

Walau tak di bibir tetapi di hati
Lidahku tak terucap sayang yang kurasai
Kau semua bagaikan sepasang sayap
Untukku terbang tinggi

Kredit: Yusry - Terbang Tinggi
Download Here



Masih lagi dalam mode-kenangan-lalu-mengusik-jiwa ini

Harap kalian semua terus terbang tinggi!



p.s - maaf, rehatkan dulu virtual, hidupkan sisa2 di alam realiti! =(


:::YTBACK!!!:::